ads

Ahad, 3 Julai 2011

13 di besut - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di besut - Google Blog Search


79 Pati Ditahan Dalam Operasi 14 Jam <b>Di Besut</b> | Darul Iman

Posted: 03 Jun 2011 11:59 PM PDT

BESUT, 2 Jun (Bernama) – Seramai 79 pendatang asing tanpa izin (Pati) ditahan dalam operasi 14 jam oleh Jabatan Imigresen dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di sekitar daerah Besut dan Setiu bermula 2 petang semalam.

Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Kanan Terengganu Bakri Sulaiman berkata kebanyakan Pati ditahan kerana tinggal melebihi tempoh dibenarkan, manakala yang lain tidak memiliki dokumen pekerjaan.

Dalam operasi itu, seramai 78 Pati Indonesia berusia lingkungan 19 dan 40 tahun ditahan di kawasan projek pembinaan sekitar Hulu Besut, Setiu, Kuala Besut dan Jerteh.

"Seorang Pati, yang turut ditahan, berasal dari Filipina, berumur 34 tahun pula didapati mempunyai kad pengenalan palsu," katanya sambil menambah seramai 24 anggota dan pegawai Imigresen serta dua pegawai JPN terlibat dalam operasi itu.

Mereka kemudian dihantar ke Pusat Penempatan Pati di Ajil.

Bakri berkata operasi akan diteruskan bagi memastikan semua Pati yang bekerja di tapak pembinaan di seluruh negeri itu mematuhi syarat serta tidak melanggar undang-undang.

– BERNAMA

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita. Bookmark the permalink.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

13 di pulau kapas - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di pulau kapas - Google Blog Search


RAFINAMIMI DOT COM: SEKITAR SUASANA <b>DI PULAU KAPAS</b>..

Posted: 03 Jul 2011 04:15 AM PDT

seriously cantik suasana dekat situ.. i like it..indah yer kurniaan Allah

sgt cantik..salah satu tmpt yg miza lum pernah gi kak.

subhanallah cantiknyaa...
wani tak penah sampai g sini nih, nk p....huhu

okay cantek sangat3! jernih kot air diaaa

jernihnya air kt situ.cantik...Tak smp lg ke sana...

best je layan gambar..
nak pegi tak tau la bile..

comel dan jeles. sekian. :)

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

13 di pulau perhentian - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di pulau perhentian - Google Blog Search


Jalan-Jalan Cari Kerja <b>di Pulau Perhentian</b> - Hazwan Hakim

Posted: 23 Jun 2011 01:04 AM PDT

June 23rd, 2011

Orang kata jauh perjalanan luas pemandangan, sempenan dengan cuti
panjang semester selama 4 bulan ini, aku dan kawan aku, Pokjat bercadang
hendak mencari kerja sementara, dapatlah kumpul duit bila masuk semester
nanti. Antara perancangan aku ialah pergi cari kerja dekat Pulau Perhentian.

NF

Pulau Perhentian merupakan antara pulau yang tercantik di Malaysia yang
terletak berdekatan dengan Kuala Besut. Kerja yang ingin aku cari disini
hanyalah sebagai housekeeping sahaja, gaji pun tidak la sebesar mana.
Perjalan pergi ke Pulau Perhentian bermula di jeti Kuala Besut di mana kita
perlulah menaiki bot laju terlebih dahulu. Harga pergi-balik bot laju ini bernilai
RM70, tapi aku dan kawanku dapat harga staf RM40 dari Resort Pulau
Perhentian. Perjalanan menaiki bot memakan masa sekitar 15-30 minit bergantung
kepada keadaan ombak.

Sampai sahaja aku di jeti Pulau Perhentian Resort ni, terus aku usaha2 tempat-tempat
sekitar. Pemandangan disini memang terbaik. Air laut sedalam pokok kelapa pun kita
dapat tengok lagi!. Jauh berbeza dengan pantai-pantai lain. Sampai di kaunter resort
jam 12tengahari, keadaan resort sedikit suram dan aku mula di temuduga pada pkul 12.30.
Temuduga aku berjalan lancar, soalan yang ditanya pun tidak banyak, maklumla mohon
kerja-kerja biasa sahaja. Selesai temuduga, jam 1.30petang, bot ada pukul 4petang untuk pulang
ke jeti. Tiba-tiba aku terfikir, kat resort maha-mahal ini aku mahu makan dekat mana? Pergi
tengok dekat kaunter, 1 buffet paling murah RM46! Aku dan kawanku terpaksa mengikat perut
sementara menunggu sampai pukul 4. Plan yang dirancang? pergi jalan-jalan disekitar pulau sambil
mengambil gambar.

Sedang aku jalan-jalan tepi pantai sambil tengok pemandangan yang begitu cantik, hati aq terdetik
mahu mandi! Tersangatlah rugi kerana aku tidak membawa pakaian tambahan, terasa ingin sahaja mandi
cara mat saleh tapi tidak boleh! haha. Tepat jam 3 petang, pergi solat Zohor di surau resort, agak
usang sedikit resortnya tapi selesa untuk solat. Selesai solat terasa dahaga pula, kawan aku kata air
tin paling murah kat resort ini RM6! Aku bersabar lagi, tahan semua nafsu ini sehingga sampai ke jeti
Kuala Besut. Tepat jam 4petang, bot laju bertolak dari jeti resort. Sampai sahaja di jeti Kuala Besut
terus aku dan kawanku terkam air jambu!

Gambar-gambar di Pulau Perhentian Resort

Pualau Perhentian

Pualau Perhentian

pulau

Sekitar resort

sekitar pantai

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

13 di kuala terengganu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di kuala terengganu - Google Blog Search


melayuangkat: Semalam <b>di Kuala Terengganu</b>

Posted: 03 Jul 2011 07:38 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Semalam di Kuala Terengganu. Sudah lama tak jengok Terengganu, walaupun sudah lama buat rancangan 'cuti cuti Malaysia' ke Pantai Timur. Saja nak ziarah tanah air sendiri, lihat jika ada apa-apa yang 'baru'. ...

13 di pulau wan man - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di pulau wan man - Google Blog Search


Masjid Kristal Terengganu | Fotografi @ Dulu Lain Sekarang Lain

Posted: 20 Jun 2011 11:30 PM PDT

Masjid-Kristal-Terengganu 2

Masjid Kristal dibina daripada kaca dan keluli adalah merupakan masjid pintar yang pertama di Malaysia. Ia terletak dalam kawasan pelancongan Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man, Terengganu dengan keluasan 2,146 meter persegi. Masjid Kristal Terengganu mampu memuatkan 700 jemaah pada satu-satu masa dan dilengkapi dengan prasarana teknologi maklumat dan liputan WiFi yang membolehkan pengunjung menggunakan kemudahan akses internet bagi membaca Al Quran elektronik. Namun, yang paling menarik perhatian adalah rekabentuknya yang tampak hebat dan cantik di pandang mata serta menjadi kemegahan warga negeri Terengganu.

Masjid-Kristal Terengganu

Masjid Kristal telah pun dirasmikan pada 8 Februari 2008 oleh Perdana Menteri (pada masa itu), Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi. Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin bersama-sama Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah telah turut sama berkenan berangkat ke Majlis Perasmian Masjid Kristal di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu.

- Masjid Kristal Terengganu

Fotografi @ Dulu Lain Sekarang Lain

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

13 di kemaman - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di kemaman - Google Blog Search


Kempen Lynas: Mula Dapat Perhatian <b>di Kemaman</b> | KEADILAN Kemaman

Posted: 13 May 2011 07:16 PM PDT

May 14, 2011 · 2:16 am

Alhamdulillah, Cabang Kemaman berjaya menganjurkan dua program berasingan untuk melancarkan Kempen Anti Lynas di Kemaman. Majlis dimulakan dengan masyarakat Tionghua di Restoran Steven, yang menyaksikan 120 orang masyarakat Tionghua hadir mendengar penerangan mengenai bahaya loji bumi nadir yang akan dibuka oleh Lynas.

Majlis mendapat penerangan dari Sdr Chean Chung dan Sdr Yi Fan, yang mahir dalam hal ehwal ini dari pengalaman mereka sebagai juru selidik di Parlimen dan Pejabat EXCO.

Sdr Ketua Cabang menerangkan mengenai kedudukan loji-loji gas dan petrokimian sepanjang koridor dari Gebeng ke Kerteh, yang sewajarnya tidak diletakkan dalam keadaan bahaya dengan kehadiran sebuah loji beradioaktif.

YB Fuziah hadir di kedua-dua majlis dan memberikan penerangan yang cukup jelas dalam suasana ilmiah. Ini kali pertama sebuah ceramah perdana hanya berkisarkan satu isu sahaja tetapi alhamdulillah orang ramai terus memberikan perhatian hingga ke akhirnya.

Terima kasih Sdr Awi kerana memberikan tapak rumah beliau sebagai Markas Pakatan Rakyat bagi kawasan Gong Pauh!

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

13 di wakaf tapai - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di wakaf tapai - Google Blog Search


LAWATAN BERINFORMASI KE AKADEMI BOMBA <b>WAKAF</b> - SEKOLAH KEBANGSAAN <b>...</b>

Posted: 02 Jul 2011 04:51 PM PDT

Pada 28 Jun 2011 seramai 40 orang murid yang mewakili unit beruniform sekolah bersama 5 orang guru pengiring telah mengadakan satu lawatan berinformasi ke Akademi Bomba Wakaf Tapai, Marang, Terengganu.

Kunjungan ke Akademi Bomba ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada murid-murid tentang peranan dan fungsi ahli bomba di Malaysia.Peranan bomba bukan sahaja memadamkan kebakaran tetapi bomba menyelamat dari pelbagai aspek yang meliputi kemalangan yang berlaku di atas tanah, di dasar laut dan juga di udara.

Disamping itu, pihak Akademi Bomba juga telah membuat demostrasi cara untuk memadamkan kebakaran dengan betul.Beberapa orang murid telah diberi peluang untuk mengunakan alat pemadam api dengan betul bagi memadamkan kebakaran.Lawatan ke Akademi Bomba ini telah memberikan banyak informasi kepada murid-murid.Jutaan terima kasih di ucapkan kepada pihak Akademi Bomba Wakaf Tapai, Marang diatas layanan mesra dan sudi menerima kunjungan dari SK Bukit Wan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

13 di kerteh - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di kerteh - Google Blog Search


Kuala <b>Kerteh</b> : Jalan-jalan cuti-cuti ke Terengganu « Makan Angin <b>...</b>

Posted: 16 Apr 2010 11:03 PM PDT

Pantai Kemasik, Terengganu

Pantai Kemasik, Terengganu

Assalamulaikum   dan salam sejahtera kepada semua pembaca-pembaca blog kami.
Pos-pos blog pada kali ini akan kami bawakan perjalanan kita ke Terengganu negeri di pantai timur Semenanjung Malaysia, yang bukan sahaja terkenal di kalangan pelancong tempatan malah dikenali oleh pelancong dari Eropah dan Amerika Syarikat.

Negeri Terengganu merupakan sebuah negeri yang terletak di bahagian pantai sebelah timur semenanjung Malaysia. Sekiranya anda berada di Kuala Lumpur perjalanan Kuala Lumpur Terengganu akan memakan masa di antara 3 hingga 4 jam dengan menggunakan laluan Lebuhraya Karak  dan LebuhRaya Pantai Timur hingga ke Jabor.

Bagi yang datang dari sebelah selatan ataupun Johor perjalanan akan memakan masa selama 6 hingga 8 jam dengan melalui laluan Johor Bahru – Segamat – Muadzam Shah – Lebuhraya MEC masuk ke Lebuhraya Pantai Timur dan keluar di Jabor.

Terdapat pelbagai tempat-tempat menarik yang boleh dikunjungi di Terengganu tetapi yang paling menarik sekali ialah pantai-pantai Terengganu yang bersih dan indah.

Bagi memulakan kisah perjalanan kami pada kali ini kita mulakan dengan pantai Kemasik yang terletak di Kerteh, Terengganu.

pantai kemasik

pantai kemasik

Inilah dia pantai Kemasik yang terkenal di kalangan pelancong tempatan. Pantai nya bersih dan indah tetapi awas musim tengkujuh terutamanya pada bulan 12, 1 dan 2 lautnya agak bergelora dan merbahaya untuk mandi – manda.

pantai Kemasik, Kerteh

Pantai Kemasik, Kerteh Disember 2009

Kelihatan Ieman, Amir dan Arman mengutip karangan dan kulit-kulit cengkerang hidupan laut  yang terdapat pada pasir di pantai.

Pantai Kemasik, Terengganu

Pantai Kemasik, Terengganu

Pantai Kemasik, Terengganu

Pantai Kemasik, Terengganu

Foto di atas menujukkan bot-bot nelayan yang diletakkan berhampiran dengan pantai Kemasik. Nelayan-nelayan ini tinggal di sekitar kampung-kampung berdekatan dengan pantai Kemasik.

Pantai Kemasik, Terengganu

Pantai Kemasik, Terengganu Petang nan indah kala mentari terbenam di ufuk barat, Ogos 2007

Pantai Kemasik, Terengganu

Pantai Kemasik, Terengganu. Keindahan alam ciptaan Illahi.

pantai Kemasik, Kerteh

pantai Kemasik, Kerteh

Nampaknya budak-budak ni tak dapatlah mandi-manda dek kerana air laut yang agak bergelora serta ombak yang agak kuat. Mungkin juga arusnya di bawah agak kuat.

Mesra Mall, Kerteh, Terengganu

Mesra Mall, Kerteh, Terengganu

Foto di atas pula menunjukkan kompleks membeli-belah yang pertama di Kerteh iaitu Mesra Mall yang baru sahaja dibuka julung-julung kalinya pada bulan December 2009.

Pembukaan kompleks ini  memberi peluang kepada penduduk tempatan terutamanya kepada mereka yang bekerja di Kerteh mengunjungi kompleks ini ketika cuti hujung minggu. Bagi mereka yang ingin bermain bowling maka tidak perlulah lagi mengunjungi  Kuantan, Pahang.

Nasi dagang, Kerteh, Terengganu

Nasi dagang, Kerteh, Terengganu

Foto di atas pula menujukkan sepinggan nasi dagang yang menjadi hidangan sarapan pagi kami. Gerainya hanya terletak di seberang  jalan berdepan dengan Mesra Mall , Kerteh.  Memang sedap, kalau nak tau berkunjunglah ke gerai ini.

Kuala Kerteh, Terengganu

Kuala Kerteh, Terengganu

Satu lagi pemandangan yang cantik  di Kuala Kerteh, iaitu tempat para nelayan menaikkan hasil tangkapan . Lokasi juga bersebelahan dengan Kampung Kuala Kerteh.

Kuala Kerteh, Terengganu

Taman Rekreasi Kuala Kerteh, Terengganu

Medan Ikan Bakar Kuala Kerteh
Bagi yang menggemari masakan laut dan ikan bakar berdekatan lokasi ini juga terdapat medan gerai-gerai ikan bakar yang dibuka menjelang petang hingga lewat malam.
Lokasi juga tidak berapa jauh daripada Mesra Mall. Kalau nak tau jalan ke sana tanya saja dengan penduduk tempatan dan mereka dengan mesranya akan menunjukkan jalan ke sana.

Untuk semua pembaca nikmatilah gambar kampung nelayan Kuala Kerteh!

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved