ads

Sabtu, 24 Mac 2012

13 di pulau redang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di pulau redang - Google Blog Search


Absolutely Emy: Snorkeling <b>di Pulau Redang</b>

Posted: 15 Feb 2012 12:57 AM PST

Tiba di Pulau Redang saya dah terkedu. Saya sangat terpegun dengan keindahan pulau redang, pasir pantainya halus memutih dan air laut yang jernih hijau kebiruan lembut warnanya, jernih kerana boleh nampak batu karang yang menjadi habitat kepada pelbagai jenis ikan dan juga terumbu karang. Subhannallah.

Saya tak pandai berenang! Dan kita tidak perlu pandai berenang untuk aktiviti snorkeling kerana ianya berlaku di tepi pantai dan kita hanya perlu memakai jaket keselamatan semasa snorkeling. Tambahan pula aktiviti snorkeling ini dilakukan di dalam sempadan yang dilingkungi oleh rantaian pelampung. Tanda sempadan ini diletakkan oleh Jabatan Laut untuk melindungi snorkelers dari dilanggar bot yang berulang-alik dari pulau ke pulau ataupun skuter air atau ski air. 

Snorkeling ialah aktiviti yang selamat, mudah dan sesuai untuk semua golongan umur. Hampir setiap resort di sepanjang pantai di pulau Redang ada menyediakan peralatan snorkeling untuk disewa, antaranya termasuk jaket keselamatan. Kalau lebih berani boleh cuba aktiviti discovery dive yang disediakan. Ada juga kelas-kelas diving disediakan bagi yang berkeinginan.

Semasa percutian kami itu (penghujung April), laut masih bergelora. Nampak macam tenang dari dataran. Tapi kejernihan di dasar laut agak kurang memuaskan. Tips: Hampir semua Resort di pulau-pualau pantai timur tutup kepada pengunjung pada bulan October hingga Mac kerana Musim Monsun (tengkujuh)
1. Seronoknyer melancong
2. Deadline keje dah sangat dekat!!
3. Tapi dalam hati ada taman!
4. Tak sabar nak pergi menenangkan jiwa
5. Mode = Hepi
6. Maka banyak entry tentang melancong-melancong

13 di ketengah jaya - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di ketengah jaya - Google Blog Search


Pemuda Pas Cawangan <b>Ketengah jaya</b> | BLOG - BLOG PARTI PAS

Posted: 09 Dec 2011 01:04 PM PST

Klik IKLAN Dibawah Untuk Lebih Info
Klik IKLAN Dibawah Untuk Lebih Info

Mengapa Tidak Terus Minum Daripada Kendinya?

Posted: 09 Dec 2011 09:46 AM PST

Suatu hari, datang seorang pemuda ke sebuah Pesantren di Indonesia bertujuan untuk bertemu dengan Kiyai di Pesantren tersebut. Maka berlakulah dialog di antara pemuda dan Kiyai di ruang tamu rumah Kiyai itu.


Pak Kiyai : Silalah duduk anak muda, siapa namamu dan dari mana asalmu?

Pemuda : Terima kasih Pak Kiyai. Nama saya Abdullah dan saya berasal dari Kampung Seberang.

Pak Kiyai : Jauh kamu bertandang ke sini, sudah tentu kamu punya hajat yang sangat besar. Apa hajatnya mana tahu mungkin saya boleh menolongmu?

Pemuda tersebut diam sebentar sambil menarik nafasnya dalam-dalam.


Pemuda : Begini Pak Kiyai, saya datang ke sini, bertujuan ingin berbincang beberapa permasalahan dengan Pak Kiyai. Pendeknya, permasalahan umat Islam sekarang. Saya ingin bertanya, mengapa Kiyai-Kiyai di kebanyakan pesantren di Indonesia, dan Tuan-Tuan Guru di Malaysia serta Pattani dan Asia umumnya sering kali mengajar murid-murid mereka dengan lebih suka mengambil kalam-kalam atau pandangan para ulama? Seringkali saya mendengar mereka akan menyebut : " Kata al-Imam al-Syafiee, kata al-Imam Ibn Ato'illah al-Sakandari, Kata al-Imam Syaikhul Islam Zakaria al-Ansori dan lain-lain"

Mengapa tidak terus mengambil daripada al-Quran dan al-Sunnah ? Bukankah lebih enak kalau kita mendengar seseorang tersebut menyebutkan " Firman Allah taala di dalam al-Quran, Sabda Rasulullah sallallahu alaihi wasallam di dalam hadis itu dan ini?"

Ulama-ulama itu juga punya kesalahan dan kekurangan. Maka mereka juga tidak lari daripada melakukan kesilapan. Maka sebaiknya kita mengambil terus daripada kalam al-Ma'sum iaitu al-Quran dan al-Sunnah.
Pak Kiyai mendengar segala hujah yang disampaikan oleh pemuda tersebut dengan penuh perhatian. Sedikitpun beliau tidak mencelah malah memberikan peluang bagi pemuda tersebut berbicara sepuas-puasnya. Sambil senyuman terukir di bibir Pak Kiyai, beliau bertanya kepada pemuda tersebut,

Pak Kiyai : Masih ada lagi apa yang ingin kamu persoalkan wahai Abdullah?

Pemuda : Setakat ini, itu sahaja yang ingin saya sampaikan Pak Kiyai.

Pak Kiyai : Sebelum berbicara lebih lanjut, eloknya kita minum dahulu ya. Tiga perkara yang sepatutnya disegerakan iaitu hidangan kepada tetamu , wanita yang dilamar oleh orang yang baik maka disegerakan perkahwinan mereka dan yang ketiga si mati maka perlu disegerakan urusan pengkebumiannya. Betul kan Abdullah?

Pemuda : Benar sekali Pak Kiyai .

Pak Kiyai lalu memanggil isterinya bagi menyediakan minuman pada mereka berdua. Maka beberapa detik selepas itu minuman pun sampai di hadapan mereka.

Pak Kiyai : Silakan minum Abdullah.

Sebaik dipelawa oleh Pak Kiyai, maka Abdullah pun terus mengambil bekas air tersebut lalu menuangkan perlahan-lahan ke dalam cawan yang tersedia.

Pak Kiyai terus bertanya : Abdullah, kenapa kamu tidak terus minum daripada bekasnya sahaja? Kenapa perlu dituang di dalam cawan?

Pemuda : Pak Kiyai, mana bisa saya minum terus daripada bekasnya. Bekasnya besar sekali. Maka saya tuang ke dalam cawan agar memudahkan saya meminumnya.

Pak Kiyai : Abdullah, itulah jawapan terhadap apa yang kamu persoalkan sebentar tadi. Mengapa kami tidak mengambil terus daripada al-Quran dan al-Sunnah? Ianya terlalu besar untuk kami terus minum daripadanya. Maka kami mengambil daripada apa yang telah dituang di dalam cawan para ulama. Maka ini memudahkan bagi kami untuk mengambil dan memanfaatkannya.

Benar kamu katakan bahawa mengapa tidak terus mengambil daripada al-Quran dan al-Sunnah. Cuma persoalan kembali ingin saya lontarkan kepada kamu. Adakah kamu ingin mengatakan bahawa al-Imam al-Syafie dan para ulama yang kamu sebutkan tadi mengambil hukum selain daripada al-Quran dan al-sunnah? Adakah mereka mengambil daripada kitab Talmud atau Bible?

Pemuda : Sudah tentu mereka juga mengambil daripada al-Quran dan al-Sunnah.

Pak Kiyai : Kalau begitu, maka sumber pengambilan kita juga adalah daripada al-Quran dan al-Sunnah cuma dengan kefahaman daripada para ulama.

Pak Kiyai : Satu lagi gambaran yang ingin saya terangkan kepada kamu. Saya dan kamu membaca al-Quran, al-Imam al-Syafie juga membaca al-Quran bukan?

Pemuda : Sudah tentu Pak Kiyai.

Pak Kiyai : Baik, Kalau kita membaca sudah tentu kita ada memahami ayat-ayat di dalam al-Quran tersebut bukan? Al-Imam al-Syafie juga memahami ayat yang kita bacakan. Maka persoalannya , pemahaman siapa yang ingin didahulukan? Pemahaman saya dan kamu atau pemahaman al-Imam al-Syafie terhadap ayat tersebut?

Pemuda : Sudah tentu pemahaman al-Imam al-Syafie kerana beliau lebih memahami bahasa berbanding orang zaman sekarang.

Pak Kiyai : Nah, sekarang saya rasa kamu sudah jelas bukan? Hakikatnya kita semua mengambil daripada sumber yang satu iaitu al-Quran dan al-Sunnah. Tiada seorang pun yang mengambil selain daripada keduanya. Cuma bezanya, kita mengambil daripada pemahaman terhadap al-Quran dan al-Sunnah tersebut daripada siapa? Sudah tentu kita akan mengambil daripada orang yang lebih dalam ilmu dan penaakulannya. Ini kerana mereka lebih wara' dan berjaga-jaga ketika mengeluarkan ilmu.

Kamu tahu Abdullah, al-Imam al-Syafie radhiyallahu anhu pernah ditanya oleh seseorang ketikamana beliau sedang menaiki keldai , berapakah kaki keldai yang Imam tunggangi?

Maka al-Imam al-Syafie turun daripada keldai tersebut dan mengira kaki keldai tersebut. Selesai mengira kaki keldai berkenaan, barulah al-Imam menjawab : " Kaki keldai yang aku tunggangi ada empat". Orang yang bertanya tersebut merasa hairan lalu berkata " Wahai Imam , bukankah kaki keldai itu sememangnya empat, mengapa engkau tidak terus menjawabnya?" al-Imam al-Syafiee menjawab : " Aku bimbang, jika aku menjawabnya tanpa melihat terlebih dahulu, tiba-tiba Allah taala hilangkan salah satu daripada kakinya maka aku sudah dikira tidak amanah di dalam memberikan jawapan"

Cuba kamu perhatikan Abdullah, betapa wara'nya al-Imam al-Syafie ketika menjawab persoalan berkaitan dunia. Apatah lagi kalau berkaitan dengan agamanya?

Al-Imam Malik radhiyallahu anhu pernah didatangi oleh seorang pemuda di dalam majlisnya di Madinah al-Munawwarah. Pemuda tersebut mengatakan bahawa dia datang daripada negeri yang jauhnya 6 bulan perjalanan daripada Madinah. Pemuda itu datang untuk bertanyakan satu masalah yang berlaku di tempatnya.
Al-Imam Malik radhiyallahu anhu, mengatakan bahawa " Maaf, aku tidak pandai untuk menyelesaikannya"
Pemuda tersebut hairan dengan jawapan Imam Malik, dan dia bertanya : " Bagaimana aku akan menjawab nanti bilamana ditanya oleh penduduk tempatku?"

Maka kata al-Imam Malik : " Katakan kepada mereka bahawa Malik juga tidak mengetahui bagaimana untuk menyelesaikannya"

Allah.. Cuba kamu lihat Abdullah betapa amanahnya mereka dengan ilmu. Berbeza dengan manusia zaman sekarang yang baru setahun jagung di dalam ilmu sudah mendabik dada mengaku bahawa seolah-olah mereka mengetahui segalanya.

Pemuda : MasyaAllah, terima kasih Pak Kiyai atas penjelasan yang sangat memuaskan. Saya memohon maaf atas kekasaran dan keterlanjuran bicara saya .

http://nazrulnasir.blogspot.com/2011/01/mengapa-tidak-terus-minum-daripada.html
Klik IKLAN Dibawah Untuk Lebih Info
Klik IKLAN Dibawah Untuk Lebih Info

13 di jabor - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di jabor - Google Blog Search


Pemandu jengkaut nyaris maut ~ Kemalangan Jalan Raya

Posted: 19 Mar 2012 04:57 AM PDT

BUKIT BESI – Seorang pemandu jengkaut nyaris maut, apabila motosikal ditungganginya dipercayai dirempuh sebuah kereta ketika dia cuba membelok ke simpang dekat sini, petang 16 Mac 2012.

Kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu berlaku ketika Mohd Saupi Ismail, 50-an, dalam perjalanan dari tempat kerjanya di Jerangau, untuk pulang ke rumahnya di Bandar Baru Kerteh, Kemaman.

Saupi yang menunggang motosikal Yamaha Legenda dipercayai cuba membelok ke simpang kanan, sebelum dirempuh sebuah kereta Honda Civic dari arah Dungun menghala ke Jerangau.

Kemalangan di Kilometer 73.3 Jalan Jerangau-Jabor dekat persimpangan Bukit Besi itu, menyebabkan mangsa cedera di bahagian kaki.

Motosikal milik mangsa rosak teruk manakala kereta Honda Civic berkenaan pula remuk di bahagian hadapan.

Mangsa kemudiannya dihantar ke Klinik Kesihatan Bukit Besi sebelum dibawa ke Hospital Dungun untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/terengganu/pemandu-jengkaut-nyaris-maut-dirempuh-kereta-1.32913?localLinksEnabled=false

13 di wakaf tapai - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di wakaf tapai - Google Blog Search


5S IKBN <b>Wakaf Tapai</b>

Posted: 05 Jan 2012 12:00 AM PST

IKBN wakaf tapai merupakan salah satu IKBN yang turut serta dalam proses untuk mendapatkan pengiktirafan  persijilan 5S  yang di kehendaki oelh pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang mana   persijilan dijangkakan pada 31 MAC 2012. 

13 di dungun - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di dungun - Google Blog Search


Fuh! Konsert Kembalilah Ustaz Azhar Idrus <b>Di Dungun</b> | Fuh! Santai

Posted: 15 Mar 2012 05:38 AM PDT

Posted By On Thursday, March 15, 2012 08:38 PM. Under UAI  

Saksikan Video Ustaz Azhar Idrus ( Original ) Di Konsert Kembalilah Yang Diadakan Pada 12/3/2012 Bertempat Di Batu 5, Dungun, Terengganu… Turut Bersama Adalah Ali XPDC , Mael XPDC, Mel WINGS, Empy SPRING & Bob Lokman.

konsert-kembalilah

Video Penuh Konsert Kembalilah
Untuk video pendek-pendek (betul ker?), saksikan dibawah ini.
Ustaz Azhar @ Konsert Kembalilah | Dungun_hukum ingat kekasih lama
 
Konsert Kembalilah @ Dungun_Ustaz Azhar jawab hukum bersalam rock
 
Konsert Kembalilah: Ali XPDC – Bunga Angkasa (Unplugged)
 
Ustaz Azhar Idrus @ Konsert Kembalilah_Dungun 12 Mac 2012
 
Konsert Kembalilah
 
Konsert Kembalilah @ Dungun_Ali XPDC | Bunga Angkasa
 
[Unplugged] Semalam Yang Hangat – Mel Wings ft Ali Terrarosa & Empy Spring (Guitar)


Fuh! Santai: Islam itu Indah.

13 di pulau bidong - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di pulau bidong - Google Blog Search


Zulaiqha Zulkifli: Final Year adalah SAAT EMAS

Posted: 18 Mar 2012 11:03 AM PDT

Assalamualaikum semua!

Lama rasanya tak update kan belog aku dah bersawang ni.
Banyak rasanya cerita ingin dikongsikan..

Bermula 13 bulan yang dahulunya, aku terkapai dalam mencari erti hidup. Aku mudah mengharap sesuatu yang luar biasa berlaku pada diri aku, tapi kadang-kadang aku lupa bahawa aku yang perlu mencari semua ini.

Dulu aku rasa berat untuk pikul tanggungjawab ini, sedar atau tidak sedar aku dah patut tinggal tempat ini. Patut keluar dari kepompong ini dan beralih kepada kehidupan yang lebih mencabar.

MPP dihati, dulu kini dan selamanya, namun MAHASISWA itu bukan sahaja dihati tapi tetap menjadi semangat perjuangan yang tidak pernah henti.

Aku sedar, masa bergerak begitu pantas, sepantas angin yang dapat dirasai tapi tidak dapat disentuh apatah lagi ditangkap, namun akan ku gunakan masa yang masih bersisa ini sebaiknya.

Hari ini aku meeting kali yang keberapa puluh aku sendiri tidak mampu kira dengan jari jemari. Alhamdullilah, masalah demi masalah lahir dan dapat diselesaikan dengan sebaiknya. Aku sayang mereka seperti nyawa aku sendiri. Merekalah pengerak kepada perjalanan kepimpinan di universiti aku ini selama satu penggal ini. Aku hargai mereka sepenuh hati aku.

Aku kena setelkan beberapa perkara berkaitan Final Year Project (FYP) aku yang aku tahu dan sedar, aku perlu setelkan secepat yang mungkin. Thesis pun aku kena start dah. Banyak aku kena buat. Aku dah tak boleh bercanda atau bersuka ria dah. Ini merupakan final destinasi aku dah. Aku tak nak mana-mana subjek menyangkutkan aku di UMT ni, aku nak score untuk final ni. PLEASE lah..Memang, bukan A yang jadi matlamat aku masuk universiti, tapi aku tahu itulah yang 'material' yang boleh dilihat untuk aku tunjukkan pada mama dan abah aku. Aku tak nak sia-siakan harapan mereka. Aku tak nak!

22hb-25hb ni aku akan ke Pulau Bidong, ada sampling. Agak lama masa di situ. tapi kali ni aku kena buktikan aku dapat buat JAUH LEBIH baik daripada sebelum ini. Biarlah orang hina aku, herdik aku atau perkecilkan aku sekalipun, tapi aku kena BUAT yang TERBAIK...Buktikan dan buktikan! Itu jer yang aku perlu buat setakat ini.

Tempat Latihan Industri (LI), Alhamdullilah, dah dapat, Aku bersyukur. Dapat jugak akhirnya. Aku dapat kat Jabatan Laut Malaysia Selangor yang kat Klang. Itu pun kawan aku maklumkan aku terdapat list yang berjaya dapat tempat praktikal. Insya-Allah esok pagi aku akan check sendiri macam mana status dia. Aku syukur sangat.Atleast, dekat dengan my family. =)

Ya final year adalah masa emas bagi aku. Saat terakhir untuk aku nikmati dan gunakan sepenuhnya tanpa ada rasa kesal penghujungnya. Aku harus jalankan dengan baik masa aku. TIADA LAGI MASA BERTANGGUH.KEEP IT UP! TINGKATKAN SPEED!

Doakanlah kejayaan ini ya semua kawan-kawan. Mohon maaf jika ada salah dan silap. Aku cuma manusia yang tidak sempurna. T.kasih sebab sudi baca ya.

Assalammualaikum......

13 di kuala berang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di kuala berang - Google Blog Search


Sebongkah Batu <b>Di Kuala Berang</b>: Layakkah dosanya ditanggung <b>...</b>

Posted: 22 Dec 2011 11:58 PM PST

"Interlok" ditetas;
"Sebongkah" dicantas.
Sasterawan cerdas;
mulailah ditindas.
–A. Samad Said

Lagi sesebuah buku itu diharamkan, lagi melonjaklah popularitinya. Lagi dikeluarkan fatwa tentang buku itu, lagi melonjaklah pula penjualannya.

Siapakah mereka yang mengawal pembacaan masyarakat? Manusia biasa akan ada sifat prejudis mereka sendiri dan akan mengharamkan karya-karya yang mereka tidak suka bukan kerana ada bukti kukuh tetapi atas sebab kepentingan sendiri dan tidak semestinya menguntungkan atau melibatkan masyarakat.

Pengharaman buku perlu dilihat secara berasingan, ianya tidak boleh dihukum secara umum. Alasan yang kerap digunakan oleh pihak tertentu (baca: pro-pengharaman) ialah untuk melindungi masyarakat daripada ditipu atau dipengaruhi oleh aliran yang boleh memesongkan akhlak mahupun akidah.

Sebagai contoh, buku 'Pelik Tapi Benar Dalam Solat' tulisan Ustaz Abdul Rahman Mohamed adalah mengenai feqah, bukan akidah. Akan tetapi, Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengharamkan dan menarik balik pengedaran buku tersebut dengan alasan buku ini berlainan mazhab, bimbang akan menggugat akidah pembaca.

Kredit :Google Image

Oleh itu, timbullah persoalan dibenak pembaca berkenaan pegangan mazhab. Adakah hanya kerana kita berpandukan mazhab Syafii' maka menganggap mazhab lain terpesong dari akidah? Adakah mazhab–mazhab lain itu menjadikan kita sesat jika diikuti? Adakah saranan mazhab lain itu salah dan mampu menyimpangkan akidah pembaca? Oleh itu, dari sudut mana penilaian dari KDN itu dibuat?

Kemudian, Negara dikontroversikan dengan isu penarikan balik novel karya Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain 'Interlok' untuk tidak lagi menggunakan novel tersebut sebagai buku teks komponen sastera bagi mata pelajaran Bahasa Melayu pelajar tingkatan lima mulai tahun ini.

Alasan sebelum ini bahawa Interlok mengandungi beberapa perkataan yang dianggap menghina masyarakat India namun ianya telah ditarik balik dan perkataan berkenaan telah dipinda hasil cadangan sebuah badan bebas yang ditubuhkan oleh kerajaan. Walaubagaimanapun, usaha untuk mengharamkannya tidak bekubur begitu sahaja apabila ianya dicalit rasis oleh politikus-politikus demi kepentingan peribadi.

Kredit: Google Image

Jika disebabkan intipati novel tersebut hanya wujud kasta yang digambarkan oleh pengkarya, ianya bukan suatu bentuk penghinaan kepada kaum India malah merupakan realiti pada zaman berkenaan.  Adakah ini sudah cukup kuat untuk mendakwa novel tersebut mempunyai elemen-elemen menjatuhkan martabat kaum tersebut? Apa sudah jadi dengan negara? Benarkan saya berkata, mundurnya pemikiran rakyat kita!

Soalan yang kian terbit di saat menulis entri ini..

Kalau tidak diharamkan, apakah impak terbesar yang berkemungkinan berlaku kepada pembaca?

Berulang setiap kali Allah menceritakan kejadian alam dan memberikan ruang berfikir kepada manusia. Allah menyatakan;

"yang demikian itu bukti-bukti (kebesaran Allah) bagi mereka yang berfikir" (ar-Ra'd: 3, ar-Rum: 21, az-Zumar: 42),

juga disebut:

"yang demikian itu bukti-bukti (kebesaran Allah) bagi mereka yang berakal" (ar-Ra'd: 4, an-Nahl: 12, ar-Rum 24),

Membacalah dengan mata hati. Maka minda akan lebih berkembang, lebih banyak menyoal, lebih banyak membaca. Orang putih kata, self-censorship. Bagi yang boleh berfikir dan menilai, mungkin penerangan itu akan mudah diterjemahkan dengan baik kerana setiap orang berhak membaca apa sahaja yang mereka mahukan. Tetapi malangnya, di negara ini ramai yang asyik menerima tanpa mahu menilai secara kritis.

Teori minda kita dijajah adalah sangat tepat. Ia terbukti kerana akal kita tidak berupaya untuk berfikir secara kritikal akibat kesan kecenderungan kepada pendidikan sekular yang tidak berteraskan kepada susur galur penyampaian ilmu sebenar yang dianjurkan oleh Islam sendiri. Secara terperinci, sistem pembelajaran di Malaysia hanya mementingkan pencapaian peperiksaan dan tidak banyak memberi ruangan kreatif untuk berfikir. Atas alasan itu, pelajar menjadi jumud dan bahan bacaan yang ringan menjadi pilihan.

Lalu, terhasillah karya-karya picisan yang santai, lemah gemalai dan liuk lentok dihidang kepada kita tanpa jemu. Nah lihat sahaja di kedai-kedai buku, karya apa yang setia berbaris di ruangan best-seller? Atau pergi sahaja di laman sesawang milik penerbit besar, buku apa yang terlaris mengungguli carta bulanan?

Kembali kepada persoalan tadi. Jika tidak diharamkan, bagaimana untuk mengawal buku-buku yang membawa kepada kerosakan akhlak, akidah? Buku yang menjurus kepada penghinaan kepada agama, bangsa? Persoalan demi persoalan beginilah yang sentiasa memberi ancaman kepada ibu bapa dan masyarakat lantas menyokong segala macam Akta yang disodok berkaitan pengharaman.

Adakah dengan membenarkan pengharaman ke atas buku yang mencentus kontroversi kononnya itu adalah jalan terakhir yang diambil oleh pihak berwajib? Jawapannya, TIDAK!

Kredit :Google Image

Mengekanglah tulisan dengan tulisan. Islam adalah agama hujah dan semestinya ditegakkan dengan hujah serta dilindungi oleh hujah. Tindakan yang lebih bijak adalah untuk menulis buku atau artikel bagi menjawab semua karya yang dikatakan mengandungi unsur keraguan kepada pembaca.  Sebagai contoh, baru-baru ini, novel cereka "Sebongkah Batu di Kuala Berang" karya Faisal Tehrani diharamkan edar atas sebab (yang tidak dipastikan) bahawa tulisan penulis dipenuhi penyelewengan dari kebenaran disamping meniupkan unsur 'syiah' di dalam novelnya. Pendapat saya, pihak yang bertanggungjawab di dalam soal pengharaman buku ini wajiblah menyatakan sebab penarikan dengan hujah serta bukti dan terpulang kepada pembaca untuk membuat penilaian. Penulis pula, harus mengambil sikap berlapang dada terhadap kritikan dan menerimanya secara matang dan profesional.

Ianya mengingatkan saya kepada kisah Kassim Ahmad dalam tulisannya 'Mencari Jalan Pulang'. Katanya (lebih kurang), "Dia berfikir begitu kerana ia berdasarkan apa yang dia kaji, dia baca dan dia belajar serta apa yang dia percaya. Dan, sekiranya ada org yang boleh merasionalkan apa yang dia percaya itu salah dan boleh menjawab segala persoalannya, maka dia akan menerima."

Suka saya buka lembaran sejarah sebagai pedoman bersama iaitu pada zaman pertengahan Eropah yang menyaksikan banyak buku diharamkan dan dibakar atas alasan agama. Manakala di zaman penjajahan British pula, karya Pak Sako diharamkan pengedarannya dan begitu juga renteten dari peristiwa yang berlaku di Occupy Wall Street di Amerika, ada perpustakaan yang ditubuh aktivis turut dilayan sedemikian rupa.

Adakah kita ingin negara menuju ke zaman kegelapan gereja yang menghukum apa sahaja ilmu yang tidak serasi dengan kelompok tertentu tanpa alasan? Atau adakah kita terlalu jumud dan paranoid dan bertindak seperti pihak British? Jika trend begini berterusan sudah pasti ianya boleh merosakkan percambahan ilmu.

Dan jika akidahlah yang menjadi kerisauan semua pihak, izinkan saya bertanya. Bukankah untuk mengawal akidah perlulah dimantapkan akidah itu terlebih dahulu? Saya kongsi di sini jawapan Abdullah Munsyi kala dituduh sebagai mengkafir umat Melayu semasa menjadi penterjemah kepada paderi Inggeris:
"Apakah ertinya iman itu? Adapun ertinya iman itu yang kuketahui, percaya; maka jikalau kiranya aku membaca seribu kitab agama lain-lain, jikalau tiada percaya aku akan dia, bolehkah rosak iman? Aku tiada mahu mendengar perkataan bodoh itu."

Mungkin saya boleh simpulkan bahawa kaedah "Bacalah dengan nama Tuhan mu" itu menjawab segala persoalan di atas.

13 di kerteh - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di kerteh - Google Blog Search


UOP Resources (M) Sdn. Bhd: Pesta Komputer Recon <b>di Kerteh</b> <b>...</b>

Posted: 04 Mar 2012 05:07 AM PST


Kali pertama PESTA KOMPUTER RECON akan diadakan pada 10 - 14 March 2012 di Dewan Sivik Kerteh, berhampiran dengan Masjid Jamek Kerteh, Kemaman, Terengganu.

13 di chukai - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di chukai - Google Blog Search


Malaysia Zoom » Harrif &#39;mengamuk&#39; <b>di Chukai</b>

Posted: 02 Mar 2012 03:08 PM PST

KEMAMAN – Pelumba Terengganu Cycling Team (TSG), Mohd. Harrif Salleh menceriakan penyokong tempatan apabila muncul tempat kedua peringkat kelapan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2012 dari Pekan ke Chukai, semalam.

Lebih manis hampir 10,000 rakyat negeri Terengganu menanti untuk menyambutnya di garisan penamat dengan mengharapkan pelumba kesayangan mereka itu berjaya muncul juara pada perlumbaan sejauh 100.8 kilometer itu.

Bagaimanapun, mereka tetap gembira apabila melihat pelumba berusia 24 tahun itu berjaya meloloskan diri daripada 119 pelumba untuk meraih tempat kedua di belakang pelumba Farnese Vini-Selle Italia, Andrea Guardini yang lebih dahulu mencecah garisan penamat.

Dipetik dari Utusan Malaysia

di negeri terengganu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri terengganu - Google Blog Search


Gift of Hope – Jelajah <b>di Negeri</b> Kelantan dan <b>Terengganu</b>

Posted: 19 Mar 2012 10:43 PM PDT

by the administrator on March 20, 2012

Jelajah Gift of Hope di Kelantan

Pasukan dari Jabatan Bantuan dan Program IRM yang diketuai oleh Bro Kamarul Halim telah selamat menjalankan penilaian di Kelantan bermula daripada 15 Mac 2012 (Khamis) 16 Mac 2012 (Jumaat). Pada hari pertama, sebanyak sembilan buah rumah di Kota Bharu dan kawasan Wakaf Bharu. Manakala pada hari kedua, sebanyak lima buah rumah di Melor.

IRM telah menziarahi beberapa keluarga  miskin, warga emas, dan pesakit penyakit kronik.  we visited poor families, senior citizens, chronic patients. Bro Halim turut ditemani wakil IKRAM sepanjang keberadaan beliau di sana iaitu Ustaz Omar Alias (Kota Bharu), Ustaz Abdul Rashid (Wakaf Bharu) and Ustaz Nik Mohd Noor (Melor).

Jelajah Gift of Hope di Terengganu

Jelajah penilaian Gift of Hope diteruskan pada hari berikutnya (17 Mac 2012) di negeri Terengganu yang hanya mengambil masa sehari sahaja.
Bro Halim telah sempat menziarahi 12 buah keluarga di daerah Kemaman (Kg Seberang Tayor, Kg Paya Berenjut, Kg Mak Lagam, Kuala Kemaman dan Air Putih)Keluarga yang dilawati meliputi keluarga miskin, warga emas dan pesakit penyakit kronik. Sepanjang jelajah di Terengganu, Br Halim telah dibantu oleh Wakil Negeri IRM di Terengganu iaitu Tn Hj Zameran dan Hj Mahmood (penasihat CAKNA).

13 di kijal - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di kijal - Google Blog Search


T E G A N U K I TA: Giant <b>di Kijal</b> tidak mempunyai tunggakan hutang

Posted: 07 Dec 2011 08:38 PM PST

Oleh: Suriati Ali

Kerajaan negeri menolak dakwaan pembangkang yang menyatakan pengusaha atau pemilik Pasar Raya Giant di Bandar Baru Kijal, Kemaman tidak mampu membayar sewa dan mempunyai tunggakan hutang yang tinggi.

Menteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad Said berkata, dakwaan wakil pembangkang YB Mohd Wahid Endut (Wakaf Mempelam-Pas) adalah tidak benar sama sekali dan hanya ingin mengelirukan rakyat.

"Kerajaan negeri menerima bayaran sewa secara bulanan dan apa yang membanggakan pengusaha pasar raya itu sudah membayar sewa bagi bulan November pada 3 haribulan melalui RHB Bank Berhad bernombor 505874.


"Sambutan pelanggan terhadap pasar raya itu semakin menggalakkan sehingga mampu mencatatkan jualan RM500,000 sehari," katanya dalam sidang DUN hari ini.

Katanya, Pasar raya Giant itu merupakan cawangan ketiga di negeri ini setakat ini selepas kewujudan Giant di Padang Hiliran, Kuala Terengganu dan pasar raya TMC di Mesra Mall Kerteh.

"Giant Bandar Baru Kijal merupakan penyewa terbesar di lokasi yang bakal dibangunkan sebagai pusat tekstil itu.

"Pembangunan di tanah seluas kira-kira 160 hektar itu yang membabitkan kos keseluruhan kira-kira RM100 juta, turut menarik perhatian sebuah gedung tekstil terkenal untuk membuka cawangannya di lokasi ini," katanya.


13 di bukit besi - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di bukit besi - Google Blog Search


Geng Tarik Kereta Lempar Greese - Kemalangan Terancang (Jalan <b>...</b>

Posted: 05 Mar 2012 10:25 PM PST

Nak share info tentang jalan ni. Semalam bapa mertua aku balik dari rumah aku kat Balok Kuantan ke Rantau Panjang, Kelantan. So, dia gunalah jalan Jabor - Bukit Besi ni sebab dekat ikut jalan ni daripada jalan pantai.
Al-kisahnya bila dia nak sampai dekat dengan Bukit Besi, time tu hujan lebat. Dalam pukul 9 malam kot. Tiba-tiba ada orang kat tepi jalan lempar minyak greese kat cermin depan kereta bapa mertua aku. Memang tak nampaklah jalan sebab greese dah melekat kat cermin. Pastu dah time hujan, mestilah bapa mertua aku pasang wiper.. Wiper tariklah greese tu, sapu habis 1 cermin depan. Tak nampak terus jalan depan.
Nasib baik dah nak sampai RNR Bukit Besi, bapa mertua aku bawa kereta slow-slow dan berhenti kat RNR sebab nak cuci greese yang melekat tu. Wiper memang dah beratlah sebab ada sisa-sisa greese lagi. Nasib baik aku dah spray water repellent kat cermin depan kereta tu sebelum diorg balik semalam. Jadi kuranglah greese tu nak melekat.
Aku bajet ni kerja geng-geng tarik kereta kawasan tu. Diorang buat camtu supaya kita eksiden sebab tak nampak jalan. Makan rezeki HARAM je buat macam tu. Kalau orang eksiden mati, camne? Jadi pembunuhlah!
Sesiapa yang dok area Bukit Besi tu, ade info tak pasal ni? Dah lama diorang buat kerja haram camni ke? Kalau kena kat aku, memang makan parang panjang dan kayulah diorang ni. Parang panjang dalam kereta aku ni tak pernah rasa lagi darah orang. Bolehlah kalau geng-geng tu nak rasa.
So, kepada pengguna jalan raya yang lain, hati-hatilah pabila menggunakan jalan tu or mana-mana jalan pun time malam dan hujan. Maybe korang boleh guna tips ni kot:
1. Pakai Water Repellent untuk kurangkan benda tu melekat.
2. Kalau ada org lempar greese tu, jalan berhenti, maybe geng tarik kereta or perompak. Jalan je slow-slow, pasang signal emergency dan kalau perlu pakai wiper sebab hujan, pakai je yang paling slow tu. Berhenti kat tempat selamat sikit baru cuci.
3. Yang ni aku tak syorkan kat ladies. Kalau dalam kereta korang tu ada 5 org lelaki yang berani dan alat nak pukul orang yang cukup, korang berhenti dan belasah kaw-kaw orang gila ni.
 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved