ads

Jumaat, 6 September 2013

13 di setiu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di setiu - Google Blog Search


Dua rakan maut, seorang parah dalam nahas <b>di Setiu</b> | Terengganu <b>...</b>

Posted: 22 Jun 2013 06:31 PM PDT

Hasrat tiga rakan untuk memulakan tugas di sebuah pelantar minyak di Kerteh, Kemaman, semalam tidak kesampaian apabila dua daripada mereka maut dalam kemalangan jalan raya.

Kejadian berlaku di Kilometer 86 Jalan Kuala Terengganu- Kampung Raja dekat Kampung Gong Batu, Permaisuri, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 8.40 malam itu, dua rakan setugas maut selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori.

Mereka yang maut ialah pemandu kereta Perodua Kancil, Mohd Zuhairi Mohd Kedri, 30, dan rakannya yang duduk di kerusi penumpang hadapan, Muhammad Hazizul Haris, 19.

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Ab Rahman Raja Mohamed berkata, sepupu Muhammad Hazizul, Faizal Hasif Sarifudin, 20, yang duduk di kerusi penumpang belakang cedera parah di kepala dan beberapa organ dalaman.

Menurut, kedua-dua mangsa maut di tempat kejadian apabila kereta yang dinaiki mereka dari arah Kampung Raja ke Kuala Terengganu melanggar sebuah lori jenis Daihatsu Delta yang datang dari arah bertentangan.

"Lori tersebut dikatakan cuba membuat pusingan U dan memasuki lorong bertentangan menyebabkan Mohd Zuhairi gagal memberhentikan kenderaan. Keadaan jalan juga gelap di kawasan berkenaan.

"Akibat pertembungan itu menyebabkan bahagian depan kereta dinaiki mangsa remuk, manakala lori terbalik," katanya.

Ab Rahman berkata, kedua-dua mangsa yang parah meninggal dunia di tempat kejadian dan dihantar ke Hospital Setiu untuk bedah siasat, manakala Faizal dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu.

"Ketiga-tiga mereka dilaporkan dalam perjalanan ke tempat kerja di sebuah pelantar minyak di Kerteh. Mohd Zuhairi dari Felda Chalok Barat, manakala Muhammad Hazizul dari Kampung Gong Tiong, Keluang, dan sepupunya dari Kampung Keluang, Besut," katanya.

Menurutnya, pemandu lori, Muhammad Jefri Md Isa, 35, dari Kampung Pisang, Kupang, Kedah, hanya mengalami kecederaan ringan.

"Kejadian ini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

13 di besut - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di besut - Google Blog Search


Kemenangan UMNO/BN <b>di</b> Kuala <b>Besut</b>, tidak setimpal pemberian <b>...</b>

Posted: 25 Jul 2013 09:02 PM PDT

lksKUALA LUMPUR, 26 JULAI: Majoriti undi yang diperoleh UMNO/Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, 24 Julai lalu dianggap satu kegagalan kerana tidak setimpal dengan mencurahkan pemberian kerajaan Pusat dan negeri bernilai kira-kira RM500 juta kepada pengundi di kawasan itu.

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, walaupun UMNO/BN  berjaya mengekalkan kerusi itu, PRK Kuala Besut boleh dianggap sebagai satu daripada pilihan raya kecil termahal dalam sejarah negara ini.

Pada PRK Kuala Besut, 24 Julai lalu itu, calon UMNO/BN, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman mendapat 8,288 undi, manakala calon PAS, Endot@Azlan Yusuf mendapat 5,696 undi iaitu dengan majoriti 2,592 undi, 158 undi lebih tinggi daripada 2,434 majoriti yang dicapai UMNO/BN pada PRU-13 lalu.

Beliau berkata, UMNO/BN dianggap pihak yang kalah paling besar kerana gagal mencapai sasaran majoriti 4,000 undi pada pilihan raya kecil itu.

Menurutnya, PAS pula dianggap mencatat pencapaian yang baik di Kuala Besut kerana tiada siapa yang menjangka UMNO/BN akan kalah di kubu kuat mereka.

Bagaimanapun, menurut Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah, UMNO/BN sepatutnya berterima kasih kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang menetapkan hari mengundi PRK Kuala Besut, pada Rabu menyebabkan majoriti undinya meningkat dan peratusan keluar mengundi merosot sebanyak 1,193 orang atau 79.78% berbanding 87% pada Pilihan Raya Umum ke-13, 5 Mei lalu.

"Jika peratusan keluar mengundi tinggi dan sebahagian besar pengundi pulang ke Kuala Besut untuk mengundi calon PAS, majoriti undi UMNO/BN mungkin lebih rendah daripada 2,434 yang dicapai pada pilihan raya umum lalu.

"Bagi saya faktor sebenar peratusan keluar mengundi merosot ialah kerana hari mengundi ditetapkan pada hari bekerja, menyebabkan ramai pengundi yang tinggal di luar Kuala Besut tidak dapat pulang untuk mengundi," katanya dalam kenyataan media, semalam.

Menurutnya, Timbalan Presiden UMNO yang juga Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula mendakwa kegagalan BN mencapai sasaran majoriti 4,000 undi di Kuala Besut kerana penyokong BN merasa terlalu yakin akan menang menyebabkan mereka tidak keluar mengundi.

Katanya, Muhyiddin juga mensabitkan kemerosotan peratusan keluar mengundi sebanyak tujuh peratus itu disebabkan rentak hidup yang lebih perlahan pada bulan Ramadan.-Roketkini.com

13 di kuala terengganu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di kuala terengganu - Google Blog Search


89 Ditahan Dalam Ops Cantas <b>Di Kuala Terengganu</b> | Terengganu <b>...</b>

Posted: 31 Aug 2013 09:34 PM PDT

Ops Cantas

Ops Cantas

Polis Terengganu menahan 89 individu termasuk 10 wanita di dua pusat hiburan di bandar raya ini dalam Ops Cantas Khas, Sabtu.

Ketua Polis Terengganu Datuk Jamshah Mustapa berkata kesemua yang ditahan berusia antara 20 dan 60-an dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK)Terengganu bagi memeriksa rekod serta ujian saringan air kencing.

"Kita akan memeriksa kesemua rekod dan identiti mereka sama ada terlibat dengan jenayah atau memang orang yang dikehendaki polis," katanya kepada pemberita di sini selepas operasi dua jam itu berakhir pukul 3 pagi.

Jamshah berkata walaupun Terengganu bebas daripada gejala kongsi gelap polis akan terus melakukan pemeriksaan terutamanya di premis hiburan bagi membanteras kegiatan itu.

"Walaupun kita dapati tiada kongsi gelap di sini, kita tetap lakukan pemeriksaan kerana tidak mustahil kumpulan dari negeri lain datang ke sini untuk bersembunyi mengelak daripada diberkas," katanya. - BERNAMA

13 di hulu terengganu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di hulu terengganu - Google Blog Search


bersantai <b>di</b> hutan lipur sekayu, <b>hulu terengganu</b> - brahim nyior

Posted: 02 Jun 2013 08:42 PM PDT

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.
Cuti sekolah kali ini, adik beradik sebelah isteri, berpakat untuk bersantai di Hutan Lipur Sekayu, 80 km dari bandar raya Kuala Terengganu. Sebenarnya, perancangan untuk ke Sekayu hanya dibuat secara kebetulan dan 'ad hoc' pada awal pagi Khamis, apabila kami kebetulan berbincang sementelah adik beradik bersama keluarga masing-masing berkumpul di rumah mertua di Batu Rakit.
Paginya merancang, dan menjelang tengah hari kami bertolak ke sana yang mengambil masa kira-kira satu jam. Kami melalui pekan Kuala Berang, yang sudah maju dan pesat berbanding era 90-an dan tiba kira-kira pukul 2 petang. Dari jalan utama, kami perlu masuk ke laluan kampung sejauh 15 km sebelum tiba ke lokasi tersebut. Cuaca yang redup membantu memberi ketenangan menghilangkan keletihan dalam perjalanan. Suasana yang damai dikelilingi kehijauan pohon hutan hujan berusia jutaan tahun amat menenangkan.
Sekayu terkenal sebagai lokasi percutian jauh daripada hiruk-pikuk kota

Kami perlu membayar dua kali sebelum dibenarkan berkelah di sini. Pertama, bayaran parkir kenderaan yang dikutip di pintu masuk ke Sekayu. Sebaik tiba di sini, bayaran sekali lagi perlu dibayar kepada petugas yang menunggu di pondok bersebelahan pintu palang. Ironinya, menurut adik beradik ipar saya, sebelum ini tiada bayaran pun dikenakan. Tak mengapalah, fikir saya, kerana mungkin bayaran tersebut untuk menampung kos penyelenggaraan tandas dan kemudahan lain. 
Kami memilih lokasi yang tidak jauh dari lata yang berdekatan tempat persalinan. Di situ, sudah ada meja batu untuk duduk berehat. Ibu mertua saya yang agak keletihan mudah duduk di situ berbanding bersila di atas tikar. Setelah semuanya dikeluarkan dari kenderaan, kami mula memanggang ayam yang diperap dengan rempah istimewa oleh isteri dan adik-adiknya.
Anak-anak sudah tidak sabar untuk mandi di kawasan ini. Sengaja saya pilih kawasan yang kurang risiko. Tempatnya agak cetek dan arusnya kurang deras, berbanding di kawasan yang lebih dalam di bahagian atas. Berdasarkan pengalaman, lubuk yang dalamnya melebihi 7 kaki boleh membahayakan nyawa kanak-kanak. Apatah lagi fenomena 'kepala air' boleh menghanyutkan pengunjung yang tidak berhati-hati. 'Kepala air' adalah arus deras yang diakibatkan hujan di puncak bukit. Ia boleh berlaku secara tiba-tiba dengan amaran deruan air yang kuat sebelum ia 'melanggar' apa sahaja di laluannya.


Lewat petang, santai kami di Sekayu sampai ke penghujungnya. Segalanya menarik untuk kami kongsikan, tetapi beberapa penambahbaikan perlu dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Terengganu bagi memastikan Sekayu menjadi lokasi pilihan pengunjung untuk berehat. Antara kelemahan yang dapat saya kenal pasti adalah:
1. Kemudahan di tandas yang tidak mempunyai bekalan air berbanding tempat lain.
2. Kebersihan kawasan sekitar tidak diselenggara dengan baik, menyebabkan sampah-sarap yang ditinggalkan oleh pengunjung yang kurang kesedaran sivik bersepah di mana-mana. 
3. Tidak perlu kutipan yuran masuk yang tidak masuk akal jika kemudahan masih ditakuk lama. 

Sekayu, amat indah panoramanya. Insya-Allah, hujung tahun ini, kami merancang ke Tasik Kenyir pula!


13 di kemaman - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di kemaman - Google Blog Search


teganuku: 40 Individu Ditahan Dalam Ops Cantas Khas <b>di Kemaman</b>

Posted: 27 Aug 2013 09:55 PM PDT


Polis Terengganu menahan seramai 40 individu dalam Ops Cantas Khas yang dilakukan seharian di sekitar Kemaman pada Ahad.

Timbalan Ketua Polis Terengganu, Datuk Hamzah Mohd Jamil berkata, daripada jumlah itu, tiga ditahan atas pelbagai kesalahan manakala selebihnya bersabit penyalahgunaan dadah.

Beliau berkata, dalam Ops khas berkenaan, seramai 420 individu diperiksa dan operasi akan diperluaskan ke daerah lain dengan sasaran terhadap bekas banduan, penagih dadah serta individu berisiko tinggi melakukan jenayah.

"Polis juga turut mengadakan sekatan jalan raya, rondaan di kawasan-kawasan panas yang sudah dikenal pasti," katanya selepas majlis serah tugas Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Dahlan Mohd Noor yang ditukarkan ke cawangan lain.

Hamzah berkata, pihaknya juga mengenal pasti seramai 45 orang bekas tahanan Ordinan Darurat di negeri ini yang telah dibebaskan sejak 10 tahun lalu.

Menurutnya, kesemua individu berkenaan kini dipantau pihak berkuasa bagi memastikan mereka tidak terlibat dalam jenayah berat di negeri ini.

"Kita sudah mengenal pasti kesemua tahanan yang dibebaskan ini dan sebahagian daripada mereka masih menetap di Terengganu dan ada juga sudah meninggalkan negeri ini.

 "Kami masih memantau pergerakan mereka dan mendekati golongan ini dengan memberi nasihat supaya tidak terjebak dengan salah laku jenayah," katanya.

13 di jabor - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di jabor - Google Blog Search


RAKYAT MARHAEN: Tiada Mangsa Korban Tanah Runtuh <b>Di Jabor</b>

Posted: 26 Dec 2012 04:07 AM PST


Tiada Mangsa Korban Tanah Runtuh Di JaborKEMAMAN – Jalan masuk utama Jabor-Jerangau ke Air Puteh di Kilometer 139 kini sudah boleh digunakan selepas kerja membaik pulih jalan terbabit yang terjejas akibat runtuhan tanah awal pagi ini selesai dijalankan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).
Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Che Suza Che Hitam ketika dihubungi Bernama berkata, jalan tersebut dibuka kira-kira 5 petang ini dan turut terbabit dalam runtuhan tanah itu ialah sebuah lori dan lima kenderaan jenis sedan.
"Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu dan kini jalan sudah boleh dilalui semua jenis kenderaan," katanya.
Katanya dalam kejadian kira-kira 3.30 pagi ini tebing jalan setinggi 12 meter runtuh dan menimbusi jalan sepanjang 50 meter.
Menurutnya runtuhan itu dipercayai berpunca daripada hujan lebat sehingga menyebabkan berlaku pergerakan tanah. – BERNAMA

di negeri terengganu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri terengganu - Google Blog Search


Jawatan kosong 2013 <b>di</b> Suruhanjaya Perkhidmatan <b>Negeri</b> <b>...</b>

Posted: 14 Jul 2013 06:54 PM PDT

Jawatan kosong 2013 di Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Terengganu (SPN.TR)

Jawatan Kosong 2013:Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Terengganu (SPN.TR) telah ditubuhkan pada 10 Ogos 1959 di bawah Fasal 56 Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu (Bab Yang Pertama) (Pindaan) Tahun 1959.Di bawah Perkara 56 (9) Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Negeri Terengganu (Bab Yang Pertama)(Pindaan)Tahun 1956,Suruhanjaya bertanggungjawab terhadap perlantikan, pengesahan dalam perkhidmatan, pemberian taraf berpencen dan menjalankan kawalan tatatertib anggota perkhidmatan yang di bawah bidangkuasanya.

Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Terengganu (SPN.TR) dengan ini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk memohon jawatan yang berikut:-

// ]]>

Tarikh Akhir permohonan: 12 Ogos 2013

Sila klik sini untuk maklumat penuh dan sumber iklan jawatan kosong 2013 ini.
Sila klik sini untuk permohonan secara online.

———————————————————————————————-

Jgn ketinggalan utk mendapatkan pemberitahuan jwtn kosong di negeri anda.Isikan langganan email di sini
->> http://bit.ly/QH82aX

———————————————————————————————–

Jawatan Kosong 2013

You can leave a response, or trackback from your own site.

13 di bukit besi - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di bukit besi - Google Blog Search


PAS vs PKR : BN yakin menang <b>di Bukit Besi</b> - Rakyat Tranung <b>...</b>

Posted: 21 Apr 2013 02:38 AM PDT

Oleh: Aida Abd Rahman

Calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Encik Roslee Daud , 53, menyifatkan keputusan Pakatan Rakyat (PR) mempertaruhkan dua wakil dari Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bertanding di kerusi yang sama memberi kelebihan kepada BN untuk kekal mempertahan kerusi itu.

"Pecahan undi pembangkang kepada PR boleh menyebelahi kita disebabkan wujudnya ketidaksepakatan di kalangan mereka yang mahu menampilkan wakil masing-masing.

"Jadi faktor itu memberi kelebihan kepada BN disebabkan kemungkinan penyokong mereka akan berpecah sekaligus BN akan tetap memenangi DUN Bukit Besi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) ini," katanya.

Beliau berkata, tindakan Pas yang mengambil keputusan saat akhir untuk tetap meletakkan calonnya sedangkan PKR lebih dahulu mengumumkan calonnya di situ, membuktikan PR dari awal lagi tidak mampu menemui kata sepakat dalam aspek meletakkan calon, apatah lagi untuk mentadbir sebuah negeri dan negara sebagaimana hasrat kepimpinan pembangkang itu.

Encik Roslee yang juga Setiausaha Umno Bahagian Dungun sejak lima tahun lalu juga yakin dengan kekuatan jentera parti termasuk sokongan akar umbi serta penyandang kerusi itu sebelum ini, Dato' Din Adam yang akan tetap bersama membantu bagi memastikan kemenangan berpihak kepada BN.

"BN di DUN Bukit Besi sudah memiliki kekuatan tersendiri berikutan kita mempunyai keahlian Umno yang berdaftar lebih 6,000 orang, selain kekuatan padu jentera parti. Oleh itu, kita berasa yakin mengekalkan kemenangan walaupun berdepan tiga penjuru kali ini," katanya.

Beliau yang berkecimpung dalam kancah politik lebih 30 tahun lalu akan terus memberi tumpuan kepada usaha membangunkan Bukit Besi yang juga kawasan kelahirannya itu, sebagaimana kepimpinan BN sebelum ini, selain berusaha mengatasi masalah rakyat khususnya isu perumahan dan membuka peluang pekerjaan baru.

- Teganukita

 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved