ads

Jumaat, 21 September 2012

13 di seberang takir - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di seberang takir - Google Blog Search


Luka Riadah <b>di</b> Kampung Tok Beng <b>Seberang Takir</b> - Rakyat Marhaen

Posted: 10 Jun 2012 03:33 AM PDT

Berikut hanyalah sebahagian kecil punca segala masalah yang melibatkan kehilangan wang dan harta negara sejak umno/BN berkuasa lebih setengah abad yang lalu. Namun, jika dikumpul, ianya mencecah ratusan billion Ringgit wang milik Rakyat yang telah diselewengkan oleh kerajaan umno/BN.

1. Skandal PKFZ yang melibatkan duit Rakyat sebanyak RM12.7 billion.

Tun Dr Ling Liong Sik mengaku tidak bersalah di atas dua pendakwaan di bawah Seksyen 418 dan 417 Kanun Keseksaan atas tuduhan memperdayakan Jemaah Menteri berhubung projek bernilai RM12.7 bilion itu. Bekas Presiden MCA ini dituduh memperdayakan Jemaah Menteri untuk bersetuju meluluskan pembelian 999.5 ekar tanah milik koperasi nelayan Melayu di Pulau Indah pada harga RM25 satu kaki persegi dengan kadar faedah 7.5 peratus, iaitu nilai yang jauh lebih tinggi dari nilai sebenar di pasaran. Beliau juga mengeluarkan surat sokongan mengarahkan projek PKFZ ini diserahkan kepada syarikat Kuala Dimensi Sdn Bhd, milik Pengerusi Kelab Penyokong BN, Dato Seri Tiong King Sing.

2. Komisen pembelian kapal selam sebanyak RM500 juta.

  • Harga asal pembelian: €1.14 billion (RM4.52 billion)
  • Kos Senggaraan jangka panjang: €999.15 juta (RM3.964 billion) kepada Perimekar Sdn Bhd bagi kerja-kerja penyelenggaraan jangka panjang kapal selam itu pada tahun 2002.

Permohonan tambahan daripada Kementerian pertahanan pada Sidang Belanjawan 2011

  • RM417 juta untuk membiayai kontrak senggaraan (In Service Support) dua buah kapal selam Scorpene
  • RM56 juta untuk bayaran pendahuluan sewaan perkhidmatan Sistem Submarine Escape Rescue Intervention (SMER-1).
  • Sebelum ini, kerajaan sudah membayar €999.15 juta (RM3.964 billion) - Rujuk di atas.

3. Kerugian pembelian aset oleh Sime Darby RM1.6 billion.

  • Kerugian akibat lebihan kos berjumlah kira-kira RM1.6 bilion, membabitkan projek minyak dan gas Bulhanine dan Maydan Mahzam di Qatar serta projekhidroelektrik Bakun.


4. Menanggung kerugian (bailout) Konsortium Perkapalan Berhad milik Mirzan Mahathir sebanyak RM1.7 billion.

  • MISC (anak syarikat Petronas) telah diarahkan oleh Mahathir (PM ketika itu) untuk membeli aset Konsortium Perkapalan Berhad dengan pembiayaan sebanyakRM1.7 billion bertujuan menyelamatkan syarikat perkapalan milik anak beliau, Mirzan.

5. Kos senggaraan Paya Indah Wetland RM88 juta.

6. Kerugian Pos Malaysia (Transmile) RM5460 juta.


7. Perjanjian pembelian Eurocopter sebanyak RM1.67 billion.

  • Harga ditawarkan oleh Eurocopter Malaysia yang dipilih oleh kerajaan: RM1.67 billion
  • Harga Kelowna Flightcraft untuk helikopter alternatif: RM865 juta (Kerajaan dapat menjimatkan RM805 juta)

8. Kos pembaikan bumbung Stadium Terengganu yang runtuh sebanyak RM292 juta.

9. Kos memperbaiki kerosakan MRR2 sebanyak RM70 juta

10. Akaun bil terlebih bayar Maybank sebanyak RM4 billion.

11. Tumbuk-rusuk (kickbacks) kepada Ng Yen Yen di Kementerian Pelancongan RM10 juta.

12. Kos membeli tiga buah lukisan oleh MAS sebanyak RM1.5 juta.

13. Lebihan bayaran oleh Kementerian Belia dan Sukan sebanyak RM8.4 juta.

14. Perbelanjaan Kompleks Sukan gajah putih di London sebanyak RM70 juta.

15. Baikpulih bangunan MATRADE sebanyak RM120 juta.

16. Kos minyak dan senggaraan jet kegunaan PM sebanyak RM200 juta.

17. Hutang tidak dapat dituntut InventQ sebanyak RM228 juta.

18. Membayar gantirugi pembatalan Jambatan Bengkok sebanyak RM257 juta.

19. Kerugian dalam urusniaga penjualan Augusta sebanyak RM510 juta.


20. Nilai kehilangan pendapatan kerajaan daripada Approved Permit (AP) yang dikeluarkan bagi tempoh setahun sebanyakRM1.8 billion.

21. Senggaraan kapal-kapal selam KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Rzak (akan dijadikan artifak Muzium Negara) sebanyak RM4.1 billion.

22. Pembinaan dan senggaraan PSC Naval Dockyard Lumut sebanyak RM6.75 billion.

23. Dua skandal Bank Bumiputra pada wal 1980-an sebanyak US$1 billion dengan anggaran nilai kerugian pada 2008 sebanyak RM3.2 billion.

24. Kegagalan Maminco dalam percubaan menguasai pasaran timah dunia pada tahun 1980-an dipercayai mengakibatkan kerugian bernilai US$500 juta. (RM1.6 billion)

25. Bertaruh dalam niaga kewangan pasaran hadapan luar negara menyebabkan Bank Negara Malaysia kerugian RM30 billion pada tahun 1990-an.

26. Kerugian Perwaja Steel sebanyak US$800 juta (RM2.56 billion).

27. Menggunakan dana awam sebanyak RM10 billion dalam operasi Valuecap Sdn Bhd untuk melonjakkan nilai harga pasaran saham.

28. Skandal kewangan Bank Islam yang melibatkan kerugian RM700 juta.

29. Penjualan MV Augusta dengan harga €1 (1 Euro) mengakibatkan kerugian sebanyak €75.99 juta (RM348 juta) - sama seperti No. 18?

30. Kehilangan royalti Wang Ehsan Terengganu sebanyak RM7.4 billion (antara tahun 2004 – 2007)

31. Sejak penubuhan Petronas Philharmonic Orchestra selama lebih 10 tahun yang lalu, ia telah menelan perbelanjaan sebanyak RM500 juta denga RM1 juta setahun dibayar sebagai gaji dan imbuhan kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO).

32. Yuran Penasihat: Mahathir telah dibayar RM180,000, Shahrizat Abdul Jalil (Menteri Kemajuan Wanita) RM404,726 dan Abdul Hamid Othman (Agama) RM549,675 pada setiap tahun.

33. Kerajaan telah membelanjakan RM3.2 billion untuk pelaksanaan program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sepanjang lima tahun pertama pelaksanaannya. Daripada jumlah tersebut, kerajaan telah membayar RM2.21 billion untuk membeli pelbagai kelengkapan teknologi, maklumat dan komunikasi (ICT) namun tiada sebarang perincian perbelanjaan pernah ditunjukkan.

Kerajaan telah membayar RM6k bagi setiap komputer laptop/notebook yang dapat diperolehi di pasaran dengan harga di bawah RM3k. Beberapa konsortium telah ditubuhkan semata-mata untuk 'mengendali secara atas-angin' pengagihan segala peralatan dan perkakasan berkenaan. Kini, kebanyakan peralatan dan perkakasan telah menjadi milik anak guru-guru yang terlibat dengan PPSMI.

34. Komisen yang telah dibayar kepada dua buah syarikat persendirian yang mengendalikan pembelian kapal selam Scorpene iaitu Perimeker Sdn Bhd dan IMT Defence Sdn Bhd berjumlah RM910 juta. Ada kaitan dengan No. 2.

35. Kerajaan membuat bayaran RM300 juta sebagai ganti rugi yang dibayar kepada Gerbang Perdana kerana pembatalan pembinaan Jambatan Bengkok yang bernilai RM1.1 billion.

36. RM1.3 billion telah dibazirkan dengan pembinaan kemudahan kompleks gajah putih 'Customs, Immigration and Quarantine' (CIQ) apabila projek Jambatan Bengkok dibatalkan.

37. Membelanjakan RM100 juta untuk kerja-kerja baik-pulih dan kebocoran Bangunan Parlimen Malaysia.


38. Program Angkasawan Negara yang menelan belanja – RM40 juta

39. Dianggarkan sebanyak RM500 juta setahun dibelanjakan untuk Latihan Khidmat Negara

40. Menanggung kerugian Eye of Malaysia – RM30 juta dan RM5.7 juta dalam bentuk pemberian tiket percuma.

41. Menanggung kerugian sebanyak RM2.4 juta untuk pembelian dakwat kekal

42. Pada September 2006, Samy Velu mengumumkan bahawa kerajaan telah membayar ganti rugi berjumlah RM38.5 billion kepada 20 buah syarikat pengendali lebuhraya. Sembilan syarikat pengendali tol lebihraya menerima durian runtuh berjumlah RM380 juta daripada kenaikan kadar tol pada tahun 2008 sahaja.

43. Tumbuk-rusuk (kickbacks) sebanyak RM32 juta nilai eksport kayu balak oleh syarikat-syarikat yang berkaitan dengan Ketua Menteri Sarawak dan ahli keluarganya.

44. Dua kali menanggung kerugian (bailout) oleh Malaysia Airline System (MAS) yang berjumlah sebanyak RM7.9 billion. Pada ketika MAS berhadapan dengan kerugian pada saban tahun, sebanyak RM1.5 juta telah dibelanjakan untuk membeli TIGA buah lukisan untuk menghiasi pejabat pengerusi MAS, Munir Majid. (Berkaitan dengan No. 11)

45. Menanggung kerugian (bailout) Sistem Pengangkutan Putra sebanyak RM4.486 billion.


46. Menanggung kerugian (bailout) STAR-LRT sebanyak RM3.256 billion.

47. Menanggung kerugian (bailout) Sistem Pembetungan Kebangsaan bernilai RM192.54 juta.

48. Menanggung kerugian (bailout) Lebuhraya Seremban-Port Dickson sebanyak RM142 juta.

49. Menanggung kerugian (bailout) Penjara Kuching bernilai RM135 juta.

50. Menanggung kerugian (bailout) Kajian Makanan dan Gunaan Orang Islam sebanyakRM8.3 juta.

51. Menanggung kerugian (bailout) Le Tour de Langkawi sebanyak RM3.5 juta.

52. Agihan secara borong ratusan juta saham di Bursa Malaysia dengan berselindung di bawah Dasar Ekonomi Baru (DEB) kepada kroni, kaum keluarga, anak-anak para Menteri dan pemimpin BN yang bernilai berbillion-billion ringgit.


53. Pindah-milik puluhan ribu hektar tanah-tanah komersial dan konsesi pembalakan kepada anak-anak serta kaum keluarga para Menteri dan pemimpin BN yang bernilai berbillion-billion ringgit.

54. Kerugian Petronas sejak tahun 1997 apabila menandatangani perjanjian dengan ENAM PENAMA yang tidak didedahkan dalam dagangan hadapan petroleum negara dengan kadar harga murah untuk jangkamasa yang panjang. Apabila harga bahan petroleum meningkat, Petronas kekal menjual kepada ENAM penama ini pada harga murah yang telah dipersetujui.

Dan manusia yang bertanggungjawab mengatur perjanjian dagangan hadapan yang merugikan Petronas dan Rakyat ini adalah merupakan manusia yang paling lantang bersuara sekarang ini - Mahathir Muhamad. Dan beliau ingin kekal menjadi penasihat Petronas hingga mati bagi melindungi identiti ENAM JAHANAM yang menghisap darah Rakyat melalui keuntungan Petronas.

55. RM5700 untuk membeli seunit jek kereta yang berharga RM50. (*)

56. Kenderaan milik kerajaan meneguk setangki petrol bernilai RM113 dalam tempoh beberapa minit. (*)

57. Platform tiang bendera berharga RM990 dibeli dengan harga RM30,000 (*)

58. Thumb drive berharga RM90 dibeli dengan harga RM480 (*)

59. Kabinet simpanan barang berharga RM1,500 telah dibeli dengan harga RM13,500 (*)

60. Pembelian seunit lampu suluh bernilai RM35 telah dibayar dengan harga RM143. (*)

(*) - yang dinyatakan adalah sebutharga untuk SATU UNIT. Kerajaan membeli dalam bentuk pukal antara puluhan hingga ribuan unit item yang sama.

61. Perbelanjaan kempen 1Malaysia yang dibayar kepada APCO sebanyak RM76.8 juta.

62. Membayar subsidi RM17 billion kepada Penjana Tenaga Bebas (IPP)


63. Cincin berlian bernilai USD24 juta untuk Ro$mah --- kononnya pembelian telah dibatalkan – berapa pula jumlah ganti rugi yang terpaksa rakyat bayar?

64. Satu laman web 1pengguna bagi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dibina dan diselenggarakan dengan belanja RM1.4 juta.

65. Projek e-mel 1Malaysia yang menelan belanja RM50 juta.

66. Menggunakan Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Danaharta dan Khazanah untuk membeli saham-saham Timedotcom yang tidak laku – kerugian sebanyak RM3.3 billion.

67. Skandal Offshore Petrol Vehicle (PSC-NDSB) – rugi RM6.75 bilion


68. Rosmah sewa bilik hotel RM100,000 satu malam di Burj Al-Arab Dubai!!

69. Rosmah dan Najib sewa penthouse di Hotel Darling di Sydney pada kadar RM65,100untuk sehari semalam.

70. "Lawatan Sambil Belajar" ke Arab Saudi, Oman dan Bangladesh Rosmah and the Gang (FLOM @ First Lady of Malaysia) ditanggung kerajaan berjumlah RM134,317.76.

71. Memperuntukkan dana RM100 juta setahun untuk Rosmah berbelanja dalam projek peribadi 'Permata Negara'nya.

72. Perbelanjaan oleh Rosmah untuk mengendalikan Sidang Kemuncak Wanita Pertama yang melibatkan 15 orang wanita isteri Ketua-ketua Negara yang majoritinya daripada negara-negara Afrika yang menelan belanja RM4.5 juta untuk tempoh TIGA hari.

73. Kos ubah suai Seri Perdana sebanyak RM12.5 juta.


74. Bil elektrik kediaman rasmi PM dan TPM di Seri Perdana sebanyak RM160,000sebulan.

75. Insinerator di Broga, Semenyih, kerajaan BN yang di atas kebodohan mereka tidak mendengar keluhan rakyat, terpaksa membazirkan berbilion ringgit membatalkan projek tersebut. Insinerator yang seberat 1,500 tan dan menggunakan teknologi 'fluidized bed gasification' yang dikatakan terbesar di Asia ditaksirkan menelan belanja RM1.5 bilion (lebih kurang USD395 juta) untuk dibina dan RM200 juta (USD53 juta) bagi kos operasinya setiap tahun.

CHECK-LIST INI AKAN TERUS DIKEMASKINI DARI SEMASA KE SEMASA.

13 di rantau abang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di rantau abang - Google Blog Search


MyLife Zalia: Jagung Bakar vs Air Nira <b>di Rantau Abang</b>, Terengganu

Posted: 13 Jun 2012 06:27 AM PDT

Mungkin ini senario biasa je kan. Tapi spjg perjalanan kami yg lebih byk berrnti drpd berjalan ari tu, menu setiap petang ialah jagung bakar. Sangat lazat kot. Makan x hengat sampai lupa amek gambo jagungnya. Sib baek ade gambo gerai tepi jalan ni. Walawehhhh... Pegi jln2 musim cuti skolah kat Malaysia ni, jln pun agak sesak. Tambah lagi kami sepakat nak lalu jln pantai. Pe lagi yg boleh kami buat. Berenti la mana yg boleh. Cemuih wehhh drive sengguk2 gitu. Ape yg menarik tentang air nira ni? Jgn tanya ye sbb kami langsung x beli & x minum. Both of us kureng suka manis ye. Tapi bila tgk semua kedai tulis nira, teringat kat our former classmate dedolu yg ujung nama dia Nira. Hehe... Cekidautttt!!!

~published by iPhone~

Amir Aiman Akashah: Gadis Penyu <b>Di Rantau Abang</b>, Terangganu <b>...</b>

Posted: 16 Sep 2012 01:02 PM PDT

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة
1st time abg long jejak kaki kat pantai Rantau Abang ni. Sebelum ni duk dengaq ja tentang kebestan kawasan peranginan tumpuan pelancong ni ha. Alhamdulillah, dapat gak la mencemar duli kat sini. Negeri Terengganu ni kaya dengan keindahan alam semulajadinya, lanscape dia pun memang cun abis. 
Lepas ni boleh la abg long pasang angan2 utk menjelajah serata inci tanah dia.....Jelajah sampai poket lebam...Ha Ha Ha.....Gila ang, nak mengembara or melancong sekurang2nya pulus mau ada. Tak sikit, banyak dah tentu perlu sedia. Tapi, sesekali sesekala pi tempat lagu ni best apa. Langsung dak rugi la. Pendek kata (panjang tak kata apa2) boleh release tensen dan hanyutkan segala masalah kat laut cina selatan tu ha.
Masa kat Rantau Abang tempohari abg long menetap kat De Awang Beach Resort. Makanan kat sini memang tahap bintang2 bertaburan. Sedap maha lazat.....Peeehhhhhhh!! boleh bikin leleh ayaq liuq abg long ni bila ingat masakan dia. Tapi, kalau ang nak lepak kat De Awang Resort ni abg long sarankan ang amik chalet yg berhawa dingin. Tak mahai pun dalam RM90 semalaman. Kalau yang fan bagi abg long teramat la tak cool. Sarung bantal dengan kain cadar pun stay guna yang zaman arwah to nenek abg long pakai masa muda2. Adoiiiiiiiiiii....klasik betui dia punya deco dalam bilik. Ha Ha Ha!! Harga semalaman bagi bilik klasik ni RM50 aje. 
Kalau datang Rantau Abang ni bersepah chalet untuk ang lepak. Pilih ja mana yang ang berkenan, tak semestinya De Awang Beach Resort. Ang tepuk poket, tanya dompet....Hi Hi Hi....InsyaAllah, masalah utk menginap dan mententeramkan perut akan settle....Kih Kih Kih!!
Bestnye Rantau Abang ni bagi abg long sebab dia ada perkataan 'ABANG', sama sebijik macam  ABANG long gak....Ha Ha Ha....bengong kan, langsung takdak perkaitan....Adoiiiiiiiiilalalala...Tapi kan, seriusly abg long cakap, datang sini memang tak mengalami defisit fiskal pada ketebalan dompet ang. Tempat memang best gila tahap dewa. Kat Rantau Abang ni nanti ang boleh tengok matahari naik dan matahari jatuh. Tapi masa kat sini abg long sedikit mengalami kerugian coz tak sempat nak shoot panorama masa matahari sedang hadir memberi salam.....fuhhhhhhh, jiwang sudaaaaaaaaaaaaaaa.....ahaks3...Tak sempat amik sebab berperang dengan selimut, sedar2dah dekat nak subuh bapak gajah dah.
Kalau haribulan silap (*baca kalau tak silap haribulan) ang boleh terserempak dengan ibu penyu naik ke pantai untuk menzakatkan telur2nya kepada umat manusia. Abg long dengan cite (tak pasti dongeng atau sahih) bahawa telur penyu ni boleh menguatkan tenaga batin. Pendek kata (lagi2 pendek ja duk berkata) sapa yang makan telur penyu tak akan layan dah tongkat ali power root, super power dan kopi jantan....Wowwwwwwwwwww!!! ang tak terasa ka nak cuba? 
Lagi best ialah bukan sahaja dapat skodeng penyu bertelur, silap2 ang boleh terberjumpa dengan gadis penyu. Gadis penyu ni punya la comel dan sweet like honey dew. Bila ang terberjumpa je dengan gadis penyu ni ibarat ang dah menang lucky draw...

Kat bawah ni ada la sedikit cenderamata untuk habuan ang punya mata. Tengok sikit ja, jangan gelojoh sangat, terutama tang gambar gadis penyu tu ha. 


----pemandangan waktu senja di perkampung nelayan, Rantau Abang, Terengganu----
----Sebuah perahu nelayan yang terdampar diribaan pepasir-----
----Sauh yang digunakan untuk menghentikan perjalanan dilautan kehidupan----
----Peperahu yang keletihan mengolek jasa dan budi----
----Kala pekat malam ditepian pantai nan kesepian----


----Gadis penyu bersama penyu kepunyaan majikannya----
Opppssssssss.....belum abis lagi la wei. Well, itulah antara gambar yang berkesempatan untuk abg long edit. Jika lawa sila puji, jika tak lawa sila jangan kutuk. Duduk diam-diam sudah. Mohon maaf, sebab abg long tidak sifu lagi dalam bab2 edit mengedit ini. Jadi, kalau ang nak jumpa gadis penyu ni elok la ang pi Muzium Penyu, Rantau Abang, Terengganu.
Terjah jangan tak terjah....terjah jangan tak terjah......terjah je la weiiiiiii!! sekeh kang!!
___________________________________________________________
"Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku."
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

::Terima kasih kerana sudi baca:: LIKE dan KOMEN kalau suka! (◕‿◕)☆™

13 di marang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di marang - Google Blog Search


Dua Sepupu Maut Disambar Petir <b>Di Marang</b> - Syarak Mengata <b>...</b>

Posted: 16 Aug 2012 12:44 AM PDT

Khamis Ogos 16, 2012
MARANG: Dua sepupu maut disambar petir di Kampung Pengkalan Berangan, di sini, Rabu.
Tuan Ahmad Salihin Tan Ibrahim, 8, dan Tuan Mohd Azhar Tuan Sulaiman, 9, mati di tempat kejadian.
Kedua-dua murid Sekolah Rendah Kebangsaan Pengkalan Berangan itu dikatakan disambar petir ketika mereka mengikut bapa Ahmad Salihin ke ladang ternakan di Kampung Felda Cadur, kira-kira lima kilometer dari rumah mereka untuk menangkap lembu dan kerbau.
Menurut ibu Ahmad Salihin, Noor Hayati Mohd Noor, 37, suaminya keluar dari rumah kira-kira pukul 1 tengah hari diikuti anak dan anak saudaranya yang baru pulang dari sekolah.
Noor Hayati berkata anaknya dan Mohd Azhar memang rapat dan sentiasa mengikut suaminya Tan Ibrahim Tan Senik, 51, ke ladang untuk menangkap haiwan ternakan itu.
"Semasa mereka keluar rumah cuaca agak baik tapi selepas itu hujan turun dengan lebat beserta ribut dan kilat," katanya.Sementara itu ibu Tuan Mohd Azhar, Tengku Rosmawati Raja Ibrahim, 38, berkata anak keempat dari tujuh beradik itu agak manja kebelakangan ini dan rajin berbanding sebelum ini.
"Walaupun sedih namun saya reda dengan pemergian dua sepupu ini di saat beberapa hari lagi kita nak sambut Hari Raya," katanya yang terkilan kerana anaknya tidak sempat memakai baju Melayu yang dipilihnya sendiri.
Ketua Polis Daerah Marang DSP Ahmad Mazlan Yahaya ketika dihubungi mengesahkan kejadian.
Mayat kedua-dua sepupu itu dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu untuk bedah siasat. -BERNAMA
MARANG: "Saya sempat melihat cahaya merah memanah ke pokok tempat anak dan anak saudara berteduh sebelum nampak mereka berdua tercampak," kata Tuan Ibrahim Tuan Senik, 51, bapa kepada Tuan Ahmad Sholihin, 8, yang terbunuh bersama sepupunya, Tuan Mohd Azhar Tuan Sulaiman, 9, akibat dipanah petir di Felda Chador, Marang, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 3.30 petang itu, Tuan Ahmad Sholihin meninggal dunia di tempat kejadian, manakala Mohd Azhar mati ketika dalam perjalanan ke Klinik Kesihatan Pengkalan Berangan, akibat melecur teruk di badan dan kepala.
Sebelum kejadian itu, dua kanak-kanak itu yang juga murid Sekolah Kebangsaan Pengkalan Berangan pergi ke hutan berkenaan bersama Tuan Ibrahim serta dua lagi rakannya yang mengambil upah menangkap kerbau dengan sebuah van kira-kira jam 2.30 petang.
Setiba di tempat kejadian, Tuan Ahmad Sholihin dan sepupunya, Mohd Azhar berteduh di pokok kelapa sawit kerana hujan renyai dan mereka melihat Tuan Ibrahim bersama rakannya menangkap kerbau dari jauh apabila petir menyambar pokok kelapa sawit itu.
Menurut Tuan Ibrahim, dia yang berada kira-kira enam meter dari tempat anak dan anak saudaranya berteduh, bergegas untuk melihat keadaan mereka.
"Kami dapati Tuan Ahmad Sholihin sudah tidak bernyawa. Hanya Tuhan yang tahu perasaan saya melihat tubuhnya yang melecur teruk selain kesan terbakar pada bajunya.
"Saya melihat Mohd Azhar terbaring tidak jauh dari pokok kelapa sawit yang dipanah petir itu. Saya ingatkan dia tidak cedera dan terkejut apabila mendapati dia lemah dan melecur teruk.
"Kejadian berlaku terlalu pantas. Saya dan dua rakan kemudian membawa mereka ke Klinik Kesihatan Pengkalan Berangan untuk mendapatkan bantuan," katanya yang ditemui di Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ)) di sini, semalam.
Tuan Ahmad Sholihin Tuan Ibrahim, 8, and Mohd Azhar Tuan Sulaiman, 9, were with Ahmad's father, Tuan Ibrahim Tuan Senik, to search for one of the buffaloes to be slaughtered for Hari Raya Aidilfitri
They abandoned the search midway when it rained at 3.30pm and rushed for shelter at a makeshift hut nearby.
However, a lightning bolt struck a tree as the boys were passing by, killing them instantly.
"We were already nearing the hut when the lightning struck."
Tuan Ibrahim, 51, who was slightly injured, said he saw a bright red flash and the boys were flung three metres away.

Tawaran &#39;Hebat&#39; UMNO Untuk Kalahkan Haji Hadi <b>di Marang</b> <b>...</b>

Posted: 02 Jul 2012 12:00 AM PDT

Mat Said, MB Terengganu membuat tawaran hebat kepada orang Marang sekiranya Haji Hadi kalah di Marang dalam PRU akan datang.

Sebuah litar motorcross akan dibina dan Mat Said akan menyokong cadangan untuk membangunkan kawasan berbukit bukau di Gong Cempedak di sini, menjadi sebuah litar tetap kejohanan lumba motor lasak pada masa akan datang. Ditambah lagi penyedap cerita "akan diteruskan dan dijadikan sebagai acara tahunan".

Perkataan 'akan' begitu popular menjelang pilihanraya. Semua pihak akan menggunakan 'akan' sebagai modal dan akan menjadi atau tidak belum tentu!!

Sebelum ini tawaran 'hebat' datang dari  Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Masyarakat dan Wanita Terengganu, Datuk Yahya Khatib Mohamad yang akan membina kem tentera di Marang, yang akan menempatkan 5,000 anggota tentera.

Kerajaan negeri telah meluluskan kawasan seluas 800 hektar di Kampung Tebuang Jenang bagi pembinaan kem berkenaan. Cara untuk menambah undi pos di Marang!!

Tawaran masjid juga modal pilihanraya. Yahya berkata kerajaan negeri juga telah meluluskan pembinaan sebuah masjid baru berharga RM5 juta yang dapat menampung lebih 1,000 jemaah tahun ini di kampung Pengkalan Berangan, juga di Marang. Institut Latihan Perindustrian (ILP) juga terdapat di Marang.

Nampaknya UMNO begitu bersungguh-sungguh mengumpan modal untuk mendapatkan semula Marang dari Haji Hadi Awang. Tentu Haji Hadi bersedia dengan tawarannya juga untuk PAS kembali memerintah Terengganu.

13 di paka - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di paka - Google Blog Search


Loji Pemprosesan Gas <b>di Paka</b> Meletup

Posted: 10 May 2012 03:28 AM PDT

}v8)ˎ+_8[鞞>: I(R͋/Ǿgeed&'==qwl UB ³9;&pꐳwOjϵCM;yMr}vh{.u4T!8gv}}]=ϵca�e+3^qݡFin ' C6 Losvekb,bѐWIȡ-G"lℾB.3jφ;v|OXLE oy¥ٴ\@�b>Fݛ:0eBʡȾW=7dnbm_ M!9~wj[!ZwJ,igNϜ}%o"˫0@!c`~Se]Tٔˮ029)l >c.Ǔ<1?Wt6VZҬZ[^,E:!]g(&E9 OvW'FO.ύƸzRCzU[#߾xq|mᙟG Co۹_%yRjP^K.*O0zZQ+ UW)WI#me)ZEL+ geN a[9cKUR S(t^wـ&10ܑ|C~`5Lf4$^[Fg(}]z΍LƁ$O;JC8j0$rdgL3h k;!C`Ch}*g AkB] 168Jut%,$)\慵.Z3]$-W" raM]䔾9ߗVZD@0jc`! (MoI0r,S�>-TA&N8(52?8Ґ733gy0bNq E0~W[f_,rB!Wr2[;.% •YJ{*5n:E:]0/C,KĀ@V܁cGͰkfက0\n05FQNM5h65kK8@kJo$8(Ǯ2)}x4>]n6 A~vI'@{3u{Sishڏ|0,hn~/|-F>.

13 di pulau perhentian - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di pulau perhentian - Google Blog Search


PaPa MiFz: Ramalan Cuaca <b>di Pulau Perhentian</b> Pada 23/09/2012 <b>...</b>

Posted: 16 Sep 2012 12:00 AM PDT

As salam semuo....

Insyallah hari Ahad nih PM dan wife akan ke Pulau Perhentian...tadi PM melayari website Jabatan Meteorologi Malaysia untuk mengetahui ramalan cuaca sepanjang 3 hari PM dan wife ke sano...


Alhamdulillah keseluruhan nyer cuaca baik sepanjang 3 hari tuh...hujan pun pado malam pertamo...hujan waktu malam takpo...I loike...hehe

13 di jerangau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di jerangau - Google Blog Search


FRIENDLY MATCH : SERI BERANG (1) , FELDA <b>JERANGAU</b>

Posted: 10 Sep 2012 06:39 PM PDT

DUNGUN (10 September 2012) : Pasukan Tunas Kluster Bola Sepak SK Seri Berang mencatat kemenangan 2-1 ke atas SK Felda Jerangau, di sini semalam dalam siri Perlawanan Persahabatan Bola Sepak Sekolah Rendah. Manakala Pasukan Pelapis tewas 1-5 kepada pasukan tuan rumah.Kedua-dua perlawanan dilangsungkan di Padang Bola Sepak SK Felda Jerangau.

Mengulas keputusan perlawanan berkenaan, Cg. Shahidan Kasim yang bertindak sebagai pengurus pasukan berkata, benteng pertahanan Pasukan Tunas SK Seri Berang  dilihat tidak berfungsi dengan sebaik mungkin  ketika di separuh masa yang pertama. Namun mereka bangkit pada separuh masa kedua dengan meledakkan dua gol selain menggandakan pertahanan daripada diasak oleh jentera lawan. Di perlawanan yang membabitkan Pasukan Pelapis pula, Shahidan tidak menolak faktor kekuatan pasukan tuan rumah khususnya para pemain pertahanan mereka yang dilihat berjaya mematahkan serangan dan percubaan menarik Pasukan Pelapis Bola Sepak SK Seri Berang. 
Pada minggu lepas, kedua-dua pasukan bola sepak Tunas dan Pelapis SK Seri Berang mencatatkan kemenangan bergaya ke atas SK Felda Jerangau Barat dengan keputusan 6-1 (Tunas) dan 3-0 (Pelapis).
Pasukan Bola Sepak Kluster SK Seri Berang sedang melengkapkan takwim program kluster bola sepak sekolah rendah dalam beberapa siri perlawanan persahabatan dengan pasukan terpilih dalam dan luar daerah ini.
Semoga pasukan SK Seri Berang meningkat dalam pencapaian dari masa ke semasa.

13 di jabor - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di jabor - Google Blog Search


Bapa Lihat Anak Turun Dari Kereta Dirempuh Kenderaan

Posted: 05 Sep 2012 08:18 PM PDT

Tindakan seorang bapa meninggalkan anaknya berusia lima tahun dalam kenderaan ketika menunggu bantuan mekanik di seberang jalan mengundang tragedi apabila anaknya yang terjaga daripada tidur terus keluar dari kereta sebelum dirempuh sebuah kereta lain di Kilometer 81.5, Jalan Jerangau-Jabor, dekat Bukit Besi, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam itu, Nur Anis Nabila Abdul Ghani, 5, meninggal dunia selepas dilanggar kereta terbabit ketika menuju ke arah bapanya yang berada dalam sebuah kedai makan di seberang jalan.

Tragedi tinggal anak dalam kereta

Gambar Hiasan

Bapa mangsa, Abdul Ghani Abdul Rahman, 45, berkata, sebelum kejadian, dia bersama arwah dalam perjalanan dari rumahnya di Bandar Al-Muktaffi Billah Shah, di sini untuk ke rumah ibunya di Manir, Kuala Terengganu.

"Saya bertolak dari rumah jam 9 malam dan setibanya di tempat kejadian 30 minit kemudian, kereta mengalami kerosakan enjin menyebabkan terpaksa berhenti di tepi jalan," katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.

Katanya, dia cuba menghubungi mekanik membaiki keretanya, tetapi gagal berikutan liputan isyarat telefon bimbit di sekitar Bukit Besi mengalami masalah.

"Selepas dua jam berusaha mendapatkan bantuan termasuk melihat jika ada rakan lalu di kawasan itu, saya yang lapar menyeberangi jalan untuk makan di sebuah kedai berdepan tempat saya meletakkan kereta," katanya.

Menurutnya, ketika itu, arwah nyenyak tidur dalam kereta dan tidak sampai hati untuk mengejutkannya.

Katanya, selepas membayar harga makanan dan minuman, dia berjalan keluar dari kedai untuk pergi semula ke keretanya.

"Dalam suasana jalan gelap, saya ternampak kelibat arwah berlari dari arah depan kereta untuk melintas dan belum sempat saya menjerit, sebuah kereta dari arah Kuantan melanggarnya," katanya.

Menurutnya, dia berlari mendapatkan anaknya itu yang terbaring atas jalan raya ketika itu arwah sudah tidak sedarkan diri manakala kepala, mulut dan telinganya berdarah.

"Dengan bantuan pemandu yang melanggar anak, saya membawa arwah ke klinik kesihatan berhampiran untuk rawatan, tetapi arwah disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Dungun, kira-kira jam 12.30 tengah malam," katanya.

Ibu arwah, Mahani Mamat, 35, berkata, sebelum kejadian, arwah yang juga anak bongsu daripada tiga beradik ada mengajaknya ke rumah nenek tidak jauh dari kediaman mereka.

"Selepas pulang sekolah, arwah bersungguh-sungguh mengajak saya ke rumah ibu saya selepas gurunya memaklumkan ada orang meninggal dunia selepas terbabit kemalangan berhampiran rumah neneknya," katanya yang hamil lima bulan.

Katanya, dia bagaimanapun tidak memenuhi permintaan anaknya kerana sibuk dengan kerja rumah selain tiada orang meninggal dunia seperti dinyatakan.

Mahani berkata, dia pelik apabila arwah memberitahunya terdengar orang membaca surah Yasin dalam rumah sedangkan ketika itu tiada sesiapa berbuat demikian.

"Malam itu selepas mendapat tahu bapanya mahu pulang ke rumah nenek sebelah bapa di Manir, arwah hendak ikut sedangkan sebelum ini tidak pernah berbuat demikian jika saya tidak turut-serta," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Dahlan Mohd Noor berkata, pihaknya ada menerima laporan berhubung kejadian itu.

No related posts.

Mereka Dan Aku: RUMAH ANAK YATIM &#39;Perkaya DAY&#39;

Posted: 10 Sep 2012 06:55 PM PDT

 Assalamualaikum...

Alhamdulillah, dengan izin allah setelah hampir 3tahun menunggu kelulusan dari pihak tertentu, akhirnya impian ayahnda saya untuk membuka Rumah Anak Yatim kini terlaksana.

Semoga niat murni baba akan diberkati allah, dan juga akan mendapat sokongan dari semua pihak.
Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Dar Al Yusof atau dikenali sebagai Perkaya DAY ini secara rasminya mula beroperasi pada 1September2012.

Di peringkat ini, Perkaya DAY akan menerima Anak Yatim yang kematian BAPA atau Kedua-duanya. Berumur antara 8-12tahun (akan dijaga sehingga mereka dewasa), warganegara Malaysia, dan membawa sijil kematian. Sekiranya anda mengenali mana-mana anak yatim yang dalam kesusahan, bolehlah membantu mereka dengan menhantar ke PERKAYA DAY.

Pengambilan Anak-anak yatim tidak akan dikenakan YURAN. Semuanya ialah PERCUMA!



Sekiranya ada yang berminat untuk memberi bantuan kepada anak-anak yatim di  PERTUBUHAN KEBAJIKAN ANAK YATIM DAR AL YUSOF beralamat di PT13182 Jalan Jabor Kubur, 24000 Chukai Kemaman, Terengganu Darul Iman, Malaysia dan boleh hubungi 098586472 atau email  rumah@perkayaday.com untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut.
'Anak Yatim Tanggungjawab bersama'

13 di kemaman - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di kemaman - Google Blog Search


Singgah <b>di</b> Kuala <b>Kemaman</b> - Sop Nama Saya | SOP.NAME.MY

Posted: 15 Sep 2012 09:42 PM PDT

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Update perjalanan pulang dari Kuala Terengganu ke Kuala Lumpur. Sop sekarang berada di Kuala Kemaman untuk singgah makan satar. Kuala Kemaman memang popular dengan satar yang sedap dan ada juga kedai keropok lekor yang sedap. Tiap kali balik, pasti Sop akan singgah untuk makan satar di sini.

Selain satar ada gerai makan yang menjual pelbagai makanan tradisional seperti paung ubi, keropok lekor, kutapat, laksam, ikan celup tepung dan macam-macam lagi. Singgah sahaja ke gerai makan yang mana ada menjualnya.

Description: Singgah di Kuala Kemaman, Rating: 5, Reviewer: Sop Nama Saya, ItemReviewed: Singgah di Kuala Kemaman

13 di kuala berang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di kuala berang - Google Blog Search


Melayan Nafsu <b>Di Kuala Berang</b> | Hidup Biar Sedap

Posted: 29 May 2012 07:41 PM PDT

On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the 'wordless' title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn't need any description

Posted with WordPress for BlackBerry.

Post Lain Yang Berkaitan:

  1. Pemalu Yang Tak Malu
  2. Away From Keyboard Not Keypad
  3. Mama, Along Yang Buat….
  4. Tak Timbang, Dia Cakap Lapan Puluh Sen
  5. Kebiasaan Yang Diwarisi

di negeri terengganu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri terengganu - Google Blog Search


Rumah Terbuka Aidil Fitri Persatuan Pelancongan <b>Negeri Terengganu</b>

Posted: 06 Sep 2012 09:04 PM PDT


Di bulan Syawal / September 2012 ini banyak juga jemputan Rumah Terbuka Aidilfitri yang blogger terima antaranya Rumah Terbuka Persatuan Pelancongan Negeri Terengganu yang di adakan di Kompleks Kraft Noor Arfa di Chendering, Kuala Terengganu.

Ia dihadiri oleh penggiat pelancongan samada pengusaha hotel, resort, pemandu pelancong, agensi pelancongan, pengusaha kraft serta mereka yang terlibat dalam industri pelancongan. Malah para pengunjung dan rombongan yang membuat lawatan ke kompleks kraft ini turut sama di raikan dalam majlis ini.

Pelbagai hidangan terutama' Signature Terengganu' iaitu Nasi Dagang, Nasi Minyak Terengganu, Laksa Kuah Lemah, ketupat, tapai pulut dan macam-macam lagi disajikan kepada para tetamu.

Persatuan Pelancongan Negeri Terengganu atau PPNT adalah badan bukan kerajaan @ NGO yang memayungi mereka yang bergiat dalam industri pelancongan samada individu mahupun organisasi. Ia adalah wadah atau medium untuk mereka menyuarakan pandangan serta idea bagi menambahbaik serta meningkatkan lagi industri di negeri Terengganu.

13 di bukit besi - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di bukit besi - Google Blog Search


teganuku: Ribut Rosakkan Kedai Di R & R <b>Bukit Besi</b>

Posted: 29 Aug 2012 10:42 AM PDT

Fenomena pusaran angin kencang selama lima minit menyebabkan lima kedai di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Bukit Besi di Dungun, rosak teruk dalam satu kejadian petang kelmarin.

Pusaran angin yang berlaku pada pukul 4.30 petang itu turut menyebabkan beberapa batang pokok besar yang menjadi tempat kegemaran pengguna jalan raya berteduh, tumbang.


Menurut seorang peniaga kedai runcit, Zainun Awang, 50, angin kencang itu menerbangkan khemah serta kerusi dan meja milik beberapa peniaga makanan di R&R berkenaan.

"Kejadian itu amat pantas disusuli hujan lebat dan mak cik ketika itu sempat melaungkan azan selepas takut menghubungi suami di rumah kerana bimbang menggunakan telefon bimbit akan disambar petir," katanya ketika ditemui semalam.

Beliau bagaimanapun bersyukur kerana ketika kejadian tidak ramai pengunjung ada di R&R terbabit.

"Ini kejadian ribut kuat pertama yang pernah saya saksikan, malah ribut kuat yang berlaku pada 1995 pun tidak sekuat ini," katanya yang tinggal di Kampung Bukit Besi sejak kecil.

 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved