ads

Sabtu, 26 Mei 2012

13 di setiu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di setiu - Google Blog Search


teganuku: 300 Penuntut IPTA Berhimpun <b>Di</b> Aman Kampus <b>Setiu</b>

Posted: 07 Apr 2012 07:38 AM PDT

Lebih 300 penuntut universiti di negeri ini menyertai program Aman Kampus Parlimen Setiu anjuran Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia (Gagasan) Terengganu dengan kerjasama Persatuan Asperasi Terengganu (Asperasi) bermula semalam.

Program yang berlangsung selama dua hari itu melibatkan tiga institusi pengajian tinggi (IPT) iaitu Kolej Teknologi Bestari (KTB), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).

Setiausaha Gagasan, Syed Anuar Syed Mohamad berkata, program yang dirasmikan oleh Ahli Parlimen Setiu, Datuk Mohd. Jidin Shafiee itu bermula dengan aktiviti Pentas Aman Muda di KTB sebelum disusuli program kemasyarakatan di perkampungan Rhu Sepuluh di Setiu hari ini.

Menurut beliau, antara kegiatan yang dianjurkan sepanjang program kemasyarakatan itu adalah aktiviti senamrobik bersama masyarakat setempat serta gotong-royong membersihkan kawasan rumah orang tua, masjid dan pantai Rhu Sepuluh.

''Kami juga menyumbang sedikit bantuan makanan kepada beberapa orang penghuni di kawasan penempatan rumah orang tua di kampung itu.

''Ia merupakan salah satu daripada usaha kami untuk mendekatkan golongan pelajar dengan penduduk kampung selain merapatkan hubungan di kalangan mahasiswa dan siswi dari ketiga-tiga IPT berkenaan," katanya ketika ditemui.

Tambah Syed Anuar, menerusi kegiatan seperti itu, para pelajar juga dapat berbakti serta memperoleh pengalaman baru dalam suasana kehidupan masyarakat kampung khususnya yang bekerja sebagai nelayan di kawasan itu.

 Utusan

13 di gong kedak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di gong kedak - Google Blog Search


Looking For Historical Sites..: Pengenalan

Posted: 31 Jul 2011 11:59 PM PDT

 Peperangan Dunia Ke-II yang berlaku pada tahun 1941 - 1945 dahulu telah banyak meninggalkan   kesan yang negatif di kalangan masyarakat Melayu pada zaman ini. Golongan veteran pada hari masih belum dapat melupakan kisah pada zaman penjajahan ini.

Kubu-kubu yang terdapat di daerah Bachok itu telah dibina oleh tentera British yang bertujuan untuk menentang kemaraan tentera Jepun dalam Perang Dunia Ke-II. Semasa pendaratan Jepun yang pertama, telah menyebabkan berlakunya pertempuran yang amat sengit di kalangan tentera British dan tentera Jepun dalam sejarah Tanah Melayu. 

Tentera Jepun telah menyerang Tanah Melayu iaitu Kelantan semasa penduduk kampung sedang nyenyak tidur dan dikatakan ada juga penduduk kampung yang sedang berhibur dengan berdikir bersama tentera British pada tengah malam itu, 8 Disember 1941.

Tentera British yang berbangsa India (Punjab) telah ditugaskan untuk berkawal di pesisir pantai Kelantan bagi menghadapi sebarang ancaman yang mungkin akan dihadapi dengan kental. Mereka berusaha untuk mempertahankan Kelantan dan menjaga lapangan di Pengkalan Chepa, Machang dan di Gong Kedak, Pasir Puteh daripada jatuh ke tangan pihak musuh. Pembinaan kubu yang rapi sesuai dengan kedudukan pertahanan yang strategik sedikit sebanyak telah dapat memperlahankan pergerakan musuh untuk terus memasuki Kelantan dengan cepat.

Menurut sejarah, penggunaan kubu-kubu sebagai alat untuk mempertahankan diri dari pihak musuh sedikit sebanyak dapat memperlambatkan pergerakan pihak musuh dari menawan Tanah Melayu pada waktu itu. Pantai Kuala Pak Amat merupakan salah satu lokasi yang penting dalam sejarah perang, ini kerana pantai itu telah menjadi tempat pendaratan yang pertama Tentera Jepun di Tanah Melayu. Namun sebelum berlakunya perang dunia yang ke-II yang lalu, Pihak Tentera British telah membina kubu-kubu kebal (Pillbox) ini bagi tujuan untuk mempertahankan pantai serta Tanah Melayu ketika itu daripada serangan dari pihak musuh.

        Kubu Kebal British di Kelantan; (Salleh Mohd Akib, 1995: 24)
Pada awal tahun 1940 pembinaan kubu-kubu kebal (Pillbox) ini semakin banyak dibina di pesisir pantai dan pesisir sungai serta di beberapa kawasan strategik yang lain seperti di Lapangan Terbang Kota Bharu, Machang serta di Gong Kedak, Pasir Puteh.
Pasukan tentera Jepun yang telah menyerang Tanah Melayu khususnya di Kota Bharu telah mengalami kesusahan yang teruk bagi mendarat di Kelantan ini kerana ianya adalah disebabkan oleh pertahanan di darat yang kuat terutama dari kubu-kubu kebal (Pillboxes) tentera British. Dalam 'CITATION FORCE' ada menyatakan;
            "....Kota Bharu Airfield was 4 km behind this coast position upon passing through the coconut grove, the huge airfield greeted our eyes. The surroundings were heavily protected with barbed wire entanglements and pillboxes were constructed in the first line (coast line) position and a strong defence zone".
(....Landasan Terbang Kota Bharu terletak 4 km di pendalaman dari arah pantai setelah melintasi dusun kelapa, maka terbentanglah landasan terbang yang besar itu di hadapan mata kita. Kawasan sekitarnya dipertahankan dengan rapi sekali oleh pagar-pagar kawat berduri dan kubu-kubu kebal yang dibina di barisan hadapan (sepanjang pantai) dan juga oleh satu zon pertahanan yang kuat). Malay Campaign (Ryuichi Yokoyana; 1941 – 1942; Japanese Secret Account of the Bloody Landing Against the British Force at Kota Bharu)
                       
        Kubu Kebal British di Kelantan; (Salleh Mohd Akib, 1995: 24)
Kubu-kubu kebal ini telah diperbuat daripada simen yang konkrit bagi mempertahankan struktur binaannya daripada cepat rosak. Ianya boleh memuatkan lebih kurang seramai 9 hingga 12 orang tentera di dalam setiap kubu.
Kubu-kubu kebal yang dibina ini mempunyai lubang-lubang khas pada setiap penjuru bagi tujuan untuk memerhatikan dan menembak musuh yang menghampiri setiap kawasan yang mempunyai kubu-kubu kebal ini. Terdapat lebih kurang 25 buah kubu-kubu kebal (Pillbox) telah dibina namun sebahagian besarnya telah banyak ditenggelami air kerana disebabkan oleh hakisan pantai yang berlaku pada setiap tahun.

          
               

13 di besut - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di besut - Google Blog Search


Langgar Lari, Warga Emas Maut <b>Di Besut</b> | MyNewsHub

Posted: 24 May 2012 11:44 PM PDT

BESUT – Seorang warga emas maut dalam kejadian langgar lari di Kilometer 16 Jalan Kuala Besut-Kampung Raja, awal pagi tadi.

Yusof Abdullah, 68, yang berasal dari Kampung Bukit Abal, Pasir Putih Kelantan mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan.

Ketua Polis Daerah Besut, Superitendan Kamaruddin Zakaria, berkata warga emas terbabit dilapor dilanggar dari belakang oleh sebuah kenderaan ketika dia berjalan berseorangan di tepi jalan itu pada jam 3.30 pagi.

Mayat lelaki itu ditemui oleh orang awam dan dihantar ke Hospital Daerah Besut untuk bedah siasat, katanya.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Besut melalui talian 09-6956222 atau balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. – BERNAMA

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

13 di pulau perhentian - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di pulau perhentian - Google Blog Search


T E G A N U K I TA: Kem Kesihatan <b>di Pulau Perhentian</b> didik <b>...</b>

Posted: 26 May 2012 02:57 AM PDT


Oleh: Mohammad Ishak 

Program Kem Kesihatan yang berlangsung tiga hari di pusat peranginan terkenal Pulau Perhentian bukan sahaja mengajak penduduk mengikuti aktiviiti sosial malah ia turut memberi pendidikan terhadap usaha menjaga kesihatan dan kebersihan.

Pejabat Kesihatan Daerah Besut yang bertindak selaku penganjur utama berjaya menarik minat penyertaan komuniti khususnya penduduk di pulau pelancongan itu menerusi pelbagai aktiviti yang dianjurkan sepanjang tempoh program.

Sempena berlangsung kem itu pelbagai acara menarik turut diadakan termasuk kempen mengutip sampah, gotong royong bersih kawasan pulau,sukaneka dan pemeriksaan kesihatan percuma.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan,Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Yang Berhormat Dr A Rahman Mokhtar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Besut, merasmikan kem berkenaan.

Dr A Rahman berkata, kem itu juga menarik perhatian pelancong yang berkunjung ke pulau itu kerana mereka dapat menyaksikan sendiri penduduk negeri ini menjalankan aktiviti kemasyarakatan bersama agensi kerajaan

Katanya, penyertaan beberapa agensi kerajaan menandakan sokongan dan kerjasama semua pihak bagi menjayakan program itu. Beliau berharap penduduk yang tinggal di pusat pelancongan terkenal itu sentiasa menjaga kebersihan kerana ia akan mencerminkan keindahan dan kebersihan terutama dikalangan pelancong asing.

13 di pulau kapas - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di pulau kapas - Google Blog Search


Kenangan Mencandat Sotong <b>Di Pulau Kapas</b> - nornazifah&#39;s <b>...</b>

Posted: 08 Jun 2005 05:00 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]Kenangan Mencandat Sotong Di Pulau Kapas - nornazifah's FotoPage. Photo blogging made easy - fotopages.com.

13 di dungun - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di dungun - Google Blog Search


Color of Bitt: Kedai makan <b>di Dungun</b>, Terengganu

Posted: 24 May 2012 05:19 PM PDT

" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/ss.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();

Kedai makan di Dungun, Terengganu


Lepas cek-out, tabb suggest tempat lunch...owh nasi sup memang menjadi pilihan saya untuk doubleIS...dulu iskandar makan nasi air di sini tapi lupa kedai mana...hehhehe
Nasi sup...walla...terbaikk bak kata doubleIS... Nasi ayam untuk tabb...owh saya share nasi sup ismeth ;) Teh'o suam di tengahari u!!Nampak berpeluh-peluh la iskandar! Semuanya panas...hahahhahaa

Tempat makan ni memang tepi pantai...lupa nama kedai tu...kalau nampak signboard mcm dalam pic atas sekali tu..ha tu la kedainya...kalau tengok map tak silap saya belakang sekolah sains dungun tu...

Lepas makan, dessert pulak di lain kedai...

post signature

13 di bukit besi - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di bukit besi - Google Blog Search


Kemalangan Ngeri Di Jalan <b>Bukit Besi</b> Dungun | <b>Bukit Besi</b> Blog

Posted: 18 Feb 2012 08:38 PM PST

Salam satu Malaysia. Kemalangan ngeri di jalan Bukit Besi Dungun. Kemalangan ngeri ini berlaku di Kilometer 21.5, Jalan Dungun-Bukit Besi di kawasan Kampung Paya Kemudi, Dungun, Terengganu. Kemalangan maut ini dipercayai berlaku apabila sebuah kereta Proton Wira yang telah memasuki laluan kanan jalan dan bertembung dengan sebuah lori dari arah yang bertentangan.

Tiga mangsa dari satu keluarga telah meninggal dunia. Mereka dikenali sebagai Tengku Shafuddin Tengku Abdul Rahman, 46 tahun iaitu pemandu kereta Proton Wira dan isterinya, Salwiah Abdul Rahman, 42, serta anaknya, Tengku Muhammad Aqil, 9 tahun. Semua mangsa kemalangan ini berasal dari Kampung Syukur, Pasir Raja, Hulu Dungun dalam perjalanan untuk menghadiri kenduri perkahwinan saudara mereka di Kampung Gong Pasir, Dungun.

Nota kaki: Salam takziah untuk semua ahli keluarga mangsa. Al fatihah.

Carian Popular Terkini:
  • kemalangan jalan raya di malaysia
  • kemalangan ngeri jalan raya
  • kemalangan maut 2012
  • kemalangan terbaru
  • berita kemalangan jalan raya
  • berita kemalangan jalan raya 2012
  • kemalangan di dungun
  • kemalangan jalan raya 2012
  • kemalangan jalan raya
  • kemalangan jalan lekas 19 2 2012

Tags: , , ,

Category: Berita, Umum

" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();

Pameran Automotif Proton Power Of 1 | <b>Bukit Besi</b> Blog

Posted: 10 Mar 2012 09:14 PM PST

Salam satu Malaysia. Pameran automotif Proton power of 1 adalah pameran kejuruteraan Proton yang terbesar di Malaysia pada masa ini. Melalui pameran ini anda akan mengetahui pelbagai informasi berkaitan tentang kejuruteraan inovatif yang ada di dalam setiap kereta Proton serta teknologi terkini yang akan dimajukan oleh Proton di masa hadapan.

Acara Dan Aktiviti Di Pameran Automotif Proton Power Of 1

  1. Pertunjukkan aksi dan demo sukan permotoran
  2. Bersama bintang sukan permotoran dan personaliti terkenal Malaysia
  3. Pameran kejuruteraan dan inovasi Proton
  4. Tawaran kereta yang tiada tandingan
  5. Peraduan sms dan menang
  6. Pameran kereta Formula 1 Lotus

Tempat Dan Tarikh Pameran Proton Power Of 1

Tarikh: 14 – 18 March 2012

Masa: 10 pagi hingga 10 malam

Tempat: Stadium Nasional, Bukit Jalil

Bayaran: Kemasukan percuma

Melalui pameran ini juga, anda akan diperkenalkan kereta Proton terbaru P3-21A yang masih belum diumumkan nama sebenarnya secara rasmi. Untuk maklumat lanjut berkaitan dengan pameran Proton ini anda boleh melayari laman web khas Proton Power of 1 yang disediakan.

Nota Kaki: Jangan lupa untuk hadir ke pameran terbesar ini kerana 3 buah kereta menanti untuk dimenangi.

Carian Popular Terkini:
  • bukit besi blog
  • pameran proton
  • tarikh kereta proton baru
  • sms & menang power of 1
  • pusat pameran proton terbesar kuala lumpur
  • pusat pameran proton selangor
  • proton power 1 showcase bukit jalil
  • pameran proton bukit
  • pameran proton 2012
  • pameran kereta inovasi proton

Tags: ,

Category: Berita, Umum

" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();
 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved