ads

Jumaat, 8 Jun 2012

13 di seberang takir - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di seberang takir - Google Blog Search


Perasmian Bangunan Penyelaras UMNO Dun <b>Seberang Takir</b>

Posted: 04 Jun 2012 10:29 PM PDT

KUALA NERUS HARI INI 
25 Mei 2012- Menteri Besar Dato' Seri Ahmad Bin Said telah merasmikan Bangunan Penyelaras UMNO Dun Seberang Takir di Telaga Daing. Beliau telah disambut dengan konvoi bermotor dari Pemuda Seberang Takir dan paluan kompang sebaik saja tiba di Telaga Daing. Dalam ucapan perasmian,beliau mengucapkan syabas kepada penduduk di sini kerana memberikan kepercayaan yang teguh kepada Barisan Nasional. Beliau juga menambah pakatan pembangkang tidak mempunyai peluang sedikit pun untuk mendapatkan kawasan Seberang Takir ini kerana kawasan ini merupakan kubu kuat UMNO di Terengganu.

13 di paka - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di paka - Google Blog Search


Loji Pemprosesan Gas Petronas <b>Di Paka</b> Meletup | Kita Bertemu <b>...</b>

Posted: 10 May 2012 08:41 PM PDT


Cerita kedai kopi pagi ini berkisar tentang letupan yang berlaku di pusat pemprosesan gas di Loji Pemprosesan Gas (GPP) dalam kawasan Kompleks A milik Petronas pada hari Khamis, 10 Mei 2012. Menurut sumber yang boleh dipercayai sudah tiga orang meninggal dunia (akhbar melaporkan seorang) akibat tragedi tersebut. Seperti yang dilaporkan oleh akhbar, Rosli Mansor, 31, maut di tempat kejadian kerana melecur teruk di seluruh badan manakala dua lagi yang lain tidak penulis ketahui butir² dirinya.

Letupan yang berlaku pada jam 3 petang itu turut mencederakan 9 yang lain termasuk dua orang berada dalam keadaan kritikal iaitu Mohd Zamri Mohd Nor, 24, dan Khairul Amir Mohd Sidi, 23,.


Sejurus kejadian berlaku, pelantar berketinggian kira-kira lima meter tempat pekerja terbabit melakukan kerja-kerja penyelenggaraan­ runtuh.

Adun Kemasik, Ir Rosli Othman melawat mangsa di Klinik Kompleks Industri Petroliam Kerteh jam 6.45 petang. Namun usaha wakil media masuk ke pekarangan klinik gagal.

Rosli yang ditemui di luar klinik kesal dengan kejadian berkenaan berharap Petronas lebih hati-hati dalam memilih sub kontraktor yang mahu diserahkan projek.

"Petronas patut memilih syarikat sub kontraktor yang benar-benar layak kerana kita tidak mahu kejadian seperti ini berulang," katanya.

Letupan kuat menggemparkan 2,000 pekerja yang berada di lokasi ketika kejadian berlaku.

Salah seorang saksi kejadian, Demi Ismail, 50, berkata, dia terdengar satu letupan kuat diikuti asap tebal dan kelihatan api menjulang setinggi kira-kira 6 meter.

"Selepas itu saya melihat, salah seorang pekerja 'terbang' lalu tercampak ke dalam longkang berhampiran, saya dan beberapa rakan bergegas ke longkang itu serta cuba menyelamatkannya.

"Saya dapati muka dan tangannya melecur," katanya.

Demi berkata, dia turut mendapati beberapa rakannya cedera dan tidak lama kemudian sekumpulan­ anggota unit penyelamat serta pegawai perubatan syarikat tiba di tempat kejadian.

"Kami diarah berkumpul di kawasan lapang manakala mangsa cedera diberi rawatan serta-merta. Beberapa rakan saya yang cedera dihantar ke Klinik Kesihatan Paka, Klinik Kesihatan Kerteh, Hospital Dungun untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.

"Khairul Amir dimasukkan ke Hospital Dungun kerana mengalami sesak nafas. Mohd Zamri Fithri, melecur di bahagian tangan dan kaki manakala, Ahmad Qamarul Mat Yusof, 22, dari Taman Murni Perdana, Paka hanya cedera ringan di kaki dan dibenarkan keluar hospital selepas menerima rawatan," katanya.

"Ketika sedang bekerja, tiba-tiba saya terdengar letupan kuat diikuti dengan asap tebal dan api yang menjulang tinggi," kata Khairul Amir Mohd Sidi, salah seorang mangsa yang terselamat.

Khairul yang bekerja sebagai sebagai pembantu instrumen di syarikat kontraktor di kawasan pemprosesan gas sejak dua bulan lalu berkata, kejadian letupan itu berlaku pada jarak 200 meter dari tempatnya bekerja.

Menurutnya, selepas letupan, dia menyedari ada sesuatu tidak kena di lokasi terbabit lalu bergegas ke kawasan perhimpunan bersama rakan sekerja yang lain.

"Saya cuba menyelamatkan diri dengan berlari ke kawasan lapang kerana bimbang mungkin ada lagi kejadian sama seperti itu.

"Tidak lama kemudian saya rasa sesak nafas. Saya diberi rawatan kecemasan sebelum dibawa ke hospital," kata Khairul.

Khairul dipercayai terhidu asap kini dirawat di Hospital Dungun dan keadaannya dilaporkan stabil.

Petikan Sinar Harian


Al-Fatihah kepada mangsa yang terkorban dan takziah kepada semua ahli keluarga mereka. Semoga roh arwah ditempatkan di sisi orang yang beriman.

©Eriyza : Biasa melalui kawasan Perindustrian Paka kerana gemar melihat 'Istana King Richard' pada waktu malam.

Via : Sinar Harian

13 di besut - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di besut - Google Blog Search


Langgar lari, warga emas maut <b>di Besut</b> | Inimajalah

Posted: 24 May 2012 11:02 PM PDT

About The Author

Bermula edisi pertama pada 1957, akhbar ini dijual pada harga 15 sen. Hanya lapan kakitangan bertugas ketika itu sebelum pelantikan pengarang pertama, Abdul Samad Ismail pada 1958. Kini Berita Harian adalah akhbar utama di Malaysia.

13 di batu rakit - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di batu rakit - Google Blog Search


Homestay jenis studio (satu bilik) <b>di Batu Rakit</b> - Kuala Terengganu <b>...</b>

Posted: 13 Dec 2010 05:43 PM PST

Malaysia » Terengganu » Kuala Terengganu > Batu Rakit » Property > Holiday Rentals

PRIVATE AD

Category: Property » Holiday Rentals

Price: RM 60

Local area: Batu Rakit

Homestay jenis Studio Unit untuk disewa di Wakaf Tengah, Kuala Terengganu berdekatan dengan Hub pendidikan seperti Inst. Perguruan Dato Razali, UMT, UNISZA, INSTEP, ALAM dan MRSM.

 
Hj Zapri Jaya
Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia
Tuesday, 14 December 2010, 21:42
127348
0123936005 (Mention Sheryna when calling! Thanks.)

Reply to this Ad

View related HOLIDAY RENTALS ads:

REMEMBER:
- Deal locally and meet in-person with buyer/seller (in a public place and take a friend with you).
- Never pay with Western Union or Moneygram.
- Don't accept cashier checks or money orders.
- Sheryna.com.my is NOT involved in any transaction (payment services, shipping, guarantee transactions, etc), does NOT offer "buyer protection" and does NOT offer "seller certification".

Sheryna.com.my does not accept any responsibility for the above classified. The advertiser bear all the responsibility. For any problems, please use Report abuse button!

13 di jerteh - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di jerteh - Google Blog Search


baby world: BAJU2 <b>DI</b> BABY WORLD <b>JERTEH</b>..READY STOCK..!!!

Posted: 25 May 2012 02:09 AM PDT

rm600=ahli biasa baby world..boleh pilih@ juga disediakan oleh syarikat...
rm1-4k=pengedar ,barang2 boleh pilih dan juga disediakan oleh syarikat
rm5k-14k=mobile stokis,barang2 boleh pilih @ disediakan oleh syarikat..
rm15k ke ke ats=STOKIS BABY WORLD

SO,tunggu ap lg..jana pndapatan anda dgn barangn bayi dan kank2x...sgt2 lumayan dan permintaan sangt2x tinggi...

barangan terdiri dr SARAKID DRESS,PYJAMAS BABYGAP,CARTER ROMPERS,SUITJUMPER,JEANS,SET SWIMMING BABY,PRE WALKER,KASUT KANAK2,SOCK,HEADBAND,BEG CARTER,TOY DLL...BERMINAT PM ME N ADD DI FB..:)

MY FB:Adibah mohamed(TGK DLM PHOTO ALBUM DI BABY WORLD


FB MY STAFF:babyworld jerteh..

email:adibah5056@yahoo.com

call number:0139136776(adibah)

Baju pyjamas ,dress sarakids,baby gap,romper carter,busha,pre-walker,2 pcs baby gap, 3 pcs baby gap,suitjumper,sock,toys, DLL

13 di jabor - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di jabor - Google Blog Search


AWAS ! Jalan Jerangau-<b>Jabor</b> MERBAHAYA Kepada Pemandu

Posted: 05 Jun 2012 08:59 AM PDT

Semalam saya memandu melalui jalan Jerangau-Jabor sekitar jam 2 pagi - jalan alternatif Kuantan-Kuala Terengganu selain dari jalan pantai. Hampir sepanjang jalan dari Jabor hingga Bukit Besi ( 1 jam ) anda akan hanya melalui kawasan ladang kelapa sawit.
Apa yang ingin saya kongsikan disini, sepanjang perjalanan saya bertembung LEBIH 10 KALI dengan kawanan lembu yang melepak begitu hampir dengan bahu jalan dan satu kali saya terpaksa memberhentikan kereta kerana menunggu seekor lembu melintas !

Jalannya banyak selekoh tajam, gelap, beberapa stretch berlubang dan ditambah kehadiran lembu2 itu bagi saya TERLALU AMAT BERBAHAYA KEPADA PENGGUNA LALUAN TERSEBUT !

Bayangkan anda baru keluar dari satu selekoh tajam dan tiba-tiba anda berdepan dengan lembu ditengah jalan ....... Apatah lagi sekarang adalah musim cuti sekolah, pastinya ramai yang travel bersama keluarga. Memanglah tanggungjawab pemilik lembu untuk menjaga harta mereka tapi kalau mereka sendiri tidak bertanggungjawab dan membiarkan lembu2 mereka berkeliaran, apakah kita harus mendiamkan diri saja ?

Siapa yang punya kuasa untuk bertindak dalam kes sebegini ? Sekiranya berlaku kemalangan dengan lembu2 tersebut atau disebabkan oleh lembu2 tersebut ( akibat mengelak ), SIAPA YANG HARUS BERTANGGUNGJAWAB ? Pastinya sipemilik akan mendiamkan diri !

Kalaupun pihak insurans akan membayar kos pembaikan, tapi bagaimana dengan pelbagai kesulitan lain ? Dan sekiranya berlaku kemalangan jiwa, berapakah nilai pampasan yang sesuai bagi kehilangan orang yang tersayang ?

Kalau pihak berkuasa begitu tegas dengan penguatkuasaan undang2 jalanraya demi mengurangkan kadar kemalangan, siapa pula yang seharusnya bertegas dalam soal ini kerana ia juga merupakan faktor yang boleh menyebabkan kemalangan dan kebarangkalian berlakunya kemalangan AMAT TINGGI.

Saya tidak mahu menuding jari kepada sesiapa, cuma saya harap ADA PIHAK YANG BERTINDAK SEGERA SEBELUM SEBARANG KEMALANGAN BERLAKU.

Dan suka saya beri amaran kepada sesiapa yang mahu menggunakan jalan Jerangau-Jabor tak kira siang atau malam agar BERHATI-HATI ketika memandu terutamanya diselekoh2 tajam.

13 di kuala berang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di kuala berang - Google Blog Search


HANNA RAZ: Hari Kedua Praktikum <b>di Kuala Berang</b>

Posted: 18 May 2012 02:12 AM PDT


Isnin, 19 Mac 2012 : Hari kedua bergelar "guru praktikum" di SK Pauh. Hari pertama masuk mengajar. Sebelum ini pun sudah ada pengalaman mengajar. Semasa berPBS dulu pernah beberapa kali aku penuhi permintaan cikgu-cikgu yang ada hal mustahak dan 'tersangat mustahak' gantikan kelas. Kalau diikutkan, menjadi suatu kesalahan bagi seorang guru pelatih (gelaran kepada bakal-bakal guru yang sedang menuntut di Institut Pendidikan Guru atau IPG), diminta masuk mengajar. Sebabnya pada peringkat ini, kami belum mendapat latihan mengajar. Turun ke sekolah atas tujuan melihat guru-guru mengajar, bukan memberi peluang untuk guru 'cuti mengajar'. Tapi disebabkan masa itu semangat hati berkobar-kobar mahu masuk mengajar, aku sahut permintaan cikgu-cikgu tersebut. Pernah satu hari tu, aku diberikan waktu ganti penuh dari mula waktu PnP, sampailah balik. Esoknya, tekak aku kering. Tak terkeluar suara. Tapi tak dinafikan, sememangnya mengajar itu sangat menyeronokkan. Walaupun aku selalu angin sampai ke kepala bilamana beria mengajar, tapi pada akhir masa tanya pelajar, "faham tak?", semua tayang muka blur. Terkebil-kebil. Geram. Tapi tak sampai hati nak marah. Aku cuba permudahkan lagi. Sehingga ada respon positif. Syukur. Biarpun tak sempat terangkan pada semua disebabkan kekangan masa, aku gembira sangat-sangat sebab akhirnya ada yang faham. Aku suruh mereka ajarkan kawan-kawan pula.
Hari ini aku akan melalui apa yang dipanggil kehidupan sebenar seorang guru – mengajar, menyampaikan maklumat, membimbing, menjadi model, mengurus, mengawal, dan menjadi pemudah cara. Kelas pertama : Kajian Tempatan, 5 Gemilang. Semalam sudah buat sesi perkenalkan diri. Tapi aku tak suka sangat sesi sebegitu, sebab senior-senior sebelum ini pernah cakap, ia bukan satu permulaan yang bagus. Maka, aku masuk kelas yang pertama dengan azam dan tekad – tunjukkan riak tegas atau garang.
21 orang murid .. mata masing-masing terkebil-kebil memandang aku. Muka aku beku tanpa segarit senyum. Sah! Kalau kena observe masa ni, memang saja tempah nahas la!
Aku terus mengajar. Sambil-sambil itu berlegar-legar ke setiap ruang kelas. Sesekali aku belek muka depan buku budak-budak tu, tengok nama mereka. Ada la 5, 6 nama sempat aku hafal dalam masa 30 minit ini.
Analisis awal : Teori Kecerdasan Pelbagai Howard Gardner dan Teori Perbezaan Individu memang sangat relevan untuk gambarkan murid-murid 5 Gemilang. Baiklah .. untuk sesi PnP seterusnya, aku perlu buat rujukan mendalam dengan melihat teori Hierarki Keperluan Maslow. Objektif atau Hasil Pembelajaran (HP) : berjaya dicapai, tapi tidak sepenuhnya.
Satu lagi hari yang menguji kesabaran. Sekali lagi, terpaksa mengikat perut yang berkeroncong. Pelik betul la! Kenapa makanan cepat sangat habis ni?!


Hanya beberapa biji kuih ketayap yang kakak penjual tu panggil kuih gulung yang elok tergolek dalam bekas. Jadilah, daripada tak jamah apa-apa langsung.
Aku dan Pah yang masing-masing tayang muka kecewa keluar dari kantin tanpa suara. Nampaknya kena pergi bandar Kuala Berang lagi la hari ni. Tak apa la, boleh terus cari barangan keperluan untuk buat BSPP.

2.15 – 5.30 petang : Mesyuarat Agung PIBG. Aku dan Pah benar-benar memainkan peranan dalam majlis ni. First time in my life, aku jadi tukang pegang dulang hadiah. Haha .. itu pun nak bangga ke? Mestilah! Sebab YB tu tanya, "Siapa?" Rujuk pada kami berdua yang sedang berdiri di atas pentas, memakai baju kurung yang sama. GB kami yang komited itu jawabkan. Kalau tak, aku boleh jawab sendiri je. Haha .. iye sangatlah tu! 
Tinggalkan Buku Rekod Praktikum dan Portfolio Praktikum 50 mm di rumah dahulu. Laptop tetap kami pikul, walaupun tahu bukannya nak guna pun. Tak harap nak tinggal di rumah. Lagi-lagi ini bukan kawasan yang biasa buat kami.
Sempat berbual seketika dengan 2 orang kawan baru yang peramah dan sporting. Seorang berpangkat kakak, seorang lagi muda beberapa tahun daripada kami. Kedua-duanya memang jenis cepat mesra dengan orang. Selepas berpamitan seketika, aku dan Pah tunaikan solat Zohor dahulu, lalu terus meluncur ke Kuala Berang. Mencari-cari barang sehingga langit sudah beransur kelam.
20 minit perjalanan. Meredah jalan yang panjang lagi sunyi, ditambah pula dengan kumbang-kumbang kecil yang menampari pipi, ya TUHAN .. tabahkanlah kami!
7.40 malam : Tiba di rumah. Masing-masing bergegas buka lampu hadapan dan belakang, lampu dapur dan juga lampu di ruang tamu. Bawa masuk Nouvo S ke dalam bilik hadapan, bilik tempat aku bersolat masa mula-mula sampai hari tu. Kemudian, aku ke bilik air, sedang Pah menggosok gigi dan mencuci muka di dapur. Cepat-cepat bersihkan diri untuk bersolat Maghrib.
Usai membasuh muka, aku kalih ke belakang, menghadap pintu. Aik! Kenapa macam rapat je pintu ni? Hati aku mula berdesis. Dapat mengagak sesuatu.
Aku tetap menolak. Harap daun pintu akan terbuka. Hati sudah meyakininya.
Aku melepas nafas kuat. Telahanku benar?
Aku mula pasti. Hati turut sama bercambah rasa.
Pah, kasar gurau ni! Minda bersuara.
Tapi .. Pah kan kat dapur, takkan tak ada kerja sangat dia nak berlari masuk bilik, kunci pintu ni, lepas tu patah semula ke dapur. Siap boleh dengar lagi dia menggosok gigi tu.
Sabar, tenang. Jangan ikut 'rentak permainan' si 'pemain'.
Bunyi menggosok gigi terhenti. Entah bagaimana, mindaku juga terfikir, "Aku panggil macam ni, nantikan dia ingat dia kena 'panggil'".
"Pah, tolong bukak pintu ni!" Aku melaung kuat.
Pah terkocoh-kocoh datang.
Baru saja aku nak buka mulut cakap, "Kasar gurauan kau", dia sudah soal aku, "Macam mana boleh terkunci?"
"Mungkin aku tarik kuat sangat. Kot .." Ucapku perlahan sambil memandang sekilas wajah Pah. Rujuk pada bahagian bawah pintu yang hampir sejengkal ternganga. Tak payah mengintai, memang jelas korang akan nampak kaki orang yang masuk bilik air tu. Apa pesen la tukang ni? Macam mana rangka pintu rumah semuanya saiz besar ni? Sampaikan semua pintu, termasuk pintu bilik air, nampak macam tergantung. Lagi satu masalah, selak belah dalam bilik air tercabut, makanya memang aku terpaksa tarik pintu tu dari bawah untuk tutup bagi rapat. Tapi tak sangka pulak kali ni memang jadi 'rapat' betul!
Pah nampak tak puas hati. Tapi aku ambil langkah berdiam diri saja. Memang tak ada apa-apa nak cakap pun. Sebab aku boleh rasakan, ada yang 'ketiga' antara kami berdua. Tapi syukur pada TUHAN, DIA tidak kilaskan walau sekelumit rasa gentar. Hanya ENGKAU Yang Maha Berkuasa, ya RABB ...
Aku ukirkan senyum nipis pada Pah.
"Mungkin sebab aku tarik kuat sangat, tu yang sampai terkunci dari luar tu." Ujarku lagi.
Padahal aku dah terbayang muka si 'Casper' yang gelak terbahak-bahak tengok reaksi kami. Tiba-tiba aku rasa macam nak luku je si 'Casper' tu!
"Tak logiklah! Takkan la. Takkan terkunci kalau tak ada orang tarik benda ni." Dia membalas sambil tangan menarik-narik selak.
"Dah benda nak jadi, nak buat macam mana. Kali ni dia nak terkunci. Sebab kuat sangat aku tarik la tu kot."
Aku tak mahu timbulkan isu, walaupun aku sendiri pun tahu hujahku goyah.
Ah, sudahlah! Buat tak tahu je. Tak payah sebut.
Akhirnya Pah beransur, mengambil giliran membersih dan persiap diri.
Masing-masing tegak berdiri atas hamparan sejadah. Tetapkan hati pada Yang Satu. Dan perlahan-lahan, takbiratulihram diangkat.
Hari Kedua Praktikum di Kuala Berang. Sekian.  

13 di chukai - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di chukai - Google Blog Search


Aishah Akan Ucapkan Selamat Tinggal kepada Umno <b>di Chukai</b>

Posted: 19 May 2012 05:09 PM PDT

KEMAMAN - Wan Aishah binti Wan Ariffin atau lebih dikenali sebagai Aishah, merupakan penyanyi yang terkenal dengan lagu 'mana janji manismu', berasal dari Negeri Sembilan dan pernah menganggotai kumpulan Fan Club dari New Zealand. Menurut Penolong Setiausaha PAS Terengganu Haji Hanafiah Mat,

Aishah akan bersama-sama ribuan warga Chukai dan Kemaman mengucapkan selamat  tinggal kepada Umno dalam Himpunan Selamat Tinggal Umno yang akan diadakan pada 23 hingga 25 Mei ini.

Katanya, Aishah akan bersama sembilan pemidato lain akan menghangatkan Himpunan tersebut yang merupakan kemuncak selepas siri himpunan, Himpunan PAS Ganti Umno dan Himpunan Tolak Umno.

"Aisyah akan hadir dan menyampaikan ucapan selamat tinggal kepada Umno dalam Himpunan Tolak Umno yang akan diadaan selama tiga hari tiga malam di Dataran Tok Guru,

"selain Aisyah, lapan lagi pemidato lain akan menghangatkan Himpunan,"ujarnya ketika ditemui selepas Majlis Ceramah isu Semasa di Kampung Gong Limau, dekat sini Jumaat 18 Mei.

Menurutnya para pemidato adalah terdiri dari pemimpin kanan Pakatan Rakyat termasuk Naib Presiden PAS Salahuddin Ayob, Pengarah Pilihanraya Dr Mohd Hatta Ramli, Ketua Pemuda DAP Yb Anthony Loke Siew Fok dan Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli.

Haji Hanafiah yang juga Pegarah Majlis Tindakan DUN Chukai berkata, Aisyah adalah yang paling tepat bagi mengucapkan selamat tinggal kepada Umno kerana beliau baru menyerahkan borang keahlian menjadi ahli PAS pada 14 Mei lalu.

[Gambar kiri - Aisyah menyerahkan borang keahliannya kepada Mursyidul Am PAS Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam satu majlis di KUIZM 14 Mei lalu]

Sebelum itu, dalam ceramahnya, Haji Hanafiah mengutuk tindakan seorang Ustaz 'pembodek' Perdana Menteri yang sanggup membuat kenyataan hanya Najib sahaja yang mengetahui dan Allah juga tidak tahu tarikh pilihanraya umum ke-13.

Beliau juga berkata Umno sudah gila apabila kelab veteran tentera yang menyokong Umno melakukan senaman 'tungging' punggung dihadapan rumah Pengerusi Bersih, S Ambiga.

"Apabila veteran tentera hampir 15 orang berada dihadapan rumah Ambiga 'tungging jubor tahik' (melakukan) satu senaman tungging jubor tahik, gila tak gila Umno saudara saudari sekelian, tak boleh nak bua pada dah (dengan Umno ini) buat senaman 'kepala bapak',

"kita hidup lama dah (sebelum ini) tak berbunyi (tak penah ada) senama tungging punggung,"tegasnya.

Manakala sebelah petang, Jumaat 18 Mei, Majis Tindakan DUN Chukai turut menganjurkan program motivasi secara santai di tepi pantai bersama Timbalan pesuruhjaya PAS Paha Ustaz Mohd yusof Embong dan bekas selebriti Catriona Ross. [Gambar Atas]

Komen:

di negeri terengganu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri terengganu - Google Blog Search


PERBADANAN MEMAJUKAN IKTISAD <b>NEGERI TERENGGANU</b> <b>...</b>

Posted: 14 May 2012 11:15 PM PDT

Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT)
13 Kekosongan Jawatan : Badan Berkanun
Job Description:
Jawatan Kosong Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT)

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan berikut di Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT):-

1. Penolong Akauntan Gred W32 (1 Kekosongan)
2. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29 (1 Kekosongan)
3. Penolong Jurutera Gred J29 (2 Kekosongan)
4. Penolong Pegawai Senibina Gred J29 (1 Kekosongan)
5. Penolong Akauntan Gred W27 ( 1 Kekosongan)
6. Penolong Pegawai tadbir Gred N27 (1 Kekosongan)
7. Juruteknik Gred J17 (3 Kekosongan)
8. Pembantu Tadbir (P/O) Gred N17 (1 Kekosongan)
9. Pembantu Tadbir (Kew) Gred W17 (1 Kekosongan)
10. Pekerja Rendah Awam Gred R1 (1 Kekosongan) 


DOWNLOAD JOBS REQUIREMENTS HERE

Closing Date :  24 Mei 2012
Location : TERENGGANU

PERBADANAN MEMAJUKAN IKTISAD NEGERI TERENGGANU (PMINT)| JAWATAN KOSONG

Based On: 10 out of 10 Ratings: 9305190 User Reviews: 51137 Reviewer: Shafiq Mujahid
 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved