ads

Sabtu, 24 Mac 2012

13 di bukit besi - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

13 di bukit besi - Google Blog Search


Geng Tarik Kereta Lempar Greese - Kemalangan Terancang (Jalan <b>...</b>

Posted: 05 Mar 2012 10:25 PM PST

Nak share info tentang jalan ni. Semalam bapa mertua aku balik dari rumah aku kat Balok Kuantan ke Rantau Panjang, Kelantan. So, dia gunalah jalan Jabor - Bukit Besi ni sebab dekat ikut jalan ni daripada jalan pantai.
Al-kisahnya bila dia nak sampai dekat dengan Bukit Besi, time tu hujan lebat. Dalam pukul 9 malam kot. Tiba-tiba ada orang kat tepi jalan lempar minyak greese kat cermin depan kereta bapa mertua aku. Memang tak nampaklah jalan sebab greese dah melekat kat cermin. Pastu dah time hujan, mestilah bapa mertua aku pasang wiper.. Wiper tariklah greese tu, sapu habis 1 cermin depan. Tak nampak terus jalan depan.
Nasib baik dah nak sampai RNR Bukit Besi, bapa mertua aku bawa kereta slow-slow dan berhenti kat RNR sebab nak cuci greese yang melekat tu. Wiper memang dah beratlah sebab ada sisa-sisa greese lagi. Nasib baik aku dah spray water repellent kat cermin depan kereta tu sebelum diorg balik semalam. Jadi kuranglah greese tu nak melekat.
Aku bajet ni kerja geng-geng tarik kereta kawasan tu. Diorang buat camtu supaya kita eksiden sebab tak nampak jalan. Makan rezeki HARAM je buat macam tu. Kalau orang eksiden mati, camne? Jadi pembunuhlah!
Sesiapa yang dok area Bukit Besi tu, ade info tak pasal ni? Dah lama diorang buat kerja haram camni ke? Kalau kena kat aku, memang makan parang panjang dan kayulah diorang ni. Parang panjang dalam kereta aku ni tak pernah rasa lagi darah orang. Bolehlah kalau geng-geng tu nak rasa.
So, kepada pengguna jalan raya yang lain, hati-hatilah pabila menggunakan jalan tu or mana-mana jalan pun time malam dan hujan. Maybe korang boleh guna tips ni kot:
1. Pakai Water Repellent untuk kurangkan benda tu melekat.
2. Kalau ada org lempar greese tu, jalan berhenti, maybe geng tarik kereta or perompak. Jalan je slow-slow, pasang signal emergency dan kalau perlu pakai wiper sebab hujan, pakai je yang paling slow tu. Berhenti kat tempat selamat sikit baru cuci.
3. Yang ni aku tak syorkan kat ladies. Kalau dalam kereta korang tu ada 5 org lelaki yang berani dan alat nak pukul orang yang cukup, korang berhenti dan belasah kaw-kaw orang gila ni.

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved