ads

Selasa, 14 Jun 2011

13 di seberang takir - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di seberang takir - Google Blog Search


PAS Ganti UMNO: Setiausaha JKKK DUN <b>Seberang Takir di</b> siasat polis?

Posted: 14 Jun 2011 12:00 AM PDT

Oleh Wartawan Buletin

KUALA TERENGGANU - Seorang Setiuasaha Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) DUN Seberang Takir dilaporkan sedang disiasat polis kerana disyakki mancabul seorang budak perempuan.


Sumber Buletinonline memberitahu, kejadian tersebut berlaku pada minggu lalu Isnin 6 Jun.

Budak perempuan berumur 9 tahun itu dilaporkan telah 'diperdaya' oleh Setiausaha JKKK terbabit ketika mahu membeli barang di kedainya.

Kes 'cabul' tersebut dilaporkan cuba ditutup dengan campur tangan pemimpin Umno setempat dari diketahui oleh pihak media dan orang ramai.

Isteri kepada Setiausaha JKKK terbabit juga dilaporkan memegang jawatan tinggi dalam Wanita Umno Seberang Takir

Justeru, sumber tersebut memberitahu, keluarga budak perempuan terbabit telah ditawarkan 'sejumlah wang' agar tidak meneruskan tindakan undang-undang.

Namun begitu, berita 'cabul' itu telah tersebar luas dibeberapa buah kampung dalam DUN Seberang Takir.

Pihak polis sehingga kini belum membuat sebarang kenyataan berkenaan kes tersebut.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

13 di rantau abang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di rantau abang - Google Blog Search


Teganuku..segalanya <b>di</b> sini..: 20000 dijangka lawat PPP <b>Rantau Abang</b>

Posted: 13 Jun 2011 08:26 AM PDT

Seramai kira-kira 20,000 pengunjung dijangka akan melawat Pusat Penerangan Penyu, Rantau Abang sepanjang tahun ini.

Pengarah Jabatan Perikanan Negeri, Zakaria Ismail berkata biasanya jumlah pengunjung bertambah pada musim cuti sekolah dan musim-musim perayaan.

"Kebanyakan pengunjung yang datang ke pusat itu ialah dari dalam negara dan ada juga pelancong dari luar negara," katanya dihubungi di Kuala Terengganu hari ini.

Beliau herkata, pihaknya telah menempatkan hampir 30 ekor tuntung laut hidup di pusat penerangan itu untuk dilihat pelawat selain replika penyu dan lain lain.

Zakaria berkata, program pendidikan dan kesedaran mengenai penyu kepada murid sekolah, institut pengajian tinggi dan badan bukan kerajaan merupakan aktiviti utama pusat itu.

Katanya, langkah itu penting memandangkan populasi penyu semakin terancam dan mungkin mengalami kepupusan pada masa akan datang.

Beliau berkata, pihaknya juga mengambil inisiatif membawa pengunjung ke santuari penyu untuk melihat penyu bertelur.

Beliau berkata, salah satu lagi aktiviti yang dijalankan di Pusat Penerangan Penyu ialah gotong-royong membersih pantai dan juga melepas anak penyu ke laut.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

13 di marang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di marang - Google Blog Search


aizamia3: Disebalik percutian <b>di Marang</b>, Terengganu (part 1)

Posted: 14 Jun 2011 07:03 PM PDT

Kali ni biarlah gambar berbicara..

09 Jun 2011 (Khamis)


Berhenti rehat di Kuantan..

10 Jun 2011 (Jumaat)


Tema geng PTT hubby kali ni - BIRU (psstt: kenapa mesti color biru)


Penginapan di Kuantan.. bersebelahan Hotel Seri Malaysia, Marang


Celebrate birthday 'boss' geng Samurai PTT


Sesi suai-kenal..

psstt: Ada lagi.. tunggu..

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

aizamia3: Disebalik percutian <b>di Marang</b>, Terengganu (part 2)

Posted: 14 Jun 2011 07:04 PM PDT

11 Jun 2011 (Sabtu)


Bersama model disebalik hasil tangkapan mencandat sotong..


Petang, sebahagian dari geng PTT sebelum sesi beramah-mesra dengan Pasar Payang.. 'bos' PTT nak ambil gambar dengan adik tapi dak adik taknak.. dia ni memang jenis tak mesra camera.. ;)


Sepetang bersama anak-anakku..

BBQ time..


BBQ ayam dan sebahagian dari sotong yang dorang dapat tu.. Awalnya aku ingat buat semua tapi rupa-rupanya ada yang nak bawa balik, maka sikit jelah buat untuk BBQ..


sila abaikan pemandangan gambar ini kerana masing-masing dah lapar, lupa nak ambil gambar..


Ni namanya pulut periuk kera.. ada antara geng PTT ni tak pernah rasa, jadi periuk keranya dibawa khas oleh hubby.. Dua hari berturut-turut buat pulut periuk kera..

psstt: Bersambung ke entry berikutnya..

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

13 di hulu terengganu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di hulu terengganu - Google Blog Search


UMNO Online - UMNO <b>Hulu Terengganu</b> Guna Pendekatan Hati Ke Hati <b>...</b>

Posted: 13 Jun 2011 01:09 AM PDT

Kategori Dari Bahagian

Pendekatan Hati Ke Hati Untuk Hadapi PRU 13

Oleh: Azlina Rosdy

HULU TERENGGANU, 13 Jun – Menyedari pilihan raya umum (PRU) semakin menghampiri, Ketua UMNO Bahagian Hulu Terengganu, Datuk Tengku Putera Tengku Awang menekankan pendekatan hati ke hati bagi mengesan masalah di kalangan pengundi.

Katanya, gerak kerja untuk berdepan PRU akan datang, adalah berkonsepkan 'menyentuh hati rakyat'.

"Kita menumpukan gerak kerja di peringkat bawah agar mendekati para pengundi di bahagian ini. Saya mahu jentera yang telah di tubuhkan, mendekati pengundi bukan sahaja untuk mengenal pasti masalah yang ada tetapi mengenalpasti kelemahan pucuk pimpinan di bahagian. Saya memanggil gerak kerja ini ialah gerak kerja luar biasa.

"Kita sedar, rakyat lebih peka dan nampak kelemahan kita. Oleh itu saya mahu mendengar suara rakyat agar segala kelemahan dapat kita baiki. Jika kita terus mendekati rakyat dengan cara ini, kita pasti akan dapat mengekalkan Barisan Nasional (BN) di Parlimen Hulu Terengganu sekaligus merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Manir.

"DUN Manir kita hanya tewas tipis iaitu dengan majoriti 432. Selain mengekalkan kerusi yang lain, Manir menjadi tumpuan utama kita agar kita dapat merampas kerusi DUN ini dari pembangkang," katanya kepada UMNO-Online.

Tengku Awang tidak menafikan, DUN Manir mendapat perhatian istimewa daripada kerusi DUN yang lain kerana UMNO berhasrat menyapu bersih semua kerusi DUN dan satu kerusi Parlimen di Huhu Terengganu pada PRU akan datang.

Namun katanya, ini tidak bermakna kerusi DUN yang lain diabaikan.

"Kita tetap memberi perhatian di kawasan lain tetapi Manir mendapat keutamaan kerana saya agak kecewa dengan kekalahan kita di DUN ini pada PRU yang lalu. Kita hanya tewas tipis. Sebab itu saya memberi perhatian yang lebih di DUN ini kerana saya yakin kita mampu memenanginya di PRU akan datang," terangnya lagi.

Beliau berharap dengan gerak kerja yang telah diatur, akan menambah keyakinan rakyat terhadap UMNO dan BN.

Katanya, melalui penilaian yang dibuat juga menambah keyakinan beliau bahawa UMNO mampu menang bersih di bahagian Hulu Terengganu di PRU akan datang.

"PRU sudah tidak lama lagi. Usaha keras semakin dituntut. Harapan saya amat tinggi kepada semua tenaga jentera pilihan raya. Saya sentiasa berpesan kepada jentera gerak kerja, kita harus berjuang demi parti dan masa depan rakyat.

"Sekiranya kita berjaya menyentuh hati rakyat, sudah pasti kita akan menang di PRU kelak. Apa yang penting, laksanakan segala janji dan dahulukan rakyat," katanya lagi.- MediaUMNO


Berita Bertarikh 13 June 2011 Pada 4:09 PM

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

13 di pulau perhentian - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di pulau perhentian - Google Blog Search


jmc kota bharu: Jawatan Kosong <b>di Pulau Perhentian</b>

Posted: 13 Jun 2011 02:07 AM PDT

Kerjaya Di Bidang Perhotelan

Majikan : UB Resort World Sdn. Bhd.
Alamat : Arwana Perhentian Eco Resort & Beach Chalet Lot 181, Telok Dalam, Pulau Perhentian Besar, 22300 Besut
Telefon : 09-7780 888/09-7781 888 (Norazilawati bt Ismail)
Email : enquiry@arwanaperhentian.com.my

Jawatan : Kerani Akaun
Kekosongan : L = 0, P = 1, L/P = 0
Kelayakan : Diploma Perakaunan * Gaji : RM 800.00
Keterangan :
# Diploma Perakaunan
# Tahu membuat penyata untung rugi
# System UBS
# Sila hubungi Telefon : 09-7780 888/09-7781 888

Jawatan : Penyambut tetamu
Kekosongan : L = 0, P = 0, L/P = 3
Kelayakan : SPM * Gaji : RM 550.00
Keterangan :
# Mempunyai pengalaman dalam bidang perhotelan
# Sila hubungi Telefon : 09-7780 888/09-7781 888

Jawatan : Pekerja Am
Kekosongan : L = 2, P = 0, L/P = 0
Kelayakan : SPM * Gaji : RM 500.00
# Sila hubungi Telefon : 09-7780 888/09-7781 888

.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

13 di jabor - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di jabor - Google Blog Search


Blog Suka-Suka: cuti cuti

Posted: 05 Jun 2011 08:43 AM PDT

Sempena cuti sekolah ini, aku keluar dari kesibukan KL selama 3 hari balik kampung halaman membawa anak-anak balik besut. Bergerak dalam pukul 2 ptg selepas singgah makan tengahari di sg besi. Perjalanan agak lancar melalui mrr2, lebuhraya karak, LPT, laluan jabor-jerangau,sg.tong, setiu dan destinasi besut dengan kelajuan biasa-biasa ikut papan tanda. Berhenti rehat & solat di hentian Temerloh. Selepas selesai, perjalanan diteruskan lagi. Hujan sedikit di sekitar hulu terengganu cukup untuk membasahkan jalan.  Jalan yang tak rata & berlopak-lopak di laluan kampung menjejaskan pemanduan.
Singgah makan malam di kedai makan dekat kuala berang. Masakan tom yam di kedai tu rasanya macam tom yam kiub saja. Ingatkan macam tom yam di sekitar lembah kelang, rupanya tidak. Nasib baik ada keropok keping buat penambah selera sampai 2 kali tambah keropok sambil cicah sos cili kimball. Nasi goreng sedap juga, cuma tom yam yang tak berapa sedap.

Selepas makan, perjalanan diteruskan dan berhenti di esso bandar kuala berang tambah petrol. Selepas itu, non-stop hingga sampai destinasi kira-kira jam 11.30 mlm.

Cuaca di kampung agak panas tanpa hujan. Memang terasa bahang panas sampai ke malam. Utk sejukkan sedikit kepanasan, bawa anak ke pantai. Bila saja nampak air laut, budak-budak jadi seronok nak mandi. Bila sampai di gigi air laut, apa lagi, melompat-lompat sampai basah habis baju seluar. Dah la tak ada baju spare, tuala pun tak bawa. Dengan baju seluar basah, masuk kereta cari masjid berdekatan untuk bilas. Esoknya pula bawa pergi mandi air sungai di lata belatan. Airnya sejuk hingga terketar-ketar badan.

Hari Jumaat sempat juga jalan-jalan  pergi pasar minggu di Kuala Besut. Panas terik, tak lalu nak berjalan bawa budak kecil. Beli sedikit buah-buahan segar pemanis mulut.

Hari Sabtu bertolak balik semula ke KL. Jam 5ptg dari Terengganu selepas membeli keropok dan juga singgah di merchang rumah kakak. Ada kawan suruh singgah rumah dia di chendering tapi tak sempat sebab hari pun dah lewat.Kalau boleh aku nak elakkan memandu malam di laluan sempit antara bukit besi-jabor. Maklumlah, jalan di situ tak berapa cantik. Banyak lopak. Lori pun banyak.
Laluan balik ikut pintasan dungun, bukit besi. 2 kali berhenti rehat & solat. Sampai rumah jam 1230 malam. Isnin ni mula bekerja. Cuti sekolah masih berbaki seminggu. Rasanya ofis masih lengang sebab masih ada yang bercuti panjang sampai minggu buka sekolah bermula.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

13 di pulau wan man - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di pulau wan man - Google Blog Search


Taman Tamadun Islam | Masjid Kristal | Syafiq Salim

Posted: 26 May 2011 06:51 AM PDT

26
May
2011

Hello people…

Pernah dengar Taman Tamadun Islam ? tak pernah, Sadis ! :)

Pernah dengar Masjid Kristal ?  tak pernah gak, Sadis ! :)

Pernah dengar apa itu DLSR ? kalau tak pernah jugak sila letak tangan di bahu, pandangan ke atas. Dan bermonologlah dalam diri korang, apa nak jadi dengan aku, semua benda tak pernah dengar.

Ok. Sudah² ! Btaw, aku just nak tempek gambar² jerk since mood untuk berblogging kembali menurun. Al-maklumlah malam esok aku dah nak balik UTM, Skudai untuk menjalani latihan PALAPES selama 6 minggu. Lama dowt ! grrr

Masjid Kristal merupakan sebuah masjid yang terletak dalam kawasan pelancongan Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man, Terengganu. Masjid Kristal telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi. Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin bersama-sama Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah telah berkenan berangkat ke Majlis Perasmian Masjid Kristal di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu pada 8 Februari 2008 jam 6.00 petang.

Masjid ini dibina daripada kaca dan keluli, masjid pintar pertama di Malaysia dan mempunyai keluasan 2,146 meter persegi. Masjid ini boleh memuatkan 700 jemaah pada satu-satu masa dan dilengkapi dengan prasarana teknologi maklumat dan liputan WiFi yang membolehkan pengunjung menggunakan kemudahan akses internet bagi membaca al-Quran elektronik.

Source : wikipedia

Pintu gerbang Taman Tamdun Islam, Terengganu

Adik guwa sebagai model :)

Guwa pose gaya bajet style ! Cam haram jerk !

Nampak besar, tapi kecik jer pun masjid yang tak layak dipanggil Masjid Kristal ni. It should be Surau Kristal !

Snap sambil berjalan, gambar senget cam Si Capik… Weeehuuu  v(^_^)

Front view,ramai yang lepak kat tempat guwa berdiri snap picture ni. Segan pulak :)

Satu²nya monumen yang boleh di snap tanpa perlu masuk ke kawasan monumen. Nampak dari luar. Di sekeliling kawasan monumen ni, ianya dilitupi oleh pokok² yang padat daunnya supaya orang bayar tiket dulu baru boleh snap gambar. Sapa nak bagi free weh !!

Kedai² makan dan cenderamata buat yang tersayang :)

Last post dari adik guwa. Tak banyak sangat gambar² Masjid Kristal yang guwa snap. Mostly gambar posing guwa dengan adik guwa jerk dan sesetengahnya melompat cam beruk ! wakaka :) Btaw, I LOVE THIS PICTURE !

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved