ads

Rabu, 1 Februari 2012

13 di rantau abang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di rantau abang - Google Blog Search


<b>Rantau Abang</b> | Blues Riders

Posted: 06 Dec 2011 07:00 PM PST


Setiap tahun antara bulan Jun hingga September, Rantau Abang akan dipenuhi oleh orang ramai seakan-akan wujudnya satu pesta besar-besaran. Kerana inilah musim penyu mendarat untuk bertelur. Ia merupakan satu tarikan kepada para pelancong baik dari luar mahupun dari dalam negeri Terengganu untuk berkunjung dan melihat dengan lebih dekat lagi.

Adalah menjadi idaman setiap pengunjung untuk melihat sendiri dengan mata kepala akan realiti penyu dan telur-telur yang dikeluarkan.

Menurut sejarah dan cerita beberapa orang tua yang berasal dari sini, memang pada asalnya di sini terdapat dua ketul batu besar yang betul-betul menyerupai penyu. Adalah dipercayai bahawa batu yang berbentuk penyu itu merupakan 'ibu penyu' (raja) bagi segala penyu. Oleh sebab itu, maka pada setiap tahun (Jun - September) penyu-penyu dari seluruh dunia datang mendarat di pantai ini bagi menghormati 'ibu' mereka.

Adalah dipercayai sehingga sekarangpun masih wujud 'ibu penyu' ini (warna hitam), satu terdapat di dalam air di tepi pantai tersebut dan dipercayai juga hanya orang-orang yang tertentu sahaja yang dapat melihat pada waktu-waktu yang tertentu. Manakala satu lagi terletak di atas bukit tidak jauh dari pantai (berwarna putih).

Begitulah adanya cerita orang-orang tua yang lama tinggal di situ mengenai sebab musabab mengapa penyu-penyu di seluruh dunia bertumpu ke Pantai Rantau Abang. Wallahualam.
Penyu-penyu di sini adalah di bawah kawalan atau jagaan Jabatan Perikanan Negeri Terengganu. Penyu-penyu yang terdapat di sini adalah dari jenis Belimbing, Lipas, Karah, Agar dan Tutong Laut.

Penyu merupakan satu tarikan para pelancong untuk mengunjungi negeri Terengganu. Penyu juga pernah menjadi logo Persidangan Pelancongan Asia Pasifik (PATA) dan juga logo Hotel Pantai Primula di Kuala Terengganu.


Rantau Abang adalah satu tempat yang paling unik kerana telah menjadi pusat pendaratan penyu daripada segenap lautan di dunia dan menjadi satu-satunya tempat pendaratan Penyu Belimbing.

Dalam keghairahan pengunjung dari seluruh dunia hadir untuk menyaksikan telatah reptilia itu dan penduduk tempatan berpesta apabila tiba musimnya setiap tahun, hanya segelintir sahaja yang sedar bahawa spesis yang paling unik ini berada dalam bahaya kepupusan.

Menyedari hakikat ini, Jabatan Perikanan telah mengambil langkah dengan menetas, menternak dan seterusnya melepaskan kembali anak-anak penyu ke laut dari semasa ke semasa sebagai langkah menghadapi ancaman kepupusan penyu itu.


Kerajaan Negeri Terengganu telah meluluskan satu enakmen di Dewan Undangan Negeri untuk mewartakan Pantai Rantau Abang sebagai kawasan perlindungan kepada semua jenis penyu yang mendarat di pantai itu. Dengan harapan semua telur yang diperolehi akan dieram dan dipelihara. Apabila cukup waktu yang ditetapkan, anak-anak penyu akan dilepaskan ke laut supaya dalam jangka waktu yang tertentu anak-anak penyu tadi akan dewasa dan kembali bertelur.

Sejenak di Rantau Abang amat membanggakan dan semoga ianya tetap menjadi pilihan bagi penyu-penyu mendarat dan kekal sebagai tempat tarikan para pelancong.

Keindahan Pantai Rantau Abang juga telah digambarkan dalam lirik lagu "Rantau Abang" dendangan Allahyarham Datin Rafeah Buang.



Hamparan permaidani indah
Lirik melirik permata nilam

Bintang bertabur mengapa suram
Moral Value: And when it rains on your parade, look up rather than down. Without the rain, there would be no rainbow.
Full content generated by Get Full RSS.

Life is a Journey: Family Day 2011 - <b>Rantau Abang</b>, Terengganu

Posted: 25 Jan 2012 09:11 PM PST

Salam...!!

Kali ni nak cite tentang jalan2 ke Terengganu on Chinese New Year. As I told before, destinasi kali ini ke Rantau Abang. Sebelum 2, my hubby n I singgah di Cherating dulu. Kat Cherating, tak pergi mana pun. Sampai petang, dalam pukul 3, rehat2kan badan yang crammed sebab duduk punya lama dalam kereta. Then, sesi berborak-borak dengan akak n my mum plus, my mum's bibik. Hehe... my mum ada bibik okeh... Oh, before gerak ke Cherating, I ke Nilai dulu untuk fetch my mum di rumah akak I. Disebabkan kereta I je yang kosong, so, kitaorangla yang bawak my mum n bibik ke lokasi family day. Hehe... Back to Cherating. Memanglah lokasi untuk tido je sebab dari sampai petang Jumaat, hinggalah nak bertolak ke Rantau Abang pagi Sabtu, my hubby tak bawak I kemana - mana pun. Ada tak ada pun, round2 jalan besar utk carik breakfast pagi Sabtu 2. Pantai Cherating pun tak jejak walaupun dah dekat sangat. Huhu.... kadang2 sedih jugak bila pikirkan tak dapat pergi pantai. Bukan nak mandi sangat pun, saja nak amik mood romantic kat tepi pantai 2.... Haha, ayat tak boleh blah langsung.

Pagi Sabtu, kitaorang konvoi 4 kereta ke Rantau Abang. Perjalanan sejauh 4 jam semalam, disambung lagi 2 jam pagi sabtu. Aduh... patah pinggang makcik. Jauh gila.. Nasib baik scenery sepanjang jalan quite ok, so, tak adalah boring sangat. And... I sangat impressed bila nampak loji pemprosesan minyak Petronas di... mana ek? Entah, tak ingat.. Hehe.. Yang pasti dah dekat dengan Dungun dah. Sepanjang jalan memang penuh dengan pelantar minyak dan menara yang mengeluarkan api. Ok, I jadi jakun sekejap. Tapi, I'm really2 impressed. Dari situ, ada dekat sejam jugak nak sampai tempat penginapan kitaorang - Dahimah Guesthouse. My comment on this chalet? Quite ok, tapi masih banyak yang boleh diperbaiki. Paling tak boleh terima bila dijanjikan chalet kitaorang ada TV but ended up, tak ada TV. Alasan, TV rosak kena petir the other day. Huh, okey, I terima. But then, lampu chalet berkelip - kelip bila ditutup. Dengan bau nak terbakarnya. Buat I jadi takut. Malam 2 jugak, dalam 11.30, I pergi tekan loceng reception suruh diaorang tengokkan apa yang tak kena. Nasib baik lepas dibaiki, takde apa masalah. The rest is ok. Makanan pun boleh tahan sedap. Sebab tahun ni makanan cater je, jadi banyak masa terluang. Sukaneka plak tak banyak acara. Memang banyak rehatlah kitaorang tahun ni.

Hari Ahad, acara sukaneka. as I said, acara tak banyak. Dalam tengahari dah settle semua. Cuma acara ibu bapa je yang tinggal sebab ada bapa2 yang dah masuk chalet.... membuta. Faham, penat perjalanan semalam tak habis lagi. Ditambah lagi dengan faktor usia dan kesihatan. Hehe... Ok, sambung cerita.. Sebelah petang, kitaorang gerak ke K.T. - Pasar Payang. Horeyy!! Shopping!. Tapi kali ni, I pergi dengan anak buah, kakak yang sulung n husbandnya. Husband I, membuta kat chalet. Tak mahu pergi. Tak apa, asalkan I dapat shopping. Tak kisahlah dia tinggal pun. Hehe.... jahatnya I kan. Sampai Pasar Payang dah jam 4. Pusing2 tingkat 1 utk cari baju batik, dah makan masa 2 jam. Bila turun tingkat bawah untuk beli keropok, most of the kedai dah tutup.
OMG!
Cepatnya kedai kat sini tutup. Tak ada can nak menghabiskan duit lagi.. HAHA(sila gelak jahat - macam banyak je duit I).. Kena lupakan keinginan untuk beli dodol untuk di bawa ke ofis. Oh, I habis dalam RM300 sepetang tu. Beli baju batik je dah berapa. Lari budget untuk bulan ni (dahlah gaji bulan 2 lambat lagi). Balik dari cuti ni, kena ikat perut...

Isnin, hari bertolak balik. Pagi lepas breakfast, kitaorang adakan meeting untuk next family day pulak. Then ada rancangan lain pulak, tapi yang itu I cerita lain kali. Lepas settle meeting dan bayar hutang, time untuk berkemas. Masa tu, semua akak2 n abang2 dah ada macam2 plan nak menyambung cuti. I? Entah, sekejap my hubby cakap nak menyinggah, sekejap cakap nak balik terus. N tahu apa keputusannya? Hehe.... figure it up yourself.....

Okey, by for now. Next entry, I akan cuba upload gambar2 masa di Rantau Abang. Tak banyak sangat gambar yang diambil sebab dah malas nak jadi fotografer... HEHE.....

Bye then....

Full content generated by Get Full RSS.

Lebih 12000 Pelawat Kunjungi Pusat Penerangan Penyu <b>Rantau</b> <b>...</b>

Posted: 19 Dec 2011 04:43 PM PST

KUALA TERENGGANU, 19 Dis (Bernama) — Dalam tempoh 11 bulan pertama tahun ini, seramai 12,830 pelawat mengunjungi Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu Rantau Abang di Dungun.

Pengarah Jabatan Perikanan negeri Zakaria Ismail berkata daripada jumlah itu, 11,799 orang adalah pelawat dalam negara manakala bakinya dari luar.

"Setiap pelawat yang datang ke situ dapat melihat pemeran tuntung hidup di samping diberi penerangan mengenai hidupan penyu," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini Isnin.

Katanya sesetengah pelawat itu turut dibawa bermalam di pusat penetasan penyu di Ma', Kerteh.

Terengganu mempunyai 11 pusat penetasan penyu yang dikendalikan pelbagai pihak termasuk Jabatan perikanan, badan bukan kerajaan dan Dana Hidupan Liar Sedunia Malaysia.

Zakaria berkata bagi pusat penetasan yang dikendalikan Jabatan Perikanan, telur penyu yang dierami itu diperolehi di kawasan rezab kerajaan ataupun melalui pembelian daripada pemajak.

Sepanjang tahun ini, jabatan itu mengeramkan hampir 94,000 biji telur dan daripada jumlah itu kira-kira 66,000 berjaya ditetaskan serta dilepaskan ke laut.

– BERNAMA

Advertisement
Full content generated by Get Full RSS.

13 di seberang takir - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di seberang takir - Google Blog Search


Teganuku..segalanya <b>di</b> sini..: Nelayan <b>Seberang Takir</b> Terima <b>...</b>

Posted: 31 Dec 2011 01:16 AM PST

Seramai 325 nelayan dan pengusaha bot penambang di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir menerima bantuan RM100 serta makanan daripada kerajaan negeri bagi meringankan beban mereka yang tidak dapat ke laut pada musim tengkujuh berikutan keadaan ombak besar serta angin kencang.

Bantuan itu disampaikan Anggota DUN kawasan berkenaan Ahmad Razif Abd Rahman dan penerima terbabit berterima kasih atas keprihatinan kerajaan negeri terhadap nasib golongan nelayan yang hidup dalam kemiskinan.

Bagi Awang Jusoh, 46, dari Kampung Baru Seberang Takir, bantuan itu boleh digunakan untuk membeli peralatan sekolah tiga anaknya yang belajar di sekolah menengah.

"Kita tidak tahu hendak cakap kerana kita rasa terlalu gembira mendapat bantuan ini, kita mengucapkan terima kasih kepada kerajaan," katanya ketika ditemui selepas majlis penyampaian bantuan itu semalam.

Alias Ali, 50, pula berkata bantuan itu amat penting kerana pendapatannya sebagai penambang hanya cukup makan.

Sementara itu, Ahmad Razif berkata kerajaan membelanjakan RM70,000 untuk membantu nelayan menerusi program tersebut dan ini merupakan tahun ketiga ia dilaksanakan.

Beliau berkata kerajaan sedar nelayan dan pengusaha bot penambang di Kampung Seberang Takir mengalami kesempitan hidup pada musim tengkujuh kerana sebahagian besar daripada mereka tidak dapat mencari rezeki.

Full content generated by Get Full RSS.

T E G A N U K I TA: Pasar tani <b>di</b> RAMD <b>Seberang Takir</b> setiap Jumaat

Posted: 01 Jan 2012 06:49 PM PST

Oleh FAUZI MOHD

Masyarakat sekitar dan penghuni Batalion ke-18 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Kem Sri Pantai Seberang Takir boleh mendapatkan barangan segar untuk keperluan harian melalui pasar tani yang bakal diadakan di penempatan itu kelak.

Pegawai Memerintah kem berkenaan, Leftenan Kolonel Nasharuddin Mohamad berkata, pihaknya bercadang untuk menyediakan kemudahan itu dalam kem tersebut pada setiap hari Jumaat bagi kemudahan keluarga anggota tentera.

"Tapak pasar tani itu bakal dibina di Dataran Berjuang dan kita jangka ia akan siap sebelum bulan April ini dengan kerjasama Pernama (Perwira Niaga Malaysia).


"Bagaimanapun, buat masa ini, kita sedang usahakan dengan Pejabat Daerah untuk memasang tar di dataran tersebut sebelum pasar tani beroperasi," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Ramah Mesra Pemimpin dan Masyarakat Setempat Bersama Warga 'Tangkas Berjuang' di Kem Batalion ke-18 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Kem Sri Pantai, Seberang Takir kelmarin.

Full content generated by Get Full RSS.

Pantai <b>Seberang Takir</b>, Kuala Terengganu, Terengganu ~ Unikversiti

Posted: 05 Jan 2012 11:23 PM PST

Full content generated by Get Full RSS.

13 di paka - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di paka - Google Blog Search


(Video) Hantu 7 Eleven <b>Di Paka</b>, Terengganu | Blog Aduka

Posted: 25 Oct 2011 12:46 AM PDT



Salam.
Awal pagi tadi, kecoh di Facebook tentang satu video yang dikatakan jelmaan hantu muncul di kedai 24 jam 7 Eleven di Paka, Terengganu. Setelah saya melihat dan amati video ini, ia kelihatan seperti tulen dan tidak di-edit. Walaupun begitu, saya bukanlah pakar analisis video. Jadi saya tidak berani mengeluarkan kenyataan bahawa video ini tulen atau palsu.
Saya menulis artikel ini bukanlah bermaksud untuk mengajak anda mempercayai 100% akan kewujudan hantu. Bagi saya, istilah 'hantu' tiada pun di dalam mana-mana kitab atau yang termaktub di dalam Al-Quran. Tiada. Yang ada hanyalah jin, syaitan, dan iblis. Bagi saya, perihal 'hantu' hanyalah salah satu jelmaan daripada syaitan atau jin.

Jadi di bawah ini saya sertakan video tersebut. Anda saksikan dan nilailah sendiri.
Bagi saya, video ini tak la seseram video pontianak di Lepar Hilir tu. Video tu dirakam pada bulan Ogos 2010. Video itu juga kecoh di Facebook. Klik DI SINI (klik!) untuk menonton video tersebut.

PERHATIAN! Aktiviti PLAGIAT (copy & paste) sesuatu artikel tanpa pengetahuan dan kebenaran penulis adalah satu aktiviti/perbuatan yang TIDAK BERMORAL!

Full content generated by Get Full RSS.

HAntu 7 Eleven versi Kak limah menghantui <b>di Paka</b> | HIDUPKU <b>...</b>

Posted: 01 Jan 2012 06:47 PM PST

salam.hari ini 2 Januari 2012,yang mana dah dua hari kita berada di tahun baru,semoga hari ini lebih baek dari hari kelmarin yer,
sila klik gambar di atas untuk kelihatan lebih jelas.

so tanpa ingin beleber lebih panjang aku akan teruskan dengan point aku yang bertajuk seperti di atas,
oo yer seram tak dengan tajuk di atas??percaya tak hantu kak limah kembali wujud??
yer memang masih tak percaya kan???
Benda ini memang betul beb kalau tak percaya aku akan tunjukkan klik video ini nanti,kisah  yang menyeram ini ,telah terjadi di depan kedai 7 Eleven di Paka,kemaman,negeri Terengganu,aku tengok pun seramm jugak ler,dengan hantu itu memegang hangbag sambil lalu di depan kedai 7 Eleven sambil mundar-mandir,muka nya memang sangat gelap dan rambutnya sama dengan warna persekitaran di luar kedai itu yan berwarna hitam jugak,cuma muka nampak macam tak berapajelas dan  nampak,mungkin kejadian ini memang ada betulnya.
JADI SEBELUM NAK TENGOK TUH BERHATI-HATILAH YER...
Dahlah baru-baru ini kita digemparkan dengan hantu kak limah di Marang ,Terengganu,huhuh seram beb,,kalau nak baca pasal hantu kak limah dekat marang bolehlah klik disini...
Jadi di sini ,anda jangan takutlah,kerana yang anda perlu takut ialah Allah SWT.
kerana Allah adahlah Pencipta kita dan tiada sesiapa yang dapat tandingin tuhan kita ini
Kejadian ini betul atau tidak ,Allahualam,,
jadi bagi mengatasi ketakutan ini
anda diingatkan selalu menunaikan solat dan melakukan apa yang disuruh_Nya dan meninggalkan Apa yang dilarang_Nya,,
janganlah kamu takut dugaan dari syaitan itu melampaui batas,kerana kamu adalah orang yang sangat lemahh-selemahnya,so kalau kalian cukup dengan amal ibadah,insyaallah kasyaitan dan godaan jin tidak mampu menakutkan kita,dan kita tidak akan tewas dengan hasutan syiatan LAKNATULLAH...
SEKIAN SAHAJA DARI ANISHAK UNTUK BLOG HIDUPKU ANISHAK..
Full content generated by Get Full RSS.

Ada Hati Perut ke JKKK, Adun <b>Paka</b> & MB Terengganu?

Posted: 21 Jan 2012 06:13 AM PST

Dua Penggal pemerintahan Umno-BN setelah tahun 2004, menyaksikan pelbagai kezaliman yang kini semakin terasa dikalangan rakyat marhain. Bermula dengan rampasan royalti, tekanan dan sekatan kerajaan Pusat dikenakan terhadap Terengganu sebagai hukuman terhadap rakyat kerana memilih Pas & PR sebagai pemerintah.

Sebuah demokrasi songsang bagi pengamal Kerajaan Federalisme daripada pilihanraya.

Apabila DS Idris mula berkuasa maka terlihatlah belangnya. Penuh dengan kesombongan, angkuh dan takaburnya lalu terus membekukan dan merampas tanah-tanah RTB yang diluluskan kepada rakyat melebihi 60 ribu lot semuanya. Surat dihantar kepada Konsortium Juruukur supaya menghentikan serta-merta kerja-kerja menyelesaikan tanah rakyat. Ada yang dah buat rumah kediaman, dengan kuasa Umno-BN meruntuhkan serta menyapu bersih dengan jentolak.

Sedangkan mereka merupakan rakyat Terengganu, melayu, Islam. Bukan hanya penyokong Pas tetapi ramai dikalangan orang Umno. Yang penting mereka berhak dan rakyat Terengganu. Kenapa mereka dizalimi dan dinafikan haknya sehingga kini. Dalam Dun Paka sahaja dengan 11 RTB (Rancangan Tanah Berkelompok) yang melibatkan hampir 1,800 peserta.

Bukan hak rakyat sahaja dirampas bahkan Masjid Bujal sendiri menjadi saksi kezaliman Umno-BN. Kuasa yang mereka miliki menyebabkan mereka lupa kepada adanya Allah Swt. Perbuatan meniru Zionis laknatullah yang merampas tanah Palestine dan rumah ibadah dibumi suci tersebut. Di Israel mereka merampas tanah orang arab untuk diberikan kepada bangsa Yahudi. Malangnya di Terengganu, tanah melayu dirampas oleh wakil rakyat Terengganu sendiri. Sebangsa, seagama.

Sesungguhnya Allah Maha Kaya. Hanya sepenggal pemerintahan beliau, kita menyaksikan bagaimana Allah Menghinakan manusia yang zalim. Idris Jusoh dihinakan sedemikian rupa. Umpama kucing kurap yang buruk kepala. Hilang tampuk kerusi empuk MB Terengganu. Bukan kerana Pas, bukan kerana rakyat tetapi kerana perebutan dan pencakaran sesama mereka. Idris Jusoh vs Mat Said. Slogan "Pembangunan yang tidak pernah kelihatan" bertukar menjadi Terengganu Darul Runtuh. Betapa cepatnya pembalasan Rabbul Jalil.

Adakah mereka mengambil pengajaran? Dizaman DS Ahmad Said, ketika awal pemerintahan… demi mengukuhkan kuasa beliau supaya tidak ditolak dengan undi tak percaya beliau mengambil pendekatan berlunak dengan Pas sendiri. Nampaklah macam orang yang dah bertaubat. Berkopiah dan berjubah mengalahkan orang Pas. Tetapi kini kuku dan belangnya sudah kelihatan. Yelah… Kkabo tahik, lama mana sangat boleh bertahan didalam kapas mewangi. Pasti akan merayap keluar berada ditempat asalnya.

Yang terbaru apabila rampasan tanah Sekolah Rendah Islam Darul Bayan di Paka. Rangkaian sekolah Pondok Darul Bayan, Sekolah Menengah Islam Darul Bayan, Ma'had Tahfiz al-Quran yang mempunyai 700 pelajar keeluruhannya. SRI Darul Bayan adalah satu-satunya Sekolah rendah Islam di Dun Paka. Sebuah sekolah rakyat yang berdaftar dengan JHEAT dan sepenuhnya didirikan dan diseliakan dengan sumbangan wang zakat dan derma orang-ramai. Ia ditubuhkan sejak tahun 2001 dan kini memiliki pelajar seramai 360 orang. Tanah yang dipohon dan diberi kelulusan RTB seluas 2 ekar itu pada tahun 2003 telah didirikan pembangunan sekolah. Sebuah bangunan induk dan sebuah bangunan tambahan 2 tingkat, surau, kantin dan 2 unit rumah guru. Sila klik http://sridarulbayan.blogspot.com/

Kini dengan rakus mereka tega merampas tanah institusi pendidikan Islam dan dibahagikan kepada pengerusi dan ajk JKKK setempat pada bulan desember 2011 yang kini baru disedari setelah disembunyikan. Seekar dibahagikan kepada 5 lot dan diberikan kepada pengerusi Umno & ajknya atas nama RTB Kolam Permai, mukim Paka iaitu :-
1. Lot RTB 9832 diberikan kepada Pengerusi JKKK Limbong : Ibrahim bin Abdullah
2. Lot RTB 9833 - Abd.Ghani Karim suami kepada Anita Ariffin – S/U JKKK Limbong
3. Lot RTB 9831 - Suhaini Abd.Karim, isteri Fauzi Nong – Naib JKKK Limbong
4. Lot RTB 9830 – Muhamad Idris – JKKK Limbong
5. Lot RTB 9829 – Rosli Hasyim – JKKK Cacar.

Sepatutnya tanah individu diambil oleh kerajaan untuk kepentingan awam tetapi tanah Sekolah Agama Rakyat diambil untuk kepentingan beberapa kerat JKKK. Adakah ini dikatakan Umno sebagai parti pembela rakyat, pejuang melayu & menegakkan Islam? Adakah ini maknanya "Rakyat didahulukan"??? adakah inilah sebenarnya pemimpin melayu haprak yang disebut oleh Dr Mahathir?

Umat Islam ni biasanya tanah sendiri diwakafkan untuk surau, masjid maupun sekolah Islam. Tetapi kini tanah sekolah dibolot untuk kepentingan juak-juak mereka. Mana hati perut mereka? Kini dengan lay-out baru itu menyebabkan tanah perancangan untuk penempatan anak yatim itu sudah hilang. Sebahagian surau, kantin sekolah bahkan 2 unit Rumah guru juga turut dirampas. Apalagi yang tinggal apabila tanah kini tinggal tak sampai seekar? Kenapa yang mereka dendamkan sangat dengan sekolah tersebut? Sedangkan sekolah tersebut berdaftar dengan JHEAT. Menggunakan kurikulum Kementrian Pendidikan dan mengambil peperiksaan UPSR. Mendapat kerjasama yang baik daripada pihak PPD Dungun. Pernah mendapat kelulusan cemerlang dengan keputusan 100% pada tahun 2010. Para pelajar seepas Sri darul Bayan ini menyambung pelajaran di SMASZA, SMASID, IMTIYAZ, MA'AHAD MUHAMMADI dan lain-lain institusi.

Tidakkah mereka malu melihat bagaimana orang-orang cina yang anggup mengeluarkan duit mereka membina pembangunan dan dewan sekolah jenis kebangsaan cina Chee Mong di Paka maupun di Batu 5. Pihak kerajaan boleh pulak berikan bangunan baru untuk kelas meskipun pelajar hanya 100 orang lebih bahkan pelajar mereka juga dapat bantuan rm100 kepada setiap pelajar. Semua ini dinafikan terhadap Sekolah Agama Rakyat.

Siapa yang terlibat dengan kezaliman ini? Sudah tentu pihak JKKK terlibat secara langsung. Apatah lagi mereka bermesyuarat dan memutuskan untuk meletakkan nama mereka sendiri. Adun negeri N28 pastinya merupakan orang yang memutuskan dan menandatangani bagi kelulusan dan sokongan dalam mesyuarat Tanah Daerah yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah. Ia dibawakan ke mesyuarat MMKN dan diluluskan oleh Exco dan ditandatangani oleh MB Terengganu iaitu DS Ahmad Said. Inilah sebenarnya kezaliman itu diproses.

Adakah mereka lupa kezaliman ini akan adanya pembalasan? Tak ingat mati ke puak-puak ni. Adakah mereka lupa sabdaan Rasulullah Saw : "Siapa yang mengambil tanah orang lain dengan cara yang tidak sebenar sekadar sejengkal nescaya akan dipikulnya 7 petala bumi diakhirat kelak".

Semua ini berlaku kerana rakyat memberi kuasa kepada mereka. Lalu mereka menggunakan kuasa mengikut nafsu kesombongan dan keegoan mereka. Pas Dun Paka menyarankan agar pihak Sekolah samada staff maupun ibu-bapa bahkan pihak pengurus erta PIBG agar terus mempertahankan hak mereka. Sila klik http://www.facebook.com/pages/Kami-Bantah-Rampasan-Tanah-Sekolah-Rendah-Islam-Darul-Bayan-23100-Paka/278308188895566 . Diharapkan agar gabungan sekolah-sekolah Dar di Terengganu yang berjumlah 7 buah dengan pelajar 2,000 orang dapat bersama menyuarakan bantahan ini. Dan diharapkan rakyat sendiri menghentikan kezaliman ini dengan menumbangkan mereka dalam PRU-13 nanti. Kita akan saksikan siapakah selepas DS Idris Jusoh. Ingatlah mereka yang dizalimi tiada hijab dengan Allah Swt. Allah Akbar.

http://ustsaifulbahri.blogspot.com

Komen:

Full content generated by Get Full RSS.

13 di besut - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di besut - Google Blog Search


ZilaKasim Quilt Blog » Kelas <b>di Besut</b> trengganu

Posted: 26 Dec 2011 07:01 PM PST

Tuesday, December 27, 2011 11:01

Aku confirm akan adakan kelas di besut pada cuti raya cina nanti… tarikh aku akan update nanti selepas confirm ngan peserta ekkk… sbb ada akak sorang tu nak g bercuti kat langkawi…. so sesiapa yg berminat boleh join or ambik package… harga tahun depan akan naik yaaaa…. jom jom jom jahit bersama zilakasim

Both comments and pings are currently closed.

Full content generated by Get Full RSS.

KELAB GREENBOC: Rumah Terbakar <b>Di Besut</b> - Empat Lari <b>...</b>

Posted: 28 Dec 2011 08:07 PM PST

Empat lari bertempiaran

BESUT - Empat bersaudara bertempiaran lari menyelamatkan diri apabila sebuah rumah yang mereka diami terbakar dalam kejadian ketika hari hujan di Kampung Lak Lok Dalam dekat Alor Selising, Jertih, di sini semalam.

Mangsa, Siti Hasmah Taji Mohamad, 25, berkata, kejadian jam 7.30 pagi semalam itu berlaku ketika dia bersama seorang anak saudara dan dua sepupunya sedang tidur di dalam dua bilik berasingan di dalam rumah terbabit.

Menurutnya, dia terhidu bau hangit seperti sesuatu terbakar di bahagian dapur rumah dan selepas diperiksa mendapati penjuru dapur yang menempatkan ruang yang ditutup dengan almari telah terbakar.

"Sebaik menyedari kejadian itu saya terus mengejutkan anak saudara saya, Aqil Qayyim Ramadan Azwan, 4, dan dua sepupu Syazaliani Shamsuddin, 15 serta Mohd Said Ismail, 21, yang sedang tidur untuk menyelamatkan diri.

"Kami keluar sehelai sepinggang tanpa sempat menyelamatkan harta benda termasuk dokumen penting," katanya.

Siti Hasmah berkata, ketika kejadian dua sepupunya tidur di rumah berkenaan untuk menemaninya kerana ibunya, Siti Mariam Ab Fatah, 55, tidak ada di rumah kerana melawat saudara yang sakit di Bachok, Kelantan.

Menurutnya, kebakaran itu menyebabkan sebuah motosikal milik bapanya yang bekerja di Kuala Lumpur musnah, termasuk beberapa set pelamin milik kakaknya untuk disewakan.

Siti Mariam berkata, dia redha dengan kejadian itu walaupun rumahnya musnah, kerana yang paling penting nyawa anak, cucu dan anak saudaranya yang berada di dalam rumah itu selamat.

Dia menganggarkan kerugian yang dialami melebihi RM100,000.

Sementara itu menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jertih, Zuzuki Safei, pihaknya menerima panggilan pada jam 7.39 pagi lalu menghantar tujuh anggota bersama sebuah jentera ke tempat kejadian.

Kata beliau, api berjaya dikawal sepenuhnya kira-kira 10 minit selepas bomba tiba di tempat kejadian dan 90 peratus rumah kayu itu musnah.

"Punca kebakaran dan jumlah sebenar kerugian masih dalam siasatan," katanya.

Dalam pada itu pelbagai pihak tampil menghulurkan bantuan antaranya sumba­ngan­ Ahli Parlimen Besut dan Adun Jertih melalui wakilnya. -SH

Full content generated by Get Full RSS.

Banjir <b>di Besut</b> pulih sepenuhnya | Darul Iman

Posted: 02 Jan 2012 09:46 PM PST

KUALA LUMPUR: Keadaan banjir di Pasir Puteh, Kelantan semakin pulih manakala di Terengganu, daerah Besut telah pulih sepenuhnya daripada banjir dan situasi di Setiu masih bertahan.

Dalam pada itu, sesi persekolahan baru terganggu bagi ribuan pelajar di daerah Rantau Panjang dan Gua Musang berikutan sekolah mereka dinaiki air.

Di KELANTAN, menurut laman web rasmi kerajaan negeri, jumlah mangsa di dua pusat pemindahan di Pasir Puteh sehingga pukul 8 pagi ini ialah 73 orang daripada 19 keluarga.

Mereka ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Bukit Awang dan Sekolah Kebangsaan Kamil, manakala pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Kampung Nara ditutup sejak petang semalam.

Dua buah sekolah itu yang dijadikan pusat pemindahan sementara bagaimanapun dibuka untuk sesi persekolahan baru hari ini.

Semalam, Pengarah Pelajaran Kelantan Hussain Awang berkata lebih 5,000 pelajar di 11 sekolah — sembilan di Rantau Panjang dan dua di Gua Musang — tidak dapat memulakan sesi persekolahan hari ini akibat banjir.

Dalam pada itu, Penyelia Kanan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Rantau Panjang, Mukhtar Mustafa berkata 50 Tabika Kemas termasuk sembilan yang baru di Rantau Panjang, dibuka seperti biasa hari ini walaupun lapan daripadanya masih digenangi air.

Sungai Golok di Rantau Panjang masih berada di atas paras bahaya dengan bacaan 9.72 meter (bahaya 9 meter) pada 8 pagi. Bagaimanapun, ia dilaporkan surut secara perlahan berikutan cuaca yang terus baik di Kelantan dan tiada jalan utama ditutup kepada kenderaan.

Di TERENGGANU, menurut portal banjir kerajaan negeri, 23 mangsa terakhir di Besut dibenarkan pulang ke rumah masing-masing malam tadi apabila keadaan banjir di daerah itu pulih sepenuhnya.

Semua pusat pemindahan di Besut ditutup malam tadi.

Sehingga pukul 9 pagi, bilangan mangsa di Setiu berjumlah 189 orang, dengan 64 ditempatkan di Surau Kampung Nyatoh, Dewan Sivik Desa Jaya (13), Masjid Guntong Luar (73) dan Sekolah Kebangsaan Kampung Besut (39).

Di JOHOR, jumlah mangsa banjir di Segamat berkurangan kepada 54 orang dengan dua pusat pemindahan masih dibuka setakat pagi ini.

Menurut portal Majlis Keselamatan Negara, setakat pukul 10 pagi, sembilan keluarga masih ditempatkan di pusat pemindahan di balai raya Kampung Batu Badak dan balai raya Kampung Pogoh 2. — BERNAMA

Full content generated by Get Full RSS.

13 di gong kedak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di gong kedak - Google Blog Search


Air Force Squash: Liga Skuasy 02/11 <b>di Gong Kedak</b> - 29 Nov <b>...</b>

Posted: 15 Dec 2011 08:19 PM PST

Pangkalan Udara Gong Kedak menjadi tempat pilihan Air Force Squash untuk liga yang terakhir dalam kalender 2011.  Terima kasih kepada Gong Kedak terutama Lt Kol Pidrus TUDM yang banyak support liga kali ini.  Terima kasih juga kepada main player/organizer Kapt Hamdan TUDM yang memamg back bone kepada liga kali ini (kalau hang tak ada, memamg tak jadi la... hehehe).  Tahniah kepada pemenang iaitu:
Johan.  725184 LUK Norhaslysham bin Azim - Pangkalan Udara Gong Kedak.
Naib Johan.  718408 PW U II Muhammad Razi bin Osman - Markas Logistik Udara.
Ketiga.  719920 F/Sjn Mohd Ali bin Ibrahim - Markas Operasi Udara.
Keempat.  Kapt Hamdan bin Shaid TUDM (714377) - Pangkalan Udara Gong Kedak.
Kelima.  722047 Kpl U Izhar bin Mohd Johar - Pangkalan Udara Subang.
Keenam.  726099 LU Ahmad Ridzuan bin Gani - Matra 1

Link di bawah adalah gambar dari lensa Kpl U Izhar.  Enjoy! Full content generated by Get Full RSS.

Anak Merdeka: Bangunan Tinggi <b>di Gong Kedak</b>

Posted: 06 Nov 2011 11:48 PM PST

Assalamualaikum....


Cuba korang tengok bangunan kat atas tu...Bangunan tu still dalam pembinaan lagi... Ketinggiannya dalam 3 tingkat n kalo dilihat maybe akan lagi tinggi lepas siap nanti... Ape yang jadi persoalannya ialah ianya berhampiran dengan Pangkalan Udara Gong Kedak betul2 bersebelahan dengan pagar Pangkalan...
Ianya juga berhampiran dengan runway Pangkalan... Ape tujuan Bangunan ini dibina?? Sebagai Menara Pemerhati bagi sebarang aktiviti dalam pangkalan ke? Pangkalan Udara Gong Kedak merupakan salah satu Pangkalan STRATEGIK negara yang menempatkan 18 buah pesawat tercanggih milik TUDM... So dari bangunan yang akan dibina nie tak mustahil setiap aktiviti pergerakan udara Pangkalan akan dapat diperhatikan dari bangunan ini.....So TUDM rasanya perlu menyiasat pemilik bangunan ini agar ianya tidak dijadikan bangunan yang merekodkan semua aktiviti pergerakan udara dari pangkalan....
Full content generated by Get Full RSS.

Teganuku..segalanya <b>di</b> sini..: Anggota TUDM <b>Gong Kedak</b> Sedia <b>...</b>

Posted: 31 Oct 2011 08:24 AM PDT

Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Pangkalan Udara Gong Kedak (PUGK) menyediakan 300 anggotanya untuk membantu sekiranya banjir melanda negeri ini pada musim tengkujuh nanti.

Komandernya, Brig Jen Mohd Faudzi Ahmad berkata anggotanya akan dikerah ke seluruh negeri terutamanya di daerah-daerah yang menghadapi bencana alam itu sekiranya diarah oleh pihak Jawatankuasa Keselamatan Bencana Negeri.

"PUGK telah bersedia dari segi logistik menyediakan kemudahan seperti bot, trak dan jaket keselamatan di samping para anggota yang terlatih untuk kerja-kerja menyelamat," katanya pada Program Hari Keluarga dan Sukan Rakyat PUGK Bersama Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Besut yang diadakan di padang pangkalan itu semalam.

Menurutnya, di samping itu pihaknya turut menyediakan sebuah dewan sebagai pusat pemindahan mangsa banjir di pangkalan itu sekiranya pusat pemindahan yang lain seperti sekolah sudah penuh.

Faudzi menambah sebelum ini PUGK tidak terlibat secara langsung dalam kerja-kerja menyelamat banjir memandangkan banjir yang melanda negeri ini khususnya di daerah Besut tidak membimbangkan.

Program tersebut dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna negeri merangkap ADUN Kuala Besut, Dr A Rahman Mokhtar.

Full content generated by Get Full RSS.
 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved