Khamis, 24 Februari 2011

Edisi Hiburan

Edisi Hiburan


Sensasi

Posted: 24 Feb 2011 11:25 PM PST

Sensasi


Tuntutan harta Sepencarian Norish Karman dengan bekas suaminya Datuk Hashimuddin Abdul Kadir

Posted: 24 Feb 2011 10:25 PM PST




Bagi mereka yang berkahwin bertahun2 ,ada anak-anak bersama bahkan harta diperolehi semasa masih lagi suami isteri,maka bekas isteri layak mendapat Harta sepencarian,melainkan kalau ada rekod isteri nusyuz dan sebagainya.

Kes harta diantara Norish Karman dan bekas suaminya masih lagi berlangsung.


Mahkamah Tingggi Syariah di sini, pada Khamis menetapkan permohonan harta sepencarian yang difailkan oleh dramatis Singapura, Norish Karman terhadap bekas suaminya, Datuk Hashimuddin Abdul Kadir disebut semula pada 18 April depan.

Norish atau nama sebenarnya Nor'Asikin Karman, 36, bernikah dengan Hashimuddin, 62, pada 11 Januari 1998 di Perlis dan pasangan itu bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya, dekat sini pada 15Julai 2008.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Muhammad Haqiem Amany, 10, Muhammad Hady Amieran, 6, dan Nur Hanyz Amanda, 5.

Antara harta yang disenaraikan sebagai harta sepencarian ialah sebuah rumah di Bangi yang dianggarkan bernilai RM2 juta, kondominium Danau Permai (RM300,000), Kondominium Abadi Indah (RM300,000), sebuah rumah di Seremban, Negeri Sembilan (RM100,000) dan kondominium Seri Heningdi Ampang, dekat sini.

Pada 26 Januari lalu, Mohammad Adib menolak permohonan Hashimuddin yang diwakili oleh peguam syarie Muhammad Buruk untuk membatalkan tuntutan harta sepencarian tersebut.


Sebelum itu mahkamah menolak untuk permintaan Norish untuk mendapatkan sebuah kereta jenis Nissan Murano untuk kegunaan anak-anak.

"Mahkamah berpendapat anak-anak tersebut tidak mempunyai kepentingan dalam perkara tersebut

"Adakah benar dengan usia anak yang tidak sampai 10 tahun memerlukan kenderaan tersebut dan benarkah bapanya juga berkemampuan untuk menyediakannya?," katanya.

Zainor Rashid juga menyatakan, berdasarkan afidavit sokongan Hishamuddin, beliau mengakui telah menyediakan sebuah kenderaan lengkap dengan pemandu peribadi yang boleh digunakan pada bila-bila masa untuk urusan persekolahan anak.


Norish Karman telah mempunyai kekasih baru sebaik selepas bercerai dengan suaminya iaitu abang kepada Faradhiya.Bahkan Lelaki yang bernama Luqman ini dikatakan punca penceraian antara Nosrish dan bekas suaminya.

Pasangan Bakal Pengantin Siti Sarah dan Shuib cuba pakaian pengantincx

Posted: 24 Feb 2011 09:22 PM PST



Hari yang bersejarah dan bahagia buat pasangan Siti Sarah dan Shuib bakal berlangsung esok.

Untuk pakaian pengantin,Sarah telah menggunakan khidmat pereka fesyen Hatta Dolmat.

sama cantik sama padan pasangan nie..dua-dua kecik comel.hehe..

Kelihatan riak bahagia di wajah kedua bakal pengantin nie...cuba tengok renungan Shuib pada bakal isterinya semasa Sarah memakaikan butang baju Melayunya.Romantik gitu~

Semoga Majlis mereka berdua berjalan dengan lancar esok..



Kris dayanti Bakal berkahwin dengan Raul Lemos Ambil gambar Pra-Perkahwinan

Posted: 24 Feb 2011 09:17 PM PST


Upacara pernikahan yang semakin hampir, penyanyi Kris Dayanti dan kekasihnya Raul Lamos dikhabarkan telah melakukan sesi fotografi pra perkahwinan di kawasan Kota Tua, Jakarta Utara.

Pereka fesyen, Iva Gunawan memberitahu bahawa KD telah memintanya menyiapkan beberapa pakaian untuk digayakan pada hari pernikahannya termasuk untuk sesi fotografi pra perkahwinan tersebut.

"KD telah telah mencuba baju yang diinginkan, malah mereka telah memakai beberapa baju untuk fotografi pra perkahwinan semalam," katanya.

Ivan mengakui mudah untuk berurusan dengan diva popular Indonesia itu dalam merancang busana yang bakal digayakannya pada hari bersejarah itu.

"Untuk fotografi tersebut KD menyuruh saya menyiapkan satu gaun pengantin berwarna putih bertema klasik," katanya.

Ainul Aishah Kemalangan Selepas Habis Penggambaran

Posted: 24 Feb 2011 09:06 PM PST



Pelakon Ainul Aishah mengakui akibat terlalu tergesa-gesa untuk pulang menonton drama lakoanannya menyebabkan dia mengalami kemalangan di Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE) pada petang Selasa lalu.

Kata Ainul, selepas menjalani penggambaran salah satu daripada beberapa episod drama Begitukah Cinta kira-kira pukul 6.45 petang, dia berhasrat untuk pulang segera menonton episod terdahulu drama itu.

"Selepas penggambaran saya berkejar untuk pulang segera untuk menonton episod cerita tersebut, tetapi malangnya ketika itu jalan raya agak sesak.

"Saya tidak perasan sebuah kereta jenis BMW berada di hadapan saya dan melanggar kereta tersebut. Ketika kemalangan itu apa yang saya terfikir ialah tak dapat menonton cerita lakonan saya sahaja," ujarnya.
Ainul Aishah

Kereta jenis Honda City tersebut mengalami kerosakan agak teruk dan kini sedang dibaiki di sebuah bengkel di Kuala Lumpur.

Tambah Ainul, biarpun tidak mengalami sebarang kecederaan, dia tetap berasa terkejut dan lebih berwaspada ketika memandu.

"Akibat kemalangan itu, kereta saya mengalami kerosakan agak teruk dan kini berada di bengkel. Buat masa ini saya gunakan kereta abang saya sementara menunggu kereta tersebut siap dibaiki.

"Walaupun saya rasa itu kemalangan kecil tapi saya seperti takut untuk memandu. Saya lebih banyak menekan brek dan tidak mahu memandu dengan jarak yang dekat," katanya.

Tambah Ainul, dia mengakui sikap tergesa-gesanya mendatangkan bahaya kepada banyak pihak dan menganggap perkara tersebut sebagai pengajaran kepadanya.

"Saya sedar ia mendatangkan bahaya bukan sahaja kepada saya tetapi kepada pihak lain. Selepas ini saya lebih berhati-hati," katanya.

borak kosong

Posted: 24 Feb 2011 09:40 PM PST

borak kosong


Seorang tahanan dibenar saman penjara kerana kemaluannya digigit tikus

Posted: 24 Feb 2011 09:00 PM PST

New York - Seorang tahanan berasal dari New York yang mengeluh kemaluannya digigit tikus ketika dia ditahan di penjara, akhirnya diizinkan untuk menyaman pihak berkenaan.

Peter Solomon mengakui  dia diberi suntikan rabies seraya menambahkan bahawa warden penjara tahu sel di mana dia ditempatkan penuh dengan tikus.

Pengacara untuk Nassau County berusaha mencari cara agar saman itu dibatalkan.

Dalam salah satu argumennya, pakar kesihatan mereka menuturkan bahawa mereka tak melihat bukti adanya luka serius, demikian laporkan BBC.

Solomon ditahan di Lembaga Pemasyarakatan Nassau, dekat New York, pada tahun 2007 sebelum persidangan atas tuduhan dia telah mengancam isterinya.

Veteran perang Vietnam ini mengatakan bahwa dia menderita gangguan shock traumatik, kini dipindahkan ke unit observasi medik di tengah kekhuatiran dia menderita sakit mental.

Dia mendakwa seekor tikus atau "haiwan pengerat" muncul dari lubang di tilam tidurnya pada suatu malam. Haiwan itu menggigit kemaluan dan tangannya sampai berdarah.

Mr Solomon, yang kini berusia 50 tahun itu mengatakan pihak county memberikan perlakuan yang berbeza dan gagal melindunginya dari kutu. Kini ia menuntut ganti rugi sebagai kompensasi.

Pihak County  membantah pernyataan Solomon dan mengatakan bahawa masalah tikus itu biasa di penjara selain itu luka yang dialaminya tak memerlukan jahitan dan luka-luka lainnya lebih bersifat psikologis.

Namun hakim Arthur Spatt tak sependapat dengan pihak County. Dia menyatakan bahawa Mr Solomon dapat melanjutkan saman untuk kelalaian jaminan perlindungan sebagai kompensasi.

[LAWAK] Pemain Pertahanan Chile Tampar Muka Sendiri Gunakan Tangan Lawan

Posted: 24 Feb 2011 08:45 PM PST


TRIBUNNEWS.COM, QUITO - Ada banyak cara untuk menipu pengadil di padang. Tetapi, cara yang satu ini benar-benar unik, menampar muka sendiri dengan tangan lawan!

Bek pasukan U-20 Chile, Bryan Carrasco, menggunakan tangan seorang pemain Equador untuk memukul mukanya sendiri dalam pertandingan kelayakan Piala Dunia U-20.

Ketika itu, dalam keadaan  1-0 untuk Ekuador, Carrasco mengawal seorang pemain lawan dengan posisi di belakang pemain tersebut.

Dengan tangan kirinya, dia kemudian memegang tangan kiri lawan dan menariknya ke belakang hingga tangan lawan mengenai mukanya sendiri sampai dia jatuh.

Pengadil menilai pemain Equador itu melakukan pelanggaran dan menghadiahkan tendangan bebas untuk Chile. Carrasco sendiri langsung bangkit dan berlari menuju posisinya.

Sayang, usaha Carrasco tak cukup untuk menghindarkan Chile dari kekalahan 0-1. Sementara mereka tersingkir, Equador masuk e pusinagan final.







Seorang Pemuda Gosok-gosok Alat Kelamin di Depan Guru Perempuan

Posted: 24 Feb 2011 07:45 PM PST

TRIBUNNEWS.COM - Seorang pekerja di kilang kain memperlihatkan organ genital dan menggosok-gosoknya di depan tetangganya. Dia  dikenakan denda dan hukuman percubaan selama tiga bulan. Demikian dilansir The Star dan dikutip Tribunnews.com, Khamis (23/2/2011).

Pemuda bernama Ahmad Hairul Nizam Hussin (23) dinyatakan bersalah dan didenda sebanyak  RM1.500 oleh Hakim Mazana Sinin setelah seorang guru berusia 41 tahun membuat laporan ke balai polis dan kemudian diadili.

Dia dikenakan dakwaan memperlihatkan organ genital ke tetangganya yang tinggal di sebelah apartment di Taman Pelangi Indah, Johor Bahru, Malaysia sekitar pukul enam pagi pada 8 Oktober 2009.

Ahmad Hairul yang ada di dalam biliknya memperlihatkan organ genitalnya ke perempuan yang bekerja sebagai guru yang sedang menyidai cucian di koridor apartmentnya. "Saya merasa gatal pada bahagian itu dan kemudian menggaruk dan menggosoknya tapi saya tidak tahu kalau dia melihat saya," demkian kata Ahmad Hairul.

[Kejam] Lelaki tinju,pukul dan cekik seorang perempuan

Posted: 24 Feb 2011 06:45 PM PST

TRIBUNNEWS.COM - Polis menangkap seorang lelaki yang meninju seorang perempuan dan memasukkan kepala wanita itu kedalam plastik sampah.

Lelaki dari Long Island, New York, Amerika Syarikat (AS) bernama David Knudson (32), ditangkap berkaitan dengan pembunuhan dan saat bersamaan dia sempat mencekik perempuan berusia 32 tahun di Baldwin. Selain mencekik, dia meninju dan memasang plastik sampah di kepalanya dan kemudian mencekiknya.

Untunglah sang korban berhasil melarikan diri. Polisi kemudian menjatuhkan tuduhan ke Knudson dengan tindakan penyerangan, mencekik, dan sejumlah kes lainnya. Lelaki berusia 41 tahun ini akan menghadapi dakwaan pada Khamis (24/2/2011) waktu setempat. Tidak jelas apakah dia akan diwakili oleh seorang peguambela.

Sumber: My Fox New York

Budak tangkap ikan lebih besar daripadanya

Posted: 24 Feb 2011 05:36 PM PST

Wow besar betul ikan  ni....
saya petik daripada kosmo online

TASIK TINAROO, Australia - Seorang budak berusia sembilan tahun, Riley Vallance berjaya memancing seekor ikan yang lebih besar daripadanya dalam satu pertandingan di sini, lapor akhbar The Cairns Post semalam.

"Saya bergelut selama 20 minit untuk mendapatkan ikan tersebut," kata Vallance yang belajar di tahun empat. 

Vallance yang mempunyai berat 25 kilogram (kg) dan tinggi 131 sentimeter itu memperoleh ikan tersebut yang seberat 27.6kg serta panjang 132 sentimeter.

Menurut bapanya yang merupakan seorang ahli biologi, Terry Vallance, ikan tersebut terpaksa ditanam di belakang rumah kerana peti sejuk di rumahnya tidak muat untuk menyimpan ikan itu. - Agensi

Di Honduras, Merokok di Rumah Sendiri Boleh Didenda

Posted: 24 Feb 2011 04:30 PM PST

TEMPO Interaktif, Tegucigalpa - Pemerintah Honduras menerapkan Undang-undang baru yang membolehkan anggota keluarga atau tamu yang terganggu dengan asap rokok di rumahnya melaporkan kepada polis. Undang-undang yang disahkan kelmari menempatkan gangguan asap rokok sebagai satu aduan. Termasuk jika yang merokok adalah salah satu anggota keluarga sendiri.

Jika baru sekali melanggar peraturan ini, akan diberi teguran lisan. Namun jika ingkar dan masih saja mengulangi, si perokok akan ditangkap dan dikenai denda US $ 311.Jumlah ini setara dengan upah minimum bulanan di negara Amerika Tengah ini.

Walaupun begitu, beberapa aktivis anti-merokok meragukan aturan ini boleh dijalankan.. "Nampaknya niatnya adalah untuk mendidik dengan cara aduan," kata Armando Peruga, seorang pengurus program di World Health Organization's Tobacco-Free Initiative.

Peruga memuji langkah Honduras yang mengadakan undang-undang anti-merokok yang sudah diadopsi di beberapa negara. Tapi Peruga mengatakan, klausul yang memungkinkan anggota keluarga untuk memanggil polis kerana saudaranya merokok, membingungkan. "Tak masuk akal, kerana hukum jelas tidak melarang merokok di rumah-rumah," kata dia.

Selama ini larangan merokok hanya berlaku di ruang publik atau kawasan tertutup. Jika merokok di tempat terbuka, perokok juga harus berdiri minima enam meter dari orang yang tidak merokok.
Beberapa pihak menilai aturan ini hampir mustahil untuk dilaksanakan di negara dengan 8 juta penduduk yang rimbun dengan masalah kejahatan bermaharajalela namun hanya ada 12 ribu petugas polis. "Polis sudah repot dengan kejahatan yang besar. Apalagi untuk dapat mengejar perokok di rumah," kata Jose Martinez, 38 tahun, pensyarah komputer yang telah merokok selama 20 tahun.

Undang-undang Honduras juga melarang semua iklan produk tembakau dan kewajiban meletakkan foto paru yang terkena kanser untuk ditempatkan pada bungkus rokok. Menurut pihak berkuasa kesihatan Honduras, sepertiga penduduk Honduras adalah perokok. Sembilan dari 10 warganya menderita bronkitis akut, tinggal di rumah bersama perokok. Untuk setiap dolar memproduksi rokok di Honduras, negara menghabiskan 10 dolar untuk melawan penyakit berhubungan dengan merokok, menurut Jabatan Kesihatan.

Selamba je brother lapah daging anjing tepi jalan

Posted: 24 Feb 2011 03:39 PM PST

12919699130746689
betul-betul selamba…..

Kanak-kanak 11 tahun berjaya selamatkan ibunya yang cacat dalam kebakaran

Posted: 24 Feb 2011 08:01 AM PST

TRIBUNNEWS.COM – Seorang kanak-kanak berusia 11 tahun berhasil menyelamatkan nyawa ibunya yang cacat dan saudara laki-lakinya dalam kebakaran yang terjadi pada hari Isnin. Demikian dilaporkan KTLA.com dan dikutipTribunnews.com, Khamis (24/2/2011).

Jamie Ward,   berasal North Carolina, Amerika Syaikat (AS), membangunkan saudara laki-lakinya dan ibunya yang cacat dan kemudian mendorongnya menggunakan kerusi roda dari rumah mereka. Petugas pemadam kebakaran menduga kebakaran disebabkan kerana tiupan angin membuat wayar elektrik terputus dan membakar rumput.

Petugas pemadam kebakaran berhasil mencegah kebakaran menyebar namun tak berhasil menyelamatkan rumah Ward. Meski rumahnya hangus kerana kebakaran namun seluruh anggota keluarga berhasil diselamatkan.

Aneh, Babi di Tasik Minum Kopi dan Makan Roti

Posted: 24 Feb 2011 07:00 AM PST

INILAH.COM, Tasikmalaya – Babi hutan pada umumnya kerap mengganggu serta merosak tanaman, namun di Kampung Cipondok, Desa Margasari, Kecamatan Ciawi, Kabupaten Tasikmalaya terdapat babi aneh dan unik. Babi ini tidak mahu makan umbi-umbian mentah, tapi nasi hangat atau roti dan minum kopi.

Selain itu, babi berkelamin betina yang diberi nama Sarmini milik pasangan Dinta (49) dan Anah (45) ini, sering mengikuti pemiliknya jika pergi ke sawah dan kebun, bahkan ke warung ketika berbelanja.

Sepintas babi itu tidak ada bezanya dengan haiwan sejenisnya yang kerap tinggal di hutan. Namun babi yang satu ini memiliki keunikan dan keanehan dalam memilih makanan.

Babi hutan biasa menggali umbi dan akar-akaran dari dalam tanah dengan hidungnya itu. Sedangkan babi ini hanya memakan nasi atau roti, bahkan menyukai makanan ringan di warung.

Babi ini akan semakin lahap memakan nasi hangat atau memakan umbi-umbian yang dimasak terlebih dahulu. Anehnya lagi, babi ini juga tidak mahu makan jika yang dihidangkan merupakan sisa makanan.

"Babi ini begitu cerewet dalam pola makannya," ujar pemilik babi Dinta

Menurutnya, babi aneh itu ditangkapnya di hutan 9 bulan lalu. Babi itu dirawat dan diberi makanan rumahan hingga menjadi jinak. Kini, babi ini kerap menjadi tontonan masyarakat khususnya anak-anak.

"Jika saya pergi ke sawah atau ke kebun, babi itu akan mengikuti tanpa diikat," ucap Dinta yang bekerja sebagai petani.Babi itu juga kerap diajak jalan-jalan dan berkumpul bersama warga lainnya jika sudah selesai bekerja di sawah.

Ketika ikut ke warung, kata Dinta, babi itu akan meronta-ronta meminta roti atau jajanan lainnya. Tak cukup di situ, setiap makanan yang dipegang Dinta atau isterinya pun selalu berusaha direbut dan disantap oleh babi itu.

"Anehnya lagi, babi betina tersebut akan bertambah jinak bila didekati laki-laki. Tapi kalau didekati perempuan, babi itu terlihat biasa-biasa saja," kata Dinta.

Dia mengaku tidak tahu penyebab tingkah laku babi yang aneh itu. Padahal, selama ini ia kerap kali berburu dan menangkap babi, namun baru sekali ini melihat perilaku babi yang aneh seperti ini.[den]

Ni nak potong kek atau nak bunuh orang kakak ?

Posted: 24 Feb 2011 06:00 AM PST

image
Besar betul pisau dia…nak potong kek atau nak bunuh orang kakak..
tahu lah kek tu besar....

Toilet untuk orang yang jenis muka selamba

Posted: 24 Feb 2011 05:36 AM PST

image
ini mungkin toilet untuk mereka yang jenis muka selamba atau tak kisah….

Cara membuat bentuk hati daripada telur rebus

Posted: 24 Feb 2011 04:00 AM PST









Senang je kan...

Bapak jenis apa ni ?

Posted: 24 Feb 2011 03:30 AM PST

image
Betul-betul jenis bapak gila game ni…..

Ada acara meluncur salji dalam keadaan bogel

Posted: 24 Feb 2011 02:00 AM PST

BRAUNLAGE – Pada  musim salji memang saat menyenangkan untuk bermain, tapi bagaimana jika salji dijadikan acara pertandingan meluncur tanpa pakaian?

Para lelaki dan wanita di Jerman turut serta dalam mengikuti kejuaraan dunia meluncur bogel, berpuluhan orang ikut terlibat di acara ang diselenggarakan di Braunlage, dan ditontong oleh 1,700 penonton.

Hanya dengan menggunakan helmet dan seluar dalam,pertandingan ini dimenangkan oleh tiga pegawai hotel.

Para peluncur yang bertelanjang dada ini meluncur di sepanjang 90 meter demi memperebutkan hadiah wang tunai dan juga gelar Juara Dunia Peluncur Bogel.

"Tahun ini acaranya lebih meriah, banyak peserta yang ikut serta. Nampaknya mereka sangat bersemangat walaupun di cuaca dingin seperti ini," ujar penyelenggara Tobias Wannemaker, seperti dilansir Orange, Rabu (23/2/2011).

"Sekitar 400 orang ikut mendaftar dalam acara ini, tapi kami hanya memilih 30 peserta saja. Kami memiliki semua peringkat usia, ukuran dan besarannya. Tahun depan kami berharap dapat menjaemput lebih ramaiorang lagi," katanya

bk- semakin hari semakin pelik dunia ini

Orang yang tunjuk hebat nak tutup masjid akhirnya memeluk Islam

Posted: 24 Feb 2011 01:25 AM PST

 Daniel Streich, politikus berasal Switzerland, yang  terkenal kerana kempennya menentang pembangunan masjid di negaranya, tanpa diduga-duga dan tak disangka kini dia memeluk agama Islam.

Streich adalah orang pertama yang melancarkan perihal larangan kubah masjid, dan bahkan mempunyai idea untuk menutup masjid-masjid di negaranya. Dia dari Partai Rakyat Switzerland (SVP). Deklarasi kontroversi Streich ke Islam membuat heboh Swiss.

Streich mempropagandakan anti-gerakan Islam begitu meluas ke seantero negeri. Ia menaburkan benih-benih kemarahan dan cemuhan bagi umat Islam di Negara itu, dan membuka jalan bagi penentangan orang awam  terhadap mimbar dan kubah masjid.

Tapi sekarang Streich telah menjadi seorang pemeluk Islam. Tanpa diduganya sama sekali, pemikiran anti-Islam yang akhirnya membawanya begitu dekat dengan agama ini. Streich bahkan sekarang mempunyai keinginan untuk membangun masjid yang paling indah di Eropa terutama di negaranya.

Yang paling menarik dalam hal ini adalah bahawa pada ketika ini ada empat masjid di negaranya dan Streich ingin membuat masjid yang kelima. Dia mengakui ingin mencari "pengampunan dosanya" yang telah meracuni Islam. Sekarang adalah fakta bahawa larangan kubah masjid telah memperoleh status hukum.

Abdul Majid Aldai, presiden OPI, sebuah LSM, bekerja untuk kesejahteraan Muslim, mengatakan bahawa orang Eropah sebenarnya memiliki keinginan yang besar untuk mengetahui tentang Islam. Beberapa dari mereka ingin tahu tentang hubungan antara Islam dan terorisme; sama halnya dengan Streich. Ceritanya, ternyata selama konfrontasi, Streich mempelajari Alquran dan mulai memahami Islam.

Streich adalah seorang anggota penting Partai Rakyat Switzerland (SVP). Ia mempunyai posisi penting dan pengaruhnya dalam parti. Selain petisinya tentang kubah masjid itu, dia juga pernah memenangkan tentera di Swiss Army karena popularitasnya.

Lahir di sebuah keluarga Kristen, Streich melakukan studi komprehensif Islam semata-mata untuk memfitnah Islam, tapi ajaran Islam memiliki nampak yang mendalam pada dirinya. Akhirnya dia malah antipati terhadap pemikirannya sendiri dan dari kegiatan politiknya, dan dia memeluk Islam. Streich sendiri kemdian disebut oleh SVP sebagai setan.

Dulu, Dia mengatakan bahawa dia sering meluangkan waktu membaca Alkitab dan sering pergi ke gereja, tapi sekarang dia membaca Alquran dan melakukan solat lima waktu setiap hari. Dia membatalkan keanggotaannya di parti dan membuat pernyataan publik tentang dia masuk Islam. Streich mengatakan bahawa dia telah menemukan kebenaran hidup dalam Islam, yang tidak dapat dia temukan dalam agama sebelumnya.

Semoga bermanfaat untuk anda yang membacanya....

Seekor Kuda Telah Menyelamatkan Nyawa Seorang Fotografer

Posted: 24 Feb 2011 12:20 AM PST

BEIJING – Seorang lelaki telah diselamatkan  oleh seekor kuda, ketika dia terjatuh dari pagar pembatas kawasan lumba kuda liar.

Fu Min (36), terjatuh dari koridor pagar pembatas ketika dia sedang berusaha mengambil gambar terbaik dari kuda-kuda liar yang sedang beraksi. Nyawanya hampir saja menjadi taruhan atas gambar yang dia dapat.

Fu Min tergelincir ke tanah dan nyaris menjadi sasaran amuk kuda-kuda liar yang sedang beraksi di treknya.

Namun, dengan begitu kagum dia menceritakan bagaimana dia diselamatkan oleh salah seekor haiwan yang menangkapnya dengan mulutnya, kemudian dia dilemparkan ke pinggir trek sehingga dia selamat dari hantaman aksi kuda-kuda liar.

"Saya cuba untuk mendapatkan foto yang lebih baik dan kemudian seekor kuda melanggar saya. Saya berfikir saat itu akan mati," kata Fu, seperti dilapor Orange.

"Tapi kemudian seekor kuda lain menyambar lenganku dengan mulutnya dan menyeret saya keluar dari trek. Saya fikir akan diinjak-injak oleh kuda-kuda itu," katanya.

Sumber : http://www.okezone.com/

Pasangan berpeluk dan bercium selama 20 minit ditengah orang ramai

Posted: 23 Feb 2011 11:49 PM PST




sumber : stomp.com.sg

The fact that the MRT was full of passengers this morning (Feb 16) did not bother this couple. 

But their amorous behaviour certainly bothered STOMPer asp resh, who said that the couple was hugging and kissing for 20 minutes.

The STOMPer said:

"I saw them this morning. They were hugging and kissing all the way, for 20 minutes."

Satu kilogram logam dalam perut

Posted: 23 Feb 2011 10:25 PM PST

INILAH.COM, Lima – Lelaki berasal dari Peru ini mengejutkan para doktor dan pasukan perubatan ketika mereka menemukan berbagai logam seberat 1 kilogram di perutnya.

"Pesakit tersebut datang dengan keluhan sakit perut parah. Setelah pemeriksaan, kami menemukan ratusan paku dalam perutnya," kata ahli bedah di hospital di kota kecil Cajamarca, Carlos Delgado.

Doktor yang menemani Delgado tak mampu berkata apa-apa ketika mengeluarkan hampir satu kilogram paku,duit syiling dan potongan logam dari perutnya. Bahkan, ada satu pisau kecil dalam perut lelaki bernama Requelme Abanto Alvarado itu.

"Saya tak pernah menghadapi kes seperti ini. Setelah membedah pesakit, melihat begitu banyak benda di dalam satu perut benar-benar bukan peristiwa biasa," lanjut Delgado

Alvarado berada dalam keadaan stabil setelah operasi tersebut. Delgado mengatakan, pesakit aneh itu kini sedang menjalani pemeriksaan dengan para ahli kesihatan mental.



Utusan Online - Hiburan

Posted: 24 Feb 2011 03:34 PM PST

Utusan Online - Hiburan


Agro-Xplorasi ganding tiga hos

Posted:

Agro-Xplorasi ganding tiga hos

Agro-Xplorasi ganding tiga hos

Oleh KHADIJAH IBRAHIM
khadijah.ibrahim@utusan.com.my
Gambar DJOHAN SHAHRIN SHAH


Pertama kali berganding, Naz, Annahita dan Danny tidak hadapi masalah.


BERGELUMANG dengan lumpur dan selut atau bermesra dengan binatang ternakan tidak bermakna glamor atau status yang disandang oleh Annahita, Danny dan Naz hilang mahupun rendah.

Bagi Datin Annahita Bakavoli Mehdi Bakavoli, 29, Mohd. Khardanie Anwar (Danny), 31 dan Nazrudin Habibur Rahman (Naz), 33, mereka tidak kisah tampil di hadapan kamera tanpa solekan dan pakaian cantik yang membaluti tubuh.

Semuanya demi komitmen selaku pengacara bersama program bercorak majalah dokumentari, Agro-Xplorasi kerana ditangan mereka, menjadi penentu sama ada program baru itu menarik untuk ditonton atau membosankan.

Agro-Xplorasi yang dirakamkan sebanyak 10 episod, akan mula disiarkan di TV3 pada setiap Sabtu, 7.30 malam. Episod pertamanya akan bermula esok.

Walau pun berbeza latar belakang, penggabungan tiga artis ini mempunyai satu visi - mahu Agro-Xplorasi menarik penonton untuk duduk di hadapan kaca TV dan bukannya bertukar ke siaran lain.

Di tangan Annahita, Danny dan Naz yang menentukan kejayaan atau kegagalan program baru itu. Tidak adil rasanya jika membuat penilaian negatif sebelum menonton Agro-Xplorasi di TV3.

Ini kerana bukan satu tugasan mudah untuk menyatukan tiga artis dalam satu program majalah dokumentari seperti Agro-Xplorasi.

Ini kerana gaya persembahan mereka perlu ada x-faktor yang boleh menarik penonton dan dalam masa yang sama, tidak over shadow rakan pengacara yang lain.

Apa yang penting, motif penggabungan tiga artis itu untuk memberi pendedahan kepada audiens mengenai bidang pertanian, penternakan dan nelayan dapat dicapai.

Andai kata ketiga-tiga pengacara Agro-Xplorasi ini kaku atau statik untuk menceritakan tentang sesuatu subjek pertanian maka itu boleh menjadi turn off point kepada penonton.

Lagi pun, program yang berbentuk majalah dokumentari seperti ini disajikan bukan semata-mata untuk membawa penonton menjelajah ke beberapa lokasi menarik di Semenanjung Malaysia.

Sebaliknya, motif Media Prima selaku penerbit Agro-Xplorasi ialah untuk memaparkan bidang pertanian, penternakan dan nelayan sebagai satu bentuk perniagaan untuk golongan muda khasnya graduan yang masih menganggur.

Jika ditanya kepada pengacara tiga serangkai Agro-Xplorasi tentang pengalaman yang ditimba, jawapan mereka ialah apa yang dilalui merupakan satu pengalaman baru yang tiada dalam dunia glamor artis.

Jika bukan kerana Agro-Xplorasi, Annahita, Danny dan Naz mungkin hanya kenal industri hiburan tetapi tidak berpeluang untuk mengenali dan mendekatkan diri dengan industri asas tani.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Siapa bakal Pengarah Terbaik?

Posted:

Siapa bakal Pengarah Terbaik?

Siapa bakal Pengarah Terbaik?

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my


SELEPAS memenangi Directors Guild of America, tidak mustahil Tom Hooper mampu memenangi Oscar untuk Pengarah Terbaik.


BERBANDING tahun-tahun sebelum ini, Anugerah Academy ke-83 dilihat telah mengundang sedikit kontroversi sebaik sahaja pengumuman senarai calon akhir diumumkan pada 25 Januari lalu.

Perdebatan dan kritikan pedas mula timbul terutama dalam kategori Pengarah Terbaik yang memperlihatkan beberapa nama yang tercicir daripada senarai lima calon terbaik.

Semuanya tercetus sebaik sahaja nama Christopher Nolan gagal dicalonkan sekali lagi sebagai Pengarah Terbaik menerusi filem Inception yang dianggap sebagai maha karyanya itu.

Bagi pengkritik dan pemerhati dunia filem baik di Hollywood mahupun di seantero dunia merasakan pihak juri telah melakukan kesilapan yang cukup besar dan sukar sekali untuk dimaafkan apabila tidak mencalonkan nama Nolan.

Mana tidaknya, filem Inception dilihat sebagai sebuah karya terbaik Nolan yang berjaya menongkah arus dan lari daripada penerbitan filem yang tipikal khususnya untuk genre sains fiksyen.

Inception bukan sahaja cemerlang dari aspek jalan cerita mahupun sudut teknikal tetapi ia juga merupakan salah sebuah filem yang berjaya mencatatkan kutipan pecah panggung sepanjang tahun lalu.

Apatah lagi, Inception telah menerima lapan pencalonan lain termasuk dua kategori utama iaitu Filem dan Lakon Layar Asal Terbaik di samping enam kategori teknikal yang lain.

Kegagalan Nolan dicalonkan dalam kategori itu nampaknya mengulangi kesilapan yang pernah dilakukan oleh Anugerah Academy pada tahun 2009.

Ketika itu, nama Nolan telah disebut-sebut untuk menduduki dalam senarai lima calon pengarah terbaik berdasarkan hasil kerja cemerlangnya menerusi filem The Dark Knight.

Namun pun begitu, ia langsung tidak menggugat mahupun menjejaskan emosi Nolan untuk terus berkarya dan siapa tahu, tuah akan berpihak kepadanya menerusi filem sekuel Batman ketiga, The Dark Knight Rises yang kini di peringkat pra produksi.

Apa pun yang telah berlaku, kini banyak mata lebih tertumpu kepada lima calon terbaik yang berpotensi besar untuk mengungguli Oscar tahun ini bagi kategori Pengarah Terbaik.

Memang tidak dapat dinafikan, kelima-lima calon kali ini semuanya hebat-hebat dan memiliki sentuhan tersendiri dalam menzahirkan karya mereka ke layar perak.

Mereka yang bertuah untuk dicalonkan dalam edisi ke-83 ialah Darren Aronofsky bagi filem Black Swan, Joel dan Ethan Coen (True Grit), David Fincher (The Social Network), Tom Hooper (The King's Speech) dan David O. Russell (The Fighter).

Daripada senarai ini, hanya Aronofsky, Hooper dan Russell merupakan kali pertama dicalonkan untuk Oscar manakala Fincher pula menerima pencalonan keduanya dalam kategori ini.

Sebelum ini, Fincher dicalonkan sebagai Pengarah Terbaik bagi filem The Curious Case of Benjamin Button pada tahun 2009 namun tewas kepada Danny Boyle yang memenanginya menerusi filem Slumdog Millionaire.

Sementara itu, Joel dan Ethan Coen pula pernah dijulang dengan gelaran keramat itu pada tahun 2008 sekali gus mencipta sejarah apabila menjadi pasangan adik-beradik yang diiktiraf sebagai Pengarah Terbaik.

Apakah tahun ini menyaksikan dua bersaudara ini mampu mengulangi kejayaan serupa menerusi filem mereka, True Grit?

Berdasarkan ramalan dan penilaian yang dilakukan oleh pengkritik serta wartawan filem di Hollywood, Joel dan adiknya, Ethan mempunyai peluang untuk merangkul kejayaan sekali lagi.

Filem True Grit yang dibikin semula daripada filem versi tahun 1969 memperlihatkan kecemerlangan pasangan adik-beradik itu dalam mengembalikan kegemilangan filem bercorak western yang berlatar belakangkan kurun ke-19.

Sentuhan mereka untuk filem yang dibintangi Jeff Bridges itu memang cukup mahal dan maka itu, tidak hairanlah apabila ia berjaya tersenarai sebagai salah sebuah filem terbaik untuk tahun 2010.

Tetapi, harus diingat, selalunya pemenang untuk Pengarah Terbaik akan diukur kepada kecemerlangan seseorang pengarah itu menerusi pengiktirafan yang diterima mereka dalam Directors Guild of America (DGA).

Sejak tahun 1948 DGA dianjurkan, ia merupakan pembayang yang paling tepat dalam menentukan pemenang Oscar.

Sama seperti pelakon, Golden Globe dan Screen Actors Guild adalah penentu kepada kejayaan mereka untuk memenangi Oscar.

Dalam konteks ini, sudah pasti nama Hooper diletakkan di tangga pertama memandangkan pengarah filem The King's Speech itu diiktiraf dengan DGA.

Jarang sekali pemenang DGA gagal untuk mengulangi kejayaan di pentas Oscar dan jika mengikut sejarah DGA, hanya empat pengarah sahaja yang gagal memenangi Oscar.

Mereka yang dimaksudkan ialah Rob Marshall untuk filem Chicago, Ang Lee (Crouching Tiger, Hidden Dragon), Francis Ford Coppola (The Godfather) dan Anthony Harvey (The Lion in Winter).

Adakah Hooper akan tergolong bersama empat pengarah yang kurang bernasib baik ini seandainya pihak juri mahu menobatkan pengarah lain yang dirasakan lebih hebat daripada Hooper?

Semuanya boleh berlaku dalam Oscar. Saingan Hooper sudah pasti datangnya daripada Fincher menerusi filem The Social Network yang sedari awal memang merupakan filem kegemaran ramai pihak.

Fincher baru sahaja dinobatkan sebagai Pengarah Terbaik di BAFTA dan menewaskan Hooper. Jadi, tidak mustahil kalau Fincher mampu mengulangi kejayaan serupa dengan memenangi Oscar pertamanya.

Bagaimana pula dengan Aronofsky dan Russell? Kalau pihak juri merasakan mereka layak untuk membawa pulang Oscar, jadi itulah pilihan mereka dan tidak perlulah untuk dipertikaikan.

Lagipun, apabila tersenarai sebagai lima calon terbaik, memang sudah jelas membuktikan bahawa juri lebih layak untuk membuat penilaian dan pemilihan mereka.

Pilihan Hits: Tom Hooper - The King's Speech

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Celebrity News

Posted: 24 Feb 2011 03:14 PM PST

Celebrity News


Gossip Daphne Iking Kahwin Lelaki Melayu Dan Masuk Islam !

Posted: 24 Feb 2011 04:51 AM PST

Entah betul atau tidak tapi ini yang tersebar diluar sana, walaupun gossip keretakan keluarga beliau yang masih belum nampak kesudahanya di mahkamah. Kisah panas ini turut menjadi topik hangat penulis blog diluar sana yang mengatakan beliau sudah memeluk agama islam.


Nak dijadikan cerita baca je ZoOm terbaca blog Teratakarmo ni :


Semalam ada Event yang aku kena pergi. Ramai jugaklah geng talibarut yang datang Event kat The Actors Studio @ Lot 10. Bab event nanti aku ceritakan. Sekarang nie aku ingin mewarwarkan mengenai seorang artis yang hadir pada malam tu. Beliau adalah Daphne Iking. Memula tak perasaan, lepas beliau lalu depan aku baru perasaan.



Sebenarnya aku sempat Interview beliau setelah bergambar dengan beliau sebab dah lama hajat aku ingin bertanya kesahihan mengenai perkara ini dan akhirnya segala pertanyaan terjawab malam semalam. Soalan Cepumas yang aku tanya kepada beliau.."Ehh..daphne betul kerr you dah converted?" jawapan dari mulut beliau sendiri...



 " Alhamdullilah" Betul saya dah masuk Islam. Weeee..teruja aku mendengar jawapan dari mulut beliau sendiri. Thanks Daphne., You memang superb. Banyak soalan aku nak tanya beliau selepas event ,namun disebabkan aku sibuk mengambil gambar dan beliau pun dah gerak dulu jadi tak sempat nak bertanya. Namun aku sempat confirmkan dengan beliau sesuatu perkara lagi iaitu Beliau telah pun bersuami @ bernikah. Tahniah!!

Syukur Alhamdullilah bertambah lagi seorang umat Islam. Apa yang pasti seronok bercakap bahasa Sabah dengan beliau. Memang peramah gilerr. Next time aku ingat nak interbiu suami beliau pulak. Gambar suami beliau ada bersama dengan aku namun aku kena mintak kebenaran dari beliau untuk dipaparkan. Tak sedaplah nanti sebab aku faham beliau pun perlu privacy.

ZoOm : Apa Kata Anda ?

Berita Harian: Hip

Posted: 24 Feb 2011 11:07 AM PST

Berita Harian: Hip


Belum masanya

Posted: 23 Feb 2011 03:17 PM PST

Hip

pix_gal0
Yusof tidak bersedia lagi menyerahkan pengurusan Skop Production kepada Syamsul

PENCAPAIAN Syamsul Yusof dalam bidang seni boleh dianggap cukup cemerlang kerana pada usia muda dia sudah menerima banyak pengiktirafan termasuklah Pengarah Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-23 (FFM23), tahun lalu.

Filem arahannya juga mencatatkan kejayaan besar. Filem arahannya seperti KL Drift 2 mencatatkan kutipan kasar RM6 juta, manakala Khurafat pula menghasilkan RM8.2 juta.

Sememangnya melihat kepada pengiktirafan dan pencapaian ini, dia lebih jauh mengatasi bapanya yang juga seorang pelakon, pengarah dan produser selain pengasas syarikat penerbitan Skop Productions (Skop), Datuk Yusof Haslam. Malahan sebagai bapa dan juga untuk memberi semangat dan galakan, Yusof sanggup mengorbankan jutaan ringgit demi memenuhi impian anaknya untuk menghasilkan filem mengikut cita rasa yang dikehendaki.
Bagaimanapun, ia setakat itu sahaja. Deretan pencapaian yang diraih oleh Syamsul masih belum lagi cukup meyakinkan bapanya untuk menerajui Skop.
"Kreativiti Syamsul lebih diperlukan untuk bidang pengarahan dan penerbitan, bukan untuk pengurusan syarikat. Memang saya belum bersedia untuk memberi kepercayaan sepenuhnya kepada Syamsul untuk mengurus dan mentadbir Skop," tegas Yusof.

Menurutnya, ketika usia masih muda, biarlah Syamsul memberi tumpuan kepada bidang pengarahan terlebih dahulu kerana apabila tiba masa yang sesuai beliau tidak teragak-agak untuk menyerahkan Skop Production kepada anaknya itu.

"Walaupun Syamsul sudah membuktikan filem seram pertamanya mampu mengutip kutipan sebanyak RM8.2 juta dalam masa enam minggu tayangan, namun masih banyak lagi yang perlu dia pelajari untuk mentadbir sesebuah syarikat.
"Dia masih muda dan kreativitinya di dalam pengarahan masih diperlukan oleh syarikat. Dia sebagai pengarah harus dibimbing lagi untuk mengetahui selok-belok menguruskan produksi, lagipun saya masih ada tenaga kerja yang profesional di belakang membantu saya.

"Dalam usia 56 tahun ini saya rasa saya masih kuat untuk bekerja dan sebaik dia mencecah usia 30 tahun ke atas dan dilihat semakin matang barulah saya berani untuk mendedahkan dia sikit demi sedikit selok-belok produksi filem," katanya yang yakin dengan bakat dan kemampuan yang dimiliki anaknya mampu menaikkan imej Skop Production.

Sepanjang 27 tahun Skop ditubuhkan iaitu pada 1984, Yusof gigih menaikkan nama syarikat bermula dari bawah dan pengalaman itu tidak sama sekali dapat dirasai anaknya.

"Saya sudah merasai susah payah untuk membangunkan Skop Production. Untuk mentadbir sebuah syarikat, kita harus ada bajet, pandai mengawal kos. Nak berkarya tidak boleh mengikut nafsu. Jika di awal pengarahan pertama dulu, saya sering bergaduh terutama membabitkan kos penerbitan, namun sejak akhir-akhir ini saya lihat dia semakin faham dan lebih menghargai apa yang dia buat," katanya.

Yusof turut memberikan contoh filem KL Drift 2 (2010) yang membelanjakan RM2.7 juta berjaya meraih RM6 juta berbanding filem Khurafat yang memperuntukkan RM1.8 juta tetapi berjaya meraih RM8.2 juta dalam masa enam minggu ditayangkan.

"Dari situ secara tidak langsung ia sudah menyedarkan Syamsul bahawa kos penerbitan bukan ukuran menjadikan filem itu disukai ramai. Dia pun tidak menyangka dengan bajet yang rendah mampu meraih pulangan tinggi sekiranya kerja produksi itu dikawal secara profesional," katanya yang mengakui kutipan kasar filem Khurafat memecah rekod filem Sembilu 2 yang pernah dipegang 16 tahun lalu.

Tetap ada kebimbangan

DI SEBALIK pelbagai kejayaan yang diraih oleh Syamsul, sebagai bapa ternyata, Yusof tetap menyimpan kebimbangan terhadap anaknya yang harus melalui jauh lagi perjalanan dalam industri seni ini.

"Saya tetap menyimpan rasa kebimbangan terhadap Syamsul selepas dia berjaya meraih pelbagai kemenangan dan pengiktirafan sejak akhir ini. Saya tahu masyarakat sudah tentu mengharapkan sesuatu yang lebih tinggi daripada Syamsul. Ia tentu memberikan tekanan kepadanya.

"Saya berharap dia mampu bekerja di dalam keadaan yang tertekan, menjaga kesihatan serta mental dan fizikal selepas ini," katanya yang turut menantikan dua filem lagi yang bakal ditayangkan tidak lama lagi iaitu KL Gangster dan Aku Bukan Tomboy.

Yusof juga akan memberikan sokongan kepada Syamsul untuk mengarahkan filem Bukit Kepong yang diimpikan sebelum ini.

"Saya tetap menyokong jika niatnya itu betul, dan sedar filem seperti Bukit Kepong itu bukan filem komersial yang mampu meraih keuntungan besar. Namun saya seharusnya bertanggungjawab kepada industri untuk menyumbang sesuatu dengan menerbitkan seperti filem Bukit Kepong.

"Kita juga akan berbincang dengan kerajaan dan memohon dana sebagai bantuan untuk menerbitkan filem Bukit Kepong dalam jangka masa yang belum ditentukan lagi," katanya.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Dengarnya: Artis mabuk nyanyi percuma

Posted: 23 Feb 2011 03:15 PM PST

Hip

KES artis mabuk selalu juga Cik Normah dengar.

Pendek kata, dari zaman Cik Normah kanak-kanak sampailah hingga sudah bekerja dan bergelar isteri, kes selebriti minum air kencing setan memang tidak asing. Banyak sudah cerita seperti itu keluar dalam media massa, malah sebahagiannya siap dengan gambar.

Maklumlah, pada zaman serba maju ini, mudah saja peminat merakam gambar yang bukan-bukan pasal artis. Jadi, gambar golongan terkenal itu sedang terhoyong-hayang pun ada yang terlepas ke internet. Tu belum masuk bab gambar panas. Kalau dicampur kesemuanya, mahu tiga hari tiga malam hendak melihat kesemua adegan tidak elok itu.

Eh melalut pula Cik Normah ni. Sebenarnya, tujuan Cik Normah menulis pasal mabuk tu sebab hendak bercerita mengenai kejadian terbaru, membabitkan seorang artis yang lahir daripada program pertandingan nyanyian realiti.

Kisahnya, si artis ini pergi ke pusat hiburan di sebuah hotel terkenal di ibu kota.

Kiranya tempat itu memang popular kepada penggemar muzik sejak dulu lagi. Artis ini pun seorang daripada pengunjung yang ingin berhibur di situ, baru-baru ini. Entah di mana silapnya, artis lelaki ini agaknya minum terlalu banyak pula, hingga jadi 'ting-tong' pada malam terbabit. Kebetulan, seorang peminat yang prihatin turut berada di situ, bersama rakan-rakan.

Tapi, kata peminat itu, dia tidaklah minum benda haram, sebab itulah dia masih mampu melaporkan kejadian yang dilihatnya pada malam berkenaan kepada Cik Normah.

Menurut peminat ini, sudahlah mabuk, si artis tadi siap naik ke pentas untuk menyanyi bersama band yang sememangnya bekerja menghiburkan pengunjung di tempat terbabit. Dalam mabuk-mabuk itu pun, penyanyi itu masih boleh ingat lirik lagu yang dipersembahkan.
Wah, kira hebatlah.

Kalau tak hebat, masakan dia boleh terpilih sebagai peserta program realiti.
Kiranya, malam itu, bukan saja pengunjung dapat melihat aksinya yang tak berapa stabil, malah mereka dapat juga menikmati nyanyiannya, secara percuma lagi. Macam pakej dua dalam satu pula.

Cik Normah sebenarnya agak terkejut juga apabila dimaklumkan dengan cerita yang memalukan, tetapi lucu ini. Maklumlah, selama ini Cik Normah ingat dia antara artis realiti yang cukup 'baik'.

Sepanjang perkenalan kami, dia selalu menonjolkan perwatakan elok depan Cik Normah. Ala-ala pijak semut pun tak mati. Malangnya, telahan Cik Normah berapa tak menjadi. Betullah kata orang, air yang tenang itu jangan disangka tiada buaya.

Silap hari bulan, naga pun ada sekali.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - Hiburan

Posted: 24 Feb 2011 01:04 AM PST

Kosmo Online - Hiburan


Tiada masa untuk bercinta

Posted:

Tiada masa untuk bercinta

Tiada masa untuk bercinta



BELUM sempat mengharungi kehidupan sebagai seorang pelakon baru dengan tenang, pemilik nama Noor Neelofa Mohd. Noor atau Neelofa sudah pun berhadapan dengan pelbagai cerita yang kurang senang untuk didengar.

Sangkaan untuk tidak menimbulkan sebarang kontroversi sepanjang penglibatan dalam dunia hiburan ternyata meleset. Meskipun penonton belum pernah melihat lakonannya di kaca televisyen, gadis berusia 22 tahun itu telah diuji dengan pahit maung dunia selebriti.

Mungkin kelebihan memiliki bentuk fizikal yang sempurna dan sedap mata memandang telah membuatkan umum suka untuk bercerita perihal peribadinya.

Terbaru, empunya diri telah dikaitkan sebagai penyebab keretakan hubungan intim pelakon kacak Shahz Jaszle, 23, dan kekasih hatinya iaitu pelakon jelita, Maria Farida.

"Apa yang terjadi dengan mereka sememangnya tiada kena-mengena dengan saya," ujar Neelofa ringkas ketika dihubungi Kosmo! baru-baru ini.

Dia yang turut mengetahui gosip tersebar luas itu berpendapat, itulah dugaan yang perlu ditelan sebaik sahaja mengambil keputusan untuk melangkah ke persada hiburan.

Khabarnya kemesraan Neelofa dengan Shahz bukan sekadar di set penggambaran filem Azura versi 2011 yang berlokasi di Paris dan London.

Sebaliknya, watak romantik yang dilakonkan mereka telah berlarutan sehingga ke luar lokasi dan kini masih menjalinkan hubungan sebagai sepasang kekasih.


SHAHZ JAZLE dan Maria Farida. Shahz dikatakan memutuskan hubungan dengan Maria melalui SMS (khidmat pesanan ringkas) kerana terpikat dengan Neelofa.


Bukan itu sahaja, situasi itu menyebabkan Shahz mengambil tindakan untuk memutuskan ikatan percintaannya bersama Maria Farida, 40, hanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).

Tidak boleh mengelak mudah dengan begitu sahaja, Neelofa berpendapat, desas-desus yang hadir mungkin tetap akan berlaku sekiranya dia berganding dengan aktor lain.

"Jika saya berlakon dengan pelakon lain mungkin gosip sebegini tetap akan tercetus. Namun, peminat di luar perlu dengar juga perkara sebenar daripada saya.

"Mana boleh saya terus ingin bercinta dengan Shahz sedangkan kami baru sahaja kenal antara satu sama lain sewaktu penggambaran filem itu. Tidak semudah itu untuk saya terjebak dalam percintaan," ujar Dewi Remaja 2010 itu.

Berbalik kepada situasi kononnya kemesraan terbawa-bawa sehingga luar lokasi, dia tidak menafikan hanya 12 krew produksi dan tiga pelakon yang terlibat sepanjang dua minggu menjalani pengambaran di sana.

Justeru itu, sudah pasti masa yang terluang dihabiskan bersama bukan sahaja berdua-duaan sebaliknya turut ditemani oleh jurusolek.

"Jangan terlalu cepat salah sangka. Lagipun, pelakon yang ada hanya tiga orang, jadi sudah tentu kami banyak lepak bersama," terangnya lagi.


SELAIN menafikan menjalin hubungan cinta dengan Shahz, Neelofa turut menolak dakwaan pelakon lelaki itu meraikan sambutan ulang tahunnya di Pulau Pinang. Kata Neelofa, dia berada di Taiping, Perak pada hari ulang tahun ke-22nya itu.


Maria profesional

Berkesempatan menemubual Neelofa sendiri tidak disia-siakan untuk mengemukakan persoalan mengenai kebenaran bahawa Maria Farida telah menghubunginya.

Tidak berselindung, gadis ini mengakui kebenaran tersebut. Secara terus-terang, Neelofa kemudian memuji tindakan Maria Farida yang menghubunginya sendiri bagi mendapatkan kesahihan kisah itu.

"Kak Maria memang ada hubungi saya, bukannya untuk bergaduh atau apa. Dia bercakap dengan baik dan saya amat menghormatinya," katanya yang tidak mahu mengulas lanjut dan mengaitkan Maria Farida dalam gosip tersebut.

Sementara itu, gadis yang berdarah kacukan Melayu, Pakistan dan Arab itu baru sahaja menyambut ulang tahun kelahirannya pada 10 Februari lalu.

Tetapi perkara hangat yang ingin diperkatakan di sini ialah, Shahz sanggup memandu dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang semata-mata ingin meraikan hari jadinya.

Lantas Neelofa yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan memberi reaksi terkejut sekali gus menyangkal dakwaan terbabit dengan jawapan dan alasan tersendiri.

"Shahz tidak datang pun ke Pulau Pinang. Bahkan, malam 10 Februari saya dan krew Sekolah Terhebat sudah berada di Taiping, Perak. Mereka meraikan hari jadi saya di Taiping bukannya di Pulau Pinang seperti yang diperkatakan," katanya dengan bersungguh-sungguh.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Livonia pilihan Rosyam Nor

Posted:

Livonia pilihan Rosyam Nor

Livonia pilihan Rosyam Nor

Oleh NOOR ASHREEN ISMAIL


ROSYAM NOR mengumumkan juara Pilih Kasih musim kedua.


Tidak dinafikan finalis program realiti Pilih Kasih musim kedua (PK2) sangat berbakat dan menyerlah kali ini. Setelah menyaksikan kesemua persembahan peserta, agak sukar mahu meramalkan kejuaraan milik siapa.

Namun, setelah 11 minggu berhempas- pulas memberi persembahan yang terbaik, gelaran juara menjadi milik Ratu Cantik Borneo 2010, Livonia Ricky Guing dengan memperolehi undian sebanyak 26.6 peratus.

Livonia, anak gadis yang masih berusia 20 tahun itu juga telah berjaya mengalahkan enam rakannya yang lain iaitu, Yuzwan Yunus, 24, di tempat kedua, Ku Hariz, 26, di tempat ketiga, serta Jay Izwazir, 29, Nur Jannah,24, dan Lia Natalia dalam final yang bersiaran langsung di Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad, Negeri Sembilan baru-baru ini.

Selain trofi, Livonia juga berjaya membawa pulang hadiah berupa sebuah kenderaan pikap jenis Trekker berharga RM55,000, wang tunai RM10,000, pakej penjagaan kereta Shine Shine bernilai RM2,399 berserta keahlian lima tahun barangan kosmetik dan spa Mustika Ratu berjumlah RM7,000.

Hadiah lain yang dimenanginya termasuk baucar penginapan tiga hari dua malam untuk dua orang di Holiday Villa Hotel & Residence Doha, Qatar, gelang tangan magnetik dan beg bagasi kulit Edymium.

"Dalam undian 50 peratus tersebut, sememangnya saya juga memilih Livonia. Ini kerana kita mencari pelakon untuk ke hadapan yang mesti punyai kriteria seperti paras rupa, bakat dan karisma," jawab penerbit program Pilih Kasih, Rosyam Nor ketika ditanya mengenai peserta pilihannya untuk bergelar juara PK2.

Apa yang memberi kelainan pada musim ini ialah penambahan anugerah iaitu Anugerah Khas TM yang mana anugerah ini dimenangi oleh Jay Izwazir.


BARU bermula. Dari kiri: Yuzwan Yunus, Livonia dan Ku Hariz meraikan kemenangan mereka.


"Pemilihan Jay Izwazir sebagai pelakon terbaik TM ini dilihat dari peningkatan minggu pertama hingga minggu terakhir. Ini bermakna, persembahan Jay stabil hingga ke pentas final.

"Ada peserta lain, peningkatan mereka bermula dari minggu pertengahan dan kami pilih mereka bukan kerana bakat lakonan semata-mata tetapi juga mengambil kira disiplin mereka," ulas Rosyam tentang pemilihan Jay.

Pentas akhir kali ini memberi kelainan apabila finalis musim ini diberi cabaran yang bukan sahaja menguji bakat mereka akan tetapi perlu bersedia dari segi minda dan fizikal apabila mereka diberikan skrip lakonan drama hanya ketika di set penggambaran dan bukan sebelumnya.

Selain drama berjudul Tulus yang diarahkan oleh pengarah terkenal, Aziz M.Osman menjadi pembuka tirai, para finalis juga diberi cabaran melakonkan watak teater yang menekankan tema ceria pelajar kolej dan juga persembahan monolog dengan berlatar belakang konsep kabaret tahun 50-an yang diberi nama Kabaret Bunga Tanjong.

Selain itu, di dalam sidang akhbar yang diadakan selepas pentas akhir tersebut, melihatkan bakat yang ada di dalam peserta Pilih Kasih, Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Ibrahim Yahya dalam perbicangan bersama produksi Suhan Movies untuk menerbitkan sebuah drama 13 episod yang mana pelakonnya adalah peserta program Pilih Kasih sendiri.

"Konsep drama ini mungkin seperti drama muzikal Britannia High. Segalanya masih lagi di dalam perbincangan dan kami telah pun fikirkan idea ini dari kemunculan PK1 lagi," jelas Datuk Ibrahim yang berpuas hati dengan rating program ini yang melonjak naik.

Menambah kenyataan itu, ujar Rosyam, dia akan berusaha untuk menggabungkan peserta musim pertama dan dua untuk memberi peluang kepada peserta menempa nama di dalam industri seni.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Izumi cintai lelaki tua

Posted:

Izumi cintai lelaki tua

Izumi cintai lelaki tua


IZUMI


DUNIA hiburan di Jepun baru-baru ini gempar seketika apabila ada khabar angin mengatakan pelakon dan model berbakat, Izumi Mori mempunyai hubungan sulit dengan lelaki berusia.

Menerusi khabar angin tersebut, Izumi yang berusia 28 tahun dikatakan telah bercinta dengan Ken Koshizoe, seorang lelaki yang kini berusia 57 tahun. Ken adalah bekas suami kepada Nobuko Kotegawa yang juga kakak kepada pelakon terkenal Yuko Kotegawa.

Difahamkan bahawa Ken terbabit dalam pengurusan Persatuan Pelayaran Profesional Jepun, manakala Izumi pula diketahui adalah seorang yang meminati sukan kapal layar.

Menurut sumber terdekat pelakon itu, mereka berdua mula berkenalan beberapa tahun yang lalu apabila Izumi mengunjungi kedai menjual peralatan pelayaran yang diusahakan Ken.

"Bagaimanapun, Izumi memberitahu yang dia sendiri tidak mengetahui bahawa Ken sudah pun berumah tangga," ujar sumber tersebut.

Tambahnya: "Dia hanya mengetahui tentang perkara tersebut ketika ditemu bual oleh majalah mingguan Friday. Namun dikatakan hubungan kedua-duanya kini telah putus."

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

OHBULAN!

Posted: 23 Feb 2011 11:44 PM PST

OHBULAN!


Sah, Daphne Iking Sudah Peluk Islam & Berkahwin!

Posted: 23 Feb 2011 09:02 PM PST

Hampir seminggu ura-ura Daphne Iking memeluk Islam sudah menjadi buat mulut orang ramai, terutamanya di kalangan followers kami. Hari ini, kami menerima berita yang mengesahkan status agama & status perkahwinan Daphne Iking, atau nama barunya Dahlia Eleanor Iking.

Menurut KakInaKL.com, semalam dia berkesempatan menemui Daphne Iking di Actor Art Studio bertempat di Lot 10 sempena pementasan teater. Kehadiran Daphne Iking bersama seorang jejaka Melayu yang hensem menimbulkan pelbagai persoalan.

Kesempatan ini diambil oleh KakIna untuk bertanya mengenai status agama Daphne Iking.

Daphne Iking mengakui bahawa dia sudah memeluk Islam & kini memegang status sebagai seorang isteri. Dalam senyap, sebenarnya Daphne Iking sudah pun melangsungkan pernikahannya bersama seorang jejaka Melayu sekitar awal tahun ini. Kalau diikutkan, ini merupakan perkahwinan kali kedua Daphne Iking.

Sumber kami yang lain ada memaklumkan bahawa suami kepada Daphne Iking bernama Azmi, atau lebih dikenali sebagai Joe. Azmi merupakan bekas Managing Director untuk Redberry Group.

Selama ini, kehadiran mereka berdua dalam mana-mana acara dilihat sebagai pasangan kekasih, rupa-rupanya sudah pun menjadi suami isteri. Kami ucapkan tahniah kepada Daphne Iking, semoga dia tabah menjadi saudara baru Islam, dan seorang isteri yang baik buat Azmi. Doakan yang terbaik buat mereka berdua!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kedudukan Terkini Carta Facebook Fans Selebriti Malaysia

Posted: 23 Feb 2011 06:12 PM PST

Berikut adalah kedudukan terkini Carta Facebook Fans Selebriti Malaysia yang masih dipegang oleh Lisa Surihani dengan jumlah peminat seramai 1.2 juta orang. Turut mengikut rapat pada tangga kedua ialah hos tv, Aznil Haji Nawawi (836,976) & tempat ketiga ialah Scha Al-Yahya (831,781).

  1. Lisa Surihani : 1,245,525
  2. Aznil : 836,976
  3. Scha Alyahya : 831,781
  4. Zizan Raja Lawak : 760,709
  5. Yuna : 699,390
  6. Awal Ashaari : 680,622
  7. Fahrin Ahmad : 643,496
  8. Liyana Jasmay : 617,951
  9. Bunkface : 612,001
  10. Diana Danielle : 596,927
  11. Shaheizy Sam : 579,325
  12. Faizal Tahir : 569,455

Fara Fauzana dikatakan terkeluar daripada Carta Facebook Fans Selebriti Malaysia ekoran FB fanpage-nya telah diceroboh & didelete oleh orang yang tidak dikenalpasti. Namun, Fafau berjaya menarik semula 400 ribu fans dalam masa sebulan. Carta ini juga merupakan satu petunjuk tahap populariti seseorang artis dalam dunia internet, dan kami lihat trend ini disebabkan mereka aktif menggunakan Facebook & Twitter sebagai medium promosi.

Walau bagaimanapun, ada selebriti yang kurang aktif tetap termasuk dalam senarai 12 tertinggi, mungkin disebabkan persona mereka di layar perak dan di atas pentas sangat menyerlah. Seramai 9 selebriti yang berlatar belakangkan dunia lakonan, manakala yang selebihnya merupakan penyanyi tersenarai dalam carta tidak rasmi ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Sensasi

Posted: 23 Feb 2011 11:39 PM PST

Sensasi


Video kelakar: Adegan dan jalan cerita drama melayu yyang tipikal

Posted: 23 Feb 2011 01:14 AM PST



Kelakar je..creative jugak...ingatkan "perempuan" tue sedih dipaksa kahwin dengan anak Dato sebab dia cintakan kekasihnya...rupa-rupanya sebab...anda saksikan

Panas: Anuar Zain ilihat berpegangan tangan dengan dengan Fara Fauzana dengan penuh romantis di Shah Alam

Posted: 23 Feb 2011 01:11 AM PST

Sampai sekarang jodoh anuar Zain belum lagi sampai..ada yang kata Anuar Zain sangat cerewet,Anuar Zain pula kata org yang dia minat selalunya sudah pun berpunya.

Namun apa yang sensasi dapat cerita Anuar Zain dilihat berpegangan tangan dengan Fara Fauzana ,sambil letakkan tangan Fafau kat dadanya...amboi romantis sungguh..adakah mereka bercinta??

Gambar mereka berdua bepegangan tangan yang sempat dirakan oleh paparazzi... :P

Klik sini ..

Justin bieber Potong Rambut,peminat meraung..

Posted: 23 Feb 2011 01:17 AM PST


Sejak awal kemunculan Bieber dalam Industri hiburan ,sia sentiasa membawa imej rambut ala-ala cendawan tapi 450% lebih hensem drpd rambut cendawan DDr Rozmey.

Justin bieber yang bakal mencecah umur 17 tahun 1 march ini,mahu membuat perubahan dengan menggunting rambutnya,kemungkinan bieber akan membuat fesyen rambut yang lebih menarik,Katanya dia mahu nampak lebih matang.

Peminat JB yang mendengar khabar berita ini tidak bersetuju dan bersedih.Biasalah kdg2 peminat fanaik memang suka over react kan.

Kata Bieber dia akan menggunakan rambut yang dipotong untuk dilelong dan derma kepada charity (amal kebajikan).

Ada peminat yang sangat sukakan rambut baru JB dan ada juga yang tak suka,,
Dengar cerita disebabkan hal potong rambut nie,80,000 org telah un-follow twitter Justin Bieber untuk menunjuk perasaan..

Danny X-Factor bakal bertunang dengan pramugari Air Asia

Posted: 23 Feb 2011 12:50 AM PST


Perkenalan singkat selama tujuh bulan diantara pelakon dan pengacara tv, Danny dengan seorang pramugari AirAsia bernama Zaidatul Norfazleen Zakaria (Leen) akan menghantar rombongan peminangan tidak lama lagi yakni bertarikh 20 Mac di Kampar, Perak. Tahniahlah kepada Danny (bekas kumpulan X-Factor) yang akhirnya bakal menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi
Danny dan bakal tunangnya dijangka melangsungkan perkahwinan mereka pada hujung tahun 2011.

Hmm,dulu awek Danny lain,sekarang lain,dah beberapa kali jugakla tgk Danny dengan lain-lain aweks.Mungkin jodoh nya kali ini sampai juga dengan pramugari AirAsia nie..

Orang kata kalau bercinta tak elok bercinta lama-lama atau bertunang lama-lama takut putus di tengah jalan

Zizan Raja Lawak dan Dira Sah,ditawarkan Jadi Pengacara Melodi

Posted: 23 Feb 2011 12:40 AM PST



Sebelum nie dah kedengaran kononnya Dira dan Zizan bakal menggantikan tempat Fafau dan ahid untuk mengacarakan Melodi namun teklah disangkal oleh pihak TV3,namun kini dah disahkan pula yang memang mereka berdua dah ditawarkan menjadi pengacara Melodi.


Dira sebelum ini pernah menjadi pengacara untuk program "Beat TV", "Pulus Mania" dan "Jom Ronda". Malah dia pernah menjadi penyampai radio X-Fresh FM pada tahun 2007. Manakala Zizan pula adalah pengacara "Gelanggang Raja Lawak" di Astro Prima (Saluran 105).
Wahid dan Fara akan bersiaran sebagai pengacara "Melodi" buat kali terakhir di Karnival Jom Heboh Batu Kawan, Pulau Pinang pada 27 Mac ini. Zizan dan Dira pula akan mengambil alih pada minggu berikutnya iaitu 3 April dengan bersiaran langsung di Arena Of Stars, Genting Highland bersempena Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010.

Wahid dan Fara telah memikul tanggungjawab sebagai pengacara "Melodi" selama enam tahun. Semenjak "Melodi" diterbitkan pada tahun 1992, nama-nama seperti Fauziah Ahmad Daud, Aznil Nawawi, Azwan Ali dan Raja Azura adalah antara yang pernah mengendalikan program ini.


Wahid dan Fafau malas komen tentang penggantian mereka sebagai Hos Melodi...

Fara Fauzana @ Fafau sebelum nie ada mengatakan bahawa memang benar dia akan berhenti drpd mengacarakan Melodi.Namun menurut Fafau dia yang mengundur diri atas sebab peribadi..hmmm..peribadi? misteri disitu patut disiarkan di Melodi?

Manakala Wahid pun enggan komen tentang perkara tersebut..begini katanye:

"Saya tidak mahu bercakap apa-apa tentang penggantian pengacara ini, termasuklah pengalaman saya atau perkara berkaitan sepanjang mengacara Melodi.

"Bukan bermakna saya marah atau apa, cuma ketika mula-mula menjadi pengacara Melodi juga saya tidak bercerita apa-apa. Jadi, saya mahu perkara yang sama apabila tidak lagi menjadi pengacara Melodi," katanya.

Namun, peminat Wahid masih boleh melihat telatah pengacara berbakat ini sebagai hos baru program Ewah-Ewah bergandingan dengan Nabil yang akan ditayangkan di TV3 mulai April.

ads