ads

Khamis, 14 November 2013

13 di seberang takir - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di seberang takir - Google Blog Search


tiaranita terengganu berbakti <b>di seberang takir</b>

Posted: 16 Sep 2013 06:04 PM PDT

Semangat bersatu padu ahli Tiaranita Terengganu,ditonjolkan dalam gotong royong memasak  bersama-sama masyarakat Kampong Seberang Takir Pantai pada 14 September 2013. Kerjasama bersama masyarakat ini dilaksanakan dalam Program Gotong Royong 1TM & Pelancaran Program Sukarelawan TM yang di rasmikan oleh YB. Dato' Haji Ahmad Razif Abd Rahman, ADUN Seberang Takir , merangkap Pengerusi Jawatan Kuasa  Sains danTeknologi , Alam Sekitar,  Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Negeri, YBhg. Dato' Sri Dr.Halim Shafie, Pengerusi TM dan Haji Hamidun Ismail , Pengurus Besar Negeri TM Terengganu.
Lebih kurang 500 orang masyarakat kampung dan warga TM hadir di Program Gotong Royong 1TM yang diadakan serentak melibatkan warga TM seluruh negara. 
Semoga semangat bersatu padu ini akan berterusan, dan menjadi satu aktiviti dibawah Biro Sahsiah dan Intelektual di bawah kepimpinan Puan Hajah Siti Salwah Haji Ahmad , Presiden Tiaranita Cawangan Terengganu.

13 di paka - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di paka - Google Blog Search


Negara Pakatan Rakyat: PR Bersiap Sedia Hadapi PRK Dun <b>Paka</b>

Posted: 09 Nov 2013 11:31 PM PST


Aku difahamkan bahawa ADUN Paka dari PAS, Satiful Bahari Bin Mamat sedang berada dalam keadaan tenat dan boleh mati pada bila-bila masa akibat penyakit kanser hati tahap 4.
Dari satu sudut, entah macam mana PAS memilih seorang dengan penyakit merbahaya seperti Satiful sebagai calon kerana ia telah menyebabkan Pakatan Rakyat berkemungkinan besar terpaksa menghadapi satu lagi pilihanraya kecil pada bila-bila masa dari sekarang.
Tapi benda dah terjadi dan jika Satiful mati, maka terpaksalah kita semua bersedia menghadapi jentera besar UMNO di Paka.
Berbeza dengan Sungai Limau, Paka adalah kawasan dimana PAS tidak begitu mempunyai kekuatan yang luar biasa.  Pada PRU13 yang lepas, arwah ini hanya berjaya meraih 1,287 undi dan seterusnya merampas kawasan tersebut yang sebelum ini dikuasai BN.
Dengan keadaan itu, Pakatan Rakyat tidak pasti sama ada kelebihan tersebut dapat bertahan kalau PRK diadakan dalam jangka masa terdekat.
Cuma kekuatan Pakatan Rakyat di DUN Paka ini datang dari kakitangan kilang penapisan Petronas yang majoritinya menjadi penyokong PAS.  Menarik bukan, sebab Petronas adalah agensi milik kerajaan persekutuan dan seharusnya mereka menjadi penyokong kuat BN.
Bagaimanapun, itulah yang berlaku, majoriti besar kakitangan Petronas di Paka adalah penyokong PAS.
Situasi ini bagaimanapun belum boleh melegakan PAS kerana DUN Paka mempunyai keseluruhannya 23,231 pengundi , sedangkan bilangan kakitangan Petronas yang menjadi pengundi Paka hanya sekitar 1,500 orang sahaja.
Kekalahan BN di kawasan ini dulupun adalah disebabkan oleh sabotaj orang-orang Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said ke atas calon mereka sendiri, Datuk Matuldi Jusoh (bekas ahli Parlimen Dungun).
Sekiranya calon pilihan Ahmad Said dicalonkan kali ini, penyokong yang berpaling tadah tadi akan kembali menyokong BN.
Inilah masalah yang perlu difikirkan PAS dari sekarang, sementara Satiful masih bernyawa.

ADUN <b>Paka</b> baru sakit, PAS bersedia untuk PRK "Petronas" | The <b>...</b>

Posted: 11 Nov 2013 07:30 AM PST


Aku difahamkan bahawa ADUN Paka dari PAS, Satiful Bahari Bin Mamat sedang berada dalam keadaan tenat dan boleh mati pada bila-bila masa akibat penyakit kanser hati tahap 4.
Dari satu sudut, entah macam mana PAS memilih seorang dengan penyakit merbahaya seperti Satiful sebagai calon kerana ia telah menyebabkan Pakatan Rakyat berkemungkinan besar terpaksa menghadapi satu lagi pilihanraya kecil pada bila-bila masa dari sekarang.
Tapi benda dah terjadi dan jika Satiful mati, maka terpaksalah kita semua bersedia menghadapi jentera besar UMNO di Paka.
Berbeza dengan Sungai Limau, Paka adalah kawasan dimana PAS tidak begitu mempunyai kekuatan yang luar biasa.  Pada PRU13 yang lepas, arwah ini hanya berjaya meraih 1,287 undi dan seterusnya merampas kawasan tersebut yang sebelum ini dikuasai BN.
Dengan keadaan itu, Pakatan Rakyat tidak pasti sama ada kelebihan tersebut dapat bertahan kalau PRK diadakan dalam jangka masa terdekat.
Cuma kekuatan Pakatan Rakyat di DUN Paka ini datang dari kakitangan kilang penapisan Petronas yang majoritinya menjadi penyokong PAS.  Menarik bukan, sebab Petronas adalah agensi milik kerajaan persekutuan dan seharusnya mereka menjadi penyokong kuat BN.
Bagaimanapun, itulah yang berlaku, majoriti besar kakitangan Petronas di Paka adalah penyokong PAS.
Situasi ini bagaimanapun belum boleh melegakan PAS kerana DUN Paka mempunyai keseluruhannya 23,231 pengundi , sedangkan bilangan kakitangan Petronas yang menjadi pengundi Paka hanya sekitar 1,500 orang sahaja.
Baca sepenuh di blog pembangkang SINI

13 di besut - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :- di besut - Google Blog Search

13 di besut - Google Blog Search


Laskar Udara Mati Lemas <b>Di</b> Hulu <b>Besut</b> - myNewshub

Posted: 11 Nov 2013 10:36 PM PST


BESUT – Kegembiraan lima laskar udara yang merupakan rakan karib dari Pangkalan Udara Gong Kedak di sini menghabiskan cuti di kawasan Hutan Lipur Air Terjun, Lata Tembakah, Hulu Besut bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka mati lemas.

Mangsa dikenali sebagai Mohd Farid Kamaruddin, 23, dari Cawangan Operasi, berasal dari Cheras, Kuala Lumpur.

Ketua Polis Daerah Besut Supt Kamaruddin Mohd Zakaria berkata dalam kejadian kira-kira 5.15 petang itu, Mohd Farid yang tidak tahu berenang tiba-tiba tenggelam-timbul sebelum tenggelam.

"Rakan-rakannya cuba mencarinya tetapi gagal dan terus membuat laporan kepada pangkalan bagi mendapatkan bantuan", katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mayat mangsa dijumpai pasukan mencari dan menyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat di dasar tempat dia hilang sedalam kira-kira 3 meter pada kira-kira 6.30 petang, katanya.

Mayatnya dihantar ke Hopsital Daerah Besut untuk bedah siasat, katanya. – BERNAMA

Laskar Udara Mati Lemas Di Hulu Besuthttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/11/FW303390_TR02_121113_LEMAS-lpr.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/11/FW303390_TR02_121113_LEMAS-lpr-150x150.jpgMyNewsHub Terkini,

BESUT - Kegembiraan lima laskar udara yang merupakan rakan karib dari Pangkalan Udara Gong Kedak di sini menghabiskan cuti di kawasan Hutan Lipur Air Terjun, Lata Tembakah, Hulu Besut bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka mati lemas. Mangsa dikenali sebagai Mohd Farid Kamaruddin, 23, dari Cawangan Operasi, berasal dari Cheras,...

BESUT - Kegembiraan lima laskar udara yang merupakan rakan karib dari Pangkalan Udara Gong Kedak di sini menghabiskan cuti di kawasan Hutan Lipur Air Terjun, Lata Tembakah, Hulu Besut bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka mati lemas. Mangsa dikenali sebagai Mohd Farid Kamaruddin, 23, dari Cawangan Operasi, berasal dari Cheras, Kuala Lumpur. Ketua Polis Daerah Besut Supt Kamaruddin Mohd Zakaria berkata dalam kejadian kira-kira 5.15 petang itu, Mohd Farid yang tidak tahu berenang tiba-tiba tenggelam-timbul sebelum tenggelam. "Rakan-rakannya cuba mencarinya tetapi gagal dan terus membuat laporan kepada pangkalan bagi mendapatkan bantuan", katanya kepada pemberita di sini hari ini. Mayat mangsa dijumpai pasukan mencari dan menyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat di dasar tempat dia hilang sedalam kira-kira 3 meter pada kira-kira 6.30 petang, katanya. Mayatnya dihantar ke Hopsital Daerah Besut untuk bedah siasat, katanya. - BERNAMA

13 di pulau wan man - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di pulau wan man - Google Blog Search


BLOG TERENGGANU: 13 <b>di pulau wan man</b> - Google Blog Search

Posted: 16 May 2013 11:13 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG TERENGGANU: 13 <b>di pulau wan man</b> - Google Blog Search

Posted: 12 Apr 2013 12:01 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG TERENGGANU: 13 <b>di pulau wan man</b> - Google Blog Search

Posted: 08 Apr 2013 12:02 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG TERENGGANU: 13 <b>di pulau wan man</b> - Google Blog Search

Posted: 21 Mar 2013 11:41 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Suara Pemikir: Antara MASJID Tercantik <b>Di</b> MALAYSIA (5 Gambar)

Posted: 19 Feb 2013 05:52 AM PST

Masjid Kristal , Kuala Terengganu
Terletak dalam kawasan pelancongan Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man, Terengganu.
Dibuka pada 08 februari 2008 , dibina daripada kaca dan keluli, masjid pintar pertama di Malaysia dan mempunyai keluasan 2,146 meter persegi. Masjid ini boleh memuatkan 700 jemaah pada satu-satu masa dan dilengkapi dengan prasarana teknologi maklumat dan liputan WiFi yang membolehkan pengunjung menggunakan kemudahan akses internet bagi membaca al-Quran elektronik.
Masjid Bandaraya Kota Kinabalu
Terletak di Bandar Kota Kinabalu dan dibuka dengan rasminya pada tanggal 2 Februari 2000 berikutan pengisytiharaan Kota Kinabalu sebagai sebuah bandar raya.
Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Masjid Wilayah Persekutuan ini dibina di antara tahun 1997 dan tahun 2001. Masjid ini terletak di tanah berukuran 33 ekar bersebelahan dengan Kompleks Pejabat Kerajaan di Jalan Duta dan boleh memuatkan seramai 17,000 jemaah dalam satu masa.
Pembinaan masjid ini bermula pada 1997 dan disiapkan dua tahun kemudian pada 1999. Masjid ini terletak bersebelahan dengan Perdana Putra, pejabat Perdana Menteri Malaysia dan bersebelahan dengan Tasik Putrajaya.
Masjid Ubudiah , Kuala Kangsar , perak.
Masjid Ubudiah ialah sebuah masjid di Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak yang dianggap salah satu masjid terindah di Malaysia . Masjid Ubudiah dirasmikan pembukaannya oleh Sultan Jalil Karamatullah Shah pada tahun1917. Masjid ini telah siap dibina dan dibuka dengan rasminya oleh Sultan Abdul Jalil Karamatullah Shah (1916-1918.), Sultan yang ke-29, pada tahun 1917.
Gambar-gambar ni aku cari kat gugel dan sejarahnya dari wikipedia . Dalam 5 Masjid ni , Masjid Kristal dan Masjid Putra je yang aku dah pegi . Pemandangan di kedua Masjid ni sangat indah kalau waktu senja :) Indah sangat :) kan ..

BLOG TERENGGANU: 13 <b>di pulau wan man</b> - Google Blog Search

Posted: 02 Feb 2013 11:11 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Masjid Kristal <b>di Pulau Wan Man</b> | Keindahan Terengganu

Posted: 30 Aug 2010 09:29 AM PDT

Masjid Kristal merupakan sebuah masjid yang terletak dalam kawasan pelancongan Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man, Terengganu. Ia memberikan pendidikan dan hiburan informatif tentang destinasi Islam dunia. Taman seluas 23 hektar ini adalah sebahagian daripada projek untuk membangunkan Kuala Terengganu sebagai bandar tebingan sungai. Taman Tamadun Islam ini terbahagi kepada dua zon: Kompleks Taman Tamadun Islam dan Zon Awam.
Masjid Kristal telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi. Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin bersama-sama Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah telah berkenan berangkat ke Majlis Perasmian Masjid Kristal di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu pada 8 Februari 2008 jam 6.00 petang.

Taman Tamadun Islam adalah taman tema pertama yang mengiktiraf senibina Islam. Kompleks ini menempatkan 21 replika bangunan berkaitan sejarah Islam dunia.
Tarikan utama di sini termasuk Masjid Negara (Malaysia), Dome of the Rock (Palestin), Masjidil Haram (Arab Saudi), Al-Hambra  Citadel (Spain) dan Taj Mahal (India).

Terdapat juga Mimbar Kalyan (Uzbekistan), Makam Abu Nasr (Afghanistan), Mimbar Berputar Samarra (Iraq), Masjid Mohd Ali (Kaherah), Masjid Besar Qairawan (Tunisia), Masjid Besar Agadez (Nigeria), Aleppo Citadel (Syria), Masjid Kul Syarif (Russia) dan Mimbar Xian, China.


Masjid ini dibina daripada kaca dan keluli, masjid pintar pertama di Malaysia dan mempunyai keluasan 2,146 meter persegi. Masjid ini boleh memuatkan 700 jemaah pada satu-satu masa dan dilengkapi dengan prasarana teknologi maklumat dan liputan WiFi yang membolehkan pengunjung menggunakan kemudahan akses internet bagi membaca Al Quran elektronik.

Ikon bagi Taman Tamadun Islam ialah Masjid Kristal, yang menjadi mercu tanda baru bagi Kuala Terengganu.


BLOG TERENGGANU: 13 <b>di pulau wan man</b> - Google Blog Search

Posted: 09 Apr 2013 11:53 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG TERENGGANU: 13 <b>di pulau wan man</b> - Google Blog Search

Posted: 23 Jan 2013 11:20 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Travelog Ateh : Tempat Menarik <b>di</b> Terengganu (Tahun Melawat <b>...</b>

Posted: 06 Jan 2013 02:31 AM PST

Sebelum nie dah ceritakan tempat yang sangat-sangat menarik untuk dilawati di Negeri Terengganu nie seperti di Pasar Payang, Taman Tamadun Islam, Masjid Kristal dan Muzium Negeri. Kali nie kita menjelajah lagi ker daerah-daerah di Negeri Terengganu yang merupakan tempat tarikan pelancong.
Hmm...siapa-siapa yang datang ker Terengganu tak sah kalau tak singgah di Masjid Terapung. Ada yang mengambil peluang ini untuk berhenti rehat dan solat di Masjid Terapung.  Masjid Terapung juga dikenali sebagai Masjid Tengku Zaharah sempena nama ibunda Al Marhum Sultan Mahmud Al-Mukhtafi Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah. Kat sini anda semua boleh melihat sendiri keunikkan yang ada pada Masjid Terapung. Ianya dibina di atas air. Semasa air pasang, Masjid ini akan kelihatan terapung-apung dengan dikelilingi oleh sebuah tasik yang mana airnya terus mengalir ke laut berhampiran. Di belakang Masjid pula terdapat taman rekreasi yang sesuai untuk aktiviti riadah di petang hari. Kaki Photo gemar mengambil gambar sekitar Masjid nie selain menjadi tempat untuk wedding photoshoot.
Melangkah lebih jauh, kita kembali semula ker bandar Terengganu dimana Cik Putih ingin perkenalkan satu lagi warisan sejarah di Terengganu iaitu Kampung Cina (China Town). Kampung Cina ini terletak di muara Kuala Terengganu. Ianya amat unik dan cantik kerana jalannya bukannya ditutupi dengan turap tar tetapi batu bata yang berwarna warni. Banyak kedai-kedai Cina sepanjang melalui jalan kampung ini. Yang istimewanya disini terdapat kedai yang menjual tembikar dan barang-barang dari negara China yang sesuai sekali dengan suasana kawasan Kampung Cina. Terdapat juga beberapa lorong yang menyimpan pelbagai sejarah antaranya Lorong Tau Kay Wee Sin Hee, Lorong Mesra Alam, Lorong Warisan Dunia dan lain-lain lagi. Sesetengah lorong ini memaparkan ukiran tembaga wajah untuk semua exco kerajaan negeri yang berasal dari sini, dan terdapat lorong yang meletakkan barang-barang yang antik contohnya pondok telefon dan penumbuk batu yang digunakan pada zaman dahulu untuk menghasilkan beras oleh Kedai Lim Peng Gee.
Jalan ker China Town adalah sehala dan dari situ bolehlah singgah ker I-City Terengganu. I-City terletak di Pulau Warisan dimana Pulau ini sebenarnya ialah pulau buatan manusia yang terletak di belakang Kampung Cina dan bersebelahan Pasar Besar Kedai Payang. Pulau Warisan menjadi mercu tanda yang baru selepas Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man. Di tengah pulau warisan ini terdapat sebuah terusan untuk memudahkan bot-bot seperti perahu dan penambang untuk ke pulau ini. Sebuah jeti untuk servis River Cruise mengambil dan menghantar pelancong yang menyusuri sungai Terengganu juga terdapat di terusan air ini. Pulau ini menjadi satu destinasi singgah aktiviti menyusur sungai yang bermula dari Taman Tamadun Islam.
Kunjungan anda ke Terengganu tidak akan lengkap tanpa lawatan ke Kota Lama Duyung. Kota Lama Duyung terletak di Pulau Duyong kira-kira tujuh kilometer dari pusat Bandar. Reka bentuk Kota Lama Duyong ini mirip Istana Kecil Raja Melayu tetapi diperkayakan lagi dengan memasukkan unsur-unsur pengaruh seni bina asing seperti Corinthian atau Mesir terutama pada tiang dan dinding batu. Rumah ini memperlihatkan jenis rumah tradisional Melayu Terengganu iaitu Bujang Berepeleh, Lima Bungkus dan Potong Belanda dengan ukiran sobek di sekeliling beranda. Di dalam Kota Lama ini dipamerkan artifak-artifak lama seperti tembaga dan barang-barang dapur yang pernah digunakan suatu ketika dahulu. Selain itu, terdapat juga hasil kraftangan dan kisah mengenai Kota Lama Duyong ini.

Sumber : Cik Tom , Berbaloi di Terengganu kita , Anak Negori, Alami Terengganu Image from Google etc.

13 di jabor - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di jabor - Google Blog Search


BLOG TERENGGANU: 13 <b>di jabor</b> - Google Blog Search

Posted: 01 Nov 2013 11:24 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG TERENGGANU: 13 <b>di jabor</b> - Google Blog Search

Posted: 09 Oct 2013 11:30 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG TERENGGANU: 13 <b>di jabor</b> - Google Blog Search

Posted: 24 Sep 2013 11:21 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG TERENGGANU: 13 <b>di jabor</b> - Google Blog Search

Posted: 08 Sep 2013 11:31 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

teganuku: Polis - Tiada Mangsa Korban Tanah Runtuh <b>Di Jabor</b>

Posted: 26 Dec 2012 06:50 AM PST

Jalan masuk utama Jabor-Jerangau ke Air Puteh di Kilometer 139 kini sudah boleh digunakan selepas kerja membaik pulih jalan terbabit yang terjejas akibat runtuhan tanah awal pagi ini selesai dijalankan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).

Lapan buah kereta tertimbus apabila tebing jalan masuk utama Jabor-Jerangau ke Jalan Air Puteh di kilometer 139 di Kemaman  runtuh, berikutan hujan lebat berterusan di kawasan itu, awal hari ini.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Supt Che Suza Che Hitam berkata, jalan tersebut dibuka kira-kira 5 petang ini dan turut terbabit dalam runtuhan tanah itu ialah sebuah lori dan lima kenderaan jenis sedan.


"Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu dan kini jalan sudah boleh dilalui semua jenis kenderaan," katanya.

Dalam kejadian kira-kira 3.30 pagi ini tebing jalan setinggi 12 meter runtuh dan menimbusi jalan sepanjang 50 meter.

Tebing jalan runtuh kira-kira 3.30 pagi ini lalu menghempap kenderaan-kenderaan terbabit yang diletakkan di kawasan berkenaan.

"Kita khuatir kemungkinan ada orang yang tidur di dalam kereta yang tertimbus itu," katanya sebelum ini.

Che Suza berkata  pihaknya menghubungi Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi membantu kerja-kerja membersihkan kawasan yang tertimbus menggunakan jentolak.

Katanya kejadian itu berikutan hujan lebat berterusan menyebabkan pergerakan tanah di kawasan itu.

Menurutnya runtuhan itu dipercayai berpunca daripada hujan lebat sehingga menyebabkan berlaku pergerakan tanah.

13 di kemaman - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di kemaman - Google Blog Search


BEN ASHAARI: Bila tiba <b>di Kemaman</b> .

Posted: 12 Aug 2013 08:19 PM PDT

Wajib singgah beli sata dan otak otak ! Nasib baik masih dlm mood raya jd takde la byk gerai bukak..

Tapau skit utk org tua ..

Published with Blogger-droid v2.0.10

~LOVE IS EVERYWHERE~: hotel <b>di kemaman</b>

Posted: 07 Nov 2013 06:50 PM PST

Assalamualaikum

Kali ni mama qaish nak share info sikit
Tentang place to stay if you ever been in kemaman for a short period..
My focus bandar kemaman chukai bukan nya cherating dll..
Sebab area tepian pantai tu senang kan nk cari info
Me just bagitahu hotel/motel yg selalu kami duduk masa kat bandar kemaman..l
Low cost and save budget je babe sebab duk tak lama hehe
sesuai la utk kami wife seafarer yg nak jmpa buah hati sekejap2 & also bussines traveler.

1.hotel vista
 Berdekatan dgn sungai/jeti tempat bot turunkan penumpang dr kapal..depan hotel ada carpark dan pasar basah.gerai kedai makan pun banyak depan hotel ni.sebelahnya ada hotel juga..wali hotel but bad rate n kata hubby x best..better vista..tapi tinggi panjat tangga ..huhu..bilik ok dan murah..double queen bed rm80++.masa tu terpaksa amik double bed sbb bilik lain full tp selesa sgt ada fridge n hot water n hot shower dlm bilik yeay.suka sbb anak kecik nak bancuh2 susu memalam perlukan hot water..sebab tu budget hotel ni selalu penuh mmg mnjadi pilihan org berpakaian overall
so better la call utk reservation kalau nk datang
0198585888 hotel vista





Hotel ni jauh sikit dari sungai tempat seafarer kitorg turun tapi kalau bawa kereta sendiri xdela jauh mana..kedai makan pun sebelah ja tapi buka malam hari kalau x silap dengn menu masakan panas.Depan sikit kalau jalan ada kedai serbaneka seberang jalan xingat nama apa. Berhadapan nya ada jambatan ke seberang dekat dgn masjid tu.Boleh kalau ke seberang sana ada la nmpk kfc dan kedai2 lain.harga pun berpatutan.bilik katil queen rm98+ nak late checkout pun xde masalah dia caj rm40 xsilap dan extra single bed rm30 .ada fridge dan heater air panas tapi share sbb di luar bilik dekat hall
 ..lama dah xduduk sini sebab kitorg selalu xbawa transport huhu..so prefer yg dekat2 shj ;)..btw contact num terlupa nak ambil card.Hubungi 098583451 utk reservation anda.Sedikit gambar berjimba kt sana hehe

Hotel ni jauh dari bandar chukai/kemaman tu.Masa 1st time datang kemaman hubby terjun bot dan naik kt jeti sg.tong berdekatan hotel ni.Jalan ke hotel ni pula sedang dinaiktaraf dan mmg selalu jem.Harga pula boleh tahan sbb satu satunya hotel dekat situ..hotel bajet rumah kedai.kemudahan kedai ada..tapi restoran nya cekik darah jugak harga..huhu..2x gak duk hotel ni.so sbb xsuka dan terpencil kita xsuggest la kecuali kalau mmg partner korg duk turun naik kat jeti berdekatan..
No.tel tuk tempahan bilik :098591511
The hi class hotel yg ada di bandar chukai/kemaman tu..hotel ni jauh sikit la.dari jeti sungai kemaman tu kalau jalan kaki.tapi masih jalan yang sama dengan vista hotel.first residence hotel ni baru sgt lg bangunan warna putih depan stesen minyak esso.lokasi sebelah kedai toko jamu..berdekatan dengan 7eleven dan watson..kedai makan kena jalan sikit la.ada kedai serbaneka..kasut ..kedai kek dan baju..belakang kena jalan jauh sikit ada kfc dan a&w.dekat juga dgn the store..betul2 simpang4 traffic light tu kat kanan terus hotel ni..rate dia tinggi sikit la dr hotel bajet ssbb ada lif kot.standard king rm128 semalam..xde fridge just kettle air panas n toilet yg luas.bilik xde tingkap huhu..Boleh call awal utk booking sbb famous juga hotel ni tgok ramai seafarer n overall man keluar masuk duk sini..




Selain tu banyak lagi motel/hotel bajet terbaik di kemaman .cumanya jauh dr lokasi kami yg xde transport ni tiap kali ke kemaman nk bjumpa..ada marjan hotel, home to stay hotel dll..choose wisely yer kalau nk pergi.
p/s:next tim update tempat/aktiviti kami kat sana..yerla kemaman bukan bandar besar pun.pekan koboi jer..hehe

13 di pulau bidong - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di pulau bidong - Google Blog Search


BLOG TERENGGANU: 13 <b>di pulau bidong</b> - Google Blog Search

Posted: 20 Oct 2013 09:25 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG TERENGGANU: 13 <b>di pulau bidong</b> - Google Blog Search

Posted: 08 Oct 2013 09:06 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG TERENGGANU: 13 <b>di pulau bidong</b> - Google Blog Search

Posted: 18 Sep 2013 09:08 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

T E G A N U K I TA: TMT Merdekaraya Dive 2013 <b>di Pulau Bidong</b>

Posted: 26 Aug 2013 09:06 PM PDT

Oleh: Aida Abd Rahman
Gambar oleh Zulkipli Putra

Kerajaan negeri menerusi Sekretariat Tahun Melawat Terengganu (TMT) 2013 akan menganjurkan
program `TMT Merdekaraya Dive 2013' di Pulau Bidong, pada 30 Ogos hingga 1 September ini.

 Program julung kali dengan kerjasama Yayasan Coral Malaysia dilaksanakan sempena ulang tahun Kemerdekaan Malaysia ke-56 pada 31 Ogos ini dan sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Ketua Sekretariat TMT 2013, Encik Ahmad Fathil Abd Ghani, berkata peserta program bakal menaik dan mengibarkan Jalur Gemilang serta merakam sambutan hari raya di daratan dan dasar laut Pulau Bidong.


"Program bertujuan meraikan sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-56 dengan menghargai dan memulihara khazanah laut dan darat negara.

"Pada masa yang sama acara itu akan mempromosikan TMT menerusi program konservasi, sekali gus dapat membersih kawasan pantai dan jeti Pulau Bidong yang tidak berpenghuni sejak sekian lama," katanya.

Encik Ahmad Fathil berkata, program ini juga dapat memerkukuh dan mempromosi nilai serta semangat konservasi di kalangan rakyat terutama golongan muda. Menurutnya, kesinambungan dari acara itu pihaknya juga mahu menyediakan forum untuk membincang dan mencambah minda bagi tujuan pembangunan pelancongan di pulau bersejarah itu.

Katanya, peserta dan media dari luar Terengganu dijangka akan bertolak dari Kuala Lumpur sejak 30 Ogos dan sebaik tiba keesokannya, mereka akan berkumpul di Jeti Merang, Setiu sebelum berlepas ke Pulau Bidong, kira-kira jam 11 pagi.

"Kesemua media dan peserta akan mengikuti aktiviti yang disediakan urusetia sebaik sampai di pulau itu seperti dialog, kerja membersih darat dan dasar laut, program mengibar Jalur Gemilang dan bendera TMT serta jamuan merdekaraya.

"Sementera majlis perasmian penutup dijangka akan disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Rakit, Haji Bazlan Abd Rahman yang mewaikili Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Kebudayaan, Komunikasi dan Multimedia negeri, sebelum program tamat kira-kira lima jam kemudian dan semua peserta kembali ke jeti Merang," katanya


AWAS !!! Kencing Tikus <b>di Pulau Bidong</b> Terengganu

Posted: 14 Jun 2013 02:45 AM PDT

KUALA TERENGGANU: Kematian seorang kakitangan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) 8 Jun lalu setelah menyertai aktiviti di Pulau Bidong di sini, disahkan akibat jangkitan virus kencing tikus (Leptospirosis). 

Perkara itu disahkan Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu hari ini setelah hasil ujian lanjut yang dijalankan di Institut Penyelidikan Perubatan Malaysia mendapati keputusan darah Ahmadi Abdul Ghawi, 47, positif virus itu. 

Pengarah Kesihatan Terengganu, Datuk Dr Anwa Sulaiman, berkata sehubungan itu jabatan telah menjalankan ujian terhadap anggota keluarga lelaki itu dan mereka yang berhubungan dengannya. 

"Ujian dibuat ke atas 63 orang termasuk mereka yang telah bersama menyertai aktiviti di Pulau Bidong dan hasilnya mendapati mereka tidak dijangkiti penyakit itu dan berada dalam keadaan sihat," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Beliau berkata berikutan pengesahan itu, jabatan mengambil langkah menutup sementara Pusat Penyelidikan UMT di Pulau Bidong untuk pembersihan dan semua aktiviti hendaklah diberhentikan sehingga keputusan sampel persekitaraan yang diambil diketahui. 

Dr Anwa berkata jabatan turut menasihatkan nelayan yang singgah di Pulau Bidong agar tidak menggunakan kemudahan yang ada di pulau itu. 

Jabatan juga telah mengambil langkah-langkah pencegahan dan kawalan awal virus itu di Pulau Bidong termasuk melakukan penilaian risiko persekitaran yang meliputi tempat penyediaan makanan, stor makanan, pengurusan sisa makanan dan sampah yang boleh mengundang kehadiran tikus. 
"Di samping itu, penilaian juga dibuat atas kemudahan sanitasi yang disediakan seperti tandas dan bilik mandi serta pengurusan air di permukaan dan sisa air limbah. 

"Sebanyak 16 sampel persekitaran iaitu 11 sampel sumber air dan lima sampel tanah telah diambil dan keputusan persampelan dijangka diperoleh selepas dua minggu lagi," katanya. 

Beliau turut menasihatkan orang ramai yang pekerjaan mereka terdedah kepada air atau tanah yang tercemar agar memakai pakaian perlindungan kalis air seperti but getah dan sarung tangan, menutup luka-luka kulit dengan balutan kalis air, mencuci dengan air bersih selepas pendedahan dan mendapatkan rawatan perubatan dengan segera jika mengalami gejala. 

Orang ramai juga dinasihat menjaga rumah dan premis mereka agar bebas daripada tikus dan pembawa-pembawa kuman yang lain, manakala bagi mereka yang mempunyai haiwan peliharaan, vaksin leptospirosis boleh diberikan, katanya. - BERNAMA

BLOG TERENGGANU: 13 <b>di pulau bidong</b> - Google Blog Search

Posted: 03 Sep 2013 09:01 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Program Survival Laut dan Penghayatan Warisan Edisi Media <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 30 May 2013 07:36 PM PDT

 

Salam.

 

Kepada anda diluar sana yang belum baca lagi part satu entri ini sila baca dulu ok. Hari ke-2 kami di Pulau Bidong sangat ohsem. Ada aktiviti memancing di laut dalam dan aktiviti jungle trekking dan lawatan ke tapak penempatan warga Vietnam yang pernah menetap di situ beberapa tahun lalu. Seriously aku baru tahu Pulau Bidong mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Pulau Bidong pernah menjadi penempatan warga Vietnam.Sampai sekarang ada lagi peninggalan mereka macam kubur, tapak bangunan dan patung.

 

kaki pancing

Aku nak tahu tak masa aktiviti memancing tu aku mabuk laut. haha gelakkan diri sendiri. Sah-sah la ikan pun tak dapat. Firstime aku join aktiviti macamnie beb. Mula-mula memang ilek-ilek lagi memancing dengan seronok sekali. Then mula la aku rasa pening dan loya. Nak muntah pun ada. Aku bagi pancing aku dekat orang lain. Aku baring terus atas kapal. kahkah. =p

 

Tengok gambar kat atas seronok Amir dapat ikan. Sekali dapat bukan seekor tapi dua ekor kau. Aku paling kagum dengan Aslina la sebab dia dapat ikan kemain banyak. Ada la dalam 5 ekor kalau tak salah kan Aslina ? Aku tak tahu la Aslina tu pakai umpan apa. Papepun, aktiviti memancing akan jadi lagi seronok kalau aku tak mabuk laut then dapat ikan 10 ekor. heh.

 

Lepas dapat ikan 15 ekor, masa memancing pun dah tamat. Kitorang dibawa ke melawat tapak peninggalan warga Vietnam yang pernah menetap di Pulau Bidong berpuluh-puluh tahun yang lepas. Masa tu aku belum lagi dilahirkan. Kau nak tahu cerita disebalik penempatan warga Vietnam nie kau tanya Amir. Story yang dia buat pasal Penempatan Vietnam masuk paper haritu. Kemain eksaited lagi dia.

 

Pulau Bidong

Hutan belakang kitorang itulah tapak penempatan warga Vietnam. Korang nampak tak mercu tanda tinggi belakang kitorang tu yang sebelah kanan ? Haa, itulah antara binaan diorang yang masih teguh sehingga sekarang. Aku ada bergambar dekat situ tapi Amir tak kasi pun gambar tu dekat aku. Biasalah aku pakai kamera ehsan orang je. Takde kamera sendiri. Kakak paling kanan dalam gambar diatas merupakan kakak angkat Aslina dan Amir. Cantik angat kakak angkat korang. aherher.

Pulau Bidong

 

Kalau korang nak tahu, pasir dekat gambar bawah nie halus gila. Semangat aku turun bawah semata-mata nak pergi sentuh pasir halus itu. Pantai dia pun sangat CANTIK. Air jernih bukan main lagi. ALLAHUAKHBAR !  Dapat snorkeling sini memang best nie. aha.

Pulau Bidong

Jungle trekking kat Pulau Bidong nie boleh tahan letih dia. Tempat kitorang berhenti masa jungle trekking yang ada pokok menjalar besar macam buai tu sangat unik. Aslina dengan Amir siap bergambar lagi situ. Tapi gambar tu takde. Sedeh kan. Semua gambar takde nak tunjuk dekat korang. Pasnie kalau nak pergi program wajib bawak kamera sendiri. =p

 

Pulau Bidong

Bersama geng media prima Kuala Lumpur dan Bernama Kuala Lumpur sebelum berangkat pulang ke jeti Marang. Korang sangat sporting. Kenal 2 hari pun dah boleh bergurau macam kenal 2 tahun tau. Siap janji nak belanja aku lagi tu kalau aku pergi Kuala Lumpur kan Raffi. Harap Raffi baca blog aku lol. Biasalah sporting. Nama pun orang media kan. =p

 

Harap tahun depan boleh join lagi program nie. Dengar kata setiap tahun diadakan program camnie dekat Pulau Bidong sana. Terima kasih urusetia program yang cantik kacak bergaya tu sebab incharge kitorang sepanjang program.

 

Aslina suka sangat dengan abang urusetia yang pakai t-shirt 7 dalam gambar bawah ini. Kan Aslina ? Haha. Tahniah buat Nik yang dah habis praktikal di Bernama. Semoga cepat-cepat dapat kerja. Panjang umur kita jumpa lagi.

Pulau Bidong

di negeri terengganu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri terengganu - Google Blog Search


Jawatan Kosong 2013 <b>di</b> Muzium <b>Negeri Terengganu</b>

Posted: 04 Nov 2013 08:57 PM PST

[unable to retrieve full-text content]Jawatan Kosong 2013 di Muzium Negeri Terengganu,kerja kosong 2013 di Muzium Negeri Terengganu,career at Muzium Negeri Terengganu.
 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved