ads

Khamis, 27 Jun 2013

13 di pulau kapas - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di pulau kapas - Google Blog Search


.yang tersurat.: <b>PULAU KAPAS</b>, PULAU SERAI DAN PASIR RAJA

Posted: 14 Jun 2013 06:22 AM PDT


Ada beberapa pilihan: Pulau Kambing, Pulau Ru Sa, Pulau Bahagia, Pulau Musang, Pulau Kapas, Pulau Serai, Pulau Duyung, Pulau Sekati, Pulau Manis. Majoriti memilih Pulau Kapas. Saya terpaksa akur. Ternyata saya amat demokratik.
Tiba saat yang dinanti kami pun pergilah ke Pulau Kapas.  Oleh kerana Pulau Kapas benar-benar sebuah pulau, terpaksalah kami naik bot. Saya tidak akan menceritakan kisah naik bot dan apa aktiviti yang kami buat di Pulau Kapas.  Saya tahu kamu tidak berminat untuk tahu semua itu.
Cuma kamu perlu tahu bahawa sesudah pulang dari Pulau Kapas, saya pun pos sekeping gambar ke fesbuk dengan sedikit penerangan.  Perenggan pertama entri ini merupakan copy and paste daripada penerangan tersebut.
Ada beberapa orang kenalan fesbuk saya beri komen.  Salah seorang memberi komen pendek: "Pulau Serai".  Saya tak tahu apa maksud sebenar kenalan fesbuk saya itu.  Adakah beliau mencadangkan kami sepatutnya melancong ke Pulau Serai atau hendak memberitahu kami bahawa beliau kenal Pulau Serai.  Sesudah tidak ada idea untuk respon komennya, saya pun sekadar menjawab begini: 

"Kisah benar. Pada tahun 70-an, ada guru baharu yang enggan ditempatkan di Pulau Serai, Dungun. Rela ditempatkan di kampung Pasir Raja, Dungun. Akhirnya menangis bila mendapati untuk ke kampung Pasir Raja perlu naik perahu selama tiga hari, tiga malam sedangkan Pulau Serai bukan sebuah pulau tetapi sebuah kampung berhampiran bandar Dungun. heh heh.."

13 di batu rakit - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di batu rakit - Google Blog Search


BLOG TERENGGANU: 13 <b>di batu rakit</b> - Google Blog Search

Posted: 14 Jun 2013 03:10 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

My family memories: 1D1N at <b>Batu Rakit</b> Terengganu

Posted: 09 Jun 2013 08:33 PM PDT

Assalamualaikum semua..

Hari ni ahkak dah kerja & anak2 dah mula bersekolah setelah cuti 2 minggu, cukup la tu kan.. dok rumah pun lagi pening kepala mak abah dibuatnya. Walaupun dah besar2 tapi sebenarnya dah besarlah lagi susah kita nak menjaganya. nak suruh buat kerja-kerja rumah skit, mesti nak kena mentioned nama, klau idak tak bergerak la kerja yang disuruh tu, itu ler perangai anak2 perempuan ku semua. Setiap hari nak disuruh..huhuhuhu....okeylah ahkak nak citer pasal percutian ahkak selama 4 hari, itu pun dah last  minit, minggu terakhir persekolahan. Bukan x nak ambil cuti minggu pertama cuti sekolah, tapi sebenarnya percutian kali ni bak kata orang sambil menyelam minum air. Ahkak ke Kuala Terengganu cuti kali ini. Itu pun ada kenduri kahwain anak sepupu side my hubby. Nak sangat menghadiri kenduri kali ni sebab weols pun dah lama tak ke Terengganu tapi yang sebenarnya weols suka perkampongan kat sana, dulu pernah pergi, itu pun dah 5 tahun dulu, teringat-ingat masa pergi dulu, weols kesejukan tidur malam dengan angin ribut tepi pantai.. best sgt2 weols rasa masa tu. Tu yang cakap ngan En. hubby, jom la kita g sana, boleh kite jalan2 sekali. Kunjungan weols ke sana bukanlah weols sefamily jer, tapi disertai dengan 2 SIL family beserta MIL ahkak sekali.

Kat sana weols duduk di Batu Rakit View, terletak dekat sangat dengan rumah sepupu yang buat kerja kawin tu. Best sangat2 chalet kat sini. Nanti ahkak uplioad gambar yer..Ok jom intai-intai

pemandangan waktu pagi di Batu Rakit View
Pantai yang cantik untuk mandi manda
Chalet yg weols booking, boleh 3 family muat
Check-out sudah, terus g rumah kenduri pulak, tu yang memasing berbaju Muslimah..hehehe

13 di pulau perhentian - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di pulau perhentian - Google Blog Search


Pelancong asing maut <b>di Pulau Perhentian</b> baru dapat sijil jurulatih <b>...</b>

Posted: 28 May 2013 08:53 PM PDT

KUALA LUMPUR – Seorang wanita warga Britain, Madaline Cole, 25, yang terbunuh selepas terkena kipas bot selepas melakukan aktiviti snorkeling di Pulau Perhentin, Isnin lalu, baru sahaja ditauliahkan sebagai jurulatih selam.

Ketika kejadian, Cole yang berasal dari Hereford itu sedang menjalankan aktiviti snorkeling dengan seorang rakannya dari Australia ketika nahas tersebut berlaku.

Cole tiba di Malaysia pada 4 April lalu dan menetap di Resort Senja Bay.

Menurut bapanya, Bob Cole, 59, yang dipetik dari Daily Mail UK, anaknya itu baru mendapat kelayakan untuk menjadi pelatih dan mahu `menjelajah' dasar laut.

"Madaline mengetahui risiko yang dialami ketika menyelam dan dia juga seorang yang amat profesional terutama ketika bersiap sedia untuk menyelam,'' katanya yang amat sedih dengan kejadian itu.

Dalam pada itu, jurucakap Kementerian Luar Britain memaklumkan, pihaknya mengetahui mengenai kematian Cole pada 27 Mei lalu dan akan menyediakan segala bantuan yang diperlukan oleh keluarga mangsa.

Madaline Cole meninggal dunia manakala rakannya parah selepas terkena libasan kipas bot ketika melakukan aktiviti snorkeling di luar kawasan perairan selamat di Teluk Aur, Pulau Perhentian Kecil, Kuala Besut, pada Isnin lepas.

13 di jabor - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di jabor - Google Blog Search


Tiada mangsa korban tanah runtuh <b>di Jabor</b> | Dungun Online Cable <b>...</b>

Posted: 26 Dec 2012 03:18 AM PST

KEMAMAN 26 Dis. – Jalan masuk utama Jabor-Jerangau ke Air Puteh di Kilometer 139 kini sudah boleh digunakan selepas kerja membaik pulih jalan terbabit yang terjejas akibat runtuhan tanah awal pagi ini selesai dijalankan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).

Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Che Suza Che Hitam ketika dihubungi Bernama berkata, jalan tersebut dibuka kira-kira 5 petang ini dan turut terbabit dalam runtuhan tanah itu ialah sebuah lori dan lima kenderaan jenis sedan.

"Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu dan kini jalan sudah boleh dilalui semua jenis kenderaan," katanya.

Katanya dalam kejadian kira-kira 3.30 pagi ini tebing jalan setinggi 12 meter runtuh dan menimbusi jalan sepanjang 50 meter.

Menurutnya runtuhan itu dipercayai berpunca daripada hujan lebat sehingga menyebabkan berlaku pergerakan tanah. – BERNAMA

13 di pulau wan man - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di pulau wan man - Google Blog Search


BLOG TERENGGANU: 13 <b>di pulau wan man</b> - Google Blog Search

Posted: 23 Mar 2013 11:25 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG TERENGGANU: 13 <b>di pulau wan man</b> - Google Blog Search

Posted: 08 Mar 2013 12:06 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Batu Buruk jadi tumpuan | BH Auto

Posted: 06 Mar 2013 07:28 AM PST

Ribuan peminat motosikal banjiri Terengganu Bike Week 2013

Umzarul Faiz
Gambar: Chopper Rockers Media

Siapa sangka, deruman umpama guruh yang bergema adalah deruman jentera berkuasa tinggi yang melintasi perkarangan Dataran Batu Buruk sempena acara Terenggganu Bike Week 2013 (TBW 2013) bagi tahun kedua pada 1 dan 2 Mac yang lalu begitu menggamatkan.

Penyertaan seramai 2,500 pemilik motosikal berkuasa tinggi dan kecil yang mewakili lebih 100 kelab permotoran dan persatuan termasuk dari Singapura, Thailand, Indonesia dan Afrika Selatan.

Program anjuran Persatuan Permotoran Terengganu (PPT) ini adalah bersempena Tahun Melawat Terengganu 2013, sekali gus menjadikan beberapa destinasi pelancongan yang menarik sebagai destinasi konvoi untuk dilawati oleh para peserta.

Presiden PPT Tengku Sri Temenggong Raja Datuk Seri Tengku Baharuddin Sultan Mahmud berkata, jika pada program TBW 2012, destinasi Tasik Kenyir yang terletak di Hulu Terengganu menjadi pilihan penganjur, kali ini peserta konvoi berpeluang melihat lebih dekat kehidupan masyarakat nelayan di kawasan pantai timur.

Selain itu, antara destinasi menarik lain yang dilalui peserta konvoi ialah Bandar Permaisuri, Setiu sebelum konvoi berakhir dengan jamuan makan tengah hari di Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Kuala Terengganu.

Rombongan konvoi membabitkan lebih 1,000 motosikal berkuasa tinggi turut membuat lawatan amal ke Asrama Kebajikan Anak Yatim/Fakir Miskin Darul Akhyar, Batu Rakit, Kuala Terengganu.

Kehadiran peserta konvoi ke asrama berkenaan turut disertai Tengku Datuk Hassan Archibald dari Johor, disambut Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Rakit, Khazan Che Mat serta penghuni asrama berkenaan. Konvoi telah diiringi oleh pasukan trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu diketuai Asisten Superintendan Ismail Man.

Tengku Baharudin dan Tengku Hassan turut menyampaikan sumbangan peribadi kepada asrama berkenaan selain derma yang dikumpul daripada peserta konvoi.

Acara penutup disempurnakan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said yang diadakan penuh dengan warna warni membabitkan artis kugiran tempatan.

Antara acara yang dinantikan oleh peserta ialah cabutan bertuah dengan hadiah utama berupa enam motosikal di antaranya KTM Duke 200cc sebelum program diakhiri dengan pertunjukan bunga api.

INFO NOMBOR

2 tahun
Memasuki penganjuran tahun kedua

100
Kelab motosikal turun padang

2,500
Pemilik menyertai TBW 2013

1,000
Motosikal mengambil bahagian

BLOG TERENGGANU: 13 <b>di pulau wan man</b> - Google Blog Search

Posted: 21 Nov 2012 11:47 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG TERENGGANU: 13 <b>di pulau wan man</b> - Google Blog Search

Posted: 13 Nov 2012 11:27 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Masjid Kristal Terangganu Malaysia | Beliafun Blogging 2010 - 2012

Posted: 12 Nov 2012 11:56 AM PST

cyristal-mosque-kuala-ter.jpg 

Ia dikatakan adalah antara masjid yang tercantik di Malaysia kerana keunikannya dibina daripada kaca dan keluli bermutu tinggi malah masjid ini lengkap dengan segala prasarana yang berteknologi tinggi dan liputan WIFI untuk memudahkan pengunjung untuk mengakses internet.
Kebanyakkan pengunjung yang datang ke sini pastinya mengagumi keindahan masjid kristal ini. Bila masjid ini terkena sinaran pancaran matahari, masjid ini berubah warna kekuningan yang berkilau-kilauan. Lebih indah juga bila dilihat pada waktu malam.Cahaya terang-benderang menghiasi masjid ini dan berwarna biru ..Masjid yang siap dibangunkan pada tahun 2008 ini terletak di Pulau Wan Man.
Kedudukannya juga terletak berhampiran dengan Muzium negeri Terengganu dan di tengah-tengah Bandaraya Kuala Terengganu iaitu kira-kira 10 minit perjalanan dari bandaraya Kuala Terengganu. Oleh itu, ia adalah satu destinasi wajib bila anda melancong ke Terengganu. Bukan sekadar untuk melihat keindahannya dan melakar kenangan disini tetapi juga digalakkan menunaikan solat di masjid ini bagi umat islam.

13 di jerteh - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di jerteh - Google Blog Search


Buletin Online: Hentikan &#39;Operasi Pemutihan&#39; <b>Di</b> Pasar <b>Jerteh</b> <b>...</b>

Posted: 18 Jun 2013 07:40 AM PDT

http://buletinonline.net/images/stories/aberita22/Ustaz%20Wan%20Azhar.jpgBESUT - PAS Kawasan Besut memandang serius gerakan 'Operasi Pemutihan' yang sedang dijalankan oleh pihak Majlis Daerah Besut terhadap peniaga-peniaga di pasar Jerteh selepas pilihanraya Umum ke 13 berakhir.

Menurut Yang DiPertua PAS Besut Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad, tindakan memberhentikan mereka secara drastik dari menjalankan perniagaan bagi menampung kos dan sara hidup keluarga serta anak-anak, amat keterlaluan kerana sebagai peniaga mereka juga mempunyai hak untuk menjadi rakyat di bawah sistem demokrasi yan diamalkan di negara ini.

"Saya difahamkan tindakan tersebut ada kaitan dengan syarat dan perjanjian yang tidak diperbaharui. Juga berhubung dengan sewaan yang tidak dijelaskan.
"Tetapi situasi tersebut berlaku kepada peniaga dalam jumlah yang agak ramai. Namun tindakan tertumpu kepada sebilangan dari mereka yang dicop sebagai pro pembangkang,"ujarnya dalam satu kenyataan media hari ini.

http://buletinonline.net/images/stories/aberita22/titah%20ucapan%20sultan1.jpgBeliau yakin para peniaga terbabit adalah rakyat yang baik, yang tidak akan 'merusuh' atau 'membuli' para pelanggan dan pembeli dengan harga jualan yang melampau.

Katanya, mereka bersaing sesama sendiri secara sihat dan berinteraksi sesama mereka amat berhemah dan oleh itu, beliau menambah, kerajaan sepatutnya berasa beruntung mempunyai rakyat dan peniaga seperti mereka.

Justeru, beliau menggesa pihak Majlis Daerah Besut menjalinkan hubungan yang baik, mengenepikan sentimen perbezaan dan tidak terbawa-bawa dengan pengaruh politik 'prejudis' Umno pada pilihanraya umum yang lalu.

"Sedikit kontra dari sudut pandangan dan pendapat sewaktu pilihanraya umum baru-baru ini janganlah dianggap biadap dan satu kesalahan kerana mereka juga mempunyai hak yang dijamin dan dibenarkan oleh perlembagaan.

"saya mendesak supaya pihak Majlis Daerah Besut mengambil pendekatan yang lebih berhemah dalam menyelesaikan kemelut ini. Tidaklah suatu yang mengaibkan jika ruang niaga itu dikembalikan kepada mereka melalui perbincangan yang terpisah dari sikap prejudis serta terpisah dari sebarang tekanan mana-mana pihak,"jelasnya.

Beliau menegaskan, PAS akan melakukan tindakan susulan jika tindakan pemurnian dan pencerahan tidak diberikan keutamaan dalam merungkai masalah tersebut.

"Dan yang lebih penting, hayatilah titah Tuanku Sultan Terengganu yang mahukan semua pihak membuang sentimen kepartian dalam mentadbirurus perjalanan kerajaan negeri,"tambahnya

13 di kuala besut - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di kuala besut - Google Blog Search


Pilihan raya kecil <b>di Kuala Besut</b> - Pengerusi SPR - Utusan Online

Posted: 26 Jun 2013 06:17 AM PDT

KOTA KINABALU 26 Jun - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut ekoran kematian penyandangnya, Dr. A. Rahman Mokhtar hari ini.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, SPR tiada pilihan lain selain mengadakan pilihan raya itu dalam tempoh 60 hari bermula esok.

"Sama ada dalam bukan puasa atau semasa hari raya (diadakan pilihan raya) kita akan bincang," katanya ketika berucap pada Majlis Penghargaan dan Penyampaian Sijil Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) di sini malam ini.

Yang turut hadir Pengarah SPR negeri, Datuk Idrus Ismail. - UTUSAN ONLINE

Taipingmali : Tiada PRK <b>di Kuala Besut</b>

Posted: 25 Jun 2013 11:33 PM PDT

Mengikut undang-undang SPR fasal 2 bahagian 5. Tiada PRK jika kematian ADUN dlm 60 hari selepas PRU. ADUN baru dipilih dari parti Bekas ADUN yg meninggal..... Apa-apa pun tunggu pengumuman dari SPR
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

13 di bukit besi - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di bukit besi - Google Blog Search


Hikayat perut buncit: Saya Budak UiTM <b>Bukit Besi</b>

Posted: 24 Jun 2013 09:06 PM PDT

Alhamdulillah, pejam celik, pejam celik dah 3 minggu bertapak di UiTM Kampus Baru.
Sebelum : Sebelum menetap di kampus baru ni, dah pernah pergi beberapa kali. Pergi 2 kali dengan family, dan 2 kali lagi bersama ahli ChESS dan JPK. Persepsi saya bila lihat je kampus ni, subhanallah, cantik, memang cantik, tapi saya dah menjangkakan yang kehidupan makan menjadi sedikit bosan sebab tempatnya agak terceruk, terpisah daripada segala kemudahan dan kemewahan.Tapi cuba ditenangkan hati yang resah ini dengan kata-kata 'tak apa, datang sini nak belajar.' Bila resah makin meningkat, 'tak apa, dah ada universiti nanti maju lah berperingkat tempat ni'. 
Minggu Pertama : Sampai je Bukit Besi, tempah bilik baru sebab bilik yang tempah haritu, bloknya diserahkan kepada pelajar lelaki kerana kebanjiran pelajar lelaki daripada kos kejuruteraan mekanikal. Bilik D210, ceh rasa bangga je bila selesai kemas bilik, dahlah bilik besar, susun bukan main comel lagi. 
Haha ya, memang banyak wara purple, sebab saya peminat purple! Hehehe... tapi bilik ni kejap je, esoknya pindah 'bilik bacaan' sebab pelajar perempuan pun banjir, maka kami yang memegang portfolio sebagai ChESS dan JPK perlulah berkorban duduk di bilik aras bawah, di bilik bacaan, bilik komputer, kedai dan pejabat. Yang ada pun cuma katil sahaja, tapi ada aircond lah! :) Sebab kan tak ada locker dan meja study, keadaan bilik, ala-ala rupa rumah sewa gitu. Mula2 macam tak suka jugak, tapi lama2 dah selesa dan biasa dah. 
Pengalaman pertama menguruskan pendaftaran kolej, Subhanallah, macam2 karenah yang saya jumpa, yang tak pernah jangka pun sesusah ini nak melayan para pelajar dan ibu bapa. 
Kes 1 : Pelajar selesai mendaftar dan dah diberikan kunci bilik. Dia dah pergi, tiba-tiba datang semula bersama bapanya. Bapanya pun tanya... "Emmm, saya nak bilik yang bawah sikit untuk anak saya boleh?" , "Kenapa ya cik, anak encik sakit?" , "Bukan, saya yang lenguh nak angkat barang dia." Hahaha macam-macam ...
Kes 2 : Pada hari pertama pelajar turun semula ke kaunter pendaftaran setelah mendaftar mengatakan, "Emmm saya tak boleh kena cahaya matahari la, saya nak tukar bilik" tapi pihak JPK rasa alasan tu tak relevan maka mereka pindahkan kedudukan katilnya. Pada keesokan hari, dia datang semula ke pejabat kolej bersama bapanya, meminta tukar lagi bilik atas alasan2 yang entah apa-apa. Haihh... ada juga type manusia yang suka menyusahkan orang lain macam ni.Maaf lah kalau apa yang saya cakapkan ini kasar, tapi selama ni saya lihat tak ada masalah pun apabila insan ini kena matahari, lawak jugak bila bagi alasan ala-ala Michael Jackson sebab nak tukar bilik.
Kes 3 : Pelajar ini telah pun mendaftar tetapi tak dapat sebilik atau dekat dengan 'geng' dia. Maka dia pun ke pejabat kolej mengharapkan ada bilik kosong berdekatan gengnya itu, malangnya tak ada. Habis dia mengamuk tak tentu pasal di pejabat kolej hari itu. Ya Allah, pening kepala layan... sabar jela
Hari ini : Alhamdulillah, dah 3 minggu berada di sini, dah terbiasa dengan keadaan di sini. Warga Bukit Besi pun Alhamdulillah, dah ramai yang menyediakan perkhidmatan kereta sewa untuk kemudahan para pelajar, bas UiTM pun disediakan pada setiap selasa dan rabu pagi untuk ke bandar Dungun. Pendaftaran Wifi pelajar sedang diuruskan. Pembaharuan demi pembaharuan sedang dilakukan. InsyaAllah, bakal lengkap segala keperluan kita nanti di kampus Bukit Besi ini.
Di sini, saya kongsikan beberapa gambar sekitar kawasan kampus dan berdekatan kampus.
 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved