Jumaat, 23 Mac 2012

13 di rantau abang - Google Blog Search

13 di rantau abang - Google Blog Search


rantau abang: Program "Turtle Care" UiTM Dungun <b>Di Rantau Abang</b>.

Posted: 20 Mar 2012 01:10 AM PDT

UiTM Dungun telah mengadakan program "Turtle Care" dengan kerjasama TUMEC FRI Rantau Abang pada 9 Februari 2012 di Rantau Abang.
PELEPASAN ANAK PENYU DI PANTAI RANTAU ABANG

Sultan Mizan Rasmi Masjid Kampung <b>Rantau Abang</b> | BERITA <b>...</b>

Posted: 14 Mar 2012 02:15 AM PDT

DUNGUN: Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin bertitah agar masyarakat Islam sentiasa menjaga adab kebersihan dan kesucian ketika berada di masjid mahupun surau.

Baginda bertitah pihak berwajib termasuk jawatankuasa masjid dan pengunjung perlu bersama-sama menjaga kebersihan agar dapat memberi keselesaan kepada pengunjung lain memandangkan masjid-masjid menjadi tempat persinggahan para musafir terutama masjid yang berada di tepi laluan jalan raya utama.

Sultan Mizan bertitah demikian ketika merasmikan Masjid Kampung Rantau Abang di sini dan menamakannya Masjid Al-Huda.

Baginda sebelum itu menunaikan solat Maghrib dan Isyak bersama lebih kurang 500 penduduk tempatan dan turut berkenan menyampaikan tauliah sijil kepada pendaftar, jurunikah serta imam masjid mukim bagi daerah Dungun.

Turut hadir Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said dan Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu Mohd Rozali Salleh.

Masjid Al-Huda Kampung Rantau Abang bernilai RM3.2 juta mampu menampung 1,000 jemaah. -BERNAMA


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads