ads

Selasa, 12 Jun 2012

13 di seberang takir - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di seberang takir - Google Blog Search


Dunia Kecik Kami: Gara2 PS dalam semak <b>di Seberang Takir</b>

Posted: 17 Mar 2012 05:22 PM PDT

Selamat kembali bekerja ye kawan2 yang berada di pantai Barat + sape yang start keje ari Isnin.Hari ni me nak cter pasal tragedi yang berlaku disebalik kisah PS Wedding (outdoor) baru-baru ni.

Aritu kan me ade cter yang me ikut baba iqy buat PS kat dalam Rok atau semak. ANd keesokannya pon me join jugak PS opismate yang sorang lagi kat tempat yang sama. UNfortunately, tengah syok shoot, tetibe Iqy menjeritt....me nagn baba cepat2 gi kat rifqy.Actually, memang kami letak Rifqy dekat je ngan kami. Bile sampai kat die..pap ! auuwwwwwwww...sakit !!!! Rupenye ade PINGAT !! (oopssss...bukan pingat aka Piala tuhhh..) Me tak tau la dalam bahasa standard, binatang itu dipanggil ape?? hahahhaha....Dalam mase yang sama, me ngan babaIqy pon kene..Kene seekor sorang..Rifqy seekor, me ngan baba..Yang selamat adalah pengantin..Hadoiiii...

Menangis sakan la Rifqy.Tapi kejap je..Pastu ok..Huhuuu..kesian..Tuh la sape suruh bawak anak? Nak tinggal, rasa kesian..rase tak beshh..heheheheh....

** Korang pernah kena ke ? PINGAT !! Sakit kan ??hadoiii...bengkak jugak la tangan....
** Mase kecik me pernah kene tebuan ! Sakit yang amat !!

13 di setiu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di setiu - Google Blog Search


3 Maut, 4 Cedera Nahas <b>Di Setiu</b>

Posted: 09 Jun 2012 02:54 AM PDT

SETIU – Hasrat tujuh sekeluarga dari Permatang Pauh, Pulau Pinang untuk melawat negeri ini sempena cuti sekolah berakhir dengan tragedi, apabila tiga daripada mereka maut manakala empat lagi cedera dalam kemalangan, di sini, petang semalam.

Mereka yang maut ialah Abdul Razak Othman, 49, anaknya, Siti Suraya, 14 dan kakak Abdul Razak, Fathilah Othman, 53, manakala yang cedera isterinya, Siti Fauziah Mohamad Amin, 46, dua anak mereka Siti Raihana, 12 dan Mohamad Adam, 16, serta seorang lagi kakak Abdul Razak, Rosidah, 55.

Kesemua yang cedera kini dirawat di Hospital Setiu.

Ketua Polis Daerah Setiu, Rohaizat Abd Ani ketika dihubungi mengesahkan kejadian yang berlaku di Kilometer 62 Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu itu.

Kemalangan berlaku jam 5 petang ketika hujan lebat, apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Avanza yang dipandu Abdul Razak bergesel dengan sebuah Toyota Hilux yang dipandu seorang lelaki berusia 37 tahun.

Toyota Hilux itu dipercayai memasuki laluan bertentangan ketika melalui kawasan selekoh tersebut dan bergesel dengan Toyota Avanza menyebabkan MPV berkenaan hilang kawalan dan berpusing beberapa kali.

Kejadian mengakibatkan Siti Suraya dan ibu saudaranya Fathilah tercampak keluar daripada MPV. Kedua-dua mereka disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Abdul Razak yang parah di kepala disahkan meninggal dunia di Hospital Setiu ketika menerima rawatan, manakala isterinya dilapor berada dalam keadaan koma.

Rohaizat berkata, pemandu Toyota Hilux yang menghilangkan diri dari tempat kejadian menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah jam 10 malam tadi.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BERNAMA

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Tiga maut, Empat Cedera Dalam Kemalangan <b>Di Setiu</b> | WRSyndicate

Posted: 09 Jun 2012 07:52 AM PDT

SETIU: Hasrat tujuh sekeluarga dari Permatang Pauh, Pulau Pinang untuk melawat negeri ini sempena cuti sekolah berakhir dengan tragedi, apabila tiga daripada mereka maut manakala empat lagi cedera dalam kemalangan, di sini petang Jumaat.

Mereka yang maut ialah Abdul Razak Othman, 49, anaknya Siti Suraya, 14 dan kakak Abdul Razak, Fathilah Othman, 53, manakala yang cedera isterinya Siti Fauziah Mohamad Amin, 46, dua anak mereka Siti Raihana, 12 dan Mohamad Adam, 16, serta seorang lagi kakak Abdul Razak, Rosidah, 55.

Kesemua yang cedera kini dirawat di Hospital Setiu.

Ketua Polis Daerah Setiu Rohaizat Abd Ani ketika dihubungi mengesahkan kejadian yang berlaku di Km 62 Jalan Kuala Terengganu-Kota Baharu itu.

Kemalangan berlaku pukul 5 petang ketika hujan lebat, apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Avanza yang dipandu Abdul Razak bergesel dengan sebuah Toyota Hilux yang dipandu seorang lelaki berusia 37 tahun.

Toyota Hilux itu dipercayai memasuki laluan bertentanganketika melalui kawasan selekoh tersebut dan bergesel dengan Toyota Avanza menyebabkan MPV berkenaan hilang kawalan dan berpusing beberapa kali.

Kejadian mengakibatkan Siti Suraya dan ibu saudaranya Fathilah tercampak keluar daripada MPV. Kedua-dua mereka disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Abdul Razak yang parah di kepala disahkan meninggal dunia di Hospital Setiu ketika menerima rawatan, manakala isterinya dilapor berada dalam keadaan koma.

Rohaizat berkata pemandu Toyota Hilux yang menghilangkan diri dari tempat kejadian telah menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah pukul 10 malam tadi.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

(66)

13 di pulau kapas - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di pulau kapas - Google Blog Search


Holiday <b>Pulau Kapas</b> | Blog Cikgu Hairul

Posted: 08 Jun 2012 04:36 PM PDT

Sedar tak sedar dah nak habis cuti sekolah. Bila bertanya ke mana nak pergi untuk manafaatkan cuti sekolah masa awal-awal cuti haritu macam- macam tempat yang boleh disenaraikan, tapi tempat yang betul-betul memenuhi citarasa kadang-kadang tak bersesuaian dengan bajet. Ingatkan nak ke Cameron, tapi bila dengar cerita kawan-kawan yang naik ke sana jalan jem yang amat tak jadi saya nak pegi.

Untuk segmen jalan-jalan ukur jalan sempena cuti sekolah kali ni, tempat yang saya pilih adalah sebuah pulau yang terletak di timur semenanjung Malaysia iaitu Pulau Kapas. Pulau Kapas ni terletak di negeri Terengganu Darul Iman. Sebenarnya, perjalanan ke Pulau Kapas ni bukanlah dirancang malah memang tak terfikir pun nak ke sini pada musim cuti ni. Tapi itulah yang dinamakan rezeki.

Perjalanan ini mengambil masa lebih kurang 6 jam dari Kuala Lumpur ke jeti Pulau Kapas dengan dibantu oleh "Gadis Pilihan Saya" atau nama manjanya GPS. Sebagai panduan bagi rakan-rakan yang mungkin nak pergi bercuti ke Pulau Kapas, korang boleh ambil highway Pantai Timur dan exit tol Jabor dengan kadar tol sebanyak RM 21. Kemudian, ikut je signboard menuju ke Kuala Terengganu. Bila dah masuk ke jajahan takluk Terengganu, baru ikut signboard ke Dungun seterusnya ke Marang. Bila berada di daerah Marang, cari signboard ke Jeti Pulau Kapas. Ingat,JETI PULAU KAPAS ye, bukan Jeti Marang! Jeti tu berada di sebelah kanan jalan. Kena masuk sikit la ke dalam.

Dah sampai kat jeti ni, korang boleh tengok, banding beza harga pakej yang bersesuaian dengan bajet korang. Itu kalau datang terjah macam saya. Kalau dah tempah awal-awal teruslah ke kaunter dan tunggu feri. Nasib baik masih ada tempat. Kalau tak balik melopong la nak sampai Pulau Kapas. Tapi, macam biasalah..musim cuti sekolah ni harga boleh dikatakan naik berganda. Hotel atau chalet memang banyak. Saya pilih Kapas Coral Beach Resort dengan pakej 3D2N. Pakej ni termasuk bot pergi balik, makan 3 kali sehari, snorkeling trip dan equipment. Apa yang menarik, KCB ni terletak betul-betul depan pantai. Bagi yang sukakan aktiviti BBQ tempat turut disediakan. Tak semua chalet yang dibenarkan masak/BBQ. Yang penting, di sini tak banyak kedai makan. Oleh itu dinasihatkan baik ambil je pakej makan yang disediakan. Makanan kat sini sangat mahal. Musim cuti ke tak musim cuti ke, harga memang maintain mahal. Jadi ambiklah pakej yang ada makan sekali.

3 hari di sini memang menyeronokkan. Penat memang penat. Layan karenah isteri yang berpenyakit "hyperactive" ni.. snorkelling, berkayak, join Island tour, mandi manda, jalan-jalan…macam-macam ada. Kulitku yang tak berapa putih ni jadi bertambah tinted daa..apa-apa pun percutian yang amat menyeronokkan..sebenarnya, percutian ni adalah hadiah sempena Hari Lahirku dari seorang Isteri..terima kasih sayang……

13 di ketengah jaya - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di ketengah jaya - Google Blog Search


Gara-Gara Mandi Telanjang , <b>Di</b> Sambar Ipar Yang Sedang <b>...</b>

Posted: 06 Jun 2012 06:47 PM PDT

Rogol adik ipar ketika isteri dalam pantang

"Yang Arif, saya melakukan perbuatan itu kerana tidak tahan melihat dia mandi berbogel, ditambah lagi ketika itu bekas isteri saya sedang berada di hospital melahirkan anak bongsu kami," jawapan spontan tertuduh, Awang Ismail, 52, selepas mengaku bersalah merogol bekas adik iparnya di Mahkamah Sesyen di sini, semalam.

Duda kepada tiga anak itu tanpa segan silu mengaku, merogol bekas adik iparnya yang ketika itu baru berumur 15 tahun sehingga melahirkan seorang anak perempuan pada 4 Jun 2010 disebabkan kurangnya keimanan dalam diri untuk melawan godaan nafsu syaitan itu.

Bagaimanapun, perbuatan keji tertuduh yang beralamat dari Kampung Alor Batu, Jabor, Kuantan itu terbalas selepas hakim, Datuk Zainal Abidin Kamarudin menjatuhkan hukuman penjara selama 32 tahun selepas pengakuan bersalah tertuduh atas dua pertuduhan mengikut Seksyen 376 B (1) Kanun Keseksaan itu direkodkan.

Berdasarkan pertuduhan pertama, tertuduh pada :Ogos 2009, di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Padang Limau Nipis, Bukit Payong, Marang telah melakukan persetubuhan dengan mangsa.

Manakala, mengikut pertuduhan kedua, tertuduh dituduh sekali lagi melakukan perbuatan terkutuk itu di tempat sama pada September 2009.

Zainal Abidin kemudiannya menjatuhkan hukuman 16 tahun penjara bagi pertuduhan pertama dan 16 tahun penjara untuk pertuduhan kedua yang diarahkan berjalan secara berasingan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Zalina Awang @ Mamat manakala tertuduh tidak diwakili mana-mana peguam bela.

Mengikut fakta kes, mangsa yang ketika itu berumur 16 tahun telah membuat laporan polis di Balai Polis Bukit Payong pada 27 Jun 2010 dengan mengatakan dirinya telah dirogol dan telah pun melahirkan seorang bayi perempuan di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya, Dungun.

Rentetan laporan polis dibuat, pada 7 Julai 2010, polis telah menjalankan siasatan terhadap tertuduh yang ketika itu masih berstatus abang ipar mangsa dan telah mengambil sampel darah mangsa bagi tujuan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu.

Hasil ujian didapati, mangsa telah dirogol oleh tertuduh berdasarkan keputusan laporan kimia DNA yang diperoleh pihak polis setelah pihak Jabatan Kimia membuat perbandingan antara DNA mangsa, anak mangsa dan tertuduh.

Bagaimanapun, selepas mengetahui dirinya diburu, tertuduh telah melarikan diri namun berjaya ditangkap oleh anggota polis Balai Polis Jaya Gading, Pahang, pada 30 September lalu, kira-kira jam 1.40 pagi.

Dengan itu, tertuduh telah didapati melakukan kesalahan yang boleh dihukum penjara tidak kurang dari enam tahun dan tidak lebih dari 20 tahun dan sebatan jika disabitkan kesalahan. -SH

Ulasan GB

Iktibar: Oleh itu wahai kaum Hawa, untuk mengelakkan dari dirogol jangan mandi open-air.

Ku berpesan kepada diriku dan semua: Didiklah diri dan anak-anak (terutama perempuan) supaya tidak mandi dalam keadaan bertelanjang.

Sudah menjadi trend orang sekarang mandi berbogel apatah lagi sekarang sudah ada bilik mandi serba lengkap, menyangkakan tiada yang melihat.

Ingatlah selain malaikat, Allah juga sentiasa Maha Melihat. Hadith Nabi saw:

قَالَ بَهْزٌ عَنْ أَبِيهِ عَنْ جَدِّهِ عَنْ
النَّبِىِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
الله أَحَقُّ أَنْ يُسْتَحْيَا مِنْهُ

Bahaz berkata dan menerima dari ayahnya,
dari neneknya dari Nabi s.a.w. sabdanya : "Allah itu lebih berhak untuk dimalu daripada seluruh manusia" Hadis sahih riwayat Bukhari.

sumber:greenboc

13 di kemaman - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di kemaman - Google Blog Search


(GAMBAR) 64 Buah Rumah Ranap Dalam Kejadian Puting Beliung <b>Di</b>

Posted: 26 May 2012 07:38 AM PDT

Sebanyak 64 rumah dan lima gerai makan di lima buah kampung di daerah ini ranap dan rosak teruk gara-gara dipukul ribut dan puting beliung dalam kejadian bermula jam 11.15 malam tadi.

Jumlah rumah yang rosak membabitkan 34 buah di Kampung Bukit Anak Dara; Kampung Titian Bertayun (22); Kampung Ibai Penunjuk (4); Kampung Che Wan (3) dan Kampung Teluk Kalong (1) manakala lima gerai makan sementara di Medan Selera Geliga.

Lebih menyedihkan selain atap rumah diterbangkan pusaran angin dan ribut, terdapat juga rumah yang ranap dihempap pokok tumbang.

Seorang mangsa, Adam Halim, 23, dari Kampung Bukit Anak Dara, Kijal berkata, dia sekeluarga sedang nyenyak tidur apabila terdengar bunyi dentuman kuat di bahagian dapur rumah kira-kira jam 11.45 malam.

" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();

"Terkejut dengan bunyi kuat itu, saya pergi memeriksa di dapur dan melihat pokok rambutan di belakang rumah sudah menghempap bahagian kiri dapur rumah dan saya segera membawa isteri dan anak yang berusia dua tahun keluar dari rumah. Apabila diperiksa, pokok itu tumbang kerana akarnya tercabut dipukul ribut

"Namun, syukur kepada ALLAH SWT kerana bilik tidur kami berada di bahagian kanan hadapan rumah. Jika berada di hadapan bahagian dapur pasti sesuatu yang tidak diingini berlaku memandangkan kami sekeluarga sudah tidur ketika itu," katanya yang mengakui mereka sekeluarga mula masuk ke bilik pada jam 11 malam.

Menurutnya, sejak menyewa di rumah berkenaan tujuh tahun lalu, musibah tersebut adalah kali pertama menimpa keluarganya.

Dalam pada itu, seorang lagi penduduk, Mohamad Jusoh, 60, berkata, ketika kejadian berlaku dia bersama isteri Fatimah Ishak, 45, dan dua anaknya Nur Jufadiha, 17, dan Nur Jufarahain, 14, baru bersiap untuk tidur.

"Tiba-tiba saya terdengar bunyi seperti dahan patah sebanyak tiga kali dan dengan sepantas kilat bumbung rumah kami diterbangkan angin menyebabkan kami empat beranak segera keluar menyelamatkan diri setelah melihat bumbung telah tiada," katanya.

Menurutnya, kejadian itu terjadi pada jam 12 tengah malam dan selepas keluar dari rumah, dia empat beranak terkedu melihat bahagian bumbung rumah berada di hadapan pintu dapur.

Incoming search terms:

13 di kijal - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di kijal - Google Blog Search


T E G A N U K I TA: PGM Terengganu Master <b>di</b> Awana <b>Kijal</b>

Posted: 02 Jun 2012 05:15 PM PDT

Oleh: Suriati Ali

Kerajaan negeri dengan kerjasama Persatuan Golf Terengganu akan menganjurkan Kejohanan Golf `PGM Terengganu Master 2012 bertempat di lapangan Awana Kijal Golf Beach & Spa Resort, Kemaman.

Pengurus (Unit Promosi dan Pengurusan Acara) Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Encik Nik Syahrom Nik Md Hashim, berkata kejohanan yang berlangsung selama enam hari dan bermula 23 Jun itu bakal disertai 144 peserta dari 23 negara.

Antara negara yang bakal menyertainya, termasuk Afrika, Australia, Thailand, Filipina, Indonesia, Taiwan, Brunei, Vietnam, Singapura, Jepun, Korea, India dan Burma.


Katanya, semua peserta yang sudah mendaftarkan diri itu adalah dikalangan pemain-pemain terbaik dan professional.

"Kejohanan tersebut merupakan antara usaha kerajaan Terengganu untuk menarik minat pengunjung tempatan dan luar negara.

"Pihak kami percaya melalui pendekatan seumpama ini, konsep sukan melalui pelancongan mampu dijayakan, seterusnya mencapai hasrat Tahun Melawat Terengganu 2013," katanya.

 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved