13 di pulau wan man - Google Blog Search |
Travelog Ateh : Tempat Menarik <b>di</b> Terengganu (Tahun Melawat <b>...</b> Posted: 06 Jan 2013 02:31 AM PST Sebelum nie dah ceritakan tempat yang sangat-sangat menarik untuk dilawati di Negeri Terengganu nie seperti di Pasar Payang, Taman Tamadun Islam, Masjid Kristal dan Muzium Negeri. Kali nie kita menjelajah lagi ker daerah-daerah di Negeri Terengganu yang merupakan tempat tarikan pelancong. Hmm...siapa-siapa yang datang ker Terengganu tak sah kalau tak singgah di Masjid Terapung. Ada yang mengambil peluang ini untuk berhenti rehat dan solat di Masjid Terapung. Masjid Terapung juga dikenali sebagai Masjid Tengku Zaharah sempena nama ibunda Al Marhum Sultan Mahmud Al-Mukhtafi Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah. Kat sini anda semua boleh melihat sendiri keunikkan yang ada pada Masjid Terapung. Ianya dibina di atas air. Semasa air pasang, Masjid ini akan kelihatan terapung-apung dengan dikelilingi oleh sebuah tasik yang mana airnya terus mengalir ke laut berhampiran. Di belakang Masjid pula terdapat taman rekreasi yang sesuai untuk aktiviti riadah di petang hari. Kaki Photo gemar mengambil gambar sekitar Masjid nie selain menjadi tempat untuk wedding photoshoot. Melangkah lebih jauh, kita kembali semula ker bandar Terengganu dimana Cik Putih ingin perkenalkan satu lagi warisan sejarah di Terengganu iaitu Kampung Cina (China Town). Kampung Cina ini terletak di muara Kuala Terengganu. Ianya amat unik dan cantik kerana jalannya bukannya ditutupi dengan turap tar tetapi batu bata yang berwarna warni. Banyak kedai-kedai Cina sepanjang melalui jalan kampung ini. Yang istimewanya disini terdapat kedai yang menjual tembikar dan barang-barang dari negara China yang sesuai sekali dengan suasana kawasan Kampung Cina. Terdapat juga beberapa lorong yang menyimpan pelbagai sejarah antaranya Lorong Tau Kay Wee Sin Hee, Lorong Mesra Alam, Lorong Warisan Dunia dan lain-lain lagi. Sesetengah lorong ini memaparkan ukiran tembaga wajah untuk semua exco kerajaan negeri yang berasal dari sini, dan terdapat lorong yang meletakkan barang-barang yang antik contohnya pondok telefon dan penumbuk batu yang digunakan pada zaman dahulu untuk menghasilkan beras oleh Kedai Lim Peng Gee. Jalan ker China Town adalah sehala dan dari situ bolehlah singgah ker I-City Terengganu. I-City terletak di Pulau Warisan dimana Pulau ini sebenarnya ialah pulau buatan manusia yang terletak di belakang Kampung Cina dan bersebelahan Pasar Besar Kedai Payang. Pulau Warisan menjadi mercu tanda yang baru selepas Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man. Di tengah pulau warisan ini terdapat sebuah terusan untuk memudahkan bot-bot seperti perahu dan penambang untuk ke pulau ini. Sebuah jeti untuk servis River Cruise mengambil dan menghantar pelancong yang menyusuri sungai Terengganu juga terdapat di terusan air ini. Pulau ini menjadi satu destinasi singgah aktiviti menyusur sungai yang bermula dari Taman Tamadun Islam. Kunjungan anda ke Terengganu tidak akan lengkap tanpa lawatan ke Kota Lama Duyung. Kota Lama Duyung terletak di Pulau Duyong kira-kira tujuh kilometer dari pusat Bandar. Reka bentuk Kota Lama Duyong ini mirip Istana Kecil Raja Melayu tetapi diperkayakan lagi dengan memasukkan unsur-unsur pengaruh seni bina asing seperti Corinthian atau Mesir terutama pada tiang dan dinding batu. Rumah ini memperlihatkan jenis rumah tradisional Melayu Terengganu iaitu Bujang Berepeleh, Lima Bungkus dan Potong Belanda dengan ukiran sobek di sekeliling beranda. Di dalam Kota Lama ini dipamerkan artifak-artifak lama seperti tembaga dan barang-barang dapur yang pernah digunakan suatu ketika dahulu. Selain itu, terdapat juga hasil kraftangan dan kisah mengenai Kota Lama Duyong ini. Sumber : Cik Tom , Berbaloi di Terengganu kita , Anak Negori, Alami Terengganu Image from Google etc. |
You are subscribed to email updates from di pulau wan man - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan