ads

Jumaat, 8 Julai 2011

13 di ketengah jaya - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di ketengah jaya - Google Blog Search


Sekolah Kebangsaan <b>Ketengah Jaya</b> II: Program Intervensi Murid

Posted: 27 May 2011 11:26 PM PDT

Program Intervensi Murid (PIM) ini bermatlamat dalam memperkasakan murid supaya mempunyai kesedaran menghargai kehidupan dan memberi tumpuan kepada tanggungjawab kecemerlangan pencapaian prestasi murid agar menjadi kebanggaan keluarga dan masyarakat. Program ini berlansung pada 5 Mei 2011  hingga 7 Mei 2011. Sasaran program ini adalah melibatkan pelajar sekolah rendah yang mempunyai latar belakang ibu bapa yang berisiko tinggi serta ujian air kencing yang dilaksanakan oleh pihak AADK didapati positif.

Antara pengisian program yang dijalankan adalah:

~ Taklimat Program
~ Ujian Urin
~ Slot Ceramah daripada pihak sekolah
~ Slot Ceramah AADK
~ Latihan dalam Kumpulan
~ Exsplorace
~ Night Walk
~ Kawad
~ Riadah
~ Pengisian Rohani
~ Penilaian program


Kebanyakan maklum balas yang dinilai oleh peserta adalah baik. Peserta mendapat latihan dan kemahiran dalam membina jati diri yang dinamik. Mereka juga sedar serta tahu bahaya penyalahgunaan dadah. Ada di antara mereka yang sudah terjebak dengan penyalahgunaan dadah. Walaubagaimanapun, mereka jujur serta rela berkongsi masalah yang dihadapi dengan fasilitator daripada AADK. Kemahiran untuk mengelak serta membiarkan diri daripada terus terjebak dalam kancah dadah diberi perhatian dalam membantu para peserta. Kesemua aktiviti yang dilaksanakan dapat diterima baik oleh peserta kem.

Program Intervensi Murid atau tidak asing dengan nama singkatan PIM ini perlu di teruskan dalam mencegah gejala sosial dan penyalahgunaan dadah di sekolah. Melalui program ini juga, pihak sekolah serta AADK sendiri dapat mengenalpasti murid yang bermasalah dan berisiko tinggi. Ini dapat mencegah murid dari terus terlibat dan bertambah teruk.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

13 di jabor - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di jabor - Google Blog Search


Buruh maut tersepit penyodok jentolak

Posted: 20 Mar 2011 11:38 PM PDT

CHUKAI: Seorang buruh kuari di Hulu Jabor dekat Kampung Jabor Perasing Jaya di sini, maut selepas tersepit penyodok jentolak yang digunakan untuk menolak keluar sebuah lori yang terkandas dalam lumpur, petang kelmarin.

Dalam kejadian jam 5.30 petang itu, Abdul Latif Mat Said, 46, dikatakan enggan keluar walaupun sudah diarahkan dengan alasan sudah biasa berada dalam penyodok jentolak ketika jentera itu sedang bekerja.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Deputi Superintendan Abdullah Sani Salat, berkata sebelum kejadian, mangsa dari Kuantan, Pahang tiba di tempat kejadian jam 5.15 petang dan masuk dalam penyodok untuk mengambil minyak diesel yang diletakkan di atas sebuah para yang agak tinggi di kawasan kuari itu.

Beliau berkata, selepas selesai menurunkan minyak diesel, pemandu jentolak terbabit mahu membantu menolak sebuah lori mengangkut batu yang terkandas dalam lopak air berhampiran tapak kuari itu dan meminta mangsa turun daripada penyodok jentolak itu tetapi dia tetap enggan.

"Ketika jentolak berkenaan menolak lori itu, mangsa yang berada dalam penyodok tergelincir dan tersepit antara mata jentolak dan belakang lori itu," katanya.

Abdullah Sani berkata, pemandu jentolak dan pemandu lori serta beberapa pekerja yang berada di situ segera membantu mangsa yang parah di kepala.

Katanya, polis menahan pemandu jentolak berusia 46 tahun bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 304(A) Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara tidak lebih dua tahun atau denda.

Berita Harian
21 Mac 2011

Pekerja kuari maut

KEMAMAN – Niat mahu membantu bertukar tragedi apabila pekerja kuari maut selepas tergelincir lalu jatuh daripada jengkaut ketika menolong pemandu lori yang kenderaannya tersangkut dalam lopak air di Kuari Bukit Ketam, Perasing Jaya, Jabor, petang kelmarin.

Insiden kira-kira jam 5.30 petang itu mengakibatkan mangsa, Abdul Latif Mat Said, 46, meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami pendarahan di kepala.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdullah Sani Salat berkata, mangsa yang ketika itu berada dalam penyodok besi di bahagian hadapan jengkaut tiba-tiba tergelincir ketika dia menolak bahagian belakang lori yang tersangkut dengan mengguna penyodok besi terbabit.

"Kira-kira 15 minit sebelum kejadian, mangsa bersama pemandu jengkaut pergi ke kawasan kuari untuk mengambil tong minyak diesel tetapi ketika tiba di tempat kejadian terdapat lori yang tayarnya tersekat dalam lopak air.

"Justeru, pemandu lori terbabit meminta pertolongan daripada pemandu jengkaut dan mangsa kebetulan lalu di situ menolak lorinya menggunakan kenderaan berat itu manakala pemandu jengkaut itu mengarahkan mangsa yang berada dalam penyodok besi supaya turun," katanya.

Menurutnya, bagaimanapun, mangsa yang berasal dari Pahang dan menetap di Jabor, enggan turun kerana dia mendakwa sudah biasa dengan situasi berkenaan dan perkara itu disaksikan sendiri oleh pemandu serta kelindan lori terbabit.

"Pemandu jengkaut itu tetap mendesak mangsa turun kerana khuatir keselamatannya. Namun selepas lima minit mangsa masih berada dalam penyodok besi dan pemandu terbabit terpaksa menolak walaupun mangsa berada di bahagian hadapan jentera berat itu.

"Ketika menolak, tiba-tiba mangsa tergelincir manakala kepalanya cedera teruk kerana terhentak pada bahagian belakang lori sebelum terjatuh," katanya.

Difahamkan, pemandu jengkaut terus mengangkat lebih tinggi bahagian penyodok besi hadapan dan segera mendapatkan mangsa, bagaimanapun ketika itu mangsa sudah tidak bergerak dan mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Kemaman untuk bedah siasat," katanya.

Susulan itu, pemandu jengkaut itu kini ditahan mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dijatuhkan hukuman penjara tidak lebih dua tahun atau denda.

Katanya, kejadian berkenaan bersifat secara tidak sengaja, namun pemandu jengkaut terpaksa ditahan untuk siasatan lanjut.

Sinar Harian
21 Mac 2011

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

13 di dungun - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di dungun - Google Blog Search


Blog Siakappaka: Ribut Petir <b>Di Dungun</b> Pula

Posted: 22 Jun 2011 04:18 AM PDT

Assalamu'alaikum semua... sekadar untuk berkongsi cerita, awal pagi tadi aku tak dapat tidur kerana bimbang pokok besar di hadapan rumah ku takut tumbang atas rumah ku, dan aku sempat merakam sikit video ribut petir tersebut untuk dikongsikan bersama. Kepada yang tidak tahu, pada waktu awal pagi tadi 22 Jun 2011 jam 1.15am, hujan lebat dan ribut petir telah melanda di daerah Dungun Terengganu. Sekejap je pun, tak lama, lebih kurang 30 minit dan hujan terus melarat sehingga ke subuh, sama tempohnya seperti ribut yang melanda di daerah Kuala Terengganu dan Marang pada 4 hari yang lepas baru-baru ni, tapi cukup untuk menumbangkan pokok-pokok yang besar, sehingga ada di setengah tempat di Dungun ini mengalami gangguan bekalan elektrik di sebabkan pokok-pokok yang tertumbang pada kabel-kabel elektrik.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

di negeri terengganu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri terengganu - Google Blog Search


Jawatan Kosong <b>di</b> Kerajaan <b>Negeri Terengganu</b>

Posted: 13 Jun 2011 07:16 AM PDT


advertisements

Jawatan Kosong Terkini di Kerajaan Negeri Terengganu

Permohonan adalah dipelawa daripada Rakyat Terengganu yang berkelayakan bagi memenuhi jawatan berikut :-

A) 1. JAWATAN : JURUTEKNIK (2 KEKOSONGAN) GRED J17)

Klik sini untuk Iklan Jawatan Kerja

Klik sini untuk muat turun borang kerja

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

13 di kerteh - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di kerteh - Google Blog Search


Baru Balik Dari Pasar Tani <b>Kerteh</b>

Posted: 07 Jul 2011 08:28 PM PDT

Zassssss......

express update dari rumah Mok Ngoh (Mak Ngah) di Kerteh.. Sib baik ada stremyx.. Boleh berblog..Tapi berebut dgn Fain plok..Ish...

Besor bapok.... tak ter-round!!!! Itu je yang boleh dikatakan.Memang sesak dgn org. Memang rambang mata. Baju-baju macam y dijual kat kedai pon ada..harga pon berbaloi-baloi...Yang geram sekali tgk shawl la...harga jauh lebih murah dari kat bandar Kemaman tu.. Shawl terkini harganya antara RM5-RM12..Mengikut jenis material.. Kalo kat Kemaman nun...standard regenyer RM 15 keatas... Rembat selai shawl td.. Dan makananya pon mmg byk & murah2... Td mmg tak tawaf habis pon..sebab mmg besor bapok kawasan tu.. Ishhh gerammmm... Cukup bulan ni nak datang lagi borong shawl kat sini.. Berbaloi-baloi... 

Picnyer???? Minah dari Scotland malulah nak ambik...Hehehee.. xdelah...sebenornyer saya ttinggal kamera kat rumah Mok Ngoh.. Sampai kena belebel dgn Abe Fain ni,,, Aikkkk...saper yang jadi blogger sebenornya??? Laki aku plok over x-cited ni.. 2nd time dtg sini msti ambik gambornyer nak interframe kat cni..

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved