ads

Khamis, 18 Julai 2013

13 di gong kedak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di gong kedak - Google Blog Search


17 Jul 13 : Lawatan Kerja Dan Majlis Berbuka Puasa Menteri <b>...</b>

Posted: 17 Jul 2013 10:01 PM PDT


REZ_2442 REZ_2649 REZ_2663 REZ_2728 REZ_2748 REZ_2786 REZ_2794 REZ_2948 REZ_3028
REZ_3075

REZ_3061

REZ_3082

GONG KEDAK, 17 Jul 13 – Menteri Pertahanan, YB Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein telah mengadakan Lawatan Kerja Dan Majlis Berbuka Puasa bersama warga Pangkalan Udara Gong Kedak hari ini. Ketibaan Menteri Pertahanan yang diiringi oleh Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato'Sri Rodzali bin Daud TUDM serta Pegawai-pegawai Kanan TUDM telah disambut oleh Komander Pangkalan, Kol Asghar  Khan bin Goriman Khan TUDM.

Dalam lawatan sehari ini, Menteri Pertahanan telah membuat lawatan ke No 11 Skuadron dan diberi taklimat mengenai No 11 Skuadron sebelum dibawa melihat pesawat Su-30MKM. Menteri Pertahanan juga turut meninjau suasana kerja serta beramah mesra dengan Pegawai dan Anggota No 11 Skuadron.

Disebelah petangnya pula, Menteri Pertahanan telah menghadiri Majlis Berbuka Puasa bersama warga pangkalan di Masjid Ar-Raudah, Pangkalan Udara Gong Kedak. Turut diadakan semasa majlis ini adalah Penganugerahan Pingat Jasa Malaysia (PJM) kepada 50 anggota Veteran ATM, penyampaian sumbangan Perayaan Yayasan Veteran ATM (YVATM), penyampaian Insentif Akademik Anak-Anak Cemerlang dan penyampaian sumbangan kepada penerima yang kurang berkemampuan.

Menteri Pertahanan juga telah menunaikan solat Fardhu Maghrib, Isyak dan solat sunat Tarawih berjemaah bersama warga pangkalan. Sebelum berangkat pulang, beliau telah menyertai anggota-anggota pangkalan menikmati jamuan Moreh yang disediakan dan turut menyampaikan sumbangan duit raya kepada anak-anak Pegawai dan anggota pangkalan.

13 di dungun - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di dungun - Google Blog Search


The Suite Life Of Sue: Homestay Saba Lodge & Makan2 <b>di Dungun</b>...

Posted: 16 Jun 2013 09:38 AM PDT

Citer dh lama baru nak update.. hujung may hari tu., ade kenduri kahwin kat dungun, so alang2 stay dua tiga hari kat dungun.. tapi kat dungun x tau nak gi mana sbenrnya.. tapi tmpat makan mmg bnyak...  asyik makan je kat sna... heheheh...  gaining weight lagi..huhuhu
time kat dungun kami sewa bilik je kat Homestay Saba Lodge ..  sbb kami 5 dewasa, 2 kanak2.. satu bilik pun dh muat.. sbb bilik agak besar.. lagipun tuk tidur je kan.. heheh. Homestay ni terletak di Pantai Teluk Lipat.. kat sni mmg byk homestay.. kalau nak tau maklumat lanjut leh gi ke facebook Saba Dungun Lodge.. 
satu malam kat sni caj RM80.00 satu bilik.. kalau nak tilam additional RM10 je..

rumah ni besar.. ade beberapa bilik kat sni.. bilik kami pintu mngadap keluar..
berhadapan homestay ni ade pantai..tapi x leh mandi rasenya.. tapi ramai yang memancing..
tmpat makanan yang patut korang pergi :)
Restoran Nasi Kukus Paka.. ni area Paka.. lepas dri Petronas Kerteh, ade gerbang masuk dungun, lebih kurang 500m-1km akan nampak rstoran ni tepi belah kiri.. mmg sdap nasi ayam kukus kat sni.. x puas satu..huhu.gulai  kawah dgn sambal dia yg sdap tu..huhu
ni saya dan CH dan mengidam setahun yg lalu dh.. ehhe..punyala lama baru berkesempatan nak gi... keistimewaan kat cni ketam yg gedabak.. korang leh order nak megi ataupun nasi goreng.. ketam paling besar harga RM29.00 tapi mmg puas hati laa.. sampai rase x larat nak habiskan.. nak ketip besar2..sib baik ada bagi skali penyepit tuk ketam..

btw thanks to cousin CH.. yg belanja kami.. murah rezeki awak sbb bklanja kami..
then dkat Teluk Lipat ade satu kedai yang jual keropok lekor ..mmg sdap kat cni..kalah KT punya kopok lekor..siap ade  jual otak2 goreng2, karipap.. tapi lupa  nama kedai, tapi kalau tanya penduduk sni maybe tahu kotr..dia siap ade jual keropok lekor frozen..teringat2 sampai skang...huhu
hurmm pastu kat teluk lipat..paling hujung ade tmpat ikan bakar baru bkak..bnyk kdai kat sni.. but sorry to say, makanan agak mengecewakan dan mahal bangat.. rase x puas hati makan..rase better masak sndiri.. share jgakla gambor..huhuh..

tapi papepun kalau dtg dungun mmg bayk makanan sedap2..pagi2 leh makan nasi dagang, nasi minyak..nyumm2.. okla nak share tuje.. :)
p/s : klu update blog sambil tgk tv, kelaut la penceritaan blog ni..huhuuh

di negeri terengganu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri terengganu - Google Blog Search


Kemenangan BN <b>Di Kuala</b> Besut Penting Untuk Kestabilan <b>...</b>

Posted: 12 Jul 2013 10:50 PM PDT

dua tanding prk kuala besut

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata peranan dan kemenangan calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut penting untuk kestabilan pentadbiran dan pembangunan Terengganu.

Timbalan Perdana Menteri berkata, bagi memastikan keadaan stabil dikekalkan, BN mempertaruhkan calon Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman, kerana yakin ketokohan dan latar belakang yang dimiliki bekas jurutera itu mampu menarik sokongan pengundi untuk kekal memilih BN sebagaimana pilihan raya umum yang lalu.

"Peranan calon penting kerana DUN Terengganu kini tidak menentu tetapi saya harap selepas 24 Julai politik di negeri ini kembali dan kekal stabil di bawah BN.

"Saya punyai penuh keyakinan berdasarkan ketokohan, kelulusan, pengalaman dan latar belakang calon dan keluarganya BN mampu mendapat sokongan," katanya pada sidang media selepas tamat proses pencalonan di Kompleks Rakan Muda Kuala Besut di Jertih, ini hari ini.

Hadir sama calon BN Tengku Zaihan dan Timbalan Pengarah Pilihan raya BN bagi pilihan raya itu, Datuk Seri Idris Jusoh.

Muhyiddin, yang juga Pengarah Pilihan Raya BN bagi DUN Kuala Besut mengulangi keyakinan yang BN mampu mengekalkan kerusi itu dengan pertambahan majoriti kerana berdasarkan laporan yang diterima, tiada isu besar yang perlu ditangani kerana kebanyakannya telah diselesaikan pada PRU13 lepas.

Pada PRU13, BN menerusi calonnya, Dr A.Rahman Mokhtar menewaskan calon Pas Napisah Ismail dengan majoriti 2,434 undi. Beliau meninggal dunia pada 26 Jun lalu akibat kanser paru-paru.

Timbalan perdana menteri berkata pemilihan Tengku Zaihan bukan sahaja mampu meneruskan kecemerlangan pembangunan yang dibawa Allahyarham, malah calon muda itu dilihat mampu membawa suara dan inspirasi generasi muda di Kuala Besut ke peringkat sepatutnya.

"Isu berhubung kait dengan soal pertanian dan perikanan juga telah diambil kira, namun apa-apa isu berbangkit berhubung perkara itu akan ditangani semasa tempoh berkempen.

"Dengan terpilihnya Tengku Zaihan nanti, masalah tersebut akan dapat dilihat dengan lebih dekat," katanya.

Berhubung kempen, Muhyiddin berkata gerak kerja BN akan disesuaikan dengan bulan Ramadan, namun cara berhemah yang bakal,dipraktikkan itu, tetap berkesan kepada pengundi.

Beliau berkata Kuala Besut dan Besut secara amnya bukanlah kawasan yang asing bagi BN kerana pemimpin dan wakil rakyatnya telah lama bertapak di situ dan sudah tentu masyarakat setempat tahu apa yang boleh wakil BN tawarkan.

Pembangunan infrastruktur, fizikal dan syiar Islam yang dibawa pemimpin BN ke kawasan itu jelas menunjukkan BN mendapat sokongan lebih baik daripada masyarakat setempat.

Ditanya apakah BN bimbang dengan slogan 16-16, yang merujuk kedudukan DUN Terengganu sekiranya Pas menang pada pilihan raya kecil itu, Muhyiddin berkata beliau tidak mahu membuat jangkaan kepada perkara yang belum tentu terjadi.

"Saya tak fikir kita perlu pergi melangkaui sempadan, dengan membuat andaian-andaian yang tidak tentu berlaku. Lebih baik tumpu pada proses pilihan raya, selesaikan dan Insya-Allah kita akan dapat mengatasi segalanya.

"Saya juga tak mahu komen pasal parti lawan, yang saya tahu saya nak jual produk saya, produk kita ialah Tengku Zaihan, calon berkaliber, ada kelulusan, anak seorang ustaz, profesional dan orang muda dan saya fikir pengundi Kuala Besut bijak untuk menimbang apa yang perlu mereka lakukan," katanya.

Muhyiddin kemudian meluangkan masa melawat bekas senator dan bekas Ketua Wanita UMNO Terengganu, Wan Ramlah Ahmad, 67, yang menghidap masalah darah tinggi di Kampung Paya Rawa, kira-kira 200 meter dari tempat penamaan calon.

Pilihan raya kecil itu menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Tengku Zaihan dengan calon Pas Endot@Azlan Yusof.

13 di bukit besi - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di bukit besi - Google Blog Search


Koleksi Bunga Orkid <b>Di Bukit Besi</b> | <b>Bukit Besi</b> Blog

Posted: 25 Apr 2013 08:54 AM PDT

Salam satu Malaysia. Kepada pengemar bunga orkid, anda tentunya mengenali kesemua jenis-jenis orkid bukan? serta tahu menjaga dan menanam bunga yang sangat cantik ini. Tetapi tidak pada saya, saya hanya baru mengenali dan meminati orkid tetapi saya tidak tahu bagaimana untuk menjaga dan menanam orkid dengan baik.

Sejak kecil saya hanya melihat orkid-orkid yang ibu saya tanam secara suka-suka di kawasan rumah tetapi saya tidak pernah mengambil tahu apa itu orkid dan jenis-jenisnya. Tetapi pada hari ini saya sangat teruja untuk mengenali orkid dan berkongsi dengan anda semua yang meminati bunga yang sangat cantik ini melalui sebahagian gambar-gambar koleksi orkid yang diberikan oleh seorang warga Bukit Besi yang amat meminati dan menggemari bunga ini.

Berbagai-bagai jenis bunga orkid boleh didapati di rumah beliau. Sama ada orkid hutan atau orkid luar negara, boleh dilihat disekitar rumah warga Bukit Besi ini. Terima kasih kepada saudara Ahmad Ngah kerana sudi berkongsi gambar-gambar beliau untuk paparan anda semua yang membaca. Jom kita lihat gambar-gambar bunga orkid yang terdapat di Bukit Besi.

Jenis - Jenis Bunga Orkid









Untuk penjelasan terperinci berkenaan dengan kesemua jenis-jenis orkid di atas, anda perlu menghubungi Tuan Ahmad Ngah iaitu tuan empunya taman orkid terbaik dari Bukit Besi. Anda juga boleh mendapatkan maklumat berkenaan dengan tentang bunga orkid di dunia melalui forum Orchirds and Plants Malaysia.

Nota: Ada beberapa jenis bunga orkid yang sangat wangi baunya.

 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved