ads

Ahad, 16 Disember 2012

13 di seberang takir - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di seberang takir - Google Blog Search


Keropok Lekor <b>Seberang Takir</b> | shakiddo.com

Posted: 30 Nov 2012 06:40 AM PST

Mang! mu balik kampung ke? Kiring kepok lekor sket.. Untung aku ada teammate member Bukit Payung, Terengganu. Seronok kalo kirim mengirim nih kan? Member aku, Abdul Rahman, daddy kepada seorang baby 6 bulan yang comel.

Pagi-pagi dah tanya aku, "mu nak brape paket? hok banyok ikang ke, banyok sagu?" tanya Mang.

"hok banyok ikang laa mang, buleh makang waktu petang".. jawab aku.

Haaaa.. empat peket aku terus sambar. Memang sedap laaa kalau isi ikan banyak. Dari banyak sagu atau tepung. Cuma sekarang stail frozen supaya boleh tahan lama untuk yang banyak ikan. oh yea, keropok lekor yang ni dari Seberang Takir. Yang dari Bukit Tok Beng pun ada.

Ada juga yang suka banyak sagunya. Ikut selera memasing deh. Hmmmm… rebus boleh. goreng pun boleh. sedap weeyhhhh… cicah petang-petang..

Ada bloggers dari Terengganu??

Jupe mung di nung…!! =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

13 di gong kedak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di gong kedak - Google Blog Search


PENGKALAN TENTERA UDARA <b>GONG KEDAK</b>, PASIR PUTEH

Posted: 13 Dec 2012 08:47 PM PST

Kelab Pencinta Sejarah Kelantan » PENGKALAN TENTERA UDARA GONG KEDAK, PASIR PUTEH " ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lb.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();

Switch to our mobile site

13 di kuala terengganu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di kuala terengganu - Google Blog Search


suppuy: 207. Tempat2 menarik/pelancongan <b>di Kuala Terengganu</b>

Posted: 10 Nov 2012 10:52 AM PST

Aku selalu mengeluh dengan negeri aku sendiri.
Mengeluh sebab tak banyak hiburan yang boleh dibuat.
Masa zaman aku budak sekolah takde tempat sangat nak dibuat lepak.
Aku selalu fikir, kan bagus kalau parents aku tak pindah dulu.
Stay je kat KL.
Hermmm nampak sangat duniawi kan wish aku ni.
Tapi bila ayah aku cakap - apa akan jadi pada family kita kalau tak pindah dulu?
Hermmm terus aku terfikir apa ya?

Ayah aku cakap maybe hidup kami tak macam sekarang..
Kemungkinan besar bapak aku maybe akan jadi members kelab dangdut hehe..
Mak aku pun maybe akan jadi mak cik2 bibir merah menyala, rambut warna karat2..
Abang2 aku pulak mungkin jadi stok rempit pakai gelang rantai besi..
Dan aku... ayah aku cakap mungkin aku belajar ntah ke mana and jadi... sales girl... hahahaha~ =.="

Tuhan tahu apa yang terbaik, dan syukur sangat2, aku dilahirkan di negeri yang menghadkan kehidupan aku dengan hiburan duniawi :D

---

Okeh tutup intro.
Entah pape intronya.
Aku nak tulis pendek je tetiba terpanjang pulak.
Sorry eh, aku tak pandai stop typing.
Menulis je ikut fikiran hehe.

So straight to the point,
hari ni aku nak share;

TEMPAT MENARIK/PELANCONGAN DI KUALA TERENGGANU!

Aku selalu ingat negeri aku ni boring.
Tapi sebenarnya banyak je tempat yang menarik.
As long as ko rajin mencari dan search tempat2 tu,
aku rasa korang boleh puas hati :D
So, jom tengok antara tempat2 di Kuala Terengganu yang dilawati kami sepanjang minggu ni.

1. Taman Monumen, Taman Tamadun Islam


Fad sampai subuh selasa, so pagi tu tanpa tidur kami angkut Fad pergi jejalan sini.
Aku tak ingat pukul berapa kami sampai sini.
Tapi yang pasti kami sampai before tengahari la.
Cuaca pulak tak yah cakap la caner, PANAS hoi!
Cuaca hot gilers tapi peduli hape, redah masuk jugak.
Aku syorkan kepada yang tak tahan panas, SILA BAWAK topi ataupun nak senang ko pergi time cuaca mendung sikit eh.
Tiket masuk RM15 sahaja untuk seorang.
Tiket termasuk kupon yang macam diskaun untuk cenderahati dan makanan/minuman di cafe.

Dalam Taman Monumen ni memang menarik la!
Korang boleh tengok monumen2 masjid dari seluruh dunia.
Antaranya korang boleh tengok masjid Taj-Mahal, Masjid Al-Aqsa, Masjidil Haram etc.
Banyak jugak replika masjidnya.
Untuk sesentengah masjid, diorang ada buat gallery.
Gallery tu ada air-cond so siapa yang pergi time hot2 ko ley sejukkan badan dalam tu haha.


Oh ye,
untuk round Taman Monumen ni korang ada option samada nak berjalan kaki, sewa basikal, sewa buggy atau naik train.
Kitorang pilih basikal. RM5 sahaja untuk satu basikal.
Korang boleh naik buggy. Ada orang yang bawakkan korang round sana.
Sewa buggy aku tak ingat berapa. Dalam RM30 something la, sorry tak ingat.

Naik basikal best.
Dah lama tak naik, so rasa best giler pulak bila naik.
Korang kena pandai2 pilih basikal.
Jangan jadi macam member aku, basikal tak best tak pasal2 jatuh rebah time nak naik kawasan bukit haha :P


2. Masjid Tengku Tengah Zaharah/Masjid Terapung
Masjid sini cantik, duduk tengah2 tasik.
Sape yang baca novel Melur Jelita wajib okeh datang sini hahaha.
Mana la tau korang akan jumpa Hilman Yong.
Tu pun kalau dia tu betul2 wujud kehkehkeh.
Oh dan aku cadangkan korang beli makanan dan lepak dekat taman rekreasi kat kawasan masjid terapung tu.
Best weh.
Aku dengan Mun bawak Fad makan tengahari kat sini.
Beli makanan dekat kedai nasi padang tepi office aku dulu then makan atas tikar sambil mengadap Masjid Terapung.
Best. Ni ahkak pejabat kami yang bagi idea ni dulu.
Dia dengan husband selalu lepak makan sini.
Menarik, so sila copy paste cara ahkak office aku tu eh hehe.

3. Terengganu Equestrian Resort (TER)


Kat sini tempat main kuda.
Teringin sungguh aku nak main kuda kat sini.
Rasa macam nak daftar kelas belajar main kuda.
Tapi tak tahu caner nak join.
Ada sape2 tahu macamana nak join kelab, tolonglah bagitahu aku.
Ni semua sebab terpengaruh dengan novel Melur Jelita.
Hahahahaha novel lagi =.=".

Kat sini ada sports complex.
Korang boleh main bowling, badminton, renang etc. kat sini.
Aku tak pernah main kat sini, so no idea pasal tempat ni.
Nak main bowling dengan Fad dan Mun rasanya masing2 tak terror.
Kang tiga2 orang duk baling bola masuk longkang tak ke buang masa.
So skip, kami ke padang!!!


Seyes cantik tempat ni!
Si Teyah pernah buat photoshoot dengan sedara2 dia dulu.
Jadi aku pun teringin sangat2.
Terus cari orang untuk tanya boleh tak masuk padang kuda ni.
Ces staff sini pun tak tahu.
So lantak, kami masuk je padang ni.
Selagi takde orang halau, buat jela muka tak bersalah haha.
Rasanya boleh je kot sebab ada je orang tengok kami masuk hermmm tak sure.

Aku bukan pro bab2 photography, so tak tau caner nak ambik gambar cool, comey, creative.
Tapi bila tengok2 gambar yang diambil, ok la.
Comey jugak hasil kami.
So untuk korang giler bergambar, aku syorkan korang ke sini.
Tapi, aku cadangkan korang tanya dulu la pasal permission masuk dalam kawasan padang tu ye hehe :D

4. Istana baru DYMM Sultan Mizan


Kat Chendering korang boleh nampak istana di lereng bukit yang masih lagi dalam pembinaan.
Dah berapa kali dah aku masuk area istana tu, but still setiap kali tengok aku rasa teruja.
Besar plus tradisional.
Fad si pelancong tu pun jatuh rahang menengoknya.
So kalau berminat nak tengok korang datang la.
Istana tu dekat je dengan UiTM Chendering.

5. Steamboat@Pulau Duyung


Untuk sape2 yang pening tak tahu nak makan kat mana untuk malam hari,
aku syorkan korang pergi di restoren2 steambaot kat Pulau Duyung ni.
Aku tak tahu nak namakan tempat ni nama apa, tapi yang boleh aku cakap,
sini ni macam tempat menarik jugak untuk sape2 yang nak makan sambil nikmati pemandangan gitus~
Sini mengigatkan aku pada Pantai Senibong, tempat makan2 yang boleh nampak Singapore dari dekat.
Lainnya, tempat ni korang boleh makan stemboat yang sodap plus tengok pemandangan bandar kuala Terengganu di seberang sungai~
6. Taman Warisan
Lokasinya dekat dengan Pasar Payang dan tepi kawasan perkampungan Cina.
Kat sini macam ala2 taman ICT Shah Alam tu.
Kira untuk lepak2 memang bestla.
Second visit dengan Linni aku tengok ada ramai yang memancing.
Sape2 yang suka tangkap ikan tu moh le datang sini.
Kat sini jugak aku syorkan bolehlah korang buat BBQ ke, picnic2 ke.
Best jugak. Tambah2 time malam.
Romantik gitu miahahaha.
Fad dengan Mun buat surprise sempana birthday aku.
Terharu mak nyahhh~
Langsung tak terfikir ada orang nak sambut birthday aku.
Baru je semalam sebelum tu aku baca blog Izatie pasal birthday party dia.
Rasa jeles.
Tapi pastu korang buat suprise macam tu, hermmm kira happy la weh!
Thank you :)

7. Muzium Terengganu
Untuk sape2 yang minat sejarah wajiblah datang sini.
Tempat ni besar sangat2, so banyak benda korang boleh teroka dalam tu.
Aku ingat lagi masa kecik dulu bapak aku ajak masuk muzium ni.
Serius aku semput time tu.
Dahlah semua tempat ayah aku masuk tengok dan baca.
Haihhh nasibla dapat bapak suka sejarah T___T

Btw kalau tak minat sekalipun,
korang kenalah datang sini.
Muzium kat sini sumpah cantik
Dahlah building dia cantik penuh dengan identiti Terenganu.
Seyes lawa!
Bayaran masuk hanyalah RM5 untuk dewasa :)



8. Masjid Kristal


Masjid sini tengah2 sungai Terengganu.
Sangat selesa kalau sape2 nak solat kat sini.
Cantik tempat ni, so silalah datang.
Korang boleh tengok jambatan Sungai Mahmud kat sini.
Tenang je kat sini, so sape yang feeling dengan alam sila datang ya :)

9. Pasar Payang
Untuk yang giler shopping datanglah ke sini.
Lupakan barang brand2 meh la kita beli something yang more tradisional.
Contoh macam songket, kain sutera, tudung2 buatan Terengganu, makanan2 negeri aku tu and moreee.
Banyak benda korang boleh beli kat sini.
Fad banyak betol membeli.
Baju kelawar la, souvenirs la.
Sesuai sangat korang beli something untuk dibawak pulang~
Aku suka sangat sutera dan songket2 kat sini.
Tapi bila tengok harga tak sempat berangan aku dah nak pitam.
Mahal hoi~
Nak buat untuk majlis nikah bolehlah beli.
Nak buat Raya hermmm sumpah aku kena pinjam duit dengan Ah Long~
Gua miskin derrr, poket kering nak beli semua tu T___T

10. Kedai roti tempayan
Kedainya sebelah BSN sahaja.
Tengah2 bandar je lokasinya so aku rasa senang je kalau nak mencarinya.
Oh dan ya, kedai ni dekat dengan KAMDAR.
Takde apa yang special pun tempat ni.
Tapi untuk korang yang blurrr tak tahu nak breakfast kat mana aku cadangkan kat sini la.
Roti tempayan dan ayam tandoori kat sini marveles la bagi aku.
Jadi korang boleh cuba okeh makan kat sini.
Best :D
11. Pantai Batu Buruk

Tempat yang paling kerap dibawak sepanjang guest2 aku ni kat Kuala Terengganu ni.
Linni pun cakap macam nak muntah da dengar nama pantai ni.
Hahaha bosan nauuu.
Well, sapa tak kenal pantai ni dowh?
Tempat lepak budak2 Terengganu, so memang wajiblah bawak 'foreigner' ni kat situ.
Kami sebenarnya datang kat sini sebab nak main motor AGV.
Tapi takde rezeki, taukeh dia pergi lunch tak balik2.
Bodohlah. Dah aku call cakap nak naik menatang tu,
ko kenalah lunch cepat2.
Ni tidak, dah aku call cakap nak, batang hidung ko langsung aku tak nampak.
Lama aku tunggu tapi tak datang pastu ada hati call tanya aku kat mana?
Ptuihhh ingat ada ke customer nak menunggu lama2 kan???

Oppsss sorry dah ter-emo.
Hahahaha daripada nak promote negeri terus ke episod maki orang.
Sorry weh, I kan darah muda, kuat melenting sorreh =.="


12. Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin

Aku rasa ramai dah tahu apa kes dah jadi dengan stadium ni.
Haihhh tapi takpe, kita tolak tepi kes tu.
Kami bawak je dua orang pelancong ni tengok stadium ni.
Kitorang kan budak construction, so wajiblah tengok stadium bermasalah ni hehe.



13. Keropok lekor Bukit Tok Beng (BTB)


Keropok lekor paling hot plus sodap kat Terengganu katanya.
Memang sedappp pun.
Aku yang duk Kuala Terengganu ni pun teruja bila makan keropok ni.
Aku dengan family jarang main area ni so jarang makan keropok lekor kat sini.
So bila sampai sini, dan makan terus rasa perghhh.
Btw aku tetap sayang dengan keropok lekor Losong.
Situ kan pengeluar keropok lekor paling dikenali kan.

So untuk sape2 yang mengidam keropok lekor Terengganu,
sila datang dua2 tempat ni.
Di Losong dan Bukit Tok Beng.
Sedap. Keropok kami bukan yang jenis kembang takde isi okeh.
Dan ohhh untuk sape2 yang nak pergi kedai keropok lekor di BTB, boleh try menu baru.
Keropok lekor plus cheese.
Hahaha pelik tak?
Mula2 aku dengar pun macam euw keropok ikan+cheese=macam tak takde jodoh kan?
Tapi bila makan terus mengidam iolls~

14. Taman Syahbandar

Sama macam pasar malam Wakaf che Yeh atau Gerbang Malam di Ipoh.
Kat sini girls bolehlah nak beli baju, tudung semua.
Kitorang pergi siang, so takde peniaga sangat yang bukak kedai.
Btw, datanglah sini.
Korang boleh lepak, or makan2 sekeliling Taman Syahbandar tu :)

15. Seberang Takir


Tak tahu nak namakan tempat ni apa.
Untuk photog aku syorkan korang ambik gambar kat sini.
Cantik sebab lalang2 tinggi.
Aku tak jejak pun sini tapi Mun pernah.
Katanya ramai je photog datang sini :D

16. Kuala Ibai





Satu lagi tempat yang aku tak tahu nak namakannya apa tapi yang pasti dia dekat Kuala Ibai.
Mengadap TER.
Tempat ni kawasan terbiar, tapi cantik
Ada jambatan gantung kat situ.
Apa function jambatan tu aku tak tahulah sebabnya seberang jambatan semak samun je yang tinggal.
Seram pulak bila tengok.
Dah la jambatan tu macam uzur sikit.
Seram iolls.
Masa kami pergi situ ada satu family datang tangkap udang.
Orang kata kalau ada udang, adalah cik Boye.
Ek?

K dah.
Penat aku menulis.
Tak sedar masa berlalu.
Tulis punya tulis rupanya nak dekat sejam lebih juagk aku menconteng blog ni hehe.

Banyak lagi tempat menarik di Kuala Terengganu ni.
Aku tak larat nak ingat balik mana aku pergi dan tulis.
K kepada sesiapa yang ingin bertanya lebih lanjut, tanya2 la aku.
Tu pun caner nak tanye aku, pandai2lah ko cari aku hihihihi k bye.

13 di kemaman - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di kemaman - Google Blog Search


Kes <b>di Kemaman</b> : Jurujual Dirompak & Dirogol.

Posted: 02 Dec 2012 08:37 PM PST

alt

 

KEMAMAN 3 Dis. - Seorang jurujual berumur 18 tahun mengharungi pengalaman pahit setelah dirompak dan dirogol oleh seorang lelaki di Chukai, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian pukul 10.30 pagi itu, mangsa telah didatangi seorang lelaki bersenjatakan pisau yang terus mengacu dan mengugut semasa dia berada di bilik asrama pekerja yang disediakan majikan.

Mangsa yang ketakutan telah diikat kaki, tangannya pada katil serta mulut sebelum dirogol.

Lelaki yang dianggarkan berusia sekitar 30-an itu kemudian melarikan sebuah komputer riba milik mangsa dengan membiarkan mangsa dalam keadaan terikat.

Kejadian itu hanya disedari rakan mangsa kira-kira dua jam kemudian dan mangsa terus membuat laporan polis dan dihantar ke Hospital Kemaman untuk pemeriksaan lanjut.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Supt Che Suza Che Hitam ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan memberitahu mangsa sudah dibenarkan pulang ke rumahnya selepas mendapatkan rawatan.

"Tiada kecederaan lain dilaporkan dan pihak polis sedang menjalankan siasatan untuk mengesan suspek yang dipercayai berketurunan India," katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana merompak.

MB cabar Hadi tanding <b>di Kemaman</b> | n9kini.net

Posted: 10 Nov 2012 07:12 AM PST

Ahmad Said
Ahmad Said merenjis air mawar pada Program Berkhatan Beramai-ramai Peringkat Dun Kijal 2012 di Padang Kubu, Kijal, hari ini.

KEMAMAN – Cabar-mencabar menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) berterusan – kali ini Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said pula mencabar Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang agar bertanding di kerusi Parlimen Kemaman.

Ahmad yang juga Pengerusi Umno Terengganu berkata, Ahli Parlimen Marang itu sepatutnya bertanding di Kemaman terlebih dahulu sebelum berhasrat bersaing di Pekan, yang disandang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Kesediaan Abdul Hadi itu (untuk) bertanding di Pekan hanya gimik politik sahaja, bohong belaka. Apa tujuan dia? Nak dapat publisiti? Nak gali kubur sendiri?

"Kalau berani, marilah bertanding di Kemaman. Buat apa pergi bertanding di Pahang. Tunjukkan kehebatan di Terengganu dahulu," katanya yang juga Ketua Umno Bahagian Kemaman selepas merasmikan Program Berkhatan Beramai-ramai Peringkat Dun Kijal 2012 di Padang Kubu, dekat sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan media yang menyatakan Abdul Hadi akur dengan kemahuan parti jika diarahkan bertanding di Parlimen Pekan pada PRU13.

Ahmad berkata, pihaknya mengalu-alukan kedatangan Abdul Hadi untuk bertanding di kerusi Parlimen Kemaman bagi menguji kehebatan parti itu dalam mendapatkan sokongan rakyat.
Tegas beliau, kenyataan Abdul Hadi itu juga adalah gimik kononnya pemimpin itu akur arahan parti sekali gus untuk menghangatkan suasana sebelum PRU13.

13 di pulau wan man - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di pulau wan man - Google Blog Search


masjid terapung <b>di</b> malaysia - nota hati seorang lelaki

Posted: 12 Dec 2012 03:00 AM PST


:: Masjid Al Hussain,Kuala Perlis - Perlis ::

| Masjid Al-Hussain dibina terapung di tepi pantai Kuala Perlis. Ia merupakan hasil sumbangan seorang ahli perniagaan, Tan Sri Mohd. Ariffin Yusuf dan dibuka 8 Ogos lalu. Masjid itu mengambil masa selama empat tahun untuk disiapkan dengan kos kira-kira RM12 juta. Sebahagian daripada binaannya menganjur ke laut Selat Melaka.|

| Masjid yang menjadi ikon baru Kuala Perlis itu diilhamkan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Syed Sirajuddin Jamalulail dan direalisasikan oleh jutawan Ariffin. Abang kepada Ariffin, Datuk Dr. Mohd. Hussain meninggal dunia pada tahun 1999 sebelum sempat dia menunaikan hajat untuk membina sebuah masjid. Oleh kerana itulah selepas siap dibina, masjid itu dinamakan sempena nama abangnya itu.|

| Sebuah wakaf didirikan di dataran masjid. Tetamu juga boleh berehat di sepanjang tembok sambil menghadap ke laut. Tiga batang pokok kurma yang didatangkan khas dari Tanah Arab menyuntik elemen Asia Barat di laman masjid. Seperti kebanyakan masjid lain, ciri luaran utama Masjid Al-Hussain ialah kubahnya. Ia berwarna kuning keemasan beserta motif biru yang sinonim dengan warna rasmi negeri Perlis. Kubah tersebut diperbuat daripada dua lapisan aluminium dan diselaputi dengan lapisan polyvinvyl double fluoride (PVDF) yang diimport dari Jepun. |

| Masjid terapung tersebut memiliki menara puncak berkembar berbentuk heksagon atau segi enam pertama di dunia. Seni bina tersebut adalah simbolik bahawa semua manusia berasal daripada Adam dan Hawa. Lampu tersebut menandakan masuk waktu solat. Ia bagi kemudahan nelayan atau mereka yang sedang berada di tengah laut. Lampu biru menandakan waktu solat Subuh dan Maghrib manakala hijau adalah Isyak. Menara itu boleh dilihat dari jarak 10 kilometer. |

:: Masjid Terapung Jalan Tanjung Bunga - Pulau Pinang ::

| Masjid Terapung Tanjung Bungah telah dirasmikan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 16 Mac 2007. Kedudukannya yang strategik iaitu dalam perjalanan menuju ke Batu Feringghi menjadikan masjid berkenaan sebagai tempat persinggahan di kalangan pelancong bukan sahaja untuk solat malah bagi merehatkan minda. Keadaannya yang terapung atas permukaan air laut sejauh kira-kira 300 meter dari pantai cukup unik dan indah dipandang oleh sesiapa sahaja. |

| Pembinaan masjid berharga RM15 juta dengan keluasan 1,295 meter persegi itu bertepatan dengan keperluan apabila penduduk kawasan itu semakin bertambah dengan wujudnya penempatan baru mangsa tsunami yang terletak bersebelahan masjid tersebut. Masjid ini turut menyerlah dengan seni bina mengagumkan hasil gabungan seni bina tempatan dan Asia Barat terutama Turki. |

| Masjid dua tingkat yang mampu memuatkan 1,500 jemaah itu dan dibina di atas lot 254, 265, 266, 308 dan 643 Mukim 18, Daerah Timur Laut di tepi pantai Tanjung Bunga dilengkapi ruang sembahyang utama, ruang sembahyang wanita, tempat mengambil wuduk lelaki dan wanita serta bilik menguruskan jenazah. Reka bentuknya yang unik sememangnya mengagumkan manakala kubah pula berbentuk aerodinamik, sesuai dengan persekitaran lautan. Keunikan masjid terapung diperkukuhkan lagi dengan menara azan setinggi tujuh tingkat yang dihiasi dengan ukiran kayu jati dan seni khat kaligrafi dari Indonesia. |

| Mozek dan seramik yang berwarna-warni terdapat di bahagian luar dan dalam masjid untuk memberi pencahayaan dan hasil yang lebih menarik apabila dipandang selain memasang siling putih di bahagian kubah. Bagi mencantikkan lagi kawasan masjid tersebut, reka bentuk tembok pagar bercorak bunga matahari dipasang di sekeliling dan kawasan pintu hadapan masjid tersebut. |


:: Masjid An-Nur UTP, Tronoh - Perak ::
| Masjid ini terletak di dalam kawasan kampus universiti di tepi tasik buatan,  Ruang solat berhawa dingin. Akses ke ruang solat utama menggunakan pintu automatik yang ditrigger dengan sentuhan. |


:: Masjid As-Salam Puchong Perdana - Selangor ::

| Masjid As-Salam Puchong Perdana merupakan salah satu mercu tanda utama di Kawasan Puchong. Dikenali juga sebagai "Masjid Terapung", ianya terletak di Jalan Persiaran Puchong Perdana yang merupakan jalan masuk utama ke Taman Puchong Perdana dan lain-lain Taman Perumahan berhampiran seperti Taman Puchong Indah, Taman Puchong Intan, Taman Puchong Permai dan Taman Puchong Prima dari Lebuhraya Damansara Puchong (LDP).|

| Kedudukan masjid ini dari persimpangan masuk LDP ke Taman Puchong Perdana hanya lebih kurang 300 meter sahaja. Pembinaan Masjid As-Salam Puchong Perdana bermula pada 20 March 2004 dan mula siap digunakan pada 5 Januari 2006. Majlis Pembukaan masjid telah dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan Pejabat Agama Islam Negeri dan Daerah Petaling serta pemimpin masyarakat di sekitar Puchong. Sultan Sharafuddin Idris Shah telah berkenan merasmikan Masjid As-Salam ini pada 8 December 2006.|



| Rekabentuk senibina Masjid As-Salam Puchong Perdana adalah amat menarik dan menjadi mercutanda kepada taman-taman perumahan dan kawasan sekitar. Pembinaan masjid ini di atas tasik, menjadikan ia satu-satunya masjid terapung di Negeri Selangor pada masa ini. Bangunan masjid ini mempunyai 2 1/2 tingkat di mana 1 1/2 tingkat merupakan ruang solat. Ruang solat masjid boleh menampung lebih kurang 5000 orang jemaah.|
:: Masjid Darul Quran,Kuala Kubu Baru - Selangor ::
| Penubuhan Darul Quran bermula pada tahun 1966 apabila Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tuanku Abdul Rahman Putera Al-Haj melahirkan hasrat untuk mewujudkan sebuah Institut Pengajian al-Quran di Malaysia. Hasrat ini telah dinyatakan sewaktu perasmian Masjid Negara di mana idea ini timbul ekoran daripada Musabaqah Al-Quran yang diadakan semenjak tahun 1960 serta lawatan Rektor Universiti Al-Azhar Sheikh Mahmud Syaltut di perasmian Masjid Negara tersebut. |

| Sebagai permulaan, Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat ditubuhkan sebagai salah satu unit di Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur. Dengan penubuhan tersebut maka bermulalah pengajian dalam bidang Tahfiz al-Quran di Dewan Syarahan Masjid Negara pada 1 Mac, 1966 dengan bilangan pelajar pada masa itu seramai 8 orang sebagai perantis yang dipilih dan dihantar oleh negeri-negeri di Malaysia. Dari tahun 1966 hingga tahun 1978 pengajian ini diletakkan di bawah kelolaan Jawatankuasa Tadbir Masjid Negara dan Urusetia Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia, pada tahun 1972 dan ianya diberi nama "Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat". |

| Awal tahun 1979 Maahad Tahfiz diletakkan pula di bawah kelolaan Pusat Penyelidikan Islam, Bahagian Ugama, Jabatan Perdana Menteri sehingga tahun 1980. Selepas itu Maahad Tahfiz dipindahkan ke Bangunan JKR 588/33, Jalan Chenderasari, Kuala Lumpur dan dan kemudiannya diletakkan di bawah kelolaan Institut Dakwah dan Latihan Islam (INDAH) Bahagian Ugama, Jabatan Perdana Menteri sehingga tahun 1983. Sehinggalah pada tahun 1984 Maahad Tahfiz telah lahir sebagai sebuah Cawangan di Bahagian Ugama, Jabatan Perdana Menteri dengan organisasinya yang tersendiri. |

| Pada Tahun 1992 Maahad Tahfiz kemudiannya dipindahkan ke Taman Tun Dr. Ismail bagi penempatan pelajar lelaki dan pelajar perempuan pula ditempatkan di Jalan Ledang. Pada Tahun 1994 pelajar perempuan kemudiannya dipindahkan ke Taman Tun Dr. Ismail, manakala pelajar lelaki dipindahkan ke Batu 14 Sg. Semungkus Hulu Langat Selangor. Pada tahun 1997 Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat telah dinaikkan taraf sebagai salah satu bahagian di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan diberi nama Darul Quran Akhirnya pada 1 November 1998, Darul Quran ditempatkan ke kampus tetap di Kompleks Darul Quran di Ampang Pecah Kuala Kubu Bharu, Selangor. |



:: Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin -  Putrajaya ::

| Masjid ini juga digelar Masjid Besi. Mula dibina pada April 2004 siap sepenuhnya pada Ogos 2009. Masjid ini yang mempunyai keluasan sekali ganda berbanding Masjid Putra, yang terletak kira-kira 2.2 km ke utara. Direka berdasarkan 3 konsep iaitu angin, sederhana dan telus. Kira-kira 6,000 tan keluli digunakan bagi pembinaan tersebut yang mewakili kira-kira 70% manakala selebihnya adalah konkrit. Masjid Besi mempunyai keistimewaan yang tersendiri antaranya tiada pemasangan kipas ataupun alat penyaman udara di dalamnya, sebaliknya menggunakan gas penyejuk (gas district cooling atau GDC). Selain itu, masjid ini turut menggunakan Seni Bina Jaringan Wayar (Architectual Wire Mesh) atau Anyaman Masyrabiah yang diimport dari Jerman dan China. |

| Ini ditambah lagi dengan pembinaan dinding mihrab yang diperbuat daripada panel kaca setinggi kira-kira 13 meter. Uniknya, dinding mihrab ini tidak memantulkan kesan dari pancaran sebarang cahaya atau lampu menjadikan ukiran kaligrafi ayat suci berkenaan yang berwarna keemasan itu kelihatan jelas dan seolah-olah terapung di udara. Bahagian tepi bumbungnya sepanjang 40 kaki pula mampu mengelakkan jemaah yang bersolat di luar dewan solat utama terkena tempias hujan. |
:: Masjid Putra - Putrajaya ::

| Masjid Putra terletak di Wilayah Persekutuan Putrajaya. Masjid ini merupakan simbolik dan mercu tanda di Putrajaya. Masjid ini dinamakan sempena Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj. Pembinaan masjid ini bermula pada 1997 dan disiapkan dua tahun kemudian pada 1999. Kos pembinaan masjid ini menelan belanja kira-kira RM 250 juta dan kos penyelenggaraan anggaran RM 100 ribu. Pembinaan masjid ini berkonsepkan 2 konsep iaitu Timur Tengah dan Tradisional Melayu. Masjid ini terletak bersebelahan dengan Perdana Putra, pejabat Perdana Menteri Malaysia dan bersebelahan dengan Tasik Putrajaya. |
:: Masjid Selat Melaka, Bandar Hilir - Melaka ::

| Masjid Selat Melaka menelan belanja hampir RM11 juta, masjid tersebut yang dibina di atas tanah yang berkeluasan 1.8 hektar mempunyai ciri-ciri seni bina Melayu dan Timur Tengah.Daripada jumlag RM11 juta, kerajaan Persekutuan memberi peruntukan sebanyak RM7 juta.Masjid tersebut mampu menampung kira-kira 2,000 jemaah pada satu-satu masa. |

| Masjid Selat Melaka mula dibina pada Jun 2003 dan siap sepenuhnya pada 29 Ogos 2006. Ia dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail ketika itu pada 24 November 2006.|

| Pada masjid ini terdapat pelbagai keunikan yang sukar untuk diungkap melalui kata-kata. Namun yang paling ketara ialah binaan menaranya yang setinggi 30 meter. Menara yang menjulang tinggi di sebelah kiri pintu gerbang Masjid Selat itu sebenarnya tidak sekadar menara untuk melaungkan azan ke seluruh alam. Sebaliknya, dengan kedudukan fizikal terletak di pinggiran selat itu maka menara itu mempunyai dwi fungsi sebagai Rumah Api.|





:: Masjid Kristal, Pulau Wan Man -  Kuala Terengganu ::


| Masjid Kristal merupakan sebuah masjid yang terletak dalam kawasan pelancongan Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man, Terengganu. Masjid Kristal telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi. Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidinbersama-sama Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah telah berkenan berangkat ke Majlis Perasmian Masjid Kristal di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu pada 8 Februari 2008 jam 6.00 petang. |
| Masjid ini dibina daripada kaca dan keluli, masjid pintar pertama di Malaysia dan mempunyai keluasan 2,146 meter persegi. Masjid ini boleh memuatkan 700 jemaah pada satu-satu masa dan dilengkapi dengan prasarana teknologi maklumat dan liputan WiFi yang membolehkan pengunjung menggunakan kemudahan akses internet bagi membaca al-Quran elektronik.|
:: Masjid Tengku Tengah Zaharah- Kuala Terengganu ::


 |Masjid Tengku Tengah Zaharah atau Masjid Terapung telah dinamakan sempenan nama bonda Al-Marhum Sultan TerengganuSultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah iaitu Tuanku Intan Zaharah binti Almarhum Tengku Seri Setia Raja. Masjid ini terletak 4 km dari pusat bandar Kuala Terengganu. Masjid ini mempunyai keindahan dan keunikan tersendiri berbanding dengan masjid lain yang telah dibina.|

| Masjid ini dibina di atas air di muara Sungai Ibai yang sekaligus menjadikan masjid terapung yang terulung di Malaysia. Keluasan 1,372 meter persegi dan menara setinggi 30 meter, masjid ini mampu menampung jemaah sehingga 1,000 orang. Dengan gabungan hiasan taman, warna langit yang membiru, kilauan cahaya matahari dari permukaan air yang mengelilingi masjid itu serta tiupan angin dari Laut China Selatan, pastinya ia menjadi masjid yang paling nyaman dan mendamaikan memberi erti betapa keagungan syiar Islam terangkum dalam suatu bentuk tamadun yang terus berkembang. |
:: Masjid Bandaraya Kota Kinabalu - Sabah ::
| Masjid Bandaraya Kota Kinabalu mendapat namanya sesuai dengan kedudukanya sebagai masjid yang terbesar di kawasan Bandaraya Kota Kinabalu. Walau bagaimanapun peranan Masjid Negeri di Sembulan tetap sebagai masjid utama di Negeri Sabah. Masjid Bandaraya Kota Kinabalu ini terletak di kawasan yang indah di persisiran pantai yang indah dengan lanskap persekitaran menunjukkan Bandaraya Kota Kinabalu dengan pandangan laut yang berhadapan dengan pulau-pulau yang indah.|

| Lokasi masjid ini berada di tengah-tengah kawasan para jemaah dari kawasan perkampungan Likas, kompleks bangunan-bangunan pejabat komersil Likas, Yayasan Sabah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Universiti Malaysia Sabah dan lain-lain. 

Beberapa sudut pemandangan luar dan dalam masjid ini mempunyai unsur persamaan dengan beberapa sudut pemandangan Masjid Nabawi Al-Munawwarah. Ini menjadikannya kelihatan begitu unik, indah dan mengkagumkan. |

|Masjid ini dibina di atas tapaknya hari ini adalah daripada kesungguhan ikhtiar serta cetusan ilham dan cadangan Allahyarham Tun Datuk Seri Panglima Hj. Mohd Said Keruak, Yang di-Pertua Negeri Sabah yang ke-7. 
Pada asalnya tapak masjid ini ialah kawasan pantai dan persisir air laut Kampung Likas. Tapak seluas 14.83 ekar ini mula ditimbus pada bulan Julai 1989 dan siap pada bulan Ogos 1989. Ini diikuti dengan kerja-kerja Penyediaan Tapak bermula pada bulan September 1990 dan siap pada bulan Jun 1991. Kerja-kerja menanam cerucuk dimulakan pada 22 Jun 1992 dan siap pada 23 Mac 1993.|


13 di dungun - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di dungun - Google Blog Search


2 maut, 5 parah kemalangan dua kereta <b>di Dungun</b> – Perak Today

Posted: 05 Dec 2012 12:23 PM PST

DUNGUN – Dua wanita maut, tiga parah manakala dua yang lain cedera ringan dalam kemalangan ngeri melibatkan dua kereta berdekatan loji air Kampung Serdang, dekat sini, pagi tadi.

Kejadian jam 8.30 pagi di Kilometer 12.5 Jalan Dungun-Bukit Besi itu dipercayai berlaku apabila sebuah Honda Civic dinaiki tiga sekeluarga dari arah Dungun menghala ke Bukit Besi dipercayai masuk ke laluan bertentangan sebelum terbabas lalu berlanggar dengan sebuah Proton Wira dinaiki empat sekeluarga dari arah Bukit Besi menghala ke Dungun.

Ketika kemalangan, keadaan permukaan jalan agak licin akibat hujan renyai sejak awal pagi lagi.

Honda Civic dipandu Mohd Ridzwan Badiuzaman, 21, bersama dua penumpang lain termasuk ibu Ridzwan, Suzlina Ahmad, 40, dan sepupu Ridzwan, Norfathika Shamsudin, 17, dikatakan dalam perjalanan dari rumahnya di Balai Besar menuju ke Machang, Kelantan.

Empat sekeluarga yang menaiki Proton Wira pula iaitu Zulkifli Mamat, 53, isteri Zulkifli, Zainun Awang, 50, adik ipar Zulkifli, Gayah Awang, 45, serta anak lelaki Gayah, Tarmizi Ismail, 11, dalam perjalanan untuk ke rumah tok mudim di Dungun bagi menyempurnakan majlis berkhatan Tarmizi.

Mangsa yang maut adalah seorang daripada penumpang Honda Civic, Suzlina yang beralamat nombor 1326, Jalan Balai Besar Dungun serta seorang penumpang Proton Wira, Zainun Awang, 50, dari Kampung Pancur, Jerangau.

Semua mangsa dalam Honda Civic dan Proton Wira termasuk pemandu dipercayai tersepit dalam kenderaan yang remuk dan berjaya dikeluarkan dengan bantuan pasukan penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Dungun serta Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).

Mohd Ridzwan, seorang mekanik di bengkel Batu Lima yang memandu Honda Civic patah hidung dan dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu.

Sepupu Ridzwan, Norfathika, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Balai Besar cedera ringan dan dimasukkan ke wad perempuan Hospital Dungun.

Semua mangsa dalam Honda Civic berasal dari Balai Besar, Dungun.

Sementara itu, tiga lagi penumpang Proton Wira dilaporkan parah iaitu pemandunya, Zulkifli yang bekerja sebagai pemandu lori pasir di Jerangau, kakak ipar Zulkifli, Gayah, seorang ibu tunggal yang juga orang kurang upaya (OKU) dilaporkan parah manakala anaknya, Tarmizi, murid Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir Panjang turut cedera.

Mereka juga dihantar ke HSNZ untuk rawatan lanjut.

Zulkifli berasal dari Kampung Pancur Jerangau manakala kakak iparnya, Gayah dari Pasir Panjang, Kuala Terengganu.

Dua mangsa yang maut di tempat kejadian mengalami kecederaan serius di kepala dan anggota badan  dihantar ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk bedah siasat bagi mengesahkan punca kematian.

Sebuah jentera bomba bersama tujuh anggota dari Balai Bomba Kuala Dungun, tiga kereta peronda polis serta dua ambulans termasuk kenderaan JPAM turut berada di lokasi bagi melancarkan operasi menyelamat mangsa.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Dahlan Mohd Noor yang ditemui di Hospital Dungun ketika mengesahkan kejadian memaklumkan polis masih menyiasat kemalangan maut yang mengorbankan dua mangsa di laluan Dungun ke Bukit Besi itu.

- SINAR HARIAN

 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved