ads

Rabu, 29 Jun 2011

13 di marang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di marang - Google Blog Search


raihazi ~: hari kedua kami <b>di marang</b> & kuala terengganu

Posted: 01 Jun 2011 09:49 AM PDT

assalamualaikum..

sampai kuantan 11 lebih tadi.. 11 malam yea bukan 11 pagi :) memandangkan n3 banyak gambar maka sikit aje la yang boleh di taipkan. kena la seimbangkan n3 kan? kalau dah banyak celoteh kena kurangkan gambar, kalau dah berderet gambar xpayah la nak cerita panjang2.. x gitu :p

*read as mama keletihan memangku sofia yang tido sepanjang dalam kereta. asal masuk keta je dia lena.. jadi alasan utk seimbangkan n3 tu bukan alasan utama :D

sofia bergaya dengan tudung baru ayah beli kat pasar payang.. mms kat opah n ummi :)

elok sampai rumah, sofia pun jaga. saya dah susah hati takut dia lewat tido. mama dah ngantuk tahap gaban ni sayang oii.

ha, sebelum terlupa gambar dalam n3 ni memang sengaja disusun macam ni. cerita mengikut gambar adalah dari malam sebaik sampai di kuantan reverse sepetang di masjid terapung dan makan pagi di marang.. sori la kalau menyusahkan readers utk faham cerita :) peacee!





en gie singgah solat asar di masjid terapung ~ cantik pemandangan kat sini. ramai orang datang bersolat dan berehat. kawasan berhampiran ada tempat jual2 baju dan cenderamata.

oleh sebab mama xdibenarkan masuk kawasan masjid atas alasan yang xboleh disangkal sesiapa pun maka kami dua beranak terus mencari toilet. misi nya nak salin cd sofia. sofia berpeluh sakan masa ni. cuaca pun boleh tahan terik walaupun dah lebih 5pm

 
 

 tengah hari sebaik check out kami ke pasar payang di kuala terengganu. mulanya ingat xnak beli apa2 sebab bajet mesti harga mahal time cuti sekolah.. last bila dah jalan2 mula la tangan belek itu ini sambil angkat2 kening kat en gie hehehehehehe

mama dapat tudung saji *jauh2 kau pegi beli tudung saji hahahahahaha* yang cantik sebab ada anyaman, brooch tudung,

sofia dapat tshirt elmo dan tudung bling2

ayah borong makanan :D buah salak, dodol, keropok keping, lagi apa ntah ..

otw balik sempat singgah kelulut beli keropok leko yang sedap. makan panas2 best! terbaikkkk

 

 ni pulak cerita pagi tadi, kami bersarapan dekat je dengan guest house. saya makan nasi lemak berkongsi dengan cik sofia. en gie makan nasi dagang.

lepas makan, en gie dan en roy pegi site siapkan keje. kaum ibu dan anak balik bilik rehat2 tengok tv. hahahahaha best2 nikmat weii perut kenyang lepak diam2 dalam bilik ada air cond. mata layu jer, tapi sibuk belek hadiah sedar2 dah pukul 12 lebih. sofia tido lagi so cepat2 la kemas kain baju. kutip segala apa yang patut. buang sampah. elok je mama nya siap bertudung sofia pun terjaga hihihiihi bagus2!

mandikan sofia yang sibuk tanya ayah.. ayah belum balik la. entah kat site lagi ke xpun dah otw balik. saje malas nak mesej. yang penting siapkan barang2 dulu kalau xnanti lambat check out leceh la plak

sebaik check out kami ke pasar payang. 'memberi' wang kepada peniaga2 yang cantik dan peramah disana huuuhuuhuhu cantik la songket tenun kat situ.. harga pun boleh tahan mahal. padan la dengan hasil tenun yang superb tu

 
 
 
 

sinopsis : sarapan pagi di marang : en gie pegi site di rusila : check out 1+pm : shopping di pasar payang : bertolak balik : solat asar masjid terapung : singgah pantai kelulut beli keropok lekor : makan malam di balok : selamat tiba di kuantan

xoxo

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

13 di gong kedak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di gong kedak - Google Blog Search


AZEELIA AZMAN: Ter&#39;eksiden <b>di</b> hari terbuka TUDM <b>Gong Kedak</b> lah pulakk.

Posted: 25 Jun 2011 04:15 AM PDT

Dok syok nengok tibi, tetibe kawan aku msg ah ajak pegi hari terbuka TUDM kat Gong Kedak tu. Berikut adalah conversation antara aku and kawan aku.
AMIR : wei, aku nak gi hari terbuko TUDM. Mu nak gi dok?? Kalu nak gi,derah slaluh.
AKU : gilo ah siap slaluh. Aku nak mandi maye gapo agi. Pukul tigo setengoh ah wei.
AMIR : ahh, ikut ah gilo ko gapo. Aku nak gi kb pulop pete kakre. Mu nak gi, siap slaluh. Derah lah maye nuh. Takyoh mandi lah. Meta jah. Aku tunggu kat petronas highway. Kito gi kot dato' ismail.
AKU : cesss. Holah. Aku derah lah ni.
---------------------------------------------
Aku pom cepat cepat ah pegi semayang semua tu, dan dan pulakkk, rumah aku takde elektrik. Demmm.
Naseb baek ada selendang yg jenis takyah gosok, aku belasah pakai jer lahh selendang tuh.
Siap siap tu, pegi ahh ambek kawan aku, Tihah and Teqa. Janji dgn Amir tunggu kat petronas highway. Berhenti isi minyak japp.
Lepas tu, pegi ahh Gong Kedak tuhh.
Actually nak masuk kot gate depan ah, tapi kena drive sampai Jerteh pulakk. Sebab ayah kawan aku kata, jalan utk gate belakang depa tak bukak.
Kalau kena pegi Jerteh dulu, jauh ahh. Padahal kalau lalu kot gate belakang, setengah jam jer kot dari Pasir Puteh.
Sebab aku malas nak drive jauh jauh, aku test test ahh nak lalu kot gate belakang, mana lahh tahu dia bukak ke kann.
Haaaa. Nengok, dia bukakk nyerrr. Kehkehkeh.
Time sampai tu dekat dekat pukul empat petang dah ahh. Orang time ni, takde ahh ramai sgt. Parking pomm banyak kosong jerr aku nengok.
Aku bajet lepas asar ni, mesti penuh ni parking sini. Huahuahua. Naseb baek awal.

So, kitaorang jenjalan ahh. Hehe. Aku bagi nengok gambar jer lah. Enjoy enjoy. Kehkehkeh.

Besar jugak menatang ni uper nyer. 

Aku engatkan kecik jerr. Haha.

Haaa ni lagi besar.

Pergh. Hantar adik aku pegi sekolah pepagi 

buta naek benda ni syok jugak ehh.

Tadaa. Kat kedai takde jual ke hah menatang ni?? Haha.

Tunggu turn nak naek helikopter ahh pulak. 

eh lupa dah nama dia ape. :D

Dok tunggu tunggu ni, ada ah show payung terjun kann. Pergh. Tinggi gila kott. Aku engatkan rendah jerr dia terjun terjun ni.
Ada pulak budak meroyan menjerit makkkk belon terjun belon terjun. Haha. eksaited bukan maen menjerit nyer.

Ni kat dalam tu. apa benda dah org panggil, aku lupa dah.

Bajet nak ahh jugak amek gambar konon konon bawak heli, nengok nengok takleh masuk ahh.

Ni aku dgn kawan aku, Tihah. 

Aku rasa ni stretcher kot. Haha. kat dalam ni.

Dgn abg yg jaga benda alah tuh. 

Eh abg ke, ke pakcik ahh?? Haha.

Sempat jugak snap kat sini. Huahuahua.

Ohh, abg askar cunnnn. 

Mintak nombor talipon bolehh??? Kehkehkeh.

Panas gila kott. Aku yg dok 

jenjalan ni kerut jerr muka.

Mintak sikit buh kat kete aku, 

agak agak nanti kete speed mcm jet tak??

Itu jelah pic aku boleh share, ada lagi. Tapi byk gambar tak senonoh ahh. Haha. kawan kawan aku semua tu bkn nyer senonoh sgt perangai nyerr.

Lepas round round sekali lagi, masing masing nak balik ahh. Kawan aku, Amir tuh pomm rush nak pegi kb pulak jap lagi.
Pegi kat kete, agrhhh, nengok bumper belakang kete aku calar kot. Demm. Manusia mana yg langgar bontot kete aku ni. Aku parking kat tepi.

Korang nampak tak yg aku tanda bolat merah tuhh.

Tiga kali demmm.

Gasak ahh aku nak menjawab dgn ayah balik nih. Mintak mintak ahh ayah tak perasan kete ni calar. Kehkehkeh.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

13 di besut - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di besut - Google Blog Search


e.l<.A & cl.A.u.S: penginapan <b>di</b> kuala <b>besut</b>

Posted: 16 Jun 2011 08:03 AM PDT

entry ini adalah sambungan entry lepas... mesti ada yg pelik, kata gi pulau, tetiba... citer pasal penginapan di kuala besut . pekehey nya ... camni...pakej yg aku amik tu... kene naik kat jeti k.besut... sbb resort kitorang kat p.perhentian... utk ke pulau perhentian, mesti naik jeti kuala besut ye... (ke ada option jeti lain lagi ae) mula2 confuse...kat tenganu ni sgt byk jeti. kat kuala tengganu pun ada jeti.

sebenarnya, short vacation aku ni lebih kpd family vacation. sbb kitorang plan nak bawa both our family ke pulau, tp last minute... my parent in law tak dpt pegi sbb kene jaga nenek, makanya famili belah aku jelah dapat pegi... aku dgn en somi bergerak dari pahang, manakala mama dgn abah gerak dari penang... disebabkan, vacation ni libatkan warga tua, maka aku haruslah sediakan penginapan sebelum bergerak ke pulau. ye lah ... kan ke jauh penang ke tengganu tu, takut derang penat...so sesampai je di besut... kalut cari hotel berdekatan dgn jeti... spy senang nak menapak ke jeti esoknya. mula2 nampak samudera... mmg face laut. tapi dah fully book la pulak. jadi hotel yg menjadi pilihan kalbu adalah.........

ha siap no fon lagi aku bagi...

actually tak la hotel sgt...motel je kot...tp ok la... harga murah... RM 50 per nite. u got wat u paid for...so jgn nak komplen lebih2... mmg tak de hotel lain lagi dah...actually mmg dah book pun 2 minggu sbelum tu... tp niat di hati sampai sana nak la cari hotel lebih selesa sket tp non ado yer... ini je paling dekat dgn jeti. pastu nak park kete pun senang, sebelah hotel ni ja...selama masuk pulau, kete mmg letak situ... 3 hari = RM 21

mereka yg aku sayang sedang menunggu mr wee aka our personal guide
next entry...keadaan di jeti kuala besut...
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

13 di pulau redang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di pulau redang - Google Blog Search


CaHaYa CiNta Ku: HaRi PeRtaMa DaN KeDuA <b>Di PulaU ReDaNg</b>

Posted: 19 May 2011 09:13 PM PDT

Ni citer hari pertama dulu ye.. hari pertama sampai tu kami takde buat aktiviti luar pun.. just berehat2 dlm bilik sambil menghayati keindahan laut biru.. cantek gile pulau redang ni ekk..

Kami laki bini mmg gembira betul le kat sini.. rasa tenanggg je.. tu yg malas nak apdet blog tu.. sbb nak relaks2 je masa ni..

Anak2 aku pun hepi sbb dpt tgk dunia luar kann.. takde la balik2 gi giant, gi jusco, gi playground mcd.. kekekeke.. so kami semua hepi betul masa ni.. cuma yg pelik sket si ica tu la.. dia kuat betul tido masa bercuti.. liat nak bgn tu dah satu hal.. ish3x anak dara ni..

Malam hari pertama sampai kami mkn buffet.. mmg dah complete dlm pakej yg hubby aku ambik.. dah takyah pening2 kepala bab cari mkn.. sume dah siap sedia.. mknn mmg byk..

Hubby aku lak suka betul mkn pengat pisang yg ada kat buffet tu.. anak2 aku suka spageti carbonara.. aku..?? sume aku bedal..

Jap2 aku bgn ambik mknn lain.. pastu bgn lagi pi site mknn lain pulak.. sume aku nak rasa.. dah mcm setahun tak mkn gayanya.. kekekeke.. sbb aku mmg spesis kuat mkn.. mmg untung sape2 yg belanja aku mkn.. tak rugi punya.. hehehe..

Pas mkn lepak balik bilik.. anak2 aku main berkejar2an dlm bilik tu sampai penat.. biar diorang penat sbb nanti boleh tido awal.. sok hari kedua dah ada aktiviti yg menanti..



Dia ni mana boleh berenggang dgn aku sbb masih breastfeed lg kann.. so dia kenalah tido tgh2 antara aku dgn hubby.. maknanya bukanlah honeymoon kan.. wakakaka..



Mcm biasa, akan ada buggy yg jemput kami kat bilik sbb kami ni spesis malas nak menapak jauh2 kalo dgn anak2.. bebudak ni kang cepat letih lak kalo berjalan.. malas nak berdokong2 bagai ni..

ica takpelah sbb dia kecik lg.. malas nak dgr si apis tu merungut penat lah apa lah kann.. dia tu kan byk sgt alasan.. so kami mmg nak ke mana2 mesti mintak buggy yg ambik.. dan anak2 aku mmg suka betul kalo naik buggy..

Lg2 kalo yg bawak buggy tu jenis mesra dgn bebudak, lglah bebudak ni suka.. apis kalau naik buggy dgn Brother Joe, dia mmg suka sgt sbb brother ni bg apis peluang pegang stering.. kengkonon apis ni la yg bwk buggy kann..

Ain pun dpt peluang yg sama, pastu tiap kali nak naik buggy dah jd masalah lak sbb apis dgn ain dok bergaduh berebut2 nak bawak buggy.. cehh.. padahal pegang stering aje pun.. tu pun nak bergaduh.. ish3x.. pening aku tau..

Ica dia tak heran pun sbb dia nak dok dgn aku aje.. pastu ica ni asal dok dgn aku je mesti nak menyusu.. huhuhu.. sabar jelah..

Ohye, masa kami tgh sarapan tu kan.. tetiba dtg sorang Manager resort ni kat kami.. Encik Rizal namanya dan yg buat aku terkejut tu bila dia sebut " haa.. jumpa pun ana suzana " .. aku dgn hubby berpandangan sesama sendiri.. terkejut jap..

Lg terkejut bila dia mention dia baca blog aku dan mengatakan dia mmg mcm dah kenal sgt dgn kami sefamily ni, lg2 bebudak 3 org ni..

Sgt2 tak sangka tau sbb ada yg kenal kami kat sini.. manager lak tu.. kalau manager tu baca entry ni aku nak ucapkan

" Mekasih pada encik Rizal sbb belanja mkn malam kami hari tu.. terkejut sbb cashier tu kata encik Rizal yg belanja.. mekasih byk2 ye.. moga anda sentiasa di murahkan rezeki.. Amin "



Aku pun apa lagi, sibuk make sure hubby tak terteleng2 kat sotong2 tu.. kah kah kah.. tak baik.. dosa... kang ketumbit mata.. ekekekeke

Ada sekali tu ain siap tunjuk lg kat satu minah salleh yg berbikini dan ckp " yekkk tak malu dia pakai mcm tu.." cpt2 aku suruh diam dan turunkan tgn tu..


Sib baik lah minah salleh tu tak paham.. aku tak salahkan ain pun sbb bebudak kan ckp mmg telus.. ikhlas.. kekekke



Ni budak berbaju tido lg..

Mmg semua tak mandi lg pg tu.. kecuali hubby la.. aku dgn anak2 mmg tak mandi.. malas.. cuci2 muka, bersiap pastu terus pi mkn.. bkn org lain tau pun masa tu.. kekeke.. bini sapoo la tu ye..

View tepi pantai..



Pas lepak2 dlm stgh jam kat tepi pantai, kami pun balik bilik balik.. nak mandikan bebudak dan bersiap2 utk aktiviti pas zohor kang..





Dlm pukul 12.30 tghari, buggy dtg jemput kami lg utk pi mkn tghari lak.. mkn style buffet gak.. ain mintak mkn nasi dgn sambal sbb dia suka mkn pedas2 sikit.. sikit je pedasnya.. kalo pedas sgt dia tak mau..







Pas zohor kami pun di guide Encik Hairi utk aktiviti yg sgt2 kami nantikan.. Encik Hairi ni yg jaga kami sepanjang percutian kami di sini.. apa2 saje yg kami perlukan mmg dia yg akan tlg settlekan.. tu hari pampers budak kehabisan pun dia yg tlg uruskan jugak.. dia ni pangkat besar gak kat resort ni.. tp mmg humble orgnya..

Anak2 aku dah mmg mesra betul dgn dia ni.. hehe.. Eh, terbebel panjang lak.. aktiviti kami ptg tu ialah naik boat khas utk pusing2 pulau termasuk pulau perhentian dan pulau lang tgh.. pastu ada aktiviti snorkeling dan memancing.. memang terbaikkk punya aktiviti..







Tak dpt nak bercerita panjang2 dah ni.. anak nak sekolah.. hehe.. so layan gambar jelah dulu ye

















Ni semua gambar kat bahagian atas boat.. yg lain2 kang aku cite kemudian ye.. byk betul gmbr nak di upload.. jumpa lg di next entry..



Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

13 di jerangau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di jerangau - Google Blog Search


Persatuan Belia Felda <b>Jerangau</b>: Majlis Penutup PRAGMA 2011

Posted: 25 Jun 2011 06:03 AM PDT

Gambar Kenangan...Semua peserta dan keluarga angkat bergambar kenangan sebelum berangkat pulang

Setiap pertemuan pasti akan berakhir dengan perpisahan. Begitulah juga dengan peserta Program Anak Angkat dan Khidmat Masyarakat (PRAGMA 2011) dari Sekolah Menengah Sains Kuala Terengganu (SESTER) yang berpisah dengan keluarga angkat setelah 3 hari berkampung di Felda Jerangau. Walaupun 3 hari merupakan tempoh yang singkat namun hubungan yang terjalin akan tetap di kenang sebagai satu rantaian pahit manis kehidupan.Majlis penutup telah disempurnakan oleh YB dato' Haji Din bin Adam, ADUN Bukit Besi ini turut dihadiri oleh Penolong Kanan SESTER, En. Jamil bin Sakmim, Timbalan Pengerusi JKKR, En. Ramly bin Ibrahim. Kami warga Felda Jerangau mengucapkan terima kasih di atas kesudian menjadikan kampung kami sebagai destinasi program yang bermakna ini. Besar harapan kami agar program yang murni seperti ini akan terus dapat dijalankan untuk masa-masa yang akan datang

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

13 di kemasik - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di kemasik - Google Blog Search


Sayang Dia: ~ One&#39;s Homestay <b>di Kemasik</b> Kemaman Terengganu ~

Posted: 21 Apr 2011 10:00 AM PDT

Homestay One Kemasik

Sebuah Rumah Banglo yang sangat sesuai untuk keluarga yang ingin bercuti ke Terengganu.

One's Homestay juga boleh disewakan kepada orang bujang dan sewa boleh dibincangkan.

Lokasi :

  • di antara Kertih dan Kijal
  • dekat dengan Kemaman, Dungun, Paka 

Homestay ini berdekatan dengan :

  •  Mesra Mall (Cinema, Boling, Futsal, Dewan, Kedai-kedai, Restoran)
  • Pantai Kemasik (Pantai yang cantik pemandangan indah)
  • Kertih (Kawasan Minyak *Petronas)
  • Kedai Makan, Kedai Runcit

Kemudahan :

  • One's Homestay mempunyai tiga (3) buah bilik
  • Garaj
  • Ruang Tamu
  • Dapur
  • Tandas dan bilik mandi
  • Hadapan Rumah
    • Garaj yang luas boleh memuatkan dua buah kereta


  • Dapur yang mempunyai kemudahan
    • Dapur
    • Gas
    • Peti ais
    • Meja makan
    • Tong sampah
    • Tudung Saji
    • Cerek Elektrik
    • Periuk Nasi Elektrik
    • Rak Pinggan Mangkuk
    • Peralatan memasak

  • Setiap bilik lengap dengan kemudahan
    • Katil (akan disediakan cadar dan sarung bantal)
    • Bantal
    • Tilam
    • Langsir
    • Penyidai tuala
    • Almari
    • Cermin




  • Ruang tamu yang luas bersama 
    • Set sofa
    • TV
    • Astro
    • Meja Kopi
    • Tong Sampah
  • Tandas dan Bilik Mandi
    • Penyidai Tuala
    • Shower
    • Toilet
    • Mesin Basuh Auto
    • Bakul Sampah

Lain-lain kemudahan:
  • tuala
  • selimut 
  • sejadah
  • kain pelikat
  • baju sembahyang wanita

untuk promosi pembukaan One's Homestay
Harga untuk sehari/semalam adalah RM100 untuk famili


sementara untuk perseorangan atau orang bujang harga akan dikurangkan..








kalau anda beminat boleh menghubungi one's homestay di talian 


Terima kasih sebab baca.. Sayang Dia

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

13 di pulau wan man - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di pulau wan man - Google Blog Search


5 Masjid Tercantik <b>di</b> Malaysia- Cantik Dari Segi Seni Bina! | 2Day <b>...</b>

Posted: 17 Feb 2011 06:00 AM PST

Salah satu keunikkan Malaysia adalah penduduk berbilang bangsa dan agama.Setiap penduduk mempunyai kepercayaan yang berbeza tetapi masing-masing menghormati kepercayaan antara satu sama lain.Di Malaysia,Agama Islam adalah agama rasmi dan sebahagian besar penduduknya adalah beragama Islam.Sinonim dengan agama Islam Masjid.Masjid merupakan tempat ibadat umat Islam dan di Malaysia terdapat banyak masjid-masjid yang dibina dengan pelbagai reka bentuk dan seni.

Jadi kali ini saya ingin kongsikan 5 Masjid Tercantik Di Malaysia.Sumber ini saya perolehi daripada rakan blogger saya iaitu Oh Malaysia.

Masjid Ubudiah 5 Masjid Tercantik di Malaysia  Cantik Dari Segi Seni Bina!

6>

Masjid yang terletak di Kuala Kangsar, Perak ini antara masjid yang tercantik di dunia. Diasaskan oleh Sultan Idris untuk membayar nazar kerana baginda telah pulih dari penyakitnya.

Foto: Kwong Hong

Masjid Wilayah Persekutuan 5 Masjid Tercantik di Malaysia  Cantik Dari Segi Seni Bina!

Salah sebuah masjid yang utama di Kuala Lumpur. Masjid ini mempunyai seni bina Timur Tengah dan seni bina Melayu. Juga mempunyai pengaruh seni bina Masjid Biru di Istanbul, Turki.

Foto: pjfncs27

Masjid Kristal 5 Masjid Tercantik di Malaysia  Cantik Dari Segi Seni Bina!

Masjid Kristal terletak di kawasan pelancongan Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu. Merupakan masjid pintar pertama di Malaysia.

Foto: Saharudin Mohd Dan

Masjid Putra 5 Masjid Tercantik di Malaysia  Cantik Dari Segi Seni Bina!

Masjid Putra menjadi mercu tanda Putrajaya. Terletak bersebelahan dengan Tasik Putrajaya.

Foto: Amai Lordarkmal

Masjid Bandaraya Kota Kinabalu 5 Masjid Tercantik di Malaysia  Cantik Dari Segi Seni Bina!

Masjid yang terletak di negeri Sabah ini dibuka secara rasmi sempena pengisytiharan Kota Kinabalu sebagai sebuah bandaraya pada 2 Februari 2000.

Lihatlah betapa cantiknya masjid-masjid yang dibina.Adakah masjid-masjid ini dibina  untuk menarik pelancong atau untuk digunakan untuk beribadat?

Apa yang kita harapkan adalah supaya Malaysia sentiasa aman.Walaupun berbilang bangsa dan Agama tetapi masih mempunyai sikap bertolak ansur dan bertoleransi.Insya-Allah.

gambar masjid tercantik di duniatempat ibadat di malaysiagambar pelancongan di malaysiaMASJID TERCANTIK DI MALAYSIAmasjid-masjid di malaysiamasjid tercantik di duniamasjid masjid di malaysiapulau tercantik di duniagambar tempat menarik di malaysiagambar masjid tercantik di malaysianama rasmi masjid putrajayanama rasmi masjid kristalgambar masjid tercantikmasjid-masjid tercantik di duniamasjid-masjid di seluruh duniaFull Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

13 di wakaf tapai - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di wakaf tapai - Google Blog Search


SMK <b>Wakaf Tapai</b>: Kem Teknologi Roket SMK <b>Wakaf Tapai</b> 2011

Posted: 11 May 2011 01:03 AM PDT

Tarikh    : 3 MEI 2011 (SELASA)
Tempat  : Dewan Saidina Abu Bakar, SMKWT
Masa     : 2.00 - 4.30 petang Kem teknologi roket ini telah dirasmikan oleh Tuan Pegetua SMK Wakaf Tapai, En Mohd Nasir B. Mohd Yusuf di Dewan Saidina Abu Bakar, SMKWT. Pihak sekolah juga telah menjemput En. Johan Bin Mohd Amin, Guru Pembimbing SMK Merchang selaku fasilitator pada hari tersebut.

Kumpulan pelajar sedang menyiapkan roket mereka.


 En Johan sedang memberi tunjuk ajar kepada pelajar-pelajar.


 Sewaktu kem dijalankan. Kelihatan pelajar sedang menyiapkan roket kumpulan masing-masing.

 Antara kumpulan yang telah menyiapkan roket mereka yang diketuai oleh Cg Zakiah Sulaiman dan Cg Zuraidi Razihin.

Suasana semasa pelancaran roket pada hari tersebut.


Di akhir majlis, Tuan Pengetua menyampaikan cenderahati kepada En Johan selaku fasilitator .

 Tuan Pengetua juga menyampaikan hamper kepada 2 orang pembantu En Johan Mohd Amin.


En Johan sempat bergambar bersama pengurusan sekolah dan jawatankuasa kerja kem roket. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

di negeri terengganu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri terengganu - Google Blog Search


Jawatan Kosong <b>di</b> Jabatan Mufti <b>Negeri Terengganu</b> -Taraikh Tutup <b>...</b>

Posted: 23 Jun 2011 12:00 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]No user resposed " Jawatan Kosong di Jabatan Mufti Negeri Terengganu -Taraikh Tutup 23 JUN 2011 ". "Jawatan Kosong di Jabatan Mufti Negeri Terengganu -Taraikh Tutup 23 JUN 2011" was posted by admin and received no user ...

13 di kijal - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di kijal - Google Blog Search


KIJALKINI.BLOGSPOT.COM: PROGRAM TERKINI <b>DI KIJAL</b>

Posted: 15 Mar 2011 09:54 PM PDT

SALAM SEMUA PENGKUT DAN PELAYAR BLOG KIJAL KINI.

DAN ANAK-ANAK KIJAL YANG BERADA DILUAR KIJAL

INFORMASI UNTUK SEMUA

BERIKUT ADALAH AKTIVITI TERBARU DI KIJAL

( 23 MAC 2011 )

PROGRAM LEPAK SANTAI BERSAMA BELIA

BANDAR SERI BANDI

JAM 9.00 MALAM

SEMUA DIJEMPUT HADIR

( 25 HINGGA 27 MAC 2011 )

PROGRAM ANAK ANGKAT DAN KEMASYARAKATAN (SPORA )

KG TITIAN BERAYUN DAN KG MERAGA BERIS

( 30 MAC HINGGA 2 APRIL 2011 )

PROGRAM ANAK ANGKAT KETENGAH

KG TERSUSUN LUBUK LESONG

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

13 di bukit besi - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di bukit besi - Google Blog Search


Ustaz Cabul Gadis Dalam Bilik Air <b>di Bukit Besi</b> - Teganuku..

Posted: 28 Jun 2011 11:56 AM PDT

Seorang ustaz sanggup membelakangkan hukum agama apabila tergamak menodai kesucian seorang pelajar ketika memberi rawatan kepada gadis belasan tahun yang difahamkan pernah mengalami gangguan makhluk halus itu.

Kejadian dipercayai berlaku di rumah mangsa di Bukit Besi, dekat Dungun antara jam 11 pagi hingga 12 tengah hari 25 Jun lalu, ketika pelajar Tingkatan Lima di salah sebuah sekolah di Bukit Besi itu sedang menerima rawatan daripada suspek, yang juga difahamkan seorang bekas guru al-Quran di kampungnya.

Sebelumnya, suspek diundang oleh bapa mangsa untuk melakukan proses pemulihan setelah anak gadisnya itu dikatakan terkena gangguan makhluk halus.

Ustaz terbabit yang kononnya tahu bab-bab agama dan ilmu halus difahamkan telah memulakan rawatan di ruang tamu.

Detik hitam itu bagaimanapun bermula apabila suspek mengarahkan mangsa ke bilik air untuk melakukan proses mandian, kononnya untuk membuang bala.

Bapa mangsa yang turut berada di situ mulai rasa sangsi setelah suspek dikatakan mengambil masa yang agak lama untuk merawat mangsa di dalam bilik air.

Bagaimanapun ketika berada di bilik air, mangsa yang diarahkan mandi dalam keadaan berkemban itu dikatakan telah dinodai oleh suspek yang berlagak alim itu dengan mencabul kehormatannya.

Ketika kejadian, mangsa dikatakan separuh sedar kerana difahamkan masih belum pulih daripada terkena gangguan makhluk halus.

Sebaik selesai rawatan, mangsa terus keluar dari bilik air dan menyendiri di bilik tidur, manakala suspek pulang ke rumahnya yang terletak tidak jauh dari rumah mangsa.

Tembelang suspek yang difahamkan sering menjadi imam di salah sebuah surau di kampung berdekatan bandar Bukit Besi itu mulai terbongkar setelah mangsa menceritakan perbuatan terkutuk suspek kepada ibu bapanya.

Mangsa diiringi bapanya kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Bukit Besi keesokan hari, sebelum suspek ditahan kira-kira jam 10 malam.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Dahlan Mohd Noor mengesahkan tangkapan terbabit dan suspek kini ditahan reman selama empat hari untuk membantu siasatan sebelum dihadapkan ke mahkamah.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

:::KAFE ISU SEMASA:::: Ustaz didakwa cabul gadis dalam bilik air

Posted: 28 Jun 2011 01:01 AM PDT

[SH] DUNGUN – Seorang ustaz sanggup membelakangkan hukum agama apabila tergamak menodai kesucian seorang pelajar ketika memberi rawatan kepada gadis belasan tahun yang difahamkan pernah mengalami gangguan makhluk halus itu.

Kejadian dipercayai berlaku di rumah mangsa di Bukit Besi, dekat sini antara jam 11 pagi hingga 12 tengah hari 25 Jun lalu, ketika pelajar Tingkatan Lima di salah sebuah sekolah di Bukit Besi itu sedang menerima rawatan daripada suspek, yang juga difahamkan seorang bekas guru al-Quran di kampungnya.

Sebelumnya, suspek diundang oleh bapa mangsa untuk melakukan proses pemulihan setelah anak gadisnya itu dikatakan terkena gangguan makhluk halus.

Ustaz terbabit yang kononnya tahu bab-bab agama dan ilmu halus difahamkan telah memulakan rawatan di ruang tamu.

Detik hitam itu bagaimanapun bermula apabila suspek mengarahkan mangsa ke bilik air untuk melakukan proses mandian, kononnya untuk membuang bala.

Bapa mangsa yang turut berada di situ mulai rasa sangsi setelah suspek dikatakan mengambil masa yang agak lama untuk merawat mangsa di dalam bilik air.

Bagaimanapun ketika berada di bilik air, mangsa yang diarahkan mandi dalam keadaan berkemban itu dikatakan telah dinodai oleh suspek yang berlagak alim itu dengan mencabul kehormatannya.

Ketika kejadian, mangsa dikatakan separuh sedar kerana difahamkan masih belum pulih daripada terkena gangguan makhluk halus.

Sebaik selesai rawatan, mangsa terus keluar dari bilik air dan menyendiri di bilik tidur, manakala suspek pulang ke rumahnya yang terletak tidak jauh dari rumah mangsa.

Tembelang suspek yang difahamkan sering menjadi imam di salah sebuah surau di kampung berdekatan bandar Bukit Besi itu mulai terbongkar setelah mangsa menceritakan perbuatan terkutuk suspek kepada ibu bapanya.

Mangsa diiringi bapanya kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Bukit Besi keesokan hari, sebelum suspek ditahan kira-kira jam 10 malam.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Dahlan Mohd Noor (gambar) mengesahkan tangkapan terbabit dan suspek kini ditahan reman selama empat hari untuk membantu siasatan sebelum dihadapkan ke mahkamah.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved