ads

Selasa, 11 September 2012

13 di paka - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di paka - Google Blog Search


Loji Pemprosesan Gas <b>di Paka</b> Meletup

Posted: 10 May 2012 03:28 AM PDT

Loji pemprosesan Gas di Paka meletup? Berita terkini mengenai loji pemprosesan gas di Paka dikhabarkan meletup pada kira-kira pukul 3 petang tadi.

Tempat proses gas Paka

Seramai 10 orang cedera selepas Loji Pemprosesan Gas 3 (GPP3) dalam Kompleks A milik Petronas di Paka. Empat daripada mangsa yang parah itu dilaporkan mengalami kecederaan terbakar peringkat empat.

Agak teruk juga letupan yang berlaku sehingga ada yang parah. Semua mangsa dihantar ke Hospital Dungun untuk rawatan lanjut.

Walaubagaimanapun, dua jentera bomba yang dikejarkan ke tempat kejadian berjaya memadamkan kebakaran kira-kira jam 3.20 petang

Kami doakan mangsa yang cedera itu terselamat. Punca loji pemprosesan Gas di Paka yang meletup ini masih disiasat.

Connect Facebook

5.0

13 di jerangau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di jerangau - Google Blog Search


Pendekar Buluh Betong: Am : Gangguan Bekalan Air <b>Di Jerangau</b> <b>...</b>

Posted: 01 Aug 2012 12:44 AM PDT



KUALA TERENGGANU, 1 Ogos (Bernama) -- Gangguan bekalan air mula dirasai pengguna di beberapa kawasan di Jerangau, Dungun sejak semalam berikutan paras air sungai yang semakin surut.

13 di kuala besut - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di kuala besut - Google Blog Search


Kedai Emas <b>Di Kuala Besut</b> Kerugian RM250,000 Setelah Dipecah <b>...</b>

Posted: 31 Aug 2012 07:59 PM PDT

BESUT, 30 Ogos (Bernama) — Pencuri memecah masuk sebuah kedai emas di Jalan Semerak, Kuala Besut dan melarikan barangan kemas dianggarkan bernilai RM250,000 semalam.

Ketua Polis Daerah Besut Supt Kamaruddin Zakaria berkata kedai emas itu disedari dipecah masuk pada pukul 7.15 pagi semalam.

"Seorang jiran perniagaan kedai emas itu yang kebetulan mahu memulakan perniagaan ternampak pintu belakang kedai berkenaan ditebuk dan terus memaklumkan kepada anak tuan punya kedai itu," katanya kepada Bernama di sini, Khamis.

Beliau berkata polis percaya kejadian pecah masuk itu berlaku antara 9 malam Selasa dan awal pagi Rabu dan modus operandi mungkin dijalankan oleh sekumpulan pencuri.

"Hasil pemeriksaan lanjut mendapati sekeping daripada tingkap bahagian dapur kedai berkenaan turut ditanggalkan dan peti besi yang mengandungi barang kemas di dalam kedai tersebut turut ditebuk oleh suspek," katanya.

– BERNAMA

Kedai emas <b>di Kuala Besut</b> kerugian RM250,000 setelah dipecah <b>...</b>

Posted: 30 Aug 2012 03:10 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]BESUT: Pencuri memecah masuk sebuah kedai emas di Jalan Semerak, Kuala Besut dan melarikan barangan kemas dianggarkan bernilai RM250,000 semalam.

teganuku: Duda Anak Satu Dibunuh Secara Kejam <b>di Kuala Besut</b>

Posted: 31 Aug 2012 06:11 PM PDT

Misteri kehilangan seorang duda anak satu sejak Rabu lalu terjawab kelmarin apabila dia ditemui mati dibunuh secara kejam dengan kedua-dua lututnya hampir putus ditetak manakala betis dan pinggangnya turut dilibas senjata tajam.

Mayat Faiza Jaafar, (gambar kecil) 27, ditemui dalam keadaan terduduk pada pukul 2.40 petang di kawasan sawah Kampung Gong Manok, Kuala Besut, oleh bapa saudaranya yang keluar mencari mangsa.

Difahamkan, mangsa tidak pulang ke rumah sehari sebelum mayatnya ditemui hingga menimbulkan kerisauan kepada ahli keluarganya.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamarudin Mohd. Zakaria berkata, siasatan awal mangsa dipercayai dibunuh oleh lebih daripada seorang suspek antara pukul 5 petang hingga 9 malam Rabu lalu menggunakan senjata tajam seperti kelewang atau pedang.

"Kita sedang menyiasat motif sebenar pembunuhan dan polis telah mengenal pasti beberapa individu yang dipercayai boleh membantu siasatan," katanya yang menyiasat kes bunuh itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Tambahnya, jenazah mangsa dibawa ke Hospital Besut untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarganya bagi urusan pengkebumian di Tanah Perkuburan Islam Kuala Besut dekat sini kira-kira pukul 4.30 petang semalam

Kosmo!

 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved