ads

Khamis, 1 Mac 2012

13 di rantau abang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di rantau abang - Google Blog Search


teganuku: RM27 Juta Bina Jalan & Lebar Jalan <b>Di</b> daerah Dungun <b>...</b>

Posted: 26 Feb 2012 11:25 AM PST


Kerajaan negeri meluluskan peruntukan hampir RM12 juta bagi pembinaaan jalan dan longkang di seluruh daerah Dungun, tahun ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said, berkata kerajaan juga menaikkan jumlah peruntukan kepada RM750,000 bagi setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di daerah itu berbanding RM500,000 sebelum ini bagi menaiktaraf sistem perparitan, longkang dan jalan kampung di DUN berkenaan.

"Bagi DUN Rantau Abang pula, kita meluluskan peruntukan RM1 juta bagi menaiktaraf dan mendalamkan Sungai Pimpin," katanya pada sidang media selepas melakukan lawatan kerja di daerah Dungun, semalam.

Turut mengiringi Menteri Besar melawat beberapa projek perparitan dan jalan di daerah itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Za'abar Mohd Adib; Ahli Parlimen Dungun, Matulidi Jusoh; Ahli Dewan Undangan Negeri, Paka Mohd Ariffin Abdullah dan Adun Jabi, Ramlan Ali.

Selain itu, katanya, kerajaaan negeri juga meluluskan peruntukan RM15 juta bagi melebarkan jalan raya kepada empat lorong di Rantau Abang.

13 di pulau redang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di pulau redang - Google Blog Search


Trip Ke <b>Redang</b> | JomlahCuti.com

Posted: 16 Feb 2012 09:02 PM PST

Jarang sekali geng krew jomlahcuti nak buat trip ke pulau-pulau dalam Malaysia. Selalunya kami hanya mengendalikan trip untuk syarikat perusahan (company trip),bulan madu (Honeymoon) trip persendirian atau pun trip family saja. Tapi kali ini kami bagi peluang kepada mereka yang bercadang atau belum pernah ke pulau redang.

Jika hendak diikutkan kos pergi bercuti ke redang secara persendirian sudah pasti kos tersebut adalah 2 kali lebih tinggi dari kos trip yang kami tawarkan ini. Mana tak dengan duit minyak lagi,duit tol,duit jalan-jalan disekitar terengganu. Oh! ya sebut pasal jalan-jalan di negeri Terengganu, dalam trip ini ada juga kami masukan ke beberapa tempat menarik contohnya seperti taman Tamadun Islam(Masjid Kristal),Masjid Terapung ,Kilang Proses Batik, Kedai Keropok Losong dan juga Pasar Payang.

Bagusnya sekiranya join trip ini anda tidak perlu penat memandu selama 8 jam ke Negeri Terangganu. Dah lah penat bekerja tetiba-tiba nak kena memandu pulak.Kata nak bercuti jadi jangan penat-penat duduk dan relax jer.. tahu-tahu dah sampai :)

Ok,Jom kita tengok-tengok resort atau hotel yang akan digunakan.

(Lihat saja Air kat Bawah Jabatan tuh fuh..Jernihkan?)

 (Inilah tempat penginapan trip kita nanti..Cool kan?)

(Salah satu view bilik)

(Santai sungguh..En. Krew jomlahcuti..Saya nak ikut trip ini…hehehe)

Jadi, Bagaimana saya dapat mengikuti trip ini? Bapa harga?Bila Tarikh? Semua jawapan untuk soalan tersebut terdapat dibawah ini.

TARIKH : 22 MARCH – 25 MARCH 2012

DEWASA (12 Tahun & ke atas) RM397.00
KANAK-KANAK (5 – 11 Tahun) RM288.00
BAYI (4 Tahun & ke bawah) RM197.00
Optional** untuk Seaview Room Additional RM50.00/Pax.

PAKEJ TERMASUK :
* Penginapan Di Redang Mutiara Beach Resort, Pulau Redang (Berhawa Dingin).
* Pengangkutan Bas Persiaran Seperti Di Dalam Atucara (S.Alam-Merang-S.Alam)
* Insuran Bas (Kumpulan)
* 2 x Sarapan, 2 x Makan Tengahari, 1 x Makan Malam Dan 1 x BBQ (Di Pulau)
* 3 x Aktiviti Snorkeling di Pulau Redang
* Minuman Panas Dan Sejuk Sepanjang Di Resort
* Pengangkutan Bot (Merang – Redang – Merang)
* Air Mineral
* Lawatan Ke Tempat – Tempat Menarik Di Bandar Kuala Terengganu Seperti :-
- Masjid Terapung
- Taman Tamadun Islam (Masjid Kristal)
- Kedai Keropok Losong
- Kilang Memproses Batik
- Pasar Payang

PAKEJ TIDAK TERMASUK :
* Peralatan "Snorkeling" (RM10.00/Snorkle, RM10.00/Life Jacket)
* Perbelanjaan Peribadi seperti membeli-belah,cenderahati dan lain-lain
* Perkara yang tidak diberitahu.
* Yuran "Marine Park"

ATURCARA PROGRAM:
Hari Pertama : 22th Mac 2012 (Khamis)
10.30 pm : Berkumpul
11.00 pm : Bertolak ke Terengganu

Hari Ke-2 : 23th Mac 2012 (Jumaat)
5.30 am : Solat Subuh / Sarapan pagi
8.00 am : Tiba di Jeti Merang, Terengganu.
9.30 am : Bertolak Ke Pulau Redang (Redang Mutiara Beach Resort)
10.30 am : "Check In & Welcome Drink"
12.45 pm : Makan Tengahari
3.30 pm : Aktiviti "Snorkeling" (Long Beach)
5.30 pm : Aktiviti Bebas (Sukan Pantai : Bola Tampar, Bola Sepak Pantai, Mandi Manda)
8.00 pm : Makan Malam
: Aktiviti Bebas (Karaoke/Mahjong/Dart)

Hari Ke-3 : 24th Mac 2012 (Sabtu)
7.45 am : Sarapan pagi
9.45 am : Aktiviti "Snorkeling" (Marine Park)
12.45 pm : Makan Tengahari
3.30 pm : Aktiviti "Snorkeling" (Kampung Lama/ Pulau Kerengga)
5.30 pm : Aktiviti Bebas (Sukan Pantai : Bola Tampar, Bola Sepak Pantai, Mandi Manda)
8.00 pm : BBQ

Hari Ke-4 : 25th Mac 2012 (Ahad)
7.45 am : Sarapan Pagi
8.30 am : "Check Out"
09.00 am : Bertolak ke Jeti Merang, Terengganu
10.30 pm : Tiba di Jeti Merang, Terengganu
: Lawatan ke Kilang Memproses Batik (Nor Arfa Batik)
: Lawatan ke Masjid Kristal / Solat / Makan Tengahari
: Lawatan ke Perkampungan Losong (Keropok Lekor/Losong)
: Lawatan Ke Pasar Payang
: Lawatan Ke Masjid Terapung
3.00 pm : Bertolak pulang ke Shah Alam / KL
11.00 pm : Selamat Tiba di Shah Alam / KL

TERMA DAN SYARAT :
1) Terhad Kepada 40 27 Orang Sahaja lagi.
2) Tempat Berkumpul akan di maklumkan Kelak. (Shah Alam)
3) Sebarang pertanyaan boleh hubungi 603-5510 8266
4) Min 2 pax. (sebab min 1 bilik 2 orang)
5) Bas adalah Bas Persiaran.
6) Tempat duduk bayi adalah dikongsi dengan ibu bapa/penjaga.
7) Tempahan adalah " First Come First Serve".
8) Tempat adalah terhad 40 orang sahaja.
9) Kami tidak akan block seat anda sehingga anda membuat pembayaran deposit sebanyak RM200 / Dewasa, RM150/Kanak-kanak, RM100/Bayi.
10) Ini adalah harga promosi oleh itu tiada wang pulang/refundable akan dibuat selepas pembayaran deposit.
11) Pembayaran penuh perlu dibuat sebulan sebelum tarikh bertolak.
12) Pihak kami berhak menunda/menukar/pinda/ubah tarikh bertolak sekiranya perlu berbuat demikian.
13) Pihak kami berhak menukar atucara sekiranya perlu untuk keselamatan peserta
14) Insuran yang disediakan adalah insuran perjalanan secara berkumpulan dan bukannya persendirian.
15) Penggunaan Voucher bergantung kepada kelulusan pihak penganjur.
16) Untuk tempahan, sila emailkan butiran seperti berikut ke sales@jomlahcuti.com :

- Nama Penuh : (Seperti di Kad Pengenalan)
- No. Kad Pengenalan:
- No. Tel :
- Jumlah Peserta : Dewasa / Kanak-kanak / Bayi

Ada yang masih tak jelas? Nak penjelasan email je kami disini sales@jomlahcuti.com. Apa email susah hubungi terus no. ini 6035510 8266. Krew kami akan bantu anda :) Cepat kalau berminat,Kami yakin pasti sekejap jer dah penuh.

13 di besut - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di besut - Google Blog Search


ZilaKasim Quilt Blog » Kelas <b>di Besut</b> 24 Jan 2012

Posted: 19 Jan 2012 06:13 PM PST

Friday, January 20, 2012 10:13

Sesiapa nak belajar buat beg, quilt n patchwork dan tudung, boleh daftar kelas kat besut ekkkk
Harga
Quilt & patchwork RM150
Tudung RM120
Beg RM150
Harga dah termasuk bahan yaaaa.

Sesiapa yg ada mesin jahit…. baik bawa sbb boleh belajar guna mesin sendiri… jadi senang ekkk…. pastu bawa gunting jarum apa ekkkkk….. jgn lupa bawa iron sekali… kalu share2 takut kerja terbantut kejap

Both comments and pings are currently closed.

13 di kuala terengganu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di kuala terengganu - Google Blog Search


U Mobile tiada internet <b>di Kuala Terengganu</b> | Riwayat Hariku <b>...</b>

Posted: 29 Feb 2012 09:28 PM PST

Salam 1Malaysia kepada semua rakan.

Semalam Sop dan keluarga balik ke kampung Sop di Kuala Terengganu kerana bapa saudara Sop meninggal dunia. Berita kematiam arwah diketahui malam kelmarin selepas balik kerja. Semoga arwah sentisa dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang yang beriman.

Sepanjang 2 hari berada kampung, Sop tidak boleh membuat update entry kerana tiada talian internet. Perkhidmatan U Mobile hanya untuk 2g sahaja. Ini bermakna hanya talian telefon yang boleh digunakan.

Sekarang dalam perjalanan balik ke Kuala Lumpur. Singgah sebentar di rumah Abang Sop di Kemaman, Terengganu. Ada WiFi di rumah Abang Sop, boleh ambil peluang update entry.

Terima kasih kerana baca entry ini.



----------------------------------------------------

Suka entry ini? Sila kongsi melalui butang di bawah:

13 di batu rakit - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di batu rakit - Google Blog Search


T E G A N U K I TA: Malam Nur Hijrah <b>di</b> DUN <b>Batu Rakit</b>

Posted: 29 Dec 2011 10:30 PM PST

Oleh FAUZI MOHD

Hampir 1,500 penduduk DUN Batu Rakit dan sekitarnya hadir memeriahkan sambutan Malam Nur Hijrah yang diadakan secara terbuka dengan matlamat untuk mengukuhkan perpaduan dalam kalangan masyarakat.

ADUN Batu Rakit, YB. Khazan Che Mat berkata, sambutan Malam Nur Hijrah ini adalah program tahunan terbesar di peringkat DUN dengan tujuan untuk mengumpulkan semua penduduk dengan pengisian program yang berunsurkan kerohanian.

"Kita percaya melalui program seumpama ini ia bukan sahaja terhad kepada golongan muda sahaja malah turut menarik perhatian golongan dewasa dan warga emas untuk sama-sama menjayakannya.


"Dalam keadaan hari ini bukan mudah untuk menarik golongan belia menyertai program yang berunsurkan kerohanian dan melalui penggabungan beberapa acara seperti lagi-lagu nasyid, forum dan persembahan selingan saya melihat ia begitu mendapat sambutan," katanya.

Sempena Malam Nur Hijrah yang diadakan di Dataran Perumahan Rumah Awam Kos Rendah, Mengabang Lekar kumpulan nasyid Raihan telah menjadi tetamu istimewa untuk menghiburkan penonton dengan tujuh buah lagu nasyid selain persembahan murid dari Sekolah Kebangsaan Padang Kemunting.

Selain itu, slot bicara halaqah turut menjadi acara sampingan dengan menampilkan tiga ahli panel termasuk Khazan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri.

Sementara itu, Ketua Wanita UMNO Setiu, Wan Maznah Wan Nong telah dinobatkan sebagai Tokoh Malam Nur Hijrah 1433.

Anugerah Khas Malam Nur Hijrah pula telah disandang oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Bukit Wan selain Anugerah Penghargaan telah diberikan kepada Bekas Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Terengganu, Abdul Halim Awang.

13 di jerangau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di jerangau - Google Blog Search


Full content generated by Get Full RSS.

Blog Felda: felda <b>jerangau</b> - Google Blog Search

Posted: 01 Mar 2012 01:34 AM PST

Blog Felda: <b>felda jerangau</b> - Google Blog Search

Posted: 02 Feb 2012 01:29 AM PST

Blog Felda: <b>felda jerangau</b> - Google Blog Search

Posted: 25 Jun 2011 12:00 AM PDT


Blog Felda: <b>felda jerangau</b> - Google Blog Search

Posted: 25 Jun 2011 12:00 AM PDT


Persatuan Belia <b>Felda Jerangau</b>: Majlis Penutup PRAGMA 2011

Posted: 25 Jun 2011 06:03 AM PDT

Gambar Kenangan...Semua peserta dan keluarga angkat bergambar kenangan sebelum berangkat pulang

Setiap pertemuan pasti akan berakhir dengan perpisahan. Begitulah juga dengan peserta Program Anak Angkat dan Khidmat Masyarakat (PRAGMA 2011) dari Sekolah Menengah Sains Kuala Terengganu (SESTER) yang berpisah dengan keluarga angkat setelah 3 hari berkampung di Felda Jerangau. Walaupun 3 hari merupakan tempoh yang singkat namun hubungan yang terjalin akan tetap di kenang sebagai satu rantaian pahit manis kehidupan.Majlis penutup telah disempurnakan oleh YB dato' Haji Din bin Adam, ADUN Bukit Besi ini turut dihadiri oleh Penolong Kanan SESTER, En. Jamil bin Sakmim, Timbalan Pengerusi JKKR, En. Ramly bin Ibrahim. Kami warga Felda Jerangau mengucapkan terima kasih di atas kesudian menjadikan kampung kami sebagai destinasi program yang bermakna ini. Besar harapan kami agar program yang murni seperti ini akan terus dapat dijalankan untuk masa-masa yang akan datang

Full content generated by Get Full RSS.

Blog Felda: <b>felda jerangau</b> - Google Blog Search

Posted: 27 Apr 2011 12:00 AM PDT

Blog Felda: <b>felda jerangau</b> - Google Blog Search

Posted: 27 Apr 2011 12:00 AM PDT


Blog Felda: <b>felda jerangau</b> - Google Blog Search

Posted: 27 Apr 2011 12:00 AM PDT

Blog Felda: <b>felda jerangau</b> - Google Blog Search

Posted: 27 Apr 2011 12:00 AM PDT


Blog Felda: <b>felda jerangau</b> - Google Blog Search

Posted: 27 Apr 2011 12:00 AM PDT


Blog Felda: <b>felda jerangau</b> - Google Blog Search

Posted: 27 Apr 2011 12:00 AM PDT


Blog Felda: <b>felda jerangau</b> - Google Blog Search

Posted: 27 Apr 2011 12:00 AM PDT


Pertandingan Memancing Terbuka <b>FELDA Jerangau</b>

Posted: 27 Apr 2011 01:19 AM PDT

Pada 22 April yang lalu telah berlangsungnya Pertandingan Memancing Terbuka FELDA Jerangau anjuran Persatuan Belia (MBFM) Felda Jerangau bertempat di kolam ikan Pok Kob dengan disertai lebih 70 orang peserta. Peserta yang terlibat adalah daripada kampung-kampung sekitar FELDA Jerangau. Turut mengambil bahagian adalah beliawanis yang bersama-sama memeriahkan acara. Yang lebih membanggakan ada peserta yang membawa anak-anak untuk turut sama beriadah. Pertandingan ini turut dimeriahkan lagi dengan acara meneka biji betik yang menawarkan hadiah sebuah basikal beserta hamper. Ikan terberat yang berjaya dinaikkan seberat 3.5 kg. Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YB Dato' Haji Din bin Adam, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Bukit Besi. Turut sama memeriahkan adalah Pengurus dan Penolong Pengurus FELDA Jerangau serta Pengerusi JKKK FELDA Jerangau 'A'. Acara ini turut disokong oleh Pejabat JKKR FELDA Jerangau, Pejabat Khidmat Masyarakat Dun Bukit Besi, Pejabat Khidmat Masyarakat Parlimen Dungun Serta Ketua UMNO Bahagian. Diharap pada masa yang akan datang Persatuan Belia (MBFM) FELDA Jerangau terus mendapat sokongan daripada semua pihak agar harapan untuk melihat persatuan ini maju akan terus subur.

Galeri Gambar klik disini

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

13 di jerteh - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di jerteh - Google Blog Search


dun hulu besut No4: Ceramah <b>Di Jerteh</b>, 7 Feb 2012.

Posted: 08 Feb 2012 09:49 PM PST

Entah mengapa...Ceramah Pakatan Rakyat di Dataran PAS belakang Masjid Hadhari tidak mendapat sambutan ramai. Aku tiba di tapak ceramah agak lewat kerana ada urusan dengan kawan. Masa itu YDP ustaz Wan Azahar tengah berucap. Aku agak terkejut dengan sambutan masyarakat di Besut pada malam itu. Aku bertanyakan seorang cikgu di sebelah aku, tentang kedinginan sambutan malam itu. Dia kata, orang kampung takut hadir ke ceramah PAS kerana bimbang nama akan dicatat oleh JKKK. Mereka bimbang kalau-kalau tidak dapat duit RM500 yg Najib janji nak bagi tu. Aduh....Aku boleh setuju dengan jawapan itu, tapi aku rasa ada faktor lain lagi yang menjadikan pengunjung tidak ramai pada malam tu.

Aku balik dalam keadaan banyak persoalan yang belum terjawab, walaupun YB Salahuddin banyak memberi imput terbaik buat penyokong PR. Bekas Puteri Umno dari Banggol Donas, Teluk Pasu juga sudah lancar berceramah. Aku kira PAS boleh terus menjemput dia ceramah di banyak tempat lagi.

Aku nampak cikgu Solah boleh kendalikan majlis dengan baik. Dia ada ketokohan tersendiri. Mengapa PAS tidak pilih dia jadi calon Parlimen? Aku sangat tidak setuju jika Dr Syamsuri yang sekarang jadi setiausaha DS Presiden akan diangkat sebagai calon Perlimen. Rakyat masih tidak lupa kepada bekas YB Parlimen Besut dalam PRU 1999, Sdr Hasan Muhammad yang banyak menjatuhkan prestasi PAS di kalangan rakyat Besut. Dia tidak bijak bermain politik. Aku rasa orang akan anggap perkara yang sama akan berlaku jika mengundi PAS kali ini. Sepatutnya YB ni kena amik orang dari akar umbi lagi. Jangan amik orang luar yang tak faham bahas orang Besut! Aku bukan nak perlekeh dia. Dia ada PhD! Tapi dari segi politik, aku rasa rakyat masih tidak kenal dia lagi. Dia patut lama lagi bergelumang dengan rakyat Besut. Aku bimbang, Hasrat nak tawan Terengganu akan tinggal impian saja, akibat tidak bijak kemuka calon kepada masyarakat. Orang PAs tak apa, letak Katak Puru pun akan sokong bulan! Kita nak menang ni bukan dengan sokongan orang PAS semata-mata. Inilah politik cerdik. Aku sokong kalau PAS ketengah kan Cikgu solah ke peringkat yang lebih tinggi.

Apabila aku suarakan hal yang sama kepada rakan-rakan masa berhenti minum lepas ceramah tu, ramai yang tidak setuju, sebab cikgu solah akan bertanding di Hulu Besut. Bagi aku, PAS patut buat penelitian dan  kajian menyeluruh pasal calon ni. Aku tidak nampak cikgu Solah boleh menang lagi di Hulu Besut. Mengikut cula BN, Dia masih boleh menang selesa di semua DUN dalam Parlimen Besut, termasuklah dalan Dun Hulu Besut! PAS pun mengakui hakikat itu. Dalam cula PAS masih tewas 3 ribu undi! Cikgu Solah cuma berharap dalam impian saja untuk menang, dengan perubahan pengundi di saat akhir! PAS lupa ke, pasal BN-Umno ni sentiasa ada strategi dia! Apa lagi dalam PRU ke 13 ni...

Aku nak bagitahu orang Pas, Cikgu Solah tidak boleh diangkat sebagai calon di Hulu Besut. PAS kena cari calon lain yang mampu berdepan dengan BN-Umno! Selepas PRU 12 lalu, Cikgu Solah amik alih Pengarah DUN Hulu Besut dari bekas YB Ust Abdullah Mata Adam. Semenjak dari itu, dia kuat bekerja siang dan malam. Aku tabik pasal dia kuat kerja tu. Tapi hasil kerja kuat dia itu, tidak banyak menambahkan jumlah pengundi PAS untuk mengurangi majoriti BN. Apa tah lagi nak menang! Ramai orang PAS tidak faham bahasa pilihanraya ni. Hari-hari nampak Cikgu Solah, itulah yang ditonjolkan sebagai calon. Dalam Pilih Raya, undi seorang Cina yang tidak pernah solat itu sama nilainya dengan undi seorang Melayu yang kuat PAS. Undi orang atas pagar sama nilainya dengan undi DS Tok Guru Presiden! Satu undi untuk setiap orang. Kalau Cikgu Solah tidak boleh menggunakan kreadibilitinya untuk mendapat sokongan dari masyarakat Hulu Besut, dia sepatutnya tidak layak lagi untuk diangkat sebagai calon dalam PRU ke 13 nanti untuk mewakili parti PAS! Pas akan kalah dengan mudah. BN-Umno akan tersenyum dengan lebar, selebar-lebarnya.

Sebab itu, PAS payah menang! Orang PAS tidak faham bahasa Pilihan Raya!

13 di pulau wan man - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di pulau wan man - Google Blog Search


teganuku: Silika Tidak Dibenar Dibawa Keluar

Posted: 20 Feb 2012 10:20 AM PST

Kerajaan negeri tidak membenarkan sumber asli silika yang terdapat daerah di Setiu dan Marang di bawa keluar, sebaliknya pelabur luar perlu melabur dan memprosesnya di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, langkah itu bertujuan menjaga kepentingan rakyat tempatan kerana industri tersebut mampu menjana lebih 1,000 peluang pekerjaan jika ia dimajukan serta merangsang pembangunan industri hiliran berkaitan.

Beliau berkata, tapak projek silika seluas 1,800 hektar di Setiu dan Marang itu terletak dalam Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) dan bakal menjadi kawasan perindustrian berpusat pertama di dunia untuk sektor berkaitan silika.

"Projek ini akan dibangunkan oleh Terengganu Industrial Minerals Sdn Bhd (TIM) dengan kerjasama syarikat-syarikat antarabangsa dari Jepun, India, Perancis dan Belgium," katanya ketika berucap pada majlis Perasmian Projek Silika dan Pelancaran Terengganu Kristal di Taman Tamadun Islam (TTI) Pulau Wan Man, Kuala Terengganu semalam.

Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan berangkat merasmikan majlis itu dan pelancaran projek berkenaan.

Hadir sama Pengerusi Kumpulan TIM Tengku Sri Temenggong Raja, Datuk Seri Tengku Baharuddin; Setiusaha Kerajaan, Datuk Haji Mazlan Ngah; Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Toh Chin Yaw.

Kenamaan lain yang hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pembangunan ECER, Datuk Jebasingam Issace John; Ketua Pegawai Eksekutif TIM, N.Surendren: Ketua Pegawai Operasi Sumitomo Corporation Asia (Japan), Manabu Yamane dan Ketua Pegawai Eksekutif Sibelco Asia (Belgium), Bruno Wauters.

Tambahnya, konsortium berkenaan akan melabur antara RM350 juta hingga RM400 juta dalam tempoh lima tahun akan datang untuk membangunkan penceriaan dan industri hiliran di lembah silika.

Katanya, kerajaan memberi pajakan lombong kepada TIM untuk meneroka, melombong, memproses dan membangunkan industri silika daripada peringkat awal loji penceriaan sehingga ke pengeluaran komersial.

"Terengganu mempunyai kawasan rizab terbesar pasir silika di negara ini dan Asia Tenggara dengan lebih 80 juta tan metrik deposit silika gred tinggi," katanya.

13 di chukai - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di chukai - Google Blog Search


Haji Hanafiah Untuk DUN <b>Chukai</b>: Himpunan Tolak Umno <b>...</b>

Posted: 21 Feb 2012 11:24 PM PST

420382_309975125718983_100001194939577_785622_2022454093_nKEMAMAN – PAS Chukai merancang mengadakan satu himpunan besar-besaran, lanjutan dari program mega berprestij, Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno (PGU).

Penolong Setiausaha PAS Terengganu , Haji Hanafiah Mat@Ramly berkata tiga siri program PGU yang bermula di Chukai pada Januari tahun lalu telah berjaya menghimpunkan lebih 100,000 rakyat Terengganu.

"Ia bermula dengan program PAS Ganti Umno (PGU) yang di lancarkan di Kemaman (15 Januari) tahun lepas telah menghasilkan satu gelombang,
"seluruh rakyat  pelbagai lapisan memberikan sokongan terbuka kepada perjuangan PAS,"ujarnya ketika ditemui.


Menurutnya, selepas itu program PGU telah diadakan di kawasan Besut pada 18 dan 19 Mac dan berjaya melepasi sasaran menghimpunkan 30,000 rakyat.

Beliau berkata, program PGU kali ketiga pada 14 dan 15 Oktober di Pantai Pandak Chendering, dalam kawasan Kuala Terengganu merupakan kemuncak himpunan apabila lebih 50,000 orang berkunjung.

Oleh itu, kata belia, pelbagai pihak termasuk agensi risikan kerajaan Umno/BN melaporkan kebangkitan rakyat melalui program PGU akan menumbangkan Umno/BN pada pilihanraya umum ke-13 (PRU-13) akan datang.

Justeru, beliau yang juga Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) Chukai merancang untuk mengadakan satu himpunan besar-besaran menjelang PRU-13.

"hasil kejayaan itu (PGU), (laporan) agensi risikan kerajaan (Umno/BN) melihat, gelombang inilah akan menjatuhkan Umno dalam pilihan raya ke-13,

"mengambil kesempatan (manfaat) dari gelombang yang sedang berlaku (marak), PAS DUN Chukai sekali lagi akan menghimpunkan warga DUN Chukai khasnya, dan warga Kemaman umumnya,

"bagi menyatakan, inilah masanya untuk kita berhimpun untuk menolak Umno dan Barisan Nasional,"jelasnya.

Menurutnya, PAS Chukai merancang mengadakan 'Himpunan Tolak Umno' (HTU) itu pada awal bulan Mac, saat-saat akhir menjelang PRU-13.

Katanya, HTU akan diadakan di lokasi  yang sama di mana program PGU kali Pertama di adakan iaitu di dataran Tok Guru, Kampung Geliga.

Oleh yang demikian, dengan persekitaran dan suasana politik masa kini, beliau yakin semua pihak mahukan PAS mengambil alih pemerintahan negeri Terengganu.

"saya yakin dan percaya, (berdasarkan) situasi dan persekitaran (politik) pada hari ini, kawan-kawan dari parti-parti Pakatan Rakyat, kawan-kawan dari NGO dan orang-orang yang tidak berparti,

"akan memberikan kerjasama, bukan sahaja kepada Himpunan Tolak Umno, malah akan menolak Umno dan memberikan peluang PAS Terengganu memerintah buat kali ketiga,"tegasnya.

13 di bukit besi - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di bukit besi - Google Blog Search


Sejarah <b>Bukit Besi</b> | Transformasi Dungun

Posted: 25 Feb 2012 09:19 PM PST

[unable to retrieve full-text content]Bukit Besi ialah sebuah bandar kecil dalam daerah Dungun, Terengganu, Malaysia. Ia mendapat nama dari aktiviti perlombongan bijih besi di situ. Ia dikenali juga sebagai 'Bukit Batu Besi'. Koordinat Bukit Besi ialah ...
 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved