Kuasa Pemimpin dan Politik Malaysia PRU 13

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.. Dengar kate Terengganu akan mendirikan atau dengan bahasa yang lebih mudah difahami membina sebuah mini stadium di Hulu Terengganu.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said berkata tujuan mini stadium ini dibina adalah untuk menarik minat golongan remaja dalam mengembangkan bakat terpendam mereka dan mengurangkan golongan ini daripada terlibat dengan gejala-gejala negatif.

Beliau berkata kerajaan negeri telah meluluskan peruntukan sebanyak RM1.5 juta untuk kerja-kerja menambak tanah bagi tapak stadium berkenaan.

"Kita minta tender dikeluarkan segera kerana untuk mementapkan tanah memakan masa juga," katanya di sini.

Ahmad berkata kerajaan negeri telah mengenal pasti kawasan seluas lebih 10 hektar di Kampung Paya Besar di sini untuk pembinaan stadium itu.

Beliau berkata kos pembinaan mini stadium itu setakat ini belum dapat dipastikan dan ia masih dalam proses mereka bentuk.

"Kita perlu mengambil masa sebelum membina stadium kerana bimbang berlaku sesuatu yang tidak diingin sekiranya tanah tidak mantap," katanya.

Ahamd berkata setakat ini Kemaman dan Besut sudah memiliki stadium mini masing-masing tetapi kedua-dua stadium itu sudah lama dan tidak sesuai lagi dengan keadaan sekarang.

Beliau berkata sukan adalah satu cabang yang diberikan perhatian oleh kerajaan negeri bagi melahirkan generasi cergas dan sihat.

"Kita harap ramai lagi atlet-atlet sukan yang berwibawa akan dilahirkan di daerah Hulu Terengganu dengan adanya mini stadium ini," katanya

Semoga Mini Stadium di Hulu Terengganu ini nanti tidak mengalami nasib yang sama seperti stadium yang runtuh di Kuala Terengganu.

** Mini Stadium di Hulu Terengganu