ads

Jumaat, 25 Januari 2013

13 di seberang takir - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di seberang takir - Google Blog Search


teganuku: Pusat Rehabilitasi 1Malaysia <b>Seberang Takir</b>

Posted: 21 Nov 2012 08:39 PM PST

Penubuhan Pusat Rehabilitasi 1 Malaysia di Seberang Takir yang membabitkan kos kira-kira RM350,000 dijadualkan beroperasi dalam masa terdekat ini sebaik peralatan di sini lengkap sepenuhnya nanti.

Pusat yang akan memberi fokus terhadap pesakit strok atau angin ahmar ini merupakan lokasi khusus pertama yang diwujudkan di negeri ini selepas mendapati ramai masyarakat di sini menderita penyakit itu.

Adun Seberang Takir, Datuk Ahmad Razif Abd Rahman berkata, pusat yang akan menempatkan pakar fisioterapi bertauliah itu akan membantu merawat dan mencegah penyakit tersebut.


"Pusat yang akan beroperasi secara percuma untuk masyarakat di Seberang Takir ini dalam proses persiapan terakhir dan akan mula menerima pesakit sebaik segala kelengkapan sedia sepenuhnya dan kita harap kewujudannya nanti mampu merawat penyakit yang menunjukkan peningkatan sejak belakangan ini.

"Idea mewujudkan pusat rehabilitasi bermula apabila saya dapati hampir sebahagian besar penduduk yang saya lawati mengalami penyakit ini (strok) dan lebih menyedihkan ada antara mereka yang masih baru dan boleh dirawat, namun akibat tidak tahu penjagaan yang betul ia menjadi bertambah parah," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam Program Lawat dan Ziarah Penduduk di Kubang Badak dan Tok Jembal, di sini. Ahmad Razif berkata, selain khidmat fisioterapi, pusat berkenaan turut menyediakan khidmat rawatan dan latihan kepada pesakit serta waris mengenai penjagaan yang betul bagi pesakit strok agar mampu pulih kembali.

"Kita harap dengan wujudnya pusat ini nanti mampu memberi pendedahan dan pengetahuan kepada pesakit dan waris yang menjaga dengan harapan pesakit diberi rawa-tan menyeluruh," katanya.

Sementara itu, dalam program itu, beliau turut melawat seramai 12 penduduk yang menghidap pelbagai jenis penyakit bersama pegawai perubatan bagi membuat pemeriksaan awal sebelum dirujuk kepada hospital atau klinik terdekat.

Pesakit yang ditemui, Jusoh Muda, 76, mengakui terharu dan berterima kasih atas kunjungan yang diberikan kerana ia jelas mencerminkan pemimpin yang berjiwa rakyat.

"Terima kasih diucapkan kepada beliau kerana sudi melawat saya kerana s mampu mengurangkan bebanan yang saya tanggung," katanya yang telah tiga tahun menderita lelah yang agak kronik.

Berita Harian

13 di setiu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di setiu - Google Blog Search


LKIM Terengganu Bina Rumah Nelayan <b>Di Setiu</b> | Terengganu Today

Posted: 22 Jan 2013 12:02 AM PST

Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) cawangan Terengganu sedang mengenal pasti lokasi sesuai di Setiu untuk membina 300 rumah bagi projek penempatan semula nelayan miskin di negeri ini.

Pengarahnya Mohd Saffe Mohd berkata proses rundingan dengan kerajaan negeri dan beberapa jabatan kerajaan berkaitan sedang dijalankan bagi menyediakan rumah yang lebih selesa kepada nelayan.

"LKIM akan sediakan peruntukan untuk membina rumah nelayan manakala penyediaan kemudahan infrastruktur lain akan disediakan kerajaan negeri. Projek ini bertujuan memberi peluang nelayan miskin untuk memiliki rumah sendiri yang lebih selesa," katanya pada sidang media selepas penyerahan elaun sara hidup bulanan kepada 450 nelayan di sini pada Isnin.

Majlis itu disempurnakan Pegawai Pembangunan Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh.

Sehingga kini, katanya projek penempatan semula nelayan telah dilaksanakan di Kelantan melibatkan seramai 300 nelayan miskin tegar di Pasir Puteh yang dipindahkan ke kawasan penempatan baharu di Tok Bali, tahun lalu.

Beliau berkata di bawah skim penempatan semula itu, keutamaan akan diberikan kepada nelayan miskin yang belum memiliki rumah sendiri, mendiami rumah yang uzur atau menumpang bersama keluarga.

Katanya kawasan perumahan itu bakal dilengkapi pelbagai kemudahan asas dan nelayan yang ditempatkan di situ juga berpeluang menambah pendapatan dengan mengusahakan perniagaan kecil-kecilan berasaskan ikan.

LKIM juga katanya memperuntukkan sebanyak RM9.5 juta untuk projek khas perumahan nelayan di Terengganu bagi membaiki dan membina 1,068 buah rumah nelayan sepanjang tahun lalu.

"LKIM telah membaiki bahagian rumah yang uzur dengan kos maksimum RM10,000 manakala kos pembinaan rumah baharu di atas tapak sedia ada ialah sebanyak RM40,000 yang diharap dapat membantu nelayan miskin tinggal di rumah lebih selesa," katanya.

– BERNAMA

13 di paka - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di paka - Google Blog Search


Lady Arween @ Food Lover@ Book Lover: beger awok2 <b>di paka</b>

Posted: 25 Jan 2013 04:58 PM PST

Lokasinya sebelah kedai makan sabar menunggu..mewah dengan cheese..layan....

13 di kemaman - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di kemaman - Google Blog Search


Nahas Berapi Kereta & Bas Ekspres <b>Di Kemaman</b>

Posted: 23 Dec 2012 07:21 PM PST

"Sangat menyayat hati melihat keadaan semua mangsa yang rentung, termasuk hancur seluruh badan, malah ada sebahagian cebisan daging yang terbakar melekat dalam kereta," kata saksi kejadian empat beranak terkorban dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta bertembung sebuah bas ekspres di Kilometer 126.5, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, berhadapan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kemasik, awal pagi semalam.

Wan Mohd Faiz Wan Ahmad, 27, yang dalam perjalanan ke Kemaman berkata, sebaik tiba di tempat kejadian, dia bersama rakannya cuba menyelamatkan mangsa, namun tidak berupaya memandangkan api marak membakar kedua-dua kenderaan.

"Saya menghubungi bomba, tetapi tidak berani mendekati tempat kejadian kerana bimbang kedua-dua kenderaan itu meletup," katanya menganggap kemalangan itu paling ngeri yang pernah dilihatnya.

Dia yang ditemui di tempat kejadian berkata, selepas kebakaran dipadamkan keseluruhannya oleh anggota bomba, dia terkejut dan sedih apabila dimaklumkan empat beranak rentung dalam kenderaan itu.

Penumpang bas ekspres itu, Wan Mohd Al-Hakim Wan Yusoff, 27, berkata, dia sempat mendengar seorang penumpang dalam kereta yang terbakar itu menjerit meminta tolong sebelum mengetahui empat beranak rentung di dalamnya.

13 di wakaf tapai - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di wakaf tapai - Google Blog Search


En.Hubby & <b>Wakaf Tapai</b>.... - Ini Satu Kisah...

Posted: 05 Dec 2012 12:49 AM PST

Hye...Hye...December.....=)
terlambat sikit nak post mase first day December kan...
mane nak sempat post....yela....busy kan....
busy melawat en.Hubby di Penang, Bayan Lepas...
~~~~~~hehehehehehehe~~~~~~
Alhamdulillah.....bertolak hari sabtu pagi.....
balik sini balik hari ahad, petang sampai rumah.....
Pergi sana ber 3....wif Aini and Heina....
 Terima Kasih sangat-sangat dekat 2 orang sahabat ni kan...
yela...sanggup teman kan saya melawat en.Hubby...
korang memang best dan terbaeekkkk lahhhh...=)
nanti post cite n gambar g Penang tu k....
~~~~~~hehehehehehehe~~~~~
Now, en.Hubby dah selamat sampai Wakaf Tapai, Terengganu...
Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia, Wakaf Tapai Terengganu....
lagi details....bace bawah ni...hehehehehe 
Hari ini, 3 Disember 2012, Akademi Bomba dan Penyelamat Wakaf Tapai begitu meriah dengan kedatangan pelatih -pelatih baru . Seawal 7 pagi lagi kakitangan Akademi telah bersedia menyambut kedatangan tetamu dan penghuni baru.
Jam 8 pagi auditorium yang mampu memuatkan 500 orang pada satu masa telah dipenuhi. Taklimat kemasukan pelatih telah disampaikan oleh Komandan Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Kuala Kubu Bharu , PKPjB Haron bin Hj Tahir selaku wakil dari pihak Pengurusan Tertinggi Jabatan . Seterusnya Taklimat Khas latihan telah disampaikan sendiri oleh PPjB Norazam bin Khamis Komandan Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wakaf Tapai. Maklumat berkenaan latihan dan proses yang akan dijalani sepanjang latihan telah disampaikan dengan jelas oleh komandan sendiri. Sehingga jam 5 petang jumlah keseluruhan pelatih adalah seramai 614 orang terdiri dari 152  Pegawai Bomba KB gred  29 , 437 orang pegawai gred KB 17  dan 25 pelatih dari Malaysia Airport Berhad.
 so...disimpulkan cerita, en.Hubby tergolong dalam 25 Pelatih dari Malaysia Airport Berhad...
hanya Pegawai dan Eksekutif saja yang pergi kursus ni...
rekrut MAB still training dalam MATC Bayan Lepas...
kalau ikut surat asal tawaran en.Hubby, patutnya pergi ke Kuala Kubu Bharu...
tapi...last minit dapat tahu...kena lapor diri dekat Wakaf Tapai...
mungkin yang Kuala Kubu tu tak dapat menampung ramai pelatih kot...
huhuhuhuhuhu......takpe lah......
yang penting semoga semuanya baik-baik sahaja dekat sana.....
♥ Ya Allah ya Tuhanku....dekatkanlah rezeki yang suamiku cari...kuatkanlah kasih sayang suamiku hanya padaku seorang...bantulah suamiku ketika aku tidak mampu membantunya...elakkanlah suamiku daripada teringin kepada apa yang Engkau tegah...cenderungkanlah hatinya kepada apa yang Engkau perintahkan...♥

13 di kuala berang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di kuala berang - Google Blog Search


Novel Fifty%: Sebongkah Batu <b>di Kuala Berang</b> - Faisal Tehrani

Posted: 18 Jan 2013 10:19 PM PST


Tajuk: Sebongkah Batu di Kuala Berang
Penerbit: PTS Litera Utama Sdn. Bhd.
Harga Jual: RM15(SM) @ RM16(SS) [Termasuk Pos]
Catatan: Tiada nama pemilik

13 di kerteh - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di kerteh - Google Blog Search


Addin: Anwar Di Serang <b>Di Kerteh</b>, Terengganu

Posted: 09 Nov 2012 03:06 AM PST

Jelajah Merdeka Rakyat diserang lagi!Kali ini Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim bersama rombongannya dihalang lebih 20 ahli Perkasa dan Umno sejurus sebelum menunaikan solat Jumaat di Masjid Sultan Mizan, Kerteh, Terengganu.

Kehadiran ahli Perkasa itu bermula apabila mengetahui rombongan bas dua tingkat jelajah itu singgah di masjid tersebut kira-kira jam 1 tengah hari tadi.

Bagaimanapun, Anwar dilindungi skuad keselamatan yang sudah bersedia sebaik mendapat maklumat melalui sistem pesanan ringkas (SMS) menyebabkan kawalan keselamatan sekitar masjid itu dipertingkat setengah jam sebelum ketibaan bas yang membawa Anwar dan rombongannya.

Kejadian ini adalah kali kedua dilakukan Perkasa setelah insiden yang sama menimpa Anwar ketika bersolat Maghrib dan menyampaikan tazkriah di Masjid Al-Hussain, Seberang Pumpong, Alor Setar pada 2 September lalu.

Polis dilihat belum tiba ketika Anwar dan rombongannya menyebabkan ahli Perkasa yang berada berhampiran tempat kejadian terlompat-lompat umpama beruk manakala kertas besar bertulisan provokasi dinaikkan kunun sebagai tanda protes terhadap rombongan Anwar yang mahu singgah menunaikan solat Jumaat.

Menurut jadual, Anwar dijangka singgah di Kampung Gelugor, Kerteh kira-kira jam 2.30 petang nanti.Menurut saksi kejadian, ahli Perkasa yang berdemonstrasi itu bukan penduduk tempatan kerana mereka dipercayai tiba dari Kuala Terengganu.

Selain menjerit ketika azan berkumandang, ahli Perkasa biadap apabila dalam masa yang sama menghamburkan kata-kata kesat kira-kira 50 meter dari pintu masuk masjid sambil penduduk tempatan dilihat tidak menghiraukan gelagat bodoh ketika memasuki perkarangan masjid.

Dipercayai juga, satu lagi demonstrasi menunggu Anwar yang kini dalam perjalanan ke Kuala Terengganu bertempat di Dataran Syahbandar jam 4.45 petang ini.~jalanpulang


Lihat video di 
SINI.
 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved