ads

Jumaat, 2 Mac 2012

13 di rantau abang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di rantau abang - Google Blog Search


MTD <b>RANTAU ABANG</b>: Parti &#39;Purba&#39; Umno/BN Masih Mengugut <b>...</b>

Posted: 18 Feb 2012 03:47 AM PST

DUNGUN - Pemimpin Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu masih mengamalkan politik lama dan murahan dengan mempolitikkan setiap program kerajaan dan mengugut rakyat yang tidak sehaluan dengan parti 'purba' itu.

Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Rantau Abang, Cikgu Alias Harun berkata rakyat diugut dengan pelbagai cara dan 'dipaksa' supaya mereka terus menyokong Umno-BN.

Bahkan, lebih dahsyat lagi' kata Cikgu Alias' Umno/BN menyelidiki latar belakang setiap rakyat yang kononnya mahu diberi subsidi, lebih dari 'komunis'

"Amalan ugut sentiasa berlaku terutama sekali di Dewan Undangan Negeri (Dun) Rantau Abang ini. Orang yang susah, yang mengharapkan bantuan diugut jika tidak sokong kerajaan (BN) sekarang ini bantuan tidak akan dapat atau bantuan ditarik-balik.

"Saya sebut ini ada beberapa keadaan (kes) semasa kita (PAS) turun ke medan. Kita dapati yang menyokong kita (PAS) tidak diberi bantuan. Bukan dia (rakyat) bekerja dengan kita. Sekadar berkeliaran di kawasan markaz-markaz kita sahaja.

"Ditahan beberapa bulan bantuannya. Ini dia (Umno) tidak boleh nafikan sebab fakta ada dan orang pun ada yang menjadi mangsa diskriminasi pemimpin Umno-BN.

"Apa sahaja program yang dilaksanakan oleh kerajaan dipolitikkan. Pembahagian (bantuan) diambil kira hijau ke, biru ke atau macam mana. Kenapa dipolitikkan, jika hendak bagi (agih), bagilah.

"Kita (PAS) lihat sekarang yang (orang) layak terima rumah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) tidak dapat dan yang tidak layak dapat pula rumah itu. Akhirnya, rumah itu tinggal kosong dan sebahagiannya disewakan," jelasnya ketika dihubungi.

[Gambar - Cikgu Alias menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan dalam program hari keluarga di DUN Rantau Abang yang diadakan tidak lama dulu]

Justeru itu, beliau mengajak rakyat dan pengundi di seluruh negeri ini bangkit membuat perubahan sebagai suatu pengajaran kepada BN dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Menurutnya, rakyat perlu sedar dari tipu daya pemimpin Umno yang mempergunakan rakyat semata-mata bagi mengekalkan kuasa pemerintahan BN.

"Inilah yang perlu kita (PAS) perbaiki dan kita mesti ajar dengan kita membuat keputusan yang tepat dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 ini.

"Saya harap (penyokong) Umno di kampung ini sedar supaya tidak lagi dipergunakan dan diperalatkan semata-mata untuk mengekalkan 54 tahun pemerintahan BN," ujarnya.

13 di marang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di marang - Google Blog Search


sabahkini.net: HADI AKAN TEWAS <b>DI MARANG</b>?

Posted: 03 Feb 2012 09:22 AM PST

Oleh : AZMAN ARIFFIN

MENGEJUTKAN? Ya, itulah maklum balas yang baru penulis terima dari rakan-rakan penulis yang 'meninjau' program lawatan sehari Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Marang, Terengganu sebentar tadi.

Marang adalah kawasan parlimen yang dikuasai Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Penulis dimaklumkan, daripada beberapa siri bertemu rakyat yang dibuat oleh Perdana Menteri setakat ini, jumlah kehadiran rakyat di Marang ini adalah yang tertinggi sekali dilihat dari lautan manusia yang hadir ke majlis tersebut.

Menurut Bernama, ketibaan Najib di lapangan terbang sahaja disambut lebih 1,000 orang yang menunggu sejak dari pagi.

Walaupun penulis sedar, jumlah kehadiran dalam acara-acara sebegini bukanlah petanda sebenar sokongan rakyat tapi dalam hal di Marang ini, penulis dikhabarkan ia adalah manifestasi sebenar sokongan rakyat kepada Najib dan Barisan Nasional (BN).

Kenyataan ini adalah sama sekali berlawanan dengan tanggapan kita selama ini bahawa Marang adalah kawasan selamat untuk PAS dan Haji Hadi sendiri.

Kebetulan pula, Haji Hadi baru sahaja beberapa hari lepas memberikan gambaran tidak akan bertanding mempertahankan kawasan Parlimen Marang dalam pilihanraya akan datang, hanya akan bertanding di DUN Rhu Rendang kalau benar-benar diperlukan parti.

Adakah Haji Hadi sudah dapat membaca penolakan rakyat terhadapnya sehingga membuat keputusan demikian?

Pada pendapat penulis, kalau pun benar Haji Hadi akan tewas di Marang, ia bukanlah sesuatu yang mengejutkan. Pada yang tidak tahu, Haji Hadi pernah tewas 2 kali di Parlimen Marang iaitu dalam pilihanraya umum 1986 dan pilihanraya umum 2004. Pada 1990 pula, beliau merampas kawasan tersebut dengan majoriti tipis, 350 undi sahaja.

Dalam kedua-dua kekalahan itu, beliau tewas kepada orang yang sama, Dato' Haji Abdul Rahman Bakar, bekas Timbalan Menteri Sumber Manusia yang kini dilantik sebagai Senator.

Tapi daripada analisa yang pernah dijalankan, dua kekalahan tersebut banyak disumbangkan oleh faktor politik semasa, bukan sangat ada kena mengena dengan prestasi Haji Hadi sebagai Ahli Parlimen.

Pada 1986, BN memperolehi momentum kuat apabila Gerakan (asal pembangkang yang menguasai Pulau Pinang) menyertai BN, manakala pada 2004 pula disebabkan oleh faktor peralihan pucuk kepimpinan negara dari tangan Tun Mahathir kepada Tun Abdullah.

Berbeza dengan kali ini, penulis dimaklumkan bahawa peluang Haji Hadi untuk mengekalkan kerusi Marang agak sukar kerana beliau dikatakan kurang memberikan khidmat kepada rakyat di kawasan ini akibat kesibukan tugas sebagai Presiden PAS, terutama sejak PAS menganggotai Pakatan Rakyat.

Haji Hadi dikatakan menghabiskan banyak masa di Kuala Lumpur membantu gerak kerja Pakatan Rakyat, antaranya perhimpunan Bersih dan sebagainya. Pegawai yang ditugaskan pula gagal berfungsi dengan baik akibat dari kengkangan kewangan yang terhad.

Ini adalah antara beberapa maklumat yang penulis terima. Sejauh mana ianya benar, hanya masa yang akan menentukan.

Yang penting belum terlambat untuk Haji Hadi dan pasukannya meneliti perkembangan semasa ini dan mengambil tindakan yang sewajarnya.

Terengganu adalah antara beberapa negeri yang menjadi sasaran Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum akan datang disamping mengekalkan penguasaan di negeri-negeri Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan.

13 di pulau redang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di pulau redang - Google Blog Search


SETIU HARI INI: BSN buka Pusat Perkhidmatan Baru <b>di Pulau Redang</b>

Posted: 02 Mar 2012 02:00 AM PST

Foto0714

PULAU REDANG – Bank Simpanan Nasional Terengganu telah membuka Pusat Perkhidmatan Desa di Pulau Redang, Kuala Terengganu bagi kemudahan penduduk di pulau tersebut dan pulau-pulau berdekatan.
          Ahli Parlimen Setiu, Dato' Haji Mohd Jidin Shafee telah diberi penghormatan merasmikan pusat berkenaan bertempat di sebuah kedai runcit di sini pada 28 Februari 2012. Ketua Operasi BSN negeri Terengganu, Jamsari Mohd Noor berkata, "mulai hari ini, semua penduduk dan pelancong luar boleh berurusan terus tanpa keluar dari pulau ini, untuk berurusan dengan BSN."
          "Kemudahan yang disediakan pada masa ini, ialah menyimpan, memindah wang dan mengeluar wang tidak lebih RM500.00 sehari. Pusat Perkhidmatan ini dibuka sepanjang masa bermula jam 10.00 pagi hingga jam 10.00 malam." tambahnya lagi. "Selain kemudahan simpanan dan pengeluraran wang, pusat ini disediakan juga untuk pembayaran bil-bil TNB, STM, handphone dan bil air SATU". jelasnya lagi.
         Pengerusi JKKK Pulau Redang, Haji Ladin Awang melahirkan rasa bersyukur di atas kemudahan disediakan oleh BSN. Orang kampung perlu ucapkan terima kasih, kerana tidak perlu lagi ke daratan sebagaimana sebelum ini. Begitu juga bayaran bil-bil elektrik dan air walaupun ada disediakan di sini oleh individu, tetapi caj yang dikenakan agak tinggi sedikit, sekitar RM2.00 bagi setiap bil.
Foto0715



SETIU HARI INI

SELESA HOMESTAY <b>DI PULAU REDANG</b> | KEINDAHAN PULAU <b>...</b>

Posted: 13 Dec 2011 03:12 AM PST

[unable to retrieve full-text content]Pulau Redang merupakan sebuah pusat peranginan yang amat terkenal di Malaysia. Pulau Redang terletak di negeri persisiran pantai iaitu Kuala Terengganu, Terengganu. Pulau Redang merupakan sebuah pulau yang ...

13 di gong kedak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di gong kedak - Google Blog Search


Tanggungjawab bersama

Posted: 23 Feb 2012 05:33 PM PST




Dr. Abdul Latiff Ahmad (kiri) beramah mesra bersama anggota tentera yang hadir sewaktu membuat lawatan di Kem 8 Briged, Pengkalan Chepa, Kelantan, kelmarin.



KOTA BHaRU 23 Feb. - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sentiasa bekerja keras memastikan sempadan negara tidak dibolosi bagaimanapun amalan masyarakat di Selatan Thailand yang mudah memiliki senjata api menyebabkan usaha untuk mengawalnya daripada memasuki negara ini amat sukar.
Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr. Abdul Latif Ahmad berkata, sehubungan itu, peranan untuk mengawal penyeludupan itu tidak boleh disandarkan sepenuhnya kepada negara ini semata-mata kerana kerajaan Thailand sendiri perlu bertanggungjawab menjaga sempadan mereka.
''Kita ada platform kerjasama antara kedua-dua negara dan saya rasa perkara inilah yang dibincangkan oleh kedua-dua negara ketika pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra.


''Semua orang ada senjata jadi kalau barang-barang seludup itu boleh merentasi sempadan dengan mudahnya di Sungai Golok, jadi tidak mustahil senjata api juga boleh diseludup," katanya kepada pemberita ketika melakukan lawatan di Markas 8 Briged Kem Pengkalan Chepa di sini semalam.
Hadir sama Komander Pengkalan Udara Gong Kedak, Brigedier Jeneral Mohd. Faudzi Ahmad dan Ketua Staf Markas 8 Briged, Leftenan Kolonel Mohd. Tahar Abdul Razak.
Dr. Abdul Latif diminta mengulas mengenai kawalan di sempadan Malaysia-Thailand ekoran beberapa kejadian tembakan yang berlaku di negeri ini menyebabkan timbul persoalan bahawa penyeludupan senjata api semakin berleluasa.
Mengulas lanjut katanya, ATM sentiasa memastikan kawalan di sempadan negara ketat dengan menempatkan seramai 4,000 anggotanya daripada Rejimen Sempadan pada setiap masa untuk berkawal di sempadan Malaysia-Thailand dari Bukit Kayu Hitam, Kedah sehingga ke Pengkalan Kubor di sini yang panjangnya mencecah 515 kilometer.
"Hendak menjaga sempadan ini tidak ada masalah sama ada yang berpagar atau tidak tetapi selagi dia dijaga oleh manusia pasti ada kelemahan tambahan pula di sana tidak aman.
"Bukan sahaja senjata api tetapi macam-macam. Ini adalah trend baru dan ancaman baru iaitu kita berhadapan dengan keganasan, penyeludupan baru dan penyeludupan manusia tetapi tidak bermakna kita tidak mengawalnya langsung," jelas beliau.

13 di besut - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di besut - Google Blog Search


PuLut DuYe adai <b>di Besut</b>: "I LOVE ALLAH..." - malaysia news gosip

Posted: 04 Feb 2012 04:30 AM PST

CLiCk to LIKE and SHARE »»»Google +

13 di batu rakit - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di batu rakit - Google Blog Search


Aktiviti sepanjang <b>di Batu Rakit</b>. - blog*spot

Posted: 02 Mar 2012 06:47 AM PST

Assalamualaikum..lama btol ambe xjenguk blog ni..maklum la,musim sekarang memang tersangat
la buzy dengan jadual yang padat sehingga malam.Badan pon rasa xlarat..balik kelas pas 2 sambung kelas plak malam.xde kelas malam,sibuk ngan aktiviti kelab dan pertandingan kolej..Ni aku nak upload gambar yang aktiviti yang di jalankan.Ni baru suku aktiviti..ade banyak lagi yang kena wat.huhu.biase la goverment ni.penat masa ni.Nanti ok la.banyak lagi menunggu selepas ini..hehe.

13 di ketengah jaya - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di ketengah jaya - Google Blog Search


Panas!! Sepasang Penjawat Awam Dicekup Separuh Bogel <b>Di</b> <b>...</b>

Posted: 28 Feb 2012 10:31 PM PST



Dua penjawat awam dicekup separuh bogel

DUNGUN – Dua penjawat awam yang juga rakan sekerja di sebuah agensi kerajaan di Dungun, didenda RM2,800 atau dua bulan penjara selepas masing-masing didapati bersalah melakukan perbuatan tidak bermoral di sebuah rumah, dekat sini, awal pagi, Disember lalu.

Khairul Mubin Abdullah, 26, dan pasangannya, Laily Norashikin Che Sukeri, 22, menerima pengajaran paling berharga apabila kedua-duanya dijatuhkan hukuman setimpal oleh Hakim Mahkamah Rendah Syariah Dungun, apabila masing-masing membuat pengakuan bersalah atas tuduhan persediaan melakukan persetubuhan.

Mengikut fakta kes yang dibaca pendakwaraya, Khairul, seorang Pembantu Kebajikan Masyarakat bersama pasangannya, Laily, kakitangan kerajaan berstatus janda yang beralamat di Ketengah Jaya, Dungun ditahan sepasukan Pegawai penguat kuasa syariah dalam satu serbuan di sebuah rumah di Jalan Sekolah Intan Zaharah Balai Besar, Dungun kira-kira jam 2.10 pagi, 7 Disember 2011.

Selepas pintu rumah dibuka, tertuduh lelaki didapati hanya memakai tuala mandi, dan pemeriksaan lanjut dalam sebuah bilik menemui seorang perempuan tidur dalam keadaan berselimut dengan toto.

Pemeriksaan lanjut juga mendapati perempuan tersebut hanya memakai seluar dalam.

Turut dirampas dalam serbuan itu sebagai barang kes, coli milik tertuduh perempuan.

Soal siasat mendapati keduanya tidak mempunyai hubungan muhrim dan mereka dibawa ke Pejabat Agama Dungun untuk siasatan lanjut sebelum didakwa melakukan persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah.

Ketika mengemukakan rayuan kepada mahkamah, kedua-dua tertuduh merayu agar diringankan hukuman dengan alasan kedua-duanya kini sudah mengikat tali pertunangan dan bakal melangsungkan perkahwinan Mac ini.

Bagaimanapun, Hakim Syarie, Shamsuddin Ngah tetap berpendirian bahawa kesalahan dilakukan mereka amat serius, dan kedua-duanya berhak menerima hukuman setimpal atas perbuatan dilakukan.

Khairul yang berasal dari Sarawak bersama pasangannya menjelaskan denda yang dikenakan. -SH
 

NOTA: Tanpa hudud, semua tak takut melakukan dosa.

13 di chukai - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di chukai - Google Blog Search


Haji Hanafiah Untuk DUN <b>Chukai</b>: JAMUAN TAHUN BARU CINA <b>DI</b> <b>...</b>

Posted: 16 Jan 2012 08:38 PM PST

KEMAMAN – Lebih 500 orang kaum Cina pelbagai lapisan hadir ke Majlis Jamuan Rapat Rakyat sempena Tahun Baru Cina yang dianjurkan PAS DUN Chukai lewat petang Selasa 16 Januari.

Menurut Pengarah Majlis Tindakan DUN(MTD) PAS Chukai, Haji Hanafiah Mat, program tersebut berjaya menjalinkan persahabatan lebih rapat dan hubungan mesra diantara pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat dengan kaum Cina.

"saya rasa program hari ni lebih 500 orang yang hadir dalam petemuan rapat sempena Tahun Baru Cina, ianya lebih kepada untuk menjalinkan persahabatan,

" (dan) hubungan mesra di antara kami pemimpin PAS dan Pakatan rakyat untuk bersama menyambut (kedatangan) Tahun Baru Cina ,"katanya ketika ditemui.

Katanya, pihak MTD Chukai turut mengadakan jamuan makan malam dan memberikan buah limau mandarin satu kotak setiap keluarga yang hadir.

Beliau berkata sebanyak 300 kotak buah tradisi perayaan Tahun Baru Cina itu telah diedarkan pada majlis tersebut.

Haji Hanafiah yang juga Penolong Setiausaha PAS Terengganu sukacita kerana  begitu ramai yang datang, melebihi jangkaan yang dibuat pihaknya.

"Saya sangat gembira kerana kehadiran melebihi jangkaan, begitu ramai yang datang dan (mereka) memberikan komitmen kepada saya untuk memenangi pilihanraya dalam (bagi) DUN Chukai,

"mereka memberikan semangat kerja kepada saya, bukan sahaja untuk membantu orang melayu, tetapi juga masyarakat Cina,"ujarnya.

Menurutnya, kerajaan PAS yang memerintah Terengganu dari tahun 1999 sehingga 2004 telah membuktikan kesungguhan membantu masyarakat Cina dengan memberikan tanah bagi mendirikan rumah mayat kaum Cina.

Malangnya, kata beliau, tanah tersebut telah diambil kembali oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) apabila berkuasa pada tahun 2004.

Beliau turut merasa kesal kerana tapak gelanggang bola keranjang yang telah diperuntukkan tidak diganti semula setelah 'dirampas' oleh Umno/BN.

"amat mengecewakan, sampai sekarang tidak ada padang permainan bagi masyarakat Cina,

"gelanggang bola keranjang tersebut diatas tapak (yang) diambil dan dibina Dewan Seri Amar, tidak diganti (dengan kawasan berhampiran),"jelasnya.

Menurutnya, tanah gantian yang diperuntukkan oleh kerajaan Umno/BN di kawasan industri tidak mendapat sambutan kerana terlalu jauh dan tidak sesuai.

Justeru beliau menggesa kerajaan mencari dan menggantikan satu tapak yang lebh baik bagi kemudahan sukan dan rekreasi untuk kaum Cina.

Turut sama dalam Majlis tersebut adalah Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua dan Ahli Jawatankuasa Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pusat Ginie Lim.

 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved