ads

Jumaat, 26 April 2013

13 di marang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di marang - Google Blog Search


HOT - Pulau Memulau Masih Berlaku <b>Di Marang</b> ! | dinturtle <b>...</b>

Posted: 31 Mar 2013 07:42 PM PDT

Menarik bila blog baru klik- TEGANUHOT menyiarkan kembali video kekecohan semasa PRU12 di Marang beserta dengan contoh2 tindakan para penyokong Pas yang tidak demokratik dalam berdepan dengan persaingan dari Umno BN.

Antaranya -

3 - Paling besar dan paling ketara adalah tindakan PULAU-MEMULAU yang masih diamalkan secara berleluasa terhadap sesiapa saya yang menyokong parti lawan secara terbuka. Tindakan ini tidak terhad semasa musim pilihanraya tapi setiap hari selama kebencian membara dihati.

Bukan saja melibatkan orang dewasa / pengundi tapi juga seluruh keluarga termasuk kanak-kanak. Keluarga mangsa akan disisihkan dari masyarakat kampung yang rata2 merupakan sanak saudara juga. Mereka yang bukan penyokong Pas juga terpaksa akur dan pulau sama kerana takut di kenakan tindakan yang sama.

Setiap pergerakan ahli keluarga akan dipantau oleh agen2 parti dan sebarang interaksi dengan orang kampung lain akan diperhatikan dengan penuh syak wasangka. 

Kenduri kendara mereka yang dicop sebagai penyokong tegar Umno akan diboikot dan kejadian kes kematian yang tidak dikunjungi orang kampung masih berlaku. 

Walaupun kejadian pulau memulau ini sudah semakin kurang tapi ia masih berlaku dan dikhuatiri akan kembali panas semakin kita menghampiri PRU13.

Apa yang dapat saya rumuskan adalah - Pas sebenarnya TAKUT untuk berdepan secara telus dengan Umno BN. Habis tu kenapa perlu Pas melakukan semua tindakan pulau memulau dan provokasi sebegitu terhadap mereka yang dilihat sebagai menyokong Umno ?

Hak rakyatlah nak sokong sapapun. Ada yang sokong Pas, ada yang sokong Umno - HAK MASING2 ! Kenapa nak di halang / dimarahi kalau ada rakyat yang tidak menyokong Pas ?

Kalau dengan Dap pemimpin2 Pas boleh BERSETUJU UNTUK TIDAK BERSETUJU, kenapa dengan Umno, Pas tidak boleh lakukan yang sama ? Maksud saya dalam konteks fahaman politik, masing2 menghormati pilihan masing2 ... dan kehidupan diteruskan dalam keadaan aman damai... Tidak bolehkah begitu ?

Dap yang terang2 menolak Hudud dan masih mengekalkan pendirian sanggup mati dari melihat Hudud dilaksanakan pun Pas masih boleh terima dan berpelukan, kenapa sesama Islam Pas mahu bermusuhan ketahap pulau memulau ?

Hati kecil saya kuat mengesyaki yang Hadi bersikap HIPOKRIT dalam soal hubungan Pas-Dap dan Pas-Umno ini. Maksud saya, saya syak Hadi tidak konsisten. 

Didepan media Hadi akan bercakap seolah Pas sudah liberal dan tidak lagi mengambil pendekatan ekstrim sepertimana dulu2 yang menyaksikan hubungan Pas-Dap sering bergolak tapi bila bercakap didepan orang kampung, Hadi akan kembali memakai topeng ekstrimnya.

Makanya tidak hairanlah jika pemimpin2 Pas seperti Hadi tidak mahu melihat penyokong2 Pas mesra media arus perdana kerana jika mereka terdedah kepada lapuran2 tentang betapa terbukanya Hadi dan Pas sekarang, pastinya ketaksuban mereka kepada pemimpin dan parti akan tergugat.

Hadi mahu terus mengongkong minda orang Pas dalam tempurung ketaksuban agar mereka terus menyokong beliau secara membabi buta. 

Contohnya .....


Kenapa didiamkan saja perlakuan pulau memulau penyokong Pas terhadap orang Umno sedangkan dengan Lim Kit Siang, Hadi boleh berpelukan mesra ?

Kenapa orang Pas didiamkan saja permusuhan mereka dengan orang Umno sedangkan Nik Aziz sendiri sanggup merantau jauh ke Pulau Pinang semata2 mau diraikan dengan kek harijadi oleh Karpal Singh ..... kemudian bersalaman hormat dan mesra dengan manusia yang sanggup mati dari melihat hudud dilaksanakan dinegara ini ?



Tidak bolehkah pemimpin2 Pas menggalakkan pengikut mereka meraikan Harijadi dengan kek bersama-sama orang Umno kemudian mereka turut dianjurkan supaya berpelukan dan bersalaman dengan orang Umno sepertimana yang dilakukan Nik Aziz bersama Karpal ?

Apa yang saya lihat - Ketaksuban orang Pas perlu dikekalkan oleh pemimpin mereka demi menjaga fixed deposit undi Pas.

13 di paka - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di paka - Google Blog Search


BLOG TERENGGANU: 13 <b>di paka</b> - Google Blog Search

Posted: 18 Apr 2013 10:00 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Hartanah Untuk Dijual: Banglo Setingkat <b>di Paka</b> Dungun

Posted: 02 Apr 2013 07:32 PM PDT

LOKASI : TAMAN MURNI PERDANA FASA III
PINTU & TINGKAT DIPASANG GRILL
KELUASAN TANAH : 520 METER PERSEGI
STATUS TANAH : PAJAKAN 99 TAHUN
KELUASAN LANTAI : 1524 KAKI PERSEGI
DEPOSIT : 10%  dari Harga Jualbeli
EARNEST DEPOSIT : 3% dari Harga Jualbeli
Baki Deposit 7% dari Harga Jualbeli
semasa menandatangani Surat Perjanjian Jualbeli
URUSAN PINJAMAN & GUAMAN DISEDIAKAN

13 di gong kedak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di gong kedak - Google Blog Search


BLOG TERENGGANU: 13 <b>di gong kedak</b> - Google Blog Search

Posted: 01 Mar 2013 07:38 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

19 Nov 12 : Pangkalan Udara <b>Gong Kedak</b> Merasmikan Program <b>...</b>

Posted: 19 Nov 2012 02:40 AM PST

[unable to retrieve full-text content]GONG KEDAK, 19 Nov 12 – Majlis pembukaan perasmian Program Body Mass Index (BMI) Siri 2/12 telah diadakan bertempat di Galeri Sejarah PU Gong Kedak pada 19 Nov 12. Majlis ini telah disempurnakan oleh Pegawai ...

16 Feb 13 : Majlis Ramah Mesra Menteri Pertahanan Bersama <b>...</b>

Posted: 16 Feb 2013 01:18 AM PST

[unable to retrieve full-text content]GONG KEDAK, 16 Feb 13 – Menteri Pertahanan, Dato' Seri Dr Ahmad Zahid bin Hamidi telah meluangkan masa beramah mesra bersama warga TUDM di dalam program lawatan kerjanya ke Pangkalan Udara Gong Kedak.

RAKYAT MARHAEN: Jenazah 2 komando diterbangkan dari Tawau

Posted: 01 Mar 2013 07:08 PM PST

LAHAD DATU - Jenazah dua anggota komando polis komando VAT 69 yang terkorban semalam dalam insiden tembakan membabitkan kumpulan penceroboh bersenjata dari Selatan Filipina di Kampung Tanduo di sini diterbangkan ke ibu negara awal hari ini.

Penerbangan itu pada asalnya dijadual tiba lewat malam tadi.

Jenazah kedua-dua anggota itu diterbangkan ke Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang dari Lapangan Terbang Tawau pada pukul 7.55 pagi dengan pesawat Charlie.

Anggota yang terkorban dari Kem Ulu Kinta itu ialah Insp Zulkifli Mamat, 29, dan Kpl Sabarudin Daud, 46.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam TUDM Mejar Kamarulzaman Ali memberitahu Bernama, jenazah Zulkifli akan diterbangkan ke Pangkalan Udara TUDM Gong Kedak, Kelantan untuk dikebumikan di kampung halamannya di Kampung Kubang Ikan, Besut, Terengganu.

Jenazah Zulkifli yang akan diterbangkan dengan menaiki pesawat CN235 dari Subang akan diiringi balunya, Noraziah Noor dan dua anak lelaki, katanya.

Sementara jenazah Sabarudin pula akan dikebumikan di kampungnya di Sungai Lias, Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor.

Allahyarham meninggalkan balu, Nurunisa Abu Bakar dan tiga anak -- dua lelaki dan seorang perempuan.

Jenazah kedua-dua anggota polis komando itu disembahyangkan di Masjid Batalion 17 Pasukan Gerakan Am di sini lewat malam tadi sebelum diterbangkan ke Subang.

Dalam kejadian tembakan semalam, tiga anggota komando turut cedera iaitu Kpl Mohd Tarmizi Hashim, 32, Kpl Azman Ampong, 39, dan Konstabel Mohamad Qaiyum'aiqal Zolkifli, 22. - Bernama

13 di pulau redang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di pulau redang - Google Blog Search


It&#39;s Aida4eva: REPOST : Pakej percutian <b>pulau Redang</b> bersama <b>...</b>

Posted: 24 Apr 2013 12:52 AM PDT

kat mana ye pulau redang?
Terletak di perairan Laut China Selatan merupakan salah satu daripada 9 buah pulau yang membentuk taman laut Kepulauan Redang, negeri Terengganu, Malaysia. Pulau Redang juga merupakan tapak pemuliharaan penyu yang penting. Terdapat 2 buah bangkai kapal yang bersejarah di kawasan perairan Pulau Redang iaitu H.M.S Putera Wales dan H.M.S Repulse yang telah ditenggelamkan di sini pada permulaan perang dunia kedua.
cantik ke pulau redang ni?
haaaa~ cantik takkkkkk???
orang gila je cakap tempat ni tak cantik.
berbaloi ke kalau ikut pakej Pulau Redang dengan AKASIA TRAVEL&TOURS ni??
 haha. dah lama aida nak pegi pulau ni. pemandangan cantik, laut yg biru.
teringin nak dengar bunyi laut malam-malam. hayati bayu laut, tgk ikan dalam laut yang jernih.
tapi disebabkan nun jauh di terengganu, nak pergi takde transport, mahal nak cari chalet, hotel bagai semua, nak cari aktiviti lagi, nak pikir makanan kat sana lagi. tu semua buat pelan nak berlibur terbantut.
 mujur ada pelan lengkap murah, berbaloi dan jimat dengan AKASIA TRAVEL&TOURS ni!

ni la pakej yang aida ceritakan dalam entry lepas tu ----> LINK
sangat berbaloi amek pakej ni..
murah! tak payah pening-pening nak fikir apa nak buat kat sana, apa nak makan kat sana, kat mana nak duduk, semua dah ditanggung beres!

pakej 3hari 2malam ni cover makan, penginapan, aktiviti dan pengangkutan.
wow!
complete set! murah! tak sampai rm500 pun!
tinggal korang enjoy je kat sana nanti. siap bercuti dengan artis lagi u'alls!
kelas kau jah!

tapi cepat2 booking!

limited to 65 people only!

30+ orang dah book!

so tinggal berapa seat je yang available lagi.
cepat-cepat-cepat book!!!

untuk booking, korang hanya perlu bayar rm50 untuk sahkan korang serius nak ikut.
teruja tak  korang???

grab it fast people!

*waaaaa. aku yang excited lebih ni*
^________^

haha. so cepat contact nombor di bawah ni untuk booking!

untuk pertanyaan lebih lanjut, hubungi :



atau korang boleh LIKE page :-
(klik je nama page ni atas ni ek untuk terus directing ke page tu)

p/s : bila tengok laut, hati jadi tenang. jiwa jadi lapang. terus jadi happy! :)

13 di besut - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di besut - Google Blog Search


Jurujual Diacu Golok Ketika Berkempen <b>Di Besut</b> - MyNewsHub

Posted: 25 Apr 2013 03:26 AM PDT


KUALA TERENGGANU – Seorang jurujual diugut dan diacu golok di Kampung Pengkalan Sentul Besut semalam ketika sedang mengiringi anggota sebuah parti berkempen dan merayu undi.

Kejadian dilaporkan berlaku kira-kira 11 pagi ketika mangsa bersama dua lagi rakannya menunggang motosikal untuk mengiringi sebuah kereta yang dinaiki tiga perayu undi untuk berkempen di kampung itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP K.Manoharan berkata ketika sampai di kampung itu, motosikal mangsa dihalang dua lelaki yang merupakan penyokong parti lawan.

Beliau memberitahu pemberita di sini hari ini, seorang daripada suspek tidak membenarkan mereka memasuki kampung berkenaan untuk berkempen sebelum bertindak menarik leher baju mangsa dan mengacukan sebilah golok pada lehernya.

"Ketika kejadian mangsa yang berusia 21 tahun itu ditugaskan untuk menjaga keselamatan tiga perayu undi tersebut namun lelaki berkenaan mengugut supaya mereka tidak menjalankan kempen di kawasan kampung mereka.

"Takut dengan kejadian itu mangsa berpatah balik dan terus membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Besut," katanya.

Manoharan berkata seorang daripada suspek berusia 45 tahun yang berasal dari Kampung Pengkalan Sentul menyerah diri di Balai Polis Besut kira-kira 12.30 tengah hari ini.

Sejam kemudian suspek kedua berusia 59 tahun dan berasal dari Kampung Padang Buluh Besut turut menyerah diri di balai yang sama dan polis juga berjaya merampas senjata yang digunakan untuk mengugut mangsa ketika kejadian. – Bernama

Iklan Teks:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

13 di pulau perhentian - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di pulau perhentian - Google Blog Search


Projek terbaru Perhentianraisya.com | Cuti-cuti Malaysia <b>di Pulau</b> <b>...</b>

Posted: 20 Apr 2013 02:20 AM PDT


Lama gak tak jenguk blog aku nis..

Skrg aku tgh sibuk membantu rakan menyiapkan web untuk Raisya KB Travel & Tours Sdn Bhd yang di beri nama PerhentianRaisya.Com. Web ini adalah sebuah web yang cuba mempromosikan Pulau Perhentian dan Pulang Redang sempena Tahun Melawat Terengganu 2013.

Kalu ada kelapangan jenguk2 la web http://perhentianraisya.com ni. Kalu yang berminat nak buat pakej seminar ker, pakej snorkeling ke, pakej diving ker, atau baru nak belajar diving atau saja2 nak bercuti di Pulau Perhentian boleh la usha-usha web ni atau boleh juga hubungi Kak Nora di talian tertera di dalam web tu.

13 di kuala terengganu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di kuala terengganu - Google Blog Search


KAPAL SELAM KD ALTANTUYA SUDAH BERLABUH <b>DI KUALA</b> <b>...</b>

Posted: 05 Apr 2013 06:24 PM PDT


AWAS!!!!! Kapal selam KD Altantuya sudah berlabuh di Kuala Terengganu bagi membantu kemenangan PAS/PR merampas Terengganu dari kerajaan zalim rasuah UMNO/BN.

Kapal selam KD Altantuya ini kini berada di Kg Nibong, Kuala Terengganu.

Cukup kreatif anak-anak muda kita sampai boleh membina satu kapal selam Altantuya berlambang logo PAS.

ANAK-ANAK MUDA HEBAT!!!....INS'YALLAH TERENGGANU AKAN KITA DAPAT.

13 di hulu terengganu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di hulu terengganu - Google Blog Search


Jawatan Kosong <b>di</b> Projek Hidroelektrik <b>Hulu Terengganu</b> | Hidup <b>...</b>

Posted: 26 Apr 2013 06:36 AM PDT

Assalamualaikum

Notis jawatan kosong

Memerlukan pekerja untuk jawatan berikut:

  1. Senior Engineer
  2. Senior Supervisor
  3. QC Engineer

Lokasi : Projek Hidroelektrik Hulu Terengganu

Hubungi : saipul@loh-loh.com.my atau 019 2164224 untuk maklumat lanjut.

Ciri-ciri utama projek ini termasuk empangan timbusan tanah setinggi 78m , terowong lencongan, terowong kuasa, alur limpah (spillway) , main intake struktur di Empangan Puah dan bilik kuasa bawah tanah.  Klik Projek Empangan Hidroelektrik Hulu Terengganu.

hulu terengganu hydroelectric project

Notis : Saya tidak  terlibat secara langsung dengan projek ini, segala urusan sila hubungi person in charge tersebut.

13 di kemaman - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di kemaman - Google Blog Search


Fitnah, PAS <b>di Kemaman</b> disaman 5 juta - Rakyat Tranung

Posted: 19 Apr 2013 10:25 AM PDT


Gara-gara mengedarkan risalah berunsur fitnah dan palsu berhubung Zoo Bukit Takal, Terengganu, Parti Islam Semalaysia (Pas) menghadapi tuntutan saman daripada Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) untuk menuntut ganti rugi RM5 juta.
Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 23 April bagi pengurusan kes itu untuk Pas memasukkan kehadiran.
Ini kerana ketika pengurusan kes tersebut hari ini, peguam Azwan Abdul Wahab yang mewakili MPK memberitahu pemberita, jika tiada sebarang respons sehingga tarikh tersebut, pihaknya akan memfailkan permohonan untuk mendapatkan penghakiman ingkar daripada Pas.
Dalam penyataan tuntutan, pada 7 September 2012, Pas telah menganjurkan Majlis Jamuan Hari Raya di bandar Chukai, Terengganu dan dihadiri oleh ahli-ahli defendan.
Dalam majlis itu, Pas selaku pihak defendan telah mengedar dan menyerahkan kepada orang ramai termasuk kakitangan plaintif yang melalui kawasan itu, satu risalah dua muka surat bertajuk Adun Chukai Baham Tanah 5 Ekar dan Fakta Zoo Bukit Takal.
Menurut plaintif, setelah meneliti risalah itu, MPK Kemaman mendapati isi kandungannya yang bertajuk Fakta Zoo Bukit Takal yang berlatarbelakangkan gambar pintu masuk zoo tersebut dengan logo plaintif dengan dua gambar dalam zoo yang mengandungi pernyataan fakta falsu dan berunsur fitnah.
Perkataan itu antaranya membawa maksud pihak berkuasa tempatan itu telah menyalahgunakan wang rakyat, melakukan pembaziran dalam pengurusan kewangan, tidak amanah, tidak cekap dan membina zoo yang tidak memberi manfaat kepada penduduk tempatan. - UTUSAN ONLINE

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20130419/ma_09/Majlis-Perbandaran-Kemaman-saman-Pas-tuntut-RM5-juta#ixzz2QvlcyYij
© Utusan Melayu (M) Bhd 

13 di kemasik - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di kemasik - Google Blog Search


teganuku: Bendahari UMNO Pekan <b>Kemasik</b> Lawan Calon BN, PAS <b>...</b>

Posted: 21 Apr 2013 01:42 PM PDT

Kerusi Dun Kemasik yang dianggap kubu kuat Barisan Nasional (BN) di Parlimen Kemaman menjadi tumpuan kerana menyaksikan perebutan tiga penjuru pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Ia berikutan Bendahari Umno Pekan Kemasik, Zulkiflee Salleh, 58, mencalonkan diri sebagai calon Bebas menggunakan lambang ikan, sekaligus menentang penyandang kerusi Dun Kemasik, Ir Rosli Othman dan calon Pas, Che Alias Hamid.

Zulkiflee berkata, keputusannya bertanding bukan dirancang sebaliknya dilakukan spontan berikutan tidak berpuas hati dengan calon Barisan Nasional (BN) di kerusi itu yang diumumkan pucuk pimpinan BN negeri.

"Tiada niat untuk saya lawan parti atau pun nak kejar pangkat tetapi saya dah lama sabar dan saya anggap ini keputusan terbaik yang saya ambil.

"Saya ibarat lilin yang membakar diri, demi rakyat di Kemasik saya ambil keputusan nekad ini kerana ramai sebenarnya yang tidak setuju (dengan calon) tapi tak berani tampil," katanya selepas mengisi dan menyerahkan borang penamaan calon di Majlis Perbandaran Kemaman (MPK), Chukai, kelmarin.

Zulkiflee memilih simbol ikan kerana dia seorang penjual ikan dan berniaga ikan sejak berusia 18 tahun.

"Saya yakin mampu menang di Dun Kemasik dengan sokongan rakyat Kemasik yang mahu isi hati mereka didengari," katanya.

Sementara itu, Ir Rosli berkata, walaupun undi berpecah dengan persaingan tiga penjuru tetapi ia tidak akan mengganggu majoriti kemenangan yang akan diperoleh BN.

"Dengan adanya calon Bebas, kita akan lakukan sedikit perubahan dari segi strategi untuk memancing undi. Kita akan lebarkan lagi strategi," katanya.

Pada penamaan calon itu, Zulkiflee menyerahkan borang pada jam 9.03 pagi, diikuti Ir Rosli pada jam 9.16 pagi. Penyerahan borang itu disusuli calon Pas, Che Alias pada jam 9.21 pagi yang dicadangkan Mohamad Mahadi Nawi dan disokong Mohd Rusman Rani.

Terdahulu, bagi Parlimen Kemaman, calon BN, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menyerahkan borang penamaan pada jam 9.02 pagi dan calon PKR, Kamarudin Chik pada jam 9.11 pagi.

Calon BN Dun Kijal yang juga Menteri Besar, Datuk Ahmad Said juga menyerahkan borang penamaan pada jam 9.02 pagi diikuti calon Pas, Hazri Jusoh pada jam 9.10 pagi, sementara bagi Dun Chukai, calon BN, Datuk Wan Ahmad Nizam menyerahkan borang pada jam 9.05 pagi manakala calon Pas, Hanafiah Mat pada 9.14 pagi.

Untuk Dun Air Putih, penyerahan borang penamaan dilakukan calon BN, Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar pada 9.02 pagi dan calon Pas yang juga pesara guru, Ab Razak Ibrahim pada jam 9.15 pagi.

13 di dungun - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di dungun - Google Blog Search


Penyokong PAS naik angin- seorang koma jatuh longkang <b>di Dungun</b>

Posted: 23 Apr 2013 02:26 PM PDT

Cybertrooper Pakatan Rakyat  melaporkan bahawa....

Satu pergaduhan telah berlaku di DUNGUN TERENGGANU,,, KETUA PERKASA bahagian dungun dan juga merupakan orang kuat mat said, koma setelah jatuh tersembam ke dalam longkang setelah di serbu oleh penduduk Dungun yang berang dengan lagak samseng beliau...

Kejadiannya berpunca daripada tindakan majlis perbandaran Dungun bertindak membuang bendera-bendera PAS di hadapan PASAR BUAH DUNGUN, sedangkan bendera umno tidak di buang.. lalu penyokong-penyokong PAS mempertikaikan HAL itu.. lalu datanglah Samseng taik kucing Perkasa mebuat kecoh di tempat tersbut ..

Penyokong-penyokong yang sedang panas dengan tindakan majlis perbandaran yg sememangnya di kenali sebagai barua umno bertambah panas bila samseng itu memaki hamun dan mngatakan PAS parti ajaran sesat .......   lalu berlakulah tolak menolak.

Semasa penyokong2 PAS mula menyerbu , dia cuba melarikan diri lalu jatuh ke dalam longkang dan terhantuk hingga berlaku perdarahan di kepala dan penyokong2 PAS datang meludah orang tersebut yg masih di dalam longkang saat itu,,, polis dtg tenteramkan keadaan dan penyokong umno yg ketakutan di situ mula mengangkat orang tersebut untuk dibawa ke hospital.. dan sehingga kini dia masih belum sedarkan diri...

Mangsa merupakan orang KEMAMAN .. ko ingat samseng ko jer.. ko pikir samseng orang simpan kat pajak gadai ? ke guaner?- Cybertrooper Pakatan Rakyat 

wakaka.... yang tak boleh tahan ayat brader kita ni. Perkataan yang gua rasa tak patut gua tukar dengan perkataan "orang tersebut"
Yang kelakarnya mamat tu cuba tunjuk hero. Dialah yang kuat, dialah perkasa dan segalanya. Baru kena sergah dah lari lintang pukang sampai longkang pun tak nampak. Punya la gelabah...Lagi memalukan jika penyokong PAS yang ada di situ hanya berkain pelikat sahaja. Nak rentap macam mana..... wakaka

13 di chukai - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di chukai - Google Blog Search


BLOG TERENGGANU: 13 <b>di chukai</b> - Google Blog Search

Posted: 15 Apr 2013 07:41 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

PERGH!!!! CERAMAH DEMI RAKYAT BERSAMA DSAI <b>DI CHUKAI</b> <b>...</b>

Posted: 09 Apr 2013 06:37 PM PDT


Siapa yang percaya kalau ceramah yang dihadiri DSAI sebagai penceramahnya, ceramah itu hambar, sunyi sepi dan lengang maka sahlah dia memiliki otak udang kering.

Bukan nak mengatalah...setakat ini setiap ceramah DSAI sudah pasti ribuan yang hadir.. sama ada dibandar, separa bandar, kampong-kampong tardisional, rancangan Felda,  jauh di pendalaman hatta dikubu kuat UMNO sekali pun.

Kalaulah beliau ini kaki peliwat, pengkhianat nmegara, ejen asing, penipu pembelit seperti ditomah dan difitnah oleh UMNO, mengapa rakyat turun beribu-ribu ditempat beliau mengadakan sesi ceramah?

Apakah UMNO sudah tidak mampu berfikir perkara yang semudah ini?

Ertinya apa?.. Ertinya rakyat sudah muak, bosan dan benci dengan penipuan dan fitnah yang sering dilontarkan oleh UMNO.

Contoh terbaik Ceramah Jelajah Merdeka Rakyat di Chukai, Kemaman, terengganu malam tadi.

Lihat saja jumlah dan angka rakyat tempatan yang hadir... Adakah rakyat selama in i termakan apa jua yang difitnah oleh UMNO terhadap DSAI dan Pakatan rakyat?

Pada malam ceramah tersebut DSAI telah mengumumkan Naib Pengerusi KeADILan Negeri terengganu, Sdr kamaruddin Chik sebagai calon PKR/PR bagi Parlimen Kemaman.

Rakyat sudah cerdik dan bertekad serta bangkit mau melakukan perubahan...Masa untuk UMNO menjadi pembangkang sudah sampai.

INI KALILAH TUKAR....JOM UBAH.... SELAMATKAN MALAYSIA.

Haji Hanafiah Untuk DUN <b>Chukai</b>

Posted: 08 Apr 2013 12:37 AM PDT

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita18/MPK%20cabut%20benderab.jpgKEMAMAN - Sudah lebih daripada dua kali pihak Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) mengarahkan para penguatkuasaya membuang bendera Parti Islam SeMalaysia (PAS) yang dipasang diatas jambatan Geliga, dekat sini.

Dalam kejadian semalam, Ahad 7 April, Ketua Urusan Ulamak Majlis Tindakan DUN (MTD) Chukai, Ustaz Ali Mohammad [Gambar berkopiah] sendiri telah turun, merayu bagi pihak PAS supaya bendera-bendera tersebut tidak diapa-apakan.

Namun, pihak pegatkuasa MPK tidak mempedulikan rayuan tersebut, bahkan terus mengambil tindakan.

Menurut Pengarah MTD Chukai, Haji Hanafiah Mat, pihaknya dimaklumkan 'kerja kotor' mencabut dan membuang bendera PAS tersebut telah diarahkan sendiri oleh Yang DiPertua MPK, Tuan Haji Mustafar Khalid.

"pihak (penguatkuasa) MPK maklum, kata mereka YDP Kemaman Mustafar Khalid suruh (cabut bendera) dan makluman dari para pegawai MPK, YDP suruh buang sebab YDP dah 'gila' nak jadi calon 'Dulu, Kini dan Selamanya' (Umno),"ujarnya ketika dihubungi.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita18/MPK%20cabut%20bendera1.jpgHaji Hanafiah yang juga Penolong Setiausaha Badan Perhubungan PAS Terengganu, tidak berada di dalam kawasan ketika kejadian berlaku semalam kerana beliau menghadiri program Dailog Manifesto PAS Terengganu yang di adakan di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM) di Taman Melewar Kuala Lumpur.

Menurutnya, pihak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) tidak ada halangan kepada parti-parti politik yang bertanding untuk memasang lambang masing-masing diluar waktu kempen, namun menasihati pihak berkuasa tempatan supaya menggunakan budi bicara secara adil dan saksama.

"Pengarah SPR Terengganu dah kata, tak larang nak pasang bendera luar kempen tapi pihak PBT mesti adil, kalau bendera dacing boleh dipasang mengapa bendera PAS tidak boleh, kalau di tempat lain yang lebih hebat macam jamabatan Sultan Mahmud penuh dengan bendera dacing mengapa bendera PAS di Jambatan geliga nak di kacau,

"sepatutnya Mustafar (YDP MPK) arah cabut bendera Umno kerana bendera 'keris telanjang' tu tak bertanding dalam PRU, nampak sangat Mustafar berat sebelah!,"jelas Hanafiah.

Justeru beliau mencabar supaya Mustafar meletakkan jawatan dan menjelaskan kedudukannya dengan masuk menyertai parti politik serta mencabar YDP MPK itu bertanding di DUN Chukai.

"kalau dah nak ke Umno sangat, letak jawatan.......... isi borang Umno.........masuk Umno dan saya cabar Mustafar bertanding di DUN Chukai,"tegas Hanafiah.

Isteri YB Adun <b>Chukai</b> Diragut | Terengganu Today

Posted: 19 Feb 2013 04:47 PM PST

Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. Dua peragut bersiri yang dipercayai turut terlibat dengan kes ragut beg tangan isteri Adun Chukai, Datuk Mohamed Awang Tera, akhirnya dicekup Jumaat lalu.

Dengan penangkapan itu, polis berjaya menyelesaikan 15 kes ragut di sekitar Kemaman.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Che Suza Che Hitam berkata, suspek pertama yang berusia 25 tahun ditangkap di sebuah rumah di Kampung Bukit Kuang kira-kira jam 9 malam.

Katanya, soal siasat ke atas lelaki itu membawa ke satu kawasan semak di Kampung Pengkalan Cicar, Bukit Kuang dan menjumpai beg hitam mengandungi buku akaun simpanan Tabung Haji atas nama isteri Adun Chukai, lesen memandu kelas D, kad pengenalan dan beberapa kad kredit.

"Kesemuanya atas nama yang sama (isteri Adun). Pada masa sama polis juga merampas sebuah motosikal jenis Yamaha SS yang dipercayai digunakan untuk tujuan ragut," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman, di sini, semalam.

Menurutnya, susulan penahanan suspek pertama itu, sepasukan polis menyerbu sebuah lagi rumah di kampung sama dan berjaya menangkap seorang lagi suspek yang berusia 23 tahun.

Kata Che Suza, soal siasat terhadap suspek kedua membawa pasukan polis ke sebuah rumah di Kampung Perpindahan  Bukit Kuang.

"Polis juga jumpa jam tangan dalam lipatan kain di dalam rumah itu," katanya.

Dalam kes ragut pada 12 Februari lalu, isteri Adun itu kerugian wang tunai RM1,700 apabila diragut suspek ketika sedang minum bersama beberapa rakan kira-kira jam 5 petang di sebuah kedai di Kemaman.

Suspek melarikan diri dengan motosikal bersama seorang lelaki yang menunggu di luar.

-sinar harian

di negeri terengganu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri terengganu - Google Blog Search


T E G A N U K I TA: Pertembungan tiga penjuru <b>di</b> Parlimen <b>Kuala</b> <b>...</b>

Posted: 19 Apr 2013 11:19 PM PDT

Oleh: Suriati Ali

Pertandingan bagi merebut kerusi Parlimen Kuala Terengganu menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Haji Mohd Zubir Embong (BN), Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad (Pas) dan Maimun Yusof, 94, (Bebas) .

Manakala empat Dewan Undangan Negeri (DUN) menyaksikan pertandingan satu lawan antara BN dan Pas di mana calon bagi kerusi DUN Ladang, Dato' Wan Ahmad Farid Dato' Wan Salleh (BN) akan ditentang oleh Dato' Haji Tengku Hasan Tengku Omar (Pas).

Kerusi DUN lain iaitu Wakaf Mempelam akan ditandingi oleh Wan Mahyuddin Wan Ngah (BN) melawan Abdul Wahid Endut (Pas); Batu Burok, Dato' Che Mat Jusoh (BN) dan Dr Syed Azman Syed Ahmad (Pas) dan calon bagi kerusi Bandar pula Dato' Toh Chin Yaw (BN) dan Azan Ismail (PKR).

Pengumuman dibuat Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Dato' Haji Adzlan Mohd Dagang di Stadium Negeri, Kuala Terengganu, kira-kira jam 11.30 pagi selepas tempoh penerimaan borang pencalonan tamat jam 10 pagi.

 Lebih 4,000 penyokong BN dan Pas yang mengiringi calon masing-masing dilihat tiba di perkarangan Stadium kira-kira setengah jam sebelum Pusat Penamaan Calon dibuka jam 9 pagi.

 

13 di bukit besi - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di bukit besi - Google Blog Search


Video Sejarah <b>Bukit Besi</b> | <b>Bukit Besi</b> Blog

Posted: 07 Apr 2013 09:10 AM PDT


Salam satu Malaysia. Video sejarah Bukit Besi adalah rakaman asli di dalam sekitar awal tahun 1950 atau 1960 iaitu di zaman kegemilangan perlombongan bijih besi di Bukit Besi, Dungun, Terengganu.
Di dalam video ini anda akan dapati bagaimana proses perlombongan bijih besi dilakukan dan kawasan-kawasan sekitar yang terdapat di Bukit Besi.
Manakala dalam video Sejarah Bukit Besi yang ketiga pula kebanyakkannya menceritakan tentang kehidupan para pekerja dan keluarga yang berkerja di Bukit Besi waktu itu. Bandar Bukit Besi pada waktu ini amat sesak dan amat dikenali, malah kegiatan serta aktiviti harian dapat dilihat di sini.
 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved