ads

Selasa, 9 Oktober 2012

13 di seberang takir - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di seberang takir - Google Blog Search


Firdaus Shope: <b>Seberang Takir</b>

Posted: 09 Oct 2012 05:26 PM PDT

Sudah tiga hari berada di Seberang Takir, Terengganu. Jika dilihat pada nama, mungkin tiada apa-apa. Sama sahaja dengan nama-nama tempat lain. Begitulah pandangan kita seandainya kita hanya melihat dengan mata fizikal sahaja. 
Bezanya tidak banyak barangkali. Namun, nikmat berada di tempat-tempat berbeza adalah di antara nikmat yang tidak mampu saya dustakan. Seolah-olah Tuhan mahu membuka mata fizikal saya untuk melihat tempat lain agar untuk disyukuri.
Sebahagian daripada kita, mungkin telah tiba di pelbagai tempat. Di dalam mahupun di luar negara. Pasti cerita-cerita menarik ada padanya. Di situ jugalah pengalaman-pengalaman baharu diperolehi. Benarlah kata pepatah, "Jauh berjalan, banyak pengalaman."
Berada di Seberang Takir dengan misi membangunkan potensi diri serta memandaikan ummah, bukan calang-calang misi. Visi dan misi yang amat dituntut oleh agama sendiri. Tidakkah Tuhan sentiasa menyuruh agar kita melakukan kebaikan dan perubahan? Kebaikan dan perubahan tidak mampu dicapai seandainya kita selesa dengan keadaan yang ada pada hari ini. Jika hari ini sudah satu kebaikan yang telah kita lakukan, kita tidak boleh berasa cukup dengan satu kebaikan tersebut. Kita digalakkan untuk menambah kebaikan tersebut kepada dua, tiga dan seterusnya. 
Analoginya mudah sahaja, kebaikan tersebut tidak mampu ditambah seandainya tidak disertai dengan perubahan. Perubahan sendiri membawa maksud tidak statik, anjal, sifatnya dinamik dan pelbagai lagi. Mudah kata ia perlu 'bergerak.'
Visi besar untuk memandaikan ummah tidak akan tercapai jika diri sendiri tidak mahu berubah dan bergerak. Ummah yang hebat ialah ummah yang lengkap dan dipenuhi dengan kebaikan. Kita tidak senang jika di sekeliling kita dipenuhi dengan keburukan serta kejahatan, bukan? 
Di Seberang Takir inilah titik tolak untuk melakukan perubahan. Perubahan perlu disertai dengan niat yang betul dan baik, disusuli dengan pelan bertindak yang bagus dan akhir sekali mulakan bertindak penuh komited. Sesekali jangan lupa untuk terus berdoa agar segala usaha yang dijalankan disertai dengan 'berkat' dan 'rahmat-Nya.'
Pengalaman berada di Seberang Takir pasti menjadi memori terindah dan ia pasti sukar dilupakan kerana selain pengalaman makan nasi dagang ikan 'tongkol' dan berada di Teluk Ketapang pada waktu petang, saya dianugerahkan pengalaman bertemu dengan insan-insan hebat yang mempunyai visi besar untuk memandaikan ummah.
Semoga visi serta misi tiga hari di Seberang Takir mampu mencipta kebaikan untuk diri dan ummah. Sesungguhnya nikmat berada di sini adalah nikmat untuk disyukuri, bukan untuk dipersiakan.
Seberang Takir, saya pasti kembali lagi!

13 di paka - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di paka - Google Blog Search


NSR <b>KEMAMAN</b>: Majlis Berbuka Puasa 2012 anjuran ATTEC <b>...</b>

Posted: 11 Aug 2012 10:23 PM PDT

Group NSR Kemaman telah dijemput oleh group ATTEC (Angkasa TZM Terengganu Club) yang diwakili oleh saudara Sham @ Lie CAP Paka pada 10 Ogos 2012 bertempat di Dataran Kuala Terengganu Pantai Batu Buruk. Hanya 2 orang wakil dari NSR Kemaman yang menyertai majlis tersebut iaitu saudara mli dan Pok Eing. Yang lain tidak dapat turut serta kerana terpaksa bekerja dan berada di luar kawasan liputan. dan saudara mli pada konvoi kali ini hanya menunggang Kawasaki Viktor berikutan jentera NSR beliau yg masih lagi di dalam pembikinan dan baik pulih.

Check Point pertama di Stesen Minyak Shell Kg Besut Kemaman jam 2.30 petang.


Turut bersama yang bukan muslim ialah Ah Chong selaku Pomen utama group TZM Kemaman. beliau setakat ini tidak ketinggalan di dalam aktiviti konvoi group TZM. Turut hadir ialah saudara Amir (Kawa Biru) yang merupakan ex-rider TZM.

Check Point Kedua ialah di rumah Saudara Sham @ Lie CAP di Paka, Terengganu.

 Barisan kuda-kuda yang turut serta sementara menunggu yang lain sampai di check point kedua.

Perbincangan rider-rider tua.

Sessi pembaik pulih sebelum memulakan perjalanan.

Turut disertai oleh Pok Eing yang hanya rantai moto beliau hanya ditegangkan oleh org berpengalaman.

Sessi pembersihan enjin yang mana minyak telah bercampur dengan air.



Tepat jam 5 petang, konvoi bergerak ke destinasi. malangnya, tiba di jalan Bukit Bauk, seorang rider telah terlibat dengan kemalangan. mangsa hanya mengalami luka-luka ringan. walaupun demikian, mangsa turut dibawa ke hospital untuk pengesahan kecederaan.



Barisan kuda2 dr group TZM Paka yang menunggu mangsa di hospital Dungun sebelum berangkat ke destinasi.
Rider2 dr Paka dan Kemaman tiba di destinasi jam 7 petang.

Makanan yang disediakan adalah secara Buffet dan dihadiri oleh lebih kurang 100 bikers.







Majlis bersurai jam 930 malam dan bersambung di Padang Negara Terengganu untuk Sessi TTS.



Pihak penganjur turut menghadiahkan stiker kelab (tgk bwh) sebagai cenderahati untuk para riders yang mengikuti majlis ini. Konvoi bersurai Jam 11 malam utk ke destinasi masing2. Sepanjang perjalanan balik tiada insiden yang tidak diingini berlaku.

Kami bagi pihak NSR Kemaman mengucapkan ribuan terima kasih buat rakan2 bikers yang lain terutama saudara Sham @ Lie CAP yang tidak jemu2 menjemput pihak kami di dalam setiap aktiviti yang dijalankan.

13 di pulau redang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di pulau redang - Google Blog Search


Scene Senggal <b>Di</b> Tepian Pantai <b>Pulau Redang</b>... Buku - I&#39;m Yourss...

Posted: 03 Oct 2012 08:19 PM PDT

 
Bengong en.teman nie tau.. sempat lagi dia jadik paparazzi kann! 
tapi serious senggal lah gambar yg last tuh! hehe...

13 di besut - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di besut - Google Blog Search


T E G A N U K I TA: Klinik 1Malaysia pertama <b>di Besut</b> dirasmikan esok

Posted: 04 Oct 2012 01:22 AM PDT

Oleh: Mohammad Ishak

Perkhidmatan Klinik 1Malaysia di Kampung Nyior Tujuh, dekat Jertih, satu lagi usaha kerajaan untuk memberi khidmat kesihatan lebih baik dan selesa kepada penduduk di daerah Besut khususnya mereka yang tinggal di kawasan Jertih.

Penubuhan klinik berkenaan juga sebahagian tindakan pihak Jabatan Kesihatan Terengganu untuk mengurangkan kebanjiran pesakit yang ingin mendapatkan rawatan di Hospital Besut (HB) yang semakin meningkat.

Selepas beroperasi awal tahun ini klinik yang terletak di laluan utama Jalan Jertih-Kampung Raja, itu akan dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jertih ,Dato;Seri Idris Jusoh, esok (Jumaat).

Sempena dengan majlis perasmian itu pelbagai acara menarik diadakan bagi memberi peluang pengunjung mengetahui ujudnya Klinik 1Malaysia di bandar Jertih.

Antaranya termasuklah saringan penyakit kronik,jantung-ECG/HIV/Pap Smear,kuiz dan pameran ubat beracun.

Selain itu,pihak penganjur juga turut mengadakan mini sukan jet kertas, menganyam ketupat dan pertandingan basikal lambat.

Pengunjung yang datang menghadiri majlis perasmian berkenaan juga berpeluang membawa pulang dua buah basikal dan pelbagai barangan elektrik menerusi acara cabutan bertuah.

13 di kuala terengganu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di kuala terengganu - Google Blog Search


Jawatan Kosong <b>Di</b> Majlis Bandaraya <b>Kuala Terengganu</b> Oktober <b>...</b>

Posted: 06 Oct 2012 06:15 PM PDT


Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia (keutamaan akan diberikan kepada rakyat Negeri Terengganu Darul Iman) termasuk Pegawai-Pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat dan layak untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan, iaitu :-

1. Akauntan W41
2. Juruaudit Gred W41
3. Jurutera Gred J41
4. Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa Gred J29
5. Penolong Juruaudit Gred W27
6. Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred N27
7. Penolong Pegawai Penerangan Gred S27
8. Setiausaha Pejabat Gred N27
9. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17
10. Pembantu Penguatkuasa Gred N17
11. Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N17
12. Juruteknik Gred J17
13. Juruteknik Perancang Bandar dan Desa Gred J17
14. Juruteknik Landskap Gred J17
15. Pembantu Pertanian Gred G17
16. Pembantu Kesihatan Awam Gred U17
17. Pembantu Penilaian Gred W17
18. Tukang K2 Gred R11
19. Tukang K3 Gred R9

Segala maklumat berkaitan kelayakan akademik bagi memohon jawatan-jawatan berkaitan serta borang permohonan boleh didapati melalui laman portal mbkt.terengganu.gov.my.

Borang permohonan yang telah diisi dengan lengkap hendaklah ditulis nama jawatan yang dipohon di bahagian atas sebelah kiri sampul surat berukuran 40.5sm x 30.5sm dan dihantar kepada alamat berikut:

DATUK BANDAR
MAJLIS BANDARAYA KUALA TERENGGANU
Tingkat 4 - 8, Menara PMINT
No. 88, Jalan Sultan Ismail
20200 Kuala Terengganu
(u.p. : Jabatan Khidmat Pengurusan)

Tarikh Tutup Permohonan: 21 Oktober 2012

Slik Klik Di Sini Untuk Keterangan Lanjut Jawatan
Sila Klik Di Sini Untuk Muat Turun Borang Jawatan Kosong

13 di ketengah jaya - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di ketengah jaya - Google Blog Search


Santai <b>di</b> Hutan Lipur Chemerong | Blog Yusri

Posted: 07 Oct 2011 09:11 PM PDT

Papan tanda di hadapan pintu masuk ke Taman Rekreasi Hutan Lipur Chemerong

Pada cuti  sempena Hari Raya Puasa yang lepas, saya berkesempatan pergi bersantai ke Hutan Lipur Chemerong yang terletak tak berapa jauh dari rumah mak dan ayah saya di Bandar Ketengah Jaya,Dungun. Ini adalah pertama kali saya sampai di sini setelah sekian lama mendengar cerita dari kawan-kawan yang telah pergi ke sini tentang keindahan panoramanya terutama sekali air terjunnya.

Kejernihan airnya memang tidak dapat disangkalkan lagi kerana langsung tiada kesan pencemaran di kawasan ini. Dari jauh kita masih mampu melihat dasar sungai. Betapa jernihnya air di sini.

phota credit to www.panoramio.com

Air Terjun Chemerong merupakan salah satu air terjun yang tertinggi di Malaysia iaitu dengan ketinggian 305 meter. Di sini juga terdapat pelbagai jenis tumbuhan herba yang boleh digunakan untuk merawat seribu satu macam jenis penyakit. Herba-herba ini boleh didapati dengan mudah oleh orang ramai yang memerlukannya. Ianya boleh diperolehi dengan sendiri ataupun membelinya daripada pembekal herba yang menetap di kawasan berhampiran Air Terjun Chemerong ini.

Air Terjun Chemerong yang sungguh mendamaikan

Saya dan isteri serta anak-anak cuma bersantai di air terjun yang paling bawah. Sejuk sungguh airnya.

Danial tersengih mandi air sungai yang sungguh sejuk dan jernih

Bersama anak-anak sebelum bukak baju untuk turut sama mandi-manda

Oleh kerana keadaan cuaca yang tak mengizinkan,kami pun berangkat pulang setelah hampir satu jam bermain-main air di sini.

Kelihatan riak wajah anak-anak saya belum lagi puas mandi di sungai Air Terjun yang sejuk dan jernih ini.InsyaAllah, jika ada kesempatan kami akan datang lagi ke sini sambil berkelah.

anak-anak saya sempat berpossing di hadapan pintu masuk sebelum balik

Bagi anda yang teringin ke sana boleh menggunakan kenderaan sendiri ataupun kenderaan awam seperti teksi atau pun kereta sewa samada dari Kuala Lumpur, Kuala Terengganu, Kemaman, ataupun Kuantan melalui jalan Jerangau-Jabor-Bandar Al- Muktafibillah Shah.

Jarak ke Hutan  Lipur Chemerong adalah 30 KM dari Bandar Al-Muktafibillah Shah (15-20 minit) ataupun 100 KM dari Kuala Terengganu (1 jam).

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain-lain Entri Yang Juga Menarik:

13 di jerteh - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di jerteh - Google Blog Search


Temuduga Terbuka Pembantu Farmasi <b>Di</b> Farmasi Ehsan <b>Jerteh</b>

Posted: 03 Oct 2012 06:46 PM PDT

Temuduga Terbuka Pembantu Farmasi Di Farmasi Ehsan Jerteh
Farmasi Ehsan Jerteh Sdn Bhd
Majikan :          Farmasi Ehsan Jerteh Sdn Bhd
Alamat :           No 235, Jalan Hj Jusoh, 22000 Jerteh
Telefon :          09-7855772 (Idayu)
Jawatan :         Pembantu Farmasi (Jurujual)
Kekosongan :    L = 0, P = 2, L/P = 0
Kelayakan :       SPM/ STPM Atau Kelayakan Setaraf
·                Keutamaan kepada calon yang mempunyai kelayakan dalam bidang berkaitan
·                Berpengetahuan dalam bidang komputer
·                Mahir berkomunikasi dengan pelbagai peringkat
#       Calon yang berminat sila hadir ke Temuduga Terbuka pada 14 Oktober 2012 di alamat di atas

" anok kelatae bulih krejo belako "
.

13 di kemaman - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di kemaman - Google Blog Search


Singgah <b>di</b> Kuala <b>Kemaman</b> - Sop Nama Saya | SOP.NAME.MY

Posted: 15 Sep 2012 09:42 PM PDT

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Update perjalanan pulang dari Kuala Terengganu ke Kuala Lumpur. Sop sekarang berada di Kuala Kemaman untuk singgah makan satar. Kuala Kemaman memang popular dengan satar yang sedap dan ada juga kedai keropok lekor yang sedap. Tiap kali balik, pasti Sop akan singgah untuk makan satar di sini.

Selain satar ada gerai makan yang menjual pelbagai makanan tradisional seperti paung ubi, keropok lekor, kutapat, laksam, ikan celup tepung dan macam-macam lagi. Singgah sahaja ke gerai makan yang mana ada menjualnya.

Description: Singgah di Kuala Kemaman, Rating: 5, Reviewer: Sop Nama Saya, ItemReviewed: Singgah di Kuala Kemaman

13 di jabor - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di jabor - Google Blog Search


Info Kemalangan | Bencana: Puting beliung landa Kemaman

Posted: 07 Oct 2012 10:45 PM PDT


KEMAMAN – Sekurang-kurangnya 417 rumah di lebih 20 kampung di daerah ini rosak diserang puting beliung dan hujan air batu, sehingga memaksa 17 keluarga di Taman Bestari, Bukit Kuang, Kijal berpindah ke pusat pemindahan.
Kejadian berlaku kira-kira jam 2 petang kelmarin.
Daripada jumlah itu, kawasan Dun Chukai paling terjejas dengan 173 rumah mengalami kerosakan atap, diikuti Dun Air Putih (127 rumah) dan Dun Kijal (117 rumah).
Pusat pemindahan di Balai Raya Rumah Murah Bukit Kuang 2 terpaksa dibuka pada sebelah malam untuk menempatkan 17 keluarga membabitkan 85 mangsa dari Taman Bestari, sementara sebuah keluarga di Kampung Tempurung terpaksa menumpang rumah saudara berikutan atap di rumah masing-masing diterbangkan puting beliung dan rumah pula dibanjiri air hujan.
4 beranak berpeluk ketakutan
SURI rumah dari Taman Bestari, Nik Rozita Zahari, 34, berkata, dia meluru keluar dari rumah bersama tiga anak apabila rumahnya banjir dimasuki air hujan.
Menurutnya, dia terkejut apabila melihat pusaran angin menerbangkan kepingan atap asbestos kira-kira tujuh meter dari hadapan rumahnya.
"Dari pusaran angin itu, jatuh banyak kepingan atap di hadapan rumah kami dan kami juga melihat ketulan air batu turun bersama-sama air hujan. Saya bersama tiga anak waktu itu berpeluk ketakutan. Ketika itu saya fikir mungkin kami empat beranak akan mati," katanya.
Menurutnya, dia menyedari atap rumahnya sudah tiada apabila air hujan keluar dari celah siling sehingga siling rumahnya dan kipas hampir runtuh dilimpahi air hujan.
Anaknya, Nur Khumaira Ashira Mohd Yusof, 12, berkata, berikutan kejadian itu, rumah mereka dibanjiri air hujan separas buku lali namun dia dan ibunya tidak berani masuk untuk menyelamatkan barang berharga kerana dikhuatiri terkena renjatan elektrik.
"Barang-barang elektrik hanya dikeluarkan apabila ayah saya pulang ke rumah. E-book dan buku sekolah saya semua rosak terkena air hujan," kata murid Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Kuang ini sedih.
Nampak pusaran angin hitam
SEMENTARA itu, mangsa dari Kampung Jabor Kubur, Chukai yang juga pemilik butik pengantin, Muniza Ibrahim, 32, berkata, dia turut melihat pusaran angin hitam datang bermula dari arah kawasan kubur sehingga sebuah pokok besar dalam kawasan kubur itu berpusing dan tumbang tidak jauh dari premis perniagaannya.
"Puting beliung itu datang dari arah kubur dan melewati hadapan butik pengantin saya. Waktu itu, saya berada di hadapan kedai bersama beberapa jiran yang berkumpul di kedai saya sebab rumah mereka sebelum itu terlebih dahulu diserang pusaran angin terbabit.
"Kejadian berlaku jam 2 petang. Pada waktu itu hujan renyai-renyai diikuti guruh. Lima minit kemudian angin bertiup kencang. Selepas itulah kami semua nampak pusaran angin hitam dalam jarak kira-kira 10 meter dari kami, pusaran angin itu melewati butik saya sehingga kedai dan kerusi di kedai makan bersebelahan premis perniagaan diterbangkan angin ke tengah jalan di hadapan premis kami. Waktu itu kerana terlalu takut saya berteriak 'ALLAH Hu Akbar'," katanya yang mengakui kejadian itu adalah bencana pertama seumpamanya dilaluinya sepanjang hidup.
Muniza berkata, hujan ketika itu juga luar biasa kerana atap premis perniagaannya bising ditimpa ketulan air batu bersaiz besar sedikit daripada guli.
Gara-gara itu, kira-kira 10 keping atap butiknya tercabut sementara rumahnya yang terletak tidak jauh dari butik juga turut mengalami kerosakan teruk.
Bunyi seperti tembakan pistol
DALAM pada itu, seorang lagi mangsa, juga dari Kampung Jabor Kubur, Mohd Shukri Abdullah, 37, berkata, semasa kejadian dia yang sedang menonton televisyen terkejut apabila mendengar seperti tembakan pistol dilepaskan.
Menurutnya, ia adalah gara-gara serangan angin kuat membuatkan atap zink rumahnya terkopek sebelum tercabut dan terbang.
"Saya dengar bunyi macam tembakan pistol kerana paku zink tercabut satu-satu. Waktu itu angin terlalu dahsyat berserta kilat," katanya.
DALAM pada itu, bencana itu segera mendapat perhatian Ahli Parlimen Kemaman merangkap Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menyalurkan bantuan sebanyak RM500 seorang kepada sejumlah mangsa terlibat di Chukai pada majlis yang diadakan di Tadika Kemas Jabor Kubur, petang  semalam.
Katanya, pihaknya akan berikhtiar bersama Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kemaman untuk menilai kerosakan yang dialami penduduk dengan pembahagian bantuan segera itu akan diberikan kepada semua mangsa.
"Ini adalah bantuan segera agar mangsa dapat membaiki rumah masing-masing untuk berteduh. Sekiranya ada rumah yang keadaannya terlalu teruk, mungkin kita akan tambah lagi bantuan yang diberikan dan ia bergantung pada penilaian kerosakan masing-masing.
"Menerusi pertolongan ini, rakyat dapat didekati tanpa mengira ideologi politik dan saya harap semua mangsa tabah menghadapi ujian ini," katanya yang turut menyampaikan sumbangan barang dapur dan menziarahi beberapa rumah mangsa yang teruk bersama Ahli Dewan Negara, Senator Rohani Abdullah.
Pegawai JKM Kemaman, Ghazali Awang berkata, selain Bukit Kuang dan Jabor Kubur, kampung yang teruk menerima kesan bencana itu ialah Pengkalan Cicar, Bakau Tinggi, Kampung Besut, Gong Pauh, Kampung Jaya, Kubang Kurus, Geliga Baru, Taman Perumahan Gong Pauh, Gong Limau, Mak Chili, Seri Permai dan Bandar Baru Bukit Mentok.

Santai <b>di</b> Hutan Lipur Chemerong | Blog Yusri

Posted: 07 Oct 2011 09:11 PM PDT

Papan tanda di hadapan pintu masuk ke Taman Rekreasi Hutan Lipur Chemerong

Pada cuti  sempena Hari Raya Puasa yang lepas, saya berkesempatan pergi bersantai ke Hutan Lipur Chemerong yang terletak tak berapa jauh dari rumah mak dan ayah saya di Bandar Ketengah Jaya,Dungun. Ini adalah pertama kali saya sampai di sini setelah sekian lama mendengar cerita dari kawan-kawan yang telah pergi ke sini tentang keindahan panoramanya terutama sekali air terjunnya.

Kejernihan airnya memang tidak dapat disangkalkan lagi kerana langsung tiada kesan pencemaran di kawasan ini. Dari jauh kita masih mampu melihat dasar sungai. Betapa jernihnya air di sini.

phota credit to www.panoramio.com

Air Terjun Chemerong merupakan salah satu air terjun yang tertinggi di Malaysia iaitu dengan ketinggian 305 meter. Di sini juga terdapat pelbagai jenis tumbuhan herba yang boleh digunakan untuk merawat seribu satu macam jenis penyakit. Herba-herba ini boleh didapati dengan mudah oleh orang ramai yang memerlukannya. Ianya boleh diperolehi dengan sendiri ataupun membelinya daripada pembekal herba yang menetap di kawasan berhampiran Air Terjun Chemerong ini.

Air Terjun Chemerong yang sungguh mendamaikan

Saya dan isteri serta anak-anak cuma bersantai di air terjun yang paling bawah. Sejuk sungguh airnya.

Danial tersengih mandi air sungai yang sungguh sejuk dan jernih

Bersama anak-anak sebelum bukak baju untuk turut sama mandi-manda

Oleh kerana keadaan cuaca yang tak mengizinkan,kami pun berangkat pulang setelah hampir satu jam bermain-main air di sini.

Kelihatan riak wajah anak-anak saya belum lagi puas mandi di sungai Air Terjun yang sejuk dan jernih ini.InsyaAllah, jika ada kesempatan kami akan datang lagi ke sini sambil berkelah.

anak-anak saya sempat berpossing di hadapan pintu masuk sebelum balik

Bagi anda yang teringin ke sana boleh menggunakan kenderaan sendiri ataupun kenderaan awam seperti teksi atau pun kereta sewa samada dari Kuala Lumpur, Kuala Terengganu, Kemaman, ataupun Kuantan melalui jalan Jerangau-Jabor-Bandar Al- Muktafibillah Shah.

Jarak ke Hutan  Lipur Chemerong adalah 30 KM dari Bandar Al-Muktafibillah Shah (15-20 minit) ataupun 100 KM dari Kuala Terengganu (1 jam).

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain-lain Entri Yang Juga Menarik:

13 di kuala berang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di kuala berang - Google Blog Search


SEPATU KACA SINDARELLA: PASAR PAGI <b>KUALA BERANG</b>

Posted: 09 Oct 2012 07:10 AM PDT

Aku memang suka pergi pasar. Kalau aku yang pattern malas nak bangun pagi kalau bercuti ni...tiba tiba segar lagi bugar bila mak, nenek, kakak atau makcik ajak pergi pasar. Memang aku sanggup bangun walaupun malam sebelumnya aku tidur pukul 5 pagi sebab marathon drama korea.

So, hari tu mak cik aku nak buat majlis sket..nenek aku pulak nak beli barang dapur. Aku pun bila di ajak pergi pasar memang pantas aku bangun. Teheee...

Aku biasa ke pasar pagi Kuala Berang. Hari tu hari Rabu tak silap aku. Kalau dari rumah aku ni, kalau nak pergi pasar Payang ke, Pasar Marang ke..mana mana pun lebih kurang je jaraknya. Tapi kalau pasar Payang tu tengah bandar melainkan kalau ada benda lain nak di beli , jadi lebih baik ke Pasar Payang. Banyak pilihan! Best sangat. Walaupun begitu. ecece..pasar Kuala Berang pun tak kurang bestnya..Banyak sayur sayuran segar. Jagowwng (Jagung ) pun banyak sebab bekalan sayuran memang di perolehi daripada petani petani sekitar kampung di Kuala Berang.

 Korang pernah ke pergi pasar longgok kat bawah macam ni> Ke tahu pergi beli sayur dekat Giant je?
 Banyak labu..sodaaaapnyoo...  Nenek tenga pilih sayur buat ulam.

 Makcik aku pulak sibuk gak pilih sayur. Aku jadi tukang bawak barang je. Ramai pulak orang perhilitan. So, aku mengambil keputusan untuk hafal muka pakcik2 tu..mana tahu ada urusan nanti nanti. ngeh3
 Lepas tu makcik aku nak pergi beli kacang panjang. Aku pun  tunggu la...kalau tak silap pendengaran aku, pakcik ni speaking weh...haha! Curlaasss kau pok cik...bila mak cik aku dah kaut semua kacang panjang tu., aku baru teringat nak snap gambar. okay inilah pakcik tu. Tiba tiba kan, ramai pulak makcik2 lain duk serbu tempat pakcik ni jual lepas makcik aku borong kacang panjang tu.
 Okay..yang ni aku nak citer sket..aku beli jugak...buah pelik ni. Dulu masa sekolah. aku suka betul buah ni. Nama dia buah katak puru. Euww..nama tak sedap langsung. Geli kan. Tapi bila makan cicah kicap belacan. lada gula..sedap pulak weh. Hee..
 Kemudian nenek aku ada beli pucuk kunyit. Buat ulam cicah Budu. Serius. Sedap!! Untuk sesiapa yang makan budu lah kan...memang sedap weh.

Okay..itu sahaja perjalanan aku pergi pasar pagi 2 bulan lepas. Buahahhaha...!

13 di kuala besut - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di kuala besut - Google Blog Search


Berita Keselamatan & PDRM: Kedai Emas <b>Di Kuala Besut</b> Kerugian <b>...</b>

Posted: 30 Aug 2012 02:22 AM PDT


BESUT, 30 Ogos (Bernama) -- Pencuri memecah masuk sebuah kedai emas di Jalan Semerak, Kuala Besut dan melarikan barangan kemas dianggarkan bernilai RM250,000 semalam.

Ketua Polis Daerah Besut Supt Kamaruddin Zakaria berkata kedai emas itu disedari dipecah masuk pada pukul 7.15 pagi semalam.

"Seorang jiran perniagaan kedai emas itu yang kebetulan mahu memulakan perniagaan ternampak pintu belakang kedai berkenaan ditebuk dan terus memaklumkan kepada anak tuan punya kedai itu," katanya kepada Bernama di sini, Khamis.

Beliau berkata polis percaya kejadian pecah masuk itu berlaku antara 9 malam Selasa dan awal pagi Rabu dan modus operandi mungkin dijalankan oleh sekumpulan pencuri.

"Hasil pemeriksaan lanjut mendapati sekeping daripada tingkap bahagian dapur kedai berkenaan turut ditanggalkan dan peti besi yang mengandungi barang kemas di dalam kedai tersebut turut ditebuk oleh suspek," katanya.  BERNAMA

 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved