ads

Selasa, 10 Julai 2012

13 di setiu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di setiu - Google Blog Search


3 sekeluarga maut, 4 cedera kemalangan <b>di Setiu</b> | Blog Berita Online

Posted: 09 Jun 2012 05:09 PM PDT

Hasrat tujuh sekeluarga dari Permatang Pauh, Pulau Pinang untuk melawat Terengganu sempena cuti sekolah berakhir dengan tragedi, apabila tiga daripada mereka maut manakala empat lagi cedera dalam kemalangan, di Setiu petang semalam.

Mereka yang maut ialah Abdul Razak Othman, 49, anaknya Siti Suraya, 14 dan kakak Abdul Razak, Fathilah Othman, 53, manakala yang cedera isterinya Siti Fauziah Mohamad Amin, 46, dua anak mereka Siti Raihana, 12 dan Mohamad Adam, 16, serta seorang lagi kakak Abdul Razak, Rosidah, 55.

Kesemua yang cedera kini dirawat di Hospital Setiu.

Ketua Polis Daerah Setiu Rohaizat Abd Ani ketika dihubungi mengesahkan kejadian yang berlaku di KM 62 Jalan Kuala Terengganu-Kota Baharu itu.

Kemalangan berlaku jam 5 petang ketika hujan lebat, apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Avanza yang dipandu Abdul Razak bergesel dengan sebuah Toyota Hilux yang dipandu seorang lelaki berusia 37 tahun.

Toyota Hilux itu dipercayai memasuki laluan bertentangan ketika melalui kawasan selekoh tersebut dan bergesel dengan Toyota Avanza menyebabkan MPV berkenaan hilang kawalan dan berpusing beberapa kali.

Kejadian mengakibatkan Siti Suraya dan ibu saudaranya Fathilah tercampak keluar daripada MPV. Kedua-dua mereka disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Abdul Razak yang parah di kepala disahkan meninggal dunia di Hospital Setiu ketika menerima rawatan, manakala isterinya dilapor berada dalam keadaan koma.

Rohaizat berkata pemandu Toyota Hilux yang menghilangkan diri dari tempat kejadian telah menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah pukul 10 malam tadi.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Incoming search terms:

Sign up free email newsletter

Stay Updates with this Blog. Get Free email newsletter updates, Enter your Email here:

Don't forget to confirm your email subcription

Leave a Reply to this Post

13 di pulau redang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di pulau redang - Google Blog Search


kero&#39;s Site - Mengenang Ahmad <b>di Pulau Redang</b>

Posted: 23 Apr 2008 01:39 PM PDT

Saya mahu mengimbau kembali tugasan saya di Pulau Redang ketika lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sejurus kemenangan Barisan Nasional (BN) menguasai Terengganu dalam pilihan raya umum ke 10 tahun 2004.

Pada 3 Mei tahun tersebut Abdullah Melawat Pulau Redang untuk merasmikan Landasan Lapangan Terbang, pulau tersohor itu. Tan Sri Vincent Tan turut hadir kerana beliau dikatakan memiliki saham besar dalam industeri pelancongan di pulau tersebut dengan membina sebuah resort di situ.

Sebagai wartawan dan juru gambar video ketika itu, saya telah dipanggil oleh seorang rakan pegawai kerajaan bertanyakan atas kapasiti apa saya datang ke majlis perasmian tersebut.

Saya sebenarnya menjalankan tugas sebagai juru gambar video sebuah syarikat fotografi di bandar Kuala Terengganu, untuk mempastikan gambar video berkenaan disampaikan kepada Abdullah dan Tan Sri Vicent untuk maklumat dan simpanan mereka.

Pegawai kerajaan berkenaan akur dengan penjelasan saya tersebut. Ketika pertemuan saya itu, saya perhatikan terdapat ramai ahli-ahli exco yang berbual-bual di sebuah resort di pulau itu termasuk Dato' Ahmad Said ( ketika itu belum bergelar Dato').

Beliau menyinggung saya dengan dakwaan bahawa kerana wang saya menjalankan kerja berkenaan.

Memang diakui ada kalanya kita terpaksa bekerja untuk mencari wang dengan kerja-kerja yang tidak menyalahi undang-undang dan ada kalanya kita perlu bertugas sukarela bagi kebaikan umum.

Saya mahu menceritakan di sini bahawa Ahmad ketika itu, seperti exco kerajaan lain tidaklah menjangkakan bahawa berlakunya pergolakan politik hebat di negeri Terengganu seperti sekarang dan ditakdirkan beliau menjadi menteri besar. Siapa sangka ketika itu berlaku pergolakan politik seperti ini di negeri tersebut?

Beliau berbual lebih kedepan secara ramah mesra dan kritis terhadap tugasan saya ketika itu maklumlah saya tidaklah mempunyai pekerjaan tetap sehingga sekarang pun. Saya lebih bebas berkerja seperti sekarang kerana tidak terikat dengan mana-mana pihak, tidak seperti saya bekerja dengan kerajaan Terengganu dahulu sebagai Penerbit Siaran Darul Iman dan Pengarang Warta Darul Iman, merupakan dua institusi media kerajaan itu di bawah Kerajaan PAS.

Kini insitusi itu telah bertukar menjadi Unit Komunikasi (UKOM) yang dipercayai berfungsi untuk menjalankan kerja-kerja biasa sebagai sebuah media kerajaan dan juga BN.

Bagaimanapun agak menghairankan UKOM dikatakan tidak begitu menyiarkan maklumat tentang kerajaan baru di bawah Ahmad terutamanya kes tuntutan royalti minyak Kerajaan Negeri terhadap Kerajaan Pusat.

Hari ini saya cuba selidiki portal kerajaan Terengganu dan isu berkenaan tidak menjadi topik terbaru di 'line up' portal tersebut.

Apakah petugas di UKOM yang kebanyakannya saya kenal mereka, bukan petugas Ahmad tetapi petugas bekas menteri besar yang lalu Dato' Seri Idris Jusoh?

Memmang benar kebanyakan mereka dilantik di zaman bekas menteri besar tersebut. Apakah unit itu masih dikawal oleh Idris, tidak dipastikan lagi kebenarannya.

Bagaimanapun perkembangan yang berlaku semacam ada sesuatu tidak kena terhadap unit berkenaan apabila tidak segera bertindak balas terhadap isu yang dilontarkan Ahmad berkenaan dengan royalti minyak baru-baru ini.

Apakah berlaku perubahan petugas di unit tersebut di masa yang terdekat saya kurang selidik. Kita tunggu dan lihat perkembangan selanjut.

Bagaimanapun ia bukanlah suatu isu yang besar untuk disentuh tetapi tindakan tidak menyiarkan tuntutan Ahmad itu semacam ada sesuatu yang tidak kena di bahagian media kerajaan negeri di saat semua media menyiarkannya.

Terbaru media melaporkan bahawa Ahmad akan menemui perdana menteri untuk membincangkan tuntutan royalti minyak berkenaan. Ia suatu tindakan yang baik dan adalah diharapkan royalti berkenaan dapat dikembalikan semula kepada rakyat dan kerajaan negeri Terengganu.

Tag: ,
, .

13 di batu rakit - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di batu rakit - Google Blog Search


PAS DUN BATU RAKIT: Mat Sabu akan sebut sesuatu <b>di Batu rakit</b>

Posted: 08 Jul 2012 04:28 AM PDT

AHAD : USTAZ BOB(TAFSIR QURAN)
ISNIN(MINGGU 1,2,3) :USTAZ MUHAMMAD RAZIQIN (SIFAT-SIFAT RASULULLAH)
ISNIN(MINGGU 4): USTAZ FAUZI MUDA (YDP PAS KAWASAN SETIU)
SELASA : USTAZ KHAIRUL AL NANASI (FIQH DAN TAJWID)
RABU : USTAZ TUAN HARUN (TAZKIRAH MUHASABAH DIRI)
KHAMIS : USTAZ SYAFIZIE(HADIS 40)
JUMAAT: ONLINE RUSILA BERMULA JAM 9.00 PAGI
SABTU: USTAZ NASRULLAH (TAZKIRAH ISU-ISU SEMASA)

13 di hulu terengganu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di hulu terengganu - Google Blog Search


Pasangan kekasih ditahan bersama heroin bernilai RM13,200 <b>di Hulu</b>

Posted: 01 Jul 2012 12:16 AM PDT

Who's Online

3 visitors online now

Kategori

Arkib

© 2009 - 2012 inimajalah.com.my

Penyiaran semula kandungan web ini adalah dibenarkan dengan hakcipta tertakluk di bawah Creative Commons berdasarkan syarat seperti di sini.

13 di jerangau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di jerangau - Google Blog Search


Blog Felda: felda <b>jerangau</b> - Google Blog Search

Posted: 08 Jul 2012 01:14 AM PDT

Blog Felda: <b>felda jerangau</b> - Google Blog Search

Posted: 04 Feb 2012 12:00 AM PST

Blog Felda: <b>felda jerangau</b> - Google Blog Search

Posted: 04 Feb 2012 12:00 AM PST

Blog Felda: <b>felda jerangau</b> - Google Blog Search

Posted: 04 Feb 2012 12:00 AM PST


Blog Felda: <b>felda jerangau</b> - Google Blog Search

Posted: 04 Feb 2012 12:00 AM PST


Blog Felda: <b>felda jerangau</b> - Google Blog Search

Posted: 04 Feb 2012 12:00 AM PST


Blog Felda: <b>felda jerangau</b> - Google Blog Search

Posted: 04 Feb 2012 12:00 AM PST


Blog Felda: <b>felda jerangau</b> - Google Blog Search

Posted: 04 Feb 2012 12:00 AM PST


Blog Felda: <b>felda jerangau</b> - Google Blog Search

Posted: 04 Feb 2012 01:18 AM PST


Blog Felda: <b>felda jerangau</b> - Google Blog Search

Posted: 03 Feb 2012 01:39 AM PST


Blog Felda: <b>felda jerangau</b> - Google Blog Search

Posted: 02 Feb 2012 01:29 AM PST

[unable to retrieve full-text content]Kami warga Felda Jerangau mengucapkan terima kasih di atas kesudian menjadikan kampung kami sebagai destinasi program yang bermakna ini. Besar harapan kami agar program yang murni seperti ini akan terus dapat dijalankan untuk ...

Full content generated by Get Full RSS.

13 di kemasik - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di kemasik - Google Blog Search


ROZLAN RAZALI: Kg. Lubuk Kawah Bakal Dapat Masjid Baru

Posted: 03 Jul 2012 02:47 AM PDT


Kg. Lubuk Kawah bakal dapat masjid baru bagi mengantikan masjid sedia ada yang kini sudah tidak dapat menampong jumlah jemaah terutama ketika sembahyang jumaat. Rancangan bagi membina masjid baru ini telah mula disuarakan semenjak tahun 2009 lagi yang mana daya usaha telah dibuat oleh ahli kariah untuk mendapatkan tapak masjid dengan cara sebahagian ahli kariah menderma dan mewakafkan tapak masjid dengan membeli tanah secara kaki persegi. Mengikut carian saya melaluai lawan web JKR Negeri Terengganu tender bagi membina masjid ini telah pun dikeluarkan dan telah dianugerahkan kepada syarikat Hilirmas Diversified Sdn. Bhd dan kerja-kerja membersih tapak telah mula dilaksanakan semenjak dua hari yang lalu

Keputusan Tender

Selasa, 19 April 2011 15:56 


No. Kontrak Tajuk Projek Kontraktor
JKR/T/KT/P/3/2012 Kerja-kerja Membaikpulih Embakment Runtuh Di Laluan FT 1685, Seksyen 2, Felda Belara, Kuala Terengganu. Jati Estetika Sdn. Bhd.
Lot 141 T/A, Jalan Sultan Yahya Petra,
Kampung Lundang,
15150 Kota Bharu, Kelantan.
JKRNT(T)K/15/2012 Membina Dan Menyiapkan Satu (1) Blok Asrama 3 Tingkat, Sebuah Dewan Makan Dan Kerja-kerja Berkaitan Di Institut Pengajian Islam (INSPI) Binjai, Kemaman, Terengganu. Rozie Cipta Enterprise, No. 14, Kompleks Kg. Tiong,
Jalan Kampung Tiong,
20100 Kuala Terengganu.
JKRNT(T)B/14/2012 Membina Dan Menyiapkan Sebuah (1) Masjid Kerja-kerja Lain Yang Berkaitan Di Kampung Lubok Kawah, Besut, Terengganu. (500 Jemaah) {Tender Semula} Hilirmas Diversified Sdn. Bhd.
120-C, Tingkat Satu, Jalan Sultan Ismail,
20200 Kuala Terengganu.
JKRNT(T)B/13/2012 Membina Dan Menyiapkan Sebuah (1) Masjid Dan Kerja-kerja Lain Yang Berkaitan Di Kampung Gong Bayor, Besut, Terengganu.
(500 Jemaah) {Tender Semula}
Pembinaan Kubang Palas Sdn. Bhd.
Lot 28-A1, Tingkat 1, Depan Balai Polis Bukit Payong,
21400 Marang, Terengganu.
JKRNT(T)K/12/2012 Cadangan Pembinaan Sebuah Masjid Baru Kemasik Dan Lain-lain Kerja Berkaitan Di Kemasik, Kemaman, Terengganu. (1500 Jemaah) Econbestari Sdn. Bhd.
1526-E, Jalan Ibrahim, Bukit Besar,
21100 Kuala Terengganu.
JKRNT(T)KT/11/2012 Membina Dan Menyiapkan Sebuah Masjid Dan Lain-lain Kerja Berkaitan Di Kampung Peradong, Manir, Kuala Terengganu, Terengganu. WYWN Enterprise.
831-A, Kampung Losong Haji Mat Shafie,
21000 Kuala Terengganu

Masjid baru ini setelah siap akan dapat menampong jumlah jemaah seramai 500 orang. Adalah diharapkan agar kerja-kerja pembinaan masjid baru ini akan dapat disiapkan mengikut jadual yang telah ditetapkan.


DICATAT OLEH

x_3ca6ff7d

13 di pulau wan man - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di pulau wan man - Google Blog Search


Destinasi Tempat-Tempat Menarik <b>Di</b> Malaysia~: TERENGGANU

Posted: 04 Jul 2012 01:18 AM PDT

Pengenalan~

Terengganu adalah salah satu negara Malaysia yang kaya dengan kekayaan landskap yang menarik dan menyegarkan semula jadi. Beliau mempunyai pantai, pulau-pulau eksotik, hutan yang subur dara tropika, perkampungan nelayan, air terjun yang mempesonakan dan banyak lagi. Batu dan batu pantai, berpasir putih dan air yang jernih merentasi sepanjang 225 km pantai, memperluaskan dari Besut di utara ke Kemaman di Selatan. Pulau-pulau beliau adalah antara yang paling indah dan menarik di negara ini. Daripada pelbagai hobi yang berwarna-warni yang termasuk batik dan songket tenunan kepada sambutan yg membayangkan kegembiraan hati banyak generasi warisan budaya dan tradisional, Terengganu merupakan sebuah negeri yang sangat diberkati.

Penduduk Terengganu, yang berjumlah kira-kira 1 juta orang, terdiri daripada 90% Melayu, dengan yang lain yang terdiri Cina dan India. Kadar hidup di Kuala Terengganu, ibu negeri, dan semua bandar dan kampung di Terengganu unhurried dan tidak terjejas oleh hiruk-pikuk bandar besar.

Sejarah Terengganu akan kembali kepada sejauh abad ke-1 dan telah lama menjadi kawasan penting penyelesaian Melayu. Sepanjang masa sehingga ke hari ini, Terengganu telah diperintah oleh 16 Sultan.

Di negeri ini terdapat beberapa tempat menarik seperti Pantai Batu Burok.



Seperti gambar di atas, tempat ini adalah pemandangan  di Pantai Batu Burok.

             Banyak pelancong datang ke sini untuk menikmati udara segar dan berseronok dengan keluarga dan rakan-rakan.

     Di Terengganu, terdapat sebuah masjid yang terkenal bernama Masjid Kristal yang terletak di Pulau Wan Man.Masjid ini terkenal kerana keunikannya yang seolah-olah masjid itu diperbuat daripada kristal.

Ini adalah Masjid Kristal.Bagi orang Islam, mereka boleh solat di sini di mana ia terletak di Taman Tamadun Islam,Pulau Wan Man.

Di Terengganu juga,terdapat muzium yang terbesar di Malaysia yang dipanggil Muzium Terengganu.Ramai pelacong datang ke muzium ini untuk melihat & mempelajari sejarah di negeri ini, seperti apa yang telah berlaku pada masa dahulu.

Gambar di atas adalah sebuah muzium yang dipanggil Muzium Terengganu.Muzium ini adalah yang terbesar di Malaysia.

Bentuknya yang unik & 'Ala-Ala Kampung' membuatkan muzium ini dari jauh nampak menarik.

Di Terengganu juga terkenal dengan satu pasar yang terbesar di sini bernama Pasar Besar Kedai Payang.Di sini juga banyak menjual baju batik,kain batik,kraftangan,keropok lekor dan sebagainya.Pasar ini juga menjadi tumpuan pelancong kerana terkenal dengan kain batiknya.







Gambar berikut ialah baju/kain batik yang dijual di Pasar Besar Kedai Payang.Harganya juga berpatutan.Coraknya yang dapat menambat hati setiap pelancong yang datang ke sini membuatkan baju/kain batik ini laku & laris.










                  
Seperti gambar di atas ini ialah kraftangan yang di jual di Pasar Besar Kedai Payang.Kraftangannya yang kreatif & unik juga menarik banyak hati pelancong untuk datang ke pasar ini dan membeli barangan kraftangan di sini. 







Di Terengganu ini juga terkenal dengan makanannya iaitu NASI DAGANG.Nasinya yang enak serta lauknya yang menyelerakan ini membuatkan ramai orang suka & tertarik dengan makanan ini.Makanan ini juga boleh membuatkan orang terliur. xD




Di Terengganu juga terkenal dengan Batu Bersurat yang dikatakan bersejarah di Terengganu.Batu Bersurat yang dijangkakan lebih kurang 700 tahun ini merupakan batu yang mempunyai ukiran yang paling tua dan ditulis dalam Bahasa Jawi yang pertama di Malaysia.Ia membuktikan Islam telah sampai ke Terengganu pada tahun 1326 atau 1386.Batu ini juga ditemui hampir tenggelam selepas banjir surut di tebing Sungai Tersat di Kuala Berang,Hulu Terengganu pada tahun 1899.

13 di jabor - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di jabor - Google Blog Search


Ibnu Hasyim: Bandaraya Maya Tertinggi <b>Di</b> Eropah

Posted: 07 Jul 2012 11:00 PM PDT


THE Shard, bangunan tertinggi di Eropah, dirasmikan Khamis lalu. Dengan 11,000 tingkap yang boleh melitupi kawasan seluas lapan padang bola sepak, kerja membersihkannya pasti bukan kerja mudah.
Bangunan itu disifatkan oleh pemajunya sebagai 'bandar raya maya' yang lengkap dengan pejabat, sebuah hotel, apartmen mewah dan platform meninjau dengan pemandangan menakjubkan sekeliling London.

Dengan pembidaan untuk kerja pembersihan masih terbuka, beberapa syarikat di Britain menaruh harapan tinggi untuk mendapatkan kontrak mencuci tingkap paling lumayan di Eropah itu.

Berbeza dengan bangunan biasa yang dibersih menggunakan gondola, permukaan bersudut Shard yang setinggi 309.6 meter itu memerlukan pasukan pakar untuk melungsur dari tingkap ke tingkap sambil mencuci.

Untuk memastikan tingkap sebuah menara itu bersih seperti bangunan Canary Wharf, kosnya boleh menjangkau £150,000 (RM750,000) setahun dan mungkin mengambil masa seminggu untuk membersihkan satu permukaan.

Seorang pekerja penyelenggara berkata: 'Saya sudah naik ke tingkat 71 dan agak menakutkan apabila melihat ke bawah dari dalam.


"Saya tak dapat nak bayangkan jika berada di luar pada ketinggian itu. Namun mereka yang bekerja di atas sudah biasa."

Reka bentuk Shard dengan penggunaan panel kaca menjadikan pencakar langit itu satu daripada mercu anda paling ikonik di London.

Ia dimiliki bersama oleh kerajaan Qatar dan Kumpulan Hartanah Sellar serta dibiayai oleh Bank Nasional Qatar.

Acara perasmiannya Khamis lalu yang disempurnakan oleh Perdana Menteri Qatar, Hamad Bin Jassim Bin Jabor Al Thani, dan Duke of York, Putera Andrew, menandakan siapnya bahagian luar bangunan berkenaan, sementara kerja di bahagian dalam dijangka berterusan hingga 2013.

Bangunan pencakar langit itu adalah sebahagian daripada pembangunan di Southwalk yang dikenali sebagai London Bridge Quarter. Kedudukan Shard sebagai menara paling tinggi di Eropah bagaimanapun tidak akan bertahan lama. Menara Bandar Raya Mercury di Russia yang setinggi 331 meter dijadual siap menjelang akhir tahun depan.

Tiket untuk naik ke atas dan melihat pemandangan sekeliling mula dijual Jumaat lalu. Namun, pembeli hanya boleh menaikinya pada 1 Februari tahun depan. Sehingga ini, lebih 17,500 orang mendaftarkan diri secara on-line untuk tujuan itu. (myMetro)

13 di dungun - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di dungun - Google Blog Search


T E G A N U K I TA: PM temu lebih 10000 pelajar <b>di Dungun</b>

Posted: 10 Jul 2012 02:33 AM PDT

Oleh: Kamarudin Mat Akib

Lebih 10,000 pelajar dari seluruh negara dijangka menyertai Program 'Mengubah Destini Anak Bangsa' di Arena Square, Dungun, Jumaaat ini, yang bakal dilancarkan Dataran Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak.

Mereka akan menyertai kira-kira 10,000 penduduk tempatan yang akan membanjiri dataran itu bagi menyambut Perdana Menteri yang dalam rangka lawatan kerja sehari di Terengganu.

Perdana Menteri dijangka tiba di Lapangan Terbang Ketih, kira-kira jam 8.45 pagi dan terus ke Arena Sduare bagi menyampaikan amanat, seterusnya melancarkan program tersebut.

Selepas itu beliau dan rombongan akan menunaikan solat Jumaat di Masjid Pekan Bukit Payong dan hadir pada Majlis Jamuan Rakyat di Dataran Bukit Payong, pada jam 2 petang.

Pemimpin nombor satu negara itu akan menghadiri Program Bersama Anggota Rela di Stadium Tertutup Gong Badak yang dijangka dihadiri 20,000 anggota berkenaan dari seluruh negeri, sebaik selesai program berkenaan.

Beliau dijadualkan berlepas pulang ke Kuala Lumpur dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu selepas selesai majlis tersebut.

13 di chukai - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di chukai - Google Blog Search


keluargaku: TAN SRI ABDUL KADIR SHEIKH FADZIR <b>DI CHUKAI</b>

Posted: 04 May 2012 09:35 PM PDT

 Selepas solat Jumaat Tan Sri mengambil masa 10 minit untuk menyatakan keperluan Bersih dalam pilihanraya di Malaysia dan ketirisan dalam pemerintahan BN.  Perlunya rakyat menolak BN dalam PRU13 nanti.
 4 Mei 2012 Jumaat jam 5 petang diperkarangan Pejabat PAS kawasan Kemaman. Hi Tea bersama Tan Sri Abdul kadir 
 Dari kiri Ustaz Alias, Tuan Haji Ismail pengerusi Hi Tea, Tan Sri dan Tuan Haji Hanafiah. 
 Ucapan ringkas daripada Ustaz Azman Sapawi yang memberi maklumat terkini tentang perkembangan hijrah artis dan ahli sukan kepada PAS. Terima kasih juga ucapan Ustaz Azman yang memberi arah tujuan PAS dalam gabungan Pakatan Rakyat dan ikrar setia PAS dalam memperjuangan Islam di Malaysia melalui Pilihanraya secara demokrasi. Sekiranya DAP tidak ingin HUDUD, DAP boleh keluar dalam Pakatan Rakyat.
 Dalam ucapan ini, Tan Sri memberi pujian kepada Tokoh UMNO lama yang katanya betul-betul berkhidmat untuk rakyat. Dan juga kepada ahli bawahan UMNO yang tidak tahu menahu tentang politik atasan. Bagi Tan Sri, ahli UMNO bawahan tidak berdosa. Oleh itu perlulah Pakatan Rakyat mengajak dan membawa mereka-mereka ini kepada kumpulan PR untuk menumbangkan kerajaan BN pada PRU13 nanti.  Kepada yang belum lagi mendengar ucapannya silalah hadir untuk lebih jelas lagi apa yang hendak disampaikan. Selepas itu fikir-fikirkanlah apa yang patut anda lakukan. Jangan cepat melatah....
Sekitar Hi Tea bersama Tan Sri Abdul Kadir.
 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved