13 di besut - Google Blog Search |
| PAS ada peluang baik <b>di</b> Kuala <b>Besut</b> - Harakahdaily Posted: 30 Jun 2013 06:42 AM PDT
TEMERLOH: Ketua Pemuda PAS Malaysia Nasrudin Hassan menganggap tidak mustahil PAS boleh memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Kuala Besut memandangkan parti itu pernah memenanginya sebanyak dua kali sebelum ini. Ahli Parlimen Temerloh itu berkata, PAS menang pilihan raya umum (PRU) menewaskan BN di Dun berkenaan pada tahun 1969 dan 1999. (Yusmi gembira rumahnya dibaiki) Nasrudin berkata demikian ketika ditemui semasa bergotong-royong membina rumah seorang kampung, Yusmi Sofian,26, di Kampung Gajah Mati, Lanchang dekat sini hasil pungutan derma dari ahli-ahli PAS melalui PAS cawangan. Yusmi yang tinggal seorang diri di rumah pusaka itu sejak beberapa tahun lalu, berkata beliau hanya mengambil upah bekerja kampung dan tidak mampu membina sendiri rumahnya yang telah rosak teruk. "Setiap kali menjelang PRU pihak Umno datang berjanji untuk membina rumah baru tetapi tidak pernah ditunaikan. Akhirnya orang PAS yang tolong bina rumah setelah menang Parlimen Temerloh," katanya. Nasrudin dalam pada itu, turut mengucapkan tahniah kepada PAS Cawangan Gajah Mati kerana berjaya melaksanakan kerja-kerja kebajikan melalui sumbangan sekitar RM2,000 hasil derma ahli setelah dilancarkan pada Mesyuarat Agung Cawangan minggu lalu. |
| You are subscribed to email updates from di besut - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

"Majoriti pengundi Kuala Besut adalah pengundi atas pagar dan sebahagian besarnya bekerja sebagai nelayan. Dewan Pemuda optimis PAS boleh melakukan kejutan jika maklumat yang tepat berjaya disampaikan," ujarnya.


DUNGUN - PAS tidak gentar dan takut menghadapi apa sahaja tuduhan dan siapa sahaja yang membuat tuduhan dalam kes pembahagian tanah Rancangan Tabah Berkelompok (RTB) Generasi Kedua Felda Ketengah Jaya.
Beliau berkata demikian ketika berucap di atas pentas debat Tanah Generasi Ke-2 Ketengah Jaya; Siapa Tipu Anak Peneroka, yang telah bertukar menjadi majlis penerangan apabila ADUN Paka Mohd Ariffin @ Zakaria Abdullah tidak hadir.
KUALA LUMPUR: DAP hari ini turut menyatakan komitmen akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada PAS pada Pilihan Raya Kecil (PRK) di Kuala Besut nanti.
Mesyuarat Harian PAS Pusat hari ini memutuskan agar PAS terus bertanding di tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bertindih dengan PKR di Terengganu iaitu Bukit Besi, Seberang Takir dan Kota Putera pada Pilihan Raya Umum ke 13.