ads

Isnin, 12 Mac 2012

13 di pulau kapas - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di pulau kapas - Google Blog Search


peaches_n_cream

Posted: 12 Mar 2012 05:15 AM PDT

3/12/12

adventure of bunny and friends begin!

all doodle 100% by me !

Synopsis :The Adventure of bunny begins from Malaysia to Europe ! Bunny and her friends will bring you all to travel around the world. Don't take it serious ! . Bunny will show you the best places to visit . Hope you all enjoy ! 

Malaysia

I'm proud here to recommend my country, Malaysia, to all travelers who are going to or wish to visit Malaysia for the first time.

As tourism board of Malaysia's slogan says, "Malaysia, Truly Asia". Malaysia's multi-culturism due to its complex population structure where Malays, Chinese, Indians and other ethnic groups of people live together peacefully and happily, has led to many exciting cultural festival and events held all over Malaysia throughout the year. Not to mention those mouth watering multi-cuisine foods that you can find here.
Same with that is our popular travel destination where travellrs could simply find everything they like to see, do, and explore in a tropical country from highland cooling hideaways, deep tropical rainforest exploration, clear and calm sea snorkeling and scuba diving to crazy madly clubbing and shopping.

Similar to that again is its tropical weather where sunshine, hot temperature with showers could be expected throughout the year, Malaysian people are warm, friendly with smiles on their faces throughout the year.

Among the Top 10 Travel Destinations in Malaysia that travelers must go are:

  1. Penang – Mostly populated by Chinese community, travelers could find incense and temples everywhere in Penang. The 'must-do" items includes visiting the Kek Lok Si temple, Penang Hill, Snake Temple,  trying out full varieties of our local Penang foods, sightseeing world heritage architectures, sun-bathing at the beautiful Batu Ferringhi beach as well as exploring the 'spicy' little Indian street;
  2. Cameron Highland – The hinterland at highland where you can visit tea plantations in the cool air, sipping tea at cafes, viewing flowers and cactus plantation, as well as trying our local steamboat lunch and dinner. You can also play a round of golf there too. Please check out my photo travel guide to Cameron Highland too;
  3. Taman Negara – With the thick rainforest surrounding you, try jungle trekking, tracking elephants with your leech-proof boots. kayaking and overnight at Kenyir Lake. Fishing and exploring the National Park at Endao Rompin;
  4. Pulau Redang, Perhentian, Kapas or Tioman – These east coastal islands are best for snorkeling, scuba diving, photographing live corals and sunsets! You can also witness turtles laying eggs at sea shore if you are lucky;
  5. Sarawak and Sabah – Climb the massive Mt. Kinabalu, visit the mythical Borneo where you can see wild Orang-utan and off course, taste plenty of fresh and cheap seafood! Off the shore of Tawau is the famous Sipadan "scuba diving heaven" Island;
  6. Melaka – The historical city with many ancient architectures and cultures inherited from the Portuguese, Dutch and Spanish. Travelers could learn more on the local Papa and Nyonya community and its culture. Plan a short trip to Melaka to take colourful travel photos;
  7. Langkawi – Big island with all sorts of activities to explore includes the Eagle Square, grand Perdana gallery of art by our previous premier, Tun Dr. Mahathir;
  8. Kuala Lumpur – The capital city of Malaysia. The heaven for entertainment,shopping, drinking, and people watching. Travelers need at least 3 days to visit tourists spots such as the Petronas Twin TowerBatu Caves, Tasek Perdana with Birds Park, Orchid Garden, museum, zoo, royal palacechinese temples etc. The best way to explore the city is by utilising its Integrated Railway System to connect to most travel sites;
  9. Putrajaya – A new government administrative district where you could visit the lake, botanic garden, mosque and also to appreciate the grand architectures with nine bridges reaching the district surrounded by a man-made river (or canal?). Check out my Travel by photos to Putrajaya, and
  10. Genting Highland – Need me say more? The 1-stop entertainment, hotels and the only casino in Malaysia, all on top of a mountain over 5,00o feets from sea water level called Genting Highland.

0 loner (s)
OLD | NEW

13 di pulau wan man - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di pulau wan man - Google Blog Search


T E G A N U K I TA: PPPMCT kumpul dana bina bangunan sendiri

Posted: 11 Mar 2012 09:51 PM PDT

Oleh; Esah Abdullah

Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Terengganu (PPPMCT) sedang mengumpul dana bagi merealisasikan impian untuk memiliki bangunan sendiri sebagai tempat menjalankan aktiviti persatuan.

Yang Dipertuanya, Tengku Datin Seri Ramlah Azizah Sultan Ismail Nasirudin Shah berkata, persatuan telah mendapat sebidang tanah seluas 0.2 hektar berhampiran Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu.


"Persatuan amat berbesar hati dan berterima kasih dengan keperihatinan kerajaan negeri yang meluluskan kawasan ini sebagai tempat ahli berkumpul dan menjalankan aktiviti," katanya ketika berucap di majlis Persmian Perkhemahan dan Mesyuarat Agung Tahunan PPPMCT di Kem Pengakap Tengku Muhammad ismail, Telaga Batin, semalam.

Isteri Menteri Besar, To' Puan Seri Hajah Norliza Mahmud telah merasmikan kedua-dua program berkenaan secara serentak.

Tambahnya, sebuah bangunan tiga tingkat bakal didirikan di kawasan berkenaan yang dilengkapi dengan dewan, ruang pejabat, bilik pameran, bilik asrama serta kedai bagi jualan barangan keperluan persatuan.

Katanya, setakat ini proses membuat pelan bangunan dan kerja-kerja merata tapak serta penambakan dijalankan secepat mungkin dan berharap pembinaan dapat dimulakan pada awal tahun depan.

Berhubung dengan program persatuan, tahun lalu merupakan paling cemerlang kerana berjaya mengadakan aktiviti bersama golongan nelayan di daerah Dungun yang turut dihadiri isteri Perdana Menteri, Datuk Paduka Seri Rosmah Mansor.

"Program ini telah memberi satu perspektif baru kepada ahli-ahli pandu puteri dalam membentuk semangar khidmat masyarakat," katanya.

Katanya, kejayaan lain ialah berjaya melahirkan 11 orang pandu Puteri Raja, dua orang memperolehi anugerah Asia Pasifik dalam kepimpinan dan 11 orang Pesuruhjaya menerima anugerah Agok Lebah dan Pingat Jasa.

"Puteri kita juga tidak ketinggalan menyertai pelbagai acara di peringkat kebangsaan seperti Majlis Renjer Kebangsaaan dan perkhemahan Pandu Puteri Tunas," katanya.

13 di jabor - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di jabor - Google Blog Search


Bayang Rambut Dalam Air » Laman Kongsi Dot Com

Posted: 11 Mar 2012 07:48 PM PDT

CHUKAI – Bayang rambut dalam air yang dilihat salah seorang orang ramai yang membanjiri tempat kejadian membantu Pasukan Bomba dan Penyelamat menemui mayat seorang buruh yang lemas petang semalam selepas terjatuh ke dalam sungai di belakang Pasar Besar Chukai kira-kira jam 12 tengah malam kelmarin.

Mayat mangsa dijumpai pada jam 4.17 petang semalam tidak jauh dari tempat dia terjatuh selepas misi mencari dan menyelamat mangsa, Mohd Sazali Ismail, 36, yang beralamat di Kampung Jabor, Chukai, dilancarkan kira-kira jam 10.49 pagi semalam oleh pasukan bomba.

Saksi yang melihat bayang rambut mangsa, Ablah @ Nordin Tahir, 63, segera memaklumkan apa yang dilihat kepada unit skuba yang sedang menyelam sebelum pasukan penyelamat memeriksa dan menemui mayat terbabit yang kakinya tersekat di dalam selut di dasar sungai berkenaan.

Lihat bayang selepas 10 minit di tempat kejadian

Ablah @ Nordin dari Kampung Tengah Chukai berkata, dari jeti nelayan tempat dia melihat operasi mencari dan menyelamat dilakukan jelas dia melihat bayang kehitaman rambut mangsa di permukaan air di tengah sungai kerana air sungai yang kian surut.

"Saya segera menjerit memberitahu apa yang saya nampak kepada pihak bomba dan penyelamat yang sedang menyelam," katanya yang melihat bayang itu selepas 10 minit berada di tempat kejadian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kemaman merangkap Pegawai Operasi, Penolong Penguasa Mahazan Mat Junus berkata, misi mencari dan menyelamat berkenaan membabitkan sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kemaman, enam anggota unit skuba Balai Bomba dan Penyelamat Chukai menggunakan dua bot penyelamat bomba.

Menurutnya, misi mencari dan menyelamat itu dimulakan selepas pihaknya menerima laporan mengenai kes lemas tersebut.

Operasi mencari dan menyelamat bagaimanapun terpaksa dihentikan seketika pada jam 1.30 petang kerana keadaan arus sungai yang deras dengan kedalaman air sedalam 2.2 meter sebelum operasi disambung semula jam 3 petang.

Dengar orang minta tolong

Gerakan mencari turut dilakukan hingga ke sekitar kawasan Kuala Kemaman dan ke Sungai Bukit Kuang kerana dikhuatiri mangsa dihanyutkan arus.Sinar Harian difahamkan, mangsa yang juga seorang duda dan memiliki seorang anak terjatuh ke dalam sungai terbabit ketika air sungai mulai pasang.

Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hopital Kemaman untuk dibedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga untuk dikebumikan.

Sementara itu, seorang saksi kejadian, Mohd Zawawi Hashim, 27, yang juga seorang penjual ikan berkata, dia menyedari kejadian lemas itu selepas mendengar sayup-sayup bunyi orang meminta tolong.

"Ketika itu saya dan tiga lagi kawan baru sahaja habis menonton televisyen di bangsal rehat nelayan di tepi jeti. Tiba-tiba terdengar bunyi percikan air kuat seperi benda jatuh ke dalam sungai. Saya dan kawan segera keluar dari bangsal dan waktu itu saya lihat seorang lelaki terkapai-kapai sambil meminta tolong sebelum jeritannya hilang sambil dia tenggelam. Namun, dua daripada kawan saya yang terjun ke dalam sungai tidak sempat menyelamatkannya kerana dia terlebih dalulu tenggelam," katanya.

Menurutnya yang berasal dari Jalan Dato', Chukai, jarak mangsa terjatuh dari bangsalnya berehat hanya selang sebuah bot.

Mohd Zawawi kemudiannya membuat laporan polis mengenai kejadian berkenaan di Balai Polis Chukai.

Difahamkan selepas lemas, penduduk kampung turut berusaha mencari mengsa di kawasan sekitar tetapi usaha berkenaan gagal.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

13 di chukai - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di chukai - Google Blog Search


Malaysia Zoom » Harrif &#39;mengamuk&#39; <b>di Chukai</b>

Posted: 02 Mar 2012 03:08 PM PST

KEMAMAN – Pelumba Terengganu Cycling Team (TSG), Mohd. Harrif Salleh menceriakan penyokong tempatan apabila muncul tempat kedua peringkat kelapan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2012 dari Pekan ke Chukai, semalam.

Lebih manis hampir 10,000 rakyat negeri Terengganu menanti untuk menyambutnya di garisan penamat dengan mengharapkan pelumba kesayangan mereka itu berjaya muncul juara pada perlumbaan sejauh 100.8 kilometer itu.

Bagaimanapun, mereka tetap gembira apabila melihat pelumba berusia 24 tahun itu berjaya meloloskan diri daripada 119 pelumba untuk meraih tempat kedua di belakang pelumba Farnese Vini-Selle Italia, Andrea Guardini yang lebih dahulu mencecah garisan penamat.

Dipetik dari Utusan Malaysia

di negeri terengganu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri terengganu - Google Blog Search


100 Tahun Memertabatkan Islam <b>di Negeri Terengganu</b>

Posted: 02 Jan 2012 11:23 AM PST

'Hairan bin Ajaib' apabila  pemimpin Umno, khususnya pemimpin Umno negeri Terengganu tidak mahu melaksanakan undang-undang Islam.

Samada pemimpin-pemimpin Umno jahil atau sengaja mahu menolak undang-undang Islam, kerana sesungguhnya undang-undang Islam telah wujud dan dilaksanakan di negeri Terengganu sejak tahun 1303 Masehi/ 702 Hijrah.

Dan sedarlah kita semua bahawa, apa pun diberikan nama undang-undang itu, samada undang-undang Batu Bersurat atau Undang-undang Itqan al-Muluk Bi Ta'Dil as-Suluk, atau Enamen Jenayah Syariah Hudud dan Qisas, semuanya adalah berdasarkan undang-undang islam yang mesti kita, sebagai orang-orang Islam menerima dan melaksanakannya.

[Gambar - Sultan Zainal Abidin III yang telah memerintah dengan Undang-undang Islam Itqan al-Muluk Bi Ta'Dil as-Suluk]

Tuduhan Hudud PAS bukan Hudud Islam, yang digunakan oleh Umno serta konco-konconya tidak benar samasekali, kerana sejarah telah membuktikan, hukuman Hudud yang serupa pernah tercatat diatas Batu Bersurat dan pada Itqan al-Muluk Bi Ta'Dil as-Suluk.

Negeri Terengganu Paling Awal Laksanakan Undang-undang Islam

Negeri Terengganu ialah diantara negeri yang terawal menerima dan melaksanakannya undang-undang Islam berdasarkan Batu bersurat telah dijumpai pada tahun di Hulu Terengganu.

Batu Bersurat ditemui separuh tenggelam selepas banjir surut di tebing Sungai Tersat di Kuala Berang, Hulu Terengganu pada tahun 1899.

Tarikh tepat bagi penulisan batu bersurat ini tidak dapat ditentukan dengan tepat.

Namun, teks pada batu bersurat ini ada menyatakan mengenai tarikh ia ditulis, iaitu "Jumaat di bulan Rejab di tahun saratan di sasanakala Baginda Rasulullah telah lalu tujuh ratus dua"

Menurut kajian yang dilakukan oleh Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib Al-Attas, tarikh bagi batu bersurat ini ialah Jumaat, 4 Rejab 702 H, bersamaan dengan 22 Februari 1303

Undang-undang Islam Batu Bersurat

Ianya sebagai satu bukti undang-undang Islam telah dilaksanakan di Terengganu.
Catatan yang terkandung pada batu ini menyebut Islam sebagai agama rasmi dan menerangkan hukum-hukum Islam tentang maksiat dan segala kemungkaran

Pada batu bersurat tersebut jelas menyatakan antaranya hukuman zina, seratus rotan bagi bujang dan rejam bagi yang dah berkahwin (22 Februari 1303)

Batu tersebut menggariskan beberapa hukum-hukum syariat yang diguna pakai. Tiga butiran undang-undang telah hilang bersama bahagian Batu yang tidak dapat dikesan. Peraturan yang keempat ialah berkaitan hutang-piutang. Peraturan kelima dan keenam tidak dapat dipastikan kerana sebahagian hurufnya telah hilang.  Cuma ia dapat dipastikan masih berkaitan muamalat.
Peraturan yang jelas terpelihara dan dapat dibaca dengan baik ialah berkaitan zina, seperti berikut[16]:

"Orang berbuat bala cara laki laki perempuan setitah Dewata Mulia Raya jika merdeka bujang palu Seratus ratun jika merdeka beristeri Atawa perempuan bersuami ditanam hingga ka Pinggang di hambalang dengan batu dimatikan.

Ada beberapa perkara yang perlu diberikan perhatian. Pertama tarikh yang terpahat pada batu bersurat tersebut iaitu 1303M. Tarikh ini adalah mendahului pengislaman Sultan Melaka iaitu sekitar 1404M selama seratus tahun. Ini bermakna dalam konteks sejarah tanah Melayu, sistem pemerintahan Islam telah lama berdiri di Kuala Berang jauh sebelum berdirinya sebuah kerajaan beragama Islam di Melaka. Tarikh ini sebenarnya tidak begitu menonjol kerana pada waktu yang sama berdiri sebuah Kerajaan beragama Islam di Samudera Pasai dengan Islamnya raja Meurah Silu

Ia juga membuktikan undang-undang Islam telah diistiharkan sebagai Undang-undang negeri.

Perentah raja dan rakyat supaya berpegang dengan ajaran Islam dinyatakan dengan jelas seperti terjemahan Batu Bersurat yang diusahakan oleh Dato' Haji Muhammad Saleh bin Haji Awang (MISBAHA)[17].

"Rasulullah berserta dengan sahabat-sahabat atau Rasulullah dengan ruh-ruh yang suci.
Percaya keesaan Allah Subhanahu wa Ta'ala, Tuhan yang Maha suci lagi Maha Tinggi menyuruh sekelian rakyat berpegang teguh kepada ajaran-ajaran Agama Islam.
Berserta dengan penuh hormat pada undang-undang, memerintah hamba-hamba Tuhan Yang Maha Suci lagi Maha Tinggi.
Di negeri ini, mereka yang menerangkan ajaran-ajaran Rasulullah salla Llahu alaihi wa sallam di muka bumi ini ialah sekelian raja Mandalika.
Penerangan atau pemasyuran itu adalah kewajipan yang mesti dijalankan oleh raja Mandalika yang berugama Islam.
Mengikut perintah Tuhan Yang Maha Suci lagi Maha Tinggi dengan mengambil pandangan atau penentuan yang sebenar.
Di atas pengajaran-pengajaran itu di negeri ini bagaimana yang dibentang atau diterangkan di dalam pemasyhuran itu dan bila Seri Paduka.
Mula memerintah supaya membuat tulisan ini di Negeri Terengganu maka masa itu ialah pada Hari Jumaat yang pertama di dalam bulan Rejab tahun saratan di zaman Rasulullah telah berlalu tujuh ratus dua tahun"


Undang-undang Islam Itqan al-Muluk Bi Ta'dil as-Suluk

Sebagai seorang sultan yang mempunyai latarbelakang pendidikan agama yang luas dan diakui kealimannya, Sultan Zainal Abidin jelas mempraktikkan amalan syura untuk membuat sebarang keputusan berkait dengan pemerintahan negeri.

Keputusan yang dibuat adalah berdasarkan prinsip syura yang dituntut oleh Islam, bukannya kerana terpaksa tunduk dengan penasihatpenasihatnya seperti yang didakwa oleh pegawai-pegawai British yang tidak memahami prinsip asas pemerintahan Islam.

Peruntukan bahawa amalan syura yang dilaksanakan dalam pemerintahan negeri seperti yang terkandung dalam Undang-undang Tubuh Negeri Terengganu membuktikan bahawa Sultan Zainal Abidin III mengutamakan amalan syura dalam pemerintahan baginda.(Undang-undang Tubuh Kerajaan Terengganu 1973:5)

Semasa Terengganu diperintah oleh Sultan Zainal Abidin III (1881-1918), pelaksanaan undang-undang Islam di Terengganu terserlah. Undang-undang Islam dijadikan sebagai undang-undang negeri dimana Baginda telah menyusun pentadbiran mahkamah, menggubal Undang-undang Mahkamah dan Perlembagaan Negeri.

Undang-undang mahkamah telah digubal dan diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Negeri semasa negeri Terengganu diperintah oleh Sultan Zainal Abidin III. Undang-undang ini digubal mengikut al-Qawa 'ed al-Syar'iah atau al-Qawa'ed al-Fiqhiyyah, mengandungi tiga belas (13) bab, meliputi tugas-tugas pegawai-pegawai dan kakitangan mahkamah, hukuman dan perbelanjaan mahkamah.

Pada keseluruhannya undang-undang mahkamah ini mengikut sistem kehakiman Islam. Bolehlah dikatakan pada masa itu bahawa undang-undang ini ternyata begitu kemas dan tersusun rapi dan ianya menyelaras pentadbiran dan perjalan mahkamah di seluruh Terengganu diatas dasar dan perinsip kehakiman Islam.

Dalam masa pemerintahan, Baginda juga telah membuat Undang-undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu yang dinamai akan dia Itqaanul Muluk bit Ta'dilis Suluk pada 1329H bersamaan 1911M. Fasal yang kelima puluh satu (51) undang-undang berkenaan memperuntukkan mengenai agama negeri dan agama lain dengan menyebut:

Sesungguhnya telah disifatkan dan disebut dan ditetapkan selama-lamanya Kerajaan Terengganu ini Kerajaan Islamiah Melayuwiah ialah yang dikatakan agama negeri dan kerajaan maka tiadalah boleh sekali-kali sebarang agama lain dijadikan atau disebut agama negeri sekalipun banyak segala bangsa dan agama diamankan dan dibenarkan masuk diam di dalam negeri dan jajahan Terengganu.

Walaupun terpaksa menerima kehadiran pihak British, Sultan Zainal Abidin III bertegas dengan prinsip dan keputusannya sehingga Sir John Anderson, bersetuju dengan draf perjanjian yang secara keseluruhan dirangka semula oleh baginda.

Dalam perjanjian tersebut secara jelas diperakukan bahawa negeri Terengganu merupakan negeri Malayuwiyyah Islamiyyah yang memerintah sendiri.

Sikap ini sebenarnya menunjukkan bahawa Sultan Zainal Abidin III tetap tidak mahu tunduk dan menyerahkan kemerdekaan Terengganu kepada Kerajaan British, sebuah kerajaan bukan Islam atau kafir.

Ketegasan Sultan Zainal Abidin III juga menjadikan negeri Terengganu satu-satunya negeri Melayu yang masih belum dikuasai sepenuhnya oleh pihak British.

13 di kijal - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di kijal - Google Blog Search


jengkeng: Kompleks tekstil <b>di Kijal</b> terbesar di pantai Timur

Posted: 07 Feb 2012 05:29 AM PST

Kosmo


KEMAMAN – Kompleks tekstil, yang terbesar di kawasan pantai timur dan bernilai kira-kira RM40.7 juta di Kijal di sini, dijangka beroperasi Mac ini.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, kompleks itu yang menjadi mercu tanda Bandar Baru Kijal disasar untuk menjadi lokasi pengusaha tekstil dari dalam dan luar negara untuk memasarkan produk mereka.

"Setiap premis dikenakan sewa RM3,500 seunit. Kawasan itu bakal menjadi tumpuan pemborong dan peruncit kain di seluruh negara termasuk pengusaha tempatan untuk bertapak," katanya selepas meninjau projek berkenaan hari ini.

Selain menempatkan kompleks, projek di kawasan seluas 160 hektar itu melibatkan komponen lain dengan kos kira-kira RM143 juta, antaranya rumah kedai, kompleks Mara dan tapak pendaratan kering kastam.
Ahmad berkata, projek itu mampu menjana ekonomi di Kijal khususnya menerusi peluang pekerjaan dan perniagaan.
"Ia akan menjadi pusat peniagaan seperti yang terdapat di Nilai Tiga, Negeri Sembilan dan Jalan Masjid India, Kuala Lumpur," katanya. – BERNAMA

13 di marang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di marang - Google Blog Search


episodes of our life..: ..senja <b>di Marang</b>

Posted: 03 Feb 2012 04:15 AM PST

Ada 1 hari di mana kami bergegas pulang ke Kota Bharu kerana hal keluarga. 1 hari maksudnya di sini memang within 1 day. Tolak kul 7.30pm, balik kul 12.30tgh hari ke esokkan harinya ke Temerloh. Kali ini kami pulang ikut Terengganu, sebab musim tengkujuh. Takder selera nak ikut Gua Musang. :)
Setiap kali balik, dinner adalah wajib di Marang, Terengganu. Nak cakap lelebey pun aku tak tahu tempat situasinya di mana ekzeklinya. Sebab cuaca yang suam2 gitu. Kabus jer.. hujan jangan cakap la.. all the way.  Singgah di Marang yang banyak kedai2 berderet tepi pantai tuh.



 Makan kat sini adalah berbaloiiiiii... Ikan fresh! Harga reasonable! Menu was Ikan Merah Bakar dengan sambal, sotong goreng tepung, sup tulang, air milo 2, air fresh oren dngan air suam 2 (sibuk air suam pun nak masuk menu... hehehe Di tambah dengan angin sepoi2 bahasa dari laut.. wah wah wah bestnya...

Aku dah suspect reganya confirm RM60 RM70 nih.. sekali suh kira ko.. dia cakap, RM47! Tanjat boboiyot tau! (Sambil tangan atas bahu) Terkujat den. Dah la fresh, sedap! Memang sedap ok. Mr Lucky sangat cerewet orangnya when it comes to food. But he gave 2 thumbs up! Itu pun nak bagi ibu jari kaki dia.. tapi aku kata biarlah yang.. biarlah yang sudah tuh sudah la... hehehhehe

p/s: giler terliur kembalik biler mengenangkan kesedapang food ituuuu... uwaaaa yangg jom kita ke marang minggu nih.. kompemesyen kena lempang dari kiri cepppaaattt gerakkkk.. kiri kanan kiri kanan... T_T


 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved