13 di setiu - Google Blog Search |
| Tiga maut, Empat Cedera Dalam Kemalangan <b>Di Setiu</b> | WRSyndicate Posted: 09 Jun 2012 07:52 AM PDT SETIU: Hasrat tujuh sekeluarga dari Permatang Pauh, Pulau Pinang untuk melawat negeri ini sempena cuti sekolah berakhir dengan tragedi, apabila tiga daripada mereka maut manakala empat lagi cedera dalam kemalangan, di sini petang Jumaat. Mereka yang maut ialah Abdul Razak Othman, 49, anaknya Siti Suraya, 14 dan kakak Abdul Razak, Fathilah Othman, 53, manakala yang cedera isterinya Siti Fauziah Mohamad Amin, 46, dua anak mereka Siti Raihana, 12 dan Mohamad Adam, 16, serta seorang lagi kakak Abdul Razak, Rosidah, 55. Kesemua yang cedera kini dirawat di Hospital Setiu. Ketua Polis Daerah Setiu Rohaizat Abd Ani ketika dihubungi mengesahkan kejadian yang berlaku di Km 62 Jalan Kuala Terengganu-Kota Baharu itu. Kemalangan berlaku pukul 5 petang ketika hujan lebat, apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Avanza yang dipandu Abdul Razak bergesel dengan sebuah Toyota Hilux yang dipandu seorang lelaki berusia 37 tahun. Toyota Hilux itu dipercayai memasuki laluan bertentanganketika melalui kawasan selekoh tersebut dan bergesel dengan Toyota Avanza menyebabkan MPV berkenaan hilang kawalan dan berpusing beberapa kali. Kejadian mengakibatkan Siti Suraya dan ibu saudaranya Fathilah tercampak keluar daripada MPV. Kedua-dua mereka disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Abdul Razak yang parah di kepala disahkan meninggal dunia di Hospital Setiu ketika menerima rawatan, manakala isterinya dilapor berada dalam keadaan koma. Rohaizat berkata pemandu Toyota Hilux yang menghilangkan diri dari tempat kejadian telah menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah pukul 10 malam tadi. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. (126) |
| You are subscribed to email updates from di setiu - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

This was confirmed by Islamic Development Department (JAKIM) Deputy Director for planning and research Mohd Aizam Masod, who said the department was now deliberating on the novel Perempuan Nan Bercinta by prominent novelist Faisal Tehrani.
"The PM even referred to (Islamic modernist) Syed Jamaluddin el Afghani's vision as a benchmark before he launched Perempuan Nan Bercinta," he said of the the launch, along with 29 other books in Putrajaya.