ads

Rabu, 16 Mei 2012

13 di marang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di marang - Google Blog Search


Rahman Bakar Blog: Aktiviti YBS DARB <b>di Marang</b> 12 Mei 2012

Posted: 12 May 2012 03:46 AM PDT


Assalamualaikum wbt.. Dibawah ini adalah gambar yang sempat diambil dan dimuatnaik acara pada 12 Mei 2012.


Menganugerahkan Selempang Mahaguru Pendekar kepada Guru Silat Utama Pak Wahab sempena Perasmian Hari Penyampaian Sijil Tamat Latihan dan Pelimau bagi para pesilat di Kg Alor Ketitir anjuran Persatuan Warisan Kebajikan Melayu Islam Marang pd 12.5.2012


Bergotong royong hapus musuh tanaman d kg Banggol Tokku pada 12.5.12. Lebih 300 ekor tupai telah ditembak mati. Semoga hasil tanaman mereka terutama durian dan duku Terengganu yang masyhur itu meningkat hasilnya.

13 di gong kedak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di gong kedak - Google Blog Search


SANG RAMBULAN: Ku Li Mohon Bina Lebuhraya Gua Musang <b>...</b>

Posted: 15 May 2012 07:50 AM PDT

Ketua Bahagian UMNO Gua Musang, YBM. Tengku Razaleigh Hamzah berkata, sudah sampai masanya untuk kerajaan persekutuan membina lebuhraya menghubungkan antara Gua Musang dan Kota Bharu. Selain boleh merancakkan pertumbuhan ekonomi negeri Kelantan, pembinaan lebuhraya tersebut mampu mengurangkan masa perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu yang kadang-kadang memakan masa selama 15, 16 atau 17 jam pada musim cuti dan perayaan. Beliau yang juga Ahli Parlimen Gua Musang berkata demikian ketika menyampaikan ucapan aluan dalam Majlis Perasmian Komuniti 1 Malaysia Peringkat Negeri Kelantan di Gua Musang pada 4 Mei yang lalu. Program tersebut dirasmikan oleh YAB. Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia.
YBM. Tengku Razaleigh sedang beramah mesra dengan 
orang ramai yang hadir ke Majlis Perasmian Komuniti 1 Malaysia
Menurut beliau lagi, kesesakan bukan sahaja bermula dari Gua Musang ke Kota Bharu, bahkan bermula dari Bentong, Raub, Benta dan Lipis di negeri Pahang lagi. Kesesakan boleh menimbulkan banyak kesusahan dan memungkinkan berlaku banyak kemalangan. Saranan tersebut disuarakan kerana beliau telah lama berhasrat mahu melihat Kelantan memiliki lebuhraya sebagaimana yang dinikmati di negeri lain. Sementara itu, pembinaan lebuhraya berkenaan sebelum ini telah disenaraikan dalam Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK-9) tetapi telah ditarik balik oleh kerajaan pusat dalam RMK-10.
Kemalangan ngeri kerap berlaku kerana kondisi
 jalan yang sempit dan bengkang bengkok
Hasrat Tengku Razaleigh untuk melihat Kelantan dimajukan sebagaimana hak yang dinikmati oleh negeri-negeri lain yang turut bernaung di bawah Persekutuan Malaysia pernah disuarakan secara lantang ketika beliau menyampaikan ceramah dalam majlis 'Ceramah Perdana Menuntut Royalti Petroleum' di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, Kota Bharu pada tahun lalu. Kata beliau, "ada ore kata kita kena sokong 1 Malaysia. Bagus kita sokong. Tapi lagu mana pulak dengan kelate ni? Kerajaan pusat tak kuat melainkan dapat sokongan daripada negeri-negeri yang bersekutu dalam pakatan tadi (Persekutuan Malaysia) betul, tidak?"
"Jadi, kita tak boleh pandang serong kepada mana-mana negeri. Kalu ada duit minyak atau pun daripada punca lain-lain kita kena guna sebaik-baik mungkin  sebab kalu kelate tak maju pincang Malaysia. Kalu kita nak maju, kena maju semua sekali."
Tambah beliau lagi,"ambo sebagai anak kelete nak tengok Pantai Timur ni maju, lama sangat. Pantai Timur maju, Sarawak maju, Sabah maju. Tak kisah la kalu maju gitu seluruh Malaysia akan maju."
Menyedari bahawa prinsip-prinsip dan hak-hak sesebuah negeri dalam Persekutuan Malaysia yang dibentuk dalam tahun 1963 (sebelumnya Persekutuan Tanah Melayu 1948) telah tidak dipenuhi sebenuhnya oleh pihak berkuasa di peringkat persekutuan, Tengku Razalaigh turut melontarkan ideanya untuk mengadakan perbincangan semula tentang hak-hak yang sepatutnya dinikmati oleh sesebuah negeri yang menjadi anggota.
"Ambo nak pikir dengan ahli-ahli parlimen yang lain yang boleh bagi sumbangan. Ambo pikir patut kita kaji semula kedudukan kita antara negeri-negeri dalam persekutuan. Kita semua pembayar cukai. Tetapi banyak hasil dipungut oleh kerajaan pusat. Pembangune (pembangunan) kita lagu-lagu mana pun kena tanggung oleh agensi-agensi berkenaan atau pun kerajaan negeri. Tapi kalu kerajaan negeri kering kroteh (kekurangan wang) lagu mana nak tanggung. Zame (zaman)  ni dia kata zame yang memerlukan pembangune fizikal. Jadi kalau itulah maksud pembangune maka kita kena pikir semula apa yang kita telah setuju dalam tahun 48 (penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948) dulu. Bokali (barangkali) tok nenek kita dulu tak dan (tak sempat) nak pikir apa yang berlaku dalam tahun 2000 pada masa ni iaitu dalam tahun 2010 ni. Mace-mace (macam-macam) yang berlaku.molek kita kena kaji semula. Buke kita nak paksa sapa-sapa tetapi kita sebagai wakil rakyat, kita sebagai ore mewakili rakyat mesti pikir semua ni untuk kepentinge negara kita, kentinge diri kita," kata beliau di hadapan puluhan ribu yang hadir di Stadium Sultan Muhammad ke-IV.
YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak sedang bersalam dengan 
orang ramai selepas majlis perasmian Komuniti 1 Malaysia
Dalam perkembangan yang lain, bekas Pengerusi Suruhajaya Pilihanraya Malaysia (SPR), Tan Sri Rashid Abd. Rahman pernah menyuarakan hasrat agar kerajaan persekuatuan membina lebuhraya secepat mungkin untuk kemudahan rakyat dinegeri ini. Beliau melahirkan rasa kesal kerana terpaksa mengambil masa berbelas jam untuk sesekali pulang ke Kelantan pada musim perayaan. Lagi pun katanya, lebuhraya itu bukan hanya akan digunakan oleh orang-orang PAS tetapi juga akan turut digunakan oleh orang-orang UMNO. Beliau berkata demikian ketika menjadi ahli panel dalam Wacana Perdana Siri ke-9 bertajuk, "Pilihanraya Bebas dan Adil: Realiti atau Ilusi?" di Kelantan Trade Centre (KTC) pada 13 Januari lalu. Selain itu Tan Sri Rashid juga turut menggesa kerajaan pusat mengembalikan royalty minyak kepada Kelantan.
Ketika bertitah sempena Majlis Pembukaan Rasmi Penggal Keempat Dun Kelantan ke-12 Tahun 2011, di Kompleks Kota Darulnaim, Sultan Muhammad ke-V pernah menyarankan agar Kerajaan Pusat segera melaksanakan projek jalan baru yang  menghubungkan Kota Bharu ke Kuala Krai. Titah baginda lagi, projek yang disenaraikan dalam RMK-10 termasuk jalan pesisir pantai yang disenaraikan itu perlu disegerakan demi keselesaan rakyat di negeri ini. Pada masa yang sama baginda turut menyarankan jaringan lebuh raya yang cekap menghubungi negeri ini ke negeri lain perlu juga mendapat perhatian dari kerajaan Pusat.
Menurut baginda, Kelantan berpotensi untuk maju seiring dengan negara jiran dari segi kos modal serta sara hidup negeri ini yang masih rendah berbanding negeri lain di negara ini.
Selain itu titah baginda, kurangnya kemasukan pelaburan asing ke negeri ini juga adalah disebabkan oleh faktor logistik dan kekurangan sistem perhubungan khususnya lebuh raya yang cekap berbanding negeri-negeri lain. Oleh yang demikian tambah baginda, tumpuan pelaburan masih berlaku di Semenanjung Malaysia di bahagian pantai barat.
"Untuk itu beta menyarankan perlu adanya jaringan lebuhraya yang cekap menghubungkan negeri ini ke negeri-negeri lain".
Bagaimana pun baru-baru ini, Kerajaan Kelantan telah membuat keputusan untuk mengambil alih pembinaan lebuh raya Kota Bharu-Kuala Krai berikutan Kerajaan Persekutuan melengah-lengahkan pembinaan projek tersebut.Anggaran kos pembinaan adalah sebanyak RM1.9 bilion berbanding peruntukkan asal RM2.3 bilion. Kerajaan negeri terpaksa menyediakan inisiatif baru untuk menjayakan pembinaan jalan raya berkenaan dengan cara pembukaan tander kepada pihakswasta.

13 di jerteh - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di jerteh - Google Blog Search


Empat melecur akibat belon besar meletup <b>di Jerteh</b> Souq |

Posted: 05 Jan 2012 05:52 PM PST

About The Author

Bermula edisi pertama pada 1957, akhbar ini dijual pada harga 15 sen. Hanya lapan kakitangan bertugas ketika itu sebelum pelantikan pengarang pertama, Abdul Samad Ismail pada 1958. Dalam tempoh itu, Berita Harian terus berusaha untuk muncul sebagai sebuah akhbar perdana dengan imej tersendiri, termasuk melancarkan Berita Minggu pada 10 Julai 1960. Kini Berita Harian adalah akhbar utama di Malaysia.

13 di jabor - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di jabor - Google Blog Search


Cerita Tentang Apa sahaja ? » Orang asli <b>di</b> Terengganu

Posted: 10 May 2012 08:10 AM PDT

Terengganu adalah antara negeri yang menjadi penempatan orang asli yang berasal daripada kumpulan Negrito, dan Senoi. Contohnya orang asli Semoq Beri merupakan kelompok Senoi dan Bateq pula daripada kelompok Negrito. Puak orang asli ini mmpunyai bentuk fizikal yang berbeza antara satu dengan puak yang lain. Berdasarkan sumber JHEOA, 2007 di negeri hitam putih ini terdapat lebih kurang 733 orang penduduk orang asli yang tinggal di tiga perkampungan iaitu Kampung Sungai Pergam di Ulu Jabor, Kemaman, Kampung Sungai Berua yang terletak di Kuala Berang, Hulu Terengganu dan Kampung Sungai Sayap, Besut yang terdiri daripada suku kaum Semaq Beri dan Bateq. Kumpulan orang asli ini rata-ratanya berpegang kepada budaya, adat resam dan kepercayaan masing-masing.

Seandainya anda ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan orang asli di Terengganu, sila layari laman berikut:

1) http://newpaces.com/forum/topic/670
2) http://ms.wikipedia.org/wiki/Orang_Asli_di_Negeri_Terengganu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GARAMLADA: Mengapa kos lebuhraya <b>Jabor</b> jadi RM5bilion?

Posted: 11 Nov 2011 02:14 AM PST

KUALA LUMPUR: Kerajaan digesa menjelaskan isu berhubung bagaimana kos pembinaan lebuhraya Jabor di Kemaman menelan kos tinggi sehingga melebihi RM2bilion daripada kos asal. Ketua pembangkang, Dato'Seri Anwar Ibrahim berkata, kos asal pembinaan lebuhraya yang termasuk dalam projek Lebuh raya Pantai Timur (LPT) itu hanya bernilai RM3bilion, tetapi kini menjadi RM5 bilion. Anwar berkata demikian semasa berbahas di Parlimen pada 2 November lalu.

Lebih malang lagi, projek gagal disiapkan mengikut tarikh yang ditetapkan iaitu pada tahun lalu walaupun pembinaannya bermula tahun 2007, katanya yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh.

Kegagalan menyiapkan lebuh raya tersebut dibebankan lagi dengan masalah yang bakal dihadapi dengan persoalan siapa yang akan mengutip tol dan syarikat pemegang konsesi. Beliau mahu kerajaan mendedahkan pihak mana yang bertanggungjawab menyebabkan kelewatan dan peningkatan kos tersebut.

Selain itu beliau mendakwa semua masalah membabitkan kos dan kelewatan penyiapan LPT di Jabor adalah kerana kelemahan Jabatan Kerja Raya dan kementerian terbabit.

Selain itu beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh turut mempersoalkan projek membina jambatan di atas daratan di Kemaman, Trengganu dengan kos RM174 juta yang melebihi RM70 juta dari harga sebenar.

Kata Anwar, ia merupakan satu projek elit Umno/BN yang membina jambatan di daratan dan kosnya pula amat tinggi serta melebihi kos sebenar.

Beliau turut membidas sikap para pemimpin Umno yang lebih mementingkan diri daripada memikirkan derita rakyat dengan membuat cadangan untuk menaikan elaun wakil—wakil rakyat.

Sehingga kini, katanya kemiskinan tegar di kalangan rakyat masih belum diatasi, tetapi para pemimpin Umno sanggup membuat cadangan untuk menaikkan elaun wakil-wakil rakyat tanpa memikirkan derita rakyat.

Sumber berita: Harakah

Komen aku: Umno memang lebih naga daripada naga! Kalau tak buat begitu Umno tak akan kaya- pasti miskin papa! Serang PAS pun boleh diguna duit zakat, inikan pula duit buat lebuhraya!

13 di pulau wan man - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di pulau wan man - Google Blog Search


Rabbani tunaikan hajat Asri | AmeenTv News

Posted: 25 Apr 2012 08:22 PM PDT

Rabbani tunaikan hajat Asri FAIZAL | SAHARUNI
mfaizal@kosmo.com.my

http://fenomenasyid.blogspot.com/2010/01/konsert-percuma-bakal-menemui-anda.html

SEWAKTU hayatnya, sebelum Ustaz Asri dijemput Ilahi pada tanggal 13 Ogos 2009, beliau sempat menghadiri mesyuarat dengan pihak penaja Konsert Malam Sinar Maulidur Rasul 1431 Hijrah iaitu Telekom Malaysia Berhad (TM).

Dalam perbincangan, Ustaz Asri meluahkan pandangan agar Konsert Malam Sinar Maulidur Rasul 1431 Hijrah diadakan di lokasi terbuka tanpa mengenakan bayaran kepada pengunjung yang hadir.

Demi menunaikan hajat tersebut, Rabbani yang kini masih gigih bergerak mengambil keputusan untuk mengadakan konsert siri ketiga ini di lapangan terbuka di Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Terengganu.

"Kami memilih Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Terengganu semata-mahu mahu menunaikan hasrat Ustaz Asri selain menampilkan kelainan berbanding konsert lalu.

"Konsert Malam Sinar Maulidur Rasul 1431 Hijrah kali ini menampilkan pengisian menjurus perjuangan. Di tengah-tengah persembahan, kami akan selitkan penghargaan kepada Rasul, para sahabat, individu alim ulama termasuk Ustaz Asri.

"Ia juga memperlihatkan tema edutainment yang menggabungkan unsur-unsur pendidikan dan mesej positif dalam hiburan menerusi alunan nasyid, qasidah, drama pendek dan anekdot tazkirah," beritahu Azadan Abdul Aziz atau Azadan pada sidang media Konsert Malam Sinar Maulidur Rasul 1431 Hijrah di ibu negara Selasa lalu.

Konsert anjuran Rabbani Productions (M) Sdn. Bhd. berkonsepkan kerohanian itu turut melibatkan penyanyi popular tanah air antaranya ialah Jamal Abdillah, Aishah, Yasin, Joe Flizzow, manakala Datuk Siti Nor Bahyah sebagai pelengkap kepada acara berskala besar tersebut.

Tambah Azadan, ia bukan sekadar menunaikan hajat Asri untuk mengadakan konsert di kawasan terbuka, sebaliknya mereka turut menunaikan hajat ketua yang disegani itu dengan menggantikan posisinya kepada salah seorang anggota kumpulan mereka sendiri iaitu Zulkiflee Azman.

Zulkiflee atau Zul kini mengepalai tugas Ustaz Asri sejak 20 Ogos 2009. Zul pula tidak dipilih secara rambang, tetapi ada cerita di sebalik pemilihan beliau.

Paling mengejutkan, ia juga 'dipersetujui' oleh Ustaz Asri yang terlebih dahulu memberi lampu hijau agar mencari orang baru menggantikan posisinya.

Menurut Azadan, Ustaz Asri seperti mengetahui dia bakal pergi buat selama-lamanya apabila berjenaka tentang Zul sebagai vokalis.

"Selalunya urusan persembahan saya sendiri yang buat. Tapi untuk memenuhi undangan menyanyi di majlis Malam Imbauan Rasul di Tawau, Sabah, Oktober lalu, Ustaz Asri yang beria-ria lakukan perbincangan.

"Bahkan, Ustaz Asri sempat berkata kepada promoter persembahan itu jika dia tidak dapat menyanyi kelak, Zul boleh gantikan tempatnya meskipun dia sedikit pemalu.

"Selepas Ustaz Asri meninggal dunia, promoter ini sendiri yang jelaskan kepada kami tentang perkara itu. Dengan itu, kami sebulat suara pilih Zul sebagai penyanyi utama kumpulan ini," jelasnya.

Ziarah pusara sebelum rakaman

Sedar atau tidak, Rabbani sudah merakamkan sebanyak 18 buah album sejak tahun 1997.

Muncul dengan naskhah terbaru, Rabbani yang mengangkat judul Mahabbah (Kasihilah, kamu akan dikasihi…) bagaimanapun memperlihatkan perbezaan nyata tanpa suara lunak Ustaz Asri berbanding sebelumnya.

"Sebelum buat rakaman lagu pada November lalu, kami akan sedekahkan bacaan Al-Fatihah kepada Ustaz Asri. Namanya sentiasa membasahi bibir kami dalam setiap pekerjaan yang dilakukan.

"Kami juga berdepan pengalaman tersendiri untuk merakamkan lagu Kejora Sinar Zaman yang ditujukan kepada Ustaz Asri. Sepatutnya kami rekod lagu ini pukul 3 petang, tapi waktu itu kami rasa macam tidak boleh berbuat apa-apa.

"Lantaran itu, kami ambil keputusan untuk melawat pusara Ustaz Asri sambil membacakan surah Yasin kepadanya. Selepas itu kami mula bersemangat untuk meneruskan semula rakaman lagu ini.

"Alhamdulillah, proses rakaman untuk menghasilkan album ini berjaya disudahkan dalam tempoh sebulan saja tanpa mengalami masalah," jawabnya sambil memanjatkan kesyukaran.

Album Mahabbah juga menyelitkan sebuah lagu dendangan Ustaz Asri bergandingan dengan Mawi berjudul Inikah Petanda ciptaan Amaludin Syukri (KRU Publishing Sdn. Bhd.).

"Lagu ini tidak sempat dimasukkan dalam album sebelum ini. Kesempatan melahirkan album Mahabbah membuatkan kami sengaja memunculkan Inikah Petanda bagi mengubat kerinduan peminat terhadap Ustaz Asri," jelas Azadan yang mendapat tajaan PRM Global Vision Sdn. Bhd. untuk membikin album berkenaan.

Sumber : KOSMO !
BERITA @ FN

13 di wakaf tapai - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di wakaf tapai - Google Blog Search


SMK <b>Wakaf Tapai</b>: LADAP KE KL & LAWATAN PENANDA ARAS KE <b>...</b>

Posted: 09 May 2012 07:38 PM PDT

Baru-baru ini, SMK Wakaf Tapai telah mengadakan Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) ke Kuala Lumpur dan Lawatan Penanda Aras ke SM Sains Seri Puteri, Kuala Lumpur pada 3 Mei 2012 sehingga 5 Mei 2012 yang terdiri daripada 40 orang guru dan 10 orang staf sokongan. Latihan ini adalah anjuran daripada Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu (APMT). Kami menginap di Hotel Cititel Express, Kuala Lumpur.
Pada hari Jumaat, 4 Mei 2012 kami telah membuat lawatan ke SM Sains Seri Puteri yang juga dikenali sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT). Di situ, kami diberi taklimat mengenai sekolah beliau dan melawat bilik-bilik khas di sana  Pada jam 8.30 malam kami diberi ceramah yang bertajuk "Jatuh Bangun Sebuah Empayar " yang disampaikan oleh Tuan Haji Talaha Bin Ali, Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Terengganu
Keesokan harinya 5 Mei 2012, jam 8.30 pagi kami diberi ceramah yang bertajuk " Islam Agama Persekutuan " oleh Ketua Pen. Pengarah, Pengurusan Imtiaz, Yayasan Terengganu, Ustaz Haji Kamal Bin Abdullah. Majlis berakhir pada jam 12.30 tengahari. Kami bertolak pulang pada jam 2.30 petang.

















di negeri terengganu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri terengganu - Google Blog Search


Jawatan Kosong <b>di</b> Perbadanan Memajukan Iktisad <b>Negeri</b> <b>...</b>

Posted: 04 May 2012 12:36 PM PDT

JAWATAN:
1. Penolong Akauntan Gred W32
2. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29
3. Penolong Jurutera Gred J29
4. Penolong Pegawai Senibina Gred J29
5. Penolong Akauntan Gred W27
6. Penolong Pegawai Tadbir Gred N27
7. Juruteknik Gred J17
8. Pembantu Tadbir (P/O) Gred N17
9. Pembantu Tadbir (Kew) Gred W17
10. Pekerja Rendah Awam Gred R1

IKLAN JAWATAN & CARA MEMOHON:
http://www.pmint.gov.my/v2/pdf/IKLAN_TERBUKA.pdf

TARIKH TUTUP : 24 Mei 2012

13 di kijal - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di kijal - Google Blog Search


UzairOthman.com » Nuffnang Trip To Awana <b>Kijal</b> – Day 3

Posted: 27 Apr 2012 09:03 PM PDT

Hari ketiga :

Pagi terakhir di Awana Kijal ,Terengganu uzair turus dengan bersiap-siap untuk pulang. segala beg semuanya telah dikemaskan dan hanya tunggu masa untuk menaiki bas untuk pulang ke KL. Tapi sebelum itu, saya sempat turun ke Restoran Kampung di Awana Kijal ini untuk bersarapan pagi. Saya telah memilih Nasi Minyak sebagai menu sarapan saya. Masakan ala kampung dan pantai timur ini sangat menarik minat uzair untuk mencuba kerana ia merupakan tradisi makanan kampung di Majlis perkahwinan. Selepas makan, kami dibawa untuk meronda-ronda disekitar Awana Kijal oleh Pn.Suriati iaitu salah seorang orang yang penting di Awana Kijal ini sebagai tour guide kami.

Di Awana Kijal ini terdapat pelbagai jenis bilik dan anda boleh melihat jenis bilik dan kadar harganya di laman rasmi Awana Kijal di (klik  ini) …

 yang ini adalah bilik Primier Room

 Di hadapannya terdapat permandangan gelanggan tennis.

yang ini adalah  Primier Suite dan ia sesuai bagi pasangan yang baru berkahwin. kadar harga bilik ini adalah dari Rm 776 hingga R m941 mengikut masa tertentu.

 kami juga dibawa ke bilik Duplex dimana ianya terdapat permandangan pantai  Kijal yang indah. kadar Bilik ini  adalah RM 1274 hingga Rm 1545 dan harga mengikut masa tertentu.

 suasana Hotel 5 bintang ini pastinya memberikan keselesaan percutian anda.

Tahukah anda? Meja yang mempunyai 6 kerusi ini terdapat di salah satu bilik VIP di Awana Kijal ini. Diantara vip yang pernah tinggal di bilik ini adalah seperti Perdana menteri, Paklah dan Dr.M…

Setelah itu kami dibawa ke Spa di Awana Kijal iatu Taman Sari, Royal Heritage Spa. Jika anda nak tau apa yang menarik dekat spa sini..anda boleh lihat di laman web mereka di (klik sini)

Puas berjalan di dalam Awana kijal, kami pun bergerak pulang ke KL.. di dalam perjalanan kami, kami sempat singgat di beberapa buah kedai di Jalan Kijal untuk membeli lemang. Lemang disini semamngnya murah dan ianya serendah Rm 3.. Lemang Kijal sememangnya terkenal di sekitar Kemaman dan menjadi tumpuan pelancong yang datang kesini.

 sedapnya tengok lemang nihhhh

 makcik gerai n0.18 ni lah menjadi tumpuan kami kerana agak peramah makcik ni.

 inilah gambar di sekitar perjalanan pulang kami.. gerai lemang ini terletak di Jalan kijal menghala ke kemaman.

setelah tiba di bandar kemaman, kami singgah di Hai peng iaitu sebuah kopitiam yang terkenal di kemaman. gerai ini juga turut mengeluarkan produk minuman kopi. saya sempat mencuba kopi ais dan roti bakar. selain itu, saya juga sempat makan nasi lemak disini. kedai ini halal dan ramai masyarakat sekitar makan disini.

habis penuh kedai ini apabila dipenuhi geng-geng nuffnang trip..semuanya excited nak merasa makanan disini kerana makanan disini sedap – sedap dan keistimewaan kopinya membuatkan beberapa rakan blogger turut membeli serbuk kopi yang dijual disini.

 setelah makan tengahhari, kami pun menaiki dan meneruskan perjalanan pulang, dan sekali lagi kami singgah disebuah kedai untuk merasai satar goreng. Ini merupakan kali pertama saya mencuba satar goreng dan rasanya sangat pedas dan sedap.

 di gerai inilah saya memilih beberapa produk makanan untuk dibawa pulang ke rumah

 ketika melalui jalan pulang, kami sempat singgah di kuantan untuk ke kedai SIN kee Hung iaitu sebuah kedai ikan masin yang terkenal di kuantan.

 gambar dibawah ini susah saya nak explain..rasanya macam mulut ikan jerung..hehehe

 untuk mencuba, saya telah pun membeli ikan tenggiri masin untuk dijadikan buah tangan kepada keluarga saya

jam 8 malam saya tiba di wisma genting dan terus pulang ke rumah, begitulah Nuffnang Trip to Awana Kijal yang saya sertai . Terima Kasih kepada Nuffnang, Genting dan Awana Kijal kerana telah memberikan saya peluang untuk bercuti disana ..Terima Kasih :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved