Khamis, 2 Ogos 2012

13 di setiu - Google Blog Search

13 di setiu - Google Blog Search


Shafie Nor: Suspek kes bunuh warga Indonesia <b>di Setiu</b> serah diri

Posted: 02 Aug 2012 12:17 AM PDT

KUALA TERENGGANU, KHAMIS, 02 Ogos, 2012: Suspek utama kes pembunuhan seorang rakyat Indonesia yang mayatnya ditemui dalam parit di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Tapah, Setiu, Sabtu lalu, tampil menyerah diri awal pagi ini. 
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner K Manoharan, berkata suspek seorang warga Thailand menyerah diri di Balai Polis Setiu pada jam 3.30 pagi. 
"Suspek yang berusia 51 tahun itu tampil berbuat demikian hasil maklumat awam dan selepas gambarnya tersebar di akhbar dan televisyen baru-baru ini," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. 
Katanya, polis tidak menolak kemungkinan motif pembunuhan disebabkan perasaan cemburu selepas siasatan mendapati mangsa mempunyai hubungan dengan seorang wanita warga asing dikenali sebagai 'Mek Na'. 
Sabtu lalu, mayat lelaki yang hanya dikenali sebagai Heri, 32, ditemui dalam keadaan berulat dalam parit dengan beberapa kesan tetakan di kepala, dahi, kaki dan tapak tangan. 
Suspek kini direman tujuh hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. - BERNAMA

ads