ads

Ahad, 6 Oktober 2013

13 di paka - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di paka - Google Blog Search


teganuku: Polis Tembak Mati Pembunuh Nasi Kukus <b>Di Paka</b>?

Posted: 02 Oct 2013 07:17 AM PDT

Polis menembak mati tiga penjenayah kerana dipercayai terlibat dengan kes bunuh, samun bersenjata dan curi kenderaan dalam insiden berbalas tembakan di Jalan Intan di Gerik, awal hari ini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata sebelum itu, ketiga-tiga lelaki berumur 25 hingga 34 tahun dan berasal dari Kelantan itu ditahan dalam Ops Cantas, kira-kira pukul 1.40 pagi

"Kereta jenis Proton Wira yang dinaiki mereka berhenti ketika diarahkan polis, namun suspek terus mengundurkan kenderaan dan melepaskan beberapa das tembakan ke arah polis.

"Polis kemudian membalas tembakan dan mengenai ketiga-tiga lelaki terbabit," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Gerik di Geraik.

Katanya hasil pemeriksaan, polis menemui dua pucuk pistol iaitu .38 di bawah paha sebelah kanan penumpang dan sepucuk pistol .22 di bawah kaki pemandu, selain peralatan memecah masuk rumah dan mencuri kenderaan.

Beliau berkata siasatan awal mendapati, kumpulan ini dipercayai terlibat dalam kes bunuh seorang peniaga nasi kukus di Paka, Terengganu dan cubaan membunuh seorang ibu tunggal yang sedang memandu sebuah kenderaan jenis Toyota Alphard dengan melepaskan tembakan, baru-baru ini.

"Mereka turut terlibat dalam tiga kes samun bersenjata api dan curi kenderaan mewah. Dua daripada suspek mempunyai enam rekod kesalahan lampau manakala seorang lagi mempunyai dua rekod kesalahan lampau," katanya.

Khalid tidak menolak kemungkinan suspek melakukan jenayah di seluruh negara dan sedang mengatur strategi untuk melakukan jenayah di kawasan Gerik.

"Penjenayah ini mereka boleh bergerak merata-rata tempat untuk menjalankan aktiviti menyamun dan mengelak daripada ditangkap. Sebab itu bila ada peluang, mereka akan lakukan jenayah," katanya.

Dengan kejayaan itu, polsi dapat menyelesaikan enam kes jenayah dan sedang mengenal pasti anggota lain terlibat dalam kumpulan itu, katanya.

13 di hulu terengganu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di hulu terengganu - Google Blog Search


Kemalangan: Empat maut <b>di Hulu Terengganu</b> | Kamaluddin&#39;s Blog

Posted: 05 Oct 2013 03:42 PM PDT

- Sunday: 2013-10-06 06:42:44'.

Jusoh Ibrahim dan Mek Kenanga Bakar. Mek Kenanga merupakan kakak angkat Che Mah.

Jusoh Ibrahim dan Mek Kenanga Bakar. Mek Kenanga merupakan kakak angkat Che Mah.

Pasangan suami isteri Abdullah Mamat dan Che Mah Awang

Pasangan suami isteri Abdullah Mamat dan Che Mah Awang

HULU TERENGGANU – Empat orang termasuk sepasang suami isteri maut dalam nahas membabitkan dua buah kereta di Kampung Baru Ajil, Bukit Apit, di sini hari ini.

Kejadian 4.49 petang di Km 2 Jalan Pengkalan Berangan-Marang itu menyebabkan Abdullah Mamat, 54, yang memandu Proton Saga dan isterinya Che Mah Awang, 44, serta pemandu Proton Wira, Jusoh Ibrahim, 39, maut di tempat kejadian.

Seorang lagi mangsa yang juga kakak angkat Che Mah, Mek Kenanga Bakar, 50, meninggal dunia kira-kira dua jam kemudian di Hospital Hulu Terengganu, kata Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu DSP Ismail Muslim ketika dihubungi Bernama.

Katanya nahas berlaku apabila kereta Proton Wira yang menghala ke Kuala Berang itu memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan Proton Saga terbabit.

Sementara itu anak Mek Kenanga, Raja Mohamad Tarmizam Raja Muda, 18, berkata kejadian berlaku ketika ibunya dalam perjalanan melawatnya di Kem Program Latihan Khidmat Negara Cador, Marang.

"Saya tunggu mereka sampai pukul 6.30 petang namun ibu dan pakcik tidak juga tiba, sebelum saya dimaklumkan mengenai berita kemalangan itu," katanya ketika ditemui pemberita di hospital berkenaan.

"Semalam saya telefon mak minta dia datang namun mak cakap tak nak datang tapi saya tetap pujuk suruh dia datang," kata anak ketujuh daripada lapan beradik itu lagi.

Sementara itu isteri Jusoh, Siti Zabedah Muda, 38, berkata suaminya bekerja di Marang dan berulang-alik setiap hari ke Ajil.

"Saya bercadang berhenti kerja hujung bulan ini untuk mengikut arwah di Marang, tapi sudah takdir ini berlaku," katanya.

13 di jerangau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di jerangau - Google Blog Search


Blog Felda: felda <b>jerangau</b> - Google Blog Search

Posted: 20 Jun 2013 12:00 AM PDT

Pusat Sumber SK Felda Jerangau Barat , Hulu Terengganu telah tercalon ke peringkat kebangsaan Pertandingan Pusat Sumber. Penilaian PSS Peringkat Kebangsaan telah dilakukan pada hari semalam 19 Jun 2013 oleh dua orang Hakim yang begitu berpengalaman dan berwibawa  iaitu En Zakaria Hassan ( Pen Pengarah BTPN Kelantan ) dan Tn Hj Hasrimi b Mohamad ( Peg Perpustakan IPG Kampus Kota Bharu )

Alhamdulilah, semua urusan penghakiman telah berjalan lancar dan dipermudahkan segala olehNya. Terima kasih yang tidak terhingga kepada dua panel hakim En Zakaria bin Hassan ( Pen Pengarah BTPN Kelantan ) dan Tn Hj Hasrimi B Mohamad ( Peg Perpustakaan IPG KKB ) di atas penilaian yang dibuat dengan penuh komitmen dan benar-benar ikhlas dalam menilai dan memberi kata nasihat serta secara tidak langsung mengajar banyak perkara khususnya berkaitan menjadikan PSS sebagai yang terbaik.

Semua pihak memberi kerjasama yang jitu sepanjang penghakiman berjalan samada di pihak panel dan juga guru, pekerja serta murid-murid skfjb. Semuanya memberi sumbangan yang amat bermakna dan membantu dalam memastikan PSS muncul sebagai juara bak kata Tuan Guru Besar " Kita berhasrat dan mempunyai impian yang tinggi untuk membawa balik gelaran JUARA PSS PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN INI DI BUMI FELDA JERANGAU BARAT ".InsyaAllah ia akan menjadi kenyataan.

Usaha telah dibuat dengan penuh semangat dan kesungguhan telah dijelmakan oleh semua pihak termasuk JPN, BTPN, PPD, PKG, GPM, PIBG, NGO,  Warga Masyarakat, Guru-guru, Pekerja, dan tidak ketinggalan murid-murid yang tidak kurang sumbangannya dalam memikat hati para hakim.

Sememangnya para hakim memuji dan mengucapkan syabas kepada pihak pengurusan dan GPM khususnya kerana berjaya menghasilkan PSS yang berjaya dan berkualiti. Segala aspek penilaian yang dikehendaki dapat dibuktikan hampir 100%. Mereka akui sukar mencari kelemahan dan hampir semua mendapat markah penuh dalam aspek-aspek yang di nilai.

Selain dari itu kekuatan yang kita ada adalah konsep warna warni yang ditonjolkan memukau dan memberi aura yang tersendiri kepada panel hakim dengan menyatakan pertama kali masuk ke pintu pagar sekolah aura itu telah dirasai dan apabila menuju jauh kedalam kawasan sekolah aura itu semakin menebal dan telah seolah-olah memahat kuatdiri  mereka sehinggakan terasa amat sukar untuk meninggalkan sekolah ini.

Tahniah, dan terima kasih sekali lagi. Kita tunggu keputusan dengan penuh harapan dan segala keputusan yang bakal diumumkan kita terima dengan redha dan berserah kepadaNya.


Kepada Semua yang terlibat dalam mendorong kejayaan ini daripada JPNT. BTPNT, PPD, PKG Hulu, GPM Daerah Hulu, Pengurus Felda. Pengurus Kilang, PIBG, Masyarakat Setempat, Guru-guru dan semua warga SKFJB  kami mengucapkan jutaan terima kasih atas dorongan anda semua.

13 di pulau kapas - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di pulau kapas - Google Blog Search


pencerobohan bot pukat tunda kuantan diperairan <b>pulau kapas</b>

Posted: 19 Sep 2013 12:41 PM PDT

Marang 19/09/2013: Beberapa hari yang lalu kita telah digemparkan dengan dakwaan bot nelayan Vietnam melepaskan tembakan ke arah bot nelayan tempatan juga adalah tidak benar, sebagaimana yang dinyatakan oleh Ketua Penguat Kuasa Maritim Malaysia Wilayah Timur, Laksamana Pertama Datuk Nasir Adam sebaliknya bot nelayan tempatan didakwa melontar bom molotov ke arah bot nelayan Vietnam itu dikawasan perairan Kuantan.
Tetapi sebaliknya apa yang berlaku di perairan Pulau Kapas, Marang dimana bot-bot Pukat Tunda dipercayai didaftarkan di Kuantan telah mencerobohi kawasan perairan Pulau Kapas dengan jarak yang tidak sepatutnya dilakukan.
Selain daripada itu bot-bot tersebut juga telah memusnahkan unjang-unjang serta bubu para nelayan pantai dengan begitu rakus sekali, tanpa memperdulikan kehilangan mata pencarian bagi nelayan kecil, yang rata-rata merasa begitu marah sekali diatas pencerobohan tersebut.
Ketidakpuasan hati para nelayan pantai daerah Marang, membuatkan Pengerusi Persatuan Nelayan Daerah Marang telah mengambil inisiatif sendiri dengan mengumpulkan seramai lebih kurang 50 orang nelayan yang disertai oleh pemberita RTM, Sinar Harian serta badan NGO telah membuat operasi mengesan keatas bot-bot tersebut dikawasan perairan Pulau Kapas.
Bermula jam 11.00 malam 19/09/2013 sehingga 2.00 pagi 20/09/2013 kumpulan tersebut telah membuat intipan serta merakamkan beberapa buah bot Pukat Tunda yang sedang menjalankan pemukatan secara haram dikawasan yang telah dinyatakan.
Yang menimbulkan kemuskilan para nelayan tempatan, bot-bot tersebut menjalankan kegiatan haramnya dikawasan perairan Pulau Kapas tanpa berasa takut  dengan Badan Penguatkuasaan MARITIM dan diumpamakan seperti telah diberi kelulusan untuk menjalankan pemukatan walaupun ditempat yang dilarang.
Adakah perkara ini perlu dibiarkan tanpa tindakan susulan diambil oleh pihak Maritim bagi meredakan perkara ini daripada terus merebak serta memusnahkan mata pencarian nelayan pantai ??

13 di batu rakit - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di batu rakit - Google Blog Search


BLOG TERENGGANU: 13 <b>di batu rakit</b> - Google Blog Search

Posted: 30 Jun 2013 03:09 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

My family memories: 1D1N at <b>Batu Rakit</b> Terengganu

Posted: 09 Jun 2013 08:33 PM PDT

Assalamualaikum semua..

Hari ni ahkak dah kerja & anak2 dah mula bersekolah setelah cuti 2 minggu, cukup la tu kan.. dok rumah pun lagi pening kepala mak abah dibuatnya. Walaupun dah besar2 tapi sebenarnya dah besarlah lagi susah kita nak menjaganya. nak suruh buat kerja-kerja rumah skit, mesti nak kena mentioned nama, klau idak tak bergerak la kerja yang disuruh tu, itu ler perangai anak2 perempuan ku semua. Setiap hari nak disuruh..huhuhuhu....okeylah ahkak nak citer pasal percutian ahkak selama 4 hari, itu pun dah last  minit, minggu terakhir persekolahan. Bukan x nak ambil cuti minggu pertama cuti sekolah, tapi sebenarnya percutian kali ni bak kata orang sambil menyelam minum air. Ahkak ke Kuala Terengganu cuti kali ini. Itu pun ada kenduri kahwain anak sepupu side my hubby. Nak sangat menghadiri kenduri kali ni sebab weols pun dah lama tak ke Terengganu tapi yang sebenarnya weols suka perkampongan kat sana, dulu pernah pergi, itu pun dah 5 tahun dulu, teringat-ingat masa pergi dulu, weols kesejukan tidur malam dengan angin ribut tepi pantai.. best sgt2 weols rasa masa tu. Tu yang cakap ngan En. hubby, jom la kita g sana, boleh kite jalan2 sekali. Kunjungan weols ke sana bukanlah weols sefamily jer, tapi disertai dengan 2 SIL family beserta MIL ahkak sekali.

Kat sana weols duduk di Batu Rakit View, terletak dekat sangat dengan rumah sepupu yang buat kerja kawin tu. Best sangat2 chalet kat sini. Nanti ahkak uplioad gambar yer..Ok jom intai-intai

pemandangan waktu pagi di Batu Rakit View
Pantai yang cantik untuk mandi manda
Chalet yg weols booking, boleh 3 family muat
Check-out sudah, terus g rumah kenduri pulak, tu yang memasing berbaju Muslimah..hehehe

majlis jamuan kesyukuran kemenangan barisan <b>...</b> - <b>BATU RAKIT</b> KINI

Posted: 18 Jun 2013 11:36 AM PDT

MAJLIS JAMUAN KESYUKURAN KEMENANGAN BARISAN NASIONAL DUN BATU RAKIT 
BATU RAKIT- Selama dua hari iaitu pada 14 dan 15hb June2013, Majlis Jamuan Kesyukuran bagi meraikan kemenangan Barisan Nasional Dun Batu Rakit telah diadakan disetiap Pusat Daerah Mengundi (PDM). Sebanyak tujuh PDM telah mengadakan majlis tersebut yang turut dihadiri oleh Adun Batu Rakit YB Haji Bazlan Abd Rahman. Beliau turut menyampaikan sijil penghargaan kepada setiap para pertugas jentera PRU ke 13 PDM.

 Majlis Jamuan Kesyukuran PDM Mengabang Lekar pada 14/6/2013 di Markas Jentera PRU  Cawangan RAKR Mengabang Lekar

  Majlis Jamuan Kesyukuran PDM Batu Rakit pada 14/6/2013 di Dataran Bestari,Padang Polis
  Majlis Jamuan Kesyukuran PDM Maras pada 15/6/2013 di Dewan Serbaguna Wakaf Chatur Maras
  Majlis Jamuan Kesyukuran PDM Padang Kemunting pada 15/6/2013 di Markas Jentera PRU Cawangan Tanjung Kedepan
  Majlis Jamuan Kesyukuran PDM Bukit Chempaka pada 15/6/2013 di Perkarangan Masjid Lama Kampung Bukit Chempaka
 Majlis Jamuan Kesyukuran PDM Bukit Wan pada 15/6/2013 di Balai Raya Kampung Bukit Nenasi

13 di kemaman - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di kemaman - Google Blog Search


Rawatan Khas <b>Di Kemaman</b>, dan Kerteh Jaya, Terengganu

Posted: 26 Aug 2013 06:58 AM PDT

Bismillahi Rahmani Rahim.\
بسم الله الرحمن الرحيم 

Assalamualaikum wbt./ 
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat Allah swt, Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad saw, ahli keluarga baginda, para sahabat, ikutan. Tidak lupa juga buat imam mazhab kami, As-Syafie, guru-guru kami, terutama Syeikh Wahid bin Abdussalam Bali, dan kepada kedua ibu bapa kami serta serta seluruh ummat Islam.

Atas permintaan rakyat di negeri Terengganu, khususnya mereka yang tinggal di Kemaman dan di Felda Kerteh Jaya, InsyaAllah, pihak pusat Rawatan Islam At-Tobibi akan mengadakan sesi rawatan seperti mana berikut:
Tarikh : 06 September 2013 (Jumaat)
Tempat : Surau As-Soliheen, Taman Desa Solehah, Kg. Mak Chili Paya, 24000 Kemaman, Terengganu.
Tarikh : 07 September 2013 (Sabtu)
Masa :  9.30 am - 6.00pm
Tempat : Sekolah Rendah Agama Kerteh Jaya, Felda Kerteh Jaya, Kerteh, Terengganu.
Insya Allah, bagi mereka yang mengalami masalah kesihatan yang berkaitan dengan penyekit misteri, gangguan makhluk halus, saka, santau dan sebagainya, serta penyakit hospital seperti kanser, darah tinggi, kencing manis, dan sebagainya lagi. Bagi mereka yang belum mendapat zuriat setelah berkahwin beberapa tahun juga diminta datang pada hari tersebut untuk mendapatkan rawatan.
Bagi sesiapa yang berminat untuk hadir pada hari dan tarikh tersebut diminta untuk membuat tempahan awal iaitu dengan sms nama dan alamat kepada 013-9609268 / 013-2898296 (Ust Shamsuri Safie) 019-4601205 (Ust Rozlan Daud). Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan dengan rawatan perdana, boleh hubungi nombor di atas.
"Berbakti Untuk Keharmonian Ummah"

13 di dungun - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di dungun - Google Blog Search


Pelumba Basikal Maut <b>Di Dungun</b> | My Ritz

Posted: 01 Oct 2013 10:41 PM PDT

Pelumba basikal Terengganu maut nahas di Dungun

DUNGUN : 2 Okt, Pelumba basikal Terengganu, Mohd Asmui Ali,19, terbunuh apabila basikal ditungganginya terbabit kemalangan di Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, 11.30 pagi tadi.

Basikal mangsa dikatakan bergesel dengan rakan lain yang sedang menunggang ketika itu. Mohd Asmui kemudiannya terjatuh dan dilanggar sebuah van. Sumber : BHarian

Alfatihah…

 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved