ads

Ahad, 14 Julai 2013

13 di setiu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di setiu - Google Blog Search


TOO GOOD TO BE TRUE: WW : Lunch <b>Di</b> Sg. Tong, <b>Setiu</b>

Posted: 09 Jul 2013 09:47 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]Edisi terhad "Konvesyen Usahawan Muslim 2013″ - Jam menunjukkan waktu 2.56 pagi. Saya baru sahaja pulang berjumpa rakan-rakan lama dari sebuah kedai di kawasan perumahan saya. Banyak topik yang diperbincan.

13 di gong kedak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di gong kedak - Google Blog Search


BLOG TERENGGANU: 13 <b>di gong kedak</b> - Google Blog Search

Posted: 28 Jun 2013 07:24 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

6 Mac 13 : Pangkalan Udara <b>Gong Kedak</b> Mendoakan Keselamatan <b>...</b>

Posted: 06 Mar 2013 07:31 AM PST

Pangkalan Udara Gong Kedak Mendoakan Keselamatan Anggota Di Lahad Datu  Pangkalan Udara Gong Kedak Mendoakan Keselamatan Anggota Di Lahad Datu

GONG KEDAK, 6 Mac 13 – Satu Majlis Tahlil dan Solat Hajat peringkat Pangkalan Udara Gong Kedak telah diadakan berikutan tercetusnya pergolakan di Lahad Datu dan Sempoerna, Sabah. Majlis ini juga bertujuan untuk memohon restu agar Ops Serkap yang sedang dijalankan oleh anggota Pangkalan Udara Gong Kedak serta anggota ATM yang lain di lokasi tersebut berjalan dengan lancar dan selamat. Majlis telah dihadiri oleh hampir kesemua warga pangkalan.

13 di ketengah jaya - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di ketengah jaya - Google Blog Search


BLOG TERENGGANU: 13 <b>di ketengah jaya</b> - Google Blog Search

Posted: 28 May 2013 01:25 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG TERENGGANU: 13 <b>di ketengah jaya</b> - Google Blog Search

Posted: 10 Dec 2012 01:38 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Video Pelajar Perempuan <b>Ketengah Jaya</b> Bergaduh <b>Di</b> Surau | 3gp <b>...</b>

Posted: 09 Dec 2012 03:56 AM PST

Jika ada pencari yang menggunakan Google atau Yahoo dan search beberapa perkataan, blog aku ini akan berada di ranking yang agak tinggi. Pencari-pencari perkataan sebegitu at least ada few hundreds per day. Kesian juga, kerana often enough they will not get what they really wants. Do not blame me, salahkan Google, Yahoo atau apa-apa search engine yang kau gunakan. Ada diantara perkataan yang dicari itu tidak begitu indah, seperti tajuk blogpost ini, mostly information related to sex dan pornography.

~3gpbudaksekolah.com

Description:

default Video Pelajar Perempuan Ketengah Jaya Bergaduh Di Surau

Konvoi Samseng Mazlan Aliman gagal | The Unspinners

Posted: 06 Dec 2012 10:45 PM PST


Sepatutnya hari Jumaat, datanglah masjid awal-awal dan buat iktikaf. Puak-puak PAS di Terengganu  ni lain pula.

Hari ini jugalah mereka nak buat Kembara Oren konon nak selamatkan Felda di Terengganu. Entah apa yang nak diselamatkan apabila semua tempat dah reject si Mazlan Alimin.

Dia orang nak syok sendiri tiada siapa boleh tahan. Ini negara merdeka dan sesiapa bebas untuk bersuara asal tak bawa budaya samseng dan huru harakan keadaan keamanan awam.

Membantu puak-puak PAS bengong ini untuk syok sendiri adalah Satipul Bahri Mamat, Timbalan YDP PAS Dungun yang melepaskan kembara begong di Ketengah Jaya pada pukul 9 pagi.

Tujuan yang disebut adalah untuk memberi penerangan kepada warga Felda tapi sebenarnya membuat fitnah Felda telah menggadai nasib peneroka.


Tengoklah risalah yang dijaja. Ini bukan penerangan tapi penipuan dan budaya politik samseng. Sabar aje lah Tan Sri Isa. Lagi difitnah, lagi banyak pahala Tan Sri dapat.

Konvoi tersebut akan ke Felda Kertih 2, Kertih 3, Jerangau, Bukit Bading dan Tenang.

Mereka canangkan 110 kenderaan akan sertai konvoi tetapi yang ada hanya 25 orang saja. Di pelancaran Ketengah Jaya pun hanya dihadiri 50 org peserta konvoi yang BUKAN pun peneroka.


Dalam masa sama peneroka Felda Ketengah Jaya sendiri hadhir seramai 200 orang peneroka (bkan impot macam PAS) membantah Kembara Oren ini.

Belum start dah gagal. Balik kampung la Mazlan Alimin ... mana mamat ni ada kampung? Kampung sendiri  pun tolak dia!

13 di pulau wan man - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di pulau wan man - Google Blog Search


BLOG TERENGGANU: 13 <b>di pulau wan man</b> - Google Blog Search

Posted: 17 Jun 2013 11:20 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Taman Tamadun Islam <b>di</b> Kuala Terengganu: Review? | Cuti Malaysia

Posted: 28 May 2013 05:02 PM PDT

Bercuti Terengganu Taman Tamadun Islam

Satu lagi tempat jalan-jalan menarik di Kuala Terengganu  ialah Taman Tamadun Islam. Lokasinya ialah di Pulau Wan Man, dalam daerah Losong bersebelahan Muzium Negeri Terengganu. Taman Tamadun Islam yang pertama diMalaysia ini dibina berlatar belakangkan sungai Terengganu. Cantik betul pemandangan di sini, paling best sebab berangin.

Hendak ke Taman Tamadun Islam, jika inginkan kelainan bolehlah mencuba naik bas Bandar yang unik tu. Boleh ambil dari Taman Shahbandar Kuala Terengganu. Dengan bayaran hanya RM1, bas Bandar ni akan terus membawa anda ke Muzium Negeri dan seterusnya ke Taman Tamadun Islam. Suka tengok bas ni, klasik!

bas bandar taman tamadun islam

  • Lokasi: Pulau Wan Man, Kuala Terengganu (Bersebelahan Muzium Negeri)
  • Waktu Operasi: 10 am – 7pm Setiap Hari
  • Bayaran Masuk Taman Tamadun Islam: Percuma
  • Bayaran Masuk Taman Monumen Islam: RM20 Dewasa / RM15 Kanak2 7-12 Thn / PERCUMA Kanak2 Bwh 7 Thn
  • Bayaran Terengganu River Cruise: RM20 Dewasa / RM15 Kanak2 7-12 Thn / PERCUMA Kanak2 Bwh 7 Thn
  • Menarik di Taman Tamadun Islam: Masjid Kristal, Taman Monumen, River Cruise

Untuk lebih detail pakej yang disediakan sila rujuk sini;

Tiket Taman Tamadun Islam

Dalam Taman Tamadun Islam inilah terletaknya Masjid Kristal dan Taman Monumen Islam serta Terengganu River Cruise. Ini ialah Masjid Kristal atau masjid terapung. Cantik kan, rekabentuknya memang lain dari yang lain. Masjid Kristal juga merupakan salah satu ikon Negeri Terengganu.

Masjid Kristal di Taman Tamadun Islam

Dari Masjid Kristal Cuti Malaysia ke Taman Monumen. Masuk ke sini, anda diberi Passport atau buku paduan perjalanan, baucer Kedai Cenderamata dan baucer F&B di kafenya.

Taman Monumen do Taman Tamadun Islam

Bagi Cuti Malaysia, boleh dikatakan tempat ni ala ala Taman Tema Islam dimana 21 replika mercu tanda Islam terpilih dari seluruh dunia dibina di sini. Memang cukup menarik kerana berpeluang mengenali mercu tanda negara negara Islam seluruh dunia. Untuk gambaran apa yang ada di sini, boleh rujuk peta interaksi Taman Tamadun Islam ni.

Taman Tamadun Islam

Di sini antara monumen paling menarik termasuklah Taj Mahal di India, Dome of Rock (Kubah As Sakhra) di Palestin, Kincir Air,  Masjid Sulaimen Turki dan Menara Kalyan dari Uzbekistan. Antara monumen ini, disediakan mini Muzium dan tayangan video yang menerangkan tentang monumen tersebut dengan lebih terperinci. Terdapat juga monumen yang anda boleh masuk ke dalamnya. Cuti Malaysia aritu berpeluanglah masuk ke Kubah As Sakhra atau lebih dikenali sebagai Dome of Rock. Kalau anda pernah dengar kisah sebiji batu yang ingin mengikut Rasulullah ke langit pada kejadian Isra Mikraj tapi tak diizinkan lalu batu itu kekal terapung hingga kini. Di kubah AsSakhra inilah terletaknya batu terapung ini.

Untuk menjelajah Tamadun Islam, ada disediakan beberapa pilihan kenderaan untuk anda, dari basikal untuk seorang hinggalah basikal untuk 6 orang. Ada juga tram dan buggy. Semuanya berlainan harga. Cuti Malaysia bawa budak-budak lebih senang menggunakan tram dengan bayaran RM3 seorang dewasa.  Diakhir lawatan jangan lupa guna baucer Kedai Cenderahati dan membasahkan tekak di CafĂ© Taman Tamadun.

Selain Masjid Kristal dan Taman Monumen Islam, di sini juga ada disediakan perkhidamatan Cruise Sungai Terengganu. Time Cuti Malaysia selesai jalan-jalan di Taman Monumen dah lewat petang, Cruise pun dah tutup. Lain kali datang lagi mesti cuba hee..

Layan dulu beberapa gambar Cuti Malaysia di Taman Tamadun Islam;

Gambar Taman Tamadun Islam

Sememangnya banyak tempat jalan menarik di Terengganu. Jom Cuti Cuti Malaysia Terengganu 2013!

aLw!z b3 my baby: Tempat-tempat menarik <b>di</b> Kuala Terengganu

Posted: 11 Jun 2013 12:00 AM PDT

alamak! ada yang request suh aku cepat² update percutian Kuala Terengganu ler.. huhuhu.. so demi tak menghampakan peminat² mak *muntah ijou  meh la aku up sikit. tapi gambo je la banyak eh. untuk details tempat-tempat menarik di Kuala Terengganu nanti aku buat entry lain... atlis entry ni leh ler bagi gambaran kat korang ape yang best kat ganu nih. :-)


1) Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu

kat Pantai Batu Burok ni memang meriah.. macam² aktiviti boleh buat - naik kuda, main layang², main ATV, ada playground, gerai² jual air, kepok lekor, etc. sangat meriah!
2) Taman Monumen, Taman Tamadun Islam
 
Salah satu tempat yang wajib singgah klu pegi KT. Taman Monumen ni terletak di Pulau Wan Man dan mengandungi replika-replika senibina Islam di seluruh dunia. untuk details nanti aku buat entry lain yer...
salah satu monumen kat sini - The Dome of Rock
(Kubah As-Sakhrah, Baitul Muqqaddis, Palestin)

3) Taman Tamadun Islam River Cruise

selain Taman Monumen, kat Taman Tamadun Islam ni jugak ada river cruise. perjalanan naik cruise mengelilingi Pulau Duyong amik masa lebih kurang 45 minit. oh, kat sini jugak terletaknya Masjid Kristal yang cantik tu..

4) Keropok Lekor Bukit Tok Beng (BTB)

ni ler kedai kepok lekor yang femes tuh. kepok paling sedap kat ganu katanya... kedai ni terletak di Kg. Bukit Tok Beng yer. terbukti memang sedap. kena dengan tekak aku.

5) Pasar Payang Kuala Terengganu

yang kaki soping mesti suke datang tempat ni specially mak-mak kite... huhuhu.. habis semua nak diborongnya... macam² jenis makanan mak aku beli. haih. aku tak beli pape pon. cuci mata jer.. panas la kat dalam nih. telur penyu - ape rasa ek??

6) Pantai Teluk Ketapang

Terengganu ni banyak pantai tapi banyak yang tak boleh mandi. huhuhu... takat bergambo je ler kat sini. huhuhu...

7) Ikan Celup Tepung ICT, Pantai Teluk Ketapang

dah alang² sampai Pantai Teluk Ketapang, jom pekena ikan celup tepung yang femes emes tuh... ada banyak kedai ict kat sini.. ada ikan, ketam, udang, sotong, cendawan.. mabelesss...

8) Air Buah Gelas Besar Terengganu

kedai ni terletak di Seberang Takir.
.
gelas die memang besar gabak hokey. aku share air ngan mak. itu pun jenuh nak abiskan. gelas besar ni harga RM3.50 sajok. murah giless... dah la sedap.pekat.pior punya.

9) I-City Pulau Warisan
.

kat Ganu pon ada I-city hokey. tapi takde la semeriah kat Shah Alam tu.. boleh la nak lepak memalam amik angin laut.

10) Masjid Tengku Tengah Zaharah (Masjid Terapung)

singgah sini untuk solat isyak.

11) Selly Seafood Kuala Ibai

aku rasa tempat makan ni agak femes kat sini.. orang yang datang makan omakkaii.. ramai giless... nasib la lakiku booking siap². sampai jer, tunggu kejab makanan pun sampai. sos ikan bakar die style sekinchan skit... tak guna air asam tuh...

seingat aku itu je la kot tempat² yang aku sempat singgah masa pegi KT baru nih.. ada lagi tempat menarik tapi tak tersinggah la wei.... huhuhu... korang google la ek klu nak tau ape yang best lagi kat KT nih.


Taktau nak komen ape, LIKE pon boleh. TQ ♥

di negeri terengganu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri terengganu - Google Blog Search


UMNO Online - Kemenangan BN <b>Di Kuala</b> Besut Penting Untuk <b>...</b>

Posted: 11 Jul 2013 09:12 PM PDT

Kategori Timbalan Presiden UMNO

Kemenangan BN Di Kuala Besut Penting Untuk Kestabilan Terengganu – Muhyiddin

KUALA BESUT, 12 Julai – Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata peranan dan kemenangan calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut penting untuk kestabilan pentadbiran dan pembangunan Terengganu.

Timbalan Perdana Menteri berkata bagi memastikan keadaan stabil dikekalkan, BN mempertaruhkan calon Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman, kerana yakin ketokohan dan latar belakang yang dimiliki bekas jurutera itu mampu menarik sokongan pengundi untuk kekal memilih BN sebagaimana pilihan raya umum yang lalu.

"Peranan calon penting kerana DUN Terengganu kini tidak menentu tetapi saya harap selepas 24 Julai politik di negeri ini kembali dan kekal stabil di bawah BN.

"Saya punyai penuh keyakinan berdasarkan ketokohan, kelulusan, pengalaman dan latar belakang calon dan keluarganya BN mampu mendapat sokongan," katanya pada sidang media selepas tamat proses pencalonan di Kompleks Rakan Muda Kuala Besut di sini hari ini.

Hadir sama calon BN Tengku Zaihan dan Timbalan Pengarah Pilihan raya BN bagi pilihan raya itu, Datuk Seri Idris Jusoh.

Muhyiddin, yang juga Pengarah Pilihan Raya BN bagi DUN Kuala Besut mengulangi keyakinan yang BN mampu mengekalkan kerusi itu dengan pertambahan majoriti kerana berdasarkan laporan yang diterima, tiada isu besar yang perlu ditangani kerana kebanyakannya telah diselesaikan pada PRU13 lepas.

Pada PRU13, BN menerusi calonnya, Dr A.Rahman Mokhtar menewaskan calon Pas Napisah Ismail dengan majoriti 2,434 undi. Beliau meninggal dunia pada 26 Jun lalu akibat kanser paru-paru.

Timbalan perdana menteri berkata pemilihan Tengku Zaihan bukan sahaja mampu meneruskan kecemerlangan pembangunan yang dibawa Allahyarham, malah calon muda itu dilihat mampu membawa suara dan inspirasi generasi muda di Kuala Besut ke peringkat sepatutnya.

"Isu berhubung kait dengan soal pertanian dan perikanan juga telah diambil kira, namun apa-apa isu berbangkit berhubung perkara itu akan ditangani semasa tempoh berkempen.

"Dengan terpilihnya Tengku Zaihan nanti, masalah tersebut akan dapat dilihat dengan lebih dekat," katanya.

Berhubung kempen, Muhyiddin berkata gerak kerja BN akan disesuaikan dengan bulan Ramadan, namun cara berhemah yang bakal,dipraktikkan itu, tetap berkesan kepada pengundi.

Beliau berkata Kuala Besut dan Besut secara amnya bukanlah kawasan yang asing bagi BN kerana pemimpin dan wakil rakyatnya telah lama bertapak di situ dan sudah tentu masyarakat setempat tahu apa yang boleh wakil BN tawarkan.

Pembangunan infrastruktur, fizikal dan syiar Islam yang dibawa pemimpin BN ke kawasan itu jelas menunjukkan BN mendapat sokongan lebih baik daripada masyarakat setempat.

Ditanya apakah BN bimbang dengan slogan 16-16, yang merujuk kedudukan DUN Terengganu sekiranya Pas menang pada pilihan raya kecil itu, Muhyiddin berkata beliau tidak mahu membuat jangkaan kepada perkara yang belum tentu terjadi.

"Saya tak fikir kita perlu pergi melangkaui sempadan, dengan membuat andaian-andaian yang tidak tentu berlaku. Lebih baik tumpu pada proses pilihan raya, selesaikan dan Insya-Allah kita akan dapat mengatasi segalanya.

"Saya juga tak mahu komen pasal parti lawan, yang saya tahu saya nak jual produk saya, produk kita ialah Tengku Zaihan, calon berkaliber, ada kelulusan, anak seorang ustaz, profesional dan orang muda dan saya fikir pengundi Kuala Besut bijak untuk menimbang apa yang perlu mereka lakukan," katanya.

Muhyiddin kemudian meluangkan masa melawat bekas senator dan bekas Ketua Wanita UMNO Terengganu, Wan Ramlah Ahmad, 67, yang menghidap masalah darah tinggi di Kampung Paya Rawa, kira-kira 200 meter dari tempat penamaan calon.

Pilihan raya kecil itu menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Tengku Zaihan dengan calon Pas Endot@Azlan Yusof.

Berita Bertarikh Pada 12 July 2013 12:12 PM

13 di bukit besi - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di bukit besi - Google Blog Search


Tiada kesan rogol pada mayat di LPT <b>Bukit Besi</b> ABN News | BM

Posted: 07 Jul 2013 06:17 AM PDT

KUALA TERENGGANU – Polis Terengganu mengesahkan mayat wanita yang ditemui di Kilometer 41.1, Lebuhraya Pantai Timur (LPT) Bukit Besi-Kuala Terengganu berhampiran Kampung Sungai Ular, semalam tiada kesan rogol.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner K.Manoharan berkata, hasil bedah siasat mendapati wanita yang ditemui tanpa identiti itu mati setelah cedera teruk di kepala dan dada akibat hentakan objek tumpul. 

Katanya, siasatan terperinci berhubung penemuan mayat itu masih dijalankan dan pihaknya tidak menolak kemungkinan mangsa mungkin maut akibat kemalangan.

"Ketika ditemui pihak polis tidak menjumpai sebarang senjata tajam dan kita masih menyiasat sama ada mangsa terlibat dalam kemalangan, mangsa langgar lari ataupun kejadian jenayah. Ini kerana ketika ditemui mangsa hanya memakai baju T-shirt berwarna oren dan berseluar dalam.

"Namun setelah bedah siasat dijalankan pihak hospital mengesahkan tiada kesan rogol pada mayat berkenaan walaupun dijumpai dalam keadaan mengaibkan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Semalam seorang pengawal keselamatan menemui mayat wanita itu dalam keadaan mengaibkan di kaki lima lebuhraya berkenaan kira-kira pukul 7 pagi.

Mayat yang berusia 40-45 tahun berketinggian 153 sentimeter, berkulit putih, berbadan gempal dan berambut lurus paras leher ditemui terlentang di tempat kejadian.

Manoharan berkata, hasil pertanyaan daripada penduduk kampung mendapati mangsa bukan penduduk tempatan.

Beliau meminta orang ramai yang melihat kejadian atau terlanggar sesuatu ketika melalui lebuhraya itu segara menghubungi polis bagi membantu siasatan.

"Orang ramai yang kehilangan saudara mara dan rakan yang kenal atau telah kehilangan kawan segera hubungi pihak polis untuk pengcaman mayat," katanya.  - Bernama

 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved