ads

Jumaat, 30 September 2011

13 di seberang takir - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di seberang takir - Google Blog Search


[ini wilayah tun azhar]: KARNIVAL 1M 1S (SEPAK TAKRAW) MSSD <b>...</b>

Posted: 29 Sep 2011 12:27 AM PDT

8 Fakta tentang kejohanan:

1. Berlangsung pada 28 Sept. 2011 bermula jam 2.30 petang. Tempatnya di mana lagi kalau tidak di SK. Seberang Takir yang menjadi hos tetap acara sepak takraw saban tahun. Tapi kira ok la. Kalau kena jadi tuan rumah acara gimnastik ke, gimrama ke, renang ke lagi pecah kepala nak fikir.

2. Penyertaan 10 buah sekolah dalam daerah Kuala Terengganu Utara. Rasanya jumlah ni tak sampai 1/3  daripada jumlah sekolah rendah di daerah Kuala Terengganu Utara ni. Sekolah lain mana. Mungkin ada kekangan masing-masing. Atau pun sebab SK. Seberang Takir ada tekong servis kuda dan 'state player' yang menjadi igauan ngeri team lain. Ala..tak kisah la 'state player' atau 'estate player'. Kita join je bagi meriah.
Seberang Takir pun masuk acara lain walaupun cap ayam je.

3. Terbahagi kepada 2 kumpulan A dan B dengan 5 pasukan setiap kumpulan. Dua pasukan teratas setiap kumpulan akan mara ke 8 terakhir. Kiraan mata ialah 25 mata dengan satu set je. Tak ada set kedua apa lagi tie break. Dius pun tak ada sebab dikategorikan sebagai 'modified game'.

4. Keputusan peringkat kumpulan:
4.1 SK. Seberang Takir vs SK. Gong Badak (25-0) menang percuma sebenarnya.
4.2 SK. Seberang Takir vs SK. Kampung Gemuroh (25-9)
4.3 SK. Seberang Takir vs SK. Padang Kemunting (25-8)
4.4 SK. Seberang Takir vs SK. Tanjung Gelam (25-8)
 *SK. Seberang Takir muncul johan kumpulan.

5. Keputusan separuh akhir:
5.1 SK. Seberang Takir vs SK. Tanjung Gelam (25-9) 

6. Keputusan akhir:
6.1 SK. Seberang Takir vs SK. Batu Rakit (25-8)

7. La..johan lagi. Alhamdulillah. Tahniah dan terima kasih pada semua yang menjayakan kejohanan. Jumpa lagi edisi akan datang.

8. Kejohanan tamat tapi medal dan sijil tak dapat. Medal dan sijil bukan diuruskan oleh hos/pengelola sebaliknya nun orang atasan di PPD. Bila ditanya, medal dan sijil belum siap. Adu..budak2 dah penat. Tapi masa penyampaian hadiah, medal pulak tak ada. Cuba bayangkan kalau Grand Prix F1 tak de medal masa penyampaian hadiah. Nasib baik penganjur ada sediakan hamper atas inisiatif Pengurus Kejohanan. Kalau tak memang hampa la..

13 di paka - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di paka - Google Blog Search


Bicara Hatiku...: kerja kebajikan <b>di PAKA</b>, trg

Posted: 01 Jul 2011 05:55 AM PDT




salam hai kwn3...

pada tanggal 30.6 hari khmis..ktorg k rumah en rosdin utk bt kerja kebajikan. seperti biasa, rumah y benar2 terpilih dan layak akan diberi sumbangan..
seperti mknn harian, klgkapan rumah,membina tandas baru dan bilik air, dan mmbt tngga.
alhamdulillah dengan kerjasama bersama rakan2 yang sgup meluangkan masa kerja kbajikan selesai sblm matahari terpacak ats kepala..

13 di besut - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di besut - Google Blog Search


Enam lelaki ditahan miliki dadah <b>di</b> sekitar <b>Besut</b> | BorneoPost <b>...</b>

Posted: 26 Sep 2011 06:18 PM PDT

Posted on September 27, 2011, Tuesday

BESUT: Polis menahan enam lelaki berumur antara 17 dan 32 tahun kerana memiliki pil kuda dan dadah jenis heroin dalam tiga lokasi berasingan yang dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Besut pada hari Rabu dan Khamis lepas.

Ketua Polis Daerah Besut, Supt Kamaruddin Mohd Zakaria berkata dalam serbuan pada kira-kira jam 8.10 pagi Rabu lalu seorang buruh berumur 25 tahun yang menetap di Kampung Tasik Tok Lebai dekat Jabi di sini ditahan setelah polis menjumpai dadah jenis pil kuda (dadah jenis methamphetamine) di rumahnya.

"Hasil pemeriksaan lanjut dibuat di dalam rumahnya, polis menjumpai sebanyak 95 biji pil kuda, daripada jumlah itu 40 biji berada dalam kocek seluarnya dan baki 55 pil berada di bilik tidur," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Beliau berkata, suspek yang berasal dari Kampung Renek di sini dipercayai bergerak aktif dalam pengedaran pil kuda sejak lima bulan lepas turut didapati positif methaphermine dalam ujian air kencing terhadapnya.

Suspek disiasat dibawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Beliau berkata, pada serbuan kedua pada Khamis, 4.20 pagi, polis menahan empat lelaki termasuk seorang pelajar sekolah menengah berumur 17 tahun.

Kesemua yang ditahan berumur dari 17 hingga 30 tahun di sebuah rumah di Kampung Bukit Puteri dekat Kuala Besut di sini, katanya.

Beliau berkata dalam serbuan itu 41 biji pil kuda dan satu botol mengandungi serbuk putih dipercayai heroin ditemui di dalam rumah didiami empat lelaki tersebut.

"Empat lelaki ini masing-masing disiasat di bawah Seksyen 12(2) ADB 1952 dan 39A(1) Akta yang sama dan 15(1) ADB setelah polis mendapati tiga daripada suspek didapati positif dadah dalam ujian air kencing manakala pelajar sekolah itu didapati negatif dalam ujian tersebut," katanya.

Pada serbuan ketiga yang dilakukan pada jam 5 pagi, Khamis, polis menahan seorang lelaki berumur 32 tahun di sebuah rumah kawasan perumahan di Kampung Raja di sini.

Suspek ditahan kerana disyaki terlibat dalam satu kes samun di Bachok, Kelantan, beliau juga turut memiliki 58 biji pil kuda dan dua botol serbuk putih dipercayai dadah jenis heroin.

Dia disiasat mengikut Seksyen 39A(1) ADB dan 15(1) ADB serta polis juga menjumpai sebilah parang di dalam kereta Proton Wira miliknya. — Bernama

13 di gong kedak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di gong kedak - Google Blog Search


Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi Kementerian Sains <b>...</b>

Posted: 20 Sep 2011 06:17 AM PDT

GONG KEDAK, TERENGGANU (20 Sept. 2011) :  Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili hari ini merasmikan bangunan Pejabat Meteorologi Gong Kedak milik Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) yang baru di Jalan Kuala Besut.

Sebelum ini Pejabat Meteorologi Gong Kedak telah menumpang di bangunan pentadbiran TUDM semenjak ia mula beroperasi pada bulan November 2004 untuk memberikan perkhidmatan meteorologi kepada TUDM Gong Kedak sempena penempatan Skuadron 11 untuk Pesawat Pejuang Sukhoi 30MKM.

 

Pejabat ini telah beroperasi sepenuhnya pada bulan Februari 2007 dan selaras dengan pertambahan fungsi, pejabat ini seterusnya berpindah ke bangunan baru pada 11 Januari 2011 bersebelahan TUDM Gong Kedak.

 

Pejabat ini bertanggungjawab membekalkan khidmat cuaca penerbangan untuk operasi penerbangan tentera udara di Kelantan dan Terengganu.

 

Di samping itu ia juga turut memberi khidmat nasihat ramalan cuaca kepada Bilik Gerakan Operasi Negeri Kelantan dan Terengganu terutama semasa musim monsun timur-laut  dan menyalurkan amaran atau maklumat berkenaan aktiviti seismik kepada Majlis Keselamatan Negeri Terengganu serta ibu pejabat Tenaga Nasional Berhad negeri untuk  memantau keselamatan Stesen Janakuasa Kenyir, Terengganu.

 

Bangunan baru ini dibina dengan kos RM4.7 juta di bawah peruntukan Rancangan Malaysia ke-9.

 

Pada masa yang sama, Menteri juga merasmikan tiga stesen meteorologi yang masing-masing terletak di Kota Bharu, Kuala Krai dan Kuala Terengganu.

 

Bersempena dengan majlis perasmian ini, beberapa aktiviti sampingan turut diadakan untuk pelajar-pelajar sekolah iaitu ceramah interaktif dan pameran yang dianjurkan oleh agensi-agensi MOSTI.

 

Dua ceramah interaktif mengenai keselamatan siber dikendalikan oleh CyberSecurity,  yang bertajuk "I Know What You Did Last Raya" dan "What Happened in Phuket" bertujuan memberikan pendedahan secara langsung kepada para pelajar agar lebih bertanggungjawab dan berwaspada semasa melayari laman sesawang.  Sebagai tambahan, METMalaysia  mengadakan ceramah yang bertajuk "Inovasi dan Kreativiti".

 

Satu pameran juga turut diadakan yang disertai oleh Agensi Angkasa Negara, Pusat Sains Negara dan Universiti Malaysia Terengganu.  METMalaysia turut memberi peluang lawatan tapak kepada masyarakat untuk melihat sendiri kemudahan yang ada di Pejabat Meteorologi Gong Kedak.


Turut hadir di majlis pelancaran tersebut ialah Timbalan Ketua Setiausaha MOSTI Prof Datin Paduka Dr Khatijah Yusoff,  Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia Dr Yap Kok Seng dan Komander Pangkalan Udara Gong Kedak Brigadier-Jeneral Mohd Fauzi Ahmad.

 

 

13 di kuala terengganu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di kuala terengganu - Google Blog Search


Video & Gambar Sekitar Ribut <b>di Kuala Terengganu</b>

Posted: 27 Sep 2011 09:28 PM PDT

 

Ya Allah, peliharakanlah Terengganu



Sejak aku kecil, aku sering dengar cerita ribut dan hujan lebat akan melanda jika diadakan majlis nyanyian atau konsert  di Terengganu. Dan aku sendiri pernah rasa begitu. Kalau ada saja konsert atau persembahan nyanyian, malam tu ribut pasti akan melanda. Kali terakhir berlaku adalah ketika roadshow Anugerah Bintang Popular di Dataran Syahbandar.

Tapi sekarang, program hiburan yang melalaikan semakin menular di negeri Terengganu. Semoga apa yang berlaku semalam dapat menyedarkan kita tentang maksiat yang semakin berleluasa di negeri Terengganu Darul Iman yang tercinta ini.Ya Allah, peliharakanlah Terengganu.

Gambar diambil dari Facebook Ustaz Azhar Idrus (Klik Sini)

13 di hulu terengganu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di hulu terengganu - Google Blog Search


JAWATAN KOSONG <b>DI</b> MAJLIS DAERAH <b>HULU TERENGGANU</b> <b>...</b>

Posted: 19 Sep 2010 08:19 AM PDT

Permohonan adalah dipelawa Warganegara Malaysia dan keutamaan kepada Rakyat Negeri Terengganu yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun dari tarikh tutup iklan bagi mengisi kekosongan jawatan-jawatan berikut:
PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA
PENOLONG ARKITEK LANDSKAP
PENOLONG  PEGAWAI SENIBINA
  • Permohonan hendaklah menggunakan Borang MDHT.TR.1 yang boleh didapati di Pejabat Majlis    Daerah Hulu Terengganu,  ATAU pemohon  boleh muat turun borang permohonan daripada   laman web Majlis Daerah Hulu Terengganu di alamat http://mdht.terengganu.gov.my .
ALAMAT PERMOHONAN
Borang yang telah lengkap diisi hendaklah ditulis nama jawatan di bahagian atas sebelah kiri sampul dan kirim ke alamat berikut:
Yang Dipertua,
Majlis Daerah Hulu Terengganu,
21700 Kuala Berang,
Hulu Terengganu.
TARIKH TUTUP : SEBELUM ATAU PADA 30 SEPTEMBER, 2010
Borang Permohonan Jawatan 
Iklan Jawatan Kosong 

13 di bukit besi - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di bukit besi - Google Blog Search


slumber + cooLfever: berbasikal ke <b>bukit besi</b> 1

Posted: 09 Sep 2011 02:32 AM PDT

hadoii.. lamer benar aku tak update blog ni. dah beberapa bulan dah.

so dengan itu aku memang konpem dah takde orang visit sini. T.T ..

takpe, ramadhan baru berakhir aku sabar ye.

mule2 aku citer dulu pasal amende yang berlaku sekitar aku dari

A sampai Z.  dari sebelum puasa sampai raye, barulah aku update

pasal mende lain.. kalau korang bosan, aku tetap nak pakse korang bace.

ok. yang pertame.

'pengalaman aku berbasikal ke bukit besi'.

alah.. berbasikal je.. tu pun nak kecoh.. ehem2. kalau setakat naik

basikal gedek2, aku pun taknak story. tapi lebih kurang sebulan yang

lepas la, kelab basikal bawah uitm ade wat satu aktiviti. kitorang

perlu berbasikal dari dungun ke bukit besi sejauh 40 km. yela, memang

takleh kalahkan pelumba2 basikal, tapi tetap jauh kan? ala kalau tak

jauh pun, korang anggap la jauh, leh aku bangga sikit ngan kudrat aku

yang mengayuh basikal letih2 ni.

kitorang bertolak pagi dalam kul 8, pastu sampai kat bukit besi dalam

pukul 11 lebih. alhamdulillah sepanjang perjalanan takde la kejadian yang

tak dingiini berlaku. cume semasa perjalanan tu ade la sekor babi

melintas jalan. orang2 yang tak penah tengok babi tu mula la kecoh2

"ehhh! tengok tu! babiii!". mungkin babi tu comel sangat kot sampai

diorang exited macam tu.




*gambar babi tak di snap sebab haramm

lepas sampai, kaum2 lelaki siap2 nak gi solat jumaat, sebab hari tu

hari jumaat. kalau hari lain, maka takde la solat jumaat. diorang balik

je dari masjid, kitorang makan. pastu gi kat tasik yang ade kat sane,

kitorang berkayak pulak. sebelum tu, kitorang berendam dulu dalam air

sambil gelak ketawa yang tak berapa comel bunyinye. pastu kitorang

diberi penerangan tentang kayak dan selepas tu, kitorang perlu naik

kayak berpasangan lelaki ngan perempuan. diorang suruh lelaki yang pilih

pasangan, so aku yang terpinggir ni menunggu je la sape2 yang datang.

alhamdulillah ade jugak lelaki yang pilih aku. maklum la, orang terpinggir.

lepas tu? nanti la sambungan entri lepas ni.. nak balik bilik la pulak..

hehee....

*korang mesti bace tau. kalau tak aku ganggu korang tiap2 malam.



 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved