ads

Sabtu, 19 Januari 2013

13 di besut - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di besut - Google Blog Search


Maria Firdaus: Projek Pembinaan Reban Ayam <b>Di Besut</b>

Posted: 16 Jan 2013 03:55 PM PST

Hari Selasa lepas, saya memulakan perjalanan untuk ke Besut, Terengganu bagi melakukan kerja kerja permulaan pembinaan reban ayam di sana. 
Rasanya, tak ramai yang tahu pasal ini.
Alhamdulillah, Allah memurahkan rezeki saya selepas dipilih untuk membina reban ayam di Besut, Terengganu. 
Syukur rasanya. Ini kerana, terdapat banyak syarikat lain yang turut menghantar Quotation kepada pemilik. Tetapi, saya yang terpilih. Alhamdulillah.
Projek ini akan bermula awal bulan Januari ini. Dijangka mengambil masa 2 bulan untuk disiapkan. Namun, ia bergantung kepada 'payment'. Kalau payment berjalan lancar, kerja pun berjalan lancar. Semoga tiada masalah dalam proses pembinaan reban ini.
Perkongsian Pengalaman Perjalanan Ke Besut
 Melalui kawasan Tasik Banding yang begitu cantik


Saya memandu all the way. Kami singgah di Machang dahulu, sebelum bertolak ke Besut pada esok pagi.


Perjalanan mengambil masa 5 jam untuk ke Machang dari Parit Buntar.


Menziarahi reban ayam open sahabat di Machang

Pemandangan dalam reban. Ayam masih belum tiba waktu ini. Beliau terpaksa berehat panjang kerana bulan 12 adalah musim hujan dan banjir di Kelantan.


Menziarahi reban tauke ayam terbesar di Machang. Berstatus jutawan pemilik reban ayam ini.


Ayam beliau baru berusia 7 & 9 hari semasa menziarahi reban ayam beliau.

Selepas menunaikan Solat Maghrib di Masjid. Saya makan malam bersama sahabat saya Okaz, di kedai makan sambil menonton perlawanan bola sepak antara Kelantan dan Johor. Masya Allah, Subhanallah. Fantik sungguh penyokong kelantan menonton bola sepak. Walaupun di kedai, tapi mereka menjerit macam ada di stadium.
Makan nasi goreng KVR yang teramat sedap di kedai ni. Memang sedap. Thanks Okaz sebab belanja saya.


Awal pagi, kami bergerak ke Besut untuk melawat tapak projek yang akan dibina reban ayam nanti.Kami membuat kerja leveling tanah. Insya Allah, minggu hadapan kerja kerja leveling tanah akan dimulakan.
 
Makan tengah hari di kedai. Okaz ambil siput ini. Masya Allah. Tak pernah tengok 'Nate' ni. Mula mula macam tak lalu nak makan. Tapi bila try, macam sedap la pulak.
Sebelah petang, bertolak pulang ke Parit Buntar. Sampai di rumah jam 8.30 malam. 
Alhamdulillah. Allah selamatkan perjalanan pergi dan balik. Semoga projek di sini berjalan lancar. Amin.
Kepada para sahabat, tolong doakan saya ya.

13 di batu rakit - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di batu rakit - Google Blog Search


Pelajar <b>di</b> DUN <b>Batu Rakit</b> terima Bantuan Persekolahan <b>...</b>

Posted: 16 Jan 2013 08:26 PM PST

Sebanyak RM2,773 Bantuan Pakaian Sekolah diagihkan kepada 2,773 pelajar sekolah rendah dan menengah terpilih di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Rakit.

Kerajaan negeri menetapkan setiap keluarga mendapat bantuan RM100 bagi setiap pelajar atau maksimum hanya untuk dua orang atau RM200 sekeluarga.

Seramai 1,697 keluarga yang berpendapatan kurang RM1,500 di DUN itu layak menerima sumbangan, membabitkan 1,524 pelajar sekolah menengah dan 1,249 pelajar sekolah rendah.

Pengagihan secara berperingkat-peringkat melibatkan tiga kawasan iaitu zon pantai, dan zon darat diagihkan berakhir minggu lalu, manakala zon pulau dijangka menerima sumbangan dalam tempoh terdekat atau bergantung kepada keadaan cuaca.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Rakit, YB Ustaz Haji Khazan Che Mat, berkata pengagihan sumbangan itu membuktikan kerajaan negeri sentiasa prihatin dan mengambil cakna tentang kebajikan rakyat.

"Walaupun pengagihan bantuan sama bakal diagihkan kerajaan Pusat, Terengganu tetap menghulurkan bantuan semata-mata tidak mahu melihat rakyat susah dan tiada lagi pelajar memakai pakaian lusuh, kasut dan beg koyak.

"Ibu bapa disaran bersama-sama kerajaan negeri mengambil cakna tentang pelajaran anak-anak masing-masing.

"Melalui pelajaran saja, keadaan kehidupan kita boleh berubah daripada miskin kepada lebih selesa dan sempurna," katanya

13 di pulau kapas - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di pulau kapas - Google Blog Search


5 Percutian <b>Pulau</b> Paling Popular Di Malaysia

Posted: 10 Jan 2013 06:41 AM PST

Top 5 Pulau yang paling popular sebagai destinasi percutiaan bagi admin sangat-sangat lah memukau mata admin dikala melancong ke sana. Di bawah ini adalah antara pulau-pulau yang wajib anda kunjungi di Malaysia. Antaranya ialah :

Pulau Kapas, Terengganu

Pulau Kapas, Terengganu tidak jauh sebenarnya dari Jeti Marang iaitu hanya sejauh 6km sahaja. Di sini cukup popular dengan aktiviti snorkeling sambil dikelilingi pantai berpasirnya yang diibaratkan umpama "kapas" yang bersih. Daripada aktiviti menyelam sambil melihat pemandangan terumbu karang di dasar laut yang cukup indah itu, anda boleh rehatkan minda dan badan anda dengan cara bersantai dan berjemur di permukaan pasirnya yang lembut dan halus itu.

Pulau Sapi, Kota Kinabalu, Sabah

Yang ini boleh kami katakan agak unik. mahu merasai pengalaman berjalan dalam air dengan memakai sut pakaian angkasawa. Anda boleh dapatkannya di sini. Hanya 15 minit dari Kota Kinabalu dengan menggunakan perkhidmatan bot.

Jikalau anda mahu menghabiskan masa sehari dengan aktiviti dan pengalaman yang mengujakan, nah….inilah destinasi yang boleh anda pertimbangkan untuk dilawati. Yuran penyertaan: RM3 untuk rakyat Malaysia, RM10 untuk warga asing

Pulau Perhentian Terengganu

Pulau perhentian, apa lagi yang boleh kami katakan. Sangat "awesome" apabila anda sendiri berada di sana. Ini umpama syurga dunia. Terletak sejauh 21 km dari Jeti Kuala Besut

Pulau Langkawi, Kedah

Pulau langkawi terletak sejauh 45 minit perjalanan dari Kuala Kedah. Pulau Langkawi cukup dikenali sebagai syurga bebas cukai dan juga merupakan destinasi mistik yang perlu banyak anda terokai sepanjang berada di sana.

Pulau Tinggi, Johor

Sebagai salah satu pulau yang jarang sekali menjadi sebutan diklaangan pelancongan tempatan mahupun pelancong asing. Malah pastinya ramai yang tidak mengetahui kewujudan pulau ini. Kedudukan Pulau Tinggi kelihatan agak tersembunyi  di hujung selatan negeri Johor.

Terletak sekitar satu jam perjalanan menaiki bot dari Jeti Tanjong Leman. Di sana, anda boleh singgah salah satu daripada 3 perkampungan nelayan di sana untuk merasai sendiri kehidupan bersama penduduk tempatan di sana sambil melihat pemandangan di sekitar pulau tersebut.

13 di ketengah jaya - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di ketengah jaya - Google Blog Search


Jawatan Kosong <b>Di KETENGAH</b> ~ GEDUNG KERJA

Posted: 13 Aug 2012 07:25 PM PDT


Permohonan daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa bagi memohon jawatan di Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) dalam Perkhidmatan Kumpulan Sokongan. Keutamaan akan diberi kepada pemohon yang menetap di Negeri Terengganu.

1. JURUTEKNIK KOMPUTER
2. PEMBANTU AM PEJABAT
3. PEKERJA AWAM

Permohonan hendaklah menggunakan Borang LKTT: 1 (Pind. 1/2010) yang boleh diperolehi di Ibu Pejabat Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun, Terengganu dan di Pejabat Cawangan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah Bandar Bukit Besi, Bandar Ketengah Jaya, Bandar Seri Bandi, Bandar Ceneh Baharu dan Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir atau dengan memuat turun dari laman sesawang, http://www.ketengah.gov.my

Permohonan hendaklah sampai kepada:-

Pengurus Besar
Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Karung Berkunci No. 3
23409 Bandar Al Muktafi Billah Shah
DUNGUN, TERENGGANU
(Bahagian Khidmat Pengurusan)

tarikh tutup permohonan sebelum atau pada 13 September 2012

Maklumat lanjut jawatan klik sini
Borang permohonan sila klik sini

13 di kemasik - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di kemasik - Google Blog Search


kursus spa murah <b>di kemasik</b> terengganu - riz beauty spa

Posted: 11 Nov 2012 11:29 PM PST

Kepada warga sebelah pantai timur ,saya berada di KEMASIK, Terengganu (berdekatan MESRA MALL) PADA 22 & 23 DECEMBER 2012. Jika anda ingin mengikuti KURSUS SPA , boleh hubungi/SMS 019-6358576-PN ROSE Tempat terhad kepada 10org sahaja.

13 di pulau wan man - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di pulau wan man - Google Blog Search


MB Minta APMT Terus Beri Komitmen Yang Terbaik | Terengganu <b>...</b>

Posted: 18 Jan 2013 07:39 PM PST

Menteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad Said berharap kakitangan Agensi Pembangunan Masyarakat Negeri Terengganu (APMT) mengumpul maklumat mengenai bacaan sikap pengundi tanpa bertolak ansur dan hanya bersandarkan andaian semata-mata kerana mahu menjaga hati serta hubungan dengan kumpulan berkenaan.

Beliau berkata sikap itu bukan sahaja menyukarkan maklumat tepat dikumpul bagi melicinkan perjalanan parti, malah boleh menjejaskan matlamat Barisan Nasional (BN) untuk memenangi kerusi dengan majoriti besar pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.

"Kita yakin dan percaya dengan kursus dan tunjuk ajar yang dijalani kakitangan sehingga hari ini, APMT mampu menjalankan tugas dengan sempurna, penuh amanah dan bertanggungjawab dengan memastikan maklumat serta laporan yang diterima adalah tepat dan bukan berasaskan andaian semata-mata.

"Saya menyerui anggota APMT mendapatkan maklumat mengenai bacaan sikap, kedudukan, isu dan sebagainya (mengenai penduduk) dengan penuh tanggungjawab tanpa mengambil kira perasaan, peribadi, ukhwah kita untuk memastikan parti ini terus dipertahankan sampai bila-bila," katanya di Majlis Makan Malam menteri Besar Bersama kakitangan APMT, di Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Kuala Terengganu, malam tadi.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, dato' Haji Mazlan Ngah; Pegawai Kewangan Negeri, Dato' Haji Abdul Razak Ismail dan Pengarah APMT, Haji Roshali Taha.

Menteri Besar berkata, dalam situasi PRU13 yang semakin hampir tidak lama lagi, perjuangan kakitangan APMT juga harus berterusan sehingga ke penghujungnya dan tidak tewas sebelum mencapai sasaran kejayaan.

"Justeru itu, dalam keadaan kita berada di persimpangan PRU13  yang semakin hampir, semua kakitangan APMT juga tidak boleh lemah dan longlai di pertengahan jalan sebelum mencapai kejayaan khususnya dalam memperjuangkan parti BN dan Umno serta memenangi PRU13  dengan majoriti yang besar.

" Demi memastikan kejayaan itu, saya berharap jentera kita dapat bergerak seiring, seirama dan sederap bagi memperkukuhkan parti dan politik kita serta menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab untuk kesinabungan parti BN dan Umno, supaya mampu dipertahankan sampai bila-bila," katanya.

Beliau berkata, semua kakitangan APMT juga harus bekerja keras, memperbaiki kelemahan dan menggandakan kekuatan bagi mencapai kejayaan dan sasaran sebenar.

13 di dungun - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di dungun - Google Blog Search


Addin: Gambar Ribut Sonamu <b>Di</b> Pantai <b>Dungun</b>?

Posted: 08 Jan 2013 06:04 PM PST

Penduduk bersyukur Sonamu tidak melanda Kuala Terengganu - Penduduk merasa bersyukur kerana ribut tropika Sonamu beserta angin kencang yang diramal membadai perairan pantai timur Semenanjung termasuk Terengganu tidak menjadi kenyataan.

Tinjauan Bernama mendapati ramai penduduk yang tinggal di kawasan pantai seperti di sini, Dungun, Kuala Ibai dan Kuala Abang yang menetap sementara di rumah saudara mara yang tinggal jauh dari kawasan pantai, sudah mula pulang ke rumah masing-masing.Namun nelayan kecil masih tidak berani ke laut ekoran angin kencang dan laut bergelora musim tengkujuh.

"Tok bersyukur tiada apa yang berlaku dan Tok yakin ini semua berkat usaha masjid, surau dan alim ulama yang tak henti-henti mengadakan sembahyang hajat sejak waktu Zohor kelmarin," kata Suri Dollah, 77, yang sudah pulang ke rumahnya di Kuala Abang yang terletak 20 meter dari pantai, setelah menumpang di rumah saudaranya.Halimah Osman, 58, menganggap cuaca paling buruk yang pernah berlaku ialah pada 1984 yang turut menyebabkan sebuah kapal kargo tersadai di perairan Tanjung Jara akibat ribut dahsyat.

"Selepas itu tidak pernah lagi ada ribut sedemikian rupa. Cuaca buruk sejak kelmarin adalah sesuatu yang biasa bagi kami yang tinggal di tepi pantai sejak kecil," katanya.Mohd Yassin Abdullah, 55, yang tinggal di pantai Kuala Ibai berkata sememangnya dia merasa takut dengan ramalan Sonamu kerana pernah mengalami peristiwa banjir besar beberapa puluh tahun dahulu.

"Tidur malam pun tidak lena dan kami telah bersiap sedia kemas sedikit sebanyak kain baju. Namun syukur bila tengok keadaan hari ini mula tenang dan laporan televisyen pun mengatakan ribut sudah semakin beredar," katanya.Nelayan Yusof Osman, 48, berkata sudah sebulan dia tidak ke laut kerana keadaan cuaca yang berisiko kepada bot-bot kecil."Ketika inilah kami membaiki bot yang rosak dan saya membantu isteri yang berniaga di warung," katanya.

Namun terdapat juga kumpulan remaja yang seakan berpesta bagi menyaksikan fenomena ombak besar."Saya datang ke Pantai Batu Buruk ini untuk menyaksikan sendiri fenomena ombak besar seperti yang dihebahkan dalam TV dan surat khabar."Saya tahu ia bahaya dan pihak berkuasa mengeluarkan amaran supaya tidak menghampiri kawasan pantai, namun saya ingin melihat sendiri fenomena alam yang luar biasa," kata Mohd Aliff Zahari, 22, yang ke pantai bersama rakan-rakannya. ~bernama


di negeri terengganu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri terengganu - Google Blog Search


Jawatan kosong 2012 <b>di</b> Suruhanjaya Perkhidmatan <b>Negeri</b> <b>...</b>

Posted: 14 Oct 2012 04:52 PM PDT

jawatan kosong 2012 Terengganu

Jawatan Kosong 2012:Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Terengganu (SPN.TR) telah ditubuhkan pada 10 Ogos 1959 di bawah Fasal 56 Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu (Bab Yang Pertama) (Pindaan) Tahun 1959.Di bawah Perkara 56 (9) Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Negeri Terengganu (Bab Yang Pertama)(Pindaan)Tahun 1956, Suruhanjaya bertanggungjawab terhadap perlantikan,  pengesahan dalam perkhidmatan, pemberian taraf berpencen dan menjalankan kawalan tatatertib anggota perkhidmatan yang di bawah bidangkuasanya.

Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Terengganu (SPN.TR) dengan ini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk memohon jawatan yang berikut:-

1. Pembantu Pertanian G17

2. Renjer Hutan G17

3. Pengawas Hutan G11

4. Setiausaha Pejabat N27

Tarikh akhir permohonan adalah pada 12 Nov 2012

Sila klik sini untuk maklumat penuh dan sumber iklan jawatan kosong 2012 ini.
Sila klik sini untuk permohonan secara online.

———————————————————————————————-

Jgn ketinggalan utk mendapatkan pemberitahuan jwtn kosong di negeri anda.Isikan langganan email di sini
->> http://bit.ly/QH82aX

———————————————————————————————–

Jawatan Kosong 2012

You can leave a response, or trackback from your own site.

13 di chukai - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di chukai - Google Blog Search


Errah Najwa: Sekitar Banjir <b>di</b> Kampung Bukit Mentok, <b>Chukai</b> <b>...</b>

Posted: 28 Dec 2012 08:58 PM PST

Banjir 25.12.2012~29.12.2012
Banjir terburuk setelah berpuluh-puluh tahun di kawasan Chukai, Kemaman. Ini kawasan depan rumah aku, Kampung Bukit Mentok. 3 hari elektrik ditutup disebabkan paras air yang semakin meningkat ke paras bahaya. Semalam baru on elektrik dan hari ni air dah semakin surut. Syukur Alhamdulillah. Operasi membasuh dan mengemas rumah pulak.
 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved