ads

Isnin, 12 November 2012

13 di rantau abang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di rantau abang - Google Blog Search


97. rafeah buang - kenangan <b>di</b>-<b>rantau abang</b> - classicmalaya <b>...</b>

Posted: 24 Jun 2012 05:29 AM PDT

  • TIADA CHINTA SEJATI
  • BUNGA MADU KU
  • KENANGAN DI-RANTAU ABANG
  • MANUSIA SAMA SAJA

13 di batu rakit - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di batu rakit - Google Blog Search


PAS DUN <b>BATU RAKIT</b>: Kebajikan Rakyat <b>Batu Rakit</b> : PAS ambil alih

Posted: 28 Sep 2012 04:55 PM PDT






29 Semtember 2012 - PAS Dun Batu Rakit dan Badan Kebajikan Kebajikan Batu Rakit Serta Rakan Khidmat Batu Rakit telah menyambung kerja menyiapkan rumah ibu tunggal di Kg Lingai. Ini merupakan bantuan yang NGO PAS laksanakan demi membantu rakyat yang dalam kesusahan. Umno sudah tidak relevan lagi dalam buat kerja kebajikan. PAS akan terus memebantu selaras dengan hasrat menkadikan Negara Berkebajikan.

13 di kuala terengganu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di kuala terengganu - Google Blog Search


Crowd Pasar Malam Menyelamatkan Anwar <b>di Kuala Terengganu</b>

Posted: 09 Nov 2012 07:38 PM PST



Setiap hari Jumaat kawasan lapang di Taman Shahbandar menjadi tapak pasar malam terbesar diTerengganu. Ia menjadi kawasan tumpuan setiap hujung minggu bagi rakyat Terengganu. 

Mengambilkira perkara itu, maka Bas Anwar telah menjadikannya lokasi hentian pertama dalam sesi Jelajah Merdekanya di Kuala Terengganu. Malulah kalau tidak ramai yang datang sambut .... sekurang2nya boleh tumpang crowd pasar malam.

Sememangnya satu keputusan yang tepat ! Bas Anwar tiba jam 5 petang dan disambut tak sampai 100 orang ! Crowd pasar malam pelan2 menghampiri lokasi untuk melihat dengan lebih dekat Bas Anwar dan ketika Anwar mula berceramah, adalah sekitar 300 orang.

Gambar dibawah diambil setelah 10 minit Anwar bercakap. Kanopi biru dibahagian atas adalah kawasan pasar malam dan asap yang kelihatan itu BUKAN dari bom asap FRU tapi asap peniaga bakar ayam percik dan sate.Dibawah pula adalah ketika yang paling ramai, dekat2 nak habis ceramah...Estimate sekitar 600 orang. Kalaupun saya silap, yang saya pasti TIDAK SAMPAI 1K bertentangan dengan dakwaan pencacai PR yang RIBUAN rakyat Terengganu menunggu untuk menyambut kedatangan Bas Anwar.

Dibawah adalah sudut gambar yang diambil oleh orang Pkr -

Kemudian Anwar ke Surau Ladang untuk solat Maghrib dan menyampaikan Tazkirah selama hampir 1 jam.
Surau kecil je, adalah sekitar 100 jemaah ... yang kebanyakannya orang luar kariah.
Dari sebuah blog Pas -

Sebelah malamnya, Anwar kini baru selesai menyampaikan tazkirah Maghrib di surau Ladang Sekolah di sini dan selepas menunaikan solat Isya' ..
. hehehehe ..perkara kecil je tapi kalau dah salah maklumat,biarpun kecil kenalah diperbetulkan, ye dok ?

Anwar TIDAK solat Isyak' pun di Surau itu ... selesai bertazkirah, Anwar bergegas keluar untuk ke lokasi seterusnya sambil diiringi laungan Azan untuk solat Isya'.

bersambung ......

13 di kemasik - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di kemasik - Google Blog Search


kursus spa murah <b>di kemasik</b> terengganu - riz beauty spa

Posted: 11 Nov 2012 11:29 PM PST

Kepada warga sebelah pantai timur ,saya berada di KEMASIK, Terengganu (berdekatan MESRA MALL) PADA 22 & 23 DECEMBER 2012. Jika anda ingin mengikuti KURSUS SPA , boleh hubungi/SMS 019-6358576-PN ROSE Tempat terhad kepada 10org sahaja.

13 di jabor - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di jabor - Google Blog Search


Bagai mati hidup semula | N9 Kini - Portal Berita Negeri Sembilan

Posted: 17 Oct 2012 07:40 PM PDT

KEMAMAN, 18 Okt. – "Saya rasa bagai mati hidup semula," kata pemandu lori simen, R Kandasamy, 39, yang terselamat walaupun kenderaan berat yang dipandunya terjunam ke dalam cerun dalam nahas di Kilometer 135 Jalan Jerangau-Jabor, dekat Ladang Sawit Reezan, pagi semalam.

Keadaan lori yang dipandu Kandasamy yang terjunam ke dalam cerun selepas bergesel dengan Proton Wira di Jalan Jerangau-Jabor semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.45 pagi itu, lori simen yang dipandunya bergesel dengan sebuah kereta jenis Proton Wira, dipandu seorang guru berusia 27 tahun mengakibatkan lorinya yang gagal dikawal terjunam ke dalam cerun sebelah kiri jalan sementara kereta berkenaan terjunam ke dalam cerun di sebelah kanan.

Bagaimanapun, Kandasamy tidak mengalami sebarang kecederaan tetapi pemandu kereta yang dipercayai dalam perjalanan dari Kuala Terengganu ke Sekolah Kebangsaan (SK) Cerul itu mengalami patah paha dan dikejarkan ke Hospital Kemaman sebelum dirujuk ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan, Pahang.

Kandasamy berkata, dia hanya terbayang akan menemui ajal ketika lorinya 'terbang' ke dalam cerun selepas melanggar tiang elektrik di tepi jalan sebaik sahaja bergesel dengan kereta berkenaan.

Katanya, ketika kejadian dia dalam perjalanan dari Kuantan menuju ke Bandar Seri Bandi untuk menghantar muatan simen sebelum membunyikan hon beberapa kali kerana kereta dalam jarak kira-kira 20 meter di depannya beberapa kali masuk ke laluannya.

"Bila saya hon, kereta itu kembali masuk ke laluannya tetapi apabila kenderaan kami saling menghampiri kereta itu kembali masuk ke laluan saya menyebabkan kenderaan kami bergesel," katanya yang kelihatan masih terkejut dengan tragedi yang nyaris meragut nyawanya itu.

Sejurus itu, kereta berkenaan merempuh sebatang tiang elektrik konkrit di tepi jalan menyebabkan tiang tersebut tumbang dan bahagian belakang kereta membentuk lekukan bulat serta remuk teruk sebelum jatuh ke dalam cerun.

Menurut Kandasamy yang juga bapa kepada tiga anak dan menetap di Kuantan, kemalangan itu adalah nahas pertama kali dialaminya sepanjang enam tahun bekerja sebagai pemandu lori.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Che Suza Che Hitam ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan berkata siasatan lanjut masih dilakukan bagi mengenal pasti punca kemalangan.

13 di wakaf tapai - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di wakaf tapai - Google Blog Search


Kontraktor Cedera Diserang Gara-Gara Pembayaran Projek <b>di</b> Marang

Posted: 30 Oct 2012 05:16 AM PDT

KUALA TERENGGANU: Nyawa seorang kontraktor dan keluarganya diancam sekumpulan lelaki sejak Rabu lepas gara-gara mereka tidak berpuas hati berkaitan pembayaran sebuah projek.

Ancaman bermula apabila kereta mangsa, 49, dari Kampung Temiang, Marang, dihalang kenderaan yang mengekorinya. Lima lelaki yang bersenjatakan rotan keluar menghampiri kenderaan mangsa dan mengugutnya.

Mangsa sempat mengundurkan kenderaan namun terus dikejar dan kemudian dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda, menyebabkan dia cedera. Ketika kejadian beliau baru menghantar anaknya ke sekolah.

Akibat rempuhan itu, kereta Kancil mangsa terbabas dan melanggar sebatang pokok dan mangsa pengsan kerana kepala terhantuk di cermin, lalu dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ). Dia menerima tujuh jahitan di kepala.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP K. Manoharan berkata setelah tidak tahan dengan ancaman yang diterimanya, mangsa membuat laporan polis malam tadi di Balai Polis Wakaf Tapai, Marang.

"Kami menahan seorang pemandu lori dan seorang anggota bomba kerana dipercayai terlibat dalam kes berkenaan

"Kedua-dua suspek yang berusia 47 dan 39 tahun itu ditahan kira-kira pukul 1 pagi ini di Kampung Wakaf Beruas, di sini dan merampas sebuah kereta jenis Mercedes Benz serta Mitsubishi Triton yang digunakan dalam kejadian mengepung dan merempuh kereta mangsa," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Menurutnya semasa mangsa berada di Wad HSNZ, beliau didatangi tujuh lelaki yang mengugut mencederakan keluarganya. Manoharan berkata hasil siasatan mendapati kejadian berpunca daripada krisis pembayaran sebuah projek pembinaan di Kemaman,

"Dipercayai dalang dalam kejadian ini mengupah orang untuk mengutip hutang dan mengugut pengadu," katanya.

Kes disiasat mengikut seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh dan seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah.

- Bernama

di negeri terengganu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri terengganu - Google Blog Search


LIVE TELECAST! Merdeka Rakyat From <b>Kuala Terengganu</b>! (in Malay)

Posted: 09 Nov 2012 04:47 AM PST



Setelah semalam, Jelajah Merdeka Rakyat berada di dua kawasan parlimen di Wilayah Persekutuan, malam ini Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dijangka sekali lagi akan menyampaikan ceramah bersama beberapa pimpinan Pakatan Rakyat di peringkat persekutuan dan negeri.
Anwar yang dikejutkan dengan insiden sebelum solat Jumaat tadi di Masjid Sultan Mizan, Kerteh, Terengganu oleh 25 ahli Perkasa yang berdemonstrasi di hadapan masjid konon membantah kehadirannya tidak menghadapi masalah meneruskan perjalanannya menuju ibu negeri Kuala Terengganu.
Setibanya di Dataran Syahbandar, ribuan penduduk setempat sekitar Ladang yang sudah mendapat maklumat kehadiran rombongan bas dua tingkat itu terus mengerumuni sekitar kawasan tersebut sambil tidak melepaskan peluang bergambar kenangan bersama bas yang sangat digeruni Umno hingga dipecahkan cermin hadapan di Kota Bharu dan disimbah cat merah di lokasi yang sama.
Sebelah malamnya, Anwar kini baru selesai menyampaikan tazkirah Maghrib di surau Ladang Sekolah di sini dan selepas menunaikan solat Isya', rombongan tersebut akan bergerak ke tapak ceramah pertama di Kampung Kubang Palas, Kuala Telemong dalam parlimen Hulu Terengganu.
Manakala untuk ceramah kedua di Tapak Pasar Teluk Ketapang, Seberang Takir, Anwar dijangka berceramah bersama Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution Ismail, Pengerusi Majlis Pimpnan KEADILAN negeri yang juga ahli parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail, Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli, Pengerusi Dewan Himpunan PAS Pusat, Ng Chai Heng dan ADUN Bukit Tunggal, Alias Abdul Razak.
Sebagai bonus, saksikan antara paparan menarik semasa sambutan Jelajah Merdeka Rakyat petang tadi di Dataran Syahbandar, Kuala Terengganu.
Untuk mengikuti siaran langsung ceramah ini sila klik pada pautan di bawah dan selamat menonton!

source : Jalan Pulang

13 di bukit besi - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di bukit besi - Google Blog Search


Gotong ROyong membersihkan Kubur - sekolah kebangsaan <b>bukit</b> <b>...</b>

Posted: 11 Nov 2012 11:34 PM PST

[unable to retrieve full-text content]Gotong ROyong membersihkan Kubur. 23:34 No comments. dengan kerjasama pihak sekolah, jkkk kampung Bukit Besi dan pihak ketengah, satu aktiviti membersihkan kubur di Bukit Besi telah diadakan. Email ThisBlogThis!

13 di kuala besut - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di kuala besut - Google Blog Search


Amir Aiman Akashah: Ziarah <b>di Kuala Besut</b>

Posted: 17 Sep 2012 08:48 AM PDT

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة
Masa on the way balik ke Padang Kubu abg long telah singgah di Kuala Besut. Mencari sahabat karib abg long yang telah lama antara kami tak bersua mata mahupun berbual bicara. Alhamdulillah, setelah sekian lama tak jumpa akhirnya aidilfitri tahun ni kami bertaut semula. Ukhuwah yang suam mulai hangat seusai tangan antara kami berjabat.
Dalam relationship ni ada pasang surut dia. Macam ayaq laut tu gak la. Tetapi itu semua bergantung pada diri kita. Sama ada nak biarkan 'keruh' itu terus bertakhta atau 'jernih' mengambil tempatnya.  
Firman Allah s.w.t. "Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara,maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu,dan bertaqwalah kamu kepada Allah agar kamu beroleh rahmat"  (Surah Al Hujuraat ayat 10.)
Well, Dipendekkan cerita (Sebab mata dah macam garfield ni ha).  Masa kat Kuala Besut tu sahabat abg long ni telah bawa abg long ronda2 sekitar muara Kuala Besut dan jeti nelayan yang ada kat situ. Niat hati nak singgah sekejap sahaja. Maklum la, perjalanan ke destinasi masih jauh lagi. Namun kerana uniknya ukhuwah itu, walau pun berjam-jam lamanya bersama berbicara, waktu yang berlalu sedikit pun tidak terasa.
Pada hari itu abg long dapat banyak keberuntungan. Pertama, ukhuwah yang telah longgar dibadai masa kembali kukuh semula. Mudah-mudahan ia mendapat keberkatan dan redha Tuhan. Agar ukhuwah ini bisa mewangi sepanjang jalan kehidupan yang dipinjamkan. 
Kedua, atas kebaikkan sahabat abg long itu juga maka dapat la abg long menikmati keindahan anugerah Tuhan, panorama alam penuh keasyikkan. 


[Sila tenyeh tikus angpa tang gambaq utk tumbesaran]

----Pemandangan pekan Kuala Besut dari arah jeti LKIM----

----Bersantai sambil memancing bersama teman----

----jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia---
InsyaAllah, andai ada ruang dan peluang akan abg long kembali bertandang. Buat sahabat, terima kasih atas layanan yang diberikan.
Kepada anda yang nak bercuti ke Pulau Perhentian bersama famili dan teman2 boleh la inform abg long kerana sahabat abg long di Kuala Besut ini ada menyediakan kemudahan melancong untuk ke pulau tersebut.

___________________________________________________________
"Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku."
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

::Terima kasih kerana sudi baca:: LIKE dan KOMEN kalau suka! (◕‿◕)☆™

 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved