ads

Rabu, 18 Julai 2012

13 di marang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di marang - Google Blog Search


Cempaka Biru: Pasar pagi <b>di Marang</b>

Posted: 18 Jun 2012 01:07 AM PDT


Jenuh cari parking , sampai kat sini baru ada.  Menapaklah kami ke pasar Marang. Kelihatan Menara tinjau.Boleh namapak Pulau Kapas dari sini.


Pagi Sabtu, pagi pagi terus bersiap laki bini nak pergi ke Pasar pagi di Marang . Bukan apa cik abang saya ni nak cari nasi dagang. Pedahal tuan rumah dah siapkan  nasi dagang kat rumah. Nak makan di kedai  syok sikit sambil jamu mata cara orang Trengganu bersarapang pagi.

Kami makan di kedai depan pasar ini. Puas meninjau lepas satu ke satu kedai, tak ada jual nasi dagang rupanya. Yang ada roti canai, pulut, nasi minyak(nasi kuning), dan laksam. Antara menu yang sempat saya nampak.
Dek kerana tak ada nasi dagang di kedai makan yang kami duduk, saya pun berjalan kaki ke Pasar Bandar Marang tu. Dapatlah beli nasi dagang yang diidamkan.  Suami saya dah cop meja. Alih-alih bila sampai penuh dengan kaum kerabat ni ,tengah menjamu selera. Mereka ni dari KL nak candat sotong. Lalu , duduklah kami bersarapan sekali .
Sebabnya meja  lain semua penuh dengan manusia. Maklumlah cuti...orang Terengganu sendiri pun suka minum pagi kat luar.Campur dengan orang luar yang singgah bertambah-tambahlah ramainya.

Entah dapat ke tidak sotong budak-budak ni...
 View ini di hadapan kedai makan tadi. Cantik....
Saya beli kat makcik ni...sebungkus  2 rial.
Saya tibai sebungkus nasi dagang dan sebungkus laksam.
Suami saya , makan lagi sepinggan nasi dagang bila balik dari pasar ni kat rumah sepupu saya.

13 di besut - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di besut - Google Blog Search


Wanita maut dirempuh kereta <b>di Besut</b> | Inimajalah dot com

Posted: 17 Feb 2012 03:21 AM PST

[unable to retrieve full-text content]BESUT: Seorang penyelenggara stor di sebuah syarikat elektrik terbunuh apabila sebuah kereta terbabas lalu merempuhnya di persimpangan lampu isyarat Kampung Raja di sini, hari ini.

13 di pulau redang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di pulau redang - Google Blog Search


Gambar <b>di</b> Pulau Perhentian dan <b>Pulau Redang</b> | Dunia CMRatu

Posted: 16 Jul 2012 03:21 AM PDT

Dah seminggu baru nak upload gambar di sini. Maklumlah terlalu sibuk. Dapat ilmu baru minggu lepas, jangan sebut tak ada masa tapi sebutlah tidak cukup masa. Maksud tidak ada masa adalah orang yang suka membuang masa dan tidak pandai menguruskan masa tetapi tidak cukup masa bermaksud orang itu menggunakan masanya sebaik mungkin hingga tidak cukup masa yang ada.
Saya dalam ketagori tidak cukup masa sekarang ini, dengan isi markah folio KH, markah Ujian 2, print sijil kokurikulum untuk hari anugerah kecemerlangan pelajar dan siapkan 3 lagi custom album. Kalau boleh semua custom album itu mesti disiapkan minggu ini juga sebelum mula berpuasa. Harap-harap sempat la.


















13 di pulau perhentian - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di pulau perhentian - Google Blog Search


Gambar <b>di Pulau Perhentian</b> dan Pulau Redang | Dunia CMRatu

Posted: 16 Jul 2012 03:21 AM PDT

Dah seminggu baru nak upload gambar di sini. Maklumlah terlalu sibuk. Dapat ilmu baru minggu lepas, jangan sebut tak ada masa tapi sebutlah tidak cukup masa. Maksud tidak ada masa adalah orang yang suka membuang masa dan tidak pandai menguruskan masa tetapi tidak cukup masa bermaksud orang itu menggunakan masanya sebaik mungkin hingga tidak cukup masa yang ada.
Saya dalam ketagori tidak cukup masa sekarang ini, dengan isi markah folio KH, markah Ujian 2, print sijil kokurikulum untuk hari anugerah kecemerlangan pelajar dan siapkan 3 lagi custom album. Kalau boleh semua custom album itu mesti disiapkan minggu ini juga sebelum mula berpuasa. Harap-harap sempat la.


















13 di hulu terengganu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di hulu terengganu - Google Blog Search


Pembantu Jualan Lemas Ketika Berkelah <b>Di Hulu Terengganu</b> <b>...</b>

Posted: 16 Jul 2012 02:21 AM PDT

HULU TERENGGANU: Hasrat seorang pembantu jualan untuk menghabiskan cuti bersama keluarganya tidak kesampaian apabila mati lemas ketika berkelah di Sungai Perkelahan Belukar Bukit, di sini petang Ahad.

Nurfar Ain Mohd Nor, 19, yang berasal dari Kampung Kubang Kura, Kuala Terengganu lemas kira-kira pukul 4 petang ketika sedang mandi bersama lapan lagi anggota keluarga yang lain.

Bapa Nurfar Ain, Mohd Nor Mamat, 56, berkata 16 anggota keluarganya pergi berkelah berikutan anaknya itu yang bekerja di Johor pulang bercuti.

Menceritakan detik cemas itu, katanya tiba-tiba dia terdengar jeritan daripada Nurfar Ain dan seorang lagi anak perempuannya yang berumur 15 tahun dan seorang daripada cucu lelakinya yang terkapai-kapai meminta tlong.

"Saya tergamam dan bingung sekejap tidak mampu berbuat apa-apa kerana saya tidak tahu berenang. Namun saya gagahkan diri diri terjun ke sungai dengan menyelamat salah seorang mereka namun saya tidak sempat menyelamatkan Nurfar (Ain)," katanya yang kemudian turut dibantu menantu lelakinya, ketika ditemui di tempat kejadian.

Cucunya pula diselamatkan orang kampung yang berada di situ, katanya.

Mayat Nurfar Ain ditemui penduduk kampung kira-kira 5.33 petang semalam dan dihantar ke Hospital Daerah Hulu Terengganu untuk bedah siasat.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, ASP Mohd Rosli Mohd Amir ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

- BERNAMA

13 di ketengah jaya - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di ketengah jaya - Google Blog Search


Wawasan Kita: PSR - Program 3R <b>di</b> Felda Kerteh 5

Posted: 18 Jul 2012 02:09 AM PDT

Satu perbincangan telah dibuat dengan Ketua Peneroka Felda Kerteh 5 Encik Rashid Muhamad di depan kediaman beliau di felda tersebut. Ianya bertujuan bagi merangka satu program Remaja Raikan Ramadhan (3R) yang bakal diadakan di Masjid Felda Kerteh 5 pada 3-4 Ogos 2012.


Program 3R ini ditumpukan kepada para remaja berusia 15 hingga 19 tahun yang bersekolah di dua buah sekolah menengah di sini iaitu SMK Ketengah Jaya dan SMK Semarak B5.

Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang: 10,00 Sertai Askar <b>...</b>

Posted: 17 Jul 2012 09:00 PM PDT

MARAN - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bakal mempunyai 10,000 anggota Askar Wataniah yang terdiri daripada generasi baru Felda membabitkan 10 kompeni di seluruh negara menjelang akhir tahun ini.

Panglima 4 Divisyen Tentera Darat, Mejar Jeneral Datuk Suhaimi Mohd. Zuki berkata, sasaran itu dapat dicapai berikutan komitmen Gabungan Wawasan Generasi Felda (GWGF) menarik anak-anak peneroka menyertainya sejak Februari tahun ini.

Katanya, setakat ini, ATM telah berjaya melengkapkan tujuh daripada 10 kompeni Askar Wataniah Felda di seluruh negara yang membabitkan tujuh wilayah Felda.

"Pelancaran peringkat kebangsaan telah dilakukan di Felda Gedangsa, Hulu Selangor pada 12 Februari, diikuti di Felda Nitar 1, Mersing (26 Februari), Felda Ketengah Jaya, Dungun (31 Mac) dan Felda Sahabat, Lahat Datu (28 April).

"Lokasi lain adalah di Felda Besout 1, Sungkai, Perak (9 Jun), Felda Kemahang 1, Tanah Merah, Kelantan (30 Jun) dan Felda Dahlia Jengka 3, Maran pada hari ini," katanya.

Suhaimi berkata demikian kepada pemberita selepas majlis Pelancaran Kompeni Askar Wataniah Wilayah Felda Negeri Pahang di Felda Dahlia Jengka 3 Maran, di sini.

Hadir sama, Ahli Parlimen Maran, Datuk Ismail Abdul Muttalib, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Sentul, Datuk Shahaniza Shamsuddin, Timbalan Pengerusi GWGF, Datuk Abdullah Abu Bakar dan Pengurus Besar Felda Wilayah Jengka, Saari Din.

Menurut beliau, pelancaran akan diteruskan secara berperingkat-peringkat di tiga wilayah Felda iaitu di Felda Raja Alias 2, Jempol Negeri Sembilan pada 22 September, Wilayah Felda Kedah (Oktober) dan Wilayah Felda Melaka yang dijadualkan pada November ini.

Tegasnya, gagasan penubuhan kompeni Askar Wataniah wilayah Felda adalah selari dengan sasaran ATM untuk mempunyai keanggotaan Askar Wataniah sehingga berjumlah 200,000 orang menjelang tahun 2020.

13 di jerteh - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di jerteh - Google Blog Search


jmc kota bharu: Jawatan Kosong Pekerja Am <b>Di Besut</b>

Posted: 17 Jul 2012 02:54 AM PDT

Jawatan Kosong Pekerja Am Di Besut
Majikan 1:       Common Supply Engineering
Alamat :           Lot 1756 Kg Padang Baloh, Jalan Jerteh-Kg Raja, 22200 Besut
Telefon :          09-6957773 (Mohd Jalil)
Jawatan :         Pekerja Am
Kekosongan :    L = 20, P = 0, L/P = 0
Kelayakan :       PMR
Gaji :               RM RM 700.00
·                Tarikh Tutup : 7 September 2102
Majikan 2:       Jaw Agro Farm Sdn Bhd
Alamat :           Lot 1206 Kg Limbungan, Kg Raja, 22200 Besut
Telefon :          09-6957773 (Mohd Jalil)
Jawatan :         Pekerja Am
Kekosongan :    L = 12, P = 0, L/P = 0
Kelayakan :       PMR
Gaji :               RM RM 700.00
·                Tarikh Tutup : 7 September 2102
" anok kelatae bulih krejo belako "
.

13 di jabor - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di jabor - Google Blog Search


DUA GURU RKT HADIRI TAKLIMAT KP UPSR <b>DI</b> PERMAI HOTEL <b>...</b>

Posted: 18 Jul 2012 02:30 AM PDT

 PK HEM,En Mohd Asri sempat berkongsi pendapat dengan rakan-rakan 
 Cikgu Rahim {Pusat}Cikgu Zaik {RKT} dan Cikgu Jupiter {L.Jabor}
 En Mohd Rozi menyampaikan taklimat
Ada yang mencuit hati....ketawa
Pada 17 dan 18 Julai 2012,Selasa dan Rabu,dua orang guru dari RKT iaitu PK HEM En Mohd Asri Abd Rashid dan Cikgu Mat Zaik Mohd Yusof telah hadir mengikuti taklimat ketua pengawas UPSR di Permai Hotel Kuala Terengganu.Taklimat yang melibatkan ketua pengawas UPSR dari daerah Dungun dan Kemaman ini diuruskan oleh Unit Peperiksaan PPD Kemaman dan Dungun.
Taklimat yang bermula pada 17 Julai 2012 disempurnakan perasmiannya oldeh Ketua Sektor Peperiksaan dan Penilaian JPNT En Ahmad Shukri pada jam 300 petang .Seramai 130 orang peserta kursus yang terdiri dari Ketua Pengawas telah menghadiri taklimat meliputi sesi petang Selasa,malam dan pagi Rabu.
Taklimat yang disampaikan adalah bertujuan memberi pendedahan cara mengendalikan UPSR yang bakal berlangsung pada 11-13 September 2012.En Mohd Rozi bin Hamid , Pegawai Pengurusan Peperiksaan PPD Kemaman dan En Mohd Rokie dari PPD Dungun adalah antara pegawai yang menyampaikan taklimat kepasa Ketua Pengawas UPSR.Majlis selesai jam 1230 tengahari Rabu.

13 di chukai - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di chukai - Google Blog Search


Aishah Akan Ucapkan Selamat Tinggal kepada Umno <b>di Chukai</b>

Posted: 19 May 2012 05:09 PM PDT

KEMAMAN - Wan Aishah binti Wan Ariffin atau lebih dikenali sebagai Aishah, merupakan penyanyi yang terkenal dengan lagu 'mana janji manismu', berasal dari Negeri Sembilan dan pernah menganggotai kumpulan Fan Club dari New Zealand. Menurut Penolong Setiausaha PAS Terengganu Haji Hanafiah Mat,

Aishah akan bersama-sama ribuan warga Chukai dan Kemaman mengucapkan selamat  tinggal kepada Umno dalam Himpunan Selamat Tinggal Umno yang akan diadakan pada 23 hingga 25 Mei ini.

Katanya, Aishah akan bersama sembilan pemidato lain akan menghangatkan Himpunan tersebut yang merupakan kemuncak selepas siri himpunan, Himpunan PAS Ganti Umno dan Himpunan Tolak Umno.

"Aisyah akan hadir dan menyampaikan ucapan selamat tinggal kepada Umno dalam Himpunan Tolak Umno yang akan diadaan selama tiga hari tiga malam di Dataran Tok Guru,

"selain Aisyah, lapan lagi pemidato lain akan menghangatkan Himpunan,"ujarnya ketika ditemui selepas Majlis Ceramah isu Semasa di Kampung Gong Limau, dekat sini Jumaat 18 Mei.

Menurutnya para pemidato adalah terdiri dari pemimpin kanan Pakatan Rakyat termasuk Naib Presiden PAS Salahuddin Ayob, Pengarah Pilihanraya Dr Mohd Hatta Ramli, Ketua Pemuda DAP Yb Anthony Loke Siew Fok dan Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli.

Haji Hanafiah yang juga Pegarah Majlis Tindakan DUN Chukai berkata, Aisyah adalah yang paling tepat bagi mengucapkan selamat tinggal kepada Umno kerana beliau baru menyerahkan borang keahlian menjadi ahli PAS pada 14 Mei lalu.

[Gambar kiri - Aisyah menyerahkan borang keahliannya kepada Mursyidul Am PAS Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam satu majlis di KUIZM 14 Mei lalu]

Sebelum itu, dalam ceramahnya, Haji Hanafiah mengutuk tindakan seorang Ustaz 'pembodek' Perdana Menteri yang sanggup membuat kenyataan hanya Najib sahaja yang mengetahui dan Allah juga tidak tahu tarikh pilihanraya umum ke-13.

Beliau juga berkata Umno sudah gila apabila kelab veteran tentera yang menyokong Umno melakukan senaman 'tungging' punggung dihadapan rumah Pengerusi Bersih, S Ambiga.

"Apabila veteran tentera hampir 15 orang berada dihadapan rumah Ambiga 'tungging jubor tahik' (melakukan) satu senaman tungging jubor tahik, gila tak gila Umno saudara saudari sekelian, tak boleh nak bua pada dah (dengan Umno ini) buat senaman 'kepala bapak',

"kita hidup lama dah (sebelum ini) tak berbunyi (tak penah ada) senama tungging punggung,"tegasnya.

Manakala sebelah petang, Jumaat 18 Mei, Majis Tindakan DUN Chukai turut menganjurkan program motivasi secara santai di tepi pantai bersama Timbalan pesuruhjaya PAS Paha Ustaz Mohd yusof Embong dan bekas selebriti Catriona Ross. [Gambar Atas]

Komen:

di negeri terengganu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri terengganu - Google Blog Search


<b>Terengganu</b> My Heritage: Rumah Unik 70 tingkap <b>di</b> Losong, <b>Kuala</b> <b>...</b>

Posted: 24 Jun 2012 02:24 AM PDT

Rumah 70 tingkap
Oleh Baharom Bakar
bminggu@bharian.com.my
2012/04/15

Kediaman Haji Su simbol kehebatan pertukangan Melayu era 1800, ilham pedagang tersohor gabung seni bina Nusantara termasuk Jaipur, India

RAMAI terfikir apa agaknya rahsia di sebalik gahnya sebuah rumah agam Melayu yang tampak usang di Kampung Losong Haji Su di Kuala Terengganu, Terengganu, hingga Lembaga Muzium Terengganu melabur RM3.2 juta membeli kediaman itu. Sekalipun usang dan buruk, rumah agam ini damai dikelilingi pokok buluh cina.

Aura kediaman mewah zaman silam itu tetap menyerlah, hinggakan rumah itu sering dibanjiri pelancong tempatan dan luar negara termasuk dari Mesir, Belanda, Jepun dan Amerika Syarikat (AS). Tidak ketinggalan, kalangan arkitek tersohor antarabangsa termasuk dari Filipina dan Korea Selatan yang mahu mengkaji kehalusan seni bina rumah agam ini. Selain arkitek, pengkaji sejarah juga tidak ketinggalan merakamkan gambar rumah agam ini, biarpun mereka tidak dibenarkan memasuki harta peninggalan jutawan Melayu Terengganu tersohor iaitu Su Mohammed Salleh Mohammed. Beliau yang lebih mesra dengan panggilan Haji Su di kalangan masyarakat tempatan, cukup terkenal di Terengganu pada era 1800-an. Ketokohan Haji Su terserlah hinggakan namanya terpahat pada nama Kampung Losong Haji Su, Kuala Terengganu.

Selepas beberapa kali tertangguh, hasrat menjejaki rumah agam Melayu yang dibina pada 1850 ini akhirnya tercapai selepas Pengarah Muzium Terengganu, Mohd Yusof Abdullah sedia meluangkan masa dari kesibukan jadualnya untuk bersama penulis, baru-baru ini untuk melihat sendiri keunikan Rumah Haji Su.

Rumah Haji Su adalah manifestasi kekayaan usahawan Melayu lama dan cita rasa tinggi mereka selayak taraf martabat bangsa. Seperti yang diakui Mohd Yusof, Rumah Haji Su bercirikan keunikan seni bina dan ketukangan masyarakat Melayu tradisional Terengganu dibeli untuk dipulihara dalam usaha mengekalkan martabat kesenian Melayu.

Kali pertama memasuki rumah itu, diakui meremang bula roma dan rasa takut mula menular ke peroman. Perasaan terus menerjah dibawa ke zaman silam pada era kegemilangan rumah agam ini, di mana sudah pasti, ruang tamu tersergam besar seperti balairong seri istana itu meriah dengan pelbagai aktiviti - namun kini dimamah sepi. Rumah agam kayu cengal itu pernah didiami semua anak Haji Su sehinggalah anak bongsunya meninggal dunia pada 2008, rumah itu tidak berpenghuni serta terbiar begitu saja.
Begitupun, keunikan dan keindahan seni reka rumah yang dibina secara pasak tanpa sebarang paku itu cepat menyulam kembali rasa teruja ketika meneroka ruang tamu seluas 4.8 meter x 18 meter tanpa disokong tiang seri, selain keindahan siling rumah. Keseluruhan rumah itu diperbuat daripada kayu cengal dan mempunyai 70 tingkap serta 12 pintu besar yang diukir indah oleh adiguru ukir tempatan. Keseluruhan rumah dihias indah dengan seni ukir menarik dengan pelbagai motif yang padan dengan kehidupan istina zaman silam.

Tidak mahu rumah yang merakam sejarah silam teknokrat Terengganu zaman silam, Lembaga Muzium Terengganu (LMT) mengambil masa lebih dua tahun menjejak waris rumah itu yang tiba-tiba seperti terputus 'rahmat' dan terbiar sepi hingga membingungkan ramai yang kagum dan memuja keindahannya.

"LMT mengambil inisiatif menjejak pemilik rumah itu bertujuan mengambil alih dan mempertahankan rumah itu yang sarat dengan warisan seni bina dan ketukangan masyarakat Melayu tradisional. Rumah itu perlu dipulihara serta dijadikan antara aset penting dalam sektor pelancongan di negeri ini," kata Mohd Yusof.

Lebih jauh meneroka rumah agam yang turut menempatkan 10 rumah warga lain ketika itu, rumah yang kini sudah berusia 162 tahun di tapak seluar 0.4851 hektar terus mengujakan sesiapa saja. Justeru, apabila kerja baik pulih disempurnakan nanti, pasti teratak mewah lambang keusahawanan Melayu silam akan menjadi aset penting menyemarakkan kegiatan pelancongan Terengganu.

Berdasarkan beberapa catatan dan riwayat soheh, rumah agam itu mula dibina pada 1840 dan siap 10 tahun kemudian oleh sekumpulan tukang Melayu yang sangat hebat sehinggakan tiang di dalam rumah itu tidak kelihatan. Tiang itu dikatakan semuanya disembunyikan di sebalik dinding. Binaannya bercirikan rekaan rumah Limas Belanda dan Bujang Berpeleh Kembar Tiga yang menjadi ciri utama rekaan rumah Melayu negeri ini.

Ada juga penerapan seni bina dari luar kerana Haji Su seorang pedagang yang belayar di seluruh Asia serta memperoleh ilham untuk diterapkan dalam seni bina kediamannya. Sebagai contoh, ukiran di dinding bahagian atas rumah itu menyamai ukiran istana dan kota lama di Jaipur, India.

Dindingnya daripada papan kesek dihiasi dengan bendul berlorek yang memisahkan bahagian atas dan bawah rumah serta berfungsi mengukuhkan setiap sambungan dinding. Kiri dan kanan bahagian bumbung pula dikemaskan dengan kayu peleh, manakala puncak setiap bumbung diletakkan kayu berukiran sebagai hiasan. Ada tiga bahagian dalam rumah itu, ruang beranda agak kecil, tetapi sebaik melangkah ke ruang tamu, keluasannya cukup menyenangkan dengan ukuran 4.8 meter x 18 meter dan dibahagikan kepada dua sudut.

Penyelidikan LMT mendapati, pembinaan dua sudut itu bertujuan memisahkan tetamu lelaki dan wanita sebagai mematuhi peraturan dan adat serta agama. Manakala bahagian rumah ibu atau ruang makan seluas kira-kira 2 meter x 4 meter dan dilengkapi meja makan klasik untuk meraikan tetamu dalam pelbagai majlis yang diadakan.

"Seni ukiran menarik memenuhi bahagian dalam rumah bagi memastikan dinding tidak kelihatan kosong. Manakala kawasan luar rumah direka untuk mempunyai halaman luas dan dipagari dengan pokok buluh cina," kata Mohd Yusof lagi.

Ciri lain yang menarik bagi rumah itu ialah 70 tingkap dan 12 pintu besar yang dibina bagi membolehkan sistem pengudaraan memasuki setiap ruang, manakala bahagian atas tingkap dipasang cermin bagi memberi laluan cahaya semula jadi. Ini penting supaya setiap ruang dan sudut mendapat pencahayaan yang cukup, manakala lantainya yang menggunakan papan cengal kelihatan sentiasa kemas walaupun tidak dibersihkan.

Mengulas kejayaan pembelian rumah itu, Mohd Yusof berkata, ia adalah sebahagian usaha kerajaan mengekalkan monumen atau artifak warisan bangsa agar tidak lenyap begitu saja.

"Mungkin ada yang mempersoalkan mengapa membelanjakan wang membeli rumah usang. Ia bukan sekadar soal rumah atau tapak warisan, tetapi kita sebenarnya turut membeli dan mengekalkan bersama ilmu mengenai seni bina Melayu, yang melambangkan intipati kemajuan teknologi, ketinggian nilai seni serta acuan corak budaya.

"Apa yang pernah menjadi lambang kebanggaan dalam kehidupan silam bangsa dan kini hampir lenyap perlu terus dipertahankan untuk diwarisi," katanya.

INFO

  • Rumah Haji Su siap dibina pada 1850 oleh usahawan Melayu, Su Mohammed Salleh Mohammed atau Haji Su
  • Konsep rekaan ialah Limas Belanda dan Bujang Berpeleh Kembar Tiga berpasak tanpa paku
  • Diambilalih LMT pada 2010 dengan kos RM3.2 juta (termasuk kos tanah)
  • Terletak di Kampung Losong Haji Su, Losong, Kuala Terengganu
  • Ciri-ciri unik antaranya memiliki 70 tingkap dan 12 pintu masuk

 sumber: Berita Minggu

 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved