ads

Rabu, 10 Julai 2013

13 di besut - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di besut - Google Blog Search


PAS tawar pembangunan komprehensif <b>di</b> Kuala <b>Besut</b> - Harakahdaily

Posted: 09 Jul 2013 01:02 AM PDT

KUALA LUMPUR: PAS menawarkan agenda pembangunan di Kuala Besut menggunakan wang petroleum dengan lebih berkesan kepada semua lapisan masyarakat sekiranya berjaya memenangi pilihan raya kecil (PRK) 24 Julai ini.

Pengarah PRK Kuala Besut, Datuk Husam Musa berkata, Terengganu adalah sebuah negeri yang kaya namun rakyat negeri  itu masih miskin dan keadaan ini juga sama  seperti di Kuala Besut.

"Dengan kekayaan Terengganu itu wakil rakyat mewah tetapi rakyat masih berada di tahap yang sama. Rakyat bekerja kuat tetapi kemudahan mereka sebagai rakyat tidak diberikan secara berkesan," katanya ketika ditemui Harakahdaily.

Bahkan katanya, oleh kerana ruang pekerjaan yang tidak ada maka anak-anak muda tidak mempunyai pekerjaan yang tetap di samping pendapatan yang rendah sedangkan kos yang ditanggung membebankan mereka.

Husam juga mengingatkan para pengundi Kuala Besut agar bijak memilih pemimpin kerana ia bakal menentukan masa depan mereka.

"Kalau rakyat Kuala Besut terima wang semasa PRK, bila habis PRK maka habislah... tetapi kalau mereka pilih calon kita yang memperjuangkan tuntutan kekayaan yang menyeluruh serta berpanjangan yang akan dikongsi bersama-sama," katanya.

Justeru katanya, jika masa pilihan raya mereka mendapat duit daripada BN, maka lepas pilihan raya mereka akan dapat faedah berpanjangan jika mereka memilih PAS.

"jadi cadangan kita mana-mana bantuan daripada Umno yang masuk dalam PRK, rakyat boleh ambil supaya mereka boleh dapat faedah lagi untuk jangka panjang, tetapi mereka pilih PAS. Semua faedah mereka dapat," katanya.

PRK Kuala Besut dijadualkan akan berlangsung pada bulan puasa di mana penamaan calon pada 12 Julai manakala hari mengundi pada 24 Julai iaitu hari Rabu.

13 di pulau kapas - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di pulau kapas - Google Blog Search


Jari Manis : Travel List: Trip Candat Sotong <b>di Pulau Kapas</b> <b>...</b>

Posted: 13 Jun 2013 10:49 PM PDT

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua pembaca,
Mohon maaf lah yer..cerita trip ke China belum habis JM dah tulis cerita baru. Kali ni JM nak kongsi perancangan untuk candat sotong pada hujung miggu ni.

"Jom! Ikut JM Candat Sotong di Pulau Kapas"

Pulau Kapas antara pulau peranginan yang paling hampir dengan pantai terengganu yang terletak dalam daerah Marang. Terletak kira-kira 18km dari Kuala Terengganu dan 6km dari jeti Marang. Pulau Kapas menjadi tumpuan pelancong untuk aktiviti snorkeling dan juga candat sotong.

Perancangan untuk mencandat sotong telah di suarakan oleh salah seorang rakan travel JM sewaktu balik travel dari Hatyai bulan februari lalu dan kami bercadang untuk menjayakan aktiviti ni pada 15/06/2013 - 16/06/2013 (2H1M) dan akhirnya perancangan tersebut telah berjaya di atur dan maklumat detail serta pakej yang ditawarkan adalah seperti berikut :

Pakej :
Coral Heritage,
PT 158 Bandar Baru Marang,
21600 Marang,
Terengganu
Email : coralheritage@gmail.com
Tel : 014-500 6948 / 019-917 1656
fax : 09- 6181 533

Penginapan : Kapas Island Resort :

Penginapan : RM175 seorang merangkumi
- Bilik berhawa dingin - sebilik muat 5 orang 9Deluxe Garden)
- Bot pergi dan balik dari Marang ke Pulau Kapas
- Sarapan pagi, tengahari dan malam
- Aktiviti Snorkeling di Pulau Kapas

Sewa bot untuk mencandat
- Sewa boat RM1000 untuk 5 orang....kalau ramai lagi murah
- Boat pick up around 6.30 petang
- Kelengkapan mencandat di sediakan
- Terdapat bilik air dan dapur untuk memasak

Pengangkutan :

Tiket Bas ( Kuala Lumpur - Kuala Terengganu)
Departure : Hentian Putra - Kuala Terengganu (Sani Ekspress)
Tarikh : 14 Jun 2013 (Jumaat)
Harga : RM40.00 per person (one way)
Waktu bertolak : 10.30 mlm

Tiket Bas ( Kuala Terengganu - Kuala Lumpur)
Departure : Kuala Terengganu - Hentian Putra (Sani Ekspress)
Tarikh : 16 Jun 2013 (Ahad)
Harga : RM40.00 per person (one way)
Waktu bertolak : 10.30 mlm

Budget Trip per person :
Peginapan = RM175.00
Sewa Bot = RM1000/5 = RM200
Tiket Bas pergi dan balik = RM80.00

Total : RM455.00

Itirenary :
Day1 
- 9.30 am : Boat tranfer to Pulau Kapas Island from Marang
- 10.00 am : Welcome Drink
- 12.00 pm : Check In
- 01.00 pm : Lunch
- 02.30 pm : Snorkeling
- 05.30 pm : Squid Fishing Trip (wait at the Kapas jetty)
- 08.00 pm : Dinner in the boat

Day2
- 8.30 am : Breakfast
- 12.00 pm : Check Out
- 02.00 pm : Boat to Marang

Banyak pakej yang di sediakan untuk mencadat sotong ni antaranya boleh layari website ni http://marangkapas.blogspot.com/ (makcik gemuk). Salah seorang rakan travel, DJ guna perkhidmatan ni.

Ok..sekadar itu dahulu info yang JM ingin kongsi bersama kawan-kawan semua dan jumpa lagi minggu hadapan ye. Hoyee (suka..macam lah tak pernah naik bas kan) malam ni nak naik bas gerak ke Terengganu. Iyolah..mana pernah naik bas ke Terengganu lagik biasa naik kereta kan.

Babai kawan-kawan..tunggu entry aksi JM mencandat lepas balik dari sana nanti...heeuuuuuuuuuuu..aksi katanya...netah dapat ke tidak heeeeeee

13 di jabor - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di jabor - Google Blog Search


TOO GOOD TO BE TRUE: WW : Minum Petang <b>di Jabor</b>

Posted: 09 Jul 2013 09:50 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]Edisi terhad "Konvesyen Usahawan Muslim 2013″ - Jam menunjukkan waktu 2.56 pagi. Saya baru sahaja pulang berjumpa rakan-rakan lama dari sebuah kedai di kawasan perumahan saya. Banyak topik yang diperbincan.

BLOG TERENGGANU: 13 <b>di jabor</b> - Google Blog Search

Posted: 28 Jun 2013 11:19 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

13 di pulau wan man - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di pulau wan man - Google Blog Search


BLOG TERENGGANU: 13 <b>di pulau wan man</b> - Google Blog Search

Posted: 27 Jun 2013 11:12 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG TERENGGANU: 13 <b>di pulau wan man</b> - Google Blog Search

Posted: 23 Mar 2013 11:25 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG TERENGGANU: 13 <b>di pulau wan man</b> - Google Blog Search

Posted: 08 Mar 2013 12:06 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Batu Buruk jadi tumpuan | BH Auto

Posted: 06 Mar 2013 07:28 AM PST

Ribuan peminat motosikal banjiri Terengganu Bike Week 2013

Umzarul Faiz
Gambar: Chopper Rockers Media

Siapa sangka, deruman umpama guruh yang bergema adalah deruman jentera berkuasa tinggi yang melintasi perkarangan Dataran Batu Buruk sempena acara Terenggganu Bike Week 2013 (TBW 2013) bagi tahun kedua pada 1 dan 2 Mac yang lalu begitu menggamatkan.

Penyertaan seramai 2,500 pemilik motosikal berkuasa tinggi dan kecil yang mewakili lebih 100 kelab permotoran dan persatuan termasuk dari Singapura, Thailand, Indonesia dan Afrika Selatan.

Program anjuran Persatuan Permotoran Terengganu (PPT) ini adalah bersempena Tahun Melawat Terengganu 2013, sekali gus menjadikan beberapa destinasi pelancongan yang menarik sebagai destinasi konvoi untuk dilawati oleh para peserta.

Presiden PPT Tengku Sri Temenggong Raja Datuk Seri Tengku Baharuddin Sultan Mahmud berkata, jika pada program TBW 2012, destinasi Tasik Kenyir yang terletak di Hulu Terengganu menjadi pilihan penganjur, kali ini peserta konvoi berpeluang melihat lebih dekat kehidupan masyarakat nelayan di kawasan pantai timur.

Selain itu, antara destinasi menarik lain yang dilalui peserta konvoi ialah Bandar Permaisuri, Setiu sebelum konvoi berakhir dengan jamuan makan tengah hari di Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Kuala Terengganu.

Rombongan konvoi membabitkan lebih 1,000 motosikal berkuasa tinggi turut membuat lawatan amal ke Asrama Kebajikan Anak Yatim/Fakir Miskin Darul Akhyar, Batu Rakit, Kuala Terengganu.

Kehadiran peserta konvoi ke asrama berkenaan turut disertai Tengku Datuk Hassan Archibald dari Johor, disambut Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Rakit, Khazan Che Mat serta penghuni asrama berkenaan. Konvoi telah diiringi oleh pasukan trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu diketuai Asisten Superintendan Ismail Man.

Tengku Baharudin dan Tengku Hassan turut menyampaikan sumbangan peribadi kepada asrama berkenaan selain derma yang dikumpul daripada peserta konvoi.

Acara penutup disempurnakan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said yang diadakan penuh dengan warna warni membabitkan artis kugiran tempatan.

Antara acara yang dinantikan oleh peserta ialah cabutan bertuah dengan hadiah utama berupa enam motosikal di antaranya KTM Duke 200cc sebelum program diakhiri dengan pertunjukan bunga api.

INFO NOMBOR

2 tahun
Memasuki penganjuran tahun kedua

100
Kelab motosikal turun padang

2,500
Pemilik menyertai TBW 2013

1,000
Motosikal mengambil bahagian

BLOG TERENGGANU: 13 <b>di pulau wan man</b> - Google Blog Search

Posted: 21 Nov 2012 11:47 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG TERENGGANU: 13 <b>di pulau wan man</b> - Google Blog Search

Posted: 13 Nov 2012 11:27 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Masjid Kristal Terangganu Malaysia | Beliafun Blogging 2010 - 2012

Posted: 12 Nov 2012 11:56 AM PST

cyristal-mosque-kuala-ter.jpg 

Ia dikatakan adalah antara masjid yang tercantik di Malaysia kerana keunikannya dibina daripada kaca dan keluli bermutu tinggi malah masjid ini lengkap dengan segala prasarana yang berteknologi tinggi dan liputan WIFI untuk memudahkan pengunjung untuk mengakses internet.
Kebanyakkan pengunjung yang datang ke sini pastinya mengagumi keindahan masjid kristal ini. Bila masjid ini terkena sinaran pancaran matahari, masjid ini berubah warna kekuningan yang berkilau-kilauan. Lebih indah juga bila dilihat pada waktu malam.Cahaya terang-benderang menghiasi masjid ini dan berwarna biru ..Masjid yang siap dibangunkan pada tahun 2008 ini terletak di Pulau Wan Man.
Kedudukannya juga terletak berhampiran dengan Muzium negeri Terengganu dan di tengah-tengah Bandaraya Kuala Terengganu iaitu kira-kira 10 minit perjalanan dari bandaraya Kuala Terengganu. Oleh itu, ia adalah satu destinasi wajib bila anda melancong ke Terengganu. Bukan sekadar untuk melihat keindahannya dan melakar kenangan disini tetapi juga digalakkan menunaikan solat di masjid ini bagi umat islam.

13 di dungun - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di dungun - Google Blog Search


Gadis nekad tahan peragut lari beg <b>di Dungun</b> | Terengganu Today

Posted: 07 Jul 2013 10:30 PM PDT

Suspek berjaya ditahan dengan bantuan dari orang awam.

Suspek berjaya ditahan dengan bantuan dari orang awam.

Seorang gadis yang nekad mengejar dua peragut yang melarikan beg tangannya, berjaya menahan lelaki terbabit dengan bantuan orang awam selepas motosikal suspek terbabas di Jalan Yahaya Ahmad di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 1.10 tengah hari itu, Mazriezawani Abd Ghani, 23, yang cedera ringan selepas motosikalnya turut terbabas, sempat melepaskan geram ke atas suspek dengan menumbuk seorang daripada mereka.

Suspek berusia 18 dan 32 tahun diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Mazriezawani yang ditemui di rumahnya di Kampung Seberang Pintasan di sini, berkata sebelum itu dia dalam perjalanan dari tempat kerja ke bandar ini untuk memberi barangan keperluan.

Setiba di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Omar untuk membuat pusingan U, sebuah motosikal dinaiki dua lelaki menghampiri motosikalnya sebelum meragut beg tangan dalam bakul motosikal.

Berikutan itu, kerani kedai menjual alat ganti kenderaan itu memecut motosikal mengejar suspek.

Dia yang pernah menjadi mangsa ragut pada Mac 2011, nekad mengejar motosikal suspek yang ditunggang melawan arus menghala Kuala Dungun, sambil meminta tolong orang ramai.

Mazriezawani menghampiri motosikal suspek dan cuba menendang tetapi gagal kerana pembonceng mengeluarkan pisau untuk menikamnya.

"Kira-kira 500 meter selepas itu, suspek memasuki simpang Kampung Tanah Lot yang menyebabkan motosikalnya terbabas dan terjatuh. Motosikal saya pun terjatuh.

"Alhamdulillah, saya hanya cedera ringan dan sempat menumbuk seorang peragut yang patah tangan kiri dan cedera di muka dan kaki kirinya," katanya di rumahnya.-bh

13 di kuala berang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di kuala berang - Google Blog Search


Mayat wanita dicampak tepi lebuh raya <b>di Kuala Berang</b> <b>...</b>

Posted: 07 Jul 2013 06:31 PM PDT

Mayat disangka patung telah dijumpai oleh orang awam. -gambar hiasan

Mayat disangka patung telah dijumpai oleh orang awam. -gambar hiasan

Mayat seorang wanita ditemui dengan kecederaan teruk di kepala dan dahi dipercayai terhantuk pada penghadang jalan, selepas dicampak ke tepi Lebuh Raya Pantai Timur berhampiran Kampung Sungai Ular di sini, semalam.

Mayat berusia dalam lingkungan 40-an dipercayai warga asing itu ditemui di Kilometer 41.1 Bukit Besi-Kuala Terengganu tanpa kain, manakala baju T berwarna oren yang dipakainya terselak ke paras dada, antara jam 6 hingga 7 pagi oleh seorang pengawal keselamatan.
Ketika ditemui, mangsa yang dianggarkan 158 sentimeter tinggi dan berkulit cerah tidak memiliki dokumen peribadi dan tiada tanda suntikan vaksin BCG pada bahu.

Pengawal keselamatan di Hentian Rehat Ajil, di sini berkata, beliau menyedari sesuatu objek seperti patung di tepi lebuh raya itu dalam perjalanan pulang dari menunaikan solat Subuh di Masjid Sungai Ular di sini.

"Saya sangkakan objek yang terbaring di bahu jalan itu adalah patung, tetapi rupanya mayat wanita.

"Disebabkan takut melihat darah, saya tidak menghampiri mayat wanita itu, sebaliknya mendapatkan bantuan untuk menghubungi polis," katanya yang baru dua bulan bekerja di pondok keselamatan itu.-bh

13 di bukit besi - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di bukit besi - Google Blog Search


Tiada kesan rogol pada mayat di LPT <b>Bukit Besi</b> ABN News | BM

Posted: 07 Jul 2013 06:17 AM PDT

KUALA TERENGGANU – Polis Terengganu mengesahkan mayat wanita yang ditemui di Kilometer 41.1, Lebuhraya Pantai Timur (LPT) Bukit Besi-Kuala Terengganu berhampiran Kampung Sungai Ular, semalam tiada kesan rogol.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner K.Manoharan berkata, hasil bedah siasat mendapati wanita yang ditemui tanpa identiti itu mati setelah cedera teruk di kepala dan dada akibat hentakan objek tumpul. 

Katanya, siasatan terperinci berhubung penemuan mayat itu masih dijalankan dan pihaknya tidak menolak kemungkinan mangsa mungkin maut akibat kemalangan.

"Ketika ditemui pihak polis tidak menjumpai sebarang senjata tajam dan kita masih menyiasat sama ada mangsa terlibat dalam kemalangan, mangsa langgar lari ataupun kejadian jenayah. Ini kerana ketika ditemui mangsa hanya memakai baju T-shirt berwarna oren dan berseluar dalam.

"Namun setelah bedah siasat dijalankan pihak hospital mengesahkan tiada kesan rogol pada mayat berkenaan walaupun dijumpai dalam keadaan mengaibkan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Semalam seorang pengawal keselamatan menemui mayat wanita itu dalam keadaan mengaibkan di kaki lima lebuhraya berkenaan kira-kira pukul 7 pagi.

Mayat yang berusia 40-45 tahun berketinggian 153 sentimeter, berkulit putih, berbadan gempal dan berambut lurus paras leher ditemui terlentang di tempat kejadian.

Manoharan berkata, hasil pertanyaan daripada penduduk kampung mendapati mangsa bukan penduduk tempatan.

Beliau meminta orang ramai yang melihat kejadian atau terlanggar sesuatu ketika melalui lebuhraya itu segara menghubungi polis bagi membantu siasatan.

"Orang ramai yang kehilangan saudara mara dan rakan yang kenal atau telah kehilangan kawan segera hubungi pihak polis untuk pengcaman mayat," katanya.  - Bernama

13 di kuala besut - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di kuala besut - Google Blog Search


PAS tawar pembangunan komprehensif <b>di Kuala Besut</b> - Harakahdaily

Posted: 09 Jul 2013 01:02 AM PDT

KUALA LUMPUR: PAS menawarkan agenda pembangunan di Kuala Besut menggunakan wang petroleum dengan lebih berkesan kepada semua lapisan masyarakat sekiranya berjaya memenangi pilihan raya kecil (PRK) 24 Julai ini.

Pengarah PRK Kuala Besut, Datuk Husam Musa berkata, Terengganu adalah sebuah negeri yang kaya namun rakyat negeri  itu masih miskin dan keadaan ini juga sama  seperti di Kuala Besut.

"Dengan kekayaan Terengganu itu wakil rakyat mewah tetapi rakyat masih berada di tahap yang sama. Rakyat bekerja kuat tetapi kemudahan mereka sebagai rakyat tidak diberikan secara berkesan," katanya ketika ditemui Harakahdaily.

Bahkan katanya, oleh kerana ruang pekerjaan yang tidak ada maka anak-anak muda tidak mempunyai pekerjaan yang tetap di samping pendapatan yang rendah sedangkan kos yang ditanggung membebankan mereka.

Husam juga mengingatkan para pengundi Kuala Besut agar bijak memilih pemimpin kerana ia bakal menentukan masa depan mereka.

"Kalau rakyat Kuala Besut terima wang semasa PRK, bila habis PRK maka habislah... tetapi kalau mereka pilih calon kita yang memperjuangkan tuntutan kekayaan yang menyeluruh serta berpanjangan yang akan dikongsi bersama-sama," katanya.

Justeru katanya, jika masa pilihan raya mereka mendapat duit daripada BN, maka lepas pilihan raya mereka akan dapat faedah berpanjangan jika mereka memilih PAS.

"jadi cadangan kita mana-mana bantuan daripada Umno yang masuk dalam PRK, rakyat boleh ambil supaya mereka boleh dapat faedah lagi untuk jangka panjang, tetapi mereka pilih PAS. Semua faedah mereka dapat," katanya.

PRK Kuala Besut dijadualkan akan berlangsung pada bulan puasa di mana penamaan calon pada 12 Julai manakala hari mengundi pada 24 Julai iaitu hari Rabu.

.: Calon Pas <b>di Kuala Besut</b>: Antara Taukeh Ikan dan Kontrektor - Mso

Posted: 07 Jul 2013 06:25 PM PDT

ANALISA                                                                                           

Malam ini Dewan Harian Pas Pusat akan bermesyuarat antara angendanya membincang mengenai pilihan raya kecil Kuala Besut yang penamaan calonnya akan diadakan 12 Julai. Perkara spesifik akan dibincangkan ialah mengenai calon Pas. Sebangat-bangatnya malam ini umum akan mengetahui siapakah yang akan diturunkan oleh Pas.


Terdapat tiga nama yang telah disenaraipendek untuk diserahkan tanggungjawab bagi merampas kerusi Kuala Besut dan seterusnya meletakkan keadaan Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu berseimbangan 16:16. Kedudukan hari ini Pas 15 dan UBN 15 selepas UBN kehilangan kerusi Kuala Besut apabila wakilnya meninggal.

Dengan kedudukan itu Pas meletakkan harapan besar untuk 'merenyok petuk'kan Dun Terengganu. Suka kita melihat keadaan itu nanti bagaimana penyelesaian dibuat sekiranya berlaku takdir demikian. Apakah Dun Terengganu akan dibubarkan bagi diadakan pilihan raya semula atau sebaliknya.

Bekas Pengerusi Umno Terengganu Idris Jusoh berkeras mengatakan UBN mempunyai kelebihan majoriti di DUN dengan adanya satu undi dari speaker. Belum ada precedent mengenai hal ini sebelum ini, jadi adalah elok juga kalau persimbangan itu diwujudkan.

Untuk menyaksikan situasi demikian kerusi Kuala Besut harus dimenangi oleh Pas. Sekiranya Pas menang pilihan raya kecil Kuala Besut satu senario baru selepas PRU-13 akan wujud. Senario itu juga akan mengubah perkembangan politik negara selepas pilihan raya umum ke-13 lalu.

Berbalik kepada nama-nama yang disenarai-pendekkan, ada tiga nama itu iaitu; Nik Zawawi Nik Salleh iaini ahli jawatankuasa Dewan Ulamak, Zakaria Harun, seorang taukeh ikan di Kuala Besut dan Enduk@Azlan Jusoh yang dikenali dengan Che Long seorang kontrektor.

Nik Zawawi pernah menang kerusi Kuala Besut dalam pilihan raya 1999 bagaimana pun kalah dalam tahun 2004. Dalam pilihan raya lalu beliau tidak diletak bertanding di mana-mana kerusi. Ketidaan beliau dalam pilihan raya lalu menunjukkan Nik Zawawi bukan harapan Pas. Zakaria pula merupakan penyokong setia Pas di Besut, manakala Che Long adalah Bendahari Pas Besut.

Ketiga-tiga nama ini dikira layak untuk menjadi calon Pas. Pas Pusat mungkin mempunyai pandangan tersendiri untuk memilih salah seorang dari mereka. Kalau Pas meletakkan soal latar belakang dan perwatakan berbudaya Arab atau pun yang bergelar ustaz sebagai kriteria utamanya, sudah pasti Nik Zawawi adalah pilihan Pas.

Sebaliknya kalau Pas mengenepikan 'roma-roma' demikian sebaliknya lebih mementingkan kehendak pengundi bawahan Harun dan Che Long yang akan dipertimbangkan. Dalam tinjauan rambang di peringkat bawahan di Kuala Besut, menunjukkan pengundi tidak begitu minat untuk berwakil rakyat kepada mereka yang berbudaya elit yang renggang dengan rakyat. Nik Zawawi dilihat sebagai elitis dalam Pas.

Nama Harun dikatakan menjadi pilihan utama di kalangan rakyat. Penglibatannya dalam bidang perniagaan meyebabkan beliau mempunyai ramai kawan dan sahabat serta disenangi oleh rakyat. Tetapi apa yang 'ugah' sedikit beliau kurang berminat untuk menjadi calon. Tetaoi sedia memikul tanggungjawab kalau tidak ada pilihan.

Sekiranya Harun menolak sudah pasti Pas akan memilih Che Long. Bendahari Pas itu juga sesuai dengan kehendak dan mood pengundi hari ini yang mahukan orang mudah diketengahkan. Usia Che Long di bawah 50-an di mana usia itu sesuai dengan mood dan selera pengundi muda yang mahu melihat golongan mereka diletak di hadapan.

Mengambil kira kepada perkembangan semasa dan keperluan sudah pasti mesyuarat Dewan Harian Pas malam ini akan memilih kontrektor berasal dari kampung Nail Besut itu sebagai calonnya untuk pilihan raya kecil bagi kerusi Kuala Besut. Dalam pada itu majlis pengumuman calon akan diadakan malam besok bertempat di Kampung Nail yang akan dilakukan oleh presiden Abdul Hadi Awang.

Semua pimpinan tertinggi Pas juga hadir dan akan berceramah. Mereka termasuk Mohamad Sabu, Husam Musa, Wahid Enduk dan lain-lain. [wm.kl.9:24 am 08/07/13]

 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved