Mitsubishi Motors Malaysia dengan kerjasama pengedarnya, Gandingan Spektra Sdn. Bhd secara rasmi membuka sebuah pusat jualan dan servis di Jalan Kamarudin, Kuala Terengganu. Terletak di tapak berkeluasan 6,400 kaki persegi, pusat 2S baru ini menyediakan khidmat servis dalam persekitaran yang lebih selesa untuk pelanggan.

Setakat ini, Mitsubishi Motors Malaysia mempunyai 52 pusat pameran (32 daripadanya adalah pusat 3S) dan 37 pusat servis di seluruh Malaysia. Mengikut perancangan untuk mewujudkan 10 pusat 3S tahun ini, enam lagi pusat pameran baru akan dibuka sebelum 2012 berakhir.

"Sejak bekerja bersama Gandingan Spektra Sdn. Bhd pada April 2007, Mitsubishi Motors semakin berkembang di kawasan ini dengan kira-kira 500 unit kenderaan berjaya dijual," kata Ketua Pegawai Eksekutif Mitsubishi Motors Malaysia, Tetsuya Oda. - BH Auto.