ads

Sabtu, 25 Februari 2012

13 di jabor - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

13 di jabor - Google Blog Search


Pelampung Bocor: Trip Kenyir (Trip Tengas 2012)

Posted: 25 Feb 2012 03:35 AM PST


            AKHIRNYA…. AKHIRNYA… tercapai juga hajat aku nak memancing kat tasik buatan terbesar kat m'sia ni… sebelum ni aku ada pernah buat satu entry pasal nak pergi memancing kat tasik kenyir tapi tak kesampaian… segala2nya bermula bergini…
            Aku menerima satu sms dari kawan baik aku yang berkerja kat Melaka kira2 2 minggu sebelum cuti tahun baru cina tempoh hari… bertanyakan apa aktiviti aku semasa cuti tahun baru cina nanti memandangkan cuti tahun baru cina tahun ni agak panjang… 4 hari sebab bersambung dengan cuti hujung minggu… bermula dari hari sabtu hingga hari selasa… aku mula dah agak mesti acai nak ajak aku pergi memancing… mula2 aku agak gi memancing kat kolam2 area kl ni jer… memandangkan aku memang takde plan nak pergi mana2 waktu cuti tu… so, aku memang free la…
            Tak lama lepas tu acai terus call aku… dia kata adik ipar dia, farid, ada plan untuk buat satu trip memancing ke tasik kenyir pada cuti tahun baru cina nanti… bertolak dari kl malam jumaat, masuk kenyir pagi  sabtu dan keluar pagi selasa… 4hari 3malam… setelah aku confomkan dengan betty maka aku bagitau acai aku ON…
            Sepanjang 2 minggu sebelum tarikh trip, aku pun buat la persediaan  yang sepatutnya seperti menyediakan peralatan perkhemahan dan melengkapkan peralatan memancing… aku juga ada membeli beberapa gewang baru jenama rapala dan beberapa jenis gewang sudu… aku sebenarnya tak tahu jenis pancingan apa yang aku akan buat kat kenyir nanti… sebagai persediaan aku beli la semua yang patut
            Trip aku bermula pada hari jumaat 20 Feb 2012… acai bergerak dari Melaka lepas kerja terus pergi ambil farid di kajang… pastu terus amik aku kat Gombak… acai sampai kat rumah aku dalam kul 12 tgh/malam… lepas loading barang aku dalam kereta acai yang memang dah sedia sarat dengan barang lain… kami pun bertolak dengan kereta Honda acai dlm kul 1pagi… miza yang belum tido waktu tu melambai2 menghantar aku pergi…
            Aku jangkakan jalan akan jem pepagi ni di sebabkan cuti panjang sebab ramai nak balik ke pantai timur… tapi jalan lengang plak… tak tahu la kape… perjalanan sepanjang Lebuhraya Pantai Timur lancar… kami berhenti rehat di hentian termerloh untuk re-group dengan geng2 yang lain… semua ada 2 kereta dalam konvoi kami seramai 7 orang… kami keluar highway di jabor dan terus menuju ke kuala berang…
            Sampai ke kuala berang pada waktu subuh… farid buat arrangement untuk berjumpa dengan ketua guide kami kunai dan terus sarapan bersama… waktu ni makin banyak kereta2 telah mula memenuhi Bandar kuala berang… aku yakin kesemuanya pemancing yang nak masuk ke kenyir dari gaya masing2… sesudah bersarapan dan membeli sedikit lagi bahan2 yang diperlukan… kami bergerak ke pintu masuk empangan, jeti jenagor… untuk pengetahun korang tasik kenyir ada 2 jeti yang selalu digunakan untuk masuk ke tasik kenyir… iaitu jeti jenagor dan jeti gawi… jeti jenagor lebih dekat dengan pintu empangan manakala jeti gawi lebh jauh…
            Kumpulan kami merupakan kumpulan terakhir yang bergerak dari jeti kerana member ruang kepada Boat House yang lebih besar mengambil penumpang… kami hanya menggunakan 3 buah bot fiber untuk ke lokasi pancingan kami… sewaktu menunggu ini juga kami berpeluang berjumpa dengan dato' asri… tuan punya bot… dato' dulu ada boat house tapi dah karam, sebab tu kami naik bot fiber jer… kalau naik bot house tak perlu berkemah… tidor atas bot je…
            Walaupun kami adalah kumpulan terakhir bertolak, tetapi kami adalh kumpulan pertama yang sampai ke destinasi kerana bot fiber lebih laju… perjalanan dengan bot fiber yang sarat dengan kelengkapan memakan masa 2 jam… jika dengan boat house ambil masa 4 jam… kami berhenti seketika di pejabat renjer untuk buat pendaftaran masuk ke taman Negara.
            Setelah sampai ke lokasi, kami membersihkan kawasan perkhemahan dan mendirikan khemah. Semuanya selesai dalam lebih kurang jam 4 ptg… tanpa membuang masa aktiviti memancing dimulakan… tangkapan pertama kumpulan kami adalah kelah bersaiz sedang… selepas itu ikan tengas mula memakan umpan… umpan yang digunakan adalah sawit peram… ikan tengas yang pertama aku juga dapat pada petang itu… memancing dibelakang bot yang berlabuh ditebing sungai… aku tak ingat berapa jumlah semuanya yang aku Berjaya daratkan pada petang itu, tetapi semuanya ikan tengas… ikan mula berhenti makan bila senja menjelang tiba…
            Selepas makan malam yang dimasak oleh kunai… sesi pancingan malam pun bermula… umpan sawit yang dilabuhkan tak mendapat sambutan… Cuma baung je yang memakan umpan cacing, tapi itu pun tak banyak… aku masuk tido awal kerana kepenatan… sorry la takde gambar yang aku ambil sewaktu sesi ni sebab h/phone dah simpan dalam bekas water proof, lagipun  kat kawasan ni takde coverage… nak bawak kamera takut tajuh dalam air…
            Keesokkan paginya aku bangun awal… jam 5.30 pagi aku dah bangun… itu pun sebab kunai pasang mercun dan bising2 sebab kawasan perkhemahan gelap… mercun dipasang untuk menakutkan binatang buas yangberdekatan… kami tak dapat nak idupkan unggun api sebab kayu basah dek hujan sebelah petang semalam… hari ni pancingan kami beralih ke kawasan jeram di hulu sungai… kami terpaksa trekking untuk sampai ke lokasi berkenaan… memang mencabar, berjalan didalam hutan sambil membawa set memancing…
            Lokasi memang cantik dan menarik… ada air terjun lagi… kami memancing sehingga petang di sini… hasilnya memang banyak… boleh buat makan t/hari dan lebihnya bawak balik ke kem site… ikan tengas segar yang dibakar memang sedap sekali… sebelah petang kami balik semula ke kem site… ikan yang Berjaya dipancing terus dibuang perut dan disimpan dalam coleman yang penuh dengan ais… sebelah petang aku dan acai bersama sorang guide keluar untuk mencuba nasib pancingan casting… walaupun waktu ni bukanlah masa terbaik untuk pancingan casting… waktu terbaik pancingan casting adalah awal musim hujan untuk menduga sebarau dan ketika musim panas untuk menduga toman… sesi casting tak bertahan lama kerana hujan mula turun dah kami terpaksa balik semula ke kem site… sebelah malam aku tak join aktiviti memancing baung… aku masuk tido awal… seperti biasa….
            Esok paginya aku bangun lewat sikit… kul 7.00pagi… keletihan seharian memancing semalam… hari ni kami tak mahu pergi memancing jauh2… tak jauh dari kem site ada satu lubuk… kami parking bot di pinggir lubuk dan memancing dari situ… pancingan di lubuk ni hasilnya juga amat2 memberasangkan… Cuma aku jer yang tak berapa bernasib baik… bila nak masuk ke petang… kami pulang ke kem site… aku meneruskan pancingan dari tebing kem site, dari situ aku Berjaya mendaratkan beberapa ekor ikan tengas bersaiz sedang… sebelah lewat petang aku dah stop mancing… dah puas dah, aku mandi sungai plak… sejuk dan jernih betul airnya… malam seperti biasa, pancingan baung… malam ni baung makan lebih galak… aku tak minat nak mancing baung sebab pakai umpan busuk, umpan tapa, so, tengok je la dari tepi… seperti biasa… masuk tido awal…
            Hari terakhir kami di kenyir… semua bangun awal… terus berkemas dan bersihkan tapak perkhemahan… sebelum pukul 10pagi… kami dah bertolak keluar semula ke jeti jenagor… perjalanan balik lebih laju sebab peralatan balik kurang dengan peralatan yang dibawa masuk… terutama dari segi bekalan makanan dan minuman… kami sampai ke jeti sebeluk pukul 12… dah kami adalah kumpulan pertama yang sampai pada pagi itu… setelah memunggah barang keluar dan berjumpa dengan dato', bersalam-salaman dengan guide… kami pun bertolak balik semula ke kl


            Dalam perjalanan balik kami singgah beli kopok lekor… lewat petang kami sampai ke Gombak… sebelum berpisah kami bahagikan dulu hasil tangkapan… aku dapatla seplastik penuh ikan pelbagai saiz… ikan tu aku grill je, makan cicah dengan kicap campur cili padi potong… pehhh sedap giler…

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved