ads

Sabtu, 14 Disember 2013

13 di seberang takir - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di seberang takir - Google Blog Search


258 Terima Rawatan <b>Di</b> Pusat Rehabilitasi 1Malaysia <b>Seberang Takir</b>

Posted: 04 Oct 2013 12:00 PM PDT

Seramai 258 pesakit kronik terutama berkaitan saraf menerima rawatan di Pusat Rehabilitasi 1Malaysia Seberang Takir, sejak pusat itu beroperasi Mei lepas.

Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Seberang Takir,  Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman berkata lebih membanggakan apabila 12 pesakit berjaya pulih sepenuhnya.

"Antara aktiviti yang dijalankan di sini ialah penilaian dan rawatan kepada pesakit, memberi pendidikan kepada pesakit mengenai penjagaan rutin harian di rumah, memberi pendidikan kepada penjaga mereka serta memantau keberkesanan rawatan kepada pesakit.


"Kami juga menyediakan kemudahan pengangkutan secara percuma untuk menghantar dan mengambil pesakit dari rumah mereka ke pusat ini kerana ramai antara mereka yang tidak mempunyai kenderaan," katanya kepada pemberita selepas lawatan rutin ke pusat itu di Telaga Daing, kelmarin.

Pusat Rehabilitasi bernilai RM1 juta itu merupakan yang pertama di Semenanjung dan dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Mei.

Ahmad Razif yang juga Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Air negeri berkata kebanyakan pesakit yang berkunjung ke pusat itu terdiri daripada penghidap angin ahmar, jantung, buah pinggang, kencing manis dan darah tinggi.

"Pusat ini juga bakal mendapat peralatan baharu bernilai RM60,000 khusus untuk memberi rawatan kepada kanak-kanak pendidikan khas.

"Selain mendapat geran RM100,000 setahun, Pusat Rehabilitasi ini juga mendapat peruntukan tambahan sebanyak RM398,000 daripada perdana menteri untuk penyediaan rawatan kepada pesakit kanak-kanak," katanya.

13 di marang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di marang - Google Blog Search


Remaja lemas ketika mandi di tali air <b>di Marang</b> | Terengganu Today

Posted: 12 Dec 2013 02:02 AM PST

Orang ramai memenuhi tebing tali air di Kampung Alor Parit untuk melihat kerja-kerja mencari mangsa.

Hasrat seorang pelajar untuk menghadiri sesi temu duga kemasukan ke Sekolah Agama Sultan Zainal Abidin di Ladang selepas mendapat 3A 2B dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) lalu tidak kesampaian apabila dia ditemui lemas.

Muhammad Asyraaf Zulkifli, 12, yang beralamat di Jalan Khatib Abas, Kampung Undang lemas ketika mandi manda bersama rakan-rakannya di sebuah tali air di Kampung Alor Parit yang terletak kira-kira satu kilometer dari rumah keluarganya di sini, malam kelmarin.

Mayatnya ditemui kira-kira jam 9.40 malam selepas kerja-kerja mencari dijalankan sepasukan Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu dan Wakaf Tapai, Marang, pasukan polis serta Jabatan Pertahanan Awam.

Ketua operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu, Penguasa Bomba, Zulkhairul Mohamed Razilah berkata, mayat remaja terbabit ditemui selepas 20 minit anggota skuba melakukan operasi mencari dan menyelamat.

"Kami menerima panggilan kecemasan pada jam 6.22 petang, namun mayat mangsa hanya ditemui apabila sepasukan anggota skuba dari balai ini dihantar ke lokasi kejadian untuk mencari mangsa kira-kira jam 9.20 malam (kelmarin).

"Mereka ambil masa kira-kira 20 minit sebelum menemui mangsa kira-kira jam 9.40 malam di dasar tali air itu, berdekatan tempat mangsa lemas," katanya ketika ditemui di Kampung Alor Parit di sini, malam kelmarin.

Jenazah mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarganya malam kelmarin untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Undang semalam.

JENAZAH Muhammad Asyraaf  Zulkifli dibawa ke HSNZ, semalam.

Sementara itu, suasana sedih menyelubungi bilik mayat di HSNZ apabila bapa mangsa, Zulkifli Mohd Ravi@Mohd Ruddin, 41, dan saudara serta guru Pendidikan Agama Islam Sekolah Kebangsaan (SK) Undang, Samsuddin Zakaria, 56, berkumpul menuntut jenazah.

Zulkifli berkata, sebelum kejadian anak ketiga dari enam beradik bersekolah di SK Undang itu sempat meminta wang daripada isterinya, Rohana Mat Amin, sebanyak RM1 sebelum berbasikal keluar dari rumah untuk ke kedai runcit berdekatan.

"Namun, saya tak sangka selepas itu dia sanggup berbasikal dalam hujan ke lokasi kejadian yang terletak sejauh satu kilometer dari rumah kami semata-mata untuk mandi manda bersama rakan-rakannya di kawasan tali air itu.

"Malah, arwah tak pernah ke sana sebelum ini mahu pun mandi di kawasan tali air tersebut dan selalunya hanya bermain di kawasan sekitar rumah sahaja," kata kakitangan Jabatan Perhutanan itu kepada Sinar Harian.

Zulkifli berkata, sebelum kejadian Muhammad Asyraaf juga tidak menunjukkan sebarang perubahan dari segi perwatakan dan sebagainya.

Guru pendidikan agama, Samsuddin Zakaria, 56, yang juga berada di bilik mayat HSNZ berkata, Muhammad Asyraaf merupakan seorang pelajar pintar dan berdisiplin, malah ringan tulang kerana sering membantu guru-guru di sekolahnya.

"Apa paling menyedihkan saya adalah arwah sepatutnya menghadiri temu duga kemasukan ke Sekolah Agama Sultan Zainal Abidin di Ladang, Kuala Terengganu pada hari Khamis (hari ini) namun, hasratnya itu tidak kesampaian.

"Muhammad Asyraaf mendapat 3A 2B dalam UPSR pada tahun ini dan keputusan peperiksaan itu telah melayakkannya untuk menghadiri temu duga itu," katanya yang memberitahu anaknya juga berkawan baik dengan arwah.-sh

" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();

13 di setiu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di setiu - Google Blog Search


Cabaran 30 hari pos <b>di</b> blog??insyaaAllah.. - Mauceriasokmo

Posted: 08 Dec 2013 06:19 PM PST

As-salam..

Hari ni saya nak menyahut cabaran 30 hari Berblog oleh Grand Nanny saya dalam Shaklee, Master Azreen..katanya kami anak-anak, cucu cicit Shaklee dari Group OSF-Our Shaklee Family kene buat post baru setiap hari about these topics..Anda pun nanti jemput baca lah ya..santai-santai saja topiknya..

insyaAllah, saya akan update linknya di sini setiap kali saya pos topik-topik di bawah. So hari ni, saya akan mula dengan topik hari pertama dan seterusnya..insyaaAllah, akan cuba untuk istiqamah. Walaupun ringkas, semoga anda akan lebih mengenali diri saya. Bukan sekadar sebagai seorang pengedar Shaklee..tetapi juga sebagai seorang penulis blog yang merangkap sahabat blogger anda@ rakan yang boleh memberikan kebaikan untuk anda..

Menurut Imam al-Ghazali ada TIGA jenis kawan..

1. Kawan yang ada ilmu, bila kita berkawan dengan dia, dia sentiasa bagi ilmu & nasihat agama kepada kita. Imam Al- Ghazali kata jangan lepas kawan ini. Berkawanlah kerana kebaikan yang banyak diperolehi.

2. Dia tak ada ilmu, tapi kita ada ilmu dan dia terima ilmu & nasihat agama yang kita sampaikan kepada dia. Imam Al- Ghazali kata jangan lepas kawan ini. Berkawanlah kerana dengan kita sampaikan ilmu & nasihat kepada dia, dia dapat laksanakan perintah Allah SWT.

3. Dia tak ada ilmu, kita ada ilmu tetapi bila kita bagi ilmu & nasihat kepada dia, dia tak terima dan macam-macam bagi alasan iaitu seperti dia tak suka ilmu yang disampaikan.. Dia rejek ilmu dan nasihat yang kita bagi. Imam Al- Ghazali kata jangan kawan dengan orang macam ini kerana tiada bagi manfaat kepada kita dan dia. Dan takut-takut kita terikut cara & tingkahlaku dia yang boleh membawa kita kepada kehancuran,

MARI MUHASABAH DIRI KITA DIMANA KEDUDUKKAN KITA & MARI KITA MENCARI SAHABAT YANG DI KATAKAN IMAM AL-GHAZALI...

Cintai saudara kita..
Sama-sama mencari dan cubalah jadi kawan yang no 1 dan 2..

Dari Ibn Umar bahwa Rasulullah s.a.w. bersabda: Seorang Muslim dengan Muslim yang lain adalah bersaudara, dia tidak menzaliminya dan tidak mengelakkan diri daripada menolongnya, sesiapa yang melepas hajatnya, sesiapa yang melepaskan saudaranya daripada sesuatu kesempitan, maka Allah akan melepaskan satu kesempitan daripada kesempitan-kesempitan hari kiamat, dan sesiapa yang menutup (keaiban) saudaranya, maka Allah akan melindunginya pada hari kiamat. (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim).

So, jemputlah nanti baca pos-pos saya tentang topik-topik di bawah ya.. Sambil-sambil menjenguk produk Shaklee yang saya ceritakan juga dalam Blog Mauceriasokmo ini..A sincere sharing from me, insyaaAllah..

My 30 Days Blog Post Challenge!!

day 1(9/12): introduction and a little bit about you. Recent picture of yourself.

day 2(10/12): meaning behind your blog name

day 3(11/12): Places/things I love

day 4: All about your parents

day 5: Your top 5 songs of all time.

day 6: A picture, scene from a movie or a joke that makes you crack up.

day 7:A book you'd recommend.

day 8: The best place you've traveled to.

day 9: A Goal you are working on.

day 10: You are now ruler of the world what do you do with your new found power?

day 11: A quote that means a lot to you.

day 12: On do overs, what in your life would you want to do over?

day 13: A Cause, belief or something you are passionate about.

day 14: favourite place to eat

day 15: something you miss

day 16:The best things to happen to you this week.

day 17: 3 things you are proud of about your personality.

day 18:Things that make you scared.

day 19:If you could change one thing about the world, what would you change and why?

day 20:If you could turn into any animal for a day, which one would you pick?

day 21:What did you want to be when you were a kid, teenager, now?

day 22:Things you want to say to 5 different people.

day 23:Write a letter to yourself in 30 years.

day 24:Take a photo of something in the same room as you and tell us a little bit about it.

day 25:Who do you consider your best friend right now in life?

day 26:Talk about your obsessions.

day 27:What are your bad habits?

day 28: The most important person in the world.

day 29: 10 ways to win your heart.

day 30: Your GOAL for next 30 days.

So, tunggukan pos-pos ini dari saya ya..

13 di pulau redang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di pulau redang - Google Blog Search


Fahrin Ahmad & Neelofa <b>di Pulau Redang</b> (6 Gambar) | Dulu Dan Kini

Posted: 11 Dec 2013 12:31 AM PST

Fuh dengar je tajuk, mesti yang ramai tertanya-tanya. Maklumlah seorang lelaki maskulin bersama wanita cantik di sebuah pulau. Huhu. Mereka berdua sebenarnya terlibat dalam sebuah babak untuk filem Pilot Cafe. Beberapa rakan artis seperti Remy Ishak juga kelihatan bersama dan sedang melakukan aktiviti scuba diving bersama. Gambar penuh selepas ini. 

13 di besut - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di besut - Google Blog Search


Suami isteri jual air ketum diberkas <b>di Besut</b> - The Borneo Post Online

Posted: 03 Dec 2013 02:50 PM PST

BESUT: Polis menahan sepasang suami isteri dipercayai bersubahat dengan anaknya menjual air ketum di Kampung Lay Out Gerai Muda, dekat Jerteh, di sini, Ahad lepas.

Ketua Polis Daerah Besut, Supt Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, pasangan suami isteri berusia 55 dan 52 tahun itu diberkas dalam serbuan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah, kira-kira jam 8.30 pagi di rumahnya yang turut dijadikan tempat memperoses dan membungkus air ketum.

Menurutnya pasangan itu diberkas ketika berada di ruang tamu rumah mereka dan pemeriksaan lanjut polis menemui satu bungkusan plastik besar yang di dalamnya mengandungi 50 bungkus kecil air, dipercayai air ketum.

"Siasatan ke bahagian belakang rumah suspek pula, turut menemui satu guni lagi daun berwarna hijau seberat 15kg dipercayai daun ketum yang belum diproses", katanya kepada pemberita di sini semalam.

Kamaruddin berkata, polis turut menemui 50 lagi bungkusan kecil air ketum di belakang rumah itu yang menjadikan keselurahan air ketum yang dirampas berjumlah 100 bungkus.

Beliau berkata, siasatan mendapati daun ketum berkenaan dijual dengan harga RM25 sekilogram manakala sebungkus air ketum yang dirampas dijual dengan harga RM2.50 sebungkus.

Katanya, suspek utama yang terbabit memproses daun ketum tersebut adalah anak lelaki pasangan suami isteri berkenaan yang tiada di rumah ketika serbuan dijalankan.

Pasangan tersebut ditahan untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 30(3) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952. — Bernama

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

13 di batu rakit - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di batu rakit - Google Blog Search


Posted:

[unable to retrieve full-text content]

13 di kuala terengganu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di kuala terengganu - Google Blog Search


Posted:

[unable to retrieve full-text content]

13 di pulau perhentian - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di pulau perhentian - Google Blog Search


Posted:

[unable to retrieve full-text content]

13 di pulau kapas - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di pulau kapas - Google Blog Search


Posted:

[unable to retrieve full-text content]

13 di hulu terengganu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di hulu terengganu - Google Blog Search


Posted:

[unable to retrieve full-text content]

13 di jerangau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di jerangau - Google Blog Search


Posted:

[unable to retrieve full-text content]

13 di pulau bidong - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di pulau bidong - Google Blog Search


BLOG TERENGGANU: 13 <b>di pulau bidong</b> - Google Blog Search

Posted: 01 Dec 2013 09:21 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

T E G A N U K I TA: TMT Merdekaraya Dive 2013 <b>di Pulau Bidong</b>

Posted: 26 Aug 2013 09:06 PM PDT

Oleh: Aida Abd Rahman
Gambar oleh Zulkipli Putra

Kerajaan negeri menerusi Sekretariat Tahun Melawat Terengganu (TMT) 2013 akan menganjurkan
program `TMT Merdekaraya Dive 2013' di Pulau Bidong, pada 30 Ogos hingga 1 September ini.

 Program julung kali dengan kerjasama Yayasan Coral Malaysia dilaksanakan sempena ulang tahun Kemerdekaan Malaysia ke-56 pada 31 Ogos ini dan sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Ketua Sekretariat TMT 2013, Encik Ahmad Fathil Abd Ghani, berkata peserta program bakal menaik dan mengibarkan Jalur Gemilang serta merakam sambutan hari raya di daratan dan dasar laut Pulau Bidong.


"Program bertujuan meraikan sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-56 dengan menghargai dan memulihara khazanah laut dan darat negara.

"Pada masa yang sama acara itu akan mempromosikan TMT menerusi program konservasi, sekali gus dapat membersih kawasan pantai dan jeti Pulau Bidong yang tidak berpenghuni sejak sekian lama," katanya.

Encik Ahmad Fathil berkata, program ini juga dapat memerkukuh dan mempromosi nilai serta semangat konservasi di kalangan rakyat terutama golongan muda. Menurutnya, kesinambungan dari acara itu pihaknya juga mahu menyediakan forum untuk membincang dan mencambah minda bagi tujuan pembangunan pelancongan di pulau bersejarah itu.

Katanya, peserta dan media dari luar Terengganu dijangka akan bertolak dari Kuala Lumpur sejak 30 Ogos dan sebaik tiba keesokannya, mereka akan berkumpul di Jeti Merang, Setiu sebelum berlepas ke Pulau Bidong, kira-kira jam 11 pagi.

"Kesemua media dan peserta akan mengikuti aktiviti yang disediakan urusetia sebaik sampai di pulau itu seperti dialog, kerja membersih darat dan dasar laut, program mengibar Jalur Gemilang dan bendera TMT serta jamuan merdekaraya.

"Sementera majlis perasmian penutup dijangka akan disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Rakit, Haji Bazlan Abd Rahman yang mewaikili Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Kebudayaan, Komunikasi dan Multimedia negeri, sebelum program tamat kira-kira lima jam kemudian dan semua peserta kembali ke jeti Merang," katanya


13 di kuala berang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di kuala berang - Google Blog Search


Orang Minyak Ditangkap <b>Di Kuala Berang</b> Terengganu...

Posted: 27 Sep 2013 10:11 AM PDT



Seorang lelaki dipercayai ada hubung kait dengan kes serangan 'orang minyak' yang berlaku di sekitar Bukit Payung dan Padang Midin, Kuala Terengganu diberkas di persimpangan jalan Kampung Machang Lada, di sini, semalam. 

Lelaki berusia 42 tahun disyaki kurang siuman itu ditahan sekumpulan ahli Rakan Muda (Crime Awareness Team) selepas didapati berkeliaran dalam keadaan separuh bogel di persimpangan jalan berkenaan. 

Sebelum diberkas kira-kira jam 2.45 pagi, ahli Rakan Muda terbabit diketuai jurulatihnya, Mohd Sukri Embong, 45, terserempak dengan lelaki berkenaan ketika membuat rondaan.-f/bk

UMNO jawab,itu persepsi semata2.Cuma 5% rakyat Malaysia yang terlibat dengan rasuah. 
5% itu terdiri daripada pemimpin dan penyangak2 UMNO...

Malaysia antara negara tertinggi amal rasuah, menurut kajian...
Malaysia disenaraikan sebagai salah sebuah negara yang kerap mengamalkan rasuah dan mengambil jalan pintas bagi mencapai sesuatu sasaran sewaktu dalam kegawatan ekonomi, kata satu kajian baru-baru ini.

Kajian yang dibuat Ernst & Young itu sekali gus menunjukkan Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (Pemandu) kerajaan gagal dalam peranannya mentransformasikan bidang ekonomi.

Malaysia dan China berada pada paras teratas dalam skala rasuah menurut penemuan terbaru Laporan Kajian Penipuan Asia Pasifik 2013. Kajian itu dijalankan kepada 681 eksekutif di China, Singapura, Australia, New Zealand, Indonesia, Vietnam, Malaysia dan Korea Selatan.


Separuh daripada eksekutif itu berpendapat China, Indonesia, Malaysia dan Vietnam paling banyak terlibat dalam rasuah.

Eksekutif yang terlibat dalam kajian ini mempunyai latar belakang  dalam sektor industri, perbankan, peruncitan dan sumber asli.

"Kegiatan penipuan mencatatkan peningkatan dan hal ini tidak berkait di antara polisi ditetapkan dengan pematuhan polisi itu,"kata rakan pengurusan dalam laporan tersebut, Chris Fordham.

Kira-kira 39 peratus mendapati rasuah diamalkan secara meluas di Malaysia, dua kali ganda daripada purata Asia Pasifik iaitu sebanyak 21 peratus.


Malah, 29 peratus responden mendapati rasuah yang diamalkan di sini meningkat berikutan keadaan ekonomi yang semakin mendesak dan peningkatan dalam persaingan yang merupakan negara ketiga tertinggi dalam kajian itu.

Laporan itu mendapati sewaktu negara di Asia mengenengahkan polisi anti rasuahnya, pendekatan itu tidak dilaksanakan dengan berkesan.

Kira-kira 40 peratus responden mendedahkan syarikat mereka mempunyai etika anti rasuah dan 35 peratus lagi mengesahkan pegawai atasan mereka menyatakan komitmen terhadap polisi tersebut.


"Kajian juga mendapati risiko rasuah meningkat dalam pasaran negara membangun disebabkan kawalan persekitaran lemah dalam pelaksanaan polisi yang berbeza dengan kerangka kerja pematuhan global," katanya.

Kajian berkenaan turut menunjukkan empat peratus responden bersetuju atau sangat bersetuju di mana bukan sesuatu yang salah menawarkan ganjaran wang dalam perniagaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak (gambar) membentangkan enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang salah satunya mengurangkan amalan rasuah.-malaysian insider


DAP's Sunday elections are on as court throws out suit...

DAP will hold the re-election of its central executive committee (CEC) on Sunday, with the High Court in Kuala Lumpur today allowing the party's application to strike out a suit challenging the election.

NONEJudge Rosnaini Saub ruled that the court has no jurisdiction to challenge the party's decision in made in compliance with the party constitution, and thus the application by DAO and its chairperson Karpal Singh was allowed. Costs of RM5,000 were also ordered.

Among party leaders present in the packed courtroom were its adviser Lim Kit Siang, secretary-general Lim Guan Eng and also saw DAP elected representatives.

Former DAP Ladang Paroi branch vice-chairperson David Dass, who was sacked by the party in July, had filed the suit challenging the CEC re-election.

In his suit, Dass stated that the party should inform members 10 weeks before holding party elections, and he had named Guan Eng and the DAP as defendants.

NONEKarpal Singh in the application to strike out Dass' suit argued that Section 18 of the Societies Act 1966 bars any party member from challenging decisions made by the party.

Justice Rosnaini ruled that Dass' claim as not sustainable and thus dismissed his suit simultaneously.

According to Section 18C of the Societies Act 1966, she said, decisions made by a political party on matters relating to its affairs shall be final and cannot be challenged.

She added that DAP can call a special congress for the purpose of electing a new CEC, as stated in the First Schedule of the party constitution.

However, Rosnaini said, it was up to the Registrar of Societies (ROS), not the court, to decide if a re-election was in compliance with ROS requirements.

Outside the courtroom, Karpal said he was relieved to have a sound decision from the court.

Meanwhile, DAP secretary-general Lim Guan Eng urged ROS director Abdul Rahman Othman to resign for not knowing the regulations well.

"He (Rahman) had once told the press that special congress was not allowed to called for a re-election, that only the national congress can.

"He is not qualified to hold the post," Lim lamented.-malaysiakini

Mahkamah benar DAP teruskan pemilihan CEC...

Melayu kena tipu hidup2 ...

 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved