ads

Sabtu, 25 Februari 2012

13 di jerangau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di jerangau - Google Blog Search


Akak dibalik pintu: Senangnya,Dibuang Bagai Anak Kucing!!Cissss....

Posted: 25 Feb 2012 02:52 PM PST

'Kalau tak nak, buang!
SAYANG... Wan Shahira memangku bayi lelaki yang ditinggalkan di hadapan pintu rumah keluarganya.

KUALA TERENGGANU: "Ambillah budak ini, kalau tak nak jaga buang je, budak ini baik, tak menangis," kata seorang wanita warga emas kepada Wan Shahira Wan Nazri, 23, ketika meninggalkan bayi lelaki dipercayai baru berusia seminggu di pintu depan rumah keluarga angkatnya di Kampung Beladau Kepong, di sini, petang kelmarin.

Menurutnya, selepas berkata demikian, wanita berusia lingkungan 70-an itu meletakkan bayi malang yang dianggarkan seberat tiga kilogram dan masih bertali pusat itu di atas pengalas kaki di depan pintu sebelum bergegas meninggalkan rumah dalam kejadian jam 6 petang.

"Saya kemudian terus mengambil bayi yang lengkap berpakaian dan berstoking itu ke bilik tidur sebelum memberitahu ayah angkat yang pulang ke rumah selepas Maghrib," katanya ketika ditemui di rumah keluarga angkatnya, malam kelmarin.

Wan Shahira berkata, kejadian berlaku ketika dia menidurkan adik bongsunya berusia tiga bulan di ruang tamu manakala ibu bapa angkat, Rashid Sulong, 56, dan Rokiah Mohamad, 36, tiada di rumah kerana berniaga di kedai makan yang diusahakan mereka di Kampung Sungai Rengas, tiga kilometer dari rumah.

"Pada mulanya, saya mencadangkan kepada wanita terbabit supaya menyerahkan bayi itu kepada ibu angkat yang berada di kedai makan di Kampung Sungai Rengas selepas dia mendakwa mengenali ibu yang mesra dengan panggilan Mak De.

"Wanita itu juga mendakwa tinggal di Jerangau, Hulu Terengganu, di tempat di mana ibu angkat saya berasal.

"Dia datang ke rumah dengan menaiki sebuah kereta jenis Ford Laser lama berwarna merah dipandu seorang lelaki yang kelihatan berusia hampir sebaya dengan wanita terbabit dan ketika kejadian, lelaki itu hanya menunggu di dalam kereta," katanya.

Sementara itu, Rashid berkata, selepas dimaklumkan Wan Shahira mengenai kejadian terbabit, dia terus ke rumah pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Beladau Kepong untuk memaklumkan perkara itu sebelum menghubungi Balai Polis Chabang Tiga, di sini, jam 9 malam.

"Ketika kejadian, saya dan isteri berada di kedai makan yang kami usahakan, manakala Wan Shahira menidurkan adik bongsunya berusia tiga bulan di rumah sementara seorang lagi anak, Fatin Nurshafikah, 9, tidur di bilik dan dua anak lagi keluar bermain.

"Saya tidak pasti siapa warga emas berkenaan walaupun mereka mendakwa berasal dari kampung isteri di Jerangau, Hulu Terengganu," katanya.

Bagi memastikan sejauh mana kebenaran dakwaan itu, Rashid berkata, dia memberitahu kejadian itu kepada isterinya yang kemudian menghubungi saudara-mara di Jerangau, namun dimaklumkan tiada saudara mereka di sana yang bersalin dan menasihati wanita itu membuat laporan polis.

"Saya percaya mereka yang melakukan perbuatan itu mengenali keluarga saya kerana dimaklumkan mereka terus menuju ke rumah ketika menghantar bayi ini," katanya.

Bayi terbabit kemudian dibawa anggota polis ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini, dengan ditemani Wan Shahira dan seorang jiran pada jam 11.50 malam sebelum mereka membuat laporan di Pondok Polis HSNZ jam 12.30 pagi semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superintendan Abdul Halim Ishak ketika dihubungi mengesahkan penemuan bayi lelaki terbabit dan berkata, pihaknya menjalankan siasatan berhubung kejadian itu.

p/s  dibuang bagai anak kucing...dimana sifat keibuan..anak yang tidak berdosa menjadi mangsa

13 di jabor - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di jabor - Google Blog Search


Pelampung Bocor: Trip Kenyir (Trip Tengas 2012)

Posted: 25 Feb 2012 03:35 AM PST


            AKHIRNYA…. AKHIRNYA… tercapai juga hajat aku nak memancing kat tasik buatan terbesar kat m'sia ni… sebelum ni aku ada pernah buat satu entry pasal nak pergi memancing kat tasik kenyir tapi tak kesampaian… segala2nya bermula bergini…
            Aku menerima satu sms dari kawan baik aku yang berkerja kat Melaka kira2 2 minggu sebelum cuti tahun baru cina tempoh hari… bertanyakan apa aktiviti aku semasa cuti tahun baru cina nanti memandangkan cuti tahun baru cina tahun ni agak panjang… 4 hari sebab bersambung dengan cuti hujung minggu… bermula dari hari sabtu hingga hari selasa… aku mula dah agak mesti acai nak ajak aku pergi memancing… mula2 aku agak gi memancing kat kolam2 area kl ni jer… memandangkan aku memang takde plan nak pergi mana2 waktu cuti tu… so, aku memang free la…
            Tak lama lepas tu acai terus call aku… dia kata adik ipar dia, farid, ada plan untuk buat satu trip memancing ke tasik kenyir pada cuti tahun baru cina nanti… bertolak dari kl malam jumaat, masuk kenyir pagi  sabtu dan keluar pagi selasa… 4hari 3malam… setelah aku confomkan dengan betty maka aku bagitau acai aku ON…
            Sepanjang 2 minggu sebelum tarikh trip, aku pun buat la persediaan  yang sepatutnya seperti menyediakan peralatan perkhemahan dan melengkapkan peralatan memancing… aku juga ada membeli beberapa gewang baru jenama rapala dan beberapa jenis gewang sudu… aku sebenarnya tak tahu jenis pancingan apa yang aku akan buat kat kenyir nanti… sebagai persediaan aku beli la semua yang patut
            Trip aku bermula pada hari jumaat 20 Feb 2012… acai bergerak dari Melaka lepas kerja terus pergi ambil farid di kajang… pastu terus amik aku kat Gombak… acai sampai kat rumah aku dalam kul 12 tgh/malam… lepas loading barang aku dalam kereta acai yang memang dah sedia sarat dengan barang lain… kami pun bertolak dengan kereta Honda acai dlm kul 1pagi… miza yang belum tido waktu tu melambai2 menghantar aku pergi…
            Aku jangkakan jalan akan jem pepagi ni di sebabkan cuti panjang sebab ramai nak balik ke pantai timur… tapi jalan lengang plak… tak tahu la kape… perjalanan sepanjang Lebuhraya Pantai Timur lancar… kami berhenti rehat di hentian termerloh untuk re-group dengan geng2 yang lain… semua ada 2 kereta dalam konvoi kami seramai 7 orang… kami keluar highway di jabor dan terus menuju ke kuala berang…
            Sampai ke kuala berang pada waktu subuh… farid buat arrangement untuk berjumpa dengan ketua guide kami kunai dan terus sarapan bersama… waktu ni makin banyak kereta2 telah mula memenuhi Bandar kuala berang… aku yakin kesemuanya pemancing yang nak masuk ke kenyir dari gaya masing2… sesudah bersarapan dan membeli sedikit lagi bahan2 yang diperlukan… kami bergerak ke pintu masuk empangan, jeti jenagor… untuk pengetahun korang tasik kenyir ada 2 jeti yang selalu digunakan untuk masuk ke tasik kenyir… iaitu jeti jenagor dan jeti gawi… jeti jenagor lebih dekat dengan pintu empangan manakala jeti gawi lebh jauh…
            Kumpulan kami merupakan kumpulan terakhir yang bergerak dari jeti kerana member ruang kepada Boat House yang lebih besar mengambil penumpang… kami hanya menggunakan 3 buah bot fiber untuk ke lokasi pancingan kami… sewaktu menunggu ini juga kami berpeluang berjumpa dengan dato' asri… tuan punya bot… dato' dulu ada boat house tapi dah karam, sebab tu kami naik bot fiber jer… kalau naik bot house tak perlu berkemah… tidor atas bot je…
            Walaupun kami adalah kumpulan terakhir bertolak, tetapi kami adalh kumpulan pertama yang sampai ke destinasi kerana bot fiber lebih laju… perjalanan dengan bot fiber yang sarat dengan kelengkapan memakan masa 2 jam… jika dengan boat house ambil masa 4 jam… kami berhenti seketika di pejabat renjer untuk buat pendaftaran masuk ke taman Negara.
            Setelah sampai ke lokasi, kami membersihkan kawasan perkhemahan dan mendirikan khemah. Semuanya selesai dalam lebih kurang jam 4 ptg… tanpa membuang masa aktiviti memancing dimulakan… tangkapan pertama kumpulan kami adalah kelah bersaiz sedang… selepas itu ikan tengas mula memakan umpan… umpan yang digunakan adalah sawit peram… ikan tengas yang pertama aku juga dapat pada petang itu… memancing dibelakang bot yang berlabuh ditebing sungai… aku tak ingat berapa jumlah semuanya yang aku Berjaya daratkan pada petang itu, tetapi semuanya ikan tengas… ikan mula berhenti makan bila senja menjelang tiba…
            Selepas makan malam yang dimasak oleh kunai… sesi pancingan malam pun bermula… umpan sawit yang dilabuhkan tak mendapat sambutan… Cuma baung je yang memakan umpan cacing, tapi itu pun tak banyak… aku masuk tido awal kerana kepenatan… sorry la takde gambar yang aku ambil sewaktu sesi ni sebab h/phone dah simpan dalam bekas water proof, lagipun  kat kawasan ni takde coverage… nak bawak kamera takut tajuh dalam air…
            Keesokkan paginya aku bangun awal… jam 5.30 pagi aku dah bangun… itu pun sebab kunai pasang mercun dan bising2 sebab kawasan perkhemahan gelap… mercun dipasang untuk menakutkan binatang buas yangberdekatan… kami tak dapat nak idupkan unggun api sebab kayu basah dek hujan sebelah petang semalam… hari ni pancingan kami beralih ke kawasan jeram di hulu sungai… kami terpaksa trekking untuk sampai ke lokasi berkenaan… memang mencabar, berjalan didalam hutan sambil membawa set memancing…
            Lokasi memang cantik dan menarik… ada air terjun lagi… kami memancing sehingga petang di sini… hasilnya memang banyak… boleh buat makan t/hari dan lebihnya bawak balik ke kem site… ikan tengas segar yang dibakar memang sedap sekali… sebelah petang kami balik semula ke kem site… ikan yang Berjaya dipancing terus dibuang perut dan disimpan dalam coleman yang penuh dengan ais… sebelah petang aku dan acai bersama sorang guide keluar untuk mencuba nasib pancingan casting… walaupun waktu ni bukanlah masa terbaik untuk pancingan casting… waktu terbaik pancingan casting adalah awal musim hujan untuk menduga sebarau dan ketika musim panas untuk menduga toman… sesi casting tak bertahan lama kerana hujan mula turun dah kami terpaksa balik semula ke kem site… sebelah malam aku tak join aktiviti memancing baung… aku masuk tido awal… seperti biasa….
            Esok paginya aku bangun lewat sikit… kul 7.00pagi… keletihan seharian memancing semalam… hari ni kami tak mahu pergi memancing jauh2… tak jauh dari kem site ada satu lubuk… kami parking bot di pinggir lubuk dan memancing dari situ… pancingan di lubuk ni hasilnya juga amat2 memberasangkan… Cuma aku jer yang tak berapa bernasib baik… bila nak masuk ke petang… kami pulang ke kem site… aku meneruskan pancingan dari tebing kem site, dari situ aku Berjaya mendaratkan beberapa ekor ikan tengas bersaiz sedang… sebelah lewat petang aku dah stop mancing… dah puas dah, aku mandi sungai plak… sejuk dan jernih betul airnya… malam seperti biasa, pancingan baung… malam ni baung makan lebih galak… aku tak minat nak mancing baung sebab pakai umpan busuk, umpan tapa, so, tengok je la dari tepi… seperti biasa… masuk tido awal…
            Hari terakhir kami di kenyir… semua bangun awal… terus berkemas dan bersihkan tapak perkhemahan… sebelum pukul 10pagi… kami dah bertolak keluar semula ke jeti jenagor… perjalanan balik lebih laju sebab peralatan balik kurang dengan peralatan yang dibawa masuk… terutama dari segi bekalan makanan dan minuman… kami sampai ke jeti sebeluk pukul 12… dah kami adalah kumpulan pertama yang sampai pada pagi itu… setelah memunggah barang keluar dan berjumpa dengan dato', bersalam-salaman dengan guide… kami pun bertolak balik semula ke kl


            Dalam perjalanan balik kami singgah beli kopok lekor… lewat petang kami sampai ke Gombak… sebelum berpisah kami bahagikan dulu hasil tangkapan… aku dapatla seplastik penuh ikan pelbagai saiz… ikan tu aku grill je, makan cicah dengan kicap campur cili padi potong… pehhh sedap giler…

13 di pulau wan man - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di pulau wan man - Google Blog Search


5 Masjid Tercantik <b>di</b> Malaysia- Cantik Dari Segi Seni Bina <b>...</b>

Posted: 17 Feb 2011 06:00 AM PST

Salah satu keunikkan Malaysia adalah penduduk berbilang bangsa dan agama.Setiap penduduk mempunyai kepercayaan yang berbeza tetapi masing-masing menghormati kepercayaan antara satu sama lain.Di Malaysia,Agama Islam adalah agama rasmi dan sebahagian besar penduduknya adalah beragama Islam.Sinonim dengan agama Islam Masjid.Masjid merupakan tempat ibadat umat Islam dan di Malaysia terdapat banyak masjid-masjid yang dibina dengan pelbagai reka bentuk dan seni.

Jadi kali ini saya ingin kongsikan 5 Masjid Tercantik Di Malaysia.Sumber ini saya perolehi daripada rakan blogger saya iaitu Oh Malaysia.

Masjid yang terletak di Kuala Kangsar, Perak ini antara masjid yang tercantik di dunia. Diasaskan oleh Sultan Idris untuk membayar nazar kerana baginda telah pulih dari penyakitnya.

Foto: Kwong Hong

Salah sebuah masjid yang utama di Kuala Lumpur. Masjid ini mempunyai seni bina Timur Tengah dan seni bina Melayu. Juga mempunyai pengaruh seni bina Masjid Biru di Istanbul, Turki.

Foto: pjfncs27

Masjid Kristal terletak di kawasan pelancongan Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu. Merupakan masjid pintar pertama di Malaysia.

Foto: Saharudin Mohd Dan

Masjid Putra menjadi mercu tanda Putrajaya. Terletak bersebelahan dengan Tasik Putrajaya.

Foto: Amai Lordarkmal

Masjid yang terletak di negeri Sabah ini dibuka secara rasmi sempena pengisytiharan Kota Kinabalu sebagai sebuah bandaraya pada 2 Februari 2000.

Lihatlah betapa cantiknya masjid-masjid yang dibina.Adakah masjid-masjid ini dibina  untuk menarik pelancong atau untuk digunakan untuk beribadat?

Apa yang kita harapkan adalah supaya Malaysia sentiasa aman.Walaupun berbilang bangsa dan Agama tetapi masih mempunyai sikap bertolak ansur dan bertoleransi.Insya-Allah.

13 di wakaf tapai - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di wakaf tapai - Google Blog Search


LAWATAN PENANDAARASAN 5S OLEH IKBN <b>WAKAF TAPAI</b>

Posted: 14 Feb 2012 12:00 AM PST

14 FEB 2012  - Jabarn Belia Dan Sukan Negeri Kelantan telah mengadakan lawatan rasmi penandaarasan amalan 5S ke Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar pada 14 Februari 2012 bertempat di Bilik Mesyuarat. Sesi taklimat telah diadakan di mana ianya disampaikan oleh Ketua Unit Latihan Amalan 5S, En. Abdul Rahim B. Basri dan taklimat tersebut telah dihadiri oleh Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan latihan, En. Amir-Kharul B. Daud selaku koordinator amalan 5S bersama semua jawatankuasa induk amalan 5S. Sesi lawatan telah diatur di mana pera tetamu dibawa ke Bahagian Pentadbiran dan Kewangan bagi melihat pelaksanaan amalan 5S diamalkan serta sebagai panduan dan rujukan.  
Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Latihan, En. Amir-Kharul Bin Daud selaku koordinator amalan 5S memberi penerangan serba sedikit pelaksanaan dan panduan kepada peserta lawatan.
Para tetamu mengambil gambar pelaksanaan amalan 5S sebagai panduan dan rujukan.
Para tetamu berkesempatan mengambil gambar bersama Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Latihan, En. Amir-Kharul Bin Daud  bersama Ahli Jawatankuasa Induk Amalan 5S.

13 di chukai - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di chukai - Google Blog Search


Haji Hanafiah Untuk DUN <b>Chukai</b>: Himpunan Tolak Umno <b>...</b>

Posted: 21 Feb 2012 11:24 PM PST

420382_309975125718983_100001194939577_785622_2022454093_nKEMAMAN – PAS Chukai merancang mengadakan satu himpunan besar-besaran, lanjutan dari program mega berprestij, Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno (PGU).
Penolong Setiausaha PAS Terengganu , Haji Hanafiah Mat@Ramly berkata tiga siri program PGU yang bermula di Chukai pada Januari tahun lalu telah berjaya menghimpunkan lebih 100,000 rakyat Terengganu.

"Ia bermula dengan program PAS Ganti Umno (PGU) yang di lancarkan di Kemaman (15 Januari) tahun lepas telah menghasilkan satu gelombang,
"seluruh rakyat  pelbagai lapisan memberikan sokongan terbuka kepada perjuangan PAS,"ujarnya ketika ditemui.
Menurutnya, selepas itu program PGU telah diadakan di kawasan Besut pada 18 dan 19 Mac dan berjaya melepasi sasaran menghimpunkan 30,000 rakyat.
Beliau berkata, program PGU kali ketiga pada 14 dan 15 Oktober di Pantai Pandak Chendering, dalam kawasan Kuala Terengganu merupakan kemuncak himpunan apabila lebih 50,000 orang berkunjung.

Oleh itu, kata belia, pelbagai pihak termasuk agensi risikan kerajaan Umno/BN melaporkan kebangkitan rakyat melalui program PGU akan menumbangkan Umno/BN pada pilihanraya umum ke-13 (PRU-13) akan datang.
Justeru, beliau yang juga Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) Chukai merancang untuk mengadakan satu himpunan besar-besaran menjelang PRU-13.
"hasil kejayaan itu (PGU), (laporan) agensi risikan kerajaan (Umno/BN) melihat, gelombang inilah akan menjatuhkan Umno dalam pilihan raya ke-13,
"mengambil kesempatan (manfaat) dari gelombang yang sedang berlaku (marak), PAS DUN Chukai sekali lagi akan menghimpunkan warga DUN Chukai khasnya, dan warga Kemaman umumnya,
"bagi menyatakan, inilah masanya untuk kita berhimpun untuk menolak Umno dan Barisan Nasional,"jelasnya.
Menurutnya, PAS Chukai merancang mengadakan 'Himpunan Tolak Umno' (HTU) itu pada awal bulan Mac, saat-saat akhir menjelang PRU-13.
Katanya, HTU akan diadakan di lokasi  yang sama di mana program PGU kali Pertama di adakan iaitu di dataran Tok Guru, Kampung Geliga.
Oleh yang demikian, dengan persekitaran dan suasana politik masa kini, beliau yakin semua pihak mahukan PAS mengambil alih pemerintahan negeri Terengganu.
"saya yakin dan percaya, (berdasarkan) situasi dan persekitaran (politik) pada hari ini, kawan-kawan dari parti-parti Pakatan Rakyat, kawan-kawan dari NGO dan orang-orang yang tidak berparti,
"akan memberikan kerjasama, bukan sahaja kepada Himpunan Tolak Umno, malah akan menolak Umno dan memberikan peluang PAS Terengganu memerintah buat kali ketiga,"tegasnya.

 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved