Jumaat, 15 Mac 2013

13 di jerteh - Google Blog Search

13 di jerteh - Google Blog Search


teganuku: Warga Emas Cedera Ditetak <b>Di Jerteh</b>

Posted: 23 Feb 2013 09:38 AM PST

Tanpa mempedulikan orang ramai yang sedang menjamu selera di warung, seorang lelaki bertindak menetak seorang warga emas di Medan Selera Jertih malam kelmarin.

Dalam kejadian 11.30 malam itu, mangsa Zakaria Long Husin, 53, cedera parah dan tidak sedarkan diri. Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Noor Zainy Mohd Nor berkata, ketika kejadian, mangsa sedang berbual dengan seorang rakannya di medan selera tersebut kemudian didatangi suspek.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu atau suspek diminta menghubungi mana-mana balai polis berdekatan, atau menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Besut, Asisten Superintendan Kamsani Hassan di talian 013-3612080

Menurutnya, suspek memakai topi keledar terus menetak beberapa kali di bahagian kepala mangsa dengan menggunakan golok.

"Sebaik menetak mangsa, suspek yang memakai jaket warna hitam, seluar jean biru dan topi keledar merah cermin gelap terus melarikan diri," katanya.

Noor Zainy berkata, polis memandang serius kes ini kerana suspek bertindak berani, ketika orang ramai sedang menjamu selera di kawasan medan selera yang sering dipenuhi pengunjung.

Katanya, mangsa dari Kampung Gaung, Jertih bekerja sebagai penternak dikejarkan ke Hospital Besut sebelum dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan untuk rawatan lanjut.

"Motif kejadian itu belum diketahui dan polis sedang menjalankan siasatan lanjut untuk memburu suspek berkenaan," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads