ads

Sabtu, 11 Ogos 2012

13 di ketengah jaya - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di ketengah jaya - Google Blog Search


Remaja Raikan Ramadan Serentak <b>Di</b> Dua Buah Masjid <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 04 Aug 2012 01:27 AM PDT

Alhamdulillah antara program PSR 2012 ialah Remaja Raikan Ramadan (3R) dan sebanyak tiga buah masjid/surau di daerah Kemaman menjadi lokasi program 3R kali ini. Terbaru ialah di Masjid Felda Kerteh 5 di Ketengah Jaya yang melibatkan sekitar 50 orang remaja berumur 13-19 tahun dan juga di Masjid Sultan Ahmad dekat Bandar Chukai yang melibatkan pelajar-pelajar sekolah menengah di bandar ini. Kedua-dua program ini berjalan serentak dan dikendalikan dibawah Jawatankuasa Pembangunan Remaja IKRAM Kemaman di bawah Cikgu Hj Norfizam Said.

Program 3R di Felda Kerteh 5 kali ini istimewa kerana inilah kali pertama program sebegini dilaksanakan IKRAM di kawasan felda di daerah ini. Terdapat tiga buah sekolah menengah di Ketengah Jaya iaitu SMK Rasau, SMK Semarak B5 dan SMK Tetra Jaya. Terdapat juga ahli-ahli IKRAM yang bertugas sebagai guru di sekolah-sekolah ini yang membantu merapatkan lagi hubungan pihak sekolah dengan IKRAM.

Seramai 15 orang fasilitator diketuai Pengarah Program Saudara Khairul Azri telah terlibat menjayakan program ini. Di dalam program ini juga diperkenalkan kelab remaja IKRAMTeens kepada semua peserta. Para peserta begitu teruja dengan pelbagai program yang disediakan. Majlis penutup program telah disempurnakan oleh TYDP IKRAM Kemaman iaitu Ustaz Muzahar Hitam.



Manakala program di Masjid Sultan Ahmad pula diketuai oleh Pengarah Program Sdr Nadhir yang juga Mualim SMIAA Kemaman serta barisan fasilitator dari kalangan mahasiswa universiti yang sedang bercuti. Sekitar 80 orang remaja hadir di program ini. Ianya dirasmikan oleh Pengerusi Tetap IKRAM Kemaman Hj Che Zahari Che Nik.

Pelbagai program disajikan sepanjang program 3R ini. Mudah-mudahan segala usaha ini terus disusuli dengan program-program lanjutan tarbiah di sekolah masing-masing. Kerjasama yang sudah terjalin perlu dimanfaatkan lagi bagi melahirkan generasi kepemimpinan remaja rabbani demi masa depan ummah yang gemilang.



Program 3R yang ketiga akan diadakan di Surau Rantau Petronas dekat Kerteh pada minggu hadapan 10-11 Ogos 2012. Ini adalah program tahun keempat berturut-turut dimana pihak IKRAM (sebelum ini JIM) diberikan kepercayaan mengendalikan program remaja seumpama ini. Mudah-mudahan semuanya berjalan lancar dan diberkati Allah SWT.

Mangsa Mercun yang pertama tahun ini

Posted: 28 Jul 2012 11:10 PM PDT

KUALA TERENGGANU: "Saya terkejut apabila jiran memberitahu, dua anak saya berada dalam kepulan asap tebal di luar rumah dan tidak lama itu saya mendengar jeritan anak sulung memanggil nama ibu dan meluru ke arah saya.
"Hancur luluh hati saya apabila melihat seluruh wajah anak berwarna merah kehitaman," kata Suhaili Che Man, 23, ibu kepada Muhammad Irsyad Sirhan Mohd Fazrul, 6, yang melecur teruk di muka dan badan selepas membakar belerang mercun bola di Kampung Felda Kerteh 4, Ketengah Jaya, Dungun, kelmarin.

Dalam kejadian jam 7 malam itu, Muhammad Irsyad Sirhan dan adiknya Muhammad Irfan Haziq, 2, menemui serbuk belerang mercun bola yang dibuang bapa saudaranya beberapa hari lalu sebelum mengajak adiknya membakar serbuk itu di depan rumah.
Malangnya, tindakan itu membawa padah apabila belerang yang dibakar pantas menyambar muka dan tangan kiri Muhammad Irsyad Sirhan yang berada di depan adiknya.

Ibu kepada dua anak yang ditemui di Wad Mata Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini, berkata, sebelum kejadian itu anak sulungnya kerap meminta mercun daripada bapa saudaranya dan hanya diberikan sarung mercun bola, manakala serbuk belerang yang diasingkan disimpan dalam sebuah bekas plastik.

"Malangnya, benda itu ditemui anak dan dia merayu dengan bapa saudaranya untuk mendapatkan pemetik api pula, tetapi tidak dilayan," katanya.
Suri rumah itu berkata, hasrat anak sulungnya untuk membakar belerang itu tercapai apabila menjumpai pemetik api yang disimpan bapa saudaranya sebelum bergegas ke luar rumah untuk membakarnya.

Menurutnya, api yang terhasil daripada belerang itu menyambar seluruh muka dan tangan kirinya, manakala anak bongsu yang berada di belakang tidak cedera. Kedua-dua anaknya bergegas masuk ke rumah sebaik kejadian berlaku.
"Ketika itu saya di dapur dan terkejut mendengar Muhammad Irsyad Sirhan memanggil saya serta menunjukkan muka dan tangannya yang terbakar terkena api belerang.

"Saya bergegas membawanya ke bilik air dan memandikannya sebelum menyapu putih telur ayam di wajahnya yang terbakar sebelum membawanya ke Klinik Kesihatan Ketengah Jaya sebelum diminta rujuk ke Hospital Dungun.

"Disebabkan kesan lecur serius, Muhammad Irsyad Sirhan dibawa ke HSNZ dan doktor memberitahu anak melecur 40 peratus di muka, mata, tangan dan kaki," katanya.

13 di ajil - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di ajil - Google Blog Search


[BERGAMBAR] Berita BERNAMA Sahkan Rumah Adun <b>Ajil</b> Musnah <b>...</b>

Posted: 07 Aug 2012 11:01 PM PDT

Hulu Terengganu - Rumah kediaman anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Ajil Datuk Rosol Wahid musnah dalam kebakaran di Kampung Batu 23, di sini, malam tadi.

Kejadian pada 10.15 malam itu memusnahkan hampir 90 peratus struktur rumah berkenaan.

Gambar: Anggota Bomba dan Penyelamat memadamkan sisa-sisa kebakaran rumah milik Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Ajil, Datuk Rosol Wahid yang musnah terbakar di Kampung Batu 23.

Rosol berkata ketika kejadian, kesemua anggota keluarganya tiada di rumah kerana berbuka puasa dan bertarawih di luar.

Menurutnya, beliau hanya dimaklumkan kejadian itu oleh isterinya Toh Puan Halipah Ahmad yang pulang daripada berbuka puasa di rumah kakaknya di Kampung Baung, di sini.

"Sebaik dia membuka pintu rumah isteri melihat kepulan asap dan api marak dari bahagian dapur rumah lantas menelefon saya memaklumkan insiden itu," katanya ketika ditemui malam tadi.

"Ketika kejadian saya dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menghadiri majlis berbuka puasa bersama Yayasan Pembangunan Usahawan di Kuala Terengganu. Saya minta isteri supaya tenang dan jangan masuk ke dalam rumah, bimbang kejadian lebih buruk akan berlaku," katanya.

Menurutnya, beliau reda dengan kejadian yang berlaku namun terkilan kerana lebih 2,000 buah buku yang dikumpulkan sejak 10 tahun lalu turut hangus dijilat api.

Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Berang, Mohd Zazuli Badru berkata ketika pasukan bomba tiba di lokasi, api sedang marak dan mereka mengambil masa 30 minit untuk memadam kebakaran.

Dua jentera bomba dari Balai Bomba Kuala Berang dan Balai Bomba Wakaf Tapai dihantar ke tempat kejadian bersama 14 anggota dan pegawai.

Turut ke lokasi kejadian selepas mendapat berita kebakaran itu ialah Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Tengku Putera Tengku Awang, Adun Teluk Pasu, Datuk Abdul Rahin Mohd Said dan Adun Bukit Besi, Datuk Din Adam. - Bernama

foto ehsan BERNAMA

ANGGOTA Dewan Undangan Negeri (Adun) Ajil, Datuk Rosol Wahid (dua dari kanan), memeriksa keadaan rumahnya yang musnah dalam kebakaran di Kampung Batu 23, Kuala Berang, Hulu Terengganu, malam tadi. Kejadian pada 10.15 malam itu memusnahkan hampir 90 peratus struktur rumah sekali gus menjejaskan persiapan raya mereka sekeluarga

Laporan sebelum ini
klik untuk baca



teganuku: Rumah ADUN <b>Ajil</b> Terbakar Musnahkan 90 Peratus Struktur

Posted: 07 Aug 2012 10:44 PM PDT

Rumah kediaman Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil, Datuk Rosol Wahid musnah dalam kebakaran di Kampung Batu 23, di Ajil, malam tadi.

Kejadian pada 10.15 malam itu memusnahkan hampir 90 peratus struktur rumah berkenaan.

Rosol berkata, ketika kejadian, kesemua anggota keluarganya tiada di rumah kerana berbuka puasa dan bertarawih di luar.


Beliau hanya dimaklumkan kejadian itu oleh isterinya, Toh Puan Halipah Ahmad yang pulang daripada berbuka puasa di rumah kakaknya di Kampung Baung, di Hulu Terengganu,  katanya malam tadi.

Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Berang, Mohd Zazuli Badru berkata, ketika pasukan bomba tiba di lokasi, api sedang marak dan mereka mengambil masa 30 minit untuk memadam kebakaran.

Dua jentera bomba dari Balai Bomba Kuala Berang dan Balai Bomba Wakaf Tapai dihantar ke tempat kejadian bersama 14 anggota dan pegawai.

Rumah terbakar: Adun <b>Ajil</b> terkilan 2000 kitab hangus

Posted: 09 Aug 2012 05:06 PM PDT

Rumah terbakar: Adun Ajil terkilan 2,000 kitab hangusKUALA BERANG, Hulu Terengganu - "Saya sangat terkilan kerana kehilangan lebih 2,000 kitab dan buku yang saya kumpul sejak 15 tahun lalu, koleksi ini antara barang yang paling saya sayang dan dibeli di luar negara."

Demikian kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ajil, Datuk Rosol Wahid, ketika ditemui di tapak rumahnya yang hangus ketika umat Islam sedang solat Tarawih, malam kelmarin.

Kejadian yang berlaku pada jam 10.15 malam itu memusnahkan hampir 90 peratus struktur rumah berkenaan.

Kata Rosol, ketika kejadian kesemua ahli keluarganya tiada di rumah kerana menunaikan solat Tarawih di Masjid Kampung Gaung manakala beliau berada di Wakaf Tapai, Marang dalam perjalanan pulang selepas menghadiri satu majlis dan menunaikan solat Tarawih di Kuala Terengganu.

Kebakaran tersebut disedari isterinya, Toh Puan Halipah Ahmad yang ternampak kepulan asap dari bahagian dapur rumah sewaktu pulang dari menunaikan solat Tarawih lalu menghubunginya memaklumkan kejadian berkenaan.

"Sebelum itu, isteri menghubungi saya memberitahu ingin ke Kampung Menerong menziarahi orang meninggal.

Namun tidak berapa lama kemudian, sekali lagi beliau menelefon memberitahu rumah kami terbakar.

"Setelah buka pintu, dia lihat api marak dari ruang dapur dan asap berkepul-kepul.

"Saya arahkan dia segera meninggalkan rumah dan jangan hiraukan apa-apa kerana khuatir akan keselamatannya. Nasib baik, ketika kejadian tiada sesiapa di rumah kerana empat anak saya berada di rumah mentua di Kampung Gaung, manakala dua lagi di asrama," katanya.

Dikunjungi rakan

"Rumah ini saya beli daripada pemilik asal pada tahun 2001 lalu dengan harga RM160,000. Kini, dianggarkan harganya mungkin mencecah RM300,000. Walaupun diuji dengan ujian begini, namun saya tetap bersyukur kerana semua ahli keluarga selamat," katanya kepada pemberita, di sini, malam kelmarin.

Sementara itu, tinjauan Sinar Harian ke lokasi kejadian mendapati musibah yang menimpa Adun Ajil ini menarik perhatian penduduk apabila beliau dan keluarga tidak putus-putus menerima kunjungan penduduk termasuk Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung.

Rumah terbakar: Adun Ajil terkilan 2,000 kitab hangus Malah, rakan seperjuangan turut kelihatan Adun Bukit Besi, Dungun, Datuk Din Adam; Adun Kuala Berang, Mohd Zawawi Ismail dan Yang Dipertua Dun, Datuk Tengku Putera Tengku Awang.

Tidak sangka padam kebakaran rumah abang

Sementara itu, anggota bomba dan penyelamat, Kamaruzaman Wahid, berkata dia tidak menyangka terlibat dalam operasi memadam kebakaran di rumah abangnya sendiri.

"Saya tidak sangka operasi malam ini (malam kelmarin) membabitkan rumah abang, saya sangat terkejut dan tergamam seketika bila sampai di tempat kejadian," katanya.

Namun kata Kamaruzaman, dia terpaksa menahan sebak dan sedaya upaya memadam api yang membakar rumah abang sulungnya itu.

"Saya bersyukur kerana kesemua ahli keluarga Abang Long selamat walaupun rumah musnah dalam kebakaran, saya harap Abang Long tabah hadapi ujian ini," katanya.

Api marak dengan cepat 

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Berang, Mohd Zazuli Badru ketika ditemui pemberita berkata, pihaknya menerima panggilan memaklumkan kejadian tersebut jam 10.19 malam.

Menurutnya, dengan menaiki sebuah jentera dengan kekuatan enam anggota, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian dan kemudiannya dibantu lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Wakaf Tapai.

"Api marak dengan cepat dan memusnahkan 90 peratus struktur rumah. Kebakaran dapat dikawal jam 11 malam namun punca kejadian dan jumlah sebenar kerugian masih dalam siasatan," katanya.

13 di jerteh - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di jerteh - Google Blog Search


SabahanCrew: Gambar Hujan Batu <b>Di Jerteh</b> Terengganu

Posted: 04 Aug 2012 08:15 PM PDT

Gambar Hujan batu di Jerteh Terengganu yang agak besar merbahaya kepada orang ramai jika terkena ketulan hujan batu tersebut. Bukti yang gambar hujan batu di jertih terengganu kini tersebar di internet. Ada saksi yang mengatakan bahawa hujan batu yang melanda jertih terengganu itu berlaku kira-kira 6.55 minit petang dan mengemparkan penduduk berhampiran, antaranya ialah Seberang Jertih, Balik Bukit, Padang Luas, Bandar Jertih dan beberapa kampung lain dengan fenomena luar biasa itu.
Gambar Hujan Batu Di Jertih Terengganu

Saksi, Wan Azha Wan Ahmad, 50, berkata, kejadian hujan air batu berserta ribut itu berlaku dalam tempoh 15 minit dan menyebabkan orang ramai mengambil kesempatan mengambil air batu tersebut untuk melihatnya.Menurutnya, kejadian itu amat jarang berlaku menyebabkan ia menimbulkan pelbagai persoalan dalam kalangan orang ramai. "Air batu tersebut tidak bertahan lama dan cair selepas beberapa minit," katanya.

Bagaimanapun tiada kemalangan mahupun kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu tetapi penduduk menyifatkan bencana itu adalah paling teruk dalam tahun ini.Manakala bagi seoramg lelaki yang juga merupakan peniaga kedai barangan elektrik di bandar Jertih, Foo Fay Jong, 50, turut mendakwa seketul air batu sebesar bata jatuh di atas jalan raya di bandar itu berhampiran kedainya pada masa kejadian. Bagaimanapun katanya mujur ia tidak menimpa orang ramai.

SabahanCrew : Tanda Apakah Ini?? Tanda Dunia Akhir Zaman?? KIAMAT??
 Jangan Lupa Tinggalkan Komen Dan LIKE Facebook Page OK.. TQ

Shafie Nor: 4 kawasan kemalangan tinggi <b>di Besut</b>

Posted: 06 Aug 2012 01:28 AM PDT

BESUT, ISNIN, 06 Ogos, 2012: Polis Besut mengenal pasti empat lokasi yang kerap berlaku kemalangan maut di daerah ini terutama pada musim perayaan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Besut, Deputi Supt. Noor Zainy Mohd. Noor berkata, lokasi berkenaan ialah laluan Jerteh ke Bukit Yong, Jerteh ke Pekan Jabi, Kampung Raja ke Kampung Tembila/Beting Lintang dan Kampung Jabi ke Kampung Anak Ikan.

"Bagi pemandu kenderaan, jalan-jalan berkenaan kelihatan lurus, tetapi lokasi berkenaan mempunyai selekoh tajam serta terdapat banyak kawasan perumahan di kiri dan kanan laluannya jadi mereka harus berhati-hati ketika melalui kawasan ini," katanya di sini hari ini.

Kata beliau, kawasan berkenaan merekodkan kemalangan dan kematian tertinggi sejak tiga tahun kebelakangan ini.— BERNAMA

teganuku: 4 Kawasan Kemalangan Tinggi <b>Di Besut</b>

Posted: 06 Aug 2012 10:57 AM PDT

Polis Besut mengenal pasti empat lokasi yang kerap berlaku kemalangan maut di daerah ini terutama pada musim perayaan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Besut, Deputi Supt. Noor Zainy Mohd. Noor berkata, lokasi berkenaan ialah laluan Jerteh ke Bukit Yong, Jerteh ke Pekan Jabi, Kampung Raja ke Kampung Tembila/Beting Lintang dan Kampung Jabi ke Kampung Anak Ikan.

Bagi pemandu kenderaan, jalan-jalan berkenaan kelihatan lurus, tetapi lokasi berkenaan mempunyai selekoh tajam serta terdapat banyak kawasan perumahan di kiri dan kanan laluannya jadi mereka harus berhati-hati ketika melalui kawasan ini," katanya semalam.

Kata beliau, kawasan berkenaan merekodkan kemalangan dan kematian tertinggi sejak tiga tahun kebelakangan ini.

13 di jabor - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di jabor - Google Blog Search


walk on wings, tread in air: Terengganu oready :)

Posted: 09 Aug 2012 08:29 PM PDT

Aku dah ada kat Terengganu now :)

Pukul 9.30pm baru nak gerak balik.
Biasa la kan En Wan ni.
Kemain semangat nak balik. Seminggu sebelum balik dah ye ye pesan aku set appointment dengan mana-mana customer kat UMT, pesan suruh siapkan baju-baju, mintak aku plan nak jumpa customer hari apa segala. Tapi semangat kat mulut je la. Sudahnya dia yang tak bersiap-siap lagi.

Aku dah sound awal-awal aku taknak drive.
Aku nak jadi kelindan saje.
Taknak jadi driver.

Sebab serik asal balik Tganu je sepanjang-panjang LPT aku yang kena drive, dia sedap mengeroh.
Padahal nak balik kampung dia ni.

Oh yes!
Aku memang berkira bab ni.
Sebabnya, aku dah cakap kat dia, kalau mengantuk, kalau penat, kita balik besok je.
Ohhhhhhh taknakkkkkkkkkkkkkkk.
Macamkan rumah mak boleh runtuh kalau dia tak sampai jugak malam semalam.
Mati-mati nak balik semalam jugak.
"Takpe. Takpe. Abang drive. Di tido je kat sebelah"

Elok je keluar dari Putra Heights, belum sempat masuk NKVE dan menguap-menguap sampai nak rabak mulut. Pastu jeling-jeling aku. Aku wat dekkkkkkkkkkkkk je. Agaknya tengok aku takde respon, gi tepuk-tepuk peha aku pulak "Di...ooo..Di".

Ni la yang aku malas ni.
Kang kalau aku tengking percuma je pahala puasa aku.
So terpaksa la aku offer diri "Yelah, nanti kat Karak sampai Jabor Di drive"

Terosssssssssss sengih.

Aku ingatkan dia tido kat sebelah ni takat tido-tido ayam sabit nak lelapkan mata je.
Sekali siap mengigau bagai!
Terbahak-bahak bibik aku first time nampak Mister dia bersilat kat depan.

Pastu tengah-tengah drive, ada sms masuk.
Dari customer aku kat USM.

Dr ni nak very urgent quotation.
So aku cakap la aku akan siapkan esok sebab aku tengah on the way to Tganu.
Sambil-sambil tu aku tanya if barang aku pos semalam dah sampai ke belum.

Pastu dia reply "Batang apa? Awak bagi batang buruk ke?"

Aku macam apa yang batang? Batang buruk apa?

Bila aku check balik sms aku rupanya aku type "BATANG DR DAH SAMPAI?"

Puiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.

Dah la Dr ni lelaki. Seb baik Dr ni jenis takde pikir ke lain. Gamaknya dah nak raya, dia terpikir kuih raya je kot. Kalau aku dapat sms macam tu dah lama aku buat report polis. Apa ni batang batang???

Masa tu aku rasa nak tikam diri sendiri berkali-kali.
Malu sialllllllllllllllllll. Dah la lepas raya aku nak naik USM balik.
Apesal la huruf R and T ni sebelah-menyebelah????

Moral of the story : Jangan bersms sewaktu memandu.


Semalam aku terima pakej ni dari reader Azlina Zainal Abidin.

Thank you so much.

Memula aku pelik gak macamana dia boleh tau address aku ni?
Aku memang payah sikit nak bagitau orang address aku.
Bila retrieve balik nama ni kat database (wahh database kauu) rupanya customer Ephyra.
No wonder ada address aku.

Thank you dear :)

Macam tau-tau je aku suka makan biskut siput ni.
Tapi yang dia bagi ni yang pedas punya.
And also the bahulu gulung.
Surprise gila aku nampak the bahulu gulung.
Sebab so far, kalau nak jumpa bahulu gulung memang hanya akan jumpa kat kampung Pak Aji.
Seluruh rumah kat Kampung Sarang Buaya tu semuanya hidang bahulu gulung time raya sampaikan aku terfikir bahulu gulung ni makanan rasmi orang Jawa ke hapa?

Ni another satisfied customer of Ephyra.

Budak ni dari sejak aku promote Ephyra lagi dia dah beranikan diri beli sekotak.

Pastu tak salah aku dia terus beli 3 kotak 3 kotak.

Rasanya ni dah kali kelima kot dia beli 3 kotak sekaligus.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

LAST DAY TODAY, CUT OFF 11.59PM


7 laluan maut <b>di</b> Terengganu dipantau | boyzonne-hijaurimba

Posted: 09 Aug 2012 12:17 PM PDT


KUALA TERENGGANU - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu akan mengerahkan 100 pegawai dan anggotanya di seluruh negeri bagi memantau tujuh laluan maut bermula 12 sehingga 26 Ogos ini.
Pengarahnya, Abdul Rahman Emang Anyie berkata, pemantauan itu dilakukan dalam Operasi Penguatkuasaan sempena Hari Raya Aidilfitri 2012.
Menurutnya, laluan maut yang dikenal pasti ialah
KM126, Jalan Kuala Terengganu- Kuantan di Kemasek; KM75, Jalan Jerangau-Jabor di Bukit Besi; KM45, Jalan Kuala Terengganu-Bukit Besi di Kampung Tok Dor dan KM68.9, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan di Rantau Abang.
Laluan maut lain yang dikenal pasti ialah KM3, Jalan Kuala Berang-Tanggol di Kampung Langgar; KM26.5, Kampung Wakaf Tapai di Jalan Kuala Terengganu-Kuala Berang dan KM 48, Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu di Sungai Ikan.
"Kita akan tempatkan anggota kita di kawasan itu bagi memastikan orang ramai lebih berhati-hati dan beringat kerana ia memang dikenal sebagai kawasan yang kerap berlaku kemalangan.

13 di wakaf tapai - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di wakaf tapai - Google Blog Search


Gadis Dijadual Naik Pelamin Lepas Aidilfitri Maut!

Posted: 07 Aug 2012 06:07 PM PDT

KUALA TERENGGANU – Seorang jurujual yang bakal berkahwin selepas Aidilfitri ini maut apabila motosikal yang ditungganginya bertembung dengan sebuah ambulans dalam satu kejadian kemalangan di lampu isyarat Kampung Kepong, Pengadang Baru, petang kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 7 petang itu, mangsa, Che Ku Nurul Hamimie Che Ku Md Amin, 22, dipercayai dalam perjalanan pulang dari bandar menghala ke rumahnya di Kampung Kepong, di sini, dengan menunggang motosikal jenis Yamaha Ego.
Bagaimanapun, sebaik tiba di lokasi kejadian, mangsa yang ingin membelok kanan di lampu isyarat Kampung Kepong, di sini, bertembung dengan sebuah ambulans yang membawa seorang mangsa kemalangan yang berlaku di Wakaf Tapai, Marang menuju ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini.
Mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di HSNZ, kira-kira jam 8.15 malam akibat parah di leher, kepala dan badan.
Menurut bapa mangsa, Che Ku Md Amin Che Ku Embong, 62, mangsa anak ketujuh daripada sembilan beradik itu bakal mengakhiri zaman bujangnya selepas hari raya nanti dan telah pun membuat sedikit persiapan menjelang hari bahagianya itu.
"Arwah bertunang beberapa bulan lalu dan merancang akan mengadakan majlis perkahwinan selepas hari raya nanti.
"Walaupun tarikh sebenar majlis perkahwinan itu belum ditetapkan lagi, namun arwah sudah pun membuat sedikit persiapan menjelang hari bahagianya itu," katanya ketika ditemui di pekarangan Bilik Forensik, HSNZ.
Menurutnya, dia mula rasa tidak sedap hati apabila arwah pulang lewat pada hari kejadian kerana kebiasaannya dia tiba di rumah kira-kira jam 6.30 petang untuk berbuka puasa bersama-sama.
"Ketika itu, hati saya agak resah dan ia terjawab apabila jiran datang ke rumah memaklumkan Nurul Hamimie terbabit nahas, kira-kira dua kilometer dari rumah kami.
"Semasa dimaklumkan khabar itu, kami sekeluarga sedang membuat persiapan untuk berbuka puasa sebelum isteri, Tuan Sharifah Rohani Tuan Embong dan anak bergegas ke hospital, manakala saya tinggal di rumah bersama seorang cucu kerana menyangka arwah hanya terbabit dalam nahas biasa," katanya.
Namun tekaannya meleset apabila dimaklumkan keadaan anaknya kritikal, sebelum disahkan meninggal dunia tidak lama selepas itu.
Menurutnya, arwah seorang anak yang pendiam berbanding anak-anak yang lain dan sebelum ini, arwah tidak pernah menunjukkan sebarang perubahan sikapnya.
Sementara itu, Ketua Polis daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan menjelaskan kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara berbahaya atau melulu hingga menyebabkan kematian.
Dalam perkembangan sama, seorang lagi mangsa kemalangan yang berada di dalam ambulans berkenaan, Ngah Ismail, 70, meninggal dunia kira-kira jam 10.30 malam ketika menerima rawatan di wad kecemasan HSNZ.
Sebelum itu, arwah merupakan mangsa kemalangan langgar lari ketika menunggang motosikal di Wakaf Tapai, Marang dan telah dibawa oleh ambulans terbabit untuk mendapatkan rawatan susulan di HSNZ.


13 di kuala besut - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di kuala besut - Google Blog Search


Gemersik Bayu Pantai: Semua kerusi <b>di Besut</b> ada potensi menang?

Posted: 29 Jul 2012 08:27 PM PDT

Oleh: Mat Zain Mat Isa
Sandaran utama PAS menyusun senarai kerusi-kerusi berpotensi dimenangi dalam pilihan raya ialah penilaian tahap kekuatan dan keupayaan parti di kawasan-kawasan terbabit. Salah satu kayu ukur kekuatan itu ialah jumlah undi diraih calon PAS dalam pilihan raya lepas berbanding undi diperolehi parti lawan. Makanya, yang menjadi perkiraan utama ialah majoriti kemenangan atau kekalahan di kerusi-kerusi dimaksudkan.
Difahamkan, itulah yang secara tradisinya menjadi antara asas penyenaraian kerusi-kerusi berdasarkan keutamaan letak kerja mencapai kemenangan dalam pilihan raya berikutnya. Berdasarkan kepada asas itu, maka menerajui kekuatan PAS Terengganu adalah kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Rhu Rendang disandang Dato' Seri Tuan Guru Presiden sendiri. Beliau menewaskan calon BN dengan majoriti 2,686 undi.
Kerusi kedua terkuat ialah Wakaf Mempelam (menang 2,193 undi) disandang Pesuruhjaya PAS Negeri, Haji Mohd Abdul Wahid Endut, diikuti Batu Burok (1,161) dan Sura (1,000).
Empat lagi kerusi dimenangi PAS mengikut susunatur kekuatannya ialah Manir (432), Bukit Tunggal (336), Bukit Payong (115) dan Ladang (31).
Setelah selesai menyenaraikan kerusi-kerusi dimenangi PAS, ia disambung pula dengan kerusi-kerusi dimenangi BN, tetapi mengikut susunan terbalik. Majoriti paling kecil melambangkan kekuataan BN paling rendah, sekaligus paling berpotensi dirampas oleh PAS.
Maka, menduduki tangga kesembilan selepas lapan kerusi milik PAS kini ialah Dun Paka yang dimenangi BN dengan majoriti hanya 344 undi. Ia diikuti Tepoh (430 undi), Teluk Pasu (462), Cukai (769), Rantau Abang (790) dan Alor Limbat (799).
Senarai keutamaan itu diteruskan di tangga ke-15 oleh Jabi (804), Pengkalan Berangan (930), Bandar (1,142) dan Batu Rakit (1,486). Itulah senarai 18 kerusi yang menjadi sasaran.
Jika diperhatikan, kerusi-kerusi disenaraikan itu telah mewakili hampir kesemua kawasan Parlimen, kecuali Besut. Setiu ada dua, Kuala Nerus (3), Kuala Terengganu (4), Hulu Terengganu (1), Marang (4), Dungun (3) dan Kemaman (1).
Ertinya, dalam menepati sasaran 18 kerusi itu, dua kawasan Parlimen diharapkan dapat mencapai 'sapu bersih', apabila keempat-empat kerusi Dun dikategorikan 'mesti menang'.
Manakala empat kerusi yang diletakkan sebagai 'bonus' untuk memperkuatkan kemenangan ialah Kuala Berang (1,592), Kemasek (2118), Seberang Takir (2,430) dan Hulu Besut (2,453). Ertinya, jika berhasrat menang 22 kerusi, maka Parlimen Kuala Nerus juga dikategorikan sebagai sasaran 'sapu bersih'.
"Itulah signifikannya PGU 4.0 ini. Ia sebenarnya patut dibaca 'PAS Ganti Umno 4-0', iaitu kita (PAS) menang keempat-empat kerusi, sapu bersih dalam beberapa Parlimen sasaran kita," ulas Pengarah Jabatan Penerangan PAS Terengganu, Ustaz Wan Sukairi Abdullah, dalam perbualannya dengan penulis berhubung Himpunan Hijau PGU 4.0 dianjurkan PAS di Marang baru-baru ini.
Senarai keutamaan kerusi-kerusi tadi boleh disambung hingga selesai kesemua 32 kerusi. Namun yang menjadi sasaran ialah sama ada 18 atau 20, atau mungkin 22 kerusi sahaja.
Dalam konteks Besut, kerusi terbaiknya mengikut penyusunan di atas hanya datang di tangga ke 22, iaitu Hulu Besut. Ia hanya di kategori 'bonus' dan bukannya 'mesti menang'. Keutamaan itu diikuti Kuala Besut (2,631) pada tangga ke 25. Manakala, dua kerusi lagi, Jertih (3,046) dan Kota Putera (3332) masing-masing berada di tangga ke 26 dan 28.
"Memang kita akui senarai asalnya begitu (Hulu Besut dan Kuala Besut sebagai sasaran), tapi kami di PAS Kawasan (Besut) melihat beberapa faktor dan perkembangan lain. Memang, aci boleh kita nak menang belaka, kalau boleh Kuala Besut pun kita nak menangkan. Tapi kalau dikatakan dua kerusi terbaik, maka kita pilih Jertih, selain Hulu Besut", kata Setiausaha PAS Kawasan Besut, Aminuddin Muhammad Ali.
Seraya memperakui kerusi Hulu Besut sebagai pilihan, beliau turut melontarkan beberapa sandaran memilih Jertih berbanding Kuala Besut. Antaranya, katanya pergolakan dalaman Umno paling ketara di Jertih, sehingga menyukarkan Umno bahagian menentukan lebih awal siapa akan diletakkan sebagai calon BN di situ. Kemelut itu semakin mengusut ekoran ura-ura pengunduran penyandangnya yang disebut-sebut bakal beralih angin ke kerusi Parlimen.
Turut disebutnya sebagai faktor mencerahkan potensi PAS di Jertih ialah hakikat keterbukaan minda pengundi di situ yang lebih terdedah kepada maklumat. Masyarakat Jertih agak 'metro' berbanding kawasan lain di Besut. Pendedahan mereka kepada lebih banyak maklumat sekaligus memberikan harapan berhubung kepekaan mereka terhadap angin perubahan politik yang melanda negara. Logiknya, pengundi yang lebih banyak terdedah kepada maklumat peringkat lebih atas (negeri dan nasional) akan lebih mudah untuk berubah.
Penulis sendiri cenderung bersetuju dengan Aminuddin di atas hujah keduanya ini. Di atas hujah sama, penulis tampil dengan senarai susunatur kerusi yang berbeza. Bagi penulis, satu lagi Dun memiliki ciri serupa dengan Jertih (pengundinya celik maklumat) dan berpotensi dimenangi ialah Kota Putera. Bahkan, ia jauh lebih berpotensi berubah berbanding Kuala Besut mahu pun Hulu Besut.
Ertinya, terdapat tiga senarai berbeza dari segi keutamaan atau pilihan kerusi untuk menang di Besut. Jika senarai asal (berdasarkan majoriti kekalahan) meletakkan Kuala Besut dan Hulu Besut, pihak PAS Kawasan kini pula (berdasarkan keyakinan Setiausahanya) memilih Jertih berbanding Kuala Besut, di samping mengekalkan Hulu Besut.
Manakala penulis sendiri pula, selaku pemerhati dari luar kepimpinan parti tetapi dari dalam masyarakat di daerah itu, telah menyatakan pandangan berbeza. Seraya mengekalkan Jertih sebagai pilihan, penulis lebih berminat mencagarkan Kota Putera berbanding Hulu Besut.
Dalam ertikata lain, keempat-empat kerusi Dun di Besut nampaknya ada sandaran hujah dan penilaian berbeza untuk didakwa sebagai berpotensi untuk dimenangi PAS. Menarik, bukan?
(Artikel ini adalah versi lebih panjang (sebelum potong) kepada versi disiarkan akhbar Harakah Bil: 1764, 30 Julai 2012 di ruangan N4 EDITORIAL dengan tajuk sama)
 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved