Sabtu, 11 Ogos 2012

13 di ajil - Google Blog Search

13 di ajil - Google Blog Search


[BERGAMBAR] Berita BERNAMA Sahkan Rumah Adun <b>Ajil</b> Musnah <b>...</b>

Posted: 07 Aug 2012 11:01 PM PDT

Hulu Terengganu - Rumah kediaman anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Ajil Datuk Rosol Wahid musnah dalam kebakaran di Kampung Batu 23, di sini, malam tadi.

Kejadian pada 10.15 malam itu memusnahkan hampir 90 peratus struktur rumah berkenaan.

Gambar: Anggota Bomba dan Penyelamat memadamkan sisa-sisa kebakaran rumah milik Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Ajil, Datuk Rosol Wahid yang musnah terbakar di Kampung Batu 23.

Rosol berkata ketika kejadian, kesemua anggota keluarganya tiada di rumah kerana berbuka puasa dan bertarawih di luar.

Menurutnya, beliau hanya dimaklumkan kejadian itu oleh isterinya Toh Puan Halipah Ahmad yang pulang daripada berbuka puasa di rumah kakaknya di Kampung Baung, di sini.

"Sebaik dia membuka pintu rumah isteri melihat kepulan asap dan api marak dari bahagian dapur rumah lantas menelefon saya memaklumkan insiden itu," katanya ketika ditemui malam tadi.

"Ketika kejadian saya dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menghadiri majlis berbuka puasa bersama Yayasan Pembangunan Usahawan di Kuala Terengganu. Saya minta isteri supaya tenang dan jangan masuk ke dalam rumah, bimbang kejadian lebih buruk akan berlaku," katanya.

Menurutnya, beliau reda dengan kejadian yang berlaku namun terkilan kerana lebih 2,000 buah buku yang dikumpulkan sejak 10 tahun lalu turut hangus dijilat api.

Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Berang, Mohd Zazuli Badru berkata ketika pasukan bomba tiba di lokasi, api sedang marak dan mereka mengambil masa 30 minit untuk memadam kebakaran.

Dua jentera bomba dari Balai Bomba Kuala Berang dan Balai Bomba Wakaf Tapai dihantar ke tempat kejadian bersama 14 anggota dan pegawai.

Turut ke lokasi kejadian selepas mendapat berita kebakaran itu ialah Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Tengku Putera Tengku Awang, Adun Teluk Pasu, Datuk Abdul Rahin Mohd Said dan Adun Bukit Besi, Datuk Din Adam. - Bernama

foto ehsan BERNAMA

ANGGOTA Dewan Undangan Negeri (Adun) Ajil, Datuk Rosol Wahid (dua dari kanan), memeriksa keadaan rumahnya yang musnah dalam kebakaran di Kampung Batu 23, Kuala Berang, Hulu Terengganu, malam tadi. Kejadian pada 10.15 malam itu memusnahkan hampir 90 peratus struktur rumah sekali gus menjejaskan persiapan raya mereka sekeluarga

Laporan sebelum ini
klik untuk baca



teganuku: Rumah ADUN <b>Ajil</b> Terbakar Musnahkan 90 Peratus Struktur

Posted: 07 Aug 2012 10:44 PM PDT

Rumah kediaman Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil, Datuk Rosol Wahid musnah dalam kebakaran di Kampung Batu 23, di Ajil, malam tadi.

Kejadian pada 10.15 malam itu memusnahkan hampir 90 peratus struktur rumah berkenaan.

Rosol berkata, ketika kejadian, kesemua anggota keluarganya tiada di rumah kerana berbuka puasa dan bertarawih di luar.


Beliau hanya dimaklumkan kejadian itu oleh isterinya, Toh Puan Halipah Ahmad yang pulang daripada berbuka puasa di rumah kakaknya di Kampung Baung, di Hulu Terengganu,  katanya malam tadi.

Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Berang, Mohd Zazuli Badru berkata, ketika pasukan bomba tiba di lokasi, api sedang marak dan mereka mengambil masa 30 minit untuk memadam kebakaran.

Dua jentera bomba dari Balai Bomba Kuala Berang dan Balai Bomba Wakaf Tapai dihantar ke tempat kejadian bersama 14 anggota dan pegawai.

Rumah terbakar: Adun <b>Ajil</b> terkilan 2000 kitab hangus

Posted: 09 Aug 2012 05:06 PM PDT

Rumah terbakar: Adun Ajil terkilan 2,000 kitab hangusKUALA BERANG, Hulu Terengganu - "Saya sangat terkilan kerana kehilangan lebih 2,000 kitab dan buku yang saya kumpul sejak 15 tahun lalu, koleksi ini antara barang yang paling saya sayang dan dibeli di luar negara."

Demikian kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ajil, Datuk Rosol Wahid, ketika ditemui di tapak rumahnya yang hangus ketika umat Islam sedang solat Tarawih, malam kelmarin.

Kejadian yang berlaku pada jam 10.15 malam itu memusnahkan hampir 90 peratus struktur rumah berkenaan.

Kata Rosol, ketika kejadian kesemua ahli keluarganya tiada di rumah kerana menunaikan solat Tarawih di Masjid Kampung Gaung manakala beliau berada di Wakaf Tapai, Marang dalam perjalanan pulang selepas menghadiri satu majlis dan menunaikan solat Tarawih di Kuala Terengganu.

Kebakaran tersebut disedari isterinya, Toh Puan Halipah Ahmad yang ternampak kepulan asap dari bahagian dapur rumah sewaktu pulang dari menunaikan solat Tarawih lalu menghubunginya memaklumkan kejadian berkenaan.

"Sebelum itu, isteri menghubungi saya memberitahu ingin ke Kampung Menerong menziarahi orang meninggal.

Namun tidak berapa lama kemudian, sekali lagi beliau menelefon memberitahu rumah kami terbakar.

"Setelah buka pintu, dia lihat api marak dari ruang dapur dan asap berkepul-kepul.

"Saya arahkan dia segera meninggalkan rumah dan jangan hiraukan apa-apa kerana khuatir akan keselamatannya. Nasib baik, ketika kejadian tiada sesiapa di rumah kerana empat anak saya berada di rumah mentua di Kampung Gaung, manakala dua lagi di asrama," katanya.

Dikunjungi rakan

"Rumah ini saya beli daripada pemilik asal pada tahun 2001 lalu dengan harga RM160,000. Kini, dianggarkan harganya mungkin mencecah RM300,000. Walaupun diuji dengan ujian begini, namun saya tetap bersyukur kerana semua ahli keluarga selamat," katanya kepada pemberita, di sini, malam kelmarin.

Sementara itu, tinjauan Sinar Harian ke lokasi kejadian mendapati musibah yang menimpa Adun Ajil ini menarik perhatian penduduk apabila beliau dan keluarga tidak putus-putus menerima kunjungan penduduk termasuk Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung.

Rumah terbakar: Adun Ajil terkilan 2,000 kitab hangus Malah, rakan seperjuangan turut kelihatan Adun Bukit Besi, Dungun, Datuk Din Adam; Adun Kuala Berang, Mohd Zawawi Ismail dan Yang Dipertua Dun, Datuk Tengku Putera Tengku Awang.

Tidak sangka padam kebakaran rumah abang

Sementara itu, anggota bomba dan penyelamat, Kamaruzaman Wahid, berkata dia tidak menyangka terlibat dalam operasi memadam kebakaran di rumah abangnya sendiri.

"Saya tidak sangka operasi malam ini (malam kelmarin) membabitkan rumah abang, saya sangat terkejut dan tergamam seketika bila sampai di tempat kejadian," katanya.

Namun kata Kamaruzaman, dia terpaksa menahan sebak dan sedaya upaya memadam api yang membakar rumah abang sulungnya itu.

"Saya bersyukur kerana kesemua ahli keluarga Abang Long selamat walaupun rumah musnah dalam kebakaran, saya harap Abang Long tabah hadapi ujian ini," katanya.

Api marak dengan cepat 

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Berang, Mohd Zazuli Badru ketika ditemui pemberita berkata, pihaknya menerima panggilan memaklumkan kejadian tersebut jam 10.19 malam.

Menurutnya, dengan menaiki sebuah jentera dengan kekuatan enam anggota, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian dan kemudiannya dibantu lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Wakaf Tapai.

"Api marak dengan cepat dan memusnahkan 90 peratus struktur rumah. Kebakaran dapat dikawal jam 11 malam namun punca kejadian dan jumlah sebenar kerugian masih dalam siasatan," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads