ads

Selasa, 24 Julai 2012

13 di rantau abang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di rantau abang - Google Blog Search


With Love Clips: Percutian <b>di Rantau Abang</b> version 1

Posted: 11 Jul 2012 11:40 PM PDT

Last two weeks kami satu family ada pergi bercuti di Rantau Abang,Terengganu... hmmm it just 3 days 2 night holiday, even though  short holiday but we have to accept lah kan... hoho... kami bertolak after work around 8 pm to Terengganu from Rawang with Abg Yas a.k.a Smith Jr. hoho... Siapa dia?? haaa ni lah dia  

Hahaha...hope he don't mind la kan...i take it from his profile pic!!! hahaha...ampun...its too hard nak dptkan picture dia sorang....sebab dia je yang tukang amik gambar orang kan...halal ye pak~

Ok then, kami sampai around 2am. kat chalet tu... haaa tu dia namanya...kui3. Takdela mewah but still comfortable.

Sampai je sana semua masih menunggu kami, tak tido lagi dorang tuh...heeee... then, after bincang2...dorang decide akan ke laut jam 6 pagi.. But.... unfortunately, semua tertido dan terlambat. Around 7 am baru ke laut untuk mencandat sotong n mancing. Haaa ni just a few pic yang dorang sempat ambil before mabuk laut!! hahahaha.... 
Semua sekali yang pergi dalam 9 orang je include nelayan...dorang ikut geng nelayan la camtu...




haaaa nilah pakcik nelayan tu... tu tali untuk mencandat...banyak mata kail dlm satu tali...





Abg jal kita ni dulu belayar....tapi sekarang dah tak lagi....tu badan dah berisi!!

Dorang kat laut dalam 7 jam camtu....hehehe.... balik sume muka mabuk je..tinggal nak masak lak mlm tu...hasil tangkapan tu yang akan dimasak.
haaaa..... budak2 dah ready nak makan!!!hahahaha....
hoho...kreatip kan goreng ikan atas tempat pembakar...kui3...

Aiseh, saya pon tukang siang ikan jugak la...tapi takde pic lak...huhu...takpe2...adik bella kita membuang sisik ikan, mama dia lak buang isi perut ikan...huhu...tak tahan siap guna lampu hiking pak utehnya (abg yas)



haaa ni tukang check stock ikan...ngeh3...

Ni antara pandangan ikan2 yang kami dpt....ikan besar sume dah siap dipotong...takde picture..



Ni tukang masak rasmi kita!!! abg man di import khas dari Bamboo Kuantan...sian dia,asik kena masak je...apekan daya...nama pon Chef...nak tgk hasilnya tak???

Tadaaaa~~~ ni lah hasil dari masakan Chef keluarga kami~~ tapi ni bukan semua lauk la....de lagik yg tak termasuk...huhu yang penting sedap dan tak sampai sejam semua lauk licin kami semua sapu!!hahaha... family ramai  lah katekan...
Then, kami memenuhi aktiviti kami mandi-mandi pantai...a few picture lah saya tunjuk eh...


Budak-budak yang sgtlah ceria dan tak sabar nak mandi laut...sgt sukakan laut...

ini antara ahli keluarga yang tengah mandi laut....hoho..tapi dorang siap lari-lari naik sebab ada obor-obor...
Ini rupa obor2 a.k.a Jellyfish tu......hoho tapi bahaya...gatal kalau kena dia...

cuba teka husband saya tengah buat ape???

Mak duduk kat tepi pantai je....main ombak-ombak yang menghempas pantai je.Itu pon dah buat dia happy...yang takleh lupa tu...bila ajak balik,dia akan kata jap lagi laaa....




Abg jal tengah menyiapkan pelampung untuk anak bongsu dia ni nak mandi... hahaha...


With Love Clips: Percutian <b>Di Rantau Abang</b> version 2

Posted: 12 Jul 2012 11:43 PM PDT

hahahha kita sambung pulak versi 2...huhuhu.... Before we back, sempat lah bergambar sekejap berlatar belakang Rantau Abang tu....untuk jadi kenangan kami satu family~~~




Tadaaaa!!!! Me with my lovely husband.....kuikuikui..




Hahaha gambar ni kami namakan duda dan janda!!! hakhakhak....

Isk isk isk....tengok la tu....sweet gile...

Kata mak, abg yas paling manja dengan arwah bapak....hmmm dia jugak suka menangis masih kecik2 dulu..hoho...lawak lak rasa..tapi setiap orang ada kenangannya yang tersendiri dan boleh ditanam,dibaja sampai bila-bila~~
my husband suka bergambar tau...hoho...berjangkit!!! 

big applause to Abg Yas!!!! toche toche sebab selalu melayan kami berdua bergambar~~




Ape motip kami buat cani eh???? hahaha...
on the way balik sempat lah kami singgah beli jeruk....aummmm gile besh....tapi tak beli jeruk kuning, kami beli jeruk kampung, kalau perasan yang merah tuuu....haaa yg tu dia tak guna cuka...then we can eat...tak bahaya...


Inilah adik beradik lelaki hery....dia ada 7 adik beradik... 
Inilah family Puan Warisah dan En Sukimi a.k.a Thomas Smith (late father) .If dia masih ada,mesti dia happy tgk anak-anak n cucu-cucu dia bahagia.....Alhamdulillah....deep inside, kami semua masih mengingatinya dan kenangan bersamanya masih segar lagi dalam ingatan..... LOVE!!! 

                                                       Yeay!!!! next trip after raya pulak...hoho....




13 di ketengah jaya - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di ketengah jaya - Google Blog Search


Lagi Umno Rampas Tanah; Generasi Kedua Felda Jadi Mangsa

Posted: 31 Mar 2012 04:12 PM PDT

Tanah Generasi ke-2 Felda yang bertempat di Felda Ketengah Jaya, Mukim Paka kini dirampas oleh agensi KETENGAH sebagai sebuah institusi kerajaan yang ditubuhkan di wilayah Terengganu tengah. Hasrat sebenar penubuhan Ketengah adalah untuk membantu dan memajukan negeri Terengganu.


Sudah berjuta peruntukan dilaburkan di Ketengah tetapi sehingga kini ianya tidak dapat dibanggakan. Bahkan kerugian, kegagalan mau pun salah urus serta penyelewengan dan pecah amanah diketahui umum oleh rakyat. Ianya menjadi institusi yang diambil kesempatan oleh para pemimpin Umno-BN sendiri.
Ia menjadi tempat bersemayam Datuk Idris Jusoh apabila BN kalah pada tahun 1999 di Terengganu. Pernah Ketengah menjadi masyhur apabila pecahnya penyelewengan yang dilakukan oleh bekas Menteri luar Bandar sendiri iaitu Anuar Musa dalam agensi Ketengah melibatkan berjuta ringgit.

Kereta beliau ditangkap tetapi tuannya bebas. Pegawai Ketengah pula akhirnya menjadi kambing hitam. Ketengah terus dilaburkan dengan duit rakyat manakala sejauhmana rakyat dikawasan Ketengah ini maju, dibangunkan serta bebas dari kemiskinan amat jauh dari angan-angan dan cita-cita. Bandar Ketengah Jaya, Bukit Besi bahkan Bandar Muktafibillah Shah sendiri masih lagi jauh ketinggalan.

Terbaru kini mereka bersekongkol bersama pimpinan Umno-BN untuk menzalimi rakyat mereka sendiri yang sepatutnya mereka dibantu. Kepercayaan yang diberi dengan undi daripada masyarakat Felda sepatutnya dibalas dengan membantu serta menaikkan taraf hidup mereka tetapi malangnya mereka pula dikhianati. Adakah pihak kerajaan menganggap bahawa mereka ini golongan bodoh yang boleh diambil kesempatan keatas mereka?

Tanah Generasi ke-2 Felda, iaitu tanah yang telah dikeluarkan dari akta GSA untuk dibahagi-bahagikan kepada generesai anak-anak peneroka gugusan Felda Kerteh 1,2,3,4 dalam Daerah Dungun serta Felda 5&6 untuk Daerah Kemaman. Setelah mendapat kelulusan diperingkat Pejabat Tanah daerah dengan sokongan oleh jabatan-jabatan serta mendapat kelulusan PTG negeri dan Exco MMKN Terengganu.

Ia dipecahkan seluah 1,090 lot. Bayangkan ianya akan menjadi perkampungan baru yang boleh menjadi pemangkin pembangunan daerah. Seramai 560 orang dikalangan anak-anak peneroka ini telah dipilih namanya untuk sessi pertama dan 500 orang lagi bakal menjadi penghuninya untuk sessi ke-2. Memandangkan kekangan kewangan pihak kerajaan ketika itu, atas kesepakatan dikalangan peserta serta Jawatan Kuasa Tanah Gen-2 Felda yang ditubuhkan, mereka sepakat untuk menyegerakan seliaan tanah tersebut dengan mengupah kontraktor membersih dan stacking tanah yang berbukit dan berhutan itu. Mereka mengeluarkan RM1,300.00 seorang dan mereka juga mengupah juru-ukur swasta sehingga ke peringkat selesai menanam tanda batu sempadan. Semua urusan kewangan diurus dan dipegang oleh pihak lawyer Zabidi & Co.

Satu majlis penyerahan dan undi lot juga telah diseliakan oleh Pejabat Tanah Daerah Dungun dan ianya disempurnakan oleh Menteri Besar Terengganu sendiri pada tahun 2003.

Tetapi harapan generasi anak-anak peneroka Felda untuk memiliki tanah mereka sendiri akhirnya terhenti akibat daripada nafsu buas pemimpin Umno-BN sendiri. Keangkuhan dan kesombongan serta dendam kepada kepimpinan terdahulu menyebabkan mereka sanggup mengarahkan kerja-kerja tunjuk lot dan semua pengurusan dibatalkan serta merta.

Inilah pengkhianatan yang akan terus terpahat diminda rakyat meskipun sejuta alasan yang mereka suarakan. Sepatutnya mereka meneruskan hak anak-anak peneroka ini dengan member hak milik, bahkan sepatutnya memberi pinjaman mudah untuk mereka memiliki rumah sendiri. Kesemua mereka adalah penganut agama Islam dan 100% adalah orang melayu. Dimana sebenarnya slogan membela melayu yang dilaungkan?

Kini tanah tersebut dirampas dan diserahkan kepada pihak Ketengah yang dikatakan untuk membangun kawasan Bandar dengan pembinaan perumahan. Bahkan sekali lagi ia mengecewakan anak-anak peneroka. Bukannya hendak dibahagikan kepada anak-anak generasi kedua Felda tetapi akan dikormesialkan dengan membina rumah untuk dijual dengan nilai RM200K sebuah. Secara langsung telah menafikan hak anak-anak peneroka ini. Sedangkan pihak Ketengah memguasai hampir 650,000 hektar tanah yang mereka boleh bangunkan Bandar atau projek dimana sahaja tetapi malangnya kenapa dipilih tanah yang sudah dibersihkan, yang diseliakan untuk rakyat ini?

Inilah sikap dan hati perut sebenar pemimpin Umno-BN. Yang menghairankan kita, tindakan zalim dan rakus sebegitu yang dilakukan oleh pemimpin Umno-BN, masih ada lagi orang yang menyokong dan bersekongkol dengan mereka. Kalau ini berlaku dikalangan masyarakat Cina maupun India atau bangsa lain, nescaya mereka tidak berani melakukan tindakan jahat ini. Mereka tahu bahawa orang cina atau bangsa lain akan menentang kezaliman seperti itu.

Apabila ianya berlaku sesama bangsa mereka maupun seagama mereka, mereka dengan rakusnya meneruskan agenda jahat ini. Sampai bila mereka harus mebiarkan kezaliman ini berlaku?

Ustaz Satiful Bahri Mamat
Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Terengganu

Komen:

13 di jabor - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di jabor - Google Blog Search


Me; Firdaus Ahmad: Ramadhan Al-Mubarak

Posted: 23 Jul 2012 02:47 PM PDT

As salam..

Busy skit minggu ni, byk mende xdapat na setel..kene buat slow2... walaubagaimanapun, masih belum terlambat untuk mengucapkan salam Ramadhan utk 10 orang followers aku.. hahaha.. ape aku peduli, ini blog saja2 nak tulis.. xreti lagi..

Minggu lepas balik kejap sebab confirm lepas ni seminggu sebelum raya baru aku balik.. bawak la si Faiz membe rumah merasa datang ke Jengka.. bawak pergi jalan Temerloh dan ke Star Mall Mentakab.. dapat makan free KFC lagi.. rezeki sebelum puasa.. Alhamdulillah.. Sakif dgn Haziq pun join sekali, nak beli makanan arnab dan sekaligus membuka peluang untuk aku dtg melawat kandang arnab kat sane..

Point yg paling penting na highlight kat sni adalah, waktu pergerakan pergi dan pulang aku adalah seawal jam 5 pagi .. rasa waktu memandu tu lagi 'pergi'..best sebenarnye, tgk matahari terbit kan.. maklumlah, perjalanan 4 jam.. macam-macam la dapat snap..

So, ni beberapa kepingan gambar yg ada.. bertemu lagi dengan post akan datang bertajuk DILEMA DALAM PERNIAGAAN BULUH KASAP.. hahaha..

AS SALAM ! Selamat Berpuasa !

 Ingatkan dapat berborak. Haram! 3 jam dia tidoq ~!
 LPT Jabor-Chenor, 7:15AM
HIMPUNAN DI KANDANG ARNAB 









 Macam biasa, ayam kene ada ! aku suka ayam ! 


 Basuh kereta sat kat mesin.


 LPT Maran-Jabor, 7:35AM

And last... we are brothers !!!!!




13 di jerteh - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di jerteh - Google Blog Search


Jawatan Kosong <b>Di</b> Pantai Timor Shopping Centre, <b>Jerteh</b>

Posted: 04 Jul 2012 12:35 AM PDT

Jawatan Kosong Di Pantai Timor Shopping Centre, Jerteh
Majikan :          Pantai Timor Shopping Centre
Alamat :           Lot 4125-4138 Jalan Zainal Abidin, 22000 Jerteh
Telefon :          09-6977221
Jawatan 1:       Pembantu Jualan
Kekosongan :    L = 0, P = 0, L/P = 7
Kelayakan :       SPM
Gaji :               RM 500.00
Jawatan 2:       Pekerja Perkhidmatan Pengemasan
Kekosongan :    L = 0, P = 0, L/P = 3
Kelayakan :       SPM
Gaji :               RM 500.00
" anok kelatae bulih krejo belako "
.

13 di pulau wan man - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di pulau wan man - Google Blog Search


fizafantagirO: Keindahan 5 Masjid Tercantik <b>di</b> Malaysia

Posted: 24 Jul 2012 12:21 AM PDT

Dah masuk hari ke-4 kita berpuasa kan , cepat je masa berlalu . Tinggal lagi 26 hari la kan ? Pastu dahh Raya , dah boleh balik kampung , dah boleh kumpul ramai-ramai satu keluarga :p
Hari ni menu berbuka aku Nasi Kerabu , pastu nak cari Kuih akok sikit , gulpp , sedapnya akok . Sejak berpuasa ni , tak jumpa lagi kuih ni . Tak tahu la kat Bazaar P2 ni ada ke tak .

Dalam entry ni sebenarnya aku nak kongsikan gambar-gambar super duper kat bawah ni , Gambar 5 Masjid Masjid tercantik di Malaysia :)

Allahuakbar , Sungguh cantik .
Paling cantik dimata aku ialah pemandangan Masjid Kristal di waktu malam :) 
Masjid Kristal , Kuala Terengganu.
Terletak dalam kawasan pelancongan Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man, Terengganu.
Dibuka pada 08 februari 2008 , dibina daripada kaca dan keluli, masjid pintar pertama di Malaysia dan mempunyai keluasan 2,146 meter persegi. Masjid ini boleh memuatkan 700 jemaah pada satu-satu masa dan dilengkapi dengan prasarana teknologi maklumat dan liputan WiFi yang membolehkan pengunjung menggunakan kemudahan akses internet bagi membaca al-Quran elektronik.

Masjid Bandaraya Kota Kinabalu
Terletak di Bandar Kota Kinabalu dan dibuka dengan rasminya pada tanggal 2 Februari 2000 berikutan pengisytiharaan Kota Kinabalu sebagai sebuah bandar raya.

Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Masjid Wilayah Persekutuan ini dibina di antara tahun 1997 dan tahun 2001. Masjid ini terletak di tanah berukuran 33 ekar bersebelahan dengan Kompleks Pejabat Kerajaan di Jalan Duta dan boleh memuatkan seramai 17,000 jemaah dalam satu masa.
Pembinaan masjid ini bermula pada 1997 dan disiapkan dua tahun kemudian pada 1999. Masjid ini terletak bersebelahan dengan Perdana Putra, pejabat Perdana Menteri Malaysia dan bersebelahan dengan Tasik Putrajaya.
Masjid Ubudiah , Kuala Kangsar , perak.
Masjid Ubudiah ialah sebuah masjid di Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak yang dianggap salah satu masjid terindah di Malaysia . Masjid Ubudiah dirasmikan pembukaannya oleh Sultan Jalil Karamatullah Shah pada tahun1917. Masjid ini telah siap dibina dan dibuka dengan rasminya oleh Sultan Abdul Jalil Karamatullah Shah (1916-1918.), Sultan yang ke-29, pada tahun 1917.
Gambar-gambar ni aku cari kat gugel dan sejarahnya dari wikipedia . Dalam 5 Masjid ni , Masjid Kristal dan Masjid Putra je yang aku dah pegi . Pemandangan di kedua Masjid ni sangat indah kalau waktu senja :) Indah sangat :) kan ..

Thanks For Reading This , Muahxx ~Much Love~

13 di bukit besi - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di bukit besi - Google Blog Search


Gambar Sekitar Pembinaan UiTM <b>Bukit Besi</b>

Posted: 21 May 2012 08:16 AM PDT

Salam satu Malaysia. Pada 15 Mei lalu saya telah mengunjungi ke tapak pembinaan UiTM Bukit Besi di Bukit Besi, Dungun, Terengganu. Ketika itu saya sedang bercuti dan saya mengambil kesempatan tersebut untuk meninjau kawasan pembinaan UiTM di Bukit Besi yang hampir separuh siap itu.

Namun saya agak kecewa kerana tidak dapat masuk ke seluruh kawasan UiTM untuk mengambil gambar kerana pengawal keselamatan di situ mengatakan pihak pengurusan tidak membenarkan orang luar dan orang tidak berkenaan memasuki kawasan itu tanpa kebenaran. Saya hanya dibenarkan masuk sekiranya ada surat pelepasan atau kebenaran dari pihak pengurusan. Saya akur dan hanya mengambil gambar-gambar yang tidak seberapa itu daripada luar.

Di bawah ini saya kongsikan beberapa gambar UiTM Bukit Besi yang di ambil dari jarak jauh.

UiTM Bukit Besi sebenarnya terletak di Tasik Puteri Bukit Besi dan Kelab Golf Bukit Besi, sekiranya anda ingin ke sini, anda akan melalui tepian tasik dahulu sebelum sampai ke UiTM. Lokasi tersebut agak sukar dicari sekiranya anda pertama kali ke sini kerana bangunan UiTM berselindung di sebalik bukit di Tasik Puteri Bukit Besi.

Carian Popular Terkini:
  • bila uitm bukit besi terengganu
  • uitm bukit besi dungun
  • bila uitm bukit besi siap
  • imej uitm bukit besi
  • gambar uitm terengganu
  • TENDER UITM BUKIT BESI 2012
  • gambar teknik jarak jauh
  • uitm dungun ke bukit besi
  • uitm bukit besi siap tak lagi?
  • tarikh siap pembinaan uitm bukit besi

Related posts:

  1. UiTM Bukit Besi
  2. New UiTM Campus in Bukit Besi
  3. Reopen Bukit Besi Iron Mine
  4. Banjir di Bukit Besi
  5. Where is Bukit Besi
 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved