ads

Rabu, 12 Mac 2014

13 di seberang takir - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di seberang takir - Google Blog Search


Lebih 90 Orang Gembira Dapat Diami Rumah Baharu <b>Di Seberang</b> <b>...</b>

Posted: 07 Mar 2014 12:17 PM PST

Sepasang suami isteri tidak menyangka tuah untuk memiliki rumah sendiri datang serentak dengan rezeki menimang cahaya mata tidak lama lagi.

Peniaga nasi di Seberang Takir, Nazri Ngah, 41, dan isterinya Rosliza Mustaffa, 39, yang merupakan penerima Rumah Pangsa Mampu Milik (RPMM) Kampung Batin, Seberang Takir juga akan mendapat anak kedua tidak lama lagi.

Mereka adalah antara 92 orang terpilih mendiami RPMM yang keseluruhannya berjumlah 722 unit melibatkan peruntukan RM101.8 juta.

"Kalau saya nak buat rumah sendiri, memang tak mampu kerana rumah sekarang terlalu mahal dan saya juga tidak mempunyai tanah.

"Saya sangat setuju dengan dasar kerajaan Terengganu membina rumah untuk rakyat terutama menyediakan kediaman untuk generasi baharu," katanya selepas majlis penyerahan unit rumah RPMM oleh Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said di Seberang Takir, kelmarin.

Ibu tunggal Kamaizura Abdul Aziz, 40, yang turut terpilih mendiami rumah itu berkata sebelum ini beliau menumpang bersama bapanya di Kampung Tok Jembal.

Katanya beliau memohon untuk mendapat kediaman yang dibangunkan kerajaan sejak 2008, tetapi hari ini baru ada rezekinya.

"Semasa menumpang di rumah bapa, kami tinggal berasak-asak kerana terlalu ramai mendiami sebuah rumah yang agak kecil, namun setelah memperoleh rumah ini, saya bersyukur sangat," katanya.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi dan Inovasi, Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Negeri Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman dan Pengurus Besar Perbadanan Memajukan Iktisad negeri Terengganu Datuk Osman Muda.

Kerajaan negeri Terengganu akan membina 10,000 unit lagi rumah mampu milik untuk tempoh lima tahun akan datang.

RPMM di Seberang Takir yang bernilai RM140,997 dijual dengan harga RM63,997 setelah diberi subsidi RM77,000 dengan pemilik hanya membayar ansuran RM338 sebulan.

13 di setiu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di setiu - Google Blog Search


135 Hektar Ladang Rakyat <b>di Setiu</b> Masih Terbakar | Umum

Posted: 02 Mar 2014 06:00 PM PST

Rakyat News

SETIU - Kebakaran hutan tanah gambut di kawasan Ladang Rakyat, Lembah Bidong di sini yang masuk hari ke-6 hari ini membabitkan kawasan seluas 200 hektar.

Pegawai Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Abdullah Zawawi Mohamed berkata bomba setakat ini berjaya memadamkan api di kawasan seluas 65 hektar manakala 135 hektar lagi masih terbakar.

"Kita mengesan kebakaran hutan ini sejak enam hari lalu dan ini merupakan kebakaran kedua terbesar selepas di Kampung Tok Kah, Dungun yang dilaporkan terbakar sejak 26 Jan," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Katanya bagi menggelakkan kebakaran terus merebak, pihaknya telah melakukan beberapa kaedah seperti melakukan pancutan air secara berterusan, membuat halangan api serta  membanjirkan kawasan tanah gambut yang telah terbakar.

Selain itu, katanya bomba juga telah berjaya memadamkan api di kawasan seluas 15 hektar daripada 22 hektar yang terbakar berhampiran Ladang Tabung Hajidi Lembah Bidong.

Mengenai kebakaran hutan di Kampung Tok Kah, katanya hanya tinggal 15 hektar lagi kawasan masih terbakar dari keseluruhan 411 hektar yang dikenal pasti terbakar.

13 di paka - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di paka - Google Blog Search


punca kematian adik nursyafiqah 2 tahun <b>di paka</b> <b>...</b> - ammboi dot com

Posted: 06 Feb 2014 04:49 AM PST

Terkedu ammboi apabila terbaca status Facebook yang menceritakan punca sebenar kematian adik Nursyafiqah Abdullah yang baru berusia 2 tahun ditemui mati dibunuh dalam keadaan mengerikan di Taman Perumahan Permint Seberang Paka, Terengganu pada 21 Januari 2014 lalu.

" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();

Menerusi status berkenaan, arwah bukannya mati dirogol tetapi anak kecil itu mati dipijak bagi mengeluarkan pil kuda yang dipaksa ditelan arwah oleh lelaki-lelaki bahlol sebelum kematiannya. Perut Nursyafiqah dipijak selepas arwah tidak muntah-muntah sekalipun selepas diselamkan kepalanya ke dalam sungai. Usus arwah yang terkeluar kemudiannya dipotong untuk mengeluarkan pil kuda berkenaan.

Nursyafiqah Abdullah

Dibawah ammboi kongsikan status FB berkenaan yang dipetik dari Mynewshub:

punca nursyafiqah di bunuh di paka dungun

Sejauh mana kebenaran cerita ini tak dapat dipastikan namun satu yang sahih, pembunuh adik Nursyafiqah sememangnya iblis bertopengkan manusia. Tujuan ammboi kongsikannya adalah untuk sama-sama kita doakan agar pembunuh adik Nursyafiqah segera dikenakan hukuman yang setimpal. Selain itu, sama-sama kita sedekahkan AL-FATIHAH buatnya.

Tags: , , , , ,

Category: INFO SEMASA

13 di gong kedak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di gong kedak - Google Blog Search


BLOG TERENGGANU: 13 <b>di gong kedak</b> - Google Blog Search

Posted: 25 Jan 2014 07:18 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG TERENGGANU: 13 <b>di gong kedak</b> - Google Blog Search

Posted: 09 Jan 2014 07:10 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG TERENGGANU: 13 <b>di gong kedak</b> - Google Blog Search

Posted: 24 Dec 2013 07:15 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

fyra punye belog: <b>Di</b> Mess Perwira, PU <b>Gong Kedak</b>

Posted: 18 Jul 2013 11:09 PM PDT

I suka berada di bilik bujang hubby di Mess Perwira, Pangkalan Udara Gong Kedak. Walaupun tak seselesa seperti rumah sewa kami di Kuantan, tapi i seronok berada di sini sebab berada di sisi suami. Beradalah di mana-mana pun asalkan di sisi dia. Bilik kecil yang dilengkapi perabot dan tandas menjadikan kami menjalani kehidupan yang sederhana berdua. Tapi tulah, i tak boleh nak masak sebab takda dapur. Kat sini pun takda masalah makanan sebab dalam Mess sendiri ada sediakan juadah tengahari dan malam (cuma antara rajin tak rajin nak ambil je). Sedap juga makanannya, i dah rasa. Kalau hubby tak posting ke sini, tak merasalah i berjalan ke negeri negeri belah sini.
 Kecik comel je biliknya

Sangat berinspirasi untuk mengupdate blog di sini 
 Waktu sahur selalunya grab je apa yang ada atas meja
Permandangan dari pintu belakang. Hubby parking kereta kat situ, selalu hubby lompat je penghadang tu (i pun sama lompat juga)
Since i ada sini, bilik hubby bersih kemas je sentiasa. Cuba kalau i tak ada? Ayam pun teringin tumpang bertelur agaknya. I tak suka sepah sepah (tapi kereta hubby, i suka sepahkan).
Kat sini makan best, jauh dari kesesakan, banyak pantai, jauh dari annoying people juga. Cuma part tak best i tak boleh nak masak je. 
Nanti balik Kuantan, kite masak sedap sedap untuk sayang, ya? 

BLOG TERENGGANU: 13 <b>di gong kedak</b> - Google Blog Search

Posted: 17 Sep 2013 07:12 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

fyra punye belog: Cerita <b>di</b> PU <b>Gong Kedak</b>

Posted: 25 Jun 2013 07:46 AM PDT

Since kita dah ada rumah berdua sendiri di Kuantan, i dengan hubby plan nak bawa balik barang barang kat bilik hubby di Pangkalan Udara Gong Kedak ke rumah sewa kami. Sampai sampai bilik bujang hubby, i terus beristighfar. Macam kapal karam wa cakap luuu (silap tak snap gambar). By the time dah pukul 1 pagi lebih, i pun tak larat nak terus kemas (walau dalam hati meronta ronta nak kemas), hubby pun suruh tidur dulu kemas esok je.

Bangun pagi, tanpa mandi terlebih dulu i start kemas. Mula mula kepala jammed kot nak kemas mana dulu. Meja, almari baju, toilet lagi, lantai dah sah sah berselerak. Pagi tu juga hubby dah kena keluar kerja sebab dia Duty Officer on that day (pergi handover tugas je pastu boleh balik semula)

Masa hubby ada, satu satu i tanya dia baju mana yang nak bawa balik, mana yang nak tinggal, mana yang nak bawa pergi Sabah, mana yang nak buang. Dan masa kemas kemas tu i jumpa satu box. I buka.

I jumpa balik surat surat dan kad kad yang i beri pada dia since mula mula bercinta dulu. Masa dia di Kolej Tentera Udara lagi. Masa tu beliau di Kedah, i di KL, so semua ni i pos (since pertengahan 2009). Semua ni pun i bawa balik, i nak simpan baik baik.


Masa tu i sweet sangat. I bagi satu balang kaca, i taruk 70 biji bintang. I suruh dia buka satu bintang sehari. Tapi sekarang bila i tanya balik betul ke masa tu dia buka satu bijik sehari, dia jawab, sehari 3-4 biji (cehhh) Tak menyabor betul. Hehe. Ye, dalam bintang tu i tulis kata kata cinta. Tapi balang tu dah pecah. Dia siap simpan serpihan kaca tu yang tak tahan tu. Time tu jugak kaca kaca tu i buang. Terluka jari kang camne? 



I cuba kemas pantas pantas. Dengan harapan, hubby balik tu bilik dah berseri seri. Terbersin bersin i sebab habuk. Mana yang nak bawa ke Kuantan, i taruk setempat. At last, masa balik Kuantan, bonet dengan seat belakang full house! Lega i tengok bilik hubby dah kemas dan teratur. Malam hubby bawa i makan sate kat Jerteh. Sedap dan murah, lima puluh sen je secucuk.
Ni lah pegawai bertugas tu. Kena pakai benda alah ni kat lengan. Duty officer bertugas 24jam. Boleh keluar keluar tapi takleh la gi jauh jauh. Sekitar bandar je boleh la.
Yang di bawah ni i beri masa birthday dia ke 26 (last year). Pun i pos juga! Alah, tempah kat Central Market je. Benda ni pun i bawa balik Kuantan (risau pecah lagi)
Sampai Kuantan, kita habiskan masa bersama sebelum kena berpisah sementara. part menjauh hurmm tak best. Tak best tak best pun i relakan jua.
Pekena aiskrim Mekdi kat Teluk Cempedak

I dont think i could ever love anyone as much as i love my husband.

<b>GONG KEDAK</b> AFB - My Airforce Life - Blogger

Posted: 09 Sep 2013 03:49 PM PDT


Pangkalan Udara Gong Kedak, Kelantan (Kod IATA/ICAO: WMGK) adalah sebuah merupakan salah satu pangkalan udara yang termuda dalam TUDM dan merupakan lapangan terbang tentera yang yang unik kerana lokasinya yang terletak di dalam dua buah negeri di Malaysia iaitu Kelantan dan Terengganu. 70% dari keseluruhan kawasan pangkalan terletak dalam daerah Pasir Putih dalam negeri Kelantan tetapi alamat rasminya di Jerteh dalam Daerah Besut, negeri Terengganu.  PU Gong Kedak, Kelantan merupakan pangkalan udara yang tercanggih milik TUDM dan menempatkan No. 11 Skuadron (pesawat Su30MKM.
Pangkalan Udara Gong Kedak, Kelantan ditubuhkan secara rasmi pada 13 Februari 1998, mula beroperasi sepenuhnya pada bulan November 1998. 


Sejarah Pangkalan Udara Gong Kedak bermula dengan kewujudan sebuah landasan kapal terbang sejak sebelum Perang Dunia Kedua lagi di sini yang dibina pihak Tentera Udara British. Landasan ini (menurut satu sumber) juga digunakan oleh tentera udara Jepun untuk mendaratkan pesawatnya masuk ke Tanah Melayu dalam Kempen Malaya dari arah udara. Pada awal tahun 1960-an, landasan ini masih lagi digunakan oleh Tentera Udara British di samping Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Bermula awal tahun 1970-an sehingga tahun 1989, landasan terbang ini hanya digunakan oleh ATM sebagai kawasan latihan khasnya bagi Latihan Payung Terjun sahaja. 
Pada tahun 1993, lokasi ini telah dibangunkan dengan penempatan sebuah unit TUDM dan telah beroperasi pada awalnya dikenali sebagai Skuadron 321 Bukit Peteri. Pada bulan Mac 1993, pangkalan ini telah bermula dengan unit kecil dinamakan Tim Pendahuluan Skuadron 321 TUDM Bukit Peteri. Keseluruhan kawasan kem TUDM Bukit Peteri ini terletak dalam negeri Terengganu. Pada tahun 1995, projek pembangunan Pangkalan Udara Gong Kedak telah diluluskan oleh Kerajaan Malaysia. Seterusnya Pangkalan Udara Gong Kedak telah ditubuhkan pada 13 Februari 1998 dan mula beroperasi pada bulan November 1998. 
Di peringkat awal penubuhannya, pangkalan ini menempatkan sementara Pusat Latihan Terbang III dengan pesawat PC7 yang dipindahkan dari Pangkalan Udara Kuantan.  Dengan ketibaan pesawat Su30MKM, kesemua pesawat PC7 di PULTIBANG III digabungkan dengan PULATIBANG I di Pangkalan Udara Alor Setar.


Di atas tujuan pembesaran dan memperkasakan lagi pertahanan negara khususnya TUDM, kerajaan telah memulakan proses pengambilan tanah (sekitar kampung Gong Kedak, Gong Badak, Kelantan dan kini kawasan telah meluas ke beberapa kampung sekitar iaitu Kampung Gong Tengah, Kampung Gong Manak di daerah Pasir Puteh, Kelantan dan Kampung Beris Pak Abu daerah Besut, Terengganu) untuk pembinaan Pangkalan Udara Gong Kedak, Kelantan dan prosesnya dijalankan oleh Pejabat Tanah Jajahan Pasir Puteh, Kelantan pada tahun 1981 dan berakhir pada tahun sekitar 2000



Keunikan PUGK adalah dapat 'enjoy' cuti hari kelepasan untuk dua buah negeri iaitu Kelantan dan Terengganu (dan sudah tentu cuti am Persekutuan). 


Masjid PUGK bersebelahan dengan MQ (Bukit Petri)
Senarai Komander Pangkalan
  1. Lt Kol Mohd Salleh bin Ahmad TUDM(1998 - 2000)
  2. Lt Kol Abdul Malek bin Zakaria TUDM (2000 - 2002)
  3. Lt Kol Ahmad Zainuddin bin Ahmad Zakaria TUDM (2002 - 2005)
  4. Lt Kol Abdul Razak bin Ahmad TUDM (2005 - 2007)
  5. Lt Kol Shamsuri bin Alias TUDM (2007 - 2008)
  6. Kol Shamsuri bin Alias TUDM (2008 - 2009)
  7. Kol Mohd Fauzi bin Hj Ahmad TUDM (2009 - 2011)
  8. Brig Jen Mohd Fauzi bin Hj Ahmad TUDM 92011 - kini)



PUGK merupakan pangkalan pertama dalam TUDM yang mendapat perjawatan rasmi yang meng'upgrade'kan jawatan Ketua Cawang Materiel ke pangkat Lt Kol TUDM.

PELUANG KE PUGK

Kali pertama aku sampai ke pangkalan ini ialah di awal tahun 90an ketika itu hanya ada TUDM Bukit Peteri.  Aku (masa itu berpangkat Mejar)  bercuti bersama keluarga ke pantai timur melalui Lebuhraya Timur-Barat dari Grik, Perak.
Perancangan awal, dari KL aku menginap satu malam di sebuah chalet di Teluk Muruh (Lumut, Perak) kemudian menuju ke utara dengan niat untuk ke Langkawi.  Tapi tiba di Kuala Kangsar, aku mengubah fikiran serta-merta, batalkan Langkawi menuju ke Kota Bharu. Aku mengubah haluan ke arah Grik dan memasuki Lebuhraya Timur-Barat (LTB).  Pengalaman pertama (sekali itu sahaja setakat ini) melalui lebuhraya yang menggerunkan itu.  Hutan sepanjang jalan, melalui cerun perbukitan, senyap (tidak banyak kenderaan).  Sentiasa risau jika bertemu kawanan gajah atau Pak Belang.  Kereta aku pun bukanlah elok sangat. Akhirnya dengan izin Allah dapat keluar di Jeli sebelum ke Kota Bharu.  Memandu kereta Proton Saga 1.3, WBK 1718.
merentasi jambatan Tasik Temenggor
papan tanda yang menggerunkan pengguna LTB

Setelah bermalam di sebuah hotel kelas rendah (masa tu mana ada duit) di KB, aku meneruskan perjalanan ke arah Terengganu melalui Pasir Putih dan singgah di Bukit Peteri. Aku menumpang tidur di Mes Pegawai 321 Skn.  Untuk dijadkan cerita, aku terkandas di sana selama 2 malam.  Hujan lebat selama dua hari tanpa berhenti-henti. Dan malam tersebut, isteriku dikejutkan dengan gangguan misteri di tengah malam.  Aku yang kepenatan memandu jarak jauh memang tidur mati.  Katanya, tengah malam, ada orang ketuk pintu di luar bilik.  Bila dibuka, tiada siapa.  Beberapa kali macam itu.  Alhamdulillah, abis macam itu sahaja.

Malam pertama di sana, KCM Mej Rusli Ibrahim (coursemate basic course) sekeluarga belanja kami makan di sebuah resoran di pekan Jertih.

Sambung tadi mengenai hujan lebat.  Masuk hari ke3 di sana, aku pun dah tak larat nak tunggu, maklumlah keadaan di sana bukan macam sekarang, nak cari makan jauh, kena keluar ke pekan Jertih. Dah lah tu, siang malam hujan. Tak boleh bergerak.  Aku buat keputusan untuk meneruskan perjalanan. Dalam hujan lebat, membulatkan fikiran memandu menuju ke arah Terengganu.  Jalan ke arah jambatan di pekan Kuala Besut sudah dinaiki air hampir satu kaki.  Aku memberanikan hati mengikuti belakang lori menyeberangi jambatan itu. Meneruskan perjalanan melalui Setiu ke arah Kuala Terengganu.  Tidak bermalam di KT tetapi aku singgah bermalam di Awang Motel, di pantai Rantau Abang. AKu tak pasti, motel ini ada lagi atau tidak.




Ada dua peristiwa ngeri semasa aku bermalam di motel ini. Pertama.  Masa itu ujung tahun- musim tengkujuh, ombak tinggi.  Aku memang tak berani mandi laut dan tak membenarkan anak-anak aku mandi.  Petang-petang kami hanya berjalan-jalan di gigi air pantai.  Tiba-tiba satu ombang yang agak besar menghempas pantai, lampiasan ombak tersebut melepasi kami dan semasa air serpihan itu mengalir semula ke laut, ia menarik sekali pasir yang kami pijak.  Nasib baik aku pegang anak aku Atikah. Kalau tidak pasti ia ditarik oleh air ke arah lautan.  Pucat lesi aku dan isteriku. Kami bergegas pulang ke chalet.
Peristiwa kedua ialah malam semasa kami menginap.  Dalam jam 1 atau 2 pagi, kami terdengar lain macam sahaja di luar chalet kami.  Anak aku Hafeez tidur dibilik sebelah mengetuk bilik aku dan menunjuk ke arah tingkap. Dari cermin sebelah atas tingkap, kami ternampak tangan manusia memanjat melalui tingkap. Isteri aku menjerit.  Penceroboh itu melompat dan lari.
Keesokan paginya aku meneruskan perjalan meninggal pelbagai kenangan bercuti ke Pantai Timur menuju ke Kuantan (melalui jalan pantai- Marang-Kemaman-Cherating).  Aku tidak menginap di Kuantan tetapi terus pulang ke KL.
SELEPAS ITU........

Itulah tadi kali pertama aku menjejakkan kaki ke tanah Gong Kedak/Bukit Peteri.  Sejak PUGK dibuka secara rasmi pada tahun 1998, aku berpeluang ke sana antara 4 atau lima kali. Pertama mengikuti lawatan staf SISMAT (2004), lawatan kerja Panglima Logistik Udara (2009), perbarisan perpisahan Tan Sri Azizan (2011), lawatan sempena LSM/TCG Sukhoi/MiG (Mac 2012) dan yang terbaru ialah lawatan kerja bersama staf MOF (budget screening) pada 16 Mei 2012.

Mes Perwira PUGK dari hadapan

.

13 di jerangau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di jerangau - Google Blog Search


BLOG TERENGGANU: 13 <b>di jerangau</b> - Google Blog Search

Posted: 08 Mar 2014 03:37 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Persatuan Belia MBFM FELDA <b>Jerangau</b> Kekal Diterajui Azani <b>...</b>

Posted: 02 Mar 2014 04:10 AM PST

Persatuan Belia MBFM FELDA Jerangau Kekal Diterajui Azani

IMG-20140228-WA0030

SEPERTIMANA di kawasan tanah-tanah rancangan FELDA yang lain, belia-belia di FELDA Jerangau juga tidak ketinggalan dalam mengadakan Mesyuarat Agung Persatuan Belia Majlis Belia FELDA Malaysia (MBFM).

Mesyuarat Agung Persatuan Belia MBFM FELDA Jerangau bagi penggal 2014-2016, telah diadakan pada 28hb Februari 2014 yang lalu pada jam 9.30 malam, bertempat di Dewan Sivik FELDA Jerangau.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Besi merangkap Exco Pembangunan Luar Bandar dan Kepenggunaan Koperasi, YB Roslee Daud telah merasmikan persidangan tersebut.

Nadia Shakila Majid telah dijemput sebagai pemerhati persidangan.

Nadia adalah Exco Kebudayaan MBFM Wilayah Terengganu dan juga Penyelaras Puteri UMNO DUN Ajil.

Hasil persidangan tersebut, mesyuarat telah memberikan kepercayaan kepada Mohd Azani Noor untuk terus meneraju Persatuan Belia MBFM FELDA Jerangau bagi sesi 2014-2016.

Naib Pengerusi 1, Aziz Jaafar dan Naib Pengerusi 2, Raidah Abd Razet, turut dikekalkan.

Turut hadir didalam persidangan adalah Exco MBFM Wilayah Terengganu, Rashid Rida Mohammad dan Mohd Laisani Dollah.

IMG-20140228-WA0027

IMG-20140228-WA0028

IMG-20140228-WA0029

IMG-20140228-WA0030

IMG-20140228-WA0031

IMG-20140228-WA0032

NOTA: KEPADA WARGA FELDA YANG MEMPUNYAI PERKONGSIAN, LUAHAN, PENDAPAT DAN CADANGAN UNTUK DIMUATKAN DIDALAM FeldaVoice BOLEH HUBUNGI EDITOR MELALUI EMAIL DI editor.feldavoice@gmail.com

Artikel disiar pada March 2, 2014 - 8:10 pm oleh Shazuein Azmaini

13 di kuala terengganu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di kuala terengganu - Google Blog Search


Makanan Dessert Murah <b>di Kuala Terengganu</b> ~ Pabila Mambang <b>...</b>

Posted: 07 Jan 2014 05:41 AM PST

Dessert Murah di Kuala Terengganu
Hahaha....mulakan entry dengan menahan diri.
Baiklah Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Semoga sihat-sihat selalu di hari ini. Kali ini kita bertemu kembali dalam episod "Sekitar di Kuala Terengganu"
Entry kali ini, mambang akan ceritakan serba sedikit mengenai satu produk usahawan keluaran bumitera kelahiran Terengganu. 
Berlokasi di Kampung Kuala Ibai, Kuala Terengganu, seorang pengusaha makanan seperti kek, lasagna, pizza, dan lain-lain makanan di bawah kategori dessert. hahaha. Dikenali sebagai nama K.Gee Muda yang telah menjalankan perniagaan ini secara berseorangan dan kadang-kadang dibantu oleh suami atau anak-anaknya telah pun berjaya menempah nama dalam kalangan peminat makanan seperti ini sekitar Kuala Terengganu.
Ok sekarang biar mambang ceritakan serba sedikit antara produk yang dihasilkan oleh K.Gee Muda kita ni.
Ok untuk produk di atas ni namanya Ruquisimo Mars Bar. Yang ni boleh dibeli secara pos atau COD (Cash on Delivery). Ok yang kat atas ni pula namanya Lasagna dan Chocolate Cake. Yang ni la yang mambang dapat makan masa kat rumah K.Gee dulu...hahaha....memang sedap kalau makan panas-panas Lasagna ni. Dah la dapat makan, lepastu K.Gee Muda bagi pulak kat mambang untuk dihayati dalam bas masa perjalanan pulang. hahaha. Oh ya lupa pula, untuk Lasagna dan Kek Coklat ini, perkhidmatan pos tidak disediakan kerana takut-takut bila sampai nanti dah jadi bentuk lain. hahaha. Jadi untuk yang nak dapatkan Lasagna ni, penghantaran hanya secara COD sahaja ye.
Seterusnya mari kita menghayati antara desert yang K.Gee buat ya...
Untuk gambar di atas :

1.  Frosen Resoles
2.  Cheezy Crackers Nestum
3. Mango Casablanca
4.  Chese Cake


1. Lasagna 7x4
2. Lasagna Macaroni Base
3 & 4 : Murtabak Cream Crackers

Ha yang gambar kat atas tu nama dia Takoyaki. Mambang pun tak pasti dari mana datangnya nama tu, rasa-rasanya dari Jepun kot. hahaha...apa yang mambang pasti ialah kelazatannya hingga menjilat bekas makanan tu. hahaha....zaazzssss !

Ok next kita proceed to the next chapter iaitu Chocolate Moist Cake Meleleleleleleh ! hahahaha. Apa korang ingat korang saja ke yang meleleh baca menu-menu K.Gee ni ?? mambang yang tulis dengan upload ni dah berbunyi perut, telan air liur pon rasa segalanya dalam nih. haaa..



Ok untuk pengetahuan semua, K.Gee juga ada membuat Chocolate Moist Cake ni, yang marvelicious ha suka hati mambang lah nak capur tambah darab bahagi bahasa mambang kan.

Selain itu, untuk kategori frozen, K.Gee ada menyediakan makanan seperti Sardin Roll, Resoles dan banyak lagi akan menemui anda pada tahun ini.


 Hah ??? karipap ??? bukan lah...gambar kat atas tu ialah sardin roll. Boleh didapati dalam bentuk frozen. Beli dan balik goreng kat rumah, lepastu boleh la makan bersama, keluarga anda ya
Lastly ialah Resoles Frozen seperti dalam gambar kat atas tu, yang ni sesuai dimakan pada waktu petang bersama keluarga tersayang sambil menikmati udara segar.

K.Gee juga menyediakan perkhidmatan membuat kek untuk majlis hari jadi, majlis perkahwinan, dan lain-lain majlis.

Dan kepada penduduk sekitar Kuala Terengganu, anda boleh mendapatkan makanan di atas secara COD.


Baiklah untuk mengelakkan anda bosan membaca dan terpaksa menahan nafsu, jom hubungi K.Gee Muda di sini :

Facebook 
Whats App : 012-9880351

Dan jangan lupa sekali lagi nyatakan anda pembaca blog coretan-mambang.my untuk mendapat harga promosi !!!

p/s : terliur pula aku yang menulis....

13 di jerteh - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di jerteh - Google Blog Search


Temuduga Terbuka <b>Di</b> Pejabat Tenaga Kerja <b>Jerteh</b>

Posted: 03 Mar 2014 12:00 AM PST

Temuduga Terbuka Akan Diadakan Pada :

Tarikh

:

3 Mac 2014

Masa

:

10:00 pagi hingga 4:00 petang

Tempat

:

Pejabat Tenaga Kerja Jerteh,

Lot 100, Jalan Besar,

2200 Jerteh,

Terengganu

Majikan :          Etiqa Takaful

Alamat :           Lot 282, Seksyen 22, Jalan Kota Darul Naim,  15050 Kota Bharu

Jawatan :         Perunding Takaful

Kekosongan :    L = 0, P = 0, L/P = 20

Kelayakan :       SPM Keatas

Keterangan :

•      Bermotivasi dan berwawasan

•      SPM/ STPM/ Diploma/ Ijazah

•      Terbuka kepada lepasan IPT/ Kakitangan Kerajaan/ Swasta/ VSS/ Suri Rumah (Terbuka kepada semua kaum)

•      Agen Insuran/ Unit Trust/ MLM digalakkan memohon

#       Temuduga Terbuka Pejabat Tenaga Kerja Jerteh, Lot 100, Jalan Besar, 2200 Jerteh, Terengganu pada 3 Mac 2014, 10:00 pagi hingga 4:00 petang

#       Tarikh Tutup : 3 Mac 2014

13 di kemasik - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :- di kemasik - Google Blog Search

13 di kemasik - Google Blog Search


80% Pembinaan Rumah Mampu Milik <b>Di</b> T&#39;ganu Siap - myNewshub

Posted: 06 Mar 2014 02:23 AM PST


KUALA TERENGGANU – Sebanyak 80 peratus daripada keseluruhan 10,000 unit rumah mampu milik yang disasarkan kerajaan Terengganu kini siap dibina dan sedia untuk penyerahan surat tawaran tidak lama lagi.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata sehingga kini lebih 8,000 rumah telahpun dibina dan projek perumahan akan diteruskan bagi mencapai sasaran yang ditetapkan.

"Ini merupakan penyerahan kedua selepas pangsapuri Ladang Gemilang. Pada bulan Jun ini pula kita jangka akan serah surat tawaran di Pangsapuri Hiliran di sini serta di Kemasik (Kemaman) manakala 500 unit rumah pangsapuri di Telok Kalong masih dalam pembinaan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis penyerahan surat tawaran rumah pangsapuri mampu milik kepada 92 keluarga yang merupakan kumpulan pertama di rumah pangsa Kampung Batin, Seberang Takir di sini.

Terdapat 722 unit rumah di 19 blok bangunan empat tingkat dilengkapi kemudahan dewan dan surau yang dibina di kawasan berkeluasan 9.81 hektar dengan kos keseluruhan RM101.8 juta.

Dalam pada itu Ahmad turut mengingatkan penduduk yang bakal mendiami rumah pangsa berkenaan supaya tidak menjual rumah itu yang dibina kerajaan untuk keselesaan rakyat.

Kerajaan negeri membina rumah mampu milik di setiap Dewan Undangan Negeri bagi membantu golongan isi rumah berpendapatan di bawah RM3,000 yang belum mempunyai rumah sendiri. – BERNAMA

Anda mungkin juga meminati:

80% Pembinaan Rumah Mampu Milik Di T'ganu Siaphttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/FW317413_TR06_060314_RUMAH_.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/FW317413_TR06_060314_RUMAH_-150x150.jpgMyNewsHub Terkini

KUALA TERENGGANU - Sebanyak 80 peratus daripada keseluruhan 10,000 unit rumah mampu milik yang disasarkan kerajaan Terengganu kini siap dibina dan sedia untuk penyerahan surat tawaran tidak lama lagi. Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata sehingga kini lebih 8,000 rumah telahpun dibina dan projek perumahan akan diteruskan bagi mencapai...

KUALA TERENGGANU - Sebanyak 80 peratus daripada keseluruhan 10,000 unit rumah mampu milik yang disasarkan kerajaan Terengganu kini siap dibina dan sedia untuk penyerahan surat tawaran tidak lama lagi. Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata sehingga kini lebih 8,000 rumah telahpun dibina dan projek perumahan akan diteruskan bagi mencapai sasaran yang ditetapkan. "Ini merupakan penyerahan kedua selepas pangsapuri Ladang Gemilang. Pada bulan Jun ini pula kita jangka akan serah surat tawaran di Pangsapuri Hiliran di sini serta di Kemasik (Kemaman) manakala 500 unit rumah pangsapuri di Telok Kalong masih dalam pembinaan," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis penyerahan surat tawaran rumah pangsapuri mampu milik kepada 92 keluarga yang merupakan kumpulan pertama di rumah pangsa Kampung Batin, Seberang Takir di sini. Terdapat 722 unit rumah di 19 blok bangunan empat tingkat dilengkapi kemudahan dewan dan surau yang dibina di kawasan berkeluasan 9.81 hektar dengan kos keseluruhan RM101.8 juta. Dalam pada itu Ahmad turut mengingatkan penduduk yang bakal mendiami rumah pangsa berkenaan supaya tidak menjual rumah itu yang dibina kerajaan untuk keselesaan rakyat. Kerajaan negeri membina rumah mampu milik di setiap Dewan Undangan Negeri bagi membantu golongan isi rumah berpendapatan di bawah RM3,000 yang belum mempunyai rumah sendiri. - BERNAMA

 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved