ads

Jumaat, 1 Februari 2013

13 di marang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di marang - Google Blog Search


Majlis akad nikah dan kenduri adik <b>di Marang</b> Terengganu

Posted: 28 Jan 2013 10:15 PM PST

kami bertolak dari temerloh pukul 8 pagi....dalam perjalanan tu aircond pulak wat hal huhuhuh...apalagi bersauna lah kita dalam kereta selama 4 jam  huhuhu....sib baik aircond belakang exora berfungsi cuma depan je panas, sib baik ayie tak terus pakai baju melayu kalau tak mmg basah dek peluh.
Singgah di cherating gerai depan Legend Cherating for bekfes.  lepas tu straigh ke KT...sampai pukul 1 tengahari terus ke bengkel kereta depan esplanade....sejam lebih jugak kat situ. kena berapa? huhuh RM400 ++ uwaaaaaa....lepas ok tu terus ke Chabang 3 utk amik kunci homestay. Kemudian ikut owner pegi ke homestay di kg losong masjid (boleh tgk sini ye)
mmg besar rumah ni..atas 3 bilik 2 bilik air, satu hal satu dapur...mmg besar, bawah pun sama.. kami sempat mandi dan siap2 terus ke pantai batu buruk utk jumpa rombongan dari tepeng. pukul 4 baru sampai maka tak sempat le bawak diaorg mandi manda...kakak den anak beranak berjeans dan blouse you huhuhu...sib baik my sis, mak dan we pakai jubah ..
rombongan dari johor, kemaman dan lumut belum sampai...jadi kami pergi dulu sebab akad nikah pukul 5 petang.
sampai je duduk sekejap majlis pun bermula...alhamdulillah adik saya selamat dinikahkan dengan sekali lafaz :)

saudara dari johor tiba lepas akad nikah..kesian diaorg sesat...mungkin instruction kami tak berapa clear yelah kami bukan org situ tak berapa familiar...tapi syukur semuanya selamat.
malam tu kami ke masjid kristal...takut siang tak sempat...
balik tu anak2 semua terbongkang tido tapi mak mak kena siapkan hantaran...rugi tak amik gambarkan..
bila duduk sembang ngan mak sedara dan sepupu2 mulalah teringat zaman2 kecik2 dulu kat 2193 Jalan Satu      
Kg. Melayu Majidee....huhuh dulu mmg selalu lah duduk berkumpul mcm ni..meriah sgt...ni pun tak semua ada...kalo semua ada lagi riuh le gamaknya ngeee...
esoknya bangun tido siap2 terus ke pasar payang..memborong apa yg patut...kain batik ada...sutera ada...bawal ada..keropok ada...terserempak mentua saya kat sini diaorg tidur seri malaysia KT. Sempat le memborong serba sedikit...sedikit????? huahahahahha :P
balik tu terus bersiap nak gi kenduri plak. kenduri lepas solat jumaat. Berarak dari surau kat simpang jalan ke rumah pengantin
 lepas kenduri kami pun beraktvt jalan2...sedara mara dari johor / lumut bertolak lepas kenduri ke kemaman rumah sepupu saya deli baru bertolak balik...busu sekeluarga dan kami tinggal..destinasi jalan2 pertama..NOOR ARFA BATIK :)

sempat le memborong sikit2 ngeee :P....kemudian ke pantai batu burok

balik kami siap2...pergi makan...zzzzzz......seronoks..... :D

13 di pulau redang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di pulau redang - Google Blog Search


light|shadow: Cuti-Cuti <b>Di Pulau Redang</b>

Posted: 29 May 2012 06:34 AM PDT

It's a 3 days trip. Dari 26-28 Mei. Sebenarnya percutian ke Pulau Redang ni hanya dirancang beberapa hari sebelum hari kejadian. Mencanak kau nak cari pakej yang still available, tambah pulak kami semuanya 12 orang. Last² dapat la jugak dengan satu travel agent ni, itu pun sebab ada orang cancel last minute. Jadi tercapailah hasrat kami nak bercuti di Pulau Redang...
Nampak tak ke-eksaited-an-nya kat situ?

Okay, 1st day lepas dah setel check in semua, brader² kat situ terus panggil kitorang pergi snorkeling. Memang sepanjang kat sana, kebanyakan masa dihabiskan dengan ber-snorkeling tapi sebenarnya boleh pilih nak pergi ke tak cuma rasa rugi la pulak kalau tak pergi kan... Lagi pun setiap trip tu lokasi dia berbeza. Untuk trip yang pertama ni kami dibawa ke Tanjung Tengah.

Pemandangan kat Pulau Redang ni memang superb dengan airnya yang kristal jelas. Tambah teruja bila dapat tengok coral kat depan mata cuma sedih sikit sebab dah banyak yang mati. 

First time snorkeling...nasib baiklah penulis ni 'pandai' berenang, dapatlah telan air laut 2 3 teguk buat tambah zat mineral dalam badan. Hehu.

Sesi tempek bedak sejuk. 

Tiap kali nak pergi snorkeling dah kira wajib apply sunblock, kalau tak konpem terbakor lah muka. Walaupun kulit muka I ni tak halus mulus macam Rozita Che Wan, tapi tetap kena jaga tau... Jadi penulis nasihatkan sesiapa yang nak bercuti kat pulau or pantai tu, pastikan sunblock ada dalam list yang korang nak bawak.
Malamnya just jalan² sekitar Pasir Panjang. Yang paling penulis suka ialah bila dapat landing atas kerusi santai kat tepi pantai tu dengan angin sepoi² bahasa. Memang masyuk der... Tapi baru je mata ni nak terlelap, datang pulak segerombolan mamat dengan minah mabuk datang terkinja-kinja macam monyet sarkis. Terpaksalah sambung tidur kat bilik jer. 

2nd day kami dibawa ke Marine Park. Tempat ni paling banyak ikan warna-warni. So I've come prepared. Awal² lagi dah songlap seberapa banyak roti time breakfast. Bukan roti je, cekodok pun gua masuk poket. Muahaha..


Perasaan pabila tangan digigit manja tidak dapat diluahkan dengan kata-kata. Cewah, puitis ko Syam! Oh, nampak tak ikan besar kat belah kiri tu? Nama ikan tu Titan triggerfish. Kalau sayang tangan, sila jauhkan diri anda dari beliau sebab gigi beliau amat tajam. Kalau tak sayang, silakan lempang beliau dan kita lihat siapa yang kena~
Tak lepaskan peluang bergambar kenangan dengan 'Nabil'. 

Lupa pulak nak bagitau kat korang, brader kat tengah tu adalah salah sorang lifeguard yang bawak kitorang masa snorkeling trip itu hari tapi tak tahu pulak apa nama betul dia. Orangnya sangat peramah & suka buat lawak. Maybe sebab tu la budak² kecik yang satu trip dengan kitorang tu semuanya panggil dia Abang Nabil walaupun penulis nampak muka dia sebijik macam Khir Rahman. Kan?
Sebelah petang, another snorkeling trip. Kali ni cuma 5 of us je yang pergi, yang lain nak bersantai kat depan chalet je. Lokasi terakhir adalah di Tanjung Mak Cantik. Mula² turun dari bot tu terus jenguk kat bawah. Pergh...dalam siot! Cepat² berenang katak comel ke tepian pantai. Kat sini kitorang diberi masa lebih kurang 1 jam setengah so ber-snorkeling lah sampai puas.
Adam & Adib's epic sandcastle.

Kalau korang nak tahu, ada 3 area yang utama kat Pulau Redang ni antaranya Pasir Panjang, Teluk Kalong dan Teluk Dalam. Chalet yang kitorang duduk ni namanya Redang Lagoon & terletak di area Pasir Panjang. Penulis rasa kat Redang Lagoon ni je yang ramai orang Melayu, kat lain kebanyakannya Chinese. So, kalau next time datang sini, penulis akan pilih chalet ni lagi. Lagipun pemilik dia orang Melayu jadi tak perlu bimbang pasal makanan halal ke tak & dewan makan dia tak jual arak. Tu yang penting.

For ur info, pakej yang kitorang ambil ni rate dia RM355 untuk dewasa & RM180 untuk kanak-kanak termasuk 3 trip snokeling dengan BBQ. Tapi kalau nak snorkeling, kena tambah lagi dalam RM20 sorang untuk sewa mask, snorkel & life jacket.


Malam last before balik tu ada BBQ. Makan cara buffet & kena berBBQ sendiri. Maksudnya sebelum dapat makan udang, ayam or ikan, kena la makan asap dulu. Hehe...

3rd day tak banyak aktiviti pun. Cuma bersiap-siap untuk pulang ke Jeti Syahbandar.

Good-bye Redang, I know you'll be missing me...

P/S: Sepanjang bercuti kat Pulau Redang ni, penulis sangat bengang dengan pihak resort sebelah sebab belum masuk waktu maghrib lagi dah start pasang lagu disco kuat². Sampaikan time solat tu, lantai rancak bergegar. Hmm...

13 di besut - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di besut - Google Blog Search


Red Velvet <b>Di Besut</b>. | Syazwan Che Deraman

Posted: 06 Dec 2012 04:51 AM PST

Nok dekat 4-5 hari jugok ambo dok die dale blog ni. Bukae apo, ambo tak berapo sihat bena 3, 4 hari nihhh. Keh main futsal lah nih, dae ore ajok main gakkk, haaaaa, tok kabar ingat doh, streching pong tok, warm up pong tokkk..ore suruh masuk court, kito pakat masok jahh, mugo team student ambo pilih doh. Pastu mula lah, raso nok reboh maso main, dale perut ni gak, seroo panah semacce jahh..Aaahhh, tok kiro, selagi tok reboh, ambo nyepak kot mano mano pong..
Ambikk nok, 2 hari lepah tuh, nak jalae pong payoh..habis urat badae sero terik jah, dari tapok kaki, naik pah betihh, gi pah poho, punggung pon sero sakit, naik pah pingge, pastu ngesuttt kat atas belakae..tamboh pulok nge sakit tekok nge jerawat dale telingo..sakit sakit...ambo demae koott..bad mood jah, adik masuk bilik ata baju pong ambo marohhh..dek pong tok ketuk bilik maso masuk..ambo tokleh bena ore lagu tuh.
Nok royak bendo ni, hari tu, ambo ado odar kek red velvet. nok bui ko Shuhada, lamo jamae doh dio nok..sebelum ni, ambo gi cari rato rato kat kedai kek, ore jual kek pon pelik, gonamo kek red velvet, hooohh, mari angin sungguh, tok kae ore jual kek pon tok kenal namo kek, kek angry bird jual pulokkk!!..baso gong...dok lamo lepah tu, baru ambo sedar, kek goni ore tok jual kedaii..ore buat di rumoh jah..kironya homemade laaa..hoooooo..gitu..pah gak, dale kapong ambo ni, ado ko ore nego kek?
malu bena nok tunjuk gambar ado i love you ni..jange suko ko ambo deh..sedaakkk.
Suko bena dio make kek goni. Ambo make tigo jahh..13 lagi ko dio sore..gilo kek doh gewe ambo nihh..memea pesen dio dohh..bab kek gakk, nombor satu..mujur gilo kek, kalo keno ko hok gilo beg beg mahal, baju mahal mahal..pah ko ambo jadi giloo..hahahahha..Hok mano sero nok tepoh nge make kek baldu meroh ni, kalo sero dok area besut ko, pasir puteh ko, koto bharu ko, adik kakok buleh singgoh blog.
http://amalia-chocolate-cupcake.blogspot.com/
sero sedak pulok tulih gini..sero buleh lepas semo.tapi sie kokre lain la hok nok baco. 
pahae dok?
sekali sekalo tok apo dok?

13 di batu rakit - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di batu rakit - Google Blog Search


Banner PAS DUN <b>Batu Rakit</b> disabotaj

Posted: 22 Jan 2013 01:43 AM PST


22 JAN 2013 -  Satu laporan polis telah dibuat ekoran kegiatan sabotaj banner Parti Islam Semalaysia( DUN Batu Rakit) semalam di Balai Polis Batu Rakit. Laporan telah dibuat oleh Saudara Adnan selaku Timbalan Ketua Penerangan PAS DUN Batu Rakit bersama-sama saudara Afandi Setiausaha PAS Cawangan Maras. Kebelakangan ini senario seperti ini sering berlaku ke atas parti gabungan PR.  Satu solat hajat akan khusus diadakan pada  malam munajat (24/1/2013)di Surau Al Khautsar Maras ke atas kejadian ini. Akan didoakan moga-moga pihak yang bertanggungjawab itu akan dibuka pintu hati menyokong dan bekerjasama dengan gerakan ISLAM(PAS).



13 di hulu terengganu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di hulu terengganu - Google Blog Search


ICT Dan i-City <b>Kuala Terengganu</b> | Hidup Biar Sedap

Posted: 04 Jan 2013 08:08 PM PST

Ni cerita percutian hujung tahun ke Pantai Timur yang tak habis lagi. Selepas ke Muzium Sungai Lembing , ke Muzium Sultan Abu Bakar, Pekan , melawat Tanjung Agas dan makan Murtabak Mengkasar, kami  check out dari Legend Resort Cherating dan meneruskan perjalanan ke Kuala Terengganu.

Saya merancang untuk balik ke KL melalui Kuala Terengganu dan suami akan terus balik ke tempat kerja di Hulu Terengganu.

Dari Cherating ke Kuala Terengganu lebih kurang 170 KM .

Dijangkakan kesesakan teruk  kerana  projek pembinaan jambatan baru Bukit Kuang, kami mengambil jalan alternatif  Chukai- Kampung Ibok- Kijal .  Bukannya pernah lalu pun jalan tu, tapi sempat baca papantanda jalan alternatif ke Kuala Terengganu.

Bila lalu jalan ni, terjumpa Taman Rekreasi dan Mini Zoo Kemaman yang terletak di Kampung Ibok/Bukit Takal. Baru bercadang-cadang nak berhenti, hujan turun betul-betul di depan mini zoo.

Sampai di Kuala Terengganu hampir jam 5.00 petang.  Cari hotel yang berdekatan stesen bas kerana senang nak balik ke KL esok paginya.  Lepas Check in di DJ Citi Point Hotel Kuala Terengganu, kami mengoogle maps mencari Teluk Ketapang. Kata orang ada ICT di situ. Orang bercerita tempat ini sangat popular di Kuala Terengganu kerana menu ICTnya.

Hari hotel,  melalui Jambatan Tengku Mizan .  Selepas jambatan, belok kanan ke arah Seberang Takir.  Teluk Ketapang berdekatan Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu.

ICT Pok LOngAkhirnya sampai sejam sebelum kedai ditutup. ICT – Ikan Celup Tepung Pok Long, Teluk Ketapang.

Memang ramai orang walaupun hujan selebat-lebatnya.  Bukan saja kereta persendirian,  pelawat dengan bas pelancongan pun ada.

ikan celup tepungKalau kat sini, memang tak 'lalu' sangat nak makan ikan celup tepung.  Maklum ikan dah seminggu sejuk beku.  Tapi di sini ikan dan makanan laut sangat segar.   Kami ambil kan kembung dan ikan pari celup tepung.

udang goreng tepung sedapUdang Celup Tepung ini sepinggan RM 5

keropok losong sedapKeropok ikan .  Kalau kat sini kita makan keropok tepung perasa ikan.  Kat ICT Pok Lang,  memang keropok ikan yang betul-betul mengandungi  kandungan ikan.  Satu tu harganya RM 0.50.  Sos cicah pun sedap.

Kami juga ambil sotong celup tepung.  Tak sempat nak ambil banyak gambar kerana melayan nafsu…hiks!

Tetapi…….  Kuala Terengganu memang mempunyai i-Citynya.

Balik dari Teluk Ketapang , kami luangkan masa pusing-pusing bandar Kuala Terengganu.

kuala terengganu waktu malamNampak saja pokok berlampu warna warni , mesti akan cakap i-city.

lampu ictLokasinya terletak di Pulau Warisan , Jalan Hiliran berdekatan dengan Chinatown.  Kuala Terengganu .   Saya tak pernah ke i-City Shah Alam walaupun dekat , tetapi dapat pula melawat i-City Kuala Terengganu walaupun tidaklah sehebat i-City Shah Alam.

Yang pasti percuma, tak semahal i-city Shah Alam.  Parking pun percuma.

tempat menarik di  kuala terengganuMerentangi terusan ini ada satu jambatan besi yang cantik.  Bukan Putrajaya saja ada jambatan gagah menarik, Kuala Terengganu pun ada.

penyu terengganu Penyu pun ada kat Kuala Terengganu.  Kedudukan tersorok arca ini masih dapat kami kesan!

kampung cina di kuala terengganuPulau Warisan ini terletak di belakang Kampung   Cina  di muara Kuala Terengganu berselebelahan  Hotel Seri Malaysia Kuala Terengganu

jagung bakar

Dua kali pusing melalui kawasan ini, kami ke Pantai Batu Buruk.  Beli jagung bakar dan  luangkan 15 minit di pesisir pantai ini.

Kuala Terengganu betul-betul ada i-city  dan ICT ( Ikan Celup Tepung )

©kujie – ada banyak gambar tetapi tak berapa rajin nak menulis. :(

13 di kemaman - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di kemaman - Google Blog Search


T E G A N U K I TA: RM900 juta bina loji air <b>di Kemaman</b> dan Kuala <b>...</b>

Posted: 17 Jan 2013 12:19 AM PST

Oleh; Esah Abdullah

Kerajaan negeri merancang membina dua loji rawatan air baru di daerah Kemaman dan Kuala Terengganu Utara bagi menampung permintaan yang semakin meningkat dari pengguna industri dan domestik.

Menteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad Said berkata, kerajaan sedar isu-isu bekalan air yang paling kritikal dihadapi penduduk di daerah Kemaman dan Kuala Terengganu Utara dan memerlukan tindakan segera kerajaan.

"Peruntukan keseluruhan bagi pembinaan dua loji berkenaan berjumlah RM900 juta," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Sambutan Hari Kualiti Syarikat Air Terenganu Sdn Bhd (SATU) di Wisma Darul Iman hari ini.


Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Dato Haji Mazlan Ngah; Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Haji Za'abar Mohd Adib; Ahli lembaga Pengarah SATU YB Haji Alias Abdullah dan Ketua Pegawai Eksekutif SATU, Haji Husain Embong.

"Kemaman merupakan kawasan perindustrian dan pertumbuhan yang pesat selain loji baru juga memerlukan satu kawasan tangkungan air bagi menampung keperluan pengguna di daerah itu dengan kos RM500 juta.

"RM400 juta bagi pembinaan loji di Kuala Terengganu Utara yang turut mengalami limpahan pembangunan kerana akan diisytiharkan sebagai daerah baru tidak lama lagi," katanya.

Menurut Menteri Besar, setakat ini kerajaan telah melantik perunding bagi menyediakan rekabentuk terperinci dan penyediaan kontrak bagi emmpercepatkan pelaksanaannya yang dijangka siap pada 2017.

"Kita juga sedang membuat perundingan dengan pihak Permodalan Aset Air Berhad (PAAB) bagi menentukan pembiayaan modal bagi projek-projek infrastruktur bekalan air ," katanya.

 

13 di kemasik - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di kemasik - Google Blog Search


Cerita Orang Kita: 4 Maut kemalangan <b>di</b> depan IKBN <b>Kemasik</b>

Posted: 23 Dec 2012 02:05 AM PST


[DIEMAS KINI 1.45 PETANG] KEMAMAN - Empat mangsa dari satu keluarga rentung dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan bas ekspres di depan IKBN Kemasik di sini kira-kira jam 1 pagi tadi.
Kesemua empat mangsa yang rentung merupakan pemandu kereta dan tiga penumpangnya.
Pemandu yang terbunuh dikenali sebagai Sabiren Sulaiman, 45; dari Batu Pahat, Johor; isterinya, Halina Said, 40; dan dua anak mereka Siti Khalijah, 12 dan Siti Aishah.

Mohd Sabiren merupakan seorang guru.
Dalam pada itu, Ketua Polis Terengganu Datuk Jamshah Mustapa dipetikBernama berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 pagi, keempat-empat beranak itu terperangkap di dalam kereta Kia Sephia yang mereka naiki, mengakibatkan kereta itu terbakar dan seterusnya membakar bas ekspres terbabit yang dinaiki lapan penumpang.
Katanya, kemalangan itu dipercayai berlaku apabila kereta yang dinaiki keluarga terbabit dari arah Kuantan menghala ke Dungun dipercayai hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan dan merempuh bas berkenaan.
Beliau berkata, kereta itu bertembung dengan bas ekspres dari Kota Baharu, Kelantan menuju ke Melaka sebelum kereta itu diseret
bas ekspres kira-kira 30 meter sehingga ke kaki lima jalan.
"Pertembungan itu mengakibatkan kereta yang dinaiki keluarga malang itu terbakar sebelum api menyambar dan membakar hampir keseluruhan bas ekspres," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Empat beranak itu dalam perjalanan pulang dari Kuala Lumpur ke Dungun selepas menghantar anaknya menyertai pertandingan catur.

13 di jabor - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di jabor - Google Blog Search


Tiada mangsa korban tanah runtuh <b>di Jabor</b> | Dungun Online Cable <b>...</b>

Posted: 26 Dec 2012 03:18 AM PST

KEMAMAN 26 Dis. – Jalan masuk utama Jabor-Jerangau ke Air Puteh di Kilometer 139 kini sudah boleh digunakan selepas kerja membaik pulih jalan terbabit yang terjejas akibat runtuhan tanah awal pagi ini selesai dijalankan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).

Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Che Suza Che Hitam ketika dihubungi Bernama berkata, jalan tersebut dibuka kira-kira 5 petang ini dan turut terbabit dalam runtuhan tanah itu ialah sebuah lori dan lima kenderaan jenis sedan.

"Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu dan kini jalan sudah boleh dilalui semua jenis kenderaan," katanya.

Katanya dalam kejadian kira-kira 3.30 pagi ini tebing jalan setinggi 12 meter runtuh dan menimbusi jalan sepanjang 50 meter.

Menurutnya runtuhan itu dipercayai berpunca daripada hujan lebat sehingga menyebabkan berlaku pergerakan tanah. – BERNAMA

teganuku: Polis - Tiada Mangsa Korban Tanah Runtuh <b>Di Jabor</b>

Posted: 26 Dec 2012 06:50 AM PST

Jalan masuk utama Jabor-Jerangau ke Air Puteh di Kilometer 139 kini sudah boleh digunakan selepas kerja membaik pulih jalan terbabit yang terjejas akibat runtuhan tanah awal pagi ini selesai dijalankan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).

Lapan buah kereta tertimbus apabila tebing jalan masuk utama Jabor-Jerangau ke Jalan Air Puteh di kilometer 139 di Kemaman  runtuh, berikutan hujan lebat berterusan di kawasan itu, awal hari ini.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Supt Che Suza Che Hitam berkata, jalan tersebut dibuka kira-kira 5 petang ini dan turut terbabit dalam runtuhan tanah itu ialah sebuah lori dan lima kenderaan jenis sedan.


"Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu dan kini jalan sudah boleh dilalui semua jenis kenderaan," katanya.

Dalam kejadian kira-kira 3.30 pagi ini tebing jalan setinggi 12 meter runtuh dan menimbusi jalan sepanjang 50 meter.

Tebing jalan runtuh kira-kira 3.30 pagi ini lalu menghempap kenderaan-kenderaan terbabit yang diletakkan di kawasan berkenaan.

"Kita khuatir kemungkinan ada orang yang tidur di dalam kereta yang tertimbus itu," katanya sebelum ini.

Che Suza berkata  pihaknya menghubungi Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi membantu kerja-kerja membersihkan kawasan yang tertimbus menggunakan jentolak.

Katanya kejadian itu berikutan hujan lebat berterusan menyebabkan pergerakan tanah di kawasan itu.

Menurutnya runtuhan itu dipercayai berpunca daripada hujan lebat sehingga menyebabkan berlaku pergerakan tanah.

13 di jerteh - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di jerteh - Google Blog Search


UMNO Online - UMNO <b>Besut</b> Lancar Gerak Kerja Peti Undi

Posted: 13 Jan 2013 07:03 AM PST

Kategori Dari Bahagian

UMNO Besut Lancar Gerak Kerja Peti Undi

BESUT, 13 Jan – UMNO Bahagian Besut melancarkan gerak kerja peti undi dalam usaha memastikan Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerusi Parlimen Besut dan empat kerusi Dewan Undangan Negeri dalam kawasan Parlimen itu pada pilihan raya umum ke-13.

Ketuanya Datuk Seri Idris Jusoh berkata UMNO bahagian akan memastikan semua yang terlibat dalam jawatankuasa peti undi mengerakkan kerja, mengemas kini fail serta menceriakan bilik gerakan masing-masing.

Beliau berkata sekarang adalah masa paling sesuai untuk setiap pemimpin dan anggota parti bekerja secara serius, fokus dan bijak akal menjelang pilihan raya umum akan datang.

"Kami akan membuktikan kemenangan dua pertiga akan berpihak kepada calon BN di Besut pada PRU-13 ini dan seterusnya membantu Terengganu kekal di tangan BN lagi", katanya selepas melancarkan gerak kerja peti undi kawasan Jerteh di Bandar Jerteh malam tadi.

Idris berkata UMNO Bahagian Besut mempunyai cara sendiri dalam menawan hati pengundi di Besut dan setakat pemantauan sekarang ianya berpihak kepada BN.

Berita Bertarikh Pada 13 January 2013 11:03 PM

TENIS KETARA- AHLI MASA CUTI SEKOLAH <b>DI JERTEH</b>

Posted: 10 Dec 2012 04:38 AM PST

Susahnya nak main tenis kat Jerteh....biarpun ada court.....playernya tiada..

Mujurlah sahabat-sahabat yang duk luar jerteh...balik masa cuti sekolah...ada juga aktiviti

Court BETA nak tambah 2 lagi..akan jadi 4 semuanya dalam tahun ni juga...so akan bertambahlah gelanggang tenis di Besut...

Tapi agak jauh bagi yang tinggal di Jerteh macam aku nih.....

Tapi kalau dah takdak player..kena gi main sana jugalah nampak gayanya...

Antara aktiviti masa cuti,player dari luar Jerteh ..mengajar di Ampang ,Kuala Lumpur..
si Hamdan dari Kg Apal Jerteh....

 CG Hamdan dr Kuala Lumpur...ore Besut jah....


Bersama sahabat lama kat maktab dulu...jupo masa cuti sekolah jah...
buat rumah di besut dah...mengajar di Perak lagi....payah nak masuk Besut..
Syukur ambo boleh duduk tempat ok dah....

13 di pulau bidong - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di pulau bidong - Google Blog Search


Menyelusuri sejarah dan khazanah laut <b>di Pulau Bidong</b>, Terengganu

Posted: 09 Oct 2012 08:09 PM PDT

Alhamdulillah dah masuk bulan baru, dah agak lama takde blog update, was not in the line with internet last few days since pergi bertapa for a few days in Pulau Bidong, Terengganu. So, i will bring u together to know about what is "Bidong Island"..okey??!!
 painted for hypermarket :)
Secara ringkas, Pulau Bidong pernah menjadi kem pelarian vietnam dan digelar Mini Saigon ini mempunyai sejarah yang tersendiri. Dan pulau yang sememangnya terkenal dengan keindahan alam semulajadi serta keunikan terumbu karang yang masih terpelihara ini sering menjadi tumpuan pelancong terutama bagi mereka yang menggemari aktiviti selaman skuba.
Pulau Bidong ni sebenarnya hanya merupakan sebuah pulau kecil yang terletak 45km di luar pantai Terengganu dan berada di Laut China Selatan.  Pada 8ogos 1978, pulau terbabit telah dijadikan tapak peralihan pelarian perang dari Vietnam. Dan pada tahun 1991, kesemua pelarian Vietnam telah dipindahkan ke negara-negara Eropah, seperti di Amerika Syarikat, Kanada dan lain-lain.
Dan kini, pulau bidong telah dijadikan pulan warisan negeri dan diwartakan kepada Universiti Malaysia Terengganu UMT bagi dijadikan pusat penyelidikan, khususnya membabitkan hidupan marin.
Status pulau yang tidak berpenghuni ini, menjadikan pulau ini agak terpencil dan tersorok, malah kalau nak datang untuk scuba diving pun, kena minta kebenaran dari pihak UMT, ini kerana Pulau Bidong bukan lah pulau yang dibuka secara "open" kepada pelancong, dan terhad, bagi memastikan kawasan di pulau Bidong ini dijaga, banyak program konservasi dan pemeliharan dijalankan di pulau ini. Salah satunya, dengan tidak membina sebarang resorts di kawasan ini... Banyak juga kesan tinggalan pelarian Vietnam yang masih ada di Pulau Bidong. Ada divers yang saya tanya memberitahu, kalau mereka dive di dasar laut, ada lagi mereka temui pelbagai barangan milik pelarian vietnam.
Walaubagaimanapun, pembinaan Galeri Dasar Laut yang terletak pada kedalaman 16 meter di dasar laut ini lah menjadi tarikan penyelam untuk datang ke pulau bidong, disamping dengan corals nya yang amsih terpelihara. Galeri Dasar Laut ini dibina hasil kerjasama Yayasan Coral Malaysia dengan kerjasama Kerajaan Negeri Terengganu.
Banyak sebenarnya keunikan yang ada di Pulau Bidong ni, selain nilai sejarahnya, keunikan serta keindahan terumbu karang yang ada di Pulau Bidong, memang tak dapat dinafikan. memang cantik. sebab itu pulau ini menjadi salah satu lokasi wajib bagi penggemar selam skuba. More to explore in Bidong Island.
 bersama rakan-rakan media.
 dengar elok-elok, jangan silap langkah lak! 
 tu dia, semangat saya mendengar taklimat sebelum menyelam :) 
wooww! i am so amazing..do i? eh..eh..dia ni... 
Program Save our Sea, Say No to plastic by yayasan coral Malaysia dengan kerjasama state government KPDNKK dan a few lagi agensi memberi peluang kepada saya untuk mencuba aktiviti selam skuba ni, it was very wonderful.
And bukan senang you all nak dive ni, berkali-kali timbul ke permukaan, gara-gara tak reti nak equalize, seksa sangat at my first try.... tapi bila dah tahu baru lah slowly boleh turun ke bawah.. Anyway it was really fun, and insyaAllah next trip akan join depa lagi. Best!
p/s: will come again to Bidong, insyaAllah :)

T E G A N U K I TA: Pelancong Vietnam `pulang&#39; ke <b>Pulau Bidong</b>

Posted: 22 Jan 2013 09:10 PM PST

Oleh: Aida Abd Rahman

Seramai 300 pelancong dari Vietnam dijangka pulang ke bekas penempatan mereka suatu masa dulu - Pulau Bidong, sebaik sahaja pulau itu mula dibuka kepada pelawat, pada Mac ini.

Pelancong berkenaan bakal mengunjungi pulau yang terletak 40 kilometer dari bandar Kuala Terengganu menerusi usaha dan kerjasama Dewan Perniagaan Cina Terengganu (DPCT) sempena Tahun Melawat Terengganu (TMT) 2013.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, Datuk Abdul Rahin Mohd Said, berkata pelancong dari Vietnam berkenaan berhasrat untuk melawat lokasi yang pernah menjadi kem pelarian mereka sebelum kawasan itu ditutup dan diserahkan kepada Kerajaan Terengganu pada 1991.

"Kehidupan mereka kini sudah berubah dan senang. Mereka datang semula untuk melihat monumen seperti kubur dan sebagainya yang terdapat di situ.

"Kerajaan negeri membenarkan mereka yang kebanyakannya dari Amerika Syarikat membuat lawatan ke pulau itu sebaik sahaja pulau itu dibuka kepada pelawat bermula Mac nanti," katanya, baru-baru ini.

Datuk Abdul Rahin berkata, kerajaan negeri akan memastikan pelancong dapat mematuhi peraturan dan mekanisme yang ditetapkan bagi mengelakkan pencemaran alam, memulihara serta mengekalkan keindahan khazanah berharga di pulau itu.

Katanya, kerajaan memperuntukkan RM200,000 bagi membersih dan mengekalkan keindahan alam semula jadi, flora dan monumen bersejarah di situ tanpa melakukan nilai tambah kepada bahan peninggalan lama itu.

"Untuk membangunkan monumen yang menjadi mercu tanda yang mengambil kira etnik serta asal usul pelarian Vietnam di Pulau Bidong sebagaimana cadangan, kita menerima bantahan daripada G to G (antara kerajaan dengan kerajaan).

"Dalam hal ini, kita bercermat dalam aspek itu supaya tidak mengeruhkan keadaan. Setakat ini, kita benarkan mereka datang untuk menziarahi kubur dan monumen yang terdapat di situ sahaja," katanya.


kopi-n-pes: <b>Pulau Bidong</b>

Posted: 03 Dec 2012 04:59 PM PST

Pulau Bidong terletak kira-kira 39 kilometer dari Kuala Terengganu.

Pulau Bidong merupakan tempat di mana 121 pelarian hanyut Vietnam pertama sampai pada Ogos 1978.

Ia kemudian menjadi pusat perlindungan bagi pelarian hanyut Vietnam sehingga tahun 1991.

Pulau Bidong pernah menempatkan sehingga 40,000 pelarian hanyut Vietnam pada tahun 1979.

Kira-kira 250,000 pelarian ada di pulau tersebut pada tahun 1991 sebelum dihantar ke Amerika Syarikat, Kanada, Australia dan Perancis.

Seramai 4,535 bayi dilahirkan di Pulau Bidong semasa penempatan pelarian hanyut Vietnam.

Pulau Bidong kini menjadi Pusat Penyelidikan Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

-Kosmo!

13 di dungun - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di dungun - Google Blog Search


ZAKRI ALI: Sebuah rumah orang melayu <b>di Dungun</b>, Tgnu.

Posted: 25 Jan 2013 11:30 PM PST


 

Mangsa Banjir Semakin Meningkat <b>Di Dungun</b> - Merdeka Online

Posted: 23 Dec 2012 07:06 PM PST

Mo,Dungun,24/12/2012 –  Hujan lebat yang berterusan sepanjang hari sejak malam kelmarin menyebabkan jumlah mangsa banjir di daerah ini yang dipindahkan ke pusat pemindahan meningkat daripada 94 kelmarin kepada 144 mangsa, semalam.

Jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN), berkata sehingga jam 7 malam semalam, jumlah mangsa itu membabitkan 26 keluarga dari lima kampung di Dungun bertambah sembilan keluarga membabitkan 50 mangsa.

Katanya, sembilan keluarga terbabit empat keluarga dari Kampung Tok Kah membabitkan 30 orang dipindahkan ke Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Kah, lima keluarga dari Kampung Batu Tiong membabitkan 20 penduduk dipindahkan ke Balai Raya Kampung Batu Tiong.

Penduduk, Raihan Deraman, 48, berkata air mula mengalir masuk ke rumah dia sejak jam 7 malam, menyebabkannya sekeluarga terpaksa berpindah buat kali kedua sejak tiga tahun tinggal di rumah PPRT Kampung Bukit Gedut Pulau Serai.

"Kami sekeluarga sudah bersiap sedia sejak beberapa minggu lalu jika berlaku banjir termasuk meletakkan perabot dan dokumen penting di tempat yang selamat, " katanya ketika ditemui di pusat pemindahan banjir SK Pulau Serai.

Jirannya, Nashimah Salleh, 47, berkata banjir kali ini diharapkan tidak seburuk tahun 2010 yang melimpah sehingga paras pinggang dan mengambil masa lama untuk surut.

Sementara itu, Ahli Parlimen Dungun, Datuk Matulidi Jusoh, berkata hujan lebat melanda daerah ini sejak jam 6 pagi kelmarin menyebabkan lima kampung berkenaan dilanda banjir sedalam 0.5 meter.
Katanya, bagi penduduk di kawasan PPRT Bukit Gedut, selain hujan faktor kediaman mereka yang berhampiran Sungai Pimpin menyebabkan limpahan air sungai memenuhi persekitaran kediaman mereka hingga paras lutut.- ( Dipetik daripada Berita Harian)

Azram Sulong: Banjir <b>di</b>-<b>dungun</b>

Posted: 27 Dec 2012 09:44 AM PST

 Pada tahun 2012 musim tengkujuh lambat terjadi,biasanya musim tengkujuh melanda pantai timur pada bulan oktober hingga bulan febuari,Tapi pada kali ini musim tengkujuh telah berlaku  agak lewat iaitu telah melanda pantai timur semenangjung malaysia pada hari ahad 23hb disember 2012..

Pada kali ini negeri yg teruk terjejas ialah pahang,kelantan dan terengganu iaitu negeri tradisi banjir,Dinegeri terengganu kawasan yg agak teruk dan lama limpahan airnya ialah didaerah dungun terengganu dengan mangsa dipindahkan agak ramai,Dewan2 dan sekolah telah dijadikan tempat permindahan,Dibawah gambar2 disekitar daerah dungun yang kawasan nya terjejas teruk...










13 di kuala berang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di kuala berang - Google Blog Search


Novel Fifty%: Sebongkah Batu <b>di Kuala Berang</b> - Faisal Tehrani

Posted: 18 Jan 2013 10:19 PM PST


Tajuk: Sebongkah Batu di Kuala Berang
Penerbit: PTS Litera Utama Sdn. Bhd.
Harga Jual: RM15(SM) @ RM16(SS) [Termasuk Pos]
Catatan: Tiada nama pemilik

HANNA RAZ: Hari-hari <b>di Kuala Berang</b> 6

Posted: 15 Jan 2013 06:49 AM PST


Jumaat, 23 Mac 2012 : 8.30 pagi, Pah sudah siap membasuh, menyidai pakaian. Siap basuh Mike kesayangan dia lagi. Aku masih diam membatu. Handset dicapai, nombor abah aku dail. Abah tenang dengar aku mengadu. Senyap seketika. " baca pendinding, ayat kursi dengan 4 Qul sebelum tidor." Lega. Pah curi dengar, tapi aku buat derk. Hanya selepas itu aku cerita pada Pah.
                " ye ke?." Pah cuak. Dia terdiam.
Aku ambil nombor Rosa daripada Pah, nak merisik khabar pasal rumah diorang. Rosa dan Syafiq sedang berkhemah anjuran sekolah diorang. Beria aku cerita kat Rosa. Tapi hampa pulak bila dapat tahu drpd byk2 rumah kwsn sini, hanya rumah kami jadi 'sasaran permainan' benda x nampak ni (jahat pulak aku ni! hehe). Bukan apa, kalau org lain pun alami, kami x adalah rasa terkejut sangat. Mungkin ada hikmahnya. Mungkin TUHAN nak tambahkan iman kami. Mudah-mudahan ...
Tengah hari – petang, x ada apa2 benda jadi. Lega la sikit hati kami dua perantau ini.
Malam : sepakat dengan Pah nak try tidur kat ruang tamu. Konon nak test ye dop rumah ni ada 'game'. Bongok, kan. Tapi kami teruskan jugak rancangan x cerdik ni. Hasilnya ... kami sama-sama 'dibawa' ke 'pengenalan' sejarah tapak rumah ini. Betul ke tidak x tahu la, nama pun alam mimpi.
Mimpi Pah : sekeliling ruang tamu gelap-gelita. Padahal sebelum tidur lampu bilik dipasang. Pintu dapur terbuka. Pah bagai ditarik-tarik untuk ke dapur. Susuk tubuh seorang lelaki kelihatan, tegak berdiri disirami oleh biasan malap sang rembulan. Raut wajahnya tidak jelas pada penglihatan. Sekelilingnya belukar. Gelap, bagai buana yang belum diteroka.
"Siapa kau?" Entah macam mana, Pah dengan spontan beraninya melontarkan pertanyaan. Lelaki itu berpaling. Memandang dengan pandangan yang menggerunkan. Pah kaget .. pastu dia x ingat dah apa yang jadi ..
Mimpi aku : 3 orang tentera sedang getir berperang. Pertahanan pihak yang di sebelah aku (aku x nampak pulak aku dalam ni. Hanya askar3 tu je yg nampak) sudah goyah. Maka 2 org tentera yg masih bertahan terpaksa berundur. Pihak lawan masih melancarkan serangan bertubi-tubi. Saat 2 org askar ini berundur ke belakang untuk mencari perlindungan, tiba-tiba muncul salah seorg drp rakan mereka. Pantas, tentera itu melaraskan senapang di tangan, memuntahkan belasan peluru tanpa henti. Tubuh tentera yg berlubang dimakan tembakan itu rebah ke ats rakan di belakangnya itu. Bau hanyir menerobosi hidung. Dia yang masih memegang kemas senapang melakar senyum sinis. Barangkali seronok melihat bulatnya mata rakan yang menyaksikan pembunuhan ahli pasukan sendiri. Dia berlalu, meninggalkan lantai hutan yang sudah digenangi merahnya darah rakannya.
Aku terjaga. Serta-merta bunyi pili air di sinki dapur dibuka mengetuk gegendang telinga. Aku cuba berbalik ke sebelah kanan, tapi x berjaya. Tubuh aku kejang. X boleh bergerak walau seinci.
  Sabtu, 24 Mac 2012 : Abang aku yang di Sarawak call. Mungkin 'kisah-kisah menarik' yang aku lalui sudah sampai ke telinganya. Katanya "sambutan untuk orang baru la tu. Nak bergurau". Dia suruh aku abaikan aje. Yang penting, smayang, baca quran dan ayat pendinding jgn lupa. 1 lg, amik air smayang sblm tidur.
Pengajaran : bilik ada, jgn gatal nk 'test' ruang tamu. Kuangkuangkuang..
Minggu 2, Minggu 3, 25 Mac – 7 April 2012 : Kami teruskan hidup macam biasa. Sibuk dengan latihan bola jaring. Tapi malam-malam memang jadi guard. Sorang pegang penyapu, sorang lagi pegang pisau, mengendap pintu dapur dari balik dinding. Bila sudah geram sangat, kitorg pergi je dekat pintu tu. Betulkan tikar penutup bawahnya.
Bila nak tidur, tolak barang-barang berat sandar pada pintu.
Bila nak makan, nak beli barang, keluar ke Kuala Berang. Barang yg byk2 sangkut penuh pada handle. Kalau x cukup lg, aku pegang kat belakang. Syukurlah Pah cekap bawak motor. Brg byk2 sampai handle susah nak pusing pun, x pernh lg kami terjatuh. Huhu.. 
Hari-hari abah dan ming telefon. Ada masanya sampai 3, 4 kali sehari. Tanya khabar, bagi nasihat, bagitahu apa kena buat. Kalau di rumah, mmg aku x suka sgt ckp psl ni. Time kat luar la baru aku beria mengadu. Kadang-kadang sampai menangis2. Pesan abah, biar sntiasa dlm keadaan berwuduk, baru syaitan susah nak dekat, nak kacau. Abah siap rujuk pada Tok Guru lagi. Tok Guru jwb, berbalik kpd perkara paling asas – IMAN! Tingkatkan iman, minta pd ALLAH peliharakan, baru boleh selamat.
Hari-hari di Kuala Berang 6. Sekian. 

SEKOLAH KEBANGSAAN <b>KUALA BERANG</b>: Pertukaran Guru <b>...</b>

Posted: 20 Nov 2012 02:36 AM PST

Puan Aminah binti Ismail, memulakan perkhidmatan beliau sebagai Guru Penolong Kanan 1 di Sekolah Kebangsaan Kuala Berang pada tahun 2009.  Sepanjang berada di SK Kuala Berang, pelbagai aktiviti telah dirancang dan direncanakan oleh beliau demi memajukan SK Kuala Berang dan demi menaikkan nama SK Kuala Berang di mata semua.  Dikenali sebagai seorang yang agak tegas dan serius sewaktu melaksanakan tugas, beliau tetap seorang yang mudah didekati.  Beliau adalah seorang GPK yang mudah dibawa berbincang dan seorang yang sangat tidak berkira dari segala segi.  Beliau disenangi oleh semua guru dan kakitangan kerana beliau merupakan seorang yang tegas tetapi bertempat.  Kerja menjadi mudah dengan pendekatan yang beliau gunakan.
SK Kuala Berang merasa satu kehilangan apabila pada tanggal 16 September 2012, beliau diarahkan untuk memulakan tugas beliau sebagai Guru Besar di Sekolah Kebangsaan Kuala Jenderis.  Pada mulanya, pertukaran beliau adalah sesuatu yang sukar diterima oleh semua warga SK Kuala Berang, namun demi masa depan beliau, pertukaran itu direlakan.  Buat Puan Aminah binti Ismail, selamat menjalankan tugas baru dan semoga terus cemerlang dengan amanah baru.
Di bawah adalah gambar-gambar yang telah dirakamkan pada hari terakhir Puan Aminah binti Ismail berada di SK Kuala Berang.  Sesi bersalaman bersama semua murid dan semua guru mengakhiri tugas beliau di SK Kuala Berang.  Terima kasih sekalung budi..jasamu tetap di hati..




Menggantikan tempat beliau adalah Puan Norizan binti Daud yang dinaikkan daripada GPK Ko Kurikulum kepada GPK 1 dan SK Kuala Berang menerima GPK Ko Kurikulum baru iaitu Encik Mohd Norman bin Ibrahim dari SK Kua.  Kedua-duanya diterima dengan hati terbuka dan selamat bekerjasama...
En. Mohd Norman bin Ibrahim

13 di kerteh - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-
 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved