ads

Isnin, 12 September 2011

13 di jerangau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di jerangau - Google Blog Search


Blog Felda: felda <b>jerangau</b> - Google Blog Search

Posted: 27 Apr 2011 12:00 AM PDT


Blog Felda: <b>felda jerangau</b> - Google Blog Search

Posted: 27 Apr 2011 12:00 AM PDT

Blog Felda: <b>felda jerangau</b> - Google Blog Search

Posted: 27 Apr 2011 12:00 AM PDT


Blog Felda: <b>felda jerangau</b> - Google Blog Search

Posted: 27 Apr 2011 12:00 AM PDT


Blog Felda: <b>felda jerangau</b> - Google Blog Search

Posted: 27 Apr 2011 12:00 AM PDT


Blog Felda: <b>felda jerangau</b> - Google Blog Search

Posted: 27 Apr 2011 12:00 AM PDT


Pertandingan Memancing Terbuka <b>FELDA Jerangau</b>

Posted: 27 Apr 2011 01:19 AM PDT

Pada 22 April yang lalu telah berlangsungnya Pertandingan Memancing Terbuka FELDA Jerangau anjuran Persatuan Belia (MBFM) Felda Jerangau bertempat di kolam ikan Pok Kob dengan disertai lebih 70 orang peserta. Peserta yang terlibat adalah daripada kampung-kampung sekitar FELDA Jerangau. Turut mengambil bahagian adalah beliawanis yang bersama-sama memeriahkan acara. Yang lebih membanggakan ada peserta yang membawa anak-anak untuk turut sama beriadah. Pertandingan ini turut dimeriahkan lagi dengan acara meneka biji betik yang menawarkan hadiah sebuah basikal beserta hamper. Ikan terberat yang berjaya dinaikkan seberat 3.5 kg. Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YB Dato' Haji Din bin Adam, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Bukit Besi. Turut sama memeriahkan adalah Pengurus dan Penolong Pengurus FELDA Jerangau serta Pengerusi JKKK FELDA Jerangau 'A'. Acara ini turut disokong oleh Pejabat JKKR FELDA Jerangau, Pejabat Khidmat Masyarakat Dun Bukit Besi, Pejabat Khidmat Masyarakat Parlimen Dungun Serta Ketua UMNO Bahagian. Diharap pada masa yang akan datang Persatuan Belia (MBFM) FELDA Jerangau terus mendapat sokongan daripada semua pihak agar harapan untuk melihat persatuan ini maju akan terus subur.

Galeri Gambar klik disini

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

13 di ketengah jaya - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di ketengah jaya - Google Blog Search


JAWATAN KOSONG SEBAGAI PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN <b>DI</b>

Posted: 28 Feb 2011 11:59 PM PST

Permohonan hendaklah dibuat menggunakan Borang LKTT: 1 (Pind. 1/2010) yang boleh diperolehi di Ibu Pejabat Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun, Terengganu dan di Pejabat Cawangan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah Bandar Bukit Besi, Bandar Ketengah Jaya, Bandar Seri Bandi dan Bandar Ceneh Baharu atau dengan memuat turun dari laman sesawang, http://www.ketengah.gov.my

Permohonan hendaklah sampai kepada:-

Pengurus Besar
Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Karung Berkunci No. 3
23409 Bandar Al Muktafi Billah Shah
DUNGUN, TERENGGANU

TARIKH TUTUP : sebelum atau pada 28 FEBRUARI 2011 .

MUAT TURUN :

Iklan Jawatan Kosong
Borang Permohonan Jawatan

13 di jabor - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di jabor - Google Blog Search


Duniaku <b>Di</b> Sini: LPT Fasa 2 | Kami Dah Guna

Posted: 06 Sep 2011 09:00 PM PDT

Sebelum balik raya hari tu, Mama kan ada buat n3 pasal Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2. Makanya waktu balik Terengganu Ahad 2 minggu lepas, kami memang dengan konfidennya lalu heiwei baru ni. Tapi jangan salah faham, belum siap 100% yer..yg dibuka hanyalah Dari Bukit Besi- Ajil. So, lepas keluar tol Jabor (LPT Fasa 1), sila ambik kiri kat roundabout tu. Korang akan lalu ikut Jabor & segala macam Felda la juga. Then dah nak smp Bukit Besi korang akan jumpa banyak signboard ni...
So, jangan ragu-ragu..teruskan ajer perjalanan sampai la jumpa signboard ni..
Untuk pengetahuan, buat masa ni memang takde satu pun lagi RnR yang dah siap...kalo takat nak berenti tepi jalan boleh der.. :p
Lepas keluar tol Ajil, kat persimpangan nak ke Kuala Terengganu barulah Mama nampak banner ni..haiiih....dah terlambat dah...kekeeee
Apa pun, Alhamdulillah...walaupun hanya sebahagian kecil highway yg dibuka tapi perjalanan balik kg kami dah jadi pendek sket. Macam tak percaya jer kami smp kg jam 2.15 ptg walhal kami gerak pun dah 7.30 pg. Maknanya perjalanan kami cuma 7 jam!!! Alhamdulillah....!! Kepada En.Suamiku, macam ni boleh la selalu balik Terengganu kan :x :x :x...ahakss!!
Terima kasih sudi baca entry ini!!
  Klik Sini Utk Daftar Churp-Churp

13 di kuala berang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di kuala berang - Google Blog Search


Sebongkah Batu <b>di Kuala Berang</b> « @batuterang

Posted: 08 Sep 2011 07:19 AM PDT

Rasanya ini adalah karya Faisal Tehrani yang ringkas dan pendek yang pernah aku baca. Juga karya beliau yang pertama diterbitkan PTS. Namun, seperti biasa, isinya padat. Ada satu ketika aku perlu berhenti untuk 'ambil nafas' disebabkan fakta yang dibentangkan berjela-jela.

Novel ini berkisarkan sekumpulan pelajar Akademi Kesenian Islam yang diberi tugasan, iaitu menyiapkan sebuah dokumentari drama  mengenai kedatangan Islam ke Tanah Melayu. Walaupun para sejarawan tidak menetapkan atau tidak sebulat suara berkenaan hal ini, namun penulis telah mengemukakan pendapat hasil daripada kajian pelbagai sumber beliau yang kita boleh lihat di bahagian akhir novel ini.

Apakah teori yang dikemukakan dalam novel ini?

Haaa, cuba baca dulu.

Tak rugi sebab kisah Wali Songo dan salasilah keturunannya ada diceritakan di samping penulis juga membuat kritikan terhadap beberapa selebriti yang pernah buat heboh sebelum ini. Bagi aku, yang paling menarik adalah pada pandangan beliau berkenaan cara untuk menarik kembali umat nusantara terhadap Islam.

Filed under: coretan , ,

13 di kuala besut - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di kuala besut - Google Blog Search


Alami Terengganuku...: Masjid Al-Jamhuriah, <b>Kuala Besut</b>

Posted: 26 Aug 2011 10:14 PM PDT

Masjid Al-Jamhuriah Kuala Besut


Ramadhan tahun ini adalah Ramadhan ke enam saya berkelana mencari ilmu di Bumi Besut, bumi bertuah, bumi Ulul-Albab ini, dan tahun ini merupakan tahun terakhir saya di sini, entah di bumi mana pula berpijak untuk Ramadhan tahun depan. Ramadhan di sini sangat ceria dengan jemaah yang ramai dan semestinya moreh yang disediakan sangat dinantikan kanak-kanak. Apa yang paling menarik di sini ialah selepas sahaja solat terawih, setiap gerai-gerai kedai makan di sekitar Besut ini bertukar menjadi gerai colek buah, kerang bakar, dan makanan lain, sama meriahnya gerai-gerai colek buah ini seperti di negeri Kelantan.

Terfikir juga di benak fikiran mengapa tiada masjid besar di Pekan Kuala Besut ini, sedangkan penduduk di sini sangat padat sehinggakan di kawasan ini terdapat empat buah sekolah rendah yang letaknya sangat berhampiran iaitu Sekolah Kebangsaan Kuala Besut 1, Sekolah Kebangsaan Kuala Besut 2, Sek. Keb. Nail dan Sek. Keb Alor Peroi. Rupanya sangat banyak surau dan masjid kecil dibina sangat berdekatan. Berdekatan Masjid Al-Jamhuriah Kuala Besut ini terdapat sebuah surau lagi bersebelahan kedai-kedai yang menjadi tumpuan pelancong asing. Di depan Masjid Al-Jamhuriah ini terdapat sebuah lagi surau kayu, tetapi Masjid Al-Jamhuriah ini yang paling menjadi tumpuan.

Masjid Al-Jamhuriah ini menjadi lambang dan identiti Pekan Kuala Besut kerana keistimewaan dan bentuk masjid ini. Ia menjadi mercu tanda Kuala Besut, sebuah pekan yang amat terkenal sebagai pekan pelancongan kerana menjadi pintu masuk utama ke Pulau Perhentian. Masjid ini mempunyai sejarah tersendiri kerana telah dibina sejak tahun 1345 Hijrah bersamaan 1926 Masehi. Bersebelahan Masjid ini juga terletak tanah perkuburan Islam lama.

Rekabentuk mimbar yang sangat menarik

Motif ukiran flora yang menghiasi setiap tiang di ruang solat utama.

Tarik dibina masjid ini terukir di situ.

Dewan solat Utama

13 di bukit besi - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di bukit besi - Google Blog Search


SENI RUPA DUNIA MELAYU: SUARA DARI LERENG <b>BUKIT BESI</b>

Posted: 29 Jul 2011 08:50 AM PDT

Tengahari selepas zuhur kami sudah menaiki ke lereng perbukitan. Diyah menyebutnya, " Nun puncak Bukit Besi'..konon telah ditemui tahi besi, dan pemerintah sudah ingin menggalinya, ya sejak zaman Belanda dululah".Cerita bersambut juga dari bibir seorang Datuk si Ameh di pekan Batu Sangkar, " Kampung gaekmu memang keras, tidak ada yang dapat ditanam, kerana berlereng dengan Bukit Besi" . Tidak ada catatan sempat ku bongkar dalam perjalanan singkat pulang ke kebun leluhur datuk dan moyang kami. Cuaca sudah terik tetapi kerana kami mula mendaki angin berhembus nyaman. Rumah bertutup rapat, kerana para perempuan muda sudah mengaleh ke pasar. Apa yang ku temui? Pohon tinggi menjulang ke awan. Usianya bisa ditebak lebih 90 tahun. Bagaimana dapat kuagak begitu. Ya bila pulang ke rumah Etek Baiyah, ungkapnya, " Sejak ku kecil pohon sudah tumbuh tegak, belum tinggi" . Usia etek sudah menjangkau 80 tahun.
POHON buah keras bercabang dua di puncaknya. ketinggian melebih pohon kelapa. Daunnya menjurali ke bawah, menerawang ke atas. Selama ini kita hanya membeli buah keras ( sigueh putih, chloranthus - kemiri , aleurites moluccacna) . Waktu kecil dulu kami menyebutnya buah ajaib , buah khidmat kerana menjadi penyelamatku, selalu dalam saku. Bila anak anak lelaki nakal (sepupu) ku genggam tangan dalam saku, dia tahu di dalamnya ada buah keras, awas. Sekarang dalam usia petangku ku genggam buah asalnya, yang dikutip Diyah , seperti buah coklat batu sudah lembut kulitnya. Diya meramasnya dan muncullah biji si wajah manis kuning gading.
SIANG itu Diyah mengenalkan ku dengan bau manis si buah keras. Biji buah yang memang keras dan anehnya ia menjadi lembut rasanya dalam masakan. Tidakkan lengkap dalam resepi masakan ninda kami tanpa simanis buah keras. Diyah tersenyum bangga mengenalkan aku dengan buah ajaib ini yang selamanya hanya kutemui di pasar atau di kedai runcit atau di pasar raya yang sudah ditata indah dengan harga berlipat ganda. Serindit tiba-tiba mengejut kami...burung kecil dengan suaranya berdecip di hujung ranting yang menjuntai di sisi kanan langkahku. Wah sunggh jinak pula si unggas kecil ini. Ku gapai ranting dan kukais dahan pakis, serindit melompat menerawang ke atas dan bertenggek di ranting pohon kemiri. Hussh, sungguh dia mengusik kami dengan decipnya yang mendesah.

Di LERENG bukit yang kononnya berbatu besi kebun sayur tidak menjadi, apa lagi sawah padi, sehingga gaek kami harus pergi merantau. Tetapi kuntum lili merah ini dapat muncul segar, kelopaknya tebal bagai trompet menggerakkan sayapnya ditiup angin siang itu. Dengan siapa aku berkongsi warna segar ini. Diyah sudah menurui bukit, aku terkatung sendiri, ingin memetik tangkai si trompet merah . Tetapi naluri ku berkata, ' biarkan aku di sini, menghidu baumu, mendengar debur angin siang menggelisir sinar...aku bersamamu, menanti...'



Bangi, 30 Julai 2011:0.30


 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved